BAB 31

Humor Completed 96569

"Ada apa ni Azimah?"

Azimah mengangkat muka. Kelihatan seorang lelaki sedang memandangnya. "Duduk ah. Berdiri watpe lagi tu."

Haris menurut. Dia menarik kerusi di hadapan Azimah.

"Kau nak makan? Minum ke?" soal Azimah. Eh eh macam dia pula lelaki. Memang tak sedar diri betul.

"Minum jela. Pagi tadi aku dah sarapan. Kenyang lagi ni." balas Haris.

"Suka hati kaulah. Orderlah. Aku belanja."

"Wahhh! Macam tak caya siaa. Kau nak belanja aku? Hahaha bukan ke kau ni kedekut haji bakhil?"

"Eh eh kau ni. Bukan main sedap mengutuk aku. Cancel belanja kang."

"Heee okay-okay. Tarik balik. Aku order eh."

Azimah hanya menjeling. Tahu takut. Kadang-kadang dia lihat Haris ni macam perempuan pun ada perangainya. Badan sado lebih kurang macam Iqbal. Tapi perangai kadang-kadang tu herm.. Ke Azimah yang terlebih kasar?

Selesai membuat pesanan Haris berkata "Haa ada apa nak jumpa aku ni. Tak menyabar betul. Rindu sangat dengan aku ke cemana? Hehe"

"Ya Allah... Ya Allah... Terasa nak muntah weh kau cakap macam tu. Uweekk...! Uweekkk..!" Azimah mengajuk cara orang muntah. Dia memegang dadanya sambil menjelirkan lidah.

"Ala... Sudah-sudah. Aku tahu kau malu nak mengaku kau rindu aku. Hehe."

"Kau nampak ni!?" Azimah mesuakan penumbuknya ke muka Haris. "Kau cakap pasal rindu lagi penumbuk ni melayang dekat muka kau. Kalau kau nak rasa haa cakaplah lagi." Azimah berkata garang. Bukannya dia geli Haris bercakap pasal rindu. Dia cuma.. Cuma berdebar. Perkataan rindu itu buatkan dirinya jadi tak keruan.

"Hahaha kau ni... Apa salahnya kita nak jiwang-jiwang sikit. Sweet apa."

"Kita...?"

"Ha laa.. Kita.. Ada orang lain ke kat sini selain kau dengan aku?"

Azimah mencebik. Walaupun dalam hati meletup-meletup rasa terujanya. "Sudahlah. Aku nak jumpa kau ni bukan nak cakap pasal kita." Azimah cuba menghentikan topik yang membuatkan dia kurang selesa itu.

"Hahaha okay-okay. So apa halnya ni?"

"Herm.." Azimah diam seketika untuk merangka cerita yang ingin disampaikan kepada Haris. "Kau tahu apa yang jadi dengan Iqbal sekarang?" Azimah menyoal. Cuba membuka cerita dengan satu soalan tentang Iqbal.

"Apa jadi? Aku tengok dia biasa je. Baru semalam aku lepak minum dengan dia. Okay je gelak-gelak."

"Dia tak cerita apa-apa?"

Haris hanya mengelengkan kepalanya.

"Herm... Kau tahu tak sekarang ni Ara dekat rumah aku?"

"Kat rumah kau? Kenapa? Eh kejap. Boleh tak kau cerita terus apa yang jadi. Tak payah tanya satu-satu soalan. Kau menyeksa batin aku tau."

"Eh over pula kau. Sampai seksa batin. Geli telinga aku ni dengar. Meremang bulu roma tahu dak? Eeee.."

"Hehe cepatlah cerita."

Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan datang menghantar pesanan Haris.

"Aku cuma nak tanya kau sesuatu ni."

"Nak tanya apa?"

Azimah mengeluarkan telefon pintarnya. Dibuka papan kekunci dan dicari kembali mesej yang Fatah hantar kepadanya. "Ni... Kau kenal tak nombor ni?" soalnya sambil menunjukkan skrin telefon ke arah Haris.

Haris menyambut. Dilihat nombor yang Azimah katakan. "Kenapa dengan nombor ni?"

"Kau kenal ke tak sekarang ni?"

Haris mengeluarkan telefon pintarnya pula. Nombor tersebut nampak familiar. Dibuka contact. Dengan rajinnya dia search satu persatu contactnya.

Azimah hanya memerhati. Menunggu Haris berkata.

"Aku kenal nombor ni. Ada dalam fon aku. Kenapa wei? Macam mana kau dapat nombor ni? And siapa pula Fatah ni?" Haris memandang Azimah.

"Siapa orangnya?" Azimah tak menjawab soalan Haris. Soalan tak penting. Soalan yang dia utarakan lebih penting.

"Ni nombor Wawa." jawab Haris sambil memulangkan telefon pintar Azimah.

"Wawa? Siapa Wawa?"

"Wawa tu... Kawan Iqbal."

"Kawan? Kau sure ke dia kawan Iqbal? Pernah dia jumpa Ara? Dia tahu tak Iqbal dah kahwin? Macam mana dia boleh kenal Fatah ni?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Azimah dengan harapan Haris punya jawapan untuk semua itu.

"Mana aku tahu. Kau ni tanya aku macam aku ni penyiasat pula."

"Aku peninglah fikir benda ni. Kesian dekat Ara. Jadi mangsa cemburu Iqbal tu. Ish. Kau pernah jumpa ke orangnya?"

"Pernahlah. Akukan kawan Iqbal. Mestilah aku pernah jumpa." jawab Haris sambil menyuap mee goreng yang dipesannta tadi. Kalau tunggu habis cerita baru nak makan memang kebulurlah jawabnya.

"Macam mana orangnya?"

"Eh dah lah. Buat apa kita nak cerita pasal Wawa tu."

"Kena cerita. Aku nak tahu pasal dia. Sebab aku rasa Wawa tu punca segalanya. And aku rasa Wawa tu bukan sekadar kawan. Kan?"

"Maksud kau? Punca apa ni?" soalnya.

"Aku rasa Wawa tu yang rancang semua ni. Bagitahu Fatah yang Ara ada dekat hospital sebab nak buat Iqbal jeles. Dia rancang semua ni sebab nak rampas Iqbal dari Ara. Walaupun aku tak pernah jumpa perempuan yang nama Wawa ni aku yakin dia memang ada niat nak rampas Iqbal." jelas Azimah panjang lebar. Yakin dengan naluri penyiasatannya.

"Rancang? Rancang apa ni? Iqbal jeles? Apa dah jadi sebenarnya ni? Apa yang aku tak tahu?" kali ini Haris pula mengutarakan pelbagai soalan. Dia juga mengharapkan penjelasan daripada Azimah. Sebab dia memang tak tahu apa yang jadi. Besar sangat ke masalahnya?

"Kau tak perlu tahulah. Bukan kau berminat pun kan pasal benda ni?"

"Tak.. Benda sekarang ni Iqbal tu kawan aku. Aku kenal Wawa tu and aku tahu dia macam mana. Aku nak kau bagitahu aku apa yang Wawa tu dah buat? Apa yang dah jadi?"

"Kalau aku bagitahu kau janji kau akan tolong aku? Kau akan buat apa yang aku suruh? Janji?"

Haris mengangguk. Kalau dengan pertolongan dia yang kecil ini dapat menyelamatkan rumah tangga Iqbal dia tak kisah. Janji masjid yang dibina tidak roboh disebabkan seseorang yang busuk hati.

"Okay.. Macam ni.."

***

"Assalamualaikum.." Azimah menolak daun pintu. Rumah itu sunyi. Dia tahu Amani teman serumahnya pasti sudah keluar. Memang tak pernah lekat perempuan tu dekat rumah kalau hari ahad. Memang selalu merayau je. Diletak barang yang dia beli sebentar tadi. Nak masak makan tengahari. Memandangkan Hara ada dirumahnya. Kalau dia seorang dia akan makan diluar je, senang.

Langkah kaki diatur pergi ke bilik Hara. Diketuk pintu. "Masuklah." satu suara kedengaran dari bahagian dalam. Azimah buka pintu. "Ara.. Kau dah makan sarapan?"

Wanita itu mengangguk lemah.

"Kau okay tak ni? Pucat je muka." Azimah merapati. Dia rasa dahi Hara dengan belakang tapak tangannya. "Panas badan kau ni. Kau demam ni Ara."

"Takdelah Mah. Aku okay."

"Dah macam ni okay apanya. Kau ingat aku budak-budak senang kena kencing? Dah. Nanti lepas makan tengahari kau makan ubat."

Hara tersenyum. "Terima kasih Mah. Sayang juga kau dekat aku. Hehe."

"Dah.. Tak payah nak sayang sangat. Aku geli."

"Hahaha kau ni tak berubahkan. Cuba jadi sweet sikit."

"Buat apa nak berubah. Memang sejak azali macam ni. Aku bukan ganas sangat pun Ara."

"Memang tak ganas. Tapi orang tengok luaran kau tu macam ganas walau hakikatnya kau seperti gadis melayu terakhir. Hehe."

"Haa.. Kau tahu takpe."

"Gadis melayu terakhir yang dapat gelaran kak yong masa kat sekolah. Hahaha."

"Hahaha choi lah kau ni. Aku dah lupa kot semua benda tu. Hahaha." terkekeh-kekeh Azimah ketawa mengingatkan peristiwa bersejarah tersebut. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu surat diatas meja lampu sebelah katil Hara. "Surat apa ni Ra?"

"Surat mahkamah Mah. Iqbal betul-betul nak ceraikan aku." kata Hara sayu.

Azimah meneliti isi kandungan surat tersebut. Memang betul. Iqbal failkan penceraian. Kenapalah cepat sangat bertindak. Kenapa tak fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Masak sampai hangus baru buat keputusan yang paling baik. Azimah mengentap bibirnya. Geram! "Eee bodoh betullah laki kau tu! Otak takde ke? Bangang betul. Kau ada bagitahu Iqbal tak hal yang sebenar?"

Hara hanya mengelengkan kepalanya. "Macam mana aku nak cakap kalau dia tak nak dengar. Aku baru cakap sikit dia dah hambur aku macam-macam. Cakap aku perempuan murahan. Anak yang gugur tu dia tak mengaku tu anak dia. Macam mana aku nak cakap Mah? Aku cuba nak terangkan tapi dia tak nak dengar. Terus bertindak membabi buta macam ni."

"Hei.. Makin panas hati aku dengar ni. Memang nak kena Iqbal tu. Biar aku cakap dengan dia Ra. Biar aku maki dia cukup-cukup. Tak reti bersyukur betul. Dah lah kau gugur sebab dia! Sebab perangai cemburu buta dia tu! Eee! Aku panas ni panas."

"Tak payahlah Mah. Aku tak nak dia cakap kau bukan-bukan. Takpelah. Aku malaslah fikir benda ni. Dia nak cerai. Aku redha. Aku pun tak nak hidup sebumbung dengan orang yang pandang hina kat aku. Aku pun ada maruah."

"Tapi ni dah lebih Ra. Kau tak boleh diam je."

Hara hanya mengelengkan kepala. "Takpe Mah. Kau jangan risau. Aku okay." Dia memejamkan matanya sebelum berkata lagi "Aku pun dah berhenti kerja. Aku tak nak hadap muka orang bodoh tu lagi. Lepas ni semuanya akan okay. Tunggu masa je untuk aku jadi bebas semula. Terima kasih Mah sebab ambil berat." ucap Hara dengan mata yang masih tertutup.

Azimah mengeluh. "Emm takpelah Ara. Kau rehat dulu. Nanti dah siap masak aku panggil kau. Kita makan sama-sama ye."

Hara mengangguk lemah.

Azimah hanya perhati Hara memejam matanya. Menunggu sehingga wanita itu benar-benar terlena. Dalam benaknya ada terfikir sesuatu. Sesuatu yang ingin dilakukan. Yang mungkin akan memulihkan segalanya. Setelah pasti Hara betul-betul tidur. Dengan perlahan dia capai telefon pintar Hara di atas meja lampu. Kemudian dia terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Dibuka telefon Hara. Mujur saja tak ada pattern. Kalau tak susah dia nak melakukan rancangannya. Dibuka aplikasi whatsapp. Dicari nama seseorang dan ditekan setelah jumpa. Tangannya mula menaip mesej. Setelah selesai ditekan send. "Kau je yang boleh tolong Ara." katanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience