BAB 21

Humor Completed 96569

Hara resah. Sekejap dia baring. Sekejap dia duduk di birai katil. Sekejap dia memegang kepalanya. Sekejap pula dia mengigit jari tangannya. Sesekali dia memerhati pula ke arah pintu. Takut-takut Iqbal yang berada di bawah masuk ke bilik pula.

Dia mengeluh kuat. Hatinya gusar. Semua yang dia lakukan hari ini semuanya tidak kena. Semuanya tak menjadi. Ada saja salahnya. Akhirnya dia mundar mandir di dalam bilik sambil mengigit jari tangannya.

Hara kembali duduk di birai katil. Dia mengambil telefon pintarnya yang berada di atas katil. Dibuka papan kekunci kemudian buka pula aplikasi whatsapp. Dia perhatikan lama satu nombor yang berada paling atas sekali. Kemudian ditekan pada nombor itu untuk membaca isi kandungan mesejnya.

"Maafkan saya kalau saya dah buat awak merana sepanjang masa kita bercinta dan juga bertunang. Maafkan saya sebab dah kecewakan awak. :( "

Hara merengus. Dia memilih untuk memadam mesej itu. Kemudian menutup telefon pintarnya. Lalu menghempaskan badannya atas katil. "Kau penipu. Semua kata kau dusta. Semua air mata kau palsu. Semua yang keluar dari mulut kau tak mungkin akan ada kebenaran walau sebesar zarah pun. Kau penipu Fatah.. Penipu.." air mata Hara mengalir. Terhinjut-hinjut badannya menahan tangis. Perasaan sedih , perit yang cuba dia buang jauh-jauh ke dasar hatinya kini kembali. Rasa itu muncul kembali membawa segala duka yang terpendam.

***

Iqbal menolak pintu bilik perlahan-lahan. Dia baru sahaja habis menonton filem kegemarannya. Dia mengintai sedikit keadaan di dalam bilik sebelum melangkah masuk. "Dah tidur dah dia ni." Iqbal berkata perlahan. Dia melangkah masuk dan menutup pintu dengan perlahan. Tak mahu mengenjutkan Hara yang sedang tidur dalam keadaan pelik.

Ya. Memang pelik. Iqbal mendekati Hara yang sedang nyenyak tidur di birai katil. Kakinya terjuntai di bawah. Hanya separuh badan sahaja berada di atas katil. Iqbal turut baring di sebelah Hara dengan posisi yang sama. Kakinya turut terjuntai di bawah. Badannya mengiring mengadap Hara. Dia merenung wajah isterinya ketika tidur. Iqbal tersenyum.

Sedang dia mengamati wajah bidadarinya itu, dia perasan ada sesuatu yang berbeza. Mata Hara nampak macam sembam. "Menangis ke dia ni?" Iqbal berkata. "Emm mungkin kalau tidur memang mata dia sembam kot." sambung Iqbal lagi. Dia menyentuh pipi wanita itu. "Ara.." panggilnya lembut.

Hara membuka sedikit mata apabila terasa sentuhan hangat di pipinya. Dia mengosok-gosok matanya untuk menjadikan pandangannya lebih terang. "Abang." kata Hara setelah dilihat gerangan yang menyentuh pipinya.

"Kenapa tidur macam ni? Tidur betul-betul."

"Emm." Hara akur dengan arahan Iqbal. Dia membetulkan pembaringannya. Kakinya tidak lagi terjuntai. Iqbal turut sama begitu. Dia memerhatikan Hara yang sudah memejamkan matanya. Bersedia untuk menyambung beradunya yang terganggu sebentar tadi.

Tiba-tiba Hara membuka matanya kembali. "Abang." panggilnya perlahan. Tidak bermaya. Matanya memang kelihatan sangat sembam. Memang seperti baru lepas menangis

"Ye sayang." sahut Iqbal.

Hara mendekati Iqbal. Dia mahu Iqbal memeluknya. Dia mahu lelaki itu menghilangkan segala kesedihan di hatinya. Dia mahu lelaki itu memberi sedikit semangat kepadanya untuk membuang segala duka laranya.

"Kenapa ni?" soal Iqbal. Pelik dengan kelakuan Hara. Tidak pernah dia nampak wanita itu menjadi seperti sekarang ini.

Hara hanya mengelengkan kepala. "Ara sayang abang." ucapnya sebelum memejamkan mata kembali di dalam dakapan Iqbal.

***

"What!? Seriuslah? Fatah jumpa kau balik?"

Hara mengangguk lemah. Air tembikai yang berada di hadapannya dikacau sambil memandang sepi. Tak ada selera untuk makan atau minum. Fikirannya terganggu sejak berjumpa Fatah kembali.

"Eee! Mamat tu memang nak kena dengan aku lah!" Azimah mengenggam penumbuk di tangannya. Geram betul! Kalaulah masa Fatah datang tu dia ada, memang dah lama melayang satu penumbuk padu di pipi lelaki itu. Biar padan mukanya! Dasar jantan tak sedar diri!

"Dia nak apa?" soal Azimah.

"Herm.. Dia nak bersama aku balik." balas Hara. Kali ini pandangannya dilempar ke jalan raya. Memerhati kereta lalu lalang. Sesak sungguh Bandaraya Shah Alam itu. Cuaca yang panas terik tak menghalang penduduknya untuk meneruskan aktiviti harian mereka demi mencari sesuap nasi.

"Then kau cakap apa?"

"Herm.." lagi sekali Hara mengeluh. Berat keluhan yang dilepaskan. Fikirannya serabut.

"Kau ni mesti tak cakap dengan Fatah yang kau dah kahwinkan?"

Hara terdiam. Betul tekaan Azimah. Dia mengangguk perlahan.

"Aku dah agak dah kau ni."

"Aku.. Tak sampai hati nak bagitahu."

"Tak sampai hati kepala hotak kau! Bagitahu jela. Entah-entah kau memang sayang dia lagi en?" tuduh Azimah melulu. Sakit hatinya dengan perangai Hara. Bagitahu sajalah. Apa yang perlu dirahsiakan lagi. Biar mamat tu rasakan seksanya pula. Biar dia tahu betapa sakitnya harapan palsu!

"Mah! Aku tak sayang dia lagilah!" Hara mengerutkan muka. Tiba-tiba pula Azimah tuduh macam tu. Hatinya dah tak ada pada Fatah. Hatinya sekarang cuma ada pada Iqbal sahaja.

"Habis tu? Cuba kau cakap dengan aku kenapa kau tak nak cakap status kau dekat dia? Apa sebabnya?"

Hara diam. Sejujurnya dia memang tak ada jawapan untuk soalan Azimah. Dia cuma. Cuma tak sampai hati nak bagitahu kebenaran kepada Fatah. Dia tak sampai hati nak biarkan Fatah kecewa.

"Tengok. Tengok. Kau takde jawapankan? Eh dah lah Ara. Kalau macam ni la perangai kau , tak mustahil rosak rumah tangga kau nanti." selamber Azimah berkata. Langsung tak berlapik. Malas sebenarnya mahu berkias-kias lagi. Semua kata-katanya bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

"Azimah!"

"Apa? Kau nak marah aku? Marahlah. Selama ni aku cakap bukannya kau dengar pun. Kau suka sangat ikut kata hati kau tu. Cuba sekali sekala fikir pakai otak. Cuba jadi rasional sikit. Jangan menonong ikut perasaan. Ikut hati , mati!" sekali lagi Azimah berkata. Tahap kesabarannya sudah cukup. Tak ada lagi sabar-sabar. Dia kena sedarkan juga kawannya itu. Lantaklah lepas ni dorang akan putus kawan sekali pun. Dia tak mahu Hara mengambil langkah yang salah. Dan yang paling penting, dia tak mahu Hara kembali kepada lelaki seperti Fatah. Dia yakin Hara hanya akan terseksa dengan lelaki itu.

Hara tersentak. Kata-kata Azimah menikam kalbunya. Perit , pedih! Bagai dihiris pisau belati. "Sampai hati kau Mah." katanya perlahan.

"Sebab aku tak nak kau kembali dekat jantan tak guna tu! Aku tak nak kau sakit hati lagi! Aku tak nak kau terseksa dengan mangkuk ayun tu! Aku sayang kau Ara. Aku tak nak kau sedih. Aku nak kau bahagia. Untuk sekali ni jee. Please , fikir betul-betul tindakan kau. Fikir pasal Iqbal. Apa rasa dia bila tahu Fatah jumpa kau balik. Kau sendiri dah rasa peritnya kekecewaan. Kau sampai hati nak biar insan yang kau sayang rasa kecewa tu jugak? Kau sampai hati Ara?"

Hara tunduk. Menghadam segala tiap butir kata yang keluar dari mulut Azimah. Benaknya teringat kembali kesakitan yang dilalui ketika dengan Fatah. Kecewa. Harapan palsu. Murung. Semua itu menyeksakan jiwa. Membebankan dirinya.

"Kau fikirlah masak-masak Ara. Sama ada kau nak bagitahu Fatah yang kau dah kahwin atau kau nak biarkan Iqbal kecewa dengan tindakan kau. Aku pergi dulu. Waktu rehat aku dah habis. Aku sayang kau. Jangan tersalah pilih." ujar Azimah kemudian berlalu pergi meninggalkan Hara.

Hara memerhati Azimah pergi. Hatinya berbelah bahagi. Dia tak mahu Fatah sedih bila tahu dia sudah kahwin, tetapi dia juga tak mahu meninggalkan Iqbal. "Ahh.." sekali lagi satu keluhan berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience