BAB 37

Humor Completed 96569

"Emm..! Masamnya! Sedap Ina.. Makan-makan."

Terangguk-angguk Hara mendengar teman sekampungnya berkata. Tangannya ambil sedikit isi mangga yang sudah dipotong dan disua ke mulut. "Cicah takde ke cicah?" soalnya dengan mulut yang penuh dengan isi.

"Tak payah cicahlah.. Aku malas nak buat."

"Ceh! Kau ni memang dari dulu pemalas."

"Hahaha biarlah."

Hara hanya mengelengkan kepalanya. Macam mana nak kahwin si Nora ni kalau semuanya malas. Ish ish ish.

"Eh Ina. Mana laki kau ha? Sejak dari kau balik aku tak pernah nampak. Kau pun tak bawa dia datang jumpa aku."

Dia terkejut. Bulat matanya memandang Nora. "Kau tahu aku dah kahwin Nora?"

"Ek eley. Apa punya soalan kau tanya. Mestilah aku tahu. Ni kampunglah Ina bukan bandar."

"Ni mesti mak aku bagitahukan?"

Nora angguk sambil tangannya tak henti-henti mencapai isi mangga dan masuk ke dalam mulut. Memang buruk lantak betul. "Mak Bibah bagitahu. Asal kau tak jemput aku? Sampai hati kau kan? Kahwin langsung tak nak jemput kekawan seperjuangan ni. Kau tak ingat ke dulu kita geng power rangers."

Hampi tersedak Hara mendengar perkataan 'power rangers'. Geng legend. Terkenal satu sekolah dengan sikap nakal dan suka mengacau orang. Walaupun semua ahlinya perempuan namun tetap gah membina nama sebagai kumpulan paling berpengaruh. Tersenyum lebar dia bila teringat zaman kegemilangan kumpulan yang dianggotai dulu. "Hahaha geng power rangers. Aku ingat wei. Memori indah tu. Macam mana dengan yang lain? Still macam dulu ke?"

"Emm." Balas Nora. Mulutnya yang penuh menyebabkan dia ambil masa sedikit untuk bercakap. "Semua okay.. banyak yang dah kahwin pun." Jawab Nora setelah mulutnya bebas dari segala makanan. Namun diisi kembali dengan mangga.

"Kahwin? Asal aku tak tahu?"

"Macam mana nak tahu. Lepas kau pi bandar terus hilang macam tu jee.. Contact pun tak."

"Hehe" tersengih Hara mendengar luahan hati Nora. Memang dia sedar salah dia juga sebab tak selalu berhubung dengan kawan-kawannya di kampung. Jadi jangan nak salahkan orang lain kalau tak tahu perkembangan kawan-kawan sendiri. "Dulu aku mana ada telefon Nora. Walaupun nampak macam kuno sikit tapi lepas kerja baru aku dapat pakai telefon. Aku bukan macam orang lain. Semua kena berdikari. Nak tak nak bersabarlah. Kerja. Cari duit buat belanja sendiri and family."

"Aku tahu.. Sebab tu aku tak marah. Tapi Ina. Aku nak tanya sikit boleh? Sikit je.."

"Tanyalah."

"Mak Bibah tu aku tengok semenjak kau kahwin bukan main berseri-seri. Bahagia je rasa. Pak Yah pun sama. Seronok betul ye terima menantu."

"Aik kau ni. Memandai je. Takdelah. Mak dengan ayah aku memang happy go lucky en orangnya. Kau yang tak perasan."

"Hello... Aku duduk dekat kampung ni aku tahulah. Lepas tu kan Ina... Hari tu aku ada dengar Mak Bibah cerita dengan mak aku yang dia tak sabar sangat nak timang cucu. Muka mak kau masa cerita tu semangat betul Ina."

"Cucu?" Hara terkedu seketika. Cucu? Maknya inginkan cucu?

"Iye.. Cucu.. Cucu tu anak kau lah.. Tu pun blur ke?"

"Aku tahulah Nora. Aku tahu."

"Dah tu? Macam terkejut sangat je masa aku cakap pasal cucu. Kau tu takde isi ke? Aku rasa dah lama korang kahwinkan?"

Oh my.. Lagi satu soalan yang menyentap jantung Hara. Terasa menyesal pula dia datang melepak dekat pangkin ni dengan Nora. Kalaulah sekarang dia ada dekat rumah. Herm.. Rasa menyesalnya makin mengunung.

"Ina! Woi!"

"Ah? Ha ye. Apa kau cakap tadi?"

"Kau tu bila nak ada isi? Tak nak bagi mak kau cucu ke?"

"Nora.. Kau kenal laki aku?" soal Hara. Cuba mengelak soalan yang ditanyakan Nora sebentar tadi dan cuba untuk mengalih perhatian Nora daru bercerita soal permintaan ibunya.

Nora mengelengkan kepala. "Tak.. Aku tak pernah nampak laki hang. Awat?" balas Nora dalam loghat utara yang tiba-tiba saja terpancul di bibirnya.

"Kau tak pernah nampakkan muka dia?"

"Tak.. Tak pernah.. Kan aku dah cakap tadi."

"Haa.... Aku nak bagitahu kau satu rahsia ni. Kau janji jangan bagitahu sesiapa pun. Mak Bibah ka Pak Yah ka atau mak hang sendiri. Janji?"

"Amboi.. Macam rahsia besar je? Amende tu..?"

"Kau janji dulu jangan bagitahu sesiapa."

Pantas Nora mengangguk tanda yang dia berjanji tak kan bagitahu sesiapa pasal rahsia ini.

"Aku... Sebenarnya...."

"Sebenarnya apa? Ishh! Cakap terus jela. Nak stop-stop pula." cela Nora tak menyabar.

"Emm Nora, aku sebenarnya tak cintakan laki tu."

Ternganga besar mulut Nora tatkala mendengar kenyataan Hara. Memang betul-betul tak sangka. "What the fuck? Serius ah?"

Hara menjeling Nora tajam. "Perlu ke sampai mencarut? Nak aku cili mulut kau?"

"Hehe okay sory. Kenapa kau kahwin dengan dia kalau kau tak cintakan dia?"

"Entah.. Aku pun tak tahu." selamber Hara berkata sambil buat muka toya. Tak ambil pusing langsung dia dengan kerutan di muka Nora yang sedang menahan marah.

"Mangkuk! Aku seriuslah! Benda ni serius. Kau dah gila ke Ina?"

"Apasal pula? Nora... Aku kahwin dengan dia pun sebab terpaksa. Kalau dia tu hensem takpelah juga. Ni muka macam pecah rumah. Tak hinginlah aku."

"Seriuslah wei? Laki kau tak hensem?"

Hara mengangguk. Berjaya. Misi selesai. Tak sangka semudah ini je Nora ditipu olehnya. Lepas ni takdelah perempuan ni tanya macam-macam lagi. Hehe. Senyuman sinis penuh makna terukir dibibirnya.

"Peh! Memang rugilah kau Ina. Orang cantik macam kau dapat laki muka pecah rumah. Ish ish ish. Kesian kau kan."

"Tu la. Aku ni memendam rasa je wei. Dah lah perangai dia teruk. Aku ni kalau tak fikir pasal mak apak aku tak nak aku kahwin dengan dia." Hara berkata lagi. Menambah perasa di dalam cerita yang dia reka. Tapi memang betul pun perangai Iqbal teruk.

"Macam drama doh life kau. Cuma beza laki kau tak hensemlah macam Zul Ariffin. Hahaha."

"Amboi.. Sedap kutuk nampak?"

"Hahaha rileklah Ina.. Kata tak cinta, yang kau nak sentap apahal?"

"Memanglah tapi tak payahlah sampai over nau kutuknya."

"Yela-yela. Tapi betul ke kau kata perangai dia teruk? Teruk yang macam mana tu? Dia tak kerja eh? Kau tanggung hidup dia?"

Hara memandang Nora sekilas. Ingat dah habis dah cerita rupanya ada lagi. Haih. Kadang-kadang dia sendiri pelik dengan perangai temannya itu. Orang lain kalau dengar cerita sedih mesti bersimpati , tapi dia ni macam suka pula. "Teruklah.. Teruk.." balas Hara acuh tak acuh. Malas mahu memanjangkan cerita lagi. Malas mahu mengingati soal lelaki tak guna itu lagi.

"Aku tahulah teruk. Tapi teruk yang macam mana?"

"Teruk yang sangat teruk.."

Hara mengangkat mukanya. Nora pula berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang menegur mereka.

"Perangai dia teruk. Kuat cemburu. Kuat marah. Kuat fikir negatif. Memang teruk."

Nora memerhati gerangan yang bersuara itu mendekati mereka. Tak lepas matanya memerhati. Orangnya putih. Tinggi molek. Bibirnya merah jambu seperti bebas daripada rokok. Suaranya lunak merdu. Tatkala berjalan sebelah tangannya dimasuk ke dalam poket. Gaya rambut moden tersisih rapi. Amat kemas. Tak lupa janggut sedikit di dagunya. Ahh.. Lelaki idaman. Hatinya tergoda. Matanya masih terlekat pada susuk tubuh tersebut yang kini berdiri di hadapan Hara.

"Dia memang teruk sebab buat tindakan melulu. Tak nak dengar penjelasan orang. Sampai dia dah buat orang yang dia sayang keguguran. Tapi sekarang orang tu sedar yang sikap dia tu telah menyakiti hati seseorang. Dia pun sedar yang dia tak boleh hidup tanpa orang yang dia sakiti tu. Tolong maafkan dia. Dia tahu dia sangat-sangat bersalah. Hatinya sekarang terseksa dengan perasaan rindu terhadap orang tu. Dia betul-betul minta maaf."

Hara mencebik. Matanya dikalih ke arah lain. Malas mahu mendengar madah pujangga yang konon-konon jiwanglah. Ingat hati dia akan cair? Tolonglah. Ni Hara. Kalau dah tak nak kau boleh berambus.

"Awak ni siapa?" Soal Nora. Sungguh kata-kata lelaki itu menyentuh jiwa raganya. Adakah ini orang utusan dari suami Hara? Atau jodoh yang ditetapkan Allah untuknya?

"Maaf sebab menganggu awak. Saya Iqbal. Suami Hara." Iqbal menghadiahkan sekuntum senyuman buat Nora yang dilihat begitu kagum dengan dirinya.

"Su... suami!?"

"Bekas suami." Hara mencela.

"Ni.. Ni suami kau Ina?" hancur berkecai segala angan yang bermain di kepala Nora sebentar tadi. Hatinya diamuk rasa kecewa.

"Kan aku cakap bekas suami!" Hara bingkas bangun. Segera dia bergerak meninggalkan kawasan rumah Nora. Dan kini perasaan menyesalnya kembali menghantui diri. Kenapalah dia tak bawa motor tadi, kalau tak boleh balik rumah cepat sikit.

"Suami dia tu?" Nora memerhati Hara yang bergegas pergi dan Iqbal yang mengejarnya dari belakang. "Punya hensem suami dia , dia cakap macam pecah rumah? Eee kalau akulah aku dah ikat dah. Bukan senang nak dapat orang hensem ni." bebelnya sambil kembali menghadap buah mangga yang sudah tinggal sedikit.

***

"Sayang.. Abang minta maaf. Abang tahu abang dah buat banyak salah dengan sayang. Maafkan abang." terkedek-kedek Iqbal mengejar Hara sambil menolak basikal. Laju betul isterinya berjalan. Juara marathon agaknya dulu.

"Maafkan abang Ara. Abang tahu selama ni abang yang salah. Abang tak nak dengar penjelasan Ara. Memang semua ni salah abang. Maafkan abang. Please..?" rayu Iqbal lagi setelah dia dapat jalan seiring dengan wanita itu.

"Ara.." panggilnya lembut.

"Kau diamlah!" langkah Hara terhenti. Dia menghadap Iqbal. Matanya yang penuh dengan kebencian itu memandang Iqbal tajam. "Kau pergi berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Berambus!" jerkah Hara. Kakinya kembali berjalan pulang ke rumah. Terasa jauh sangat rumahnya sekarang ni. Padahal selang tiga lorong saja.

Iqbal terdiam. Wow.. Dia tak pernah nampak Hara menjadi segarang ini. Cara wanita itu memandangnya dan memarahinya seolah-olah tiada lagi peluang kedua buat dirinya. Dirinya terasa sangat kecewa namun segera Iqbal mengembalikan semangat dalam dirinya. Dia tak akan mengalah selagi Hara tak maafkan dirinya.

Diikut wanita itu dari belakang. Sampailah ke rumah mak mertuanya. Iqbal meletakkan basikal yang diguna tadi di belakang rumah. Kemudian kakinya melangkah masuk melalui pintu dapur.

"Haa Iqbal, jumpa Ara?"

Iqbal tersenyum. "Jumpa yah. Ada dekat rumah kawan yang ayah cakap tu." balas Iqbal.

"Haa yela. Kamu pergilah mandi. Baru sampai terus merayau. Lagi pun dah nak maghrib ni. Boleh berjemaah nanti dekat surau."

Iqbal hanya mengangguk. Pantas dia bergerak pergi ke bilik Hara. Diketuk pintu perlahan sebelum masuk. "Sayang..." panggilnya perlahan sambil mendekati Hara yang berselubung di dalam selimut.

"Sayang.." Iqbal menyentuh badan Hara. Dapat dirasakan yang Hara terkejut dengan sentuhannya itu. "Abang betul-betul nak minta maaf. Semua ni salah abang. Abang tak nak dengar cakap Ara. Sekarang abang dah tahu semuanya. Abang sedar salah abang. Tolong bagi abang peluang kedua sayang.."

Sunyi... Tiada sahutan daripada Hara.

"Sayang.." Iqbal cuba menarik selimut yang menutupi badan Hara namun wanita itu dengan ganas menutup kembali badannya.

"Ara... Abang betul-betul minta maaf. Abang dah tahu apa yang jadi and Ara takde salah apa pun dengan abang. Abang yang banyak buat salah dengan Ara. Please maafkan abang sayang. Abang betul-betul menyesal." rayu Iqbal lagi.

"Jangan nak panggil abanglah! Geli telinga aku ni dengar! Kau tak layak nak bahasakan diri kau abang!" tengking Hara dari dalam selimut.

'Tapi ab..."

Tukk! Tukk! Tukk!

"Iqbal.. Ayah dah panggil tu. Kamu dah siap ke?" suara mak mertuanya kedengaran di balik pintu. Lembut sahaja suara wanita tua itu memanggilnya.

"Belum siap lagi mak. Iqbal tak mandi lagi ni. Kejal Iqbal siap." jerit Iqbal. Dia bangkit dari katil.

"Woi!" Iqbal menoleh. Hara sedang memandangnya. Senyuman kegembiraan mula terbentuk di bibir merah jambunya. Wanita itu sudah bercakap dengan dia. "Kenapa sayang. Abang nak pergi solat dengan ayah ni. Ara tunggu abang balik ye."

Hara mencebik. Getik hatinya dengar Iqbal berkata begitu. Nak tunggu-tunggu balik pula. Buang masa! "Aku cuma nak bagi amaran dekat kau, jangan cakap pape dengan mak atau ayah. Aku tak bagitahu pun yang kita ni dah nak bercerai. Aku nak bagitahu sendiri nanti. Faham!?" tegas Hara kemudian dia kembali berselubung.

Iqbal tergamam seketika mendengar amaran Hara , kemudian kepalanya terangguk-angguk. 'Patutlah mak dengan ayah rilek je layan aku rupanya dorang tak tahu.' gumamnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience