BAB 34

Humor Completed 96569

Alicia memandang lelaki di sebelahnya. "You sure ke nak buat benda ni?" soalnya. Hatinya masih ragu-ragu.

Lelaki itu mengangguk dan keluar dari kereta. Tarik nafas sedalamnya sebelum berjumpa dengan seseorang. "I sure."

Alicia turut keluar daripada kereta. "Macam mana kalau dia tak nak dengar cakap kita?" soalnya lagi.

"Kita cuba je dulu. Tak kisahlah apa pun. Yang penting kita try. Semua ni punca dari kita juga."

Alicia akur. Langkah mereka berdua diatur masuk ke sebuah shopping mall. "Dia dekat kedai mana?" mata Alicia meliar memandang keadaan dalam shopping mall tersebut. Mencari susuk tubuh yang dia perlu jumpa.

"I pun tak pasti. Tapi dia memang ada dekat sini."

"Macam mana kita nak cari dia. Tempat ni besar and banyak orang. Tak mungkin boleh jumpa."

"Herm." lelaki itu tunduk dan diam seketika. Memang benar apa yang Alicia katakan. Dengan keadaan tempat ini yang besar dan ramai orang kemungkinan untuk jumpa dengan seseorang yang mereka cari amatlah tipis. Dalam 100% mungkin hanya 2% sahaja yang akan berjaya. Sangat tipis.

"Takpelah. Kita cuba dulu. Kalau ada rezeki kita akan jumpa dia. Mari."

***

"Iqbal."

Iqbal menoleh. "Eh Alicia. You buat apa sini?" dia memandang sekilas lelaki di sebelah Alicia. Macam pernah lihat tapi dia tak pasti dimana.

"Siapa ni sayang?" soal Wawa. Dia memandang wanita yang menegur Iqbal dengan pandangan yang tak puas hati. Pandangan seperti memberitahu wanita itu yang 'Iqbal ni aku punya.'

"Eh haa Alicia. Kenalkan ni Wawa. You ni Alicia. Dia kerja kedai buku sebelah supermarket I tu."

Alicia menghulurkan tangan mahu bersalam namun huluran disambut acuh tak acuh oleh Wawa. Malah Wawa siap beri jelingan maut lagi padanya.

"Cepatlah you. Kata lapar tadi." tanpa menunggu lama, segera tangan Iqbal ditarik kuat oleh Wawa sehingga Iqbal terpaksa menurut.

"Eh kejap Iqbal. I ada benda nak cakap dengan you."

Terhenti langkah Iqbal. Begitu juga dengan Wawa. Iqbal menoleh memandang Alicia. "Nak cakap apa Alicia?"

"Boleh kita bincang dengan elok? Maksud I bukan dalam keadaan begini."

"Kalau macam tu marilah. Ikut kami pergi makan. Boleh bincang dekat situ."

"You! Apa ni!? I tak sukalah!" Wawa sudah tarik muka. Ada saja yang menganggu saat romantiknya dengan Iqbal. Bukan senang dia nak buat Iqbal melayannya sebaik ini. 'Ish! Menyibuk betullah!' rungut hatinya.

"You... You... Dengar sini.." Iqbal memegang kedua pipi Wawa. Ditenung dalam mata Wawa. "Kita dengar dulu apa Alicia nak cakap okay. Janganlah macam ni. Kita dengar dulu." Iqbal cuba memujuk.

"Eee! Yela-yela. Lepas tu you janji dorang ni blah okay?"

"Okay. I janji. Mari Alicia."

Alicia mengangguk. Dia memandang lelaki di sebelahnya. Lelaki itu turut mengangguk sambil tersenyum memandangnya.

"Okay. Jom."

***

"You nak cakap apa Alicia?" Iqbal memulakan perbualan setelah mereka semua selesai membuat pesanan.

Alicia tidak menjawab segera soalan Iqbal. Dia lihat silih berganti wajah Iqbal , Wawa dan juga lelaki di sebelahnya sebelum berkata "Iqbal. I datang ni nak bincang pasal Ara."

Bulat mata Wawa mendengar topik yang Alicia cuba bangkitkan. "Dah kenapa dengan perempuan tu? Nak mampos dah?" selamber Wawa berkata sambil memeluk tubuhnya. Dia cukup tak gemar bila mendengar nama Hara. Dia dah bersusah payah untuk mendapatkan Iqbal kembali senang-senang je orang lain nak hancurkan. 'Hello! Banyak jantan lain dekat luar. Laki aku juga betina tu nak.'

Alicia memandang Wawa sinis. Sedap mulut je cakap macam tu.

"You diam kejap boleh? Biar Alicia habis cakap dulu." tegur Iqbal. Suaranya serius. Wawa menarik muka kerana Iqbal tidak membelanya.

"Sebelum tu, ni I kenalkan. Ridhwan. Dia kawan I."

Ridhwan senyum memandang Iqbal. Huluran tangan disambut mesra."Encik Iqbal ingat tak muka saya? Saya yang Encik Iqbal jumpa dengan Ara dulu."

Nah! Sekarang baru sel-sel otak Iqbal mula berhubung. Benaknya sudah mula mengingati lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ridhwan itu. "Ohh.. Jadi kaulah lelaki yang aku jumpa dulu tu. Haa kenapa? Nak suruh aku ceraikan Ara supaya kau boleh amik dia? Kau tak payah susah nak suruh-suruh. Memang aku akan ceraikan dia."

Ridhwan tergelak kecil mendengar tuduhan Iqbal. "Encik saya tak pernah berniat pun nak rampas Ara tu dari Encik."

"Habis tu?"

"Iqbal masa you jumpa Ara dengan Ridhwan ni , actually I ada sekali." Alicia mencela.

"Heh." sinis senyuman dibibir Iqbal."You jangan nak bohonglah Alicia. Mana ada I nampak you. You jangan tipu I sebab nak back up Ara."

Pantas kepala Alicia mengeleng. "No Iqbal. I tak tipu."

Wawa diam. Hanya memerhati. Hatinya sedang kepanasan.

"Betul Encik Iqbal. Kami tak tipu. Alicia sendiri yang bawa Ara. Saya dengan Ara tak keluar berdua." jelas Ridhwan pula.

"Ye Iqbal. Masa tu I ada tertinggal barang dalam kereta. Jadi I patah balik, I suruh mereka pergi dulu. Tak sangka pula you boleh terserempak dengan mereka."

"Takpe. Kalau Encik Iqbal tak caya Encik boleh tengok ni." Ridhwan buka kekunci telefonnya dan mencari mesej daripada Hara. "Haa ni. Encik boleh tengok ni. Semua text saya dengan Ara pasal plan untuk saya bertemu dengan Alicia." Ridhwan menghulurkan telefonnya pada Iqbal. Menyuruh lelaki itu meneliti satu persatu perbualannya dengan Hara.

Iqbal membaca mesej tersebut dengan teliti. Memang benar apa yang dikatakan. Semuanya pasal rancangan Hara untuk menemukan mereka berdua. Tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan mereka ini sedang bercinta. Iqbal memulangkan kembali telefon milik Ridhwan.

"Saya tak tahu apa yang dah jadi dalam rumah tangga Encik. Tapi percayalah Ara sayang Encik seorang je. Kalau Encik betul-betul dengan keputusan nak lepaskan Ara, saya rasa Encik akan menyesal. Tak ada yang lebih baik berbanding dia."

"Haha apa you all semua cakap ni? Gila eh? Ke bodoh? I sendiri nampak Ara tu curang depan mata I. Yang nak bela dia lagi kenapa? I rasa I lebih baik dari dia. I tak pernah menduakan orang yang I sayang." Wawa akhirnya bersuara. Dia tak kan diam saja. Dia tahu niat hati Alicia dan Ridhwan adalah untuk menyatukan kembali Hara dengan Iqbal. Dia tak kan biarkan perkara itu terjadi. No!

"Cik Wawa. Yang Cik nampak tu cuma bekas tunang dia. Hara dah tak simpan apa rasa pun dengan bekas tunang dia tu."

"Oh really Ridhwan? Kalau dah bekas tunang datang and ambil berat macam orang bercinta tak mustahil rasa sayang akan berputikkan?"

"Kalau takde yang bagitahu dekat bekas tunang Ara yang Ara masuk hospital, tak kan jadi macam yang Cik Wawa cakap. Siapalah agaknya yang bagitahu eh? Ohh! Saya tahu mungkin monyet berhati busuk yang rancang. Suka menjahanamkan rumah tangga orang agaknya monyet ni. Emm kesian... Lonely sangat agaknya." bidas Ridhwan. Puas hatinya. Dia sebenarnya tahu siapa gerangan wanita bernama Wawa ni. Segala cerita sudah dijelaskan seterang-terangnya oleh Azimah dan Haris. Jadi persediaan mental sudah awal-awal dilakukan jika bertemu dengan Wawa. Dia tekad. Hari ni semuanya akan terbongkar. Dia akan ceritakan semuanya hari ni.

Alicia tergelak mendengar kata-kata Ridhwan. Memang padan muka perempuan tu. Mulut bukan main lagi. Patut dimesin cili api campur cili besar campur cili kering lepas tu wasabi and kasi Wawa ni minum. Baru dia tahu langit tinggi rendah. Huh!

Iqbal masih terpinga-pinga. Mulanya faham tapi sekarang masuk pasal hospital pula?

"Hey! Mulut you tu jaga sikit eh! Jangan sesuka hati nak panggil orang monyet. You tu yang monyet!" jerkah Wawa.

"Eh? Terasa ke Cik Wawa? Rasanya saya tak sebut nama sesiapa kat sini." balas Ridhwan sambil tersenyum sinis.

"Kejap. Apa benda yang korang cakap ni? Tadi pasal plan kau dengan Ara. Sekarang pasal hospital pula? Apa benda semua ni?"

Wawa sudah berdiri. Dia menarik tangan Iqbal. "Dah lah sayang. Jom! Tak payah layan dua ekor monyet ni!"

"Encik Iqbal nanti. Encik Iqbal betul-betul kena dengar sampai habis dulu apa kita orang nak cakap. Lepas tu baru Encik Iqbal tahu siapa monyet yang sebenarnya." sengaja Ridhwan menekankan perkataan monyet sambil memandang tajam ke arah Wawa.

"You.... Jomlah! Eeee I panaslah duduk sini. Gatal tahu badan I dekat-dekat dengan monyet." desak Wawa.

"Stop it Wawa! Jangan nak paksa-paksa I. Lepas!" Iqbal menarik tangannya kasar. "You duduk. I tak nak kita pergi mana-mana selagi cerita ni tak habis." arah Iqbal.

Wawa menghempaskan dirinya kembali ke atas kerusi. Tanda protes. Dia memeluk tubuh. Mulutnya muncung sedepa.

Alicia dan Ridhwan senyum meleret. Gembira. Kerana ini petanda baik. Mungkin Iqbal akan mendengar cakap mereka.

"Sekarang cakap." Iqbal memandang Alicia dan Ridhwan silih berganti.

"Untuk pengetahuan you, Ara tak pernah bersalah. Dia tak pernah buat apa-apa salah dengan you. Dia tak pernah curang. Tak pernah mengatal dengan lelaki lain. Bekas tunang Ara pernah datang kedai dulu. I ada masa tu. I nampak macam mana Ara layan bekas tunang dia. Trust me Iqbal. Ara tak layan bekas tunang dia macam dia layan you." panjang Alicia berkata.

"Lagi satu Encik Iqbal. Encik tak pelik ke macam mana bekas tunang Ara tahu Ara masuk hopsital?" soal Ridhwan pula.

"Nak pelik kenapa pula? Mestilah Ara yang bagitahu." jawab Iqbal. Ya. Memang itu sahaja logik akalnya boleh fikir.

"Entah. Tu pun susah ke nak fikir. Bodoh. Memang otak monyet." pintas Wawa.

Ridhwan terdiam mendengar kata-kata pedas dari Wawa. Ikutkan hati mahu sahaja dimaki wanita itu namun cuba ditahan. Kalau dia marah bermakna dia kalah dalam permainan mental yang Wawa lakukan. Ridhwan menarik nafas sedalamnya kemudian tersenyum sambil mengelengkan kepala. "Ara tak pernah berhubung pun dengan bekas tunang dia Encik Iqbal. Text, call atau apa-apa jela semua Ara tak buat. Ada orang lain yang bagitahu. Orang tu memang sengaja bagitahu. Sengaja timbulkan rasa ragu-ragu dalam diri Encik tu pasal Ara."

"Siapa?"

"Perempuan sebelah Encik ni." tenang Ridhwan menjawab.

"Ewah... Senangnya kau nak tuduh aku. Ada bukti ke? Kalau tak sebab aku , Iqbal ni tak tahu pasal Ara. Tak tahu yang Ara tu curang. Kau orang patut berterima kasih dekat aku. Bukan tuduh aku macam-macam. You.. Tengok dorang ni.."

"Shh!" Iqbal mengangkat tangannya. Memberi isyarat supaya Wawa diam. "Apa maksud kau? Kalau betul Wawa yang buat semua ni mana bukti? Kau tak boleh main tuduh je."

"Kami ada bukti Iqbal. I sendiri dengar daripada Azimah." kali ini Alicia pula berkata.

"Kalau dengar cakap orang je mana boleh pakai sebagai bukti. Eh kau orang ni memang dengki ke ha? Memang tak boleh tengok aku dengan Iqbal bahagia?" sampuk Wawa lagi. Tiba-tiba telefonnya berdering. Wawa melihat nama pemanggil namun yang tertera hanya nombor yang tak dikenali. Disapu ke kiri untuk menjawab panggilan.

"Hello.."

Semua mata kini tertumpu kepada Wawa.

"Hello Wawa. Dah puas rosakkan hidup orang?"

"Hey! Who are you!? Bila masa I kenakan orang? I tak kenal you! Tiba-tiba you nak cakap macam ni? Takde adab ke!?"

"Tak payahlah kau nak beradab-adab bagai. Orang macam kau tak sesuai untuk dihormati. Tak payah dilayan dengan cara yang beradab."

"Jangan nak main-main! I boleh report you! Siapa you ha!? Nak apa!?"

"Aku tak sangka kau ni pelupa juga orangnya. Kau cari aku then sekarang kau buat-buat tak kenal pula? Sampai hati kau eh. Ke kau takut? Takut pakwe kau tahu niat jahat kau tu?"

"Macam sial! Kau siapa ha!?"

"Pandang dekat luar restoran sekarang."

Bola mata Wawa segera memandang ke arah yang dikatakan. Pandangan Iqbal dan yang lain turut sama ke arah pandangan mata Wawa.

"Sekarang dah kenal aku?"

Wawa terkedu. Matanya tak lepas memandang susuk tubuh yang berada di luar restoran itu. Betul-betul tak sangka yang dia akan berjumpa dengan orang itu disini. Ditelan air liurnya. Terasa pekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience