"Balik ni kau siap-siaplah. Malam ni kita keluar makan." Iqbal memandang Hara sekilas. Keretanya meluncur laju di atas jalan raya.
Hara hanya membatu. Dia masih terkesan dengan tindakan Iqbal di butik tadi. Tiba-tiba dia teringat akan Fatah. Fatah tidak pernah mengarahnya macam-macam. Apa yang dia minat Fatah hanya menurut sahaja. Cuma sesekali dibantah jika Fatah rasa benda itu tidak elok. Fatah seorang yang bertolak ansur. Walaupun dia tidaklah seromantik jejaka-jejaka korea yang selalu dia lihat di dalam kaca televisyen tetapi dia sangat bahagia di samping lelaki itu. Air mata sudah bertakung bila terkenangkan bekas tunangnya itu. Dia sangat rindu! Rindu!
"Kau dengar tak aku cakap ni?"
"Erm" Hara membalas. Tiada mood untuk bercakap dengan Iqbal. Rasa meluat pula.
***
"Amik ni." Iqbal menghulur sebuah kotak berwarna coklat kepada Hara.
"Apa ni?"
"Amik jela. Banyak songeh."
"Kau bagi aku apa ni? Kau nak pedajal aku ehh? Kau letak ularkan dalam kotak ni!?"
"Hahaha bukan ular.. Katak." Iqbal mengenyitkan matanya. Lantas berlalu pergi menuju ke bilik.
Hara menjengilkan matanya memandang Iqbal. 'Dia! Dia ni...!' Hara mengenggam penumbuk dikedua tangannya.
Sebaik sampai di pintu bilik, Iqbal menoleh memandang Hara. Dia tersengih. "Jangan lupa pakai malam ni tau!" Dia sedikit menjerit kemudian melangkah masuk ke dalam biliknya.
***
Lagu dendangan kumpulan Mojo mengentuk gegendang telinga Azimah. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya lalu dilihat nama pemanggil.
"Hello! Ara! Eh kau pergi mana haa? Asal tak balik rumah semalam? Kau tahu tak aku risau? Ni nasib baik aku tak bagitahu mak apak kau lagi tahu, kalau tak lagi haru dibuatnya. Ish! Kau ni memanglah!" Bertubi-tubi ayat yang keluar daripada mulut Azimah. Risau benar dia akan kehilangan kawan serumah merangkap teman baiknya itu.
"Hehe Mah, sabarlah. Janganlah cakap menonong macam keretapi. Aku dekat Melaka ni."
"What!? Melaka!? Eh kau buat apa sampai jauh ke sana haa? Kau dengan sape ni?"
"Herm" Hara menghela nafas berat. Dadanya terasa sempit! "aku dengan Iqbal ni. Dia bawak aku pegi sini semalam. " jujur Hara berkata.
"Ya Allah... Ara. Apa kau dah buat ni? Benda tu berdosa Ra.. Berdosa. Nanti kalau mak bapak kau tahu kecewa hati dorang wei."
"Woii! Kepala otak kau. Aku tak buat pape laa.. Kitaorang bilik asing-asing okay. Kau ni. InShaaAllah tak jadi apa-apa. Aku tahu batas agama."
"Oh yeke. Hehe" Azimah mengaru kepalanya yang tak gatal. Suka main serkap jarang. Akhirnya malu sendiri. "So..... Kenapa Iqbal bawak kau pegi sana? Kejap. Iqbal? Kau dengan Iqbal? Tapi bukan ke kau tak suka dia?" soal Azimah. Pelbagai tanda tanya kini mula bermain di kepalanya.
"Mah. Nanti aku balik aku cerita semuanya dekat kau ye. Aku nak keluar ni. And one more thing, promise jangan bagi tahu benda ni dekat parents aku. Masak aku nanti."
"Argh! Yela-yela. Kau jaga diri kau elok-elok. Apa-apa call aku! ingat!"
"Ye Mah ye. Okay laa.. Bye .Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Hara mencampak telefon bimbit miliknya di atas katil. Mujur saja pekerja di resort tersebut mempunyai pengecas telefon, kalau tidak pasti Azimah sudah membuat laporan polis sekarang ni. Lagi bertambah-tambah serabut nanti.
***
Hara membuka bungkusan kotak yang Iqbal berikan padanya siang tadi. Dia baru sahaja selesai mandi. Hara mengerling jam di dinding. Lagi 20 minit akan berginjak ke pukul 8 malam.
"Apalah yang si senget ni bagi dekat aku." Dia bermonolog. Tangannya ligat membuka bungkusan yang Iqbal berikan.
"Wooo!" terbuntang mata Hara memandang dress labuh berwarna biru air laut tersebut. Dia mengangkat dress itu dan meletakkannya di badan. "Bila masa pula dia beli dress ni?" Dia bermonolog lagi.
"Cantik." Hara tersengih. Dia mengenakan pakaian itu pada badannya. Ahh! Elok saja terletak. Tak besar dan tak kecil. 'Tau pula dia pilih saiz aku. ' Hatinya berkata. Kemudian Hara mengambil pula selendang berwarna biru yang dia beli siang tadi. Diukur sebelah kiri pendek dan kanan panjang. Selepas itu dipin dan dililit sekali kemudian dikemaskan. Perfect! Hatinya berpuas hati dengan penampilannya. Selepas itu dia kembali duduk di atas katil yang empuk sementara menunggu Iqbal memanggilnya.
"Ahh!" Hara memegang perutnya. "Aduii! kenapa pula ni!? Ish tadi duk elok jee takde apa!" Dia cuba untuk bangun dan menuju ke tandas tetapi sakit diperutnya bagai dicucuk dengan ribuan jarum menyebabkan Hara terjelepuk jatuh di atas lantai. Dia mengerang kesakitan.
***
"Ara.... Dah siap ke?" Iqbal mengetuk pintu bilik Hara. Dia melihat jam ditangan. Tepat pukul lapan malam. Tak sabar dia ingin melihat Hara memakai baju pemberiannya.
"Ara..?" Iqbal mengetuk pintu sekali lagi. Telinganya menangkap sayup-sayup suara dari dalam bilik. Seperti.Sedang mengerang kesakitan.
"Ara?" Iqbal melekatkan telinganya di permukaan pintu. Memang benar. Ada suara. Dia memulas tumbul pintu. "Ara..?"
Sebaik sahaja pintu terbuka sedikit. Iqbal jadi panik. Dia melihat Hara sedang terbaring diatas lantai sambil memegang perutnya. Mukanya berkerut menahan sakit. "Wei, Kau okay tak?" Segera Iqbal mendekati Hara. Lelaki itu buntu. Tak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Hara mengelengkan kepalanya. Tanda yang dia sememangnya tidak okay. Mahu sahaja dimarah lelaki di hadapannya itu. Sudah terang lagi bersuluh dia sedang dalam kesakitan lagi ditanya soalan yang langsung tak membantu.
"Nak buat apa ni..? Nak buat apa?" Iqbal mengeledah ke seluruh bilik. Mencari.. Mencari.. Dia buntu. Hanya mengeledah sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang sedang dia cari. Fikirannya yang panik menyebabkan dia bertindak spontan mengeledah seluruh bilik membabi buta tanpa mengetahui apa yang perlu dia buat. Tangannya berpeluh.
"Iqbal! Pegilah minta tolong!" Hara menjerit. Sakit hati bila Iqbal bukan membantunya tetapi hanya mengeledah biliknya macam orang hilang akal. Semua barang di dalam bilik itu sudah bersepah. Hara menarik nafas. Cuba mengawal rasa amarahnya.
"Haa! Kejap! Kejap! Aku pergi panggil pekerja resort ni." Terkejut disergah oleh Hara. Fikiran Iqbal kembali normal. Tergesa-gesa dia menuju ke pintu.
Tuk. Tuk. Tuk.
Bunyi pintu diketuk dari luar.
Langkah Iqbal terhenti. Debaran di dadanya makin memuncak. Badannya makin berpeluh walaupun di dalam bilik tersebut penghawa dingin telah dihidupkan. Dia menoleh memandang Hara. Kelihatan gadis itu menunjukkan riak yang sama sepertinya. Tiada lagi kerutan muka yang kesakitan.
Perlahan-lahan Iqbal membuka pintu. Sebaik buka. Darah dimukanya pucat. Dia mengigil. Dia memandang Hara. Mukanya turut pucat. 'Ma..Macam mana ni..?'
Share this novel