'Tak payahlah kejar. Kau jalan dengan aku je.' Hara tak dapat menahan senyuman di bibirnya. Kata-kata itu berulang kali bermain di benaknya. Ditambah dengan suara pemiliknya yang begitu indah.
Hara mengiring ke kiri. Dilihat Iqbal sedang tersenyum memandangnya. Dia membalas senyuman lelaki itu. Rasa bahagia. Sangat bahagia. Iqbal mengusap pipi Hara. Lembut sentuhannya. Hara mengangkat tangannya dan memegang tangan Iqbal yang berada di pipinya.
"Ahhh! Hahaha apa kau merepek ni Ra? jauhnya kau berangan. Ish. Dah. Tidur-tidur. Hahaha" Hara tergelak. Walaupun hanya angan tetapi perasaan bahagia yang muncul amat mengembirakan hatinya.
***
"Selamat pagi. Dah sarapan?" Iqbal memberi senyuman manis buat wanita yang baru melangkah masuk ke dalam keretanya itu. Wangi. Bau perfume milik wanita itu memenuhi setiap sudut kereta.
"Dah." balas Hara. Dia tidak membalas pandangan Iqbal. Tiba-tiba jadi malu pula aih. "Nah." Hara menghulur sesuatu kepada Iqbal. Namun matanya masih tidak menoleh memandang lelaki itu.
"Apa ni?" soal Iqbal sambil menyambut barang yang dihulur oleh Hara.
"Sarapan. Untuk kau." ucap Hara. Perlahan. Segan!
"Kau masak?"
Hara mengangguk. Dia tunduk. Tangannya bermain-main dengan tali begnya.
Iqbal tersenyum. "Terima kasih." ucapnya kemudian memulakan pemanduan ke tempat kerja mereka berdua.
***
"Iqbal honey..."
Khairul yang sedang bertugas di kaunter pembayaran memandang Amirah yang berada di sebelahnya. "Siapa tu?" Dia memuncungkan mulutnya ke arah perempuan yang sedang melenggang-lenggok naik ke tingkat dua.
"Tu Wawa." balas Amirah. Dia turut memerhati perempuan tu menaiki ke tingkat dua. Meluat hatinya rasa. Perempuan tu terlampau tergedik-gedik. Anak orang kaya. Anak dato'. Bukan main lain overnya.
"Wife Encik Iqbal ke?" Khairul bertanya lagi. Dia pekerja baru di supermarket tersebut jadi tidak memahami apa yang sedang berlaku sekarang ini.
"Eh dok eh." Amirah melihat sekali lagi ke arah tangga. Kot-kot Wawa sedang mengintai mereka. Setelah pasti keadaan sesuai , Amirah memulakan bicaranya. Dia memandang Khairul. "Dia tu emm macam mana nak cakap eh." Amirah terhenti seketika. Buntu mencari ayat yang sesuai untuk bercerita pada Khairul.
"Wawa tu sebenarnya bukan wife or girlfriend Encik Iqbal." jelas Amirah.
"Dah tu? Dia panggil Iqbal honey." Khairul mengajuk cara Wawa sebentar tadi.
Meletus tawa Amirah melihat gelagat Khairul. "Hahaha kau ni. Sebijik wei." ujar Amirah. "Dia tu cuma kawan je. Encik Iqbal tak suka kat dia. Tapi dia suka sangat datang sini ganggu Encik Iqbal. Semua staff sini tahu dah perangai perempuan tu. Dulu Encik Iqbal selalu juga marah si Wawa tu tapi Wawa ni jenis keras kepala. Tak makan saman pun even dah banyak kali kena marah dengan Encik Iqbal. Last last Encik Iqbal buat derk je. Malas nak marah. Layan jela." sambung Amirah. Panjang lebar.
"Dia tu siapa?"
"Wawalah. Kan aku dah cakap tadi."
"Bukanlah. Maksud aku, macam mana dia boleh kenal Encik Iqbal tu? Tak kan tetiba redah je pulak?"
"Ohhh... Dia tu anak kawan bapak Iqbal." Amirah terhenti. Binggung dengan apa yang dia katakan sebentar tadi. "Bapak Encik Iqbal punya kawan punya anak. Haa.. " sambung Amirah. "Kau faham tak?"
"Err faham. Faham." Khairul cuma tersengih. Pening dengan cara penyampaian Amirah. 'Ahh! Persetankan semua itu. Sekarang aku datang sini nak kerja. Cari rezeki. Fokus!' hatinya berkata.
***
"Sayang......." Wawa membuka pintu pejabat Iqbal. Badannya disandarkan pada pintu. Cuba mengoda lelaki itu dengan keseksiannya.
"Maaf Encik Iqbal. Saya cuba tahan dia tapi Cik Wawa ni main terjah masuk je." Siti berkata. Dia menjeling ke arah Wawa. Menyampah tengok wanita itu.
"Takpe Siti. Awak boleh pergi." ucap Iqbal.
"Werkkk!" Wawa mengejek Siti yang beredar meninggalkannya. "Sayang.. Siti tu tak tahu lagi ke yang I ni girlfriend you. Suka sangat tahan-tahan I. Benci tahu." Wawa mendekati Iqbal. Lengok badannya mengoda. Wawa pergi ke belakang tempat duduk Iqbal dan memeluk lelaki itu. Pipinya berlaga dengan pipi Iqbal. "Sayang. Jom lunch. I dah lama tak makan lunch dengan you. Kita pergi makan pizza nak? I nak makan meatball dekat situ. Sedap. Jom honey."
"I banyak kerja ni. You pergilah sendiri. And tolong jangan peluk-peluk I. Staff I tengok tak elok." Iqbal mengalih tangan Wawa yang memeluknya.
"Ala you ni!" Wawa menghentak kedua kakinya. Seperti anak kecil yang sedang merajuk akibat tidak dapat gula-gula dari ibunya. "Suka sangat biar I pergi sendiri. Macam mana kalau ada lelaki lain mengorat I?" Wawa memeluk tubuhnya. Merajuk.
"Baguslah." Iqbal membalas. Matanya kembali menghadap komputer.
"You!" Wawa menjeling Iqbal tajam. "I tak kira. You kena teman I. Cepat bangun!" Wawa menarik lengan lelaki itu. Menarik sekuat hati.
"Apa you ni? Tak nampak ke I tengah buat kerja ni?" Iqbal yang sudah berdiri , menarik tangannya daripada genggaman Wawa.
"I tak kira. Cepat! Cepat teman I!" Wawa mendesak. Dia terus terusan menarik tangan Iqbal.
"Eee yela-yela. Jom kita pergi."
"Yey! Macam tu la sayang I. Okay jom." Wawa mengambil tas tangannya kemudian dia memeluk erat lengan lelaki itu dan melangkah turun ke bawah.
***
Hara menolak pintu kedai. Dalam kepalanya tengah berfikir ayat apa yang perlu di gunakan ketika berdepan dengan Iqbal nanti. Dia mahu mengajak Iqbal pergi makan tengahari bersamanya. Tetapi baru selangkah Hara keluar daripada kedai dia terlihat Iqbal sedang berjalan menuju ke arah tempat letak kereta. Terhenti langkah Hara seketika. Dadanya tiba-tiba menjadi berat. Pernafasannya menjadi tidak teratur.
Hara kembali masuk ke dalam kedai. Diperhati Iqbal dan juga seorang wanita yang tidak dia kenali itu bermesra. Perempuan itu meletakkan kepalanya di bahu Iqbal sambil berjalan. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi meninggalkan kawasan tersebut. Tanpa sedar air jernih mula bertakung di matanya. Dia menarik nafas. Cuba dipendam rasa yang sedang menyeksa jiwanya sekarang ini.
***
"Bila kau nak pindah duduk dengan aku ni?" Iqbal memandang Hara sekilas. Kemudian kembali fokus dengan pemanduannya.
Hara hanya membiar sepi soalan Iqbal. Bila-bila saja. Air matanya akan tumpah. Dia tak akan menangis di depan lelaki tak guna itu. Hara menarik nafas sedalam-dalamnya. Menahan rasa kecewa yang teramat. Baru semalam dia rasa bahagia. Baru semalam dia merasa yang dia punya harapan untuk memiliki sebuah keluarga bahagia seperti orang lain tetapi rupanya hanya dia sahaja yang angankan begitu. Dia benci lelaki yng bergelar suaminya itu.
"Ara? Kau okay ke?"
Hara hanya mengangguk. Mulutnya terkunci. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. 'Ya Allah.' hatinya merintih.
***
Selepas Iqbal hilang dari pandangan , Hara segera melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu. Tiba-tiba dia terduduk. Lututnya lemah.
"Ara! Kau kenapa?" Azimah yang sedang leka menonton televisyen berlari mendapatkan rakannya itu. Wajah Hara yang menghadap pintu diangkat menghadapnya pula. "Ya Allah Ara... Kenapa ni? Kenapa kau menangis?" Azimah terus memeluk kawannya itu. Diusap belakang Hara. Cuba menenangkan Hara.
"Mah." Hara memanggil dalam sedu sedan tangisnya. Badannya terenjut-enjut menahan sedu.
Azimah tidak menyahut. Dia mahu membiarkan Hara meluahkan segalanya dahulu.
"Iqbal. Iqbal Mah. Aku benci dia. Dia tipu aku." Hara mengesan air matanya. Dia duduk menghadap Azimah. "Dia tipu. Siang tadi aku nampak dia dengan perempuan lain."
"Perempuan lain? Kawan dia tak?" Azimah cuba bersangka baik.
"Kawan apa kalau dah berpeluk-peluk pergi ke kereta?" Hara mengenggam penumbuk di kedua tangannya. Rasa sedihnya bertukar menjadi rasa marah. Sakit hatinya dipermainkan begitu. 'Dah bagi harapan lepas tu buat aku macam ni!? Kau tunggu!" hatinya berkata.
"Berpeluk? Tak kanlah Iqbal buat macam tu?" bagai tak percaya dengan cerita yang baru dia dengar daripada Hara.
"Betullah. Aku nampak dengan dua mata aku ni ha." Hara berdiri. Tangisannya sudah berhenti.
"Kau salah nampak tak Ara? Orang lain tu. Nampak macam Iqbal. Tak mungkin Iqbal buat macam tu." Azimah turut berdiri di sebelah Hara.
"Kan aku cakap, aku nampak sendiri. Aku yakin tu dia. Aku tak silap." Hara mengetap bibirnya. "Kau tengoklah nanti. Tahulah apa aku nak buat dengan dia." sambung Hara. Penuh azam untuk membalas dendam.
"Kau nak buat apa Ra? Kau ni. Bincang elok-elokkan bagus. Cuba kau tanya Iqbal betul-betul siapa perempuan tu. Entah-entah adik dia ke kakak dia ke, kita mana tahu."
"Dia tu anak tunggal. Mana ada adik beradik lain." Hara merengus kasar dan terus melangkah naik bilik.
Kata-kata Hara tadi menyebabkan Azimah terdiam. Dia hanya perhatikan Hara menuju naik ke biliknya dengan marah.
Share this novel