EPILOG

Humor Completed 96569

"Sayang... Sebelum kita pergi boleh tak kita singgah satu tempat dulu?" Iqbal memandang Hara sekilas. Wanita itu sedang membetulkan tudungnya melalui cermin kecil di dalam kereta.

"Pergi mana abang?" soal Hara.

"Ara ikut je eh."

"Oh okay. Ara tak kisah."

***

Sebuah villa kini tersergam indah di hadapan Hara. Dia perhatikan sekeliling. Sunyi dan tenang. Dia tertanya-tanya milik siapakah rumah yang maha besar ini?

Iqbal menekan lonceng rumah. Beberapa minit kemudian pagar dibuka. Muncul wajah Datin Maria sedang tersenyum memandangnya. "Assalamualaikum Datin." ucapnya.

"Ohh.. Kamu Iqbal, Ara. Haa mari masuk.* ajak Datin Maria. Dia meraih tangan Hara. "Kamu berdua dari mana ni?" soal Datin Maria sambil jalan seiring ke arah taman yang berada di dalam Villa tersebut.

"Dari rumah Datin. Saja datang melawat." balas Iqbal. Punggung dilabuhkan ke kerusi di taman tersebut. Begitu juga dengan Hara dan Datin Maria.

"Tak cakap nak datang. Kalau tak mesti boleh masak sedap-sedap. Ye tak Hara?" Datin Maria menepuk paha Hara.

"Err.. a'ah. Betul tu Datin." balasnya takut-takut.

"Wawa macam mana Datin? Dah sihat?" soal Iqbal.

Datin Maria mengeluh. "Macam tu lah Iqbal. Tak berubah pun."

"Kenapa tak dihantar masuk hospital bahagia Datin?" soal Hara pula. "Err maksud saya dekat hospital tu kan dia boleh pulih." sambungnya lagi.

"Bukan tak nak tapi kami tak sanggup. Jadi Dato' dah upah doktor dan sorang misi untuk jaga Wawa. Harap ada perubahanlah lepas ni."

"Mama! Iqbal! Wawa nak Iqbal! Mama...!"

Ketiga-tiga mata kini tertumpu ke arah dalam rumah. Hanya kedengaran suara Wawa menjerit namun kelibat wanita itu tak kelihatan.

"Hahahaha! Kau bodohlah Iqbal! Perempuan tu jahat bodoh! Baik kau pilih aku! Aku cantik! Hahahahahaha!" Kedengaran lagi jeritan daripada Wawa.

Entah kenapa jerita Wawa itu meremangkan bulu roma Hara. Hatinya dipenuhi rasa takut.

Iqbal menoleh ke arah Datin Maria semula. "Datin.. Takpelah. Kami balik dulu. Lain kali kami datang lagi." ujar Iqbal. Dia sudah berdiri.

Hara turut bangun apabila Iqbal bangun. Bagus juga kalau Iqbal mahu beredar cepat-cepat. Dia sudah meremang duduk di villa milik Datin Maria lama-lama.

"Haa yela. Hati-hati bawa kereta tu ye." balas Datin Maria.

"Baik Datin. Kirim salam Dato' ye. Assalamualaikum." ucap Iqbal sebelum berlalu pergi meninggalkan Villa tersebut dengan Hara.

***

Hara membelek gambar yang berada di dalam telefon pintarnya. Gambar semasa majlis Azimah dan juga Haris. Turut hadir sama Ridhwan dan juga Alicia atau nama islamnya Nur Hafizah Binti Abdullah. Tak lupa juga Fatah yang datang keseorangan tanpa teman. Dia tersenyum.

"Haa! Sengih-sengih tu kenapa? Ingat pakwe lama?" Iqbal berkata sambil mengambil tempat duduk di sebelah Hara.

"Haha takdelah abang. Ara tengok gambar masa kenduri kahwin Haris dengan Mah. Comel je tengok dorang." jawab Hara. Kepala dilentokkan ke dada Iqbal dan secara semulajadi tangan Iqbal terus melingkar ke pinggang Hara.

Malam ini sekali lagi mereka menghayati pemandangan langit bersama. Cuma kali ini turut disertakan dengan pemandangan laut yang luas terbentang.

"Eley yela tu. Entah-entah teringat si Fatah tu tak?" soal Iqbal. Sengaja ingin menduga.

"Kenapa? Jeles? Hahaha." balas Hara. Terkekeh-terkekeh dia ketawa kerana dapat mengenakan Iqbal.

"Amboi. Gatal eh isteri abang ni." satu cubitan manja singgah di pipi Hara.

"Hahaha tak la abang. Ara cuma tengok gambar masa majlis tu. Ara tak sangka, dulu Mah dengan Haris kuat bergaduh kot. Ada je benda nak gaduh. Last-last kahwin juga."

"Haris memang ada simpan hati dekat Mah sejak pertama kali jumpa dulu."

"Ha!? Serius ah? Kenapa Ara tak tahu?"

"Serius sayang. Haris yang bagitahu abang. Tapi dia takut nak mula sebab dia kata masa tu Mah ada pakwe."

"Ohh.." Terangguk-angguk kepala Hara mendengar cerita Iqbal. "Patutlah.. Masa kenduri tu abang ada jumpa Alicia dengan Wan?"

"Ada sayang. Fatah pun abang ada jumpa sekali."

"Semua abang jumpa mesti abang dah tahu cerita."

Iqbal angguk. "Ye abang dah tahu."

Hara diam seketika. Fikirannya menerewang jauh. Tiba-tiba benaknya teringat segala memorinya dengan Iqbal. "Abang ingat tak peristiwa besar yang jadi? Terutama sekali dekat resort ni?"

Iqbal tersenyum. Mana mungkin dia tak ingat peristiwa yang merubah kehidupannya. Segala-galanya bermula di resort tempat dia dan Hara berbulan madu sekarang ni. Dia pun tak tahu macam mana mamanya boleh tempah resort yang sama.

"Ara rasakan.. Kalaulah Ara tak ikut abang malam tu mesti Ara tak kahwin dengan abang sekarang ni."

"Yeke? Mana Ara tahu?"

"Ara tak tahu. Ara rasa je. Sebab jodohkan hanya Allah yang tahu. Bila jumpa. Siapa orangnya dan macam mana cara kita bertemu jodoh kita tu."

Iqbal mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Macam kita. Jumpa dekat pesta buku. Tup-tup berjiran tempat kerja. Sekali kahwin pula. Haa nampak tak? Aturan Allah tu kan bagus. Bila kita rancang sesuatu tapi tak jadi memanglah kita sedih tapi rupanya Allah nak bagi sesuatu yang lebih bagus dari yang kita rancang. Sebab apa tau abang.." Hara berhenti bicara. Dia meleraikan pelukkan Iqbal. Matanya merenung mata Iqbal. Diraih tangan Iqbal dan digenggam. "sebab Allah mengetahui segalanya." sambung Hara sambil tersenyum.

Iqbal menguntum senyuman bahagia mendengar kata-kata Hara. "Abang tahu. Alhamdulillah jodoh kita berpanjangan. Abang sayang Ara tahu. Jangan lari lagi okay?"

"Hahaha takdelah. Melainkan abang buat hal. Ara kerat-kerat abang nanti." balas Hara.

"Amboi ganasnya." Iqbal menarik Hara ke dalam pelukkannya seperti tadi.

Hara hanya menurut. "Mestilah ganas. Dengan abang tak boleh lembut-lembut. Hahaha."

"Banyaklah Ara."

"Ara ada satu je abang. Tak banyak. Hahaha."

"Dah pandai kenakan abang sekarang ni."

"Hahaha abang yang ajar." balas Hara.

Tiba-tiba suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing lemparkan pandangan ke dada langit. Ya. Malam ini bintang bersinar seperti biasa. Malah lebih terang.

'Bintang.. Semoga bahagia ini berkekalan hingga ke akhirnya. Terima kasih sebab sudi dengar luahan aku dulu.' hati Hara berbisik. Sungguh dia tak sangka yang kehidupannya akan bahagia seperti ini setelah segala dugaan yang dilalui. Dulu dia tak redha dengan segalanya. Dia kehilangan Fatah. Kecewanya mengunung sampai hatinya tetap mahu menunggu Fatah walaupun akal menyuruh jangan. Allah ganti dengan Iqbal. Jodoh yang tak disangka. Kini segalanya sudah sempurna. 'Terima kasih Ya Allah.'

'Terima kasih sebab tolong aku bintang. Pandai juga aku ayat guna nama kau. Hehe. Apa-apa pun , terima kasih.' Iqbal tersengih. Segalanya sudah kembali pulih. Hatinya bersyukur sangat bila Hara sudah memaafkan dirinya. Dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia tak akan ulangi kesilapan yang sama. Dia akan bahagiakan Hara semampu yang boleh. Mana tahu lepas ni dia akan dapat zuriat pula. Hehe. 'Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.'

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience