Bab 38

Romance Series 11141

"HAH, berangan!" Izzwan menepuk bahu Nadhira kuat, membuatkan gadis itu tersentak kerana terlalu terkejut.
Meledak ketawa Eriya apabila melihat muka cuak Nadhira. Izzwan ketawa terbahak-bahak. Seronok dia dapat mengenakan gadis itu.
Nadhira yang tadi memang sedang mengelamun sekadar menyengih. Sengaja mahu membuang perasaan yang mengocak emosinya. Bayangan Danish yang seperti rupa makhluk jahat tari planet Pluto berasap pergi. Tidak mahu diingatkan lagi peristiwa yang berlaku semalam.
"Tak habis-habis berangan. Tak penat ke?" Izzwan bingkas bangun, bersedia untuk keluar dari dewan kuliah. Ramai yang sudah beransur keluar dari situ.
Nadhira pura-pura ketawa. Kelas dah habis rupa-rupanya. Buku-buku dimasukkan ke dalam beg sandang.
Eriya memandang Izzwan dengan riak hairan. Peliknya dengar suara Nadhira ketawa. Lain macam!
"Kau ada mimpi basah ke malam tadi?"
Cepat-cepat Eriya menyenggol lengan Izzwan. Ada ke tanya soalan macam tu? Mulut Izzwan ni tak reti bersopan santun langsung. Main lepas saja.
Tanpa disangka, Nadhira makin galak ketawa. Lawak Izzwan bukannya kelakar, tetapi mengingatkannya pada Danish. Memang dia mimpi basah. Mimpi basah dengan air mata! Hatinya geram. Hendak mengusir perasaan itu, dia segaja katawa sekuat yang boleh.
Eriya dan Izzwan makin berkerut dahi. Nadhira macam dah tak betul!
"Mana kita nak pergi lepas ni?" Nadhira bersedia hendak keluar dari dewan itu. Senyuman dileretkan selebar mungkin.
Eriya memandang jam di tangan kirinya. "Lama lagi nak tunggu kelas Dr. Khoo. Kita discus assignment yang Puan Mia bagi tadi nak? Kat meja bulat tampat biasa tu."
"Assignment apa? Kan assignment dia kita dah buat? Dah bagi kat dia dah pun tadi." Nadhira menggaru-garu kepala yang berasa gatal.
Izzwan menjeling bosan. "Kau ni dah kenapa, perempuan? Baru tadi Puan Mia bagi assignment baru. Dah hilang ingatan ke?"
"Ya ke?" Nadhira tersenyum kelat. Izzwan sudah buat perangai 'nyah', buat dia rasa geram. Tak pasal-pasal terkeluar suara 'jantan' lelaki itu nanti.
Mereka beriringan keluar dari situ.
"Kau ni asyik beranganlah, Nad. Nak ubatkan penyakit kau ni senang je. Nak tahu apa ubatnya?"
Nadhira mengerling ke arah Izzwan yang berdiri di tengah-tengah antara mereka sekilas. Janganlah dia 'carut' aku lagi. Pedih telinga dengar mulut lesar dia.
"Ada ke ubat untuk kurangkan penyakit berangan ni?" Eriya pula yang berminat hendak tahu.
"Bukan setakat kurang berangan. Silap-silap langsung tak berangan, tak sempat." Izzwan tersengih-sengih.
Mereka baru melepasi pintu masuk dewan itu. Kelihatan ramai pelajar berpusu-pusu, entah ke mana arah tujuan.
"Apa dia?"
"Kahwin je! Habis cerita," balas Izzwan sambil mengerling Nadhira.
Tawa Nadhira terhambur lagi. Apa punya petualah yang Izzwan bagi? Tak boleh pakai langsung! Aku jadi kuat termenung ni sebab dah kahwin tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience