Bab 9

Romance Series 9311

Tiga bulan berlalu....

KELIHATAN beberapa orang perempuan melangkah masuk ke dalam restoran dan mengambil tempat di sebuah meja. Nadhira tidak berlengah, lantas dia mendapatkan pelanggannya itu.
"Selamat datang, kak. Nak minum air apa?" Nadhira sudah bersedia dengan pen dan kertas di tangan.
Sesudah lima orang wanita itu membuat pesanan, Nadhira terus ke bahagian membuat air. Pesanan diberi kepada Sahak. Untuk makanan pula disediakan secara bufet.
Dia menanti pelanggan lain datang ke situ. Sambil-sambil itu dia membersihkan meja yang sudah digunakan untuk pelanggan lain. Waktu makan tengah hari biasanya memang ramai yang datang dan makan di situ.
"Nad!"
Nadhira menyeka peluh di dahi sebelum mendapatkan Sahak. Air yang dipesan tadi sudah siap. Dengan berhati-hati dia mengangkat dulang air itu dan membawanya ke meja wanita-wanita tadi.
Sesudah itu dia terperasan seorang lelaki melambainya. Dia pantas menghampiri.
"Order lagi, dik. Air tembikai. Bagi dua."
Nadhira bergegas menemui Sahak semula. Pesanan itu diberikan kepada lelaki itu. "Air tembikai dua, Bang Sahak."
"Nad, sini kejap!" panggil Halim.
Nadhira menghampiri anak majikannya itu.
"Kau angkat lauk ni bawa ke depan. Letak kat tempat yang kosong."
Melihat bekas lauk ikan masak kari itu, Nadhira menelan liur. Berat dan panas. Malah, masih nampak asap tipis dari lauk itu.
"Cepatlah angkat. Eeii... budak ni." Halim merungut.
Medengar suara Halim yag sedikit mengeras itu, cepat-cepat Nadhira mengambil tuala kecil buat alas tangannya agar mampu megangkat bakas yang panas itu.
"Bismillah..." Diangkat jua perlahan-lahan sambil di dalam hati berdoa tiada kejadian buruk yang akan berlaku. Tiba-tiba tangan kirinya terlepas sedikit, menyebabkan kuah kari yang hampir penuh itu tertumpah ke lantai lalu memercik ke kaki beberapa orang pelanggan. Paling teruk, seorang pelanggan perempuan yang berada betul-betul di hadapannya. Hampir seluruh kakinya terkena kuah kari itu.
"Aduh..."
Nadhira menggelabah. Diletakkan bekas lauk itu ke lantai. Walaupun tertumpah sedikit, tapi kuah itu panas.
"Hei, macam mana kau buat kerja ni?" marah seorang pelanggan yang lain.
"Err... maaf. Saya tak sengaja." Nadhira mengelap kaki perempuan itu dengan tuala kecil yang dipengangnya tadi.
"Kurang ajar! Kau lap kaki aku dengan kain buruk?" perempuan itu menendang tangan Nadhira.
"Kau ni tak ada otak ke?" Marah lelaki yang bersama wanita itu.
Nadhira bungkam. Dia mati akal untuk bertindak. "Maafkan saya. Saya tak sengaja." Sudahnya dia menunduk. Malu yang dirasakan menebal apabila semua yang berada di dalam restoran itu memandangnya.
"Hei, Nad! Pergi belakang." Halim menghampiri. Dijegilkan matanya pada Nadhira. Bekas makanan di lantai diletakkan di rak lauk-pauk. Berombak dadanya menahan marah. Cuai betul budak ni buat kerja. Menyusahkan betul!
Kecut perut Nadhira diherdik Halim. Tentu teruk dia kena marah selepas ini. Perlahan-lahan dia berundur ke dapur. Sempat dia memandang wanita itu yang menjeling padanya dengan muka berkerut menahan sakit.
"Maaf, cik. Pekerja saya memang cuai orangnya." Halim bermanis wajah, cuba mengambil hati wanita tersebut.
"Ni kaki dia dah melecur apa cerita? Takkan nak biar? Saya boleh saman Encik macam ni." Lelaki itu masih berangin. Bercekak pinggang dia.
"Sabar, cik. Sabar... Jangan macam tu. Jangan sampai saman-saman. Err.. macam nilah. Encik makanlah apa yang encik nak makan." Halim menyuruh lelaki dan wanita itu duduk. Suaranya merendah, tidak mahu pelanggan lain mendengar.
"Lepas makan, encik bawa cik ni pergi klinik. Tak jauh. Kat deret kedai ni jugak. Nanti bilnya claim dengan saya. Okey? Jangan kecoh-kecoh ya? Saya minta maaf banyak." Halim seakan merayu.
Mendengar kata-kata Halim, riak tengang wajah lelaki itu kendur. "Saya kalau ada pekerja macam budak tu tadi, dah lama saya berhentikan dia."
"Dia memang macam tu. Cuai! dah puas saya marah. Err.. makanlah, Jangan malu-malu." Halim kemudian kembali ke kaunter.
Nadhira yang menyaksikan dari balik pintu dapur cuba mengawal perasaan. Dikesalkan diri yang tidak cekap membuat kerja.
"Pergi buat kerja, Nad. Nanti kau kena marah lagi." Sahak menegur.
Nadhira menoleh. Sudah luruh semangatnya hendak membuat kerja. Apatah lagi berdepan dengan pelanggan dengan perasaan malu. Mengenangkan di situlah tempat dia memcari rezeki, ditebalkan mukanya. Dia kembali menyambung kerja seperti biasa. Dia tidak peduli dengan orang yang mengatanya. Takkan mati kalau dicaci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience