"Aku salah wei. Aku salah." Iqbal mengetuk kepalanya. Air matanya berguguran. Risau dengan keadaan Hara. Dia tak akan maafkan dirinya jika sesuatu yang buruk terjadi kepada isterinya itu.
"Kau rileklah. Adui! Peninglah kepala aku tengok kau macam ni. Rilek okay. Orang pandang ni. Dah. Dah. Tarik nafas. Ara okay tu. Rilek." Haris menepuk bahu Iqbal. Cuba menenangkannya. Lobi hospital agak sesak dengan pesakit. Keadaan bingit dengan bunyi anak-anak kecil menjerit dan berlari ke sana sini. Bagai di taman permainan pula. Haris hanya mengelengkan kepala. Perangai mereka hanya akan menganggu pesakit yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Matanya kembali tertumpu pada Iqbal yang sedang tunduk menangis. Terhenjut-henjut lelaki itu menahan sedu.
"Iqbal! Ara mana!? Dia okay tak!?" Haris kaget. Azimah yang berpakaian melayu tradisional itu termengah mengah di hadapannya. Hatinya berdebar. Mulutnya bagai dikunci untuk menjawab soalan Azimah.
"Mah." Iqbal mengangkat mukanya memandang Azimah. "Aku tak tahu. Dia dekat dalam. Doktor tak panggil aku lagi." jawab Iqbal dalam tangisan. Dia sudah tak peduli orang sekeliling yang memandangnya. Apa yang dia mahu sekarang Hara selamat.
Azimah terduduk di sebelah Haris. Hatinya turut dipenuhi perasaan sedih. Hara kawan yang bersamanya susah senang sejak wanita itu datang dari kampung. Benaknya teringat segala kenangan pahit manisnya dengan Hara. Matanya bergenang.
Haris memandang Azimah yang berada di sebelahnya. Takut-takut dia hendak memulakan bicara. "Aa.. Awak okay?" soalnya. Jantungnya usah cakaplah. Mujur sahaja tak boleh terkeluar dari badan kalau tidak sudah meloncat-loncat jantung itu di hadapan Haris akibat gementar.
Azimah mengangguk perlahan. "Macam mana boleh jadi macam ni?"
"Kita or.."
Ding dong ding
"Diminta waris pesakit Haralina Binti Abdullah menghadirkan diri di wad kecemasan. Diulangi, diminta waris pesakit Haralina Binti Abdullah menghadirkan diri di wad kecemasan."
Iqbal bingkas bangun. Dikesat air matanya dan bergegas menuju ke wad kecemasan. Azimah dah Haris turut mengekori dari belakang.
"Cik. Cik. Saya waris Haralina. Macam mana dengan dia? Okay ke Cik?" soal Iqbal. Jururawat di hadapannya agak terkejut dengan tindakan Iqbal.
"Sabar ye Encik. Cik Haralina selamat. Encik tunggu sini kejap. Doktor nak jumpa." jelas jururawat tersebut kemudian berlalu pergi.
"Ya Allah. Ya Allah. Syukur pada mu." Iqbal mengusap mukanya. Hatinya tiba-tiba terasa lapang selepas tahu Hara selamat. Haris yang berada di belakang memegang bahunya. Dia turut rasa gembira dengan khabar yang baru diterima. Begitu juga dengan Azimah.
"Suami Puan Haralina ke?" seorang doktor wanita yang kelihatan agak tua menegurnya. Bibirnya terukir satu senyuman buat Iqbal. Mungkin dengan senyuman itu dapat melegakan hati Iqbal yang gundah gulana.
"Ye saya. Saya suami dia. Kenapa ye doktor...?"
"Doktor Aina." Doktor Aina memperkenalkan diri.
"Ha ye. Doktor Aina. Macam mana dengan isteri saya?"
"Isteri Encik selamat. Tak ada apa yang cedera."
"Ya Allah. Terima kasih doktor. Terima kasih."
"Tapi Encik..."
Muka Iqbal yang ceria tadi berubah menjadi kerisauan. Hatinya berdebar. Perkhabaran apa lagi yang ingin disampaikan doktor wanita itu. Adakah berita baik atau..... "Tapi apa doktor?"
"Saya harap Encik banyakkan bersabar. Puan Haralina disahkan gugur. Kandungannya baru berusia empat minggu. Akibat hentakan ketika dia jatuh menyebabkan dia keguguran."
Kenyataan doktor Aina bagai halilintar yang mengenai dirinya. Dia terduduk. Lututnya lemah. Air matanya kembali mengalir. "Ara!!! Ara!!!" Iqbal menjerit dalam tangisan. Semua yang berada di dalam wad kecemasan itu memandangnya.
"Iqbal. Sabar wei sabar. Jangan macam ni. Bangun. Bangun." Haris cuba menenangkan Iqbal yang sudah menangis teresak-teresak disitu. Dia menoleh Azimah yang berada di belakangnya. Wanita itu turut menangis sambil menutup mulut. 'Ah sudah. Sampai dua-dua menangis ni. Haih.'
***
"Makanlah Bal. Nanti perut kau masuk angin." Haris menolak roti canai di hadapan Iqbal.
"Yela Iqbal. Makanlah. Nanti kau sakit Ara lagi sakit." Azimah pula cuba memujuk.
Iqbal hanya mengelengkan kepalanya. Seleranya sudah hilang. Hilang ditelan rasa sedih yang mengunung. Hatinya sangat-sangat terkilan. Kalaulah dia tak bertembung dengan Hara. Kalaulah dia tak terlampau mengikut perasaan cemburunya. Kalaulah dia tak tolak Hara. Kalaulah... Argh! Tu semua kalau! Sekarang dah terlambat. Semuanya dah terjadi. Tak boleh berpatah balik. Paling menyakitkan dia sudah membunuh zuriatnya sendiri. Zuriat dari benihnya. Ya Allah... Ampunkan aku.
Haris hanya membisu. Orang dah tak nak makan tak guna dipaksa. Tak akan mendatangkan hasil apa pun kalau paksa Iqbal. Lelaki itu tidak akan mendengar kata-katanya. Dia meneruskan sesi melahapnya. Seketika keadaan menjadi sunyi. Kekok.
***
Iqbal menolak pintu bilik yang menempatkan Hara. Wanita itu sedang tidur. Dia mendekati katil Hara dan duduk disisinya. Dielus tangan Hara yang mempunyai jarum branula tersebut. "Maafkan abang sayang. Maafkan abang. Ni semua salah abang. Abang minta maaf." ucap Iqbal. Dikucup tangan Hara berkali-kali. Memohon maaf seikhlas hatinya.
Direnung wajah suci isterinya itu. Perasaan bersalahnya semakin menjadi-menjadi apabila melihat wajah Hara. Air matanya kembali bertakung. "Maafkan abang. Maafkan abang sayang." ucap Iqbal dalam sedu tangisnya. Kepalanya diletak ke tangan Hara. Tiba-tiba terasa tangn wanita itu bergerak. Dia mengangkat kepalanya. "Ara dah bangun?" katanya sambil memandang wajah Hara. Tapi wanita itu kelihatan agak dingin dengannya. Pandangan Hara dilempar ke tempat lain. Tak bertentang mata dengan Iqbal.
"Sayang lapar? Nak makan tak? Sayang nak makan apa? Abang belikan. Cakap je." bersungguh-sungguh Iqbal berkata sambil memegang erat tangan Hara.
Hara menarik tangannya dari terus digenggam Iqbal. Soalan Iqbal tadi hanya dibiar tidak berjawab. Hatinya sedang rabak sekarang. Kenapa Iqbal tak dengar penjelasannya dulu? Kenapa Iqbal terus bertindak melulu? Kenapa Iqbal terlampau mengikutkan hati. Timbul pelbagai soalan di hatinya. Dia sangat-sangat kesal dengan Iqbal. Terus bertindak membabi buta sehingga menyebabkannya terjatuh dan gugur. Gugur. Air matanya mengalir bila teringat hal itu. Zuriat yang selalu diimpikan tak sempat melihat dunia. Tak sempat merasai nikmat dunia yang sedikit ini. Tak sempat untuk melihat bagaimana kehidupan manusia di muka bumi ini. Semuanya kerana Iqbal! Pembunuh!
"Sayang.." panggil Iqbal perlahan. Dia mendekati wajah Hara yang berpaling darinya. Dapat dilihat dengan jelas manik-manik jernih di pipi wanita itu. "Ara..." dikesat air mata di pipi Hara. "Maafkan abang. Jangan menangis lagi Ara. Hati abang terseksa tengok Ara menangis. Please.. Abang tak nak tengok Ara sedih."
Hara hanya membisu.
"Ara..." panggil Iqbal sekali lagi.
"Kau diam boleh tak?" akhirnya Hara bersuara. Nada suaranya ditahan. Seperti sedang menahan marah yang teramat.
Iqbal yang mendengar terkejut dengan reaksi Hara. Wanita itu kasar. "Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Abang tahu abang tak patut buat macam tu. Ni semua salah abang." kata Iqbal perlahan.
"Kau keluar sekarang."
"Ha?"
"Aku cakap kau keluar! Keluar!! Pergi keluar!!"
"Sayang. Abang betul-betul minta maaf. Jangan buat abang macam ni. Abang minta maaf Ara. Minta maaf." rayu Iqbal bersungguh. Diraih tangan Hara dikucup berkali-kali dengan air mata yang mengalir deras.
"Pergi keluar!! Nurse! Nurse!"
"Sayang.. Sayang.. Jangan buat abang macam ni. Abang sayang Ara." Iqbal kaget dengan tindakan Hara. Hara benar-benar serius. Wanita itu seperti orang lain. Bukan lagi Haralina , isterinya.
"Ya Puan. Ada apa?" Jururawat yang terdengar jeritan Hara segera meluru masuk.
"Nurse tolong bawa dia ni keluar. Saya tak nak tengok muka dia. Bawa dia keluar."
"Sayang.. Jangan macam ni.." pujuk Iqbal sekali lagi.
"Kau pergi keluar!! Keluar!!!" Hara menjerit sekuat hatinya. Dadanya berombak menahan rasa amarah yang teramat.
Jururawat yang berada disitu terus menarik Iqbal keluar. Dia sendiri terkejut dengan tindakan Hara.
Iqbal hanya menurut. Air matanya tak putus-putus mengalir. Setelah keluar dia terduduk. Kini rasa bersalah semakin membelengu dirinya. "Maafkan abang Ara. Maafkan abang...." mohonnya.
"Encik. Mari. Saya bawa Encik pergi kantin. Tenangkan diri." tak sanggup membiarkan Iqbal tertekan begitu , jururawat tadi cuba untuk menenangkan Iqbal. Dia faham apa yang terjadi. Pasti seorang wanita akan berasa sangat tertekan selepas keguguran. Lagi pula bila tak tahu dirinya mengandung. Emosinya menjadi amat sukar untuk dikawal.
Iqbal menurut kata jururawat tersebut. Kakinya melangkah menuju ke kantin hospital. Fikirannya berserabut. Satu sahaja yang dia pinta sekarang. Dia mahu Hara memaafkan dirinya. Rasa bersalah yang membelengunya semakin teruk jika Hara tidak memaafkannya. 'Ara...." bisik hatinya.
Share this novel