BAB 3

Humor Completed 96569

Iqbal merenung novel bertajuk "Coklat Panas Vs Coklat Sejuk" yang berada ditangannya. Seketika peristiwa tiga minggu yang lalu bermain di fikirannya.

"Aku pukul kau betul- betul kang!?" ugut gadis dihadapannya itu. Tangannya sudah diangkat seperti mahu memukul Iqbal.

Melihatkan keadaan itu segera Iqbal menarik novel yang menjadi rebutan mereka berdua ke sisinya. Gadis itu memegang novel dengan satu tangan jadi memudahkan Iqbal untuk menariknya. Dia tersenyum lebar. Novel yang diidamkan sudah berada dalam pelukan.

"Terima kasih." Ucapnya kemudian berlalu pergi sebelum tiba-tiba satu tendangan hinggap di kakinya. Sakit bukan kepalang. Iqbal tunduk mengosok-gosok bahagian belakang kakinya. Bagai ditendang satu objek yang sangat keras.

Dia memusingkan badannya memandang ke belakang. Gadis tadi memandangnya tajam. Kemudian hinggap lagi satu tendangan di tulang keringnya. Iqbal terjerit sedikit. Sakit! Lebih daripada bahagian belakang kakinya. Rasa seperti patah. Dia menyerigai kesakitan. Tertunduk-tunduk dia mengosok kakinya.

"Aku dah cakap jangan sampai aku pukul kau betul-betul. Satu sebab merendahkan aku and lagi satu sebab rampas buku tu dari aku. Rasakan!" gadis itu berkata sebelum berlalu pergi dengan muka garang.

Iqbal tersengih. Tak sangka betul boleh jumpa balik selepas peristiwa di pesta buku hari itu. Dia menghempaskan dirinya pada katil empuk berwarna kelabu itu. Empuk. Sedap. Katil itu umpama memeluk dirinya supaya terus berbaring dan memejamkan mata. Segala urat sendi yang sengal-sengal bagai pulih selepas merehatkan diri di atas katil tersebut.

"Hara...." ucap Iqbal perlahan lalu memejamkan mata. Novel Coklat Panas Vs Coklat Sejuk diletakkan di dada.

***

"Uit.. Buat apa tu?" Hara menoleh seraya menghadiahkan senyuman kepada Azimah.

"Takde apalah. Kemas-kemas sikit bilik ni. Hari ni kan hari minggu. Bila lagi aku nak kemas bilik aku yang macam hutan belantara ni." Ligat tangan Hara menyusun segala jenis buku, novelnya di dalam sebuah kotak. Mana yang belum sempat dia baca diletakkan di atas meja belajar. Disusun rapi. Mengikut abjad. Sudah terbiasa begitu semenjak dia bekerja di kedai buku. Dia mahukan semuanya teratur dan kemas.

"Ara. Kau tak rasa ke meja ni buat bilik kau lagi sempit? Kau bukan belajar lagi pun." soal Azimah. Memang soalan itu yang bermain difikirannya sejak hari pertama Hara membeli meja tersebut.

"Aku bukan apa, senang aku nak susun barang-barang aku. Aku mana ada meja solek. Haa semua barang-barang aku letak atas meja ni. Tak berterabur. Lagi satu, aku tak suka ada cermin dalam bilik aku. Aku rasa seram. Tak tahulah kenapa." jelas Hara. Ya. Atas sebab itulah dia lebih suka mengunakan meja belajar berbanding meja solek.

Mungkin disebabkan terlalu banyak baca cerita-cerita seram mengenai cermin menyebabkan dia takut untuk mempunyai cermin di dalam biliknya. Tak kisahlah kalau dia kena kekuar bilik untuk memakai tudung asalkan benda itu tidak berada di dalam bilik. Fikirannya mudah membayangkn bukan-bukan. Perkara yang meremangkan bulu romanya. Pernah dulu, Hara sampai tidak boleh tidur malam apabila memikirkan perkara bukan-bukan apabila meja solek diletakkan di dalam biliknya. Dia tak boleh.

Azimah hanya mengangguk mendengar penjelasan Hara.

"Mah." Hara memanggil kawannya itu. Terhenti seketika pekerjaannya. Termenung memikirkan sesuatu. "eh takde apalahh.." Hara mengelengkan kepala. Terbatal niatnya untuk bercakap pasal Iqbal. Rasanya perkara remeh sahaja. Tak perlu diceritakan pada Azimah walaupun dalam hatinya ingin sahaja dia mengutuk lelaki itu di hadapan Azimah.

"eh kau ni, main-main pulak cakap. Dah laa.. Aku nak turun makan." ucap Azimah lantas berlalu pergi.

Hara tersengih malu. Kemudian matanya tertumpu pada Novel Coklat Panas Vs Coklat Sejuk yang baru dia milikinya semalam. Itu pun selepas dia menebalkan mukanya meminta tolong daripada Encik Amir. Hara mengambil novel tersebut. Diusap muka hadapannya. Fikirannya terbayang wajah Iqbal. Dia tersenyum.

Wajah putih Iqbal dengan jangut sedikit sangat memukau sesiapa yang melihat. Rambutnya yang hitam gelap disisih rapi. Kalau lelaki itu tersenyum pasti menambahkan lagi manis diwajahnya. Tapi setakat ini Hara tak pernah lihat Iqbal senyum. Mana tidaknya, kalau berjumpa dengan dia asyik bergaduh sahaja.

"Hensem." Dia berkata perlahan. Tersenyum bagai orang dilamun cinta. Bahagia. Senyum tak pernah pudar dari bibir.

"What!? Hensem?" Bagai tersedar dari lamunan, Hara segera meletakkan kembali novel tersebut ke tempat yang asal. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Macam mana dia boleh memuji lelaki yang menjengkelkan itu.

***

Hara dan Azimah berjalan memasuki pusat membeli belah yang popular itu. Seperti biasa malam ahad memang agak ramai pemuda pemudi yang bermadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling. Hara anggarkan umur mereka mungkin dalam 18 atau 19 tahun.

Ah. Biarlah semua itu. Tujuan utamanya sekarang adalah menonton wayang. Seingat dia sudah agak lama kakinya tidak jejak ke dalam panggung wayang. Sekali sekala merubah rutin hujung minggu apa salahnya. Boleh juga melegakan tekanan kerja.

Dia berjalan beriringan dengan Azimah. Selepas selesai membeli tiket mereka terus bergerak masuk ke dalam panggung wayang. Sebaik masuk ke dalam bilik yang ditetapkan, Hara terus pergi ke tempat duduk yang telah dipilih. Keadaan dalam panggung masih lenggang mungkin kerana masih awal. Hanya dua tiga orang yang berada di dalam.

Sebelah kanan Hara kosong. Manakala sebelah kirinya pula Azimah. Mereka memilih tempat duduk di tengah-tengah. Semakin lama semakin ramai pengujung yang masuk. Ternyata filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar benar-benar mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia.

Lampu sudah ditutup. Lagi lima minit wayang akan bermula. Hara rasa teruja. Tiba-tiba ada seseorang yang datang duduk di sebelah Hara. Dia menoleh. Dengan bantuan cahaya daripada skrin dapat dia lihat gerangan yang duduk di sebelahnya.

Sebaik sahaja dia melihat muka orang di sebelahnya. Jantung Hara berdebar. Berdegup laju. Matanya tertacap terus pada lelaki yang berada di sebelahnya. Bagai tidak percaya boleh bertemu dengan lelaki itu disini. Dalam panggung wayang pula tu.

Iqbal menoleh apabila sedar dirinya diperhati. Dia tersengih. Hara sedang memandangnya bagai memandang hantu.

"Kau! Kau kenapa dekat sini? Kau ikut aku eh!?" Hara berkata. Dia menjengil matanya memandang Iqbal. Suaranya cuba ditahan supaya tak terlalu kuat kerana tak nak menganggu penonton yang lain.

"Eh apa hal pula aku nak ikut kau? Ni kan panggung wayang. Tempat awam." balas Iqbal. Suaranya diperlahankan.

"Kat mana-mana je jumpa kau. Eee tak sukalah! Yang kau pilih duduk sini kenapa!? Kau duduklah belakang sana! Sibuk nak duduk sebelah aku. Ish!" Hara memeluk tubuh. Mulutnya dimuncungkan.

"Eh eh. Cik Hara yang banyak sangat prasangka buruk kat orang. Awak dengar sini eh. Tak ada maknanya saya nak ikut awak semata-mata nak jumpa awak. Buang masa saya jee ikut pokok krismas macam awak. Tak mengancam langsung. Tempat duduk ni saya pilih. Saya mana tahu sebelah saya akan ada pokok krismas bercakap. Dah diam. Saya nak layan movie ni." balas Iqbal panjang lebar.

Hara mengetap gigi. "Kau cakap aku pokok krismas lagi siap!" Dia merenung tajam Iqbal.

"Pokok krismas bercakap." sengaja Iqbal memprovok Hara.

"Cakap lagi sekali.....!" Hara mengenggam penumbuk di tangan kanannya.

"Pokok kris..."

Belum sempat Iqbal menghabiskan kata-katanya satu penumbuk hinggap di pipinya. "Ahhh..!"

"Hei! Ara! Apa kau buat ni?" Azimah terus menahan kawannya itu. Baru sedar akan pergaduhan yang berlaku. "Maaf Encik. Maaf. Kawan saya ni tak makan lagi, tu yang agresif tu."

Iqbal menjeling tajam. Masuk kali ini dah tiga kali dia kena pukulan Hara.

"Berani panggillah aku pokok krismas lagi!" Hara menjerit. Satu panggung wayang jadi riuh dek kerana jeritan Hara. Tumpuan mereka terganggu.

"Ara..!" Azimah menarik badan Hara. "Maaf semua. Maaf." Dia berdiri memohon maaf kepada semua penonton.

"Ara! Kau ni! Kat semua tempat nak cari gaduh. Dah duduk diam-diam. Ish!" berkerut dahi Azimah memarahi Hara kemudian dia tersenyum memandang Iqbal yang memandangnya. Malu dia dibuat Hara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience