Hara membelek dirinya pada cermin besar di ruang tamu. 'Cantik juga aku pakai kebaya eh.' dalam diam Hara memuji dirinya sendiri.
"Ha Ara, cantik pun kamu pakai baju ni. Elok je terletak kat badan tu. Dapat juga mama tengok anak perempuan mama pakai baju ni." Puan Amnah yang baru sahaja turun ke bawah menegurnya. Wanita itu dilihat sangat berpuas hati dengan penampilan Hara.
"Hehe tengoklah siapa yang bagi. Mamakan." Hara cuba membodek.
"Hari ni Ara kerja. Mama okay ke duduk rumah sorang-sorang ni? Kalau tak , Ara boleh minta cuti lagi temankan mama." Hara mengekori Puan Amnah yang berjalan masuk ke dapur.
"Takpelah. Kamu pergi je kerja. Bukannya mama duduk terperap je dekat rumah, mama nak pergi jumpa kawan mama hari ni."
"Jumpa kawan? Mama nak pegi naik apa? Drive? Ish. Tak payahlah ma. Bahayalah." ujar Hara. Dia menuangkan air kopi panas ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Puan Amnah.
"Kamu ni Ara. Habis yang mama datang sini mama naik apa? Mama drive sendiri jugakan."
"Err.. Hehe." Hara tersengih malu. Baru ingat nak jadi menantu yang mithali. Mengambil berat tentang ibu mertuanya. Tapi tak menjadi pula.
"Iqbal mana? Tak turun lagi?"
"Emm kejap lagi turun la tu ma. Mama nak nasi goreng ni banyak ke sikit?"
"Bagi separuh cukuplah. Dah tua-tua ni. Selera pun kurang."
Hara mencedok sedikit nasi goreng dan diletak ke dalam pinggan. Kemudian dia menghulurkan pinggan tersebut kepada Puan Amnah.
"Amboi. Makan tak tunggu orang." Hara menoleh. Dilihat Iqbal sedang melangkah mendekati meja makan. Lelaki itu kelihatan agak segak hari ini.
"Selamat pagi ma. Ara."ucap Iqbal lalu mengambil tempat duduk berhadapan Puan Amnah.
"Selamat pagi. Kenapa lambat sangat turun?" soal Puan Amnah.
"Terlewat bangun sikit hari ni ma." jelas Iqbal. Matanya memandang segala hidangan yang berada di atas meja. Bukannya banyak pun. Dua jenis je. Nasi goreng dan juga roti gardenia sahaja.
Tanpa mengendah perbualan ibu dan anak itu , Hara mengambil tempat duduk di sebelah Puan Amnah. Air kopi panas yang baru dia tuang ke dalam cawannya sebentar tadi dihirup. Kemudian dia mengambil pula roti gardenia di hadapannya. Disapu kaya dan disuap ke dalam mulut. Terasa seperti diperhatikan dia menoleh ke arah Puan Amnah. "Kenapa ma?" soal Hara.
"Laki kamu tu."
"Kenapa?"
"Layanlah. Kamukan isteri dia. Kena layan suami."
"Err.." Hara memandang Iqbal. Lelaki itu sedang tersengih memandangnya. Macam sengaja menunggu Hara melayannya. 'Sengih-sengih. Ingat dia hensem sangatlah tu? Mengada betul. Boleh je kot amik sendiri. Saja je nak suruh mama marah aku.' Hara merungut di dalam hati. Tetapi tangannya tetap menuangkan air kopi ke dalam cawan Iqbal. Kemudian dia mencedok pula nasi goreng diletak ke dalam pinggan.
"Aku eh abang tak nak nasi."
"Habis tu kau nak apa?"
"Ara.." Puan Amnah memandang menantunya itu. "Kau? Panggilan apa tu? Bukan sepatutnya panggil macam tu dengan suami."
"Err sory ma. Aa.. Abang nak apa?"
Berbunga riang hati Iqbal apabila dengar Hara memanggilnya 'abang'.
"Abang nak sayang jee. Itu pun dah cukup buat abang kenyang." Iqbal tersenyum nakal memandang Hara. Cuba menyakat.
'Eee!' Hara mengangkat tangannya , seperti mahu memukul lelaki itu. Namun ditahan. Kalau Puan Amnah nampak sia-sia je kena marah lagi nanti. 'Nasib baik ada mama. Kalau tak... Nahas kau!' getusnya.
"Hahaha bagi abang nasi tu."
"Tadi kata tak nak."
"Sayang dah cedokkan. Abang makanlah. Kesian pula isteri abang masak penat-penat tapi abang tak makan."
Entah kenapa kata-kata itu menusuk ke dalam jiwa Hara. Terharu rasanya bila mendengar kata-kata itu daripada Iqbal. Rasa dihargai. Hara menghulur pinggan yang sudah berisi nasi goreng tersebut kepada Iqbal.
"Amboi-amboi. Kamu berdua ni. Mama ada dekat sini. Jangan buat macam mama tak wujud pula nak manja-manja depan mama." tegur Puan Amnah.
Iqbal dan Hara hanya tersengih mendengar teguran mamanya.
***
"Ara." Iqbal menarik tangan Hara. Menahannya daripada keluar kereta. "Aku nak cakap sikit."
"Nak cakap apa? Dah nak masuk waktu kerja dah ni. Kau ni macam-macamlah." Hara memeluk tubuh. Mukanya seperti biasa. Tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Mana kau dapat baju ni?" soal Iqbal.
"Mama bagi. Kenapa?"
"Ohh mama bagi." Iqbal mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Kenapa?"
Tanpan menjawab soalan Hara , Iqbal mengerakkan sedikit badannya mendekati Hara. Makin lama semakin dekat. Hara kaku. Entah kenapa tiap kali Iqbal melakukan perkara seperti itu dia akan terkaku. Fikirannya jadi kosong. Yang dia tahu jantungnya akan berdegup laju tiap kali Iqbal merapatkan diri dengannya.
"Kau.. Nampak cantik." bisik Iqbal. Betul di telinga Hara. Suara lelaki itu sungguh gemersik. Dapat dia rasa dengusan nafas lelaki itu menyentuh lembut bahagian lehernya walaupun berlapik kain tudung. Hara menjadi tidak keruan. Dia menjarakkan dirinya daripada Iqbal. "Aa.. Aku nak keluar ni." terketar-ketar Hara berkata.
Hara membuka pintu kereta dan bersedia untuk keluar tetapi dia kembali menoleh memandang Iqbal. "Terima kasih." ucapnya sambil melemparkan senyuman manis yang menampakkan dua lesung pipitnya yang dalam. Kemudian dia terus bergerak ke tempat kerjanya. Mulutnya tak lekang dengan senyuman. Gembira hati. Berbunga indah menerima pujian daripada suaminya itu.
***
"Hai." Ridhwan menegur dua orang wanita yang sedang enak menjamu selera di dalam Restoran Rasa Sayang tersebut. Dia mengukir senyuman di bibir. Bibirnya yang merah jambu itu menyerlahkan lagi kemanisan senyumannya.
"Eh awak. Buat apa dekat sini?" Hara berdiri. Menyambut kedatangan Ridhwan bagai tetamu istimewa.
"Duduklah. Kenapa berdiri pula ni. Kan tengah makan." tegur Ridhwan.
"Hehe." Hara duduk kembali. "Awak baru nak makan ke?" soalnya sambil memandang lelaki itu.
"A'ah. Baru rehat."
"Meh ah join sekali."
"Ehem ehem."
Hara memandang Alicia yang berada di depannya. Lupa pula akan kewujudan rakannya itu jika Alicia tidak berdehem kepadanya. "Ni saya kenalkan. Kawan kerja saya. Alicia , Alicia. Ni Ridhwan. Dia kerja kedai tako depan sana tu." Hara memperkenalkan Ridhwan kepada Alicia.
Alicia menghulur tangan untuk bersalam dengan Ridhwan. "Marilah join kami." Alicia berkata.
"Tak apa ke? Tak menganggu korang?" Ridhwan teragak-agak untuk menerima pelawaan dua wanita di hadapannya itu.
"Join jela. Awak datang nak makan jugakkan bukan beli tayar. Hahaha." seloroh Hara.
"Marilah." Alicia berkata lagi. Dia lihat Ridhwan kelihatan agak malu-malu bila memandangnya. Tiap kali matanya secara tak sengaja bertembung, Ridhwan akan cepat-cepat melarikan pandangan ke arah lain.
Ridhwan mengambil tempat duduk di sebelah Hara. Matanya sesekali mencuri pandang Alicia. Tak berani bertentang mata. Entah kenapa dadanya berdengup kencang tiap kali matanya bertemu dengan mata Alicia.
***
"You dah lama ke kenal Ridhwan itu?"
Hara memandang Alicia. "Aii. Tiba-tiba tanya ni ada apa-apa ke?"
Mereka sedang jalan beriringan menuju ke kedai buku tempat mereka bekerja.
"Tak adalah. I tanya saja. Itu pun salah ke?"
"Selalu orang tanya-tanya ni ada sebab. Mungkin dalam hati tu dah berputik rasa sayang pulak."
"You ni. Mana adalah. Tak ada. I cuma tanya saja."
"Hahaha I pun baru kenal dia. Hari tu beli tako. Tu yang kenal." jelas Hara. Dia menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam kedai buku tempat dia bekerja.
"Ohh.. Patutlah dia nampak malu-malu tadi."
"Dia malu-malu sebab you ada." Sengaja Hara mengusik Alicia. Dia menarik kerusi yang berada di kaunter pembayaran dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut. Dia memandang Alicia yang berdiri di hadapannya sambil tangan memangku dagu. "Eh Alicia, I rasa dia tu single tahu."
"Jadi kenapa?"
"You try lah. Kot-kot la sangkut." Hara mengenyitkan matanya sambil tersengih macam kerang busuk.
"Tak mahulah. Dia tak sesuailah dengan I."
"Ala.. Alicia. Ridhwan tu hensem tahu. Muka dah la macam mamat korea. Kalaulah I tak kahwin lagi mesti I dah ngorat dia. Hahaha."
Alicia menjeling Hara. Melihat gelagat Hara. Bukan main lagi teman sekerjanya itu. "Ahh you ni. Semua lelaki putih you kata macam korea. Eh suami you tu pun putih tahu. Tak pula you kata macam mamat korea."
"Adui. You ni spoillah. I sekarang tengah cerita pasal Ridhwan. Bukan Iqbal. Aish!"
"Dah lah. I mahu buat kerja. Malas mahu layan you dengan mamat korea you tu." Alicia bergerak masuk ke dalam.
"Alicia! Kalau you lambat mengorat Ridhwan nanti orang lain amik pulak!" Alicia hanya mengelengkan kepalanya mendengar jeritan peringatan daripada Hara. 'Ridhwan.' hatinya menyembut nama lelaki itu. Sebelum melepaskan satu keluhan. Dia dan Ridhwan sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi. Bagai air dengan api. Mana mungkin akan bersatu.
Share this novel