BAB 30

Humor Completed 96569

"Dia ingat dia sorang je boleh sombong. Aku pun boleh. Dah lah salah sendiri lepas tu nak sombong-sombong pula. Kira baguslah aku balik ni aku ingat nak berbaik dengan kau. Kalau macam ni lah baik aku balik rumah Azimah. Rumah mak. Mangkuk ayun!" Hara yang sedang memunggah bajunya untuk disangkut dalam almari pakaian membebel. Geram bila Iqbal bertindak begitu. Tak ke Iqbal tu rasa bersyukur lepas dia lempar segala jenis cacian , Hara masih nak balik rumah. Tolonglah bersyukur wahai lelaki.

"Yang kau letak baju-baju kau dalam almari aku pahal?"

Terhenti kerja Hara. Dia memandang Iqbal yang turut memandangnya. "Apasal? Ni bilik aku juga. Apasal aku tak boleh letak?" Hara melawan.

"Siapa kata ni bilik kau? Ha? Jangan nak pandai-pandai cakap bilik kau."

Hara terdiam. Ya Allah. Makin lama makin tajam kata-kata yang keluar dari mulut Iqbal. Makin dibiar makin dalam luka yang dicipta oleh lelaki itu.

"Siapa suruh kau balik sini?" soal Iqbal. Dia berpeluk tubuh di depan pintu. Terpandangkan muka Hara saja dah cukup menyampah dirasakan.

"Habis tu? Kau nak aku balik mana? Duduk bawah jambatan? Aku dah tak layak ke duduk dekat rumah ni? Aku bukan isi penting lagi dalam rumah ni ha?"

Iqbal tersenyum sinis. "Kau kalau dah sedar diri tu tak layak baguslah. Jangan buat muka tak malu nak balik rumah aku."

Membulat mata Hara. Kedua tangannya dikepal penumbuk. Sedih. Siapa yang tak sedih dikata begitu oleh orang yang tersayang. "Habis tu kau nak aku berambus dari sinilah!?" soalnya. Walaupun dia tahu memang itulah apa yang Iqbal nak.

"Hahaha tak sangka. Bijak juga rupanya perempuan murahan macam kau ni. Kalau dah tahu. Silalah keluar."

Perempuan murahan? Hara mengetap bibirnya. 'Tak ke kau rasa benda tu melampau sangat Iqbal?' Dikemas kembali baju yang sudah dikeluarkan dari beg. Dilipat kemudian dizip dan diangkat. Hara sudah bersedia untuk pergi. Dia berhenti di sebelah Iqbal yang berdiri di pintu. "Perempuan murahan ye? Perempuan murahan ni yang mengandungkan anak kau. Kau yang buat perempuan murahan ni gugur sebab perangai bodoh kau tu. Perangai bodoh!" jerkah Hara dan terus berlalu pergi meninggalkan Iqbal. Air matanya mengalir deras. Sangkanya keadaan akan pulih jika dia beralah. Sangkanya keadaan akan dapat diperbaiki jika dia turunkan egonya tapi semua salah. Dia terasa maruah dirinya dipijak-pijak. Dia dipandang hina bak sampah. Hatinya betul-betul sangat terluka dengan tindakan Iqbal.

***

"Eh.. Kenapa ni wei? Apasal balik sini?" Azimah tolong mengangkat beg yang dipegang Hara. Dijeling Fatah yang berada disebelah Hara. Okay. Sekarang dia betul-betul tak faham. Apa benda yang dah jadi ni?

"Takde apalah Mah. Kau tak nak jemput aku masuk ke?" Hara cuba tersenyum. Mengigil-gigil bibirnya mengukir senyuman untuk kawannya itu.

"Eh haa.. Jemputlah masuk. Ala.. Rumah ni rumah kau juga. Masuklah Ara." Azimah memegang tangan Hara. Menariknya untuk masuk ke dalam.

"Habis aku?"

Azimah menoleh ke belakang. "Herm masuklah." ajaknya acuh tak acuh. Sampai sekarang dia tak berapa berkenan dengan Fatah. Walaupun bukan hatinya yang disakitkan tapi entahlah. Bak kata pepatah cubit peha kanan , peha kiri terasa sakit juga.

Azimah letakkan beg pakaian Hara di depan televisyen. "Duduklah Ara. Aku pergi buat air untuk kau."

Hara hanya mengangguk. Dipandang Fatah yang duduk dihadapannya. "Terima kasih." ucapnya sambil tersenyum tawar.

"Sama-sama awak. Awak jangan risau. Saya sentiasa ada untuk awak." ujar Fatah.

"Apa dah jadi ni Ara?" Azimah bertanya. Dia letak dulang yang berisi jug dan cawan itu di atas meja kemudian dituang. "nah. Minum sikit air ni." dihulur satu cawan kepada Hara. "Haa kau Fatah. Jemputlah minum. Nah." hulurnya lagi satu cawan ke arah Fatah. Walaupun dalam hati membenci tapi tetamu perlu dilayan sebaiknya.

Hara tersenyum sebelum berkata "kalau aku nak tumpang rumah kau seminggu dua boleh Mah?"

"Eh apa tak boleh pula. Boleh je. Ni apa masalah sebenarnya ni. Cuba cerita."

"Housemate kau mana?"

"Ada je. Keluar. Tak balik lagi ni. Kau jangan risaulah. Ada bilik lagi satu. Kau tinggal dekat bilik tu." jelas Azimah. Risau takut Hara fikir tak ada tempat untuk dia pula dirumah ni.

"Terima kasih. Aku naik dulu boleh? Penatlah."

"Eh tapi..."

"Azimah.. Biarlah Ara rehat dulu. Dia penat tu." Fatah mencela.

Azimah menjeling Fatah. Bukan main lagi dia ni. Nak tunjuk caring ke apa? "Emm takpelah. Kau pergilah naik. Rehat. Beg baju kau nanti aku bawa naik atas. Kau pergi je dulu."

Hara mengangguk lemah kemudian bergerak pergi meninggalkan Azimah dan Fatah berdua di ruang tamu.

Setelah jasad Hara hilang dari pandangan, Azimah memandang Fatah kembali. "Apa dah jadi?"

Fatah hanya mengangkat kedua bahunya. Tanda dia tidak tahu apa-apa.

"Ek eley mamat ni. Angkat-angkat bahu pula. Aku tahulah kau sebenarnya tahu apa yang jadi. Baik kau cerita dengan aku."

"Untuk apa aku cerita dengan kau? Ada faedah? Dapat pulihkan keadaan ke?"

Azimah bengang. Pandai melawan mamat ni. "Okay. Look. Aku nak tahu. Kalau aku tak tahu macam mana aku nak tolong. Kau tak kesian ke tengok Ara macam tu?"

Fatah diam seketika sebelum berkata semula "aku tak tahu apa dah jadi. Tapi hari tu masa aku datang Ara tengah tidur. Aku duduk tepi dia. Nak tunggu dia bangun , sekali entah macam mana aku pun terlelap sekali." Fatah bercerita serius. Cawan ditangannya diletak kembali di atas meja.

"Kejap-kejap. Sebelum tu, macam mana kau tahu Ara masuk hospital?" soal Azimah. Cekap betul otaknya menangkap sesuatu yang tak kena.

"Aku dapat call."

"Call? Dari hospital?"

Fatah mengeleng. "Dari seseorang. Dia call aku. Dia yang bagitahu aku pasal Ara."

"Kau kenal tak siapa yang call?"

Fatah mengeleng lagi sekali. "Nombor tak kenal." jawabnya.

"Herm.." Azimah memegang dagunya. Menyusun segala maklumat yang Fatah beritahu. Panggilan misteri. Dia jadi teruja untuk mengetahui siapa yang menelefon Fatah. Yang pasti orang itu mengenali Hara. "Nombor dia kau dah padam?"

"Tak la. Ada je. Aku tak clear log." kata Fatah sambil menarik keluar telefon pintarnya dari poket seluar.

"Emm bagus. Nanti whatsapp aku nombor tu."

"Kau nak buat apa?"

"Ala.. Bagi je. Aku nak tolong Ara ni."

"Haa yela."

"Okay sekarang kau sambung cerita tadi. Lepas tu apa jadi?"

"Iqbal datang and mengamuk tak tentu pasal."

"Uik? Apasal?"

Fatah mengangkat bahunya sambil menjuih bibir. "Gila agaknya."

"Dia cakap apa?"

"Macam-macam wei. Tak sanggup rasanya aku nak cakap benda tu. Teruk sangat."

"Haa!?" ternganga mulut Azimah mendengarnya. Kalau sampai macam tu mesti teruk perkataan yang keluar dari mulut Iqbal.

"Dia tu... Entahlah. Tak lelaki."

"Maksud kau?"

"Dia main serang je. Tak tahu apa-apa terus maki yang bukan-bukan. Akal pendek kau tahu."

"Lagi?"

"Yang paling teruk dia hampir-hampir nak ceraikan Ara."

"What the!? Serius ah wei?"

"Seriuslah. Aku ada dekat situ. Nasib baiklah aku sempat halang. Kalau tak. Herm tak tahulah apa nak jadi."

"Ya Allah. Ni kes cemburu membabi butalah ni. Kau buat apa kat dia?"

Fatah mengangguk. Mengiyakan kata Azimah. "Aku bagi dia rasa makan penumbuk aku. Lepas tu terus dia blah."

"Haih. Iqbal ni teruk betullah. Hari tu pun kes cemburu sampai gugur Ara dibuatnya."

"Gugur?" Fatah memandang Azimah pelik. Hara gugur? Bila pula perempuan tu mengandung?

"Yela. Dia masuk hospital hari tu sebab gugur. Jatuh. Iqbal tolak dia. Kes cemburu juga. Sekarang ni. Haih."

"Ohhh..." terangguk-angguk Fatah mendengar Azimah berkata.

"Haih. Payahlah macam ni. Ni Ara ada balik rumah Iqbal tak?"

Fatah mengangguk. "Tapi sekejap je wei. Lepas tu dia call aku balik minta amik dia bawa pergi rumah kau."

"Asal?"

"Tak tahu. Tapi aku pasti mesti Iqbal tu ada cakap something dekat Ara."

"Kenapa kau fikir macam tu?"

"Masa aku amik dia tu dia tengah menangis."

"Oh my god! Seriously?"

Fatah mengangguk. "Eh okaylah Azimah. Aku balik dulu. Lewat dah ni." Fatah bingkas berdiri.

"Ha yela. Hati-hati drive. Thanks tolong hantar Ara." ucap Azimah. Dia hantar Fatah ke depan pintu.

"Takpe. Tanggungjawab aku. Kau tolong tengokkan Ara. Apa-apa hal call aku okay."

Azimah mengangguk. "Okay. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam.."

Azimah menutup pintu rumah setelah Fatah berlalu pergi. Diambil telefon pintarnya yang berada di atas meja. Di buka contact. Setelah jumpa nombor yang dicari, ditekan dan panggilan bersambung.

Tutt.. Tutt..

"Hello."

"Ha hello. Dekat mana?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience