BAB 33

Humor Completed 96569

"Dia tak tahu apa-apa! Kau akan menyesal Iqbal!" bagai melekat kata-kata itu di benak Iqbal. Hatinya runsing. Dijeling jam yang berada di dinding. Sudah menjangkau ke pukul tiga pagi. Tapi matanya masih berdegil. Masih tak mahu pejam. Tak mahu merehatkan mindanya dari memikirkan tentang kejadian siang tadi.

Dia mengiring ke kiri. Hara tersenyum memandangnya. "Tak boleh tidur ke abang? Meh sini Ara dodoikan." Iqbal tersenyum lalu mendekati Hara. Wanita itu memeluknya.

"Burung kakak... Tua... Hinggap dijendela. La. La. La. Nenek..."

"Ish apa Ara ni. Nyanyi lagu tu pula nak dodoi abang." tegur Iqbal. Apa ke nyanyi burung kakak tua pula. Dah macam budak-budak kecil pula. Nyanyilah lagu yang sedap didengar. Biar jadi santapan halwa telinganya sehingga dia tertidur.

"Hehe okay-okay sory. Ara gurau je. Selamat malam... Tidurlah... Sayangku.. Siangkan tiba bercahaya.. Bermula baru.. Semua untukmu...."

Iqbal memejamkan matanya. Berulang-ulang kali Hara menyanyikan part yang itu. Mungkin lirik itu sahaja yang dia tahu. Tapi tak kisahlah. Yang penting dia dapat mendengar suara buah hatinya itu menyanyi merdu untuknya tidur. Dan entah bila dia terlelap lalu membawa dirinya pergi ke alam mimpi.

***

Iqbal menolak pintu kedai buku yang berada di sebelah supermarketnya. Matanya tertacap pada kaunter pembayaran. Kosong. Tidak ada bunga indah yang berada disitu. Dia merapati kaunter pembayaran. Tiada tanda yang Hara pernah berada disitu.

"Hai Iqbal. Lama I tak nampak you. Datang nak beli barang ke?" Alicia yang baru sahaja turun dari tingkat atas datang menegur Iqbal setelah dilihat lelaki itu berada di hadapan kaunter pembayaran.

"Hai. I pun dah lama tak nampak you. You baru turun dari office ke?"

"A'ah. I jumpa Encik Amir tadi. Dia nak cakap pasal pekerja baru."

"Wah.. Ada pekerja baru ye. Maknanya nanti you dengan Ara ada pembantu barulah ye. Ringan sikit kerja."

"Ara? Ara mana ada kerja lagi. Dia sudah berhentilah Iqbal. You tak tahu ke?"

'Berhenti?' pelbagai persoalan kini timbul di fikirannya. Namun tak pula dia ingin tanyakan pada Alicia. "Eh mestilah I tahu. I cuma terlupa je. Hahaha maklumlah banyak benda nak fikir."

"Haiya. I ingat you tak tahu."

"I tahu. I tahu. Hehe you pergilah buat kerja. Nanti Encik Amir marah pula."

"Okaylah. Bye Iqbal. Lain kali jumpa lagi."

Iqbal hanya mengangguk sambil tersenyum memandang Alicia berlalu pergi. 'Kenapa berhenti? Dia masuk hospital balik ke?'

***

"Mah.. Ara ada dekat rumah kau?" Send. Telefonnya diletak kembali atas meja. Direnung lama. Menunggu balas daripada Azimah.

10 minit menunggu akhirnya telefon berbunyi. Menandakan ada mesej masuk. Dengan pantas tangannya membuka mesej tersebut.

"Kau nak apa? Tak puas maki Ara lagi? Tak puas hina dia? Ara takde. Kau jangan nak cari dia lagi."

Dibaca mesej Azimah berulang kali. Maki. Hina. Fikirannya kembali teringat peristiwa tempoh hari. "Mah. Kejap. Aku nak tanya Ara okay ke tak?"

"Apa kau peduli? Kau kan dah jijik dengan dia. Dah anggap dia murah. Kau dah pijak maruah dia. And kau dah ada niat pun nak ceraikan dia. Cerailah apa lagi. Tak payah nak tanya pasal dia."

Berkelip-kelip mata Iqbal membaca mesej Azimah. Boleh tahan lancang juga mulut dia ni. "Aku cuma tanya dia okay ke tak. Yang kau nak emosi sangat apahal? Macam kau pulak Ara." balas Iqbal. Tak mungkin dia akan berdiam diri saja dengan kata-kata Azimah.

"Hahaha my god.. Aku betul-betul tak faham dengan perangai kau ni. Dah tak nak boleh pergi main jauh-jauh. Jangan nak datang dekat. Pergi mereput dengan awek kau tu!"

Iqbal merengus kasar. Dicampak telefonnya ke atas meja. Apa susah sangat ke soalan yang dia tanya. Jawab jela okay ke tak. Sibuk nak bebel macam-macam.

***

Azimah tersenyum puas. "Rasakan kau! Heh! Ni Azimah tahu." gumamnya. Iqbal memang patut dilayan begitu. Dari apa dia dengar cerita daripada Haris memang tindakan lelaki itu sangat melampau.

"Mah."

Azimah menoleh. Hara berada di belakangnya. Wanita itu nampak cantik lain macam hari ni. Macam berhias lebih. "Kau nak pergi mana Ara? Kau kan tak sihat." soalnya. Risau. Dia amik cuti hari ni pun semata-mata nak tengokkan Hara. Alih-alih wanita itu nak keluar pula.

"Aku nak keluar jap. Amik angin. Asyik duduk rumah je. Bosan. Hehe."

"Laa asal tak cakap? Boleh aku siap-siap. Tak kan aku nak keluar macam ni? Terjejas imej aku sebagai wartawan nanti."

Hara mencebik. "Wartawan apanya. Wartawan tak bertauliah. Hahaha takpe. Kau duduk je rumah. Kesian kau asyik jaga aku je. Aku boleh keluar sendiri."

"Jalan kaki?"

"Eh tak lah. Tak kan pakai macam ni nak jalan kaki pula. Fatah datang amik. Nak pergi makan. Hehe."

"Ohh.. Patutlah bukan main lagi melawa kau ye."

Hara tersenyum malu mendengar pujian Azimah.

Pin! Pin!

Mata mereka berdua mengintai keluar. Kereta Toyota Vios milik Fatah berada di hadapan rumah mereka.

"Okaylah Mah. Aku gerak dulu."

Azimah mengangguk. "Kau jaga diri elok-elok tau Ara. Jangan balik lambat sangat. Kau tak sihat. Tak elok sejuk-sejuk." pesan Azimah. Persis seperti pesan seorang ibu kepada anaknya.

"Ye.. Aku tahu. Bye. Assalamualaikum." ucap Hara seraya berlalu pergi.

"Waalaikumsalam." Azimah hanya memerhati. Kemudian dia mengelengkan kepalanya. "Ara, Ara. Haih. Cer cari orang lain. Dengan Fatah tu juga kau nak balik."

***

"Alhamdulillah. Kenyang." Fatah mengesat mulutnya dengan tisu.

"Alhamdulillah."

"Lepas ni nak pergi mana?"

Hara hanya mengangkat kedua bahunya.

"Awak nak balik? Dah penat?"

"Saya tak kisah."

"Okay. Kalau macam tu kita pergi jalan-jalanlah. Amik angin. Nak?"

Hara tersenyum dan mengangguk. Tak kisahlah berjalan ke apa ke yang penting dia dapat ringankan sikit beban dihatinya dengan mengambil udara segar.

***

"Duduklah." Fatah melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebuah taman. Tasik yang berada di hadapan mereka menjadi pemandangan yang agak cantik pada waktu petang. Angin bertiup lembut dengan cuaca yang redup amat-amat menenangkan jiwa sesiapa sahaja.

Hara akur. Dia mengambil tempat di sebelah Fatah.

"Elokkan cuaca petang ni?"

Hara senyum dan angguk.

"Tenang je.. Kalau hari-hari macam ni takdelah stress."

Hara masih mengukir senyuman dibibirnya. Tak membalas kata-kata Fatah.

"Ara." panggil Fatah. Dia memandang Hara.

"Ye."

"Macam mana? Rasa okay sikit?"

Hara menganggukkan kepalanya lagi sekali. Memang dari tadi dia kurang bercakap. Apa yang ditanya Fatah cuma dijawab dengan angguk , geleng lepas tu senyum. Kalau perlu bercakap baru dia bercakap itu pun hanya sepatah dua.

"Tapi nampak macam tak okay je."

"Saya okay."

"Ara.. Kalau pasal Iqbal tu awak tak payah risaulah. Nanti mesti..."

"Dia dah failkan perceraian." pintas Hara sebelum Fatah menghabiskan ayatnya.

"Ha?"

"Dia dah failkan penceraian. Tak lama lagi saya dengan dia akan berpisah. So takde sebab kenapa mesti saya nak risaukan pasal dia." jelas Hara. Nada suaranya tegas. Seolah-olah hatinya sudah tertutup rapat untuk Iqbal.

Fatah terdiam. Suasana menjadi hening seketika. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Melayani jiwa yang seksa dengan pelbagai masalah. Semakin difikir semakin kusut. Bila dibiarkan makin teruk. Semuanya bagai tiada penyudah. Bagai tiada titik akhir yang menjanjikan kebahagian yang muktamad. Tiada lagi keresahan.

"Kalau awak tak kisah. Saya nak hubungan kita jadi serius balik." Fatah berkata setelah lama berdiam diri.

Hara menoleh. Memandang lelaki di sebelahnya itu. "Apa maksud awak?"

"Saya boleh gantikan tempat Iqbal. Saya akan jaga awak dengan baik. Tak akan buat awak menangis dan terseksa macam ni." Fatah meluahkan isi hatinya. Bukanlah nak cantas jalan Iqbal , dia cuma mempergunakan kesempatan yang ada sehabis boleh.

"Fatah. Apa yang awak janji dengan saya sekarang sama macam awak janji dengan saya dulu."

"Tu dulu. Masa tu saya mentah. Akal saya fikir nak enjoy je. Saya tak fikir sesuatu yang serius untuk masa depan saya. Tapi sekarang masa dah mengubah saya. Saya dah tahu apa yang terbaik untuk saya dan bakal anak saya. Saya tahu awak mesti boleh lupakan Iqbal. Hapuskan rasa sayang awak terhadap lelaki yang dah buat awak macam ni. Saya sedia menanti awak Ara."

"Tak semudah itu Fatah. Menghapuskan rasa sayang terhadap seseorang tak semudah yang awak cakap. Bila kita dah sayang, kita akan sayang sepenuhnya. Sampai ke akhir hayat kita. Bukan seperti sayangnya kita pada baju. Lusuh baju tu hilanglah rasa sayang. Beralih pula pada baju yang baru yang lagi cantik. Yang lagi menawan hati. Baju tak boleh berkata dan tiada hati. Tak akan terluka walaupun dia telah dibuang. Manusia lain. Hati hanya satu dan rapuh. Jika dah beri pada seseorang. Hanya orang itu yang bertakhta. Tiada yang kedua. Hanya seorang." jelas Hara panjang lebar.

"Rasa sayang tu boleh dipupuk Ara. Asalkan kita ikhlaskan hati kita untuk menerima seseorang tu."

Hara mengelengkan kepalanya sambil tergelak kecil. "Otak suruh ikhlaskan tapi hati masih teringat yang lama. Sudah dipaksa hati tapi tetap berdegil. Mahu diremuk sampai hancur dulu baru ikut kata akal. Tak mudah nak paksa hati supaya ikhlas menyayangi seseorang. Dan awak pernah dapat keikhlasan saya dulu tapi awak sia-siakan."

"Saya tahu saya salah sebab saya sia-siakan awak dulu. Tapi percayalah. Saya dah berubah. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama. Setiap manusia berhak dapat peluang kedua dan kemaafan." pujuk Fatah lagi. Dia tak mahu mengalah.

"Saya dah maafkan awak Fatah. Tapi peluang kedua mungkin tak wujud untuk awak. Emm mari kita balik. Dah lewat ni." Hara berkata. Dia cuba lari dari perbualan soal hati dengan Fatah. Menyeksa jiwa raganya. Hara bingkas berdiri dan menuju ke kereta.
Fatah akur dengan kata-kata Hara. Dia turut bangun dan menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience