Hara menyusun pinggan di atas meja makan. Dihempas-hempas sedikit pinggan tersebut bagi mengurangkan rasa sebalnya terhadap Iqbal. Kemudian dia ambil nasi dan lauk diletak di atas meja. Kuat bunyi pinggan berlaga-laga. Boleh diketahui yang si pelakunya tak ikhlas melakukan kerja. Kalau ikutkan hati Hara sekarang mahu saja dihempas segalanya sekuat hati biar hancur berkecai.
"Ara.. Apa ni? Dari depan mak dengar. Berdentam-dentum." Puan Habibah muncul dari ruang hadapan. Dia mendekati anak perempuannya yang berada di meja makan.
"Takde apalah mak. Mana ada bising. Ara rasa biasa je." balas Hara. Dicapai jag dan diisi gula ke dalamnya kemudian perasa oren pula. Dituang air ke dalam jag dan dikacau. "Bila ayah nak balik ni mak?" soalnya sambil meletakkan jag yang sudah berisi air oren ke atas meja. Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Puan Habibah.
"Kejap lagi baliklah. Asal kamu masak ni je Ara? Kan Iqbal ada sekali dekat rumah ni. Ni masak macam untuk mak dengan ayah je." mata Puan Habibah memandang lauk pauk yang berada di atas meja. Hanya ada dua jenis itu pun hanya cukup untuk dua atau tiga orang makan.
"Cukup ni mak. Buat apa masak banyak-banyak. Membazir. Kalau si Iqbal tu tak nak makan sudah. Ara tak peduli."
Puan Habibah mengelengkan kepalanya. "Ara, Ara. Iqbal tu laki kamu. Mana boleh kamu buat macam ni."
Hara hanya membisu. Tak ambil endah kata-kata ibunya.
"Assalamualaikum."
"Haa tu ayah kamu balik. Kat dapur ni bang. Ajak Iqbal sekali. Kita makan malam sama-sama ni."
Terjengul wajah Iqbal dan Encik Abdullah di dapur selepas mendengar panggilan daripada Puan Habibah.
"Lambat balik hari ni. Selalu dah lama sampai rumah." soal Puan Habibah sambil tangannya mencedok nasi untuk Encik Abdullah.
"Tadi jumpa Tok Iman. Dia kan tak kenal si Iqbal ni. Tu yang bercerita panjang tu." Encik Abdullah mengambil tempat duduk di meja makan.
Iqbal hanya tersengih mendengar bapa mertuanya berkata sambil mengambil tempat duduk di sebelah Hara.
Nasi dihulur kepada Encik Abdullah. Matanya memandang ke arah lauk yang kelihatan menyelerakan di atas meja. Masakan kampung. Memang kecur air liur menunggu makanan masuk ke dalam mulut. "Kenapa masak sikit je ni? Kan Iqbal ada dekat rumah ni." soal Encik Abdullah sambil tangannya mengambil seekor ikan dan diletak ke dalam pinggan.
"Ara ni ha. Saya dah cakap dah masak banyak tapi ini je dia masak. Ha makan Iqbal. Jangan malu-malu."
"Iye mak." balas Iqbal. Matanya memandang sekilas ke arah Hara yang sedang membisu menikmati makan malamnya.
"Apa yang diborak dengan Tok Iman tadi tu?"
"Takde apa pun Bibah. Dia tanya pasal menantu kita ni je. Katanya hensem. Hahaha."
"Huk! Huk!" Hara memegang dadanya. Perit dengan kesakitan yang tiba-tiba menyerang. Dicapai gelas yang berisi air dan diteguk sedikit. Ah lega...
"Kamu ni Ara. Makan tu elok-eloklah." tegur Puan Habibah. Dia mengelengkan kepalanya melihat perangai Hara. Haih. Gelojoh benar makannya. "Lagi? Tu je awak borak?" soal Puan Habibah kembali setelah perbualan mereka terganggu kerana Hara.
"Itu jela. Dia kecewa juga sebab kita tak jemput masa Ara nikah dulu. Abang cakaplah buat kecil-kecil je. Bajet takde."
"Ohh.."
"Bibah, abang rasa kita patut buat lagi sekali majlis persandingan Ara ni."
"Huk! Huk!" Iqbal memegang dadanya.
"Ya Allah.. Apa kena dengan kamu berdua ni. Makan tu cuba jangan gelojoh. Minum air tu Iqbal."
Iqbal menurut. Dia meneguk sedikit air oren untuk menghilangkan rasa tersedaknya. Ini bukan main-main atau sengaja nak kenakan Hara. Ini betul-betul. Bersanding lagi sekali? Alahaii... Tapi bila difikirkan balik dulu mana ada dia bersanding. Nikah dan kenduri doa selamat sahaja. Kalau bersanding pun bagus juga. Terangguk-angguk kepala Iqbal mendengar akalnya berkata.
"Emm Bibah pun setuju bang. Mana tahu kot-kot bunting pelamin ke. Merasa kita nak dapat cucu."
"Huk! Huk! Huk!"
"Huk! Huk! Huk!"
Serentak Hara dan Iqbal terbatuk mendengar kata-kata Puan Habibah. Apa kejadahnya semua ni? Bunting pelamin? Mengharap sangat kedua ibu bapa mereka ni.
Hara menjeling Iqbal yang turut sedang memandangnya. 'Celaka betul mamat ni. Kenapa kau muncul ha? Nak berambus , berambus jela. Kau dah beri harapan palsu dekat mak dengan ayah tahu tak!'
"Ish! Kamu berdua ni! Dah besar pun makan gelojoh lagi sampai tersedak. Apa nak jadi!? Makan tu elok-eloklah!" kesabaran Puan Habibah menipis. Cukup pantang dia kalau orang main-main dengan rezeki.
"Maafkan Ara mak." mohon Hara.
"Maafkan Iqbal juga."
"Sudah! Makan elok-elok. Haih."
Encik Abdullah hanya memerhati. Macam-macam hal budak-budak ni.
***
"Hai. Buat apa tu? Nak join boleh?"
Hara menoleh. "Sibuklah." balasnya. Tangannya ligat memotong bawang merah dan bawang putih untuk dibuat rencah masakan.
"Marilah. Abang boleh tolong. Sayur ni Ara nak buat apa?" Iqbal mengangkat sayur kangkung yang berada dalam ikatan. Belum dicuci lagi.
"Ish! Tak payah nak sibuklah!" Hara berdiri dan rampas sayur kangkung yang berada di tangan Iqbal. Dihempas sayur itu ke atas meja sebagai isyarat supaya Iqbal jangan mengacaunya.
Iqbal tak berputus asa. Diambil pula buah tembikai yang berada di atas meja. Belum dibelah. "Tembikai ni Ara nak buat air ye? Abang tolong potong ye." kata Iqbal. Tangannya mahu mencapai pisau yang berada di atas meja namun pantas tangan Hara mengambil pisau tersebut.
"Aku cakap jangan kacau!" Hara menepuk meja kuat. Matanya merenung Iqbal tajam.
"Okay. Okay." Iqbal mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. "Jangan marah. Abang keluar okay. Okay?" Iqbal berundur.
Hara hanya menjeling tajam. Dia menyambung kerjanya kembali yang tergendala dek kerana Iqbal.
***
Hara mengelap peluh yang timbul di dahinya. Panas. Ibunya pula tak ada untuk membantu. Bertukanglah dia sorang-sorang di dapur. Sambal udang yang sudah siap dimasak diletak ke dalam mangkuk dan dibawa ke atas meja. Lauk sayur yang sudah dimasak diletak bersebelahan dengan sambal udang. Dia tersenyum. Tinggal satu saja lagi. Air tembikai segar buatan sendiri.
Dia ambil sebiji buah tembikai yang belum dipotong dan dibawa ke singki. Diambil pisau dan mula membelah buah tembikai dari bahagian tengah. Ditekan sepenuh tenaganya namun masih susah. Hanya dapat masuk sedikit sahaja.
"Meh sini abang tolong."
Satu pelukkan hangat diterima dari belakang. Hara kaku. Tangan Iqbal kini bersentuhan dengan tangannya. Lelaki itu mengerak-gerakkan pisau untuk memotong buah tembikai. Hatinya berdebar. Namun pantas dia menyedarkan dirinya. Ditolak badan Iqbal. "Kau potonglah. Aku nak buat air. Cepat sikit. Dah lapar ni." katanya seraya bergerak meninggalkan Iqbal yang kelihatan agak kecewa dengan tindakannya.
***
Air tembikai yang sudah diletak gula itu dikacau dan diletak ke atas meja. Iqbal sudah mengambil tempatnya di meja makan.
"Tak sangka hari ni sayang masak lauk kegemaran abang. Ni yang buat abang bertambah-tambah sayang dekat Ara ni."
Hara mencebik. Dah ada udang saja dalam peti ais. Masaklah. Perasan sungguh. Diambil pinggan kosong , diisi nasi putih dan diletak di hadapan Iqbal.
"Terima kasih." ucap Iqbal sambil tersenyum. "nak lauk.." pintanya.
Hara menjeling. 'Lebih-lebih pula dia ni.' Dia buat tak endah kata-kata Iqbal. Diisi nasi ke dalam pinggannya sendiri. Kemudian ambil pula sedikit sambal udang dan diletak ke dalam pinggan.
Iqbal akhirnya ambil sendiri lauk dan diletak ke dalam pinggan. Usai doa makan dibaca, Iqbal mula menyuapkan makanan masuk ke dalam mulut. Begitu juga dengan Hara.
Suasana sunyi. Hanya kedengaran bunyi mulut mengunyah, kipas siling yang berputar laju, juga titisan air yang jatuh pada paip singki.
"Ehem." Iqbal cuba menarik perhatian Hara. Namun wanita itu hanya buat tidak tahu saja dengannya.
"Ehem! Ehem!" suaranya dikuatkan sedikit.
Masih tiada respon.
"Ehem! Ehem! Ehem!"semakin kuat suara dia berdehem.
Hara berdecit. Diambil cawan kosong dan dituang air tembikai ke dalam cawan tersebut. Setelah diisi separuh, dilentak cawan tersebut di hadapan Iqbal secara kasar.
"Nak buat apa ni?" soal Iqbal. Pelik.
"Untuk basuh pinggan." jawab Hara.
"Tapi abang belum habis makan lagi."
"Eee! Makan jela senyap! Banyak cerita betul!"
"Emm yela-yela. Nak manja-manja pun tak boleh."
Share this novel