"Sayang..." Iqbal memeluk Hara daripada belakang. Diperhatikan Hara sedang membuat sarapan untuk mereka berdua.
Hara memandang Iqbal sekilas kemudian tersenyum sebelum berkata "Apa peluk-peluk ni. Dah la tak mandi lagi. Busuk tahu tak."
"Sape tak mandi? Abang ke Ara?" soal Iqbal.
"Abanglah. Ara dah lama bangun. Dah siap mandi okay. Wangi dah."
"Yeke wangi ni?"
"Yela.."
"Abang tak bau wangi pun."
"Eee tumbuk kang! Pergilah mandi. Nanti kita boleh sarapan sesama."
"Ha yela. Abang pegi mandi dulu." kata Iqbal seraya mencium pipi Hara.
Lebar senyuman Hara menerima kucupan daripada Iqbal. Dipegang pipinya. Bahagia. Indah dirasa. Dia memerhati sekilas langkah Iqbal kemudian menyambung kembali kerjanya.
***
Hara mengambil tempat duduk di sebelah Iqbal yang sedang khusyuk menonton televisyen. Rutin hujung minggu yang selalu dilalui sejak di rumah Azimah. Atau lagi tepat sejak dia bekerja. Hujung minggunya hanya akan diisi dengan aktiviti yang membosankan. Makan, tengok tv, tidur. Itu sahaja. Jarang sekali dia akan keluar pada hujung minggu. Memang tak sosial langsung.
Iqbal menekan punat nombor pada alat kawalan tersebut. Dia menukar siaran. Bosan menonton cerita romantik. Dia menoleh ke sebelah kanannya. Hara sedang menaip sesuatu di papan telefon pintarnya.
"Mesej sape tu?" soalnya.
Hara menoleh. "Ha? Eh takde sapa laa. Mesej Azimah je. Tanya khabar dia." jawab Hara sambil menutup telefonnya dan diletak ke dalam poket seluar. Mata Hara tertumpu pula pada kaca televisyen yang sedang menayangkan cerita seram. Dia memeluk tubuh. Tiba-tiba dia rasakan ada sesuatu di bahagian bahunya. Hara menoleh. Kemudian tersenyum. 'Manja juga dia ni eh. Nampak annoying tapi sebenarnya sweet sangat.' Bisik hati Hara.
"Abang." panggil Hara.
"Ye sayang."
"Ara nak tanya."
"Tanyalah." Iqbal memperlahankan suara televisyen supaya dia boleh mendengar dengan lebih jelas apa yang Hara ingin perkatakan.
"Abang ni sebenarnya siapa?" soal Hara. Dah sebulan lebih kahwin baru nak tanya. Apa punya isteri lah kau ni Ara.
"Sebenarnya siapa apa?" Iqbal mengangkat kepalanya. Dia memandang Hara.
"Yela. Abang ni siapa? Macam mana abang boleh jadi ceo dekat tempat kerja abang tu? Abang tak cerita pun dekat Ara semua tu. Ara nak tahu. Pasal abang. Pasal family abang. Semualah." ujar Hara panjang lebar.
"Baru nak tanya?" Iqbal memulangkan soalan kembali.
"Ala.. Bukan sengaja."
"Yela.. Dulu mana sayang kita. Mana pandang kitakan? Sebab tu tak kisah." rajuk Iqbal.
Hara terdiam. 'Merajuk pula mamat ni.. Aduyai..' Hara merapatkan dirinya dengan Iqbal. Dia merebahkan kepala di dada Iqbal. "Maafkan Ara. Ara cuma tak dapat terima abang masa tu. Abang pun tahukan masa tu Ara baru putus tunang. Ara masih berharap dengan tunang Ara masa tu. Sebab tu Ara tak suka dengan abang." Hara berterus terang. Suaranya manja. Memujuk hati Iqbal.
"Habis tu sekarang?"
"Sekarang Ara sayanglah. Sebab abang layan Ara baik walaupun annoying hehe."
"Amboi.. Annoying ye?" Iqbal mencubit pipi Hara. Cubit-cubit manja gitu. Hahaha
"Hahaha sakitlah." balas Hara manja.
Iqbal senyum memandang Hara yang berada di dadanya. Dipeluk erat sambil mengusap tangan Hara. Sesekali tangannya membelai kepala Hara. Di alih anak rambut Hara daripada menutupi wajah insan tersayangnya itu. "Terima kasih sayang." ucap Iqbal.
"Untuk apa?"
"Untuk segalanya. Segala yang Ara dah buat dalam hidup abang."
"Ara pun nak terima kasih dengan abang."
Iqbal hanya mengangguk.
"Tak nak tanya ke sebab apa?" soal Hara. Dalam kepalanya sudah tersedia jawapan yang sweet-sweet untuk Iqbal. Biarlah malam itu jadi malam yang romantik buat mereka berdua.
"Abang tak nak tanya , tahu dah sebab apa." jawab Iqbal.
"Sebab apa?"
"Ara berterima kasih dekat abang sebab abang ni sudi menerima Ara kan. Walaupun Ara ni comot, gelabah, ganas, kasar , suka tendang abang, suka naik angin tak tentu pasal. Kan?" selamber Iqbal berkata.
"Eee! Abang ni!" Hara bingkas bangun. 'Rosakkan mood betullah mamat ni. Orang baru nak feeling-feeling romantik.'
"Hahaha marah pulak dia. Betullah apa abang cakapkan?"
"Okay fine. Malam ni tidur luar." balas Hara kemudian melangkah naik ke tingkat dua. Membawa hati yang sengaja merajuk. Sengaja ingin dipujuk oleh Iqbal. Yela. Baru sekarang terasa nak manja-manja. Kalau dulu boleh je dia balas balik kata-kata Iqbal atau ditendang sahaja kaki lelaki itu. Tapi sekarang biarlah dia menikmati saat indah itu buat seketika. Dia berharap semoga kebahagian yang mula bersinar ini akan terus bersinar buat selamanya sehingga maut memisahkan mereka.
***
Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu..
Cinta dari mu..
Ohh..
Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa..
Bagai perasa..
"Sedapnya menyanyi. Bukan main happy lagi ye?"
"Eh Encik Amir. Hehe." Hara tersenyum malu. Aih. Macam mana boleh tak perasan Encik Amir lalu. Leka sangat menyanyi sampai tak sedar keadaan sekelilingkan.
"Takde keje nak buat?"
"Ada Encik Amir. Ada."
"Dahtu menyanyi apa lagi? Buatlah kerja."
"Baik Encik Amir." Hara memerhati Encik Amir pergi. Kemudian dia melepaskan satu keluhan. "Aku nyanyi perlahan je pun. Bukan aku pakai set karaoke. Kecoh betul Encik Amir ni. Aku bagitahu Iqbal nanti tahulah kau." bebel Hara sendiri. Tiba-tiba dia tersenyum bila teringatkan empunya nama. Tangannya ditongkat ke dagu. Peristiwa semalam bermain di fikirannya.
***
"Sayang.. Sayang.. Bukalah pintu ni." Iqbal mengetuk pintu biliknya. Berulang kali sambil memanggil Hara dengan pelbagai panggilan yang sweet-sweet. Bie, honey , yayang , baby , anje , mucuk. Semua dia gunakan demi memujuk hati kesayangannya itu.
"Tak nak! Ara tak nak kawan abang. Pergi main jauh-jauh!" balas Hara setelah lama dia berdiam diri di dalam bilik. Alamak. Spoil. Macam cara gaduh budak-budak pula. Ahh! Lantaklah. Yang penting merajuk.
"Sorylah sayang. Abang gurau je tadi tu. Maafkan abang ye intan payung gunung berapi meletup abang."
"Tak nak. Malam ni abang tetap kena tidur kat luar." Hara masih berdegil. Sengaja ingin menguji tahap kesabaran Iqbal. 'Biarkan dia. Biar dia sedar jangan nak main-main dengan aku.' monolog hati Hara.
"Okay. Takpe. Kalau macam ni abang nak pergi jumpa Wawa." ugut Iqbal setelah pelbagai cara untuk memujuk Hara tidak berkesan.
Dengan sepantas kilat Hara membuka pintu. "Ewah! Nak pergi jumpa siapa tadi!?" soalnya. Cemburu? Oh hoi! Mestilah cemburu. Suami sendiri nak pergi jumpa perempuan lain. 'Dia ni lupa agaknya aku selalu tengok wwe!' monolog hati Hara lagi.
"Haa bukak pun." tanpa menjawab soalan Hara , segera Iqbal melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.
"Eh sape benarkan masuk ni? Pandai-pandai je kan. Kata nak pergi jumpa si Wawa tu kan? Haa pergilah." Hara memeluk tubuh. Mulutnya muncung sedepa. Sebiji macam rajukan anak kecil. Tak padan dengan umur langsung. Atau sebenarnya dia ni tak pandai nak merajuk?
"Cemburu ke? Hehe." Iqbal senyum sinis memandang Hara.
"Mana ada cemburu. Orang tak kisah pun la." balas Hara lalu melangkah duduk di birai katil. Langkahnya diikuti oleh Iqbal yang turut duduk di birai katil. Agak jauh sedikit dari Hara. Hara di sebelah kiri katil. Iqbal pula di sebelah kanan katil.
"Yela tu. Ingat abang tak kenal awak tu macam mana."
"Eley. Poyo je macam kenal." Hara mencebik.
"Memang abang kenal okay."
"Tunjuk ah bukti kalau kenal." Hara mencabar. Dia memandang Iqbal. Merenung mata lelaki itu. Tetapi renungannya tidak tahan lama. Segera dia mengalih pandangan. 'Kenapa? Kenapa aku rasa berdebar sangat ni?' badannya mula berpeluh.
"Betul nak abang tunjuk bukti ni?" soal Iqbal.
Hara tidak membalas. Dia tunduk ke bawah memandang kakinya. Mulutnya bagai terkunci selepas merenung mata Iqbal. Dia kehilangan kata-kata. Jantungnya semakin pantas berdegup. Bagai hendak terkeluar organ penting itu dari tubuhnya. Dia cuba mengawal sedaya upaya rasa gemuruhnya yang semakin memuncak.
"Aik? Kenapa senyap pulak ni?" Iqbal berkata sambil mendekati Hara. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya itu sehingga tiada lagi jarak di antara mereka.
Hara menarik nafas. Iqbal dekat. Sangat dekat dengannya. Sehingga Hara dapat merasa tarikan nafas di dada Iqbal. Dengusan nafas lelaki itu semakin kencang. Hara menjadi semakin tak keruan. Dan akhirnya mereka...
***
Hara memegang kedua pipinya. Malu bila terkenangkan peristiwa semalam. Senyuman terukir lebar dibibirnya. Langsung tidak dapat dikendurkan. Terasa sangat gembira. Terlampau gembira. Kali ini Hara menutup matanya. Mengoyang-goyangkan kepalanya sambil turut mengoyangkan kedua kakinya. Dibenaknya memutarkan peristiwa semalam beribu kali seperti movie yang diulang tayang dan ditonton tanpa jemu. Mulutnya menyanyi-nyanyi kecil. Sesiapa sahaja yang melihat kelakuannya ketika ini pasti dapat menduga sesuatu yang baik telah terjadi pada dirinya.
"Hai."
Hara mengeluh. Bayangannya terganggu dek sapaan tersebut. Tak best. Hilang mood gembiranya. Dia membuka mata. Sebaik Hara melihat gerangan yang menegur, matanya membulat. Dia bingkas berdiri dan memandang manusia di hadapannya seperti sedang memandang sesuatu yang menakutkan. Sesuatu yang sedaya upaya dia cuba lupakan. Sesuatu yang perit.
"Fa.. Fatah..."
Share this novel