"Emm" Berkelip-kelip mata Hara menahan silauan matahari pagi yang terik memancar. Dia menoleh ke kanan. Air laut. Hatinya berbisik. Dia tersenyum memandang ke arah laut. Tenang dan damai. Bayu laut terasa menyegarkan. Bagai meniup semangat baru buat dirinya.
"Haa! Air laut!?" Baru sekarang dia sedar akan keberadaannya. "Aku dekat mana ni?" Hara berkata. Dia keluar daripada kereta. Termangu. Tidak tahu apa yang perlu di lakukan. Kelibat Iqbal pula tidak kelihatan di mana-mana.
"Iqbal!" Hara menjerit memanggil Iqbal. Dia pergi ke persisiran pantai.
"Iqbal! Kau dekat mana!?" Hara menjerit sekali lagi. Kali ini dia menyusuri persisiran pantai. Tiada tanda kelibat Iqbal disitu. Bukan sahaja Iqbal tiada malah keadaan di pantai itu sangat sunyi. Hanya dia seorang. Pemandangan yang tadi dia rasa mendamaikan sekarang bagai satu mimpi ngeri. Macam mana aku boleh sampai dekat sini? Siapa yang bawa? Aku kena culik ke? Hatinya gelabah.
"Iqbal!!!!!!" Hara menjerit sekuat hati kemudian tertunduk menangis. Risau bila ditinggalkan keseorangan di tepi pantai tersebut. Yang nampak begitu asing dengan dirinya.
"Hara?" Hara menoleh. Seseorang menyentuh bahunya. Iqbal! Pantas sahaja dia memeluk tangan Iqbal. Air matanya mengalir akibat ketakutan. "Kau pergi mana ha!? Tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini!? Kalau aku kena culik macam mana!?" Teresak-esak Hara menahan tangis. Lega hatinya dapat berjumpa Iqbal.
Iqbal pelik memandang Hara. "Laa. Sorang-sorang apanya. Kan ada resort dekat belakang tu. Tu. Aku park kereta pun dekat tempat parking tau. Kat dalam resort. Kau ni kenapa? Demam eh?" Iqbal merasa dahi Hara menggunakan belakang tapak tangannya. 'Perempuan ni mengingau ke?'Hatinya berkata.
Hara memandang sekelilingnya. Ya! Dia memang berada di kawasan resort. Dapat dia lihat pekerja-pekerja diresort itu memerhatikannya dengan Iqbal. Mungkin pelik melihat gelagat Hara sebentar tadi.
"Hehe" Hara tersengih memandang Iqbal. ' Kenapalah aku tak perasan resort ni tadi. Adoi! Kan dah malu. 'Segera Hara bangun dan membersihkan seluarnya yang mempunyai pasir pantai.
"Semalam kau tidur dalam kereta dengan aku ke?" Hara bertanya. Bukan dia memandang buruk pada Iqbal. Cuma dia menginginkan kepastian. Zaman sekarang ni tidak mustahil. Walaupun muka nampak baik belum tentu tidak ada muslihat yang tersembunyi di dalam hati.
"A'ah." Iqbal tersenyum nakal memandang Hara. Idea jahat. Sengaja ingin mengenakan gadis itu.
Bagai nak gugur jantung Hara mendengarnya. "What!? Apa kau dah buat dengan aku ha!? Baik kau cakap! Dah lah kau bawak aku lari dekat sini! Aku nak kau bertanggungjawab kalau apa-apa jadi! Aku benci kau!! Iqbal!!!!!!!" Hara memukul-mukul Iqbal dengan kuat. Tak cukup dengan itu dia menolak pula Iqbal masuk ke dalam laut. Habis basah baju yang dipakai oleh lelaki itu. Hara memandang Iqbal garang. Makin panas dia bila lihat Iqbal ketawa melihatnya. Mamat ni! Hatinya berkata.
"Hahaha woi, aku main-main jela. Kita baru sampai sini pagi ni. Mana ada aku tidur dalam kereta. Sepanjang malam aku drive sampai sini tahu. Ni pun tak tidur lagi sebab nak tempah bilik." Iqbal berkata sayu meminta simpati setelah Hara menolaknya masuk ke dalam laut. Dia menghulurkan tangan meminta Hara untuk menariknya.
Hara menepis tangan Iqbal. "Kau bangunlah sendiri. Buang masa pulak aku nak tolong kau." Hara menjeling tajam ke arah Iqbal kemudian terus melangkah menuju ke kereta BMW milik Iqbal. Geram! Marah! Memang perasaan itu je yang selalu di rasakan kalau berdepan dengan lelaki itu.
Terbahak-bahak Iqbal mentertawakan Hara. Kelakar betul reaksi muka Hara sebentar tadi. 'patut tangkap gambar tadi. Letak dekat instagram. Hahaha' Segera Iqbal bangun dan menuju ke keretanya dengan tawa yang masih bersisa.
"Cik Hara. Saya sejuk tahu awak tolak saya dalam laut tu." Iqbal berkata sebaik dia sampai ke keretanya.
Hara memeluk tubuh tanda protes. Dia hanya membisu. Mukanya diketatkan. Tak mahu layan Iqbal. ' Lantak hang la sejuk ke apa ke. Ceq peduli hapa. ' hatinya berbisik dalam loghrat Kedah.
"Jom lah balik." Hara menjeling Iqbal yang berada di sebelahnya. Mukanya masih ketat. Dia perlu pergi bekerja. Rakannya Azimah juga dia tidak dapat hubungi kerana telefon pintarnya kehabisan bateri. Pasti Azimah sedang risau sekarang ni. 'Jangan dia duk buat laporan polis sudahlah. Eh tapi bagus juga biar mamat ni kena tangkap dengan tuduhan culik aku. Hehehe. ' Hara tergelak kecil dengan kata hatinya.
"Haa! Tu duk gelak tu ngumpat aku dalam hatilah tu" Iqbal berkata. Rambutnya dirapikan.
"Memang aku mengumpat kau pun!" Hara menjeling tajam. "Dah lah. Aku nak balik!"
"Kau nak balik?" Iqbal memandang Hara. Mukanya berlagak. Bagai sedang merancang sesuatu untuk mengenakan Hara sekali lagi.
"Yela. Aku nak balik. Tak kanlah nak duduk sini pula?" Hara bercekak pinggang memandang Iqbal.
"Haa.. Ok gak tu. Save sikit bajet aku. Tak payah bayarkan bilik untuk kau. Kalau kau nak balik kau pergi jalan keluar ke jalan besar tu. Kau amiklah teksi ke bas ke balik Klang ye. Ada duitkan? So hati-hatilah ye. Aku nak check in. Bye." bersahaja Iqbal berkata sambil bergerak meninggalkan Hara.
Hara termangu. "Aku balik naik bas? Aku mana ada duit..! Ahh! Sakai ahh Iqbal ni! Kalau ye pun bagilah aku kunci kereta ni biar aku drive balik Klang. Memang aku tinggalkan kau kat sini tahu. " Hara bermonolog. Tiada pilihan dia terpaksa mengikut aturan Iqbal.
"Aikk? Tadi kata nak balik. Tak ada bas ke?" Iqbal menoleh memandang Hara yang jalan beriringan dengannya.
"Diamlah!" Hara menjeling tajam memandang Iqbal.
Iqbal hanya tergelak kecil. Suka hatinya dapat lihat wajah Hara menahan marah. Comel. Macam itik. Hahaha
***
"Ara. Ara." Iqbal mengetuk pintu bilik Hara yang bersebelahan dengan biliknya. Dia mahu ajak Hara keluar membeli baju. Mula-mula ketukkannya perlahan sahaja. Tetapi makin lama makin kuat. Suaranya memanggil Hara juga makin kuat seiring dengan ketukan tangannya di pintu.
"Ish! Kau ni kenapa!? Terjerit-jerit. Tak malu ke orang pandang?" Akhirnya Hara membuka pintu setelah 10 minit Iqbal memanggilnya.
Bagai nak tercabut anak tekak Iqbal menjerit. "Kau tu yang kenapa? Aku panggil banyak kali tak dengar ke? Dah pekak eh?" Iqbal memandang Hara tajam.
"Kau nak apa ni?" segera Hara menukar topik. Dia mengelamun sebenarnya ketika Iqbal memanggil namanya.
"Kau ada baju nak tukar tak?"
"Hahaha lawak hambar apa yang kau cuba buat ni? Kau bawa aku lari dekat sini. Mana datang bajunya pula?"
"Dah. Kau pergi mandi. Siap-siap. Lepas tu kita keluar cari baju." Arah Iqbal.
"Nak siap-siap apanya? Baju pun tak ada." Balas Hara. Tidak puas hati dengan arahan daripada Iqbal.
"Eee!" Iqbal meluku kepala Hara.
"Sakitlaa!"
"Kau ni kuat melawankan. Pergi jela mandi. Bersihkan badan tu. Lepastu pakai la baju tu balik. Nanti dah beli baju baru tukarlah. Banyak cakap. Dah pergi cepat. Aku tunggu kat depan ni. 15 minit je." Iqbal memberi arahan. Memang gaya macam bos besar.
Hara mencebik. Dah la bawa lari aku dekat sini. Senang-senang je nak arah aku. Ingat dia tu suami aku ke.
***
"Jom" Iqbal mematikan enjin keretanya setelah mereka berdua sampai ke satu butik yang kelihatan agak mahal. Butik Kasturi. Dari luar dapat dilihat yang baju-baju didalam butik tersebut pasti berharga ratusan ringgit.
Hara menelan air liurnya. Dalam dompet cuma ada RM100. Mana mampu dia membeli pakaian di dalam butik tersebut. "Kenapa tak pergi kedai biasa je? Mahal sangatlah dekat sini. Aku tak cukup duit." Hara berterus terang.
"Kau pilih jela. Lagipun kat sini senang. Tudung, baju, seluar semua dalam satu tempat. Baju lelaki pun ada. Tak payah nak merayau pergi tempat lain." Iqbal membalas. Terus sahaja dia keluar daripada kereta BMW miliknya. Dia menunggu pula Hara keluar. Sesudah Hara keluar, dia mengunci keretanya dan berjalan beriringan dengan Hara menuju ke butik tersebut.
Hara bergerak untuk melihat baju-baju di dalam butik tersebut. Perkara pertama yang dia lihat adalah harga. Fesyen atau sama ada baju itu cantik atau tidak dia tolak ke tepi asalkan harga baju itu tidak mahal. Setelah puas dia mengelilingi butik tersebut , akhirnya dia memilih satu t-shirt biasa berwarna hitam. Terdapat bentuk hati ditengah-tengahnya. Harganya RM 40. Yang paling murah dia rasa. Biarlah. Asalkan dia dapat menganti baju yang telah dia pakai daripada semalam. 'Erm tak payah beli seluar dengan tudunglah.' Dia berkira-kira di dalam kepala. Lari bajet kalau beli semua sekali malah dia rasakan nak makan nanti pun dia tiada duit. Cukuplah beli baju sahaja.
"Dah pilih?" Iqbal menegur daripada belakang. Di tangannya terdapat dua helai t-shirt berjenama serta sehelai seluar jeans.
"Dah." Hara menunjukkan baju t-shirt yang dia pilih. Berbeza dengan pilihan Iqbal yang tampak mewah dan bergaya.
"Kenapa pilih yang ni? Tak cantiklah. Kan banyak lagi baju yang cantik-cantik. Kau ni entah apa-apa entah" Iqbal mencebik. Entah apa punya baju yang Hara pilih. Langsung tak berkenan di hatinya.
"Kenapa? Ok lah ni. Bukannya nak pergi jalan mana. Nak ganti baju je kan." Hara mempertahankan pendapatnya. Sebenarnya banyak baju pilihan dia. Semua yang cantik-cantik tapi harganya pun cantik jugalah.
"Kau letak balik baju tu. Pergi pilih yang lain. Aku tak sukalah." Iqbal berkata.
Mengarah lagi. Dia ni kan. Ish! Orang nak jimat duit. Hatinya mengutuk Iqbal. Asyik mengarah je dari tadi.
"Termenung apa lagi tu. Cepatlah letak. Pergi pilih baju lain" Iqbal mengeraskan suaranya. Dia menarik baju yang berada di tangan Hara. "Pegi pilih."
"Aku nak baju ni la!" Hara menarik kembali baju yang dirampas oleh Iqbal. Dia menjeling tajam.
"Aku cakap pilih lain!" Iqbal cuba menarik baju dari tangan Hara. Tetapi Hara mengenggam kuat baju tersebut.
"Tak nak!"
"Pilih lain!"
"Tak nak! Tak nak!"
"Ara......"Iqbal menekan nada suaranya. Memberitahu bahawa dia benar-benar serius.
"A.."
"Encik? Ada masalah apa ni..?" Salah seorang pekerja di butik tersebut menegur. Risau baju yang direbut mereka berdua terkoyak pula nanti.
"Eh takde ape dik." Iqbal merampas baju tersebut dari Hara. Dia tersengih memandang pekerja butik tersebut kemudian menghulur baju yang dipilih Hara sebentar tadi kepada pekerja tersebut. "Isteri saya ni. Dia nak beli baju tapi tak tahu mana yang sesuai. Adik boleh tolong?" sambung Iqbal.
Hara terkesima. Kaku. Reaksi mukanya benar-benar terkejut. 'Is.. Isteri?'
"Ohh.. Isteri encik ke? Okay, saya boleh tolong. Mari puan."
"Tapi saya.."
"Tak apa.. Tak apa. Marilah. Saya tolong." Belum sempat Hara menghabiskan kata-kata pekerja butik tersebut pantas menarik tangan Hara untuk masuk ke dalam.
"Tapi saya.."
"Tapi dik.."
"Tapi.."
Hara termangu. Pekerja butik tersebut terus-terusan menariknya ke dalam. Dia menoleh memandang Iqbal. Lelaki itu sedang tersenyum memandangnya sebelum hilang dari pandangan.
"Ara.. Ara.. " Iqbal tergelak kecil. Muka Hara yang kebingungan tadi benar-benar mencuit hati. "Dia ni mesti pengaruh korea banyak sangat ni. Ingat comel ke dia buat macam tu. Hahaha"
Share this novel