BAB 39

Humor Completed 96569

"Macam mana aku nak buat dia maafkan aku eh.. Emm.." Iqbal memandang ke langit. Angin sempoi-sempoi bahasa menampar mukanya lembut. Dia melabuhkan punggung pada kerusi malas yang berada di beranda rumah. Tangannya diletak belakang kepala.

"Okay sekarang kau ingat. Macam mana kau ambil hati dia dulu? Dengan cara yang mengoda?" Iqbal mengangguk-anggukkan kepalanya. Mungkin yang macam dulu boleh berkesan. Tak cuba tak tahu. "Eh! Mana boleh! Dulu dia tak marah aku. Sekarang dia marah gila kot. Macam singa betina. Cara tu tak boleh. Tak boleh." kali ini kepalanya digelengkan pula.

"Iqbal. Kenapa ni? Runsing je ayah tengok. Ada masalah ke?"

"Eh ayah." Iqbal berdiri. Dia memandang ayahnya yang sudah melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi. Dia kembali duduk.

"Apa yang kamu runsingkan tu? Ayah tengok dari tadi duk angguk geleng kepala kamu. Berat betul masalah kamu." Encik Abdullah memulakan perbualan. Dikeluarkan sebatang rokok daripada kotak dan diletak dibibirnya. Pemetik api dihidupkan dan dicucuh pada rokok.

"Adalah masalah sikit ayah. Tak besar mana pun." jawab Iqbal.

"Ada masalah dengan Ara?"

"Eh macam mana ayah tahu!?" terbuntang mata Iqbal memandang ayah mertuanya. Pandai betul orang tua tu teka.

"Ayah tahulah. Ayah ni orang tua. Lebih makan garam dari kamu."

"Hehe." Iqbal tersengih malu. "Masalah kecil je ayah tapi Ara besar-besarkan."

"Herm.." Encik Abdullah menghembus asap rokoknya. Matanya memandang Iqbal. "Orang perempuan ni memang rumit. Kau buat salah kecil pun dorang anggap besar. Inikan pula salah besar."

Iqbal menelan air liur. Ayah mertuanya macam tahu je masalah sebenar.

"Kita ni sebagai lelaki kena sedia mental fizikal masa nak kahwin. Masa akad nikah tu kena sedar dah tanggungjawab besar nak pikul. Fikiran tu kena matang sebetulnya. Bila tak matang suka ikut rasa marah sebab tu lah tunggang langgang rumahtangga." sambung Encik Abdullah lagi. Asap dihembus tinggi. "Kamu dah buat salah apa dengan Ara?" soal Encik Abdullah.

"Err salah kecil je ayah. Tak lah besar mana." jawab Iqbal.

"Dah tu apa yang runsing sangat?"

"Runsing sebab Iqbal tak tahu nak buat apa dah supaya Ara maafkan Iqbal. Dah berpuluh kali minta maaf tapi dia tetap degil juga." cerita Iqbal. Elok juga kalau diceritakan pada Encik Abdullah. Manalah tahu kot-kot dapat idea bernas pula.

"Hahaha sebab tu je Iqbal?”

Iqbal mengangguk. Matanya terkebil-kebil memandang Encik Abdullah. 'Boleh bantai gelak orang tua ni. Aku tengah serius kot..'

"Orang perempuan ni memang lagu tu. Kamu kenalah tunjuk sikit yang kamu sayangkan dia."

"Dah yah. Iqbal dah buat macam-macam. Tapi tak jalan juga. Ara tu keras kepala. Tak tahu nak buat apa lagi dah."

"Iqbal, Iqbal." Encik Abdullah berdiri. Dibuang putung rokok yang sudah habis. Dia mendekati Iqbal. "Kalau kena caranya. Semua boleh selesai. Sedangkan kerak nasi boleh jadi lembut bila ditaruh air." Encik Abdullah menepuk-nepuk bahu Iqbal seraya beredar masuk ke rumah.

"Maksudnya? Kena simbah Ara dengan air?" Iqbal termangu. Berkias sangat ayah mertuanya. Dia bukanlah jenis yang begitu. Jadi susah mahu faham. "aduii! Pening ah!"

***

"Mak Som."

"Haa kamu Ina. Mak Som ingatkan siapa."
Hara tersenyum. "Mak Som sorang je? Nora mana?" soalnya. Matanya meliar memandang ke segenap penjuru kedai runcit tersebut.

"Ala.. Si Nora tu selagi tak tengahari takdenya nak bangun. Mak Som pun tak tahulah apa nak jadi dengan dia tu." Mak Som mengelengkan kepalanya.

"Hahaha ala Mak Som nanti dia berubahlah tu. Dia belum sampai tahap kematangan lagi."

"Haha macam-macamlah kamu ni Ina. Ni nak beli barang untuk masak ke?"

"A'ah Mak Som. Ina pergi amik barang dulu eh."

Mak Som mengangguk.

"Ina... Ina.. Kau nak pergi mana?"

Langkah Hara dihalang oleh dua lelaki yang sebaya dengannya. Dia merengus kasar. Kutu rayau kampung. "Korang nak apalah? Boleh berambus tak?"

"Amboi.. Garangnya Ina. Kau tak rindu ke dekat teman lelaki kau ni?" Johan tersengih.

"Haa betul tu Ina. Si Johan ni tiap malam mimpi kau tahu. Hahahaha" Fuad pula berkata.

"Fuad! Johan! Jangan kamu nak kacau Ina ni. Pergi! Jangan buat kacau dekat kedai aku!" jerkah Mak Som.

"Hahahaha Mak Som.. Shhhh!" Fuad meletak jari telunjuknya dibibir. "Jangan masuk campur. Kalau tak habis kedai Mak Som ni." ugut Fuad.

"Eh sudahlah! Korang ni dari zaman sekolah sampai sekarang tak berubah. Umur tu dah meningkat. Tu kubur dah panggil dah. Cepat-cepatlah taubat. Takut tak sempat pula karang." tenang Hara berkata.

"Uish! Lancang juga mulut awek kau ni Jo."

Johan tersenyum sumbing. "Kau sejak duduk bandar bukan main lagi mulut kau eh. Derhaka kau tahu tak. Nanti masuk neraka. Hahahahahaha." Terburai ketawa Johan dan Fuad di hadapan Hara. Lawak sangat dirasakan bila dapat mempermainkan gadis idaman Johan itu.

"Nampak sangat bodoh. Dah! Berambus! Jangan nak tunjuk bodoh tu dekat sini." Hara menolak Fuad yang berada dekat dengannya dan melangkah pergi namun tangannya sempat ditarik oleh Johan.

"Apa kau cakap? Bodoh? Bodoh!?" Johan mencengkam tangan Hara kuat.

"Lepaslah! Kau jangan nak macam-macam Johan. Lepaskan aku!" Hara cuba menarik tangannya.

"Kenapa Ina? Takut?" sindir Johan diikuti dengan ketawa yang galak daripada Fuad.

"Lepaslah! Aku menjerit karang! Lepas."

"Kau nak jerit? Aku cadangkan guna bahasa omputih. Help... Help... Hahahahahaha." terkekeh-kekeh Fuad ketawa.

"Eee..."

"Woi! Korang buat apa ha!? Lepaskan isteri aku!"

Keempat-empat mata kini tertumpu kepada Iqbal yang berada di hadapan kedai.

"Adumak.. Ni mamat mana pula nak tunjuk hero ni? Woi! Sini kampung! Kau jangan nak melebih!" tengking Fuad.

"Heh." Iqbal senyum meleret. Dia mendekati mereka. "Sekarang yang kau pegang ni tangan isteri aku." Iqbal menarik tangan Hara yang dipegang Johan. "Aku tak kiralah ni kampung kau ke kampung aku ke sekarang ni kau dah cari pasal dengan aku." Iqbal berkata. Dia melindung Hara di belakangnya.

"Jadi? Kau nak buat apa? Pukul? Haa pukullah. Sini.. Sini.." Johan menyuakan pipinya pada Iqbal.

"Hahahahaha haa pukullah. Tak berani ke budak bandar? Hahahaha." Fuad pula menambah minyak ke dalam api.

"Hahaha mana..."

Ppang!

Johan dapat apa yang dihajati. Tangan Iqbal hinggap di pipinya. Bisa! Dia pegang pipi kirinya yang dipukul. "Kau ni memang nak kena!" tanpa berlengah satu tumbukan dilepaskan ke arah Iqbal namun seperti dijangka Iqbal dapat mengelak. Datang pula lagi satu tumbukan daripada Fuad. Iqbal mengelak. Dicapai tangan Fuad kemudian dipulas ke belakang.

"Argh!" Fuad menjerit kesakitan.

"Kau nak melawan? Haa marilah." Iqbal memandang Johan yang teragak-agak untuk bertindak. Tangan Fuad dipulas lebih kuat.

"Ka.. Kau siapa ha!?" soal Johan.

"Aku dah cakap aku ni suami Ina." Iqbal melepaskan tangan Fuad. "Baik korang blah dari sini sebelum berterabur gigi korang aku kerjakan."

Tertunduk-tunduk Fuad dan Johan keluar dari kedai runcit milik Mak Som.

Iqbal tersenyum. Matanya memandang ke arah Hara yang berada di sebelah Mak Som. "Lain kali pergi kedai ajak abang. Jangan nak pergi sorang. Nasib abang ada tadi , kalau tak?" Iqbal mengelengkan kepalanya.

Hara merengus kasar. Menyampah dengan Iqbal yang berlagak. Segera dia melangkah pergi meninggalkan kedai runcit tersebut dengan hatinya yang penuh rasa meluat terhadap Iqbal.

Iqbal hanya memerhati. Begitu juga dengan Mak Som. Setelah pasti Hara hilang dari pandangan , bola matanya dikalih kepada Mak Som. Dia tersengih sambil jarinya diangkat tanda bagus. "Terima kasih Mak Som." ucapnya.

"Sama-sama Iqbal. Dah pergi balik cepat." arah Mak Som.

Iqbal angguk. "Saya balik dulu Mak Som. Assalamualaikum." Iqbal melangkah keluar kedai. Dipandang ke kanan. Johan dan Fuad sedang berselindug di balik dinding kedai. Kaki digerak mendekati mereka.

"Macam mana bang? Bagus tak lakonan kitaorang tadi?" Johan tersengih dengan muka bangga.

"Bagus-bagus. Tak sangka aku korang ni ada bakat. Okay. Seperti yang dijanjikan." Iqbal mengeluarkan dompetnya dari poket seluar. "Nah sorang 100." Not Rm200 dihulur kepada Johan.

Duit bertukar tangan. Not Rm100 dihulur pula kepada Fuad. "Terima kasih bang. Lain kali kalau nak minta tolong pape boleh panggil kitaorang." ujar Johan.

"Haa yela. Aku balik dulu. Ingat. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut." pesan Iqbal sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Johan dan juga Fuad.

***

"Nah.." secawan milo panas dihulur kepada Hara. Malam yang dingin. Walaupun masih awal namun keadaan dalam rumah sudah sunyi. Kedua ibu bapanya sudah naik tidur. Hara hanya buat tak endah. Matanya kembali memandang ke dada langit.

"Amiklah. Penat abang buat kat dapur tadi." pujuk Iqbal namun Hara masih membisu. Akhirnya Iqbal meletakkan cawan tersebut di atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hara. "Cantikkan langit malam ni." Iqbal memulakan perbualan.

"Lagi berseri bila ada kesayangan abang dekat sebelah." sambung Iqbal lagi. Tangannya cuba memeluk Hara namun wanita itu menolak.

Hara bergenjak sedikit. Menjarakkan dirinya dengan Iqbal.

"Herm." helaan nafas berat dibuat. Perasaan putus asa sudah mula muncul dalam hati Iqbal. Dia merenung langit malam. Sama seperti Hara. Tiba-tiba dia tersenyum. "Ara tahu tak. Masa abang cari Ara dulu. Abang selalu tanya pada bintang. Mana sayang abang? Mana buah hati abang? Tiap malam mesti abang duduk dekat depan rumah. Abang bawa sekali air kopi ke teh. Lepas tu abang pasang lagu. Abang dengar lagu sambil pandang ke bintang yang ada dekat langit. Abang rasa tenang walaupun masa tu hati abang runsing sangat fikir pasal Ara."

Hara mendengar kata-kata Iqbal dengan teliti. Hatinya mula tersentuh dengan keikhlasan Iqbal.

"Tapi..." kata-kata Iqbal terhenti seketika.

Hara menanti dengan penuh debaran.

"Ada satu malam tu, bintang takde dekat langit. Abang takut sangat. Abang ingat bila bintang takde maknanya Ara pun dah tak akan ada dalam hidup abang. Abang menangis. " Iqbal terhenti lagi.

"Masa tu abang betul-betul rasa menyesal. Menyesal sebab sakitkan Ara. Menyesal sebab sepatutnya abang buat Ara bahagia. Menyesal sebab abang tak nak dengar penjelasan Ara." sambung Iqbal. "Abang memang rasa diri abang bodoh sebab buat Ara macam tu. Bila abang duduk sorang-sorang baru abang tahu peritnya rasa kehilangan. Orang yang selalu teman kita tiap malam , tiap hari. Waktu sakit, waktu susah. Tiba-tiba orang tu tak ada. Abang rasa kosong."

"Esoknya. Abang tengok langit lagi. Masa tu abang tersenyum balik. Sebab abang nampak bintang. Tu bermakna harapan abang untuk berjumpa Ara masih ada lagi."

Hati Hara menjadi sebak mendengar luahan hati Iqbal. Namun ditahan. Dia tak mahu memaafkan lelaki itu. Dia cuba keraskan hatinya walaupun sudah mula cair dengan keikhlasan yang Iqbal tunjukkan.

"Entah macam mana. Esoknya Haris datang. Haris penyelamat abang. Alhamdulillah. Hari ni abang dapat tengok lagi bintang di langit. Bezanya kali ini cuma warnanya lebih bersinar." ujar Iqbal. "Ara. Abang minta maaf." mohonnya sambil memandang Hara.

Hara bangkit. Tak diendahkan permohonan maaf dari Iqbal. Dia segera membawa diri ke dalam bilik. Air matanya hampir gugur. Baik beredar dari Iqbal lihatnya menangis.

Iqbal menghantar Hara dengan pandangan mata. Hatinya diserang rasa sebak, kecewa, putus asa dan segalanya. "Ya Allah. Kau bukalah pintu hatinya untuk aku. Tapi andai takdirnya kami berpisah. Aku redha Ya Allah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience