"Eyahh. Meh sini Ara." kata Iqbal yang baru melabuhkan punggungnya di atas sofa. Hara yang sedang khusyuk menonton televisyen bergerak mendekati Iqbal. Lelaki itu melingkari tangannya di badan Hara.
"Pejam mata." kata Iqbal.
"Pejam mata nape pula abang? Ara tengah tengok cerita best ni."
"Pejam jela. Gigit kang."
"Eee yela-yela. Okay. Dah pejam." Hara menutup matanya rapat. Entah apalah yang Iqbal mahu sampai kena tutup mata pula. Tiba-tiba Hara rasa Iqbal meletakkan sesuatu di tangannya. "Dah boleh buka ke?" soal Hara. Tak sabar pula mahu melihat apa yang berada di tapak tangannya.
"Haa bukaklah." jawab Iqbal.
Hara membuka matanya perlahan-lahan. Tapak tangan yang digenggam turut sama dibuka. Mata Hara membulat. Dia melepaskan diri daripada pelukan Iqbal. Di pandang muka Iqbal kemudian di pandang pula barang yang ada di tangannya silih berganti. "Untuk apa ni abang?"
"Untuk sayang abanglah." Iqbal mencuit hidung Hara. Dia mengambil cincin berlian yang diletak di tapak tangan Hara sebentar tadi dan disarungkan ke jari wanita itu.
Mata Hara bergenang. "Thank you abang." Dia menghadiahkan senyuman paling manis untuk Iqbal.
"Ehh belum habis lagi."
"Belum lagi? Ada apa lagi?" soal Hara. Dibenaknya sudah terbayang rantai berlian ke, gelang emas ke. Tiba-tiba jadi mata duitan pula. Muehehe.
"Tadaaaa........!" Iqbal mengangkat satu kertas. Disuakan kertas itu dihadapan muka Hara.
Hara mengambil kertas yang Iqbal suakan dimukanya. Diteliti isi yang terkandung dalam kertas tersebut. "Melaka? Kenapa dengan Melaka?"
"Honeymoon." Iqbal tersenyum sumbing.
"Hahaha abang dah rancang ke semua ni? Buat apa nak honeymoon? Kita dah lama kahwin. Bukan baru lagi and kenapa Melaka?" Hara membelek-belek kertas yang berupa katalog tentang negeri Melaka itu. Teringat akan peristiwa hitam yang menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Melaka.
"Bukan abang tapi mama. Ara lupa ye apa Ara janji dengan mama masa kita baru kahwin?"
"Ara ingat tapi kenapa Melaka?"
Iqbal hanya mengangkat kedua bahunya. Dia pun tak tahu kenapa mamanya memilih negeri Melaka sebagai tempat berbulan madu mereka. Ingatkan nak sponsor jauh-jauh. Oversea ke. Baru ahh feeling bulan madu sikit.
"Abang setuju?"
"Abang okay je. Mana-mana pun okay."
"Bila nak pergi?"
"Esok."
"Esok!?" Hara terjerit. Matanya terbuntang memandang Iqbal. Esok hari jumaat kemudian sabtu dan lepas tu ahad. Ahad. Ya, ahad ni dia akan menjalankan rancangannya. Dia sudah berjanji dengan Alicia. "Adui! Rosak rancangan aku."
"Kenapa? Tak nak pergi?" soal Iqbal. Pelik dengan tindakan spontan Hara. Sepatutnya gembira. Meloncat-loncat ke. Ini macam tak sudi pula nak pergi berbulan madu.
"Eh tak la. Bukan. Bukan tak nak pergi. Cuma Ara tak minta cuti dengan Encik Amir. Mana boleh main cuti je." Hara beralasan. Sungguh dia memang mahu pergi ke percutian itu tapi bukan sekarang. Masanya tak sesuai. Dia perlu jalankan juga rancangannya itu. Tak boleh tangguh-tangguh lagi.
"Takpe. Esok sebelum gerak Melaka biar abang pergi jumpa Encik Amir dulu."
"Ha!?" Hara gelabah. Otaknya ligat mencari jalan melepaskan diri. "Eh tak payahlah abang. Err Encik Amir tu lain macam. Nanti dia ingat Ara pergunakan abang pula."
"Takdelah sayang. Abang kenal Encik Amir tu. Esok abang cakap dengan dia ye." Iqbal tersenyum memandag Hara.
"Tak payah abang. Tak payah. Kita pergi minggu depan ye. Minggu depan. Hehe." Perlahan-lahan Hara bangkit dan berjalan ke arah tangga. Dia perlu melarikan diri sebelum Iqbal bertanya lebih-lebih.
"Tapi kan..." Iqbal memusingkan kepalanya untuk memandang Ara. "Eh Ara! Ara!" baru sahaja Iqbal hendak berkata , mata hitamnya melihat Hara sedang berlari naik ke tingkat dua. "Kurang ajar betul minah ni. Aku baru nak cakap dia dah lari dah." Iqbal mengeluh. Terpaksalah dia menunda tarikh bulan madu mereka. Haihh..
***
Iqbal meraba-raba ke sebelah kirinya. Kosong? Sepatutnya ada satu jasad manusia di sebelahnya. Matanya di buka sedikit. Silau matahari yang menebus masuk melalui tingkap biliknya membuat Iqbal agak sukar untuk melihat. Pandangannya jadi kabur seketika. Setelah dirasakan matanya kembali pulih, Iqbal membuka mata sepenuhnya. Hara tiada.
Dipusing kepala ke arah meja lampu dan di capai Iphone miliknya. "Baru pukul 9. Ke mana pula dia ni pergi?" Iqbal turun dari katil dan menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka. Setelah itu, dia bergegas turun ke bawah untuk mencari isterinya. Sunyi. Keadaan di bawah sunyi sepi. Seperti hanya dia seorang sahaja yang menghuni rumah itu. Hatinya dijentik rasa gelisah.
"Sayang." panggilnya. Langkah kakinya dibawa ke dapur. Mana tahu Hara sedang siapkan sarapan sampai tertidur sebab tu senyap. 'Emm macam tak logik je pemikiran aku ni.' bisik hatinya.
"Sayang..?" sepi. Keadaan di dapur itu bersih. Langsung tiada tanda yang Hara berada di dapur. "Mana pula dia ni pergi?" gumamnya sendiri. Diintai ke halaman belakang rumah. Masih tak ada juga kelibat isterinya itu. "Haih! Pagi-pagi dah hilang. Manalah dia pergi ni!" Iqbal membebel sendirian. Dia mendekati peti ais. Ada satu nota kecil yang ditampal disitu.
"Morning sunshineee... :) jangan marah-marah Ara okay. Ara nak keluar kejap. Ada hal penting. Nanti petang Ara balik. Heeee i love u sayang.. Muuaahhhh!"
"Amboiii... Sesuka hati dia jee. Boleh pula tinggal-tinggal nota. Dia ingat aku ni adik-adik dia ke. Ara-Ara. Kau ni... memang nak kena betul." Iqbal berkata.
Krukk.. Kriuuk..
Iqbal memegang perutnya. Perutnya yang bagai gurun sahara itu minta diisi. "Lapar ye sayang. Jom kita pergi makan. Mama ni memang. Suka tinggalkan papa kelaparan." Iqbal berkata sambil tunduk memandang perutnya. Dah macam orang tak betul bercakap dengan perut sendiri.
***
"Mana isteri kau Bal?" Haris memandang Iqbal yang sedang memandu. Aktiviti hari minggunya dikacau apabila Iqbal menelefonnya sebentar tadi. Minta teman makan. Dia sudah merungut-rungut dalam hati. Tidur yang sepatutnya dilanjutkan sampai kepetang terganggu. Dia terpaksa menurut kehendak Iqbal. Kawankan. Siapa lagi nak tolong kalau bukan kawan.
"Entah dia. Pergi mana entah. Pagi-pagi tinggalkan aku sorang-sorang. Bukan cakap dengan aku. Tulis nota je pula tu. Kata ada hal penting. Apa yang penting sangat selain suami dia pun aku tak tahulah." adu Iqbal.
Haris terangguk-angguk kepalanya mendengar luahan hati kawannya itu. "Ohh.. Kena tinggal sorang-soranglah ni. Kesian kau eh."
Iqbal hanya menjeling. Kedengaran tak ikhlas langsung kata-kata yang diucapkan oleh Haris.
***
"So macam mana kau? Lama aku tak dengar cerita." Iqbal bertanya sambil melabuhkan punggung pada kerusi di sebuah kedai makan. Baru nak bertanya khabar. Tadi dalam kereta diam je.
"Aku macam ni lah. Takde apa berubah. Belum jadi suami orang lagi. Hehe."
"Kurang ajar. Kau perli aku ye."
"Hahaha mana ada perli. Aku cakap je. Kahkahkah."
"Ris, kau takde ke yang serius? Maksud aku nak jadikan isteri." Iqbal bertanya serius. Risau juga dia dengan perangai Haris. Suka sangat bertukar-tukar teman wanita. Padahal umurnya sudah lanjut. Sangat sesuai untuk berkahwin. Tetapi rakannya itu seperti tidak peduli tentang alam perkahwinan.
"Nope. Tak ada wei. Semuanya tak berkenan di hati." jelas Haris. Matanya memerhati sekumpulan gadis yang sedang bergelak ketawa di dalam kedai. Seronok sungguh. Apalah yang diceritakan sehingga tawa mereka sangat kuat kedengaran.
"Kau tu je kot yang tak serius." Iqbal berkata. Perbualan mereka terhenti seketika apabila seorang pelayan datang membawa makanan yang mereka pesan sebentar tadi.
"Apa pula. Aku seriuslah. Kau ingat aku takde perasaan nak ada family sendiri ke? Mak aku pun selalu bising-bising sebab aku tak kahwin lagi." jawab Haris setelah pelayan itu beredar.
"Dah tu? Tak kanlah tak ada satu pun yang berkenan?"
"Ada tu memang ada. Tapi aku tak beranilah."
"Peh! Serius ke apa yang aku dengar ni? Muhammad Haris Haikal tak berani nak usha awek? Herm. Suprise... Ni betul-betul special ni. Siapa perempuan tu? Cakaplah dengan aku. Kot-kot aku boleh tolong ke. Hehe." Iqbal senyum meleret. Nasi goreng ayam yang berada dihadapannya disuap sedikit ke dalam mulut.
"Ala. Kau tak boleh tolong. Perempuan tu dah ada pakwe." Haris menjawab perlahan.
"Awek orang kau nak? Kau ni. Adui. Yang singlekan banyak, awek orang juga kau nak. Sekali pakwe dia hentak kau tahulah. Jangan main gila Ris."
Haris berdecit. "Tu la masalah dia. Masa aku kenal dia dulu dia kata dia dah ada pakwe tapi sekarang aku tak tahulah. Mana tahu jodoh dia dengan aku. Putus pula dia dengan pakwe dia kan. Hehehe."
"Kau ada jumpa dia tak sekarang ni?"
Haris mengelengkan kepalanya.
"Laa habis tu macam mana pula boleh terdetik perasaan dalam hati kau tu kalau tak selalu jumpa dia?"
"Haa tu la kau tak tahu. Cinta pandang pertama orang panggil. Kau tahu bila aku pandang muka dia bergentar tulang rusuk aku ni. Bila dia dekat dengan aku hampir nak tercabut tulang rusuk aku ni. Bila dia cakap dengan aku sambil pandang dalam mata aku , tulang rusuk aku ni dah berterabur dah. Nasib baik la tak berterabur betul-betul kalau tak dah boleh sup dah. Suara dia. Senyum dia. Gaya dia. Haih.. Betul-betul mendebarkan jiwa." Haris menongkat dagu. Matanya memandang ke atas sambil membayangkan wajah insan yang sudah mencuri hatinya itu.
"Okay okay. Rilek. Kau ni angau dah ni. Betul-betul hebat perempuan tu sampai boleh tundukkan lelaki kaki perempuan macam kau ni."
Haris menjeling Iqbal. Hancur bayangannya sebentar tadi. "Kau jangan nak perli-perli aku eh. Aku tumbuk kau nanti."
"Hahaha okay. Siapa nama perempuan tu."
"Betul ni nak tahu?"
"Ye. Betullah. Siapa wei?"
"Azimah." Haris tersenyum lebar menyebut nama Azimah. Wajah wanita tembam itu terbayang di benaknya.
"Wooo.. Serius ah? Azimah? Azimah kawan Ara? Azimah yang tembam tu?" Iqbal terkesima. Hampir nak tercekik dia mendengar Haris berkata. Dia memandang Haris tanpa berkelip matanya. Bagai tak percaya Haris terpikat dengan wanita seperti Azimah. "Kau biar betul Ris? Setahu aku taste kau bukan macam Azimah tu kan?" soal Iqbal lagi. Betul-betul terkejut. Ajaib dan hebatnya Azimah sehingga membuat Haris suka padanya.
"Apa pula. Taste aku memang macam tu la. Comel sangat. Bila dia senyum. Dah la ceria. Gembira aku bila dengar dia celoteh."
"Adumakk.. Poyo gila ayat kau. Kau kan baru jumpa dia sekali masa keluar dengan aku dulu. Tak kan terus jatuh cinta?"
"Laa kau ni. Ni soal hati tahu. Hati." Haris menepuk dadanya. "Bila dia nak sayang tu haa dia muncullah. Aku serius okay. Tapi tu la dia cakap dia ada pakwe dah."
"Hahaha okay. Kau jangan risau. Aku tolong kau."
"Betul ke ni!?" Mata Haris bersinar memandang Iqbal. Harapan mula tumbuh kembali. Akan menjadi mekar dengan kehadiran Azimah dalam hidupnya.
"Ya. Dah jom blah." Iqbal sudah berdiri dan bergerak meninggalkan kedai tersebut. Mereka berdua jalan beriringan ke tempat letak kereta. Agak jauh sikit hendak berjalan kerana tiada parking kosong yang dekat.
"Eh Bal! Tu isteri kau kan!?" Haris mengangkat tangannya menunjuk ke satu arah di hadapan mereka.
Iqbal memandang ke arah yang Haris katakan. Memang Hara. Dia.. Dengan seorang lelaki? Hati Iqbal membara. Perasaan cemburunya menggila di dalam hati.
"Dia buat apa dengan lelaki tu doh!? Gelak-gelak pula."
Iqbal yang mendengarnya tidak tunggu lama. Segera dia berjalan mendekati Hara. Sehingga jarak mereka hanya dipisahkan oleh sebuah kereta. "Ara!"
Hara menoleh. Dia yang tadinya senyum sekarang ketakutan. "Aa.. Abang.."
"Eh kau siapa ha!? Kau tak tahu ke dia ni isteri orang!?" Iqbal pergi ke arah lelaki tersebut. Tangannya sudah dikepal satu penumbuk. Bersedia untuk dihadiahkan kepada lelaki yang pandai-pandai hendak mengatal dengan isterinya itu.
"Abang.. Dengar sini dulu. Dengar sini." Hara cuba menenangkan Iqbal. Dipegang lengan Iqbal.
"Kau diam!" Iqbal menolak Hara. Kuat. Sehingga wanita itu terjatuh.
"Abang.. Ahh!" Hara menyeringai kesakitan. Sakit. Selalunya kalau jatuh tak ada rasa sakit macam ni. Dia rasakan ada cecair mengalir di kakinya. Disapu kakinya dengan tapak tangan.
"Aa.. Abang.." panggilnya sebelum dunianya menjadi gelap gelita.
Share this novel