"Dik bagi takoyaki ayam eh. Satu." Lelaki yang sedang memasak takoyaki itu memandang Hara sambil tersenyum. 'Adik?' bisik hatinya.
"Kenapa? Salah ke akak cakap?" soal Hara setelah dilihat lelaki itu tersenyum-senyum memandangnya. Kedai takoyaki yang berada selang dua blok daripada blok kedainya itu tidak pernah dia kunjungi. Dia bukannya minat sangat makan makanan daripada negara matahari terbit itu. Tetapi hari ini tekaknya teringin sangat pula. Digagahkan jua kakinya berjalan agak jauh daripada kedainya untuk membeli makanan tersebut. Biarlah berjalan pun asalkan dapat apa yang dia mahu.
"Tak adalah. Apa yang awak cakap tu memang betul , cuma awak panggil diri saya adik and bahasakan diri awak kakak pula." balas lelaki itu. Masih tersenyum.
"Kenapa?" Hara memandang lelaki itu pelik.
"Yela.. Mana tahu entah-entah kita ni sebaya ke..." ujar lelaki itu. Dia mengangkat kedua keningnya.
'Sebaya? Ish tak kan laa. Dia nampak muda kot. Macam budak baru lepas spm.' gumam Hara. Benar. Lelaki itu mukanya sangat jambu. Suci murni. Macam ala-ala mamat korea yang selalu dia tonton di dalam movie. Sekali pandang memang akan nampak macam budak-budak. Tambahan pula dengan badan lelaki itu yang kurus. Tak menampakkan langsung yang dia sudah berumur. "Umur awak berapa?" soalnya.
"24."
"Ha!? 24? Hahaha sebaya rupanya kita." kata Hara sambil menutup mulutnya. Cuba ketawa dengan cara paling ayu. Pertama kali jumpakan. Kena bagi tanggapan yang elok. Hehe
"Kan saya dah cakap. Tapi takpe. Saya dah biasa dah orang panggil saya adik ni. Muka baby face laa katakan. Hehe."
"Eee perasan. Hahaha."
"Awak kerja area sini ke?"
'Aik, ni dah macam sesi suai kenal pulak.' hati Hara berkata. "A'ah. Dekat kedai buku belakang ni."
"Ohh.. Nama?" soal lelaki itu lagi.
"Hara. Haralina. Panggil Ara je."
"Ara.. Sedap nama tu. Macam tuannya."
Hara tersipu malu. Tak tahu mahu memberi reaksi apa. Dia memegang telinganya. Habit yang entah bila muncul. "Nama awak?" soalnya pula.
"Nama panjang Ahmad Ridhwan. Nama pendek Iwan. Nak lagi pendek Wan. Tapi kalau nak lagi pendek ringkas dan mudah panggil baby je." jelas Ridhwan tanpa segan silu.
Lagi tersipu malu Hara dibuatnya mendengar Ridhwan berkata. Pakai baby baby pulak. Entah kenapa kali ini dia tidak dapat bertentang mata dengan lelaki itu. Tiba-tiba menjadi segan lepas mendengar kata-kata Ridhwan.
"Nah. Dah siap." Ridhwan. Menghulur bungkusan yang berisi takoyaki itu kepada Hara.
Hara tersenyum lalu menghulurkan not lima ringgit kepada Ridhwan. Selepas mendapat baki dia mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
***
"Pegi mana?" Iqbal menegur Hara yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam kedai buku.
"Takde manalah." Hara menolak pintu kedai tetapi dihalang oleh Iqbal. Lelaki itu menarik tangan Hara untuk berdiri menghadapnya.
"Kau pegi mana? Jangan nak tipu boleh tak?" Iqbal melepaskan genggaman tangannya. Dia memandang wanita itu. Dua tiga hari ini Hara sangat dingin dengannya. Keadaan di dalam kereta juga menjadi sunyi sepi dua tiga hari ini. Baik semasa pergi ataupun semasa balik. Hanya bunyi lagu daripada radio sahaja yang kedengaran. Segala soalan yang Iqbal tanya hanya di jawab dengan anggukan atau gelengan sahaja. Muka Hara pula selalu masam. Seperti ada sesuatu yang Hara tidak puas hati dengannya. Dia menjadi binggung. Pelik dengan perubahan Hara.
Hara tersenyum sinis memandang Iqbal. 'Tipu? Heh. Aku yang tipu ke kau yang tipu?' hatinya mengutuk lelaki itu. Soalan Iqbal sebentar tadi hanya dibiar tidak berjawab.
"Ara. Aku tanya ni. Kau pegi mana?" soal Iqbal sekali lagi.
"Suka hati aku lah nak pergi mana. Yang kau sibuk sangat nak tahu apahal?"
"Aku ni suami kau. Aku berhak tahu."
Sekali lagi Hara melemparkan senyuman sinis kepada Iqbal. "Heh suami?" soalnya. Tanpa menunggu kata-kata daripada Iqbal , Hara terus membuka pintu kedai dan melangkah masuk. Malas. Malas rasanya mahu menerangkan segala-galanya kepada Iqbal. Salah dia patut dia sendiri sedar.
Iqbal hanya memerhati Hara masuk ke dalam. Entah angin apa yang menyerang wanita itu. "Herm."
***
"Macam mana? Dah tanya?" Azimah memandang Hara sambil menghulurkan secawan milo panas kepada kawannya itu. Dia turut mengambil tempat di sebelah Hara.
"Tak." balas Hara sepatah.
"Apasal tak tanya? Kau ni. Daripada kau pendam macam ni nanti lagi makin teruk tahu. Lagi pula korang tinggal asing-asing. Ish. Kau ni Ra. Tak sayang dekat Iqbal ke?"
Hara menghirup sedikit air milo panas yang berada di tangannya. Dia menarik nafas panjang kemudian berkata "kalau dia tahu salah dia, mesti dia akan minta maaf and bagitahu aku perempuan tu siapa. Dia tak akan biarkan aku tertanya-tanya macam ni. Aku tak kan bersuara selagi dia tak berterus terang dengan aku. Selagi dia tak minta maaf dengan aku , aku tak akan cakap apa-apa." jelas Hara.
Azimah mengelengkan kepalanya. "Kau ni kan Ara. Haih. Ego tinggi sangat. Macam menara klcc tu. Apa salahnya kau tanya dia. Entah-entah dia tak sedar pun apa salah dia dekat kau."
"No. Aku tak akan. Dia pun satu. Kalau nak curang tu pergilah jauh-jauh sikit. Ni dekat tempat kerja. Dah tempat kerja dia sebelah kedai aku. Confirm-confirm lah aku nampak."
"Haih. Suka hati kau lah Ara. Aku cakap ni sebab aku tak nak rumah tangga kawan aku ni porak peranda di sebab perempuan yang engkau tak kenal tu."
"Kau jangan risaulah. Tahulah aku nak handle benda ni." balas Hara.
"Herm yela." Azimah meletakkan cawannya di atas meja dan mengambil alat kawalan televisyen. Dia menekan punat on. Seketika hanya suara daripada kaca televisyen yang kedengaran.
"Eh Ra, telefon kau bunyi ke?" soal Azimah. Dia bagai terdengar bunyi lagu tapi tak tahu daripada mana datangnya bunyi itu. Tak mungkin daripada televisyen. Dia sudah amati betul-betul. Memang bukan bunyi dari televisyen.
Hara meraba poket seluarnya dan mengeluarkan telefon pintar miliknya. "A'ah. Iqbal call." ujar Hara. Dia menyapu papan skrin telefonnya untuk menyambut panggilan daripada Iqbal. Dalam marah-marah tu angkat juga call. Yela. Mana tahu ada kecemasan ke apa ke. Kalau jadi apa-apa kang menyesal tak berlagu.
"Hello Ara."
Nada suara Iqbal seperti sedang tergesa-gesa. Hara menjadi pelik. 'Apa yang dah jadi sampai macam ni suara mamat ni?' "Assalamualaikum." balas Hara. Sengaja dia jawab begitu.
"Eh haa assalamualaikum. Kau dah mandi belum?"
"Waalaikumsalam. Dah. Baru je lepas. Kenapa?"
"Haa bagus. Kau kemas baju-baju kau sekarang. Bawaklah untuk seminggu punya baju. Cepat kemas. Kejap lagi aku pergi amik kau. Cepat."
"Eh eh kau ni dah kenapa? Dah malam-malam nak kemana pulak dengan baju semua ni? Esok aku kerja lah."
"Adui! Kau kemas jela."
"Apasal kau ni? Tergesa-gesa je? Kau kena kejar along eh?" Hara cuba serkap jarang.
"Aku cakap kemas cepat. Esok mama nak datang! Bermalam dekat rumah aku. Seminggu!"
"Haa!? Ma.. Mama nak datang!?"
Share this novel