Alicia memerhati muka Hara. Moyok. Masam. Kelat. Entah apa yang terjadi sampaikan kawannyatidak mengukirkan senyuman seperti selalu.
"Ara."
Tiada sahutan.
"Ara." Panggilnya lagi.
Masih tiada sahutan.
Alicia mendekati Hara. "Ara." Ditepuk bahu kawannya itu.
Hara menoleh. Mukanya ketat.
"You kenapa? Ada masalah apa ni?" soal Alicia.
"Takde apalah." balas Hara sepatah. Moodnya sudah terbang melayang. Melayang pergi entah kemana. Hatinya sebal.
"Then? kenapa you macam ni?" soal Alicia lagi. Memang pelik baginya melihat Hara begitu. Hara yang dia kenali merupakan seorang yang ceria. Happy go lucky. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Menyerlahkan dua lesung pipit yang dalam di kedua pipinya. Hara juga merupakan seorang yang banyak mulut. Ada sahaja yang ingin dia bualkan kecuali kalau dia sedang melayan movie. Haa.. Waktu itu baru keadaan senyap tanpa suara Hara.
"Awak kenal tak emm.. Lelaki." kata-kata Hara terhenti disitu.
"Lelaki?"
"Lelaki yang namanya Iqbal?" sambung Hara. Dia memandang Alicia sungguh-sungguh. Mahu jawapan daripada Alicia.
"Iqbal? Emm.." Alicia menongkat dagu. Mungkin sudah terlupa akan sesuatu dan cuba mengorek kembali kotak fikirannya untuk mencari jawapan kepada soalan Hara.
"Emm yang I tahu , Iqbal pekerja supermarket jee." jawab Alicia setelah berfikir sejenak.
"Supermarket? Dekat mana?"
"Sebelah kedai kita ni. Tapi I tak tahulah kalau Iqbal tu yang you maksudkan. Sebab I kenal Iqbal itu saja." Ujar Alicia.
Terangguk-angguk Hara menghadam maklumat yang diterima daripada Alicia. Kemudian dia tersenyum meleret. Akalnya sudah terbayang rancangan yang bakal dilakukan untuk membalas dendam. 'siap kau!'
***
Hara berdiri di pintu kedainya. Malam ni dia kena jalankan juga rancangannya itu. Hara tersenyum sinis memandang kereta BMW milik Iqbal yang di letak berhadapan dengan supermarket tempat Iqbal berkerja. Hasil pemerhatiannya selama beberapa hari, dia dapat mengenal pasti kereta yang dipakai oleh Iqbal.
Kadang kala terdetik juga dihatinya bagaimana pekerja supermarket seperti Iqbal mampu memiliki kereta mewah seperti itu. 'Mungkin dia pengurus.' Hatinya berkata. Tapi akalnya terus menyangkal dakwaan itu. Dengan gaya berpakaian dan perangai lelaki tersebut , tidak ada langsung ciri-ciri seorang pengurus. 'Kereta pinjamlah kot' hatinya membuat kesimpulan. Malas mahu memikir perkara yang tak sepatutnya dia fikir.
Perlahan-lahan Hara berjalan menuju ke kereta Iqbal. Matanya memerhati keadaan sekeliling. Memastikan tidak ada orang yang memerhatikannya ketika itu. Setelah sampai Hara mencangkung di tayar belakang sebelah kiri. Dengan cepat dia mengeluarkan segala angin daripada tayar tersebut sehingga kempis langsung tidak bersisa. Begitu juga dengan tayar hadapan sebelah kiri.
Hara tidak melakukan pada tayar sebelah kanan kerana jika dia berbuat begitu kewujudannya pasti diketahui oleh pekerja-pekerja dia supermarket tersebut. Setelah selesai, Hara perlahan-lahan meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke stesen bas. Azimah akan mengambilnya disitu. Dalam hatinya bersorak gembira. 'Rasakan kau!'
***
"Alicia! Alicia!"
"eh eh! Kau ni kenapa terjerit-jerit dekat sini? Tak reti hormat ke tempat orang?"
Iqbal menoleh memandang gadis yang menegurnya itu. Oh ho! Gadis yang sama merebut novel dan juga kerusi dengannya. Dia mendekati Hara. "Suka hati akulah nak menjerit ke teriak ke apa ke , tak guna suara kau pun." ucap Iqbal. Mukanya sinis memandang Hara.
"Amboi. Amboi. Encik perfect kita ni. Yang baca novel cinta malam-malam. Awak tu sekarang dalam kawasan saya. So jangan nak memandai-mandai buat kedai ni macam kedai awak." balas Hara. Dia juga turut memberi senyuman sinis kepada Iqbal.
"So... Kedai ni awak punya ke?"
Hara tersentak. Jawapan! Balas balik! jangan bagi dia menang! Hatinya meronta tapi akalnya tak dapat memikir jawapan yang paling sesuai untuk mengenakan lelaki di hadapannya. Dia terjerat dengan ayatnya sendiri.
"Bukan kedai awakkan? So jangan nak memandai-mandai buat kedai ni macam kedai awak." Iqbal memulangkan paku buah keras.
Muka Hara panas. Telinga berdesing. Sakit hatinya bila diperli begitu.
"Oh! Lagi satu. Awak memang jenis pakai baju warna warni ke macam mana? Dah macam pokok krismas dah saya tengok." sambung Iqbal lagi sebelum dia berlalu pergi. Terbatal niatnya untuk berjumpa Alicia bagi bertanyakan perihal tayar keretanya yang kempis semalam. Nampak seperti sengaja dikempiskan. Dia mahu bertanya pada Alicia kot-kot Alicia nampak siapa pelakunya. Tak pasal-pasal semalam dia terpaksa menapak ke stesen bas dan menaiki bas untuk pulang ke rumah. Mujur saja masih ada bas yang beroperasi ketika itu.
Hara mengentap giginya. Marah! Geram! Semua jadi satu. 'Dia kutuk aku macam pokok krismas!? Sesuka hati mulut dia je! Mulut takde insuran!' Hara mengenggam penumbuk di kedua tangan. Sakit hati!
Share this novel