"Ara..." panggil Iqbal perlahan. Langkah kaki diatur masuk perlahan-lahan ke dalam bilik. Cahaya dari lampu kecil membantu dia menapak ke arah Hara yang sedang lena tidur.
"Awalnya tidur. Baru pukul 11 lebih." bisiknya sendiri. Dia pergi ke sebelah katil. Dengan cermat dia memanjat naik ke atas katil. Tiba-tiba Hara bergerak. Terhenti pergerakannya. Badannya kaku. Keras seketika. Setelah pasti yang Hara tidak terjaga, dia kembali bergerak mendekati wanita itu.
"Sayang..." panggilnya sambil tangan mula mengusap pipi Hara. Dia perhati wajah isterinya itu ketika tidur. Senyuman mula menguntum.
"Abang.."
Iqbal tersentak. Hara sedang memegang tangannya yang sedang mengusap pipi wanita itu. "Y.. Ya sayang.." jawabnya ragu-ragu. Yela. Kot-kot wanita itu sedang mimpi ke apa ke kang terjaga tak pasal-pasal kena terajang pula. Dia lihat Hara sedang tersenyum sambil meminta tangannya supaya terus mengusap pipi wanita itu. Diturutkan saja walaupun dalam hati masih takut. Takut wanita itu akan terjaga dari lenanya.
"Ara rindu abang.."
Usapan Iqbal terhenti. Rindu?
"Ara sayang abang. Tapi abang macam dah tak sayang Ara. Kenapa abang nak lepaskan Ara. Hati Ara hanya untuk abang. Jangan tinggalkan Ara."
"Abang tak kan tinggalkan Ara." balas Iqbal. Entah wanita itu dengar atau tidak. Dia sendiri tak pasti.
"Selama ni Ara pujuk hati Ara supaya lupakan abang tapi tak boleh. Wajah abang sentiasa dalam fikiran Ara. Macam mana Ara nak lupakan abang sedangkan akal dan hati Ara tak benarkan? Ara sedih.."
"Sedih kenapa?"
"Sebab lepas ni abang dah takde dengan Ara. Dengan siapa lagi Ara nak cipta bahagia."
Iqbal menahan air matanya dari jatuh. Hati Hara banyak terseksa. Kehadiran dia sepatutnya bawa sinar bahagia namun duka juga yang wanita itu terima. Iqbal menarik Hara ke dalam pelukannya. "Abang tak kan tinggalkan Ara. Abang janji sayang." dikucup lembut dahi wanita itu. Dia nampak satu senyuman terukir di bibir Hara walaupun mata wanita itu masih terkatup.
"Dah lama abang tak peluk Ara. Ara rindu. Jangan lepaskan Ara."
"Iye sayang. Abang tak lepaskan." balas Iqbal.
"Ara sayang abang. Rindu dekat abang. Tolonglah datang cari Ara. Ara tak nak hilang abang."
Rintihan suara Hara semakin sayu. Hati Iqbal makin terusik. Ditahan suara tangisannya. Hara sudah membisu. Tiada lagi kata-kata yang keluar dari bibir cantik wanita itu.
"Abang betul-betul minta maaf sebab dah buat Ara macam ni. Abang janji akan tebus kesilapan abang. Tolong bagi abang peluang kedua sayang." ucap Iqbal. Ikhlas dari lubuk hatinya. Seluruh jiwa raganya diberikan kepada Hara kini. Dia tak kan ulangi kesilapan yang sama. Perlahan-lahan wajahnya rapat dengan wajah Hara. Bibirnya kini bertaut dengan bibir Hara. Nafasnya bersatu dengan nafas wanita itu.
'Abang janji kesilapan yang sama tak kan berulang.'
***
Hara membuka matanya. Terkebil-kebil dia membuat pandangannya lebih jelas sambil tangannya meraba bahagia perutnya. Ada sesuatu yang menindih. Diangkat benda tersebut. Tangan? Hara menoleh ke sisi.
Hampir gugur jantungnya. Matanya membulat memandang Iqbal yang berada di sebelah dalam keadaan.. Keadaan separa bogel..! Dan yang lebih mengejutkan dia juga dalam keadaan begitu. 'Ya Allah, apa yang dah jadi ni?'
Hara membalut tubuhnya dengan selimut. Kakinya pula serta merta menendang badan Iqbal sehingga lelaki itu jatuh ke bawah.
"Aduh!" Iqbal terduduk. Dia mengosok-gosok punggungnya. Matanya mengencil memandang Hara.
"Kk.. Kau buat apa ha dekat aku semalam!?" soal Hara.
"Mana ada buat apa." balas Iqbal sambil bangkit. Dia duduk di atas katil menghadap Hara. Matanya pejam celik menahan rasa pening yang menerpa.
"Dah tu asal kau macam tu!? Mana pergi baju aku!?" soal Hara lagi sekali.
"Semalam panas. Abang bukalah baju. Abang tengok Ara berpeluh. Abang tolong buka baju Ara sekali."
"Kk.. Kau buka baju aku!?"
"Abang tak nampak apa pun lah. Gelap. Abang cuma nak tolong Ara je."
Ppang!
Penampar sulong Hara hinggap di pipi Iqbal. "Kurang ajar! Kau ingat kau tu siapa!? Kau dah hina aku macam-macam lepas tu berani kau buat dekat aku macam ni!?"
Iqbal memegang pipinya. Perit. Berdesing telinganya menerima hadiah daripada Hara. Anak matanya memandang ke arah Hara sayu. "Abang cuma nak tolong Ara. Abang nampak Ara berpeluh."
"Heh nampak.. Dari sini aku tahu kau menipu. Tadi kau kata kau tak nampak apa sebab gelap tapi peluh aku kau nampak pula? Aku tak sangka kau ni keji!"
Iqbal terdiam. Dia sudah tertangkap. Kepalanya tunduk ke bawah. "Maafkan abang. Abang tak sengaja." ucapnya perlahan.
"Kau tak sengaja kau cakap!? Kau tak sengaja!?" tangan Hara memukul-mukul Iqbal sekuat hati. Sungguh hatinya teramatlah sakit sekarang ni. Apa Iqbal fikir dia cuma seperti rumah tumpangan? Boleh masuk dan keluar sesuka hati. "Kau memang sengaja sebenarnyakan!? Aku benci kau! Aku benci! Benci! Kau ingat aku ni apa ha!?" pukulan Hara semakin kuat seiring dengan air jernih yang mula mengalir deras dipipinya. Tiba-tiba timbul rasa benci dengan dirinya sendiri. Kenapa dia tak sedar bila Iqbal buat sesuatu ke atas dirinya? Atau sememangnya itu yang dia inginkan?
Iqbal hanya menerima pukulan bertalu daripada Hara. Dia biarkan saja Hara melepaskan segalanya. Biarkan wanita itu rasa puas.
Hara teresak-esak menangis. Dia berhenti memukul Iqbal dan bingkas turun daripada katil. Matanya memandang Iqbal. Seribu satu rasa bermain di hatinya. "Kenapa kau datang balik!? Kau nak pergi , kau pergi je. Jangan datang balik. Kau seksa hati aku!"
Iqbal membalas pandangan mata Hara. Pandangan mata wanita itu penuh dengan rasa kecewa yang dicipta oleh dirinya sendiri. Dia yang semai rasa kecewa itu dalam diri Hara. Rasa menyesalnya makin menebal. "Ara... Abang minta maaf." mohon Iqbal. Dia turut turun daripada katil dan mendekati Hara. Tangannya cuba meraih tangan Hara namun wanita itu pantas mengelak.
"Don't touch me! I hate you!" Bentak Hara. Nafasnya kencang menahan rasa sebak dan marah sekaligus.
Segera Iqbal membatalkan niatnya. Dia diam seketika. Dia tahu tak ada guna bercakap dengan Hara dalam keadan fikiran wanita itu serabut. Tak akan menyelesaikan masalah. Dia biarkan dulu Hara menangis sepuasnya.
"Kenapa kau datang balik Iqbal? Kenapa!?" soal Hara dalam sedu sedan tangisnya yang semakin berkurangan. "Penat aku cuba lupakan kau tapi kenapa kau datang balik!? Kenapa!?"
Iqbal melepaskan satu helaan berat. "Abang datang balik sebab Ara. Sebab abang sayangkan Ara. Abang tak nak hilang Ara." jawab Iqbal. Ikhlas.
"Kau tipu!"
"Tak sayang.. Abang cakap jujur dari hati abang. Abang datang sebab abang tak nak hilang satu-satunya sinar dalam hidup abang."
"Tak! Kau tipu! Aku tak percaya! Aku nak kau berambus dari sini! Berambus! Berambus!"
"Ara.. Ara dengar dulu apa abang nak cakap."
"No! Just leave!" Hara menutup sebelah telinganya tanda dia tak mahu mendengar apa-apa lagi penjelasan. Dia tak mahu tergoda lagi. Tak mahu hatinya memaafkan lelaki yang telah mencemarkan maruahnya. Dia tak mahu!
"Sayang... Please.. I'm begging you." Kata Iqbal sungguh-sungguh. Dia meraih tangan Hara. Dikucup berkali-kali walaupun wanita itu cuba menolak. Tapi genggaman tangannya lebih kuat.
"Aa.. Abang dah tahu apa yang jadi. Untuk sekali ni je. Please dengar dulu apa yang abang nak cakap sebelum Ara buat apa-apa keputusan. Abang merayu sayang. Please dengar cakap abang dulu."
Hara hanya membisu. Rayuan Iqbal dibiarkan sepi. Dia mengentap bibir. Cuba menahan tangis yang berlumba-lumba jatuh ke pipi mulusnya.
"Abang tahu abang dah hina Ara. Abang dah cakap bukan-bukan pasal Ara. Padahal Ara bukan macam tu. Abang yang pengecut. Penakut. Abang tak nak dengar penjelasan Ara. Abang ikut kepala abang konon macam abang ni suci padahal abanglah suami paling teruk dalam dunia ni. Abang hina isteri abang. Abang keji Ara." Iqbal mula meluahkan isi hatinya dengan suara yang menjadi semakin serak akibat menahan tangisan. "Abang bodoh Ara. Abang bodoh." dia memukul-mukul kepalanya. "Abang dah buat salah. Hukumlah abang. Tak kiralah macam mana sekali pun tapi tolong jangan hukum abang dengan kehilangan Ara. Abang tak sanggup."
Iqbal menyentuh kedua pipi Hara. Wajah wanita yang berpaling itu dibawa menghadapnya. Direnung ke dalam mata Hara walaupun wanita itu menundukkan pandangan. "Abang tahu Ara masih sayangkan abang. Tolong... Jangan kita seksa hati kita lagi. Jangan biar ego kita meninggi lagi. Kita mula semula ye sayang? Abang merayu..."
Bola mata Hara mula membalas pandangan Iqbal. Mencari kejujuran dan keikhlasan lelaki itu disebalik renungan mata. "Apa yang buat kau berubah fikiran?"
Iqbal menguntum segaris senyuman. "Semuanya sebab hati abang yang suruh."
"Ha?"
"Hati Ara." jari telunjuk Iqbal dituju ke dada Hara. "Dan hati abang." kali ini dituju ke dadanya pula. "Saling memerlukan satu sama lain. Hati Ara perlukan belaian dan dakapan abang. Hati abang perlukan senyuman Ara. Bila hilang senyuman tu, hati ni macam tak tentu arah dan abang tahu.." Iqbal mendekatkan dirinya dengan Hara. "Hati Ara rindukan pelukkan abang." bisiknya sambil mendakap Hara.
Hara kaku. Matanya terkebil-kebil. Pelukan Iqbal tidak dileraikan padahal dia tidak menginginkan. Ah. Itu cuma kata akal. Kalau diselam jauh ke dasar hati , rasa bahagia bila menerima pelukkan daripada Iqbal. Mungkin sebab itu badannya tidak cuba meleraikan dakapan tersebut.
Iqbal melepaskan pelukkannya. "Kita mula semula?" soal Iqbal sekali lagi setelah tiada jawapan yang diterima daripada Hara.
Hara masih membisu. Hatinya masih berbelah bahagi sama ada mahu ikut kata akal yang suruh menang atau mahu ikut kata hati yang suruh mengalah.
Melihatkan tiada jawapan yang keluar daripada mulut Hara, Iqbal memberanikan diri. Dia cuba mengalih tangan Hara dari memegang selimut yang membaluti tubuh wanita itu. Agak takut pada mulanya tapi keyakinan dalam diri makin bertambah bila Hara tidak melawan.
"Maafkan abang." katanya dalam nada berbisik. Kini tubuh Hara sudah tiada kain bagi melindungi badannya. Wanita itu berdiri dalam keadaan separa bogel di hadapan Iqbal. Tanpa berlengah Iqbal terus memeluk wanita itu. "Abang sayang Ara." ucapnya.
Perlahan-lahan Hara membalas dakapan Iqbal. Dipeluk lelaki itu erat bagi melepaskan segala rindu. Dia mengalah. Tiada guna kalau ikut ego sedangkan hati terseksa. "Aa.. Ara.."
"Ara apa sayang?"
"Sayangkan abang juga.."
Iqbal tersenyum. 'Alhamdulillah Ya Allah. Kau buka juga hatinya untuk aku. Akan aku hargai peluang kedua ini.'
Iqbal meleraikan pelukkan. "Jom."
"Ha? Jom kemana?"
"Bagi mak dengan ayah cucu." satu sengihan nakal mula muncul.
"Eee! Tak senonoh! Ara tak nak!" balas Hara seraya menjauhkan diri daripada Iqbal. Tapi dapat lari dalam bilik jela. Kalau keluar dalam keadaan yang macam ni memang kena serangan jantung kedua ibu bapanya nanti.
"Ohh.. Lari ye.. Ingat bilik ni besar ke ha. Abang mesti dapat punya.." pantas kaki Iqbal mengejar.
"Hahaha wekkk! Tak dapat, tak dapat." Hara panjat ke atas katil kemudian turun kembali. Pantas kakinya berlari. Mengelak daripada Iqbal yang mengejar.
"Ohh ejek ye. Ejek." Iqbal mempercepatkan langkahnya. "Ha! Hahaha mana nak lari?" Iqbal memaut pinggang Hara dari belakang.
"Hahaha lepaskan Ara." meronta-ronta Hara minta dilepaskan.
"Tak nak.. Tak nak.. Abang tak nak lepas." Iqbal memeluk Hara erat. Wanita itu sudah tidak lagi meronta minta dilepaskan.
Kini mereka berdua hanya membisu. Menikmati rasa bahagia yang datang ke hati mereka. Menikmati setiap rasa sensasi yang terbit daripada pelukkan tersebut. Badan mula dilenggok ke kiri ke kanan seperti sedang berdansa.
Resah hatiku.. Selalunya ada.. Fikirkan kamu.. Setiap waktuku.. Tenang jiwaku..
"Ah! Potong! Siapa pula nak call time-time macam ni!?" rungut Iqbal. Baru nak feel romantik sekali kena kacau.
Hara tergelak kecil dengan rungutan Iqbal. Memang agak menganggu jugalah siapa yang call waktu macam ni. Waktu sedang mencipta mood romantik. Bukan senang tahu.
Iqbal melepaskan pelukkan. Dikucup pipi Hara sebelum menuju ke meja kecil yang berada sebelah katil. Dicapai telefon pintarnya dan disapu skrin ke kanan untuk menjawab panggilan.
"Hello Iqbal."
"Ye saya Dato'. Ada apa?"
"Kamu dekat mana? Saya ada depan rumah kamu sekarang ni."
"Ha? Eh saya takde rumah. Saya dekat rumah mak mertua saya ni. Ada apa Dato'?
"Jauh? Boleh tak kamu balik sini sekarang Iqbal?"
"Boleh tu memang boleh tapi saya ingat nak stay dua tiga hari lagi."
"Kamu kena balik sekarang juga Iqbal."
"Kenapa ni Dato'?"
"Ni sebab Wawa."
"Kenapa dengan Wawa?"
"Wawa..."
Share this novel