"Kau ni kan.. Buat malu je tahu dalam wayang tadi. Yang kau pegi tumbuk lelaki tu kenapa? Tak pasal-pasal kecoh satu panggung." Azimah membebel. Kereta Myvi hitam miliknya meluncur laju di atas jalan raya. Malam sudah lewat. Kenderaan semakin berkurangan. Mungkin esok adalah hari berkerja jadi ramai yang sudah pulang awal untuk bersiap sedia berkerja pada keesokan harinya.
Hara membisu. Salah dia. Tak ada apa yang boleh dia pertahankan lagi. Dia yang terlampau over. Fikir bukan-bukan. Fikirannya melayang kejadian sebentar tadi, selepas habis menonton wayang.
Azimah tersenyum memandang Iqbal. Tersenyum malu. Segan dengan perangai Hara. "Maafkan saya Encik pasal hal tadi." ucapnya. "Emm ini kad saya. Ada nombor dekat situ. Nanti Encik call la saya. Saya belanja makan." Sambung Azimah lagi.
Hara tersentak. Dia menarik Azimah jauh dari Iqbal. "Eh Mah! Kau suka-suka je ajak dia makankan? Dia tu jahat tahu tak. Kau ni!" Hara merenung Azimah. Geram dengan tindakan melulu kawannya itu. Kan sudah minta maaf. Cukuplah, ini siap nak belanja makan pula. Ish!
"Sape jahat?" Hara menoleh. Jantungnya bagai terhenti. Pipinya bersentuh dengan pipi Iqbal. Nasib baik pipi, kalau dia tercium mamat tu secara tak sengaja? Ahh sudah. Segera Hara menjauhkn dirinya daripada Iqbal. Entah bila dia berdiri di sebelah Hara pun Hara tak perasan.
"Kau..! Kau ni memang suka amik kesempatankan! Lepas tu tak tahu privasi ke apa? Orang tengah bincang sibuk-sibuk dengar." Hara mencebik.
"Eley. Mengumpat cakap bincang pulak." Iqbal memeluk tubuh. Matanya memandang ke arah lain.
"Aish!" Hara sudah mengangkat penumbuknya tetapi sempat dihalang oleh Azimah.
"Eee! Sudahlah Hara. Kau ni. Err Encik nanti telefon ye. Kami balik dulu. Assalamualaikum." ucap Azimah.
"Ara. Ara!" Azimah menolak bahu kawannya itu. Apa bendalah yang diangankan. Langsung tak menyahut bila dipanggil. Habis tadi dia bercakap panjang lebar untuk siapa. Azimah menarik nafas panjang. Makin teruji kesabarannya dengan perangai Hara.
"Apanya kau ni..?" balas Hara.
"Aku cakap dengan kau tadi kau dengar tak?" soal Azimah.
"Aku dengarlah......"
"Aku cakap apa..?"
"Kau cakap apa yang kau nak cakaplah.."
"Ara......!" Azimah mengentap bibirnya.
***
Hara melangkah menuju ke supermarket di sebelah kedainya. Senang hati bila sudah beberapa hari dia tak bertembung dengan Iqbal. Tidak lah sakit hatinya menahan rasa amarah.
Dia memerhatikan segala bungkusan makanan ringan yang berada dalam pelukannya. Bermacam2 jenis. Sambil berjalan ke kaunter pembayaran dia melihat lagi bungkusan makanan ringan yang tersusun kemas di atas rak sesekali matanya memandang sekeliling. 'emm tak ada pun dia ni. Dah berhenti keje ke cemana?' Dalam diam hatinya bertanya.
Papp!
Habis berterabur semua bungkusan makanan ringan yang dipegang oleh Hara. "Sory-sory" Hara berkata sambil terus tunduk mengutip bungkusan makanan ringan yang telah dipilih. Dia terlampau asyik melihat bungkusan makanan ringan yang ada di situ sehingga terlanggar seseorang.
"Tak apa. Tak apa" lelaki tersebut berkata dan turut tunduk membantu Hara mengutip bungkusan makanan ringannya.
Pantas sahaja Hara mengangkat mukanya dan memandang lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki itu tersengih.
"Ish! Berdiri tepi sikit tak boleh ke!? Punya besar jalan kat sini sengaja je kau berdiri tengah-tengahkan?" Hara menjeling tajam. Tadi mencari ni dah jumpa marah-marah pula.
"Aik? Ni siapa yang langgar siapa? Patutnya saya yang marah awak." Iqbal berkata sambil menghulurkan bungkusan makanan yang dia telah kutip kepada Hara.
Hara tidak mengendahkan kata-kata Iqbal. Lelaki di hadapannya itu dia rasa cukup menjengkelkan. Dia merampas bungkusan makanan ringan tersebut. Kemudian berlalu pergi.
"Haa lain kali langgarlah orang sesuka hati. Lepas tu tak payah minta maaf. Memang orang lain ni tunggul. Boleh langgar-langgar." ucap Iqbal sedikit menjerit.
Hara menoleh memandang Iqbal. Okay. Kali ni memang salah sendiri. Dia melangkah mendekati Iqbal. "Aku minta maaf." Hara berkata.
"Apa? Aku tak dengar."
"Aku cakap... Aku minta maaf." ujar Hara. Nada suaranya ditekan.
"Apa? Pak mustafa?" sengaja Iqbal mengenakan gadis itu. Bukannya dia pekak. Telinganya masih berfungsi dengan elok cuma sengaja dia ingin menyakat gadis bernama Hara itu.
Hara menarik nafas. Kesabarannya betul-betul diuji bila berhadapan dengan Iqbal. "Aku cakap..... Aku minta maaflah pekak!" ucap Hara seraya melepaskan satu tendangan di kaki Iqbal. "padan muka kau! pekak!" Hara berkata lantas berlalu pergi. Puas hatinya.
"Aduh... Di tendangnya kaki aku. Sakit tahu tak perempuan!" Iqbal mengosok-gosok bahagian kaki yang ditendang. 'Ni kalau jadi bini aku tak tahulah berapa banyak lebam yang aku dapat.'
***
"Ara, Iqbal tu boleh tahan jugakkan?" Azimah tersenyum sambil membuka tudungnya. Mereka berdua baru sahaja selesai keluar makan bersama Iqbal sebagai tanda maaf untuk peristiwa tempoh hari.
"Putih, ada janggut. Bila dia senyum... Ya Allah.. Cair hati aku tahu.." sambung Azimah lagi. Dia menuju ke dapur untuk mengambil segelas air. Tekaknya haus.
Hara hanya membisu. Sakit hatinya mendengar Azimah memuji-muji lelaki yang dia tak suka itu. 'Bukannya hensem sangat. Huh!' Hatinya berkata.
"Dah la naik BMW. Tak sangka betul aku. Ish Ara. Kalau kau dapat dia Ra. Senang hidup kau Ra." Azimah berkata lagi sambil mengambil tempat duduk di sebelah Hara.
"Apa kau merepek ni? Aku nak kahwin lagi sebulan lebih je wei. Ish.." Hara menjeling kawannya itu
"Nak kahwin apanya? Si Fatah tu entah hilang ke mana. Entah-entah dah larikan diri ke Indon sana tu. Dia tak ingat pun pasal kau tahu. Entah-entah nanti kau kahwin dengan Iqbal tu bukan Fatah."
"Kau ni kan! Kalau ye pun carilah orang lain. Kenapa mesti Iqbal? Kalau kau suka dia kau ngorat je dia tu."
"Hahaha habis si Syukri tu aku nak letak mana? Ara, jodoh ni kita tak boleh cakap. Ye ye kau tunggu yang jauh, rupanya yang depan mata jee.."
Hara diam. Dia memeluk tubuh.
"Tengok tu. Aku cakap benda betul. Si Fatah ni pun satu. Kalau dah tak nak cakaplah tak nak ni tak dibiar je kau macam ni. Eh dia ingat kau takde life ke apa nak menunggu dia jee. Eeee kalau aku dapat si Fatah tu aku patah-patahkan tulang dia."
Hara bingkas bangun. Malas dia mahu bercakap lagi dengan Azimah. Dia menuju ke biliknya. Sebaik sampai Hara terus duduk di birai katil. Fikirannya kusut. Kusut mengenai Fatah. Mengenai keluarganya. Sepanjang Fatah menghilang sedikit pun dia tak pernah bagitahu masalah pertunangannya pada ibu dan bapanya di kampung. Dia malu.
Tuk. Tuk. Tuk.
Pintu bilik diketuk.
"Masuklah.."
Kelihatan Azimah di hadapan pintu. Dia melangkah mendekati Hara. "Ara. Kau tak boleh macam ni lagi. Kau kena berubah." Azimah duduk di sebelah Hara.Tiba-tiba dia mendengar Hara teresak-esak menangis.
"Aku.. Aku malu Mah.." ucap Hara dengan tangisan yang semakin kuat.
Dia menundukkan muka.
"Dah.. Dah.." Azimah memeluk kawannya itu. "Cinta lelaki macam tu tak payah di agung-agungkan wei. Kalau masa bertunang dia boleh hilang macam ni masa kahwin nanti macam mana?"
Hara membisu. Air matanya masih mengalir.
"Sudahlah.. Aku tahu kau boleh lupakan dia." Azimah mengambil cincin emas di jari Hara. "Sekarang kau dah takde pape hubungan dengan dia. Kau kena berubah. Jangan seksa hati kau. Ingat tu. Pulangkan cincin ni." Azimah meletakkan cincin tersebut di tapak tangan Hara.
Hara memandang cincin tersebut. Ya! Azimah betul. Kenapa mesti dia terus menunggu sesuatu yang tak pasti? Dia tekad mahu melupakan Fatah walaupun sukar dan akan memalukan dirinya dan keluarga. Hara mengenggam cincin tersebut. Dia tekad.
"Dah tidur. Esok nak kerja. Jangan lupa bagitahu parents kau. Aku masuk bilik dulu."
Hara mengangguk lemah. 'Kalau ini yang kau inginkan Fatah. Aku redha. Aku akan lupakan kau.'
Share this novel