Haris meletakkan kereta di hadapan sebuah kedai makan yang agak popular. Dari dalam kereta dapat dilihat Iqbal sedang melihatnya sambil mengacau air. Setelah pintu kereta dikunci, Haris bergerak mendekati Iqbal.
"Dah lama kau sampai?" soal Haris sambil merebahkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Iqbal.
"Lama tak lamalah. Baru je."
"Ohh.. Kau okay ke?" tiba-tiba jadi kekok pula. Macam baru kenal Iqbal sehari dua. 'Came on Haris. Kau dah janji dengan Azimahkan. Kau kena buktikan yang kau seorang yang menepati janji! Yes! Lepas tu Azimah pula yang akan turut cakap kau. Hehe.' bibir Haris terukir satu sengihan tanpa dia sedar. Gembira mendengar bisikan hatinya.
"Okay je. Yang kau tersengih-sengih ni kenapa?"
"Ha? Eh takde papelah. Kau tak ke mana ke hari cuti ni?"
"Ada. Kejap lagi. Ni jumpa kau dulu. Kau kata ada benda nak cakap dengan akukan. Apa bendanya?"
"Emm kau dengan Ara macam mana? Dah okay?" soal Haris untuk memulakan topik perbualan.
"Kau kalau jumpa aku nak cakap pasal perempuan tu baik tak payahlah. Muak aku nak dengar. Aku pun tak lama lagi akan bercerai dengan dia. Malas aku nak peduli dah."
"Woo.. Bro.. Rileklah. Kau ni sampai nak cerai berai ni kenapa? Apa yang Ara tu dah buat dekat kau?"
Iqbal mengeluh kuat. "Malas nak ceritalah. Buat sakit hati je."
"Ara buat kau cemburukan?"Haris cuba membawa perbualan ke arah yang lebih serius. Bukan basa basi lagi.
Iqbal hanya diam. Perlu ke ungkit benda ni lagi? Hatinya dah cukup hancur dengan perangai Hara. Tak payah diungkit untuk menambah lagi luka yang sedia ada.
"Bal. Sebenarnya kau tahu tak apa yang jadi? Maksud aku perkara yang sebenar. Yang betul-betul jadi bukan setakat logik akal kau je."
"Sebenarnya apa kau nak cakap ni? Aku dah cakap aku tak nak cakap pasal perempuan tu. Yang kau sibuk nak cerita pasal dia apahal? Penting sangat perempuan tu dekat mata kau? Istimewa sangat ke dia sampai kau nak bela dia dari kawan kau sendiri? Ha?"
"Wei. Kau dengar dulu apa aku nak cakap ni. Ni semua salah faham Bal. Apa yang kau nampak tu tak seperti yang kau fikirkan. Dengar aku cakap dulu."
"Apa lagi yang nak dijelaskan? Benda dah terang depan mata aku , aku nampak perempuan tu berdua-an dengan laki mana entah dalam bilik tu. Penjelasan apa lagi yang mungkin dan logik melainkan dorang tu ada affair! Perempuan murahan!"
"Kau jangan nak melampau Iqbal. Aku datang sini jumpa kau sebab nak bagitahu hal sebenar. Kau tak patut panggil Ara macam tu. Kau tu yang bodoh sebenarnya. Masa Ara balik rumah , ada kau tanya dia apa jadi? Ada kau dengar penjelasan dia dulu? Bila dia merayu dengan kau jangan lepaskan dia ada kau amik kisah? Kau hina dia macam-macam. Padahal kau tak sedar kesalahan yang kau nampak dalam diri dia tu sebenarnya kesalahan dalam diri kau sendiri!"
Iqbal merenung tajam Haris. "Eh kau apasal ha? Setakat kau nak bela perempuan macam tu tak payahlah Ris. Aku ada bukti. Ada orang lain nampak juga dorang berdua-an dalam bilik tu! So kau nak cakap aku salah jugalah? Heh.. Kuat juga penangan perempuan tu sampai lelaki macam kau pun boleh percaya."
"Aku dah cakap Iqbal. Apa yang kau nampak tak seperti apa yang kau fikirkan. Siapa yang bagitahu kau pasal dorang?"
"Adalah. Sumber yang boleh dipercayai."
"Tak payah boleh dipercayai sangat. Wawa kan yang bagitahu kau?"
"Kalau kau dah tahu baguslah. Tak payah aku cerita."
"Kau boleh percaya cakap Wawa tu? Kau tahukan perangai dia macam mana? Dia tu ular Iqbal! Licik! Tak kan kau tak tahu?"
"Kau jangan pandai-pandai nak burukkan Wawa. Dia tu baik. Tak macam yang kau sangka. Kalau takde dia tak tahulah macam mana aku nak hadapi keadaan sekarang ni."
"Oh ho. Hahaha." Haris menepuk tangannya sambil tersenyum sinis. "Kiranya dia dah jadi penyelamat kau lah eh? Wah! Wah! Hebat penangan perempuan tu. Sekelip mata je dia dah ubah hati kau supaya suka dekat dia. Hebat. Hebat."
"Apasal? Cemburu?"
"Hahaha perempuan macam Wawa tu tak layak untuk dicemburui. Dia tak setanding dengan Ara atau mana-mana perempuan dalam Malaysia ni. Dia tangga yang terakhir."
"Jadi I ni perempuan paling lastlah dalam pilihan lelaki?"
Haris menoleh. Entah bila Wawa berada di belakangnya. Sudahlah dia sedap mengutuk perempuan tu tadi.
"Sayang.." Iqbal senyum memandang Wawa. "Kenapa you ada dekat sini? Kan nanti baru I jumpa you."
"I tak boleh tunggu lamalah you. Rindu you sangat. Bila you cakap you ada dekat sini I datanglah. Tak sangka pula Haris pun ada dekat sini. Mengutuk I."
Haris hanya memerhati gelagat dua pasang jiwa yang mengeletis di depannya. Mendengar suara gedik Wawa mahu saja termuntah segala isi makanan yang telah masuk ke dalam perutnya.
"Alolo sayang I rindu ye. Okay. Jom kita pergi jalan." Iqbal berdiri.
"Wei Bal. Apa ni? Aku tak habis lagi nak cakap dengan kau"
"Aku tak nak dengar. Aku dengan perempuan dah takde kena mengena. Dia boleh pergi jahanam dengan jantan yang dia nak tu." ujar Iqbal sambil menghulur tangannya pada Wawa.
"Iqbal! Kau jangan melampau! Ara bukan perempuan macam tu! Perempuan macam Wawa ni yang patut kau fikir macam tu!" Haris sudah berdiri. Panas hatinya mendengar Iqbal berkata yang bukan-bukn pasal Hara tanpa mendengar penjelasannya dulu.
Iqbal mendekati Haris. "Kau dengan perempuan tak guna tu boleh pergi mampus!"
Bukkk!
Satu penumbuk kena pada rahang Iqbal. Lelaki itu terjatuh ke bawah.
"Sayang! Eh kau ni apahal ha!? Perempuan tu memang tak guna! Murahan! Curang! Bukan salah Iqbal kalau dia nak marah! Bodoh!" Jerkah Wawa.
Iqbal sudah kembali berdiri mengadap Haris. Mulutnya yang sedikit berdarah dikesat.
"Eh perempuan! Kau diam eh! Sebab kaulah Iqbal jadi macam ni! Kau sukalah kalau rumahtangga Iqbal ni runtuh. So Iqbal boleh pergi dengan kau balik. Dasar perempuan hati busuk!"
Bukkk!
Melayang satu penumbuk ke pipi Haris pula. Tapi kurang padu. Haris tidak terjatuh seperti Iqbal tadi. "Kau jangan nak menghina Wawa."
"Hahaha wow. Hebat. Kau sendiri hina isteri kau kenapa aku tak boleh hina perempuan ni?"
"Sudahlah sayang. Mari. Kita tinggalkan lelaki gila ni." Wawa menarik tangan Iqbal untuk beredar dari situ. Iqbal hanya menurut.
"Woi Iqbal!" langkah Iqbal terhenti mendengar panggilan Haris. Baru berapa langkah saja berjalan. Dia hanya berhenti namun tak menoleh memandang Haris.
"Kau dengar sini! Semua yang kau nampak tu hanya salah faham! Lelaki yang kau nampak tu cuma bekas tunang dia! Masa lelaki tu datang pun Ara sebenarnya tengah tidur! So Ara tak tahu pun tentang kedatangan laki tu! Laki tu yang datang and tertidur! Ara tak tahu apa-apa! Kalau kau terus juga dengan keputusan bodoh kau nak ceraikan dia. Kau akan menyesal Iqbal. Kau akan menyesal!" akhirnya. Terluah juga apa yang ingin Haris katakan. Nafasnya kencang menahan rasa marah terhadap Iqbal. Tanpa menunggu balasan Iqbal terus sahaja dia berlalu pergi. Lagi lama dia disitu lagi sakit hatinya. Lagi kurang kesabaran dalam hatinya. Makin tipis imannya.
"Dah lah sayang. Jangan pedulikan dia. Orang gila mana tahu apa yang dia cakap. Dah sah-sah isteri you curang. Pandai-pandai dia tuduh I pula yang hasut you."
Iqbal hanya membisu. Otaknya menghadam segala kata-kata yang dilempar Haris. Kalau betul apa yang Haris katakan bermakna ini semua salah dia. Salah dia kerana bertindak tanpa usul periksa. Menjatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasan. Menghina tanpa mengetahui kebenarannya.
"Sayang... Jomlah cepat. Berdiri apa lagi. Malulah semua orang pandang."
Tarikan Wawa menyedarkan Iqbal dari lamunan. "Ha yela. Jom." segera mereka berdua bergerak meninggalkan kedai makan tersebut dengan diiringi mata-mata yang memerhati mereka daripada tadi. "Eh sayang! Air belum bayar lagi!"
Share this novel