BERSUJUD MERAIH CINTA Bab 1

Romance Completed 43509

"Thank you doktor?,"

"My pleasure,"

Yusniza menghela nafas tenang. Kakinya melangkah pelan ke jendela yang terbuka. Retinanya merenung awan putih berkepul-kepul menutupi matahari

Hatinya mengucap syukur.. selama setahun dia mendapatkan rawatan untuk memulihkan kecacatan pada kulit di belakangnya malah dia turut mendapatkan rawatan untuk lidahnya yang menjadi punca masalah pertuturannya selama ini

Beberapa hari lagi dia akan kembali semula ke Malaysia bersama intan Nabila.. Dan kini dia sudah mempunyai kenyakinan untuk menunjukan diri kepada seluruh para pengemar lukisannya siapa sebenarnya Axevellina

"Kak yus...,"

Yusniza menoleh. Bibirnya tersenyum riang apabila melihat intan Nabila

"Mana Airil?,"

Intan Nabila melangkah masuk dengan wajah berseri-seri "Intan tinggalkan dia sekejap kat office idham,"

"Hah?," Dahi Yusniza berkerut "Intan dengan idham nie ada apa-apa hubungan ke? cuba berterus terang je dengan kakak?,"

Intan Nabila seakan enggan menjawab pertanyaan itu namun raut wajahnya menunjukkan sebaliknya.. berseri-seri sejak tadi

"Intan-intan," Yusniza tersenyum sambil mengeleng "Enggan tapi mahukan?,"

Intan Nabila menghela nafas tenang sambil melabuhkan punggungnya di birai katil "Sejak kita datang kat sini.. kita tak kenal pun dengan sapa-sapakan kak, Idham lah yang banyak membantu kita,"

Yusniza ketawa kecil "Kak rasa.. kak ada cakap macam tu semalam.. tapi itulah orang mendengarnya tu tak habis-habis bagi alasan.. seriklah, takutlah,"

"Hiss kak yus nie.. memangla intan takut, buat masa nie intan dengan idham berkawan je dulu.. mungkin insya-Allah kalau ada jodoh kami berdua.. kami teruskanlah dengan hubungan yang lebih serius,"

"Intan ada tak tanya pada idham kalau family dia boleh terima intan? yalaa.. intankan janda anak sorang,"

"Dah.. intan dah tanya," Intan Nabila tiba-tiba tersipu-sipu malu "Kalau kak yus nak tahu.. minggu lepas sebenarnya intan ada makan malam dengan orang tua idham,"

"Betul ke intan?," Yusniza sedikit terkejut

Intan Nabila mengangguk bersungguh-sungguh "Intan minta maaf ya Kak yus.. sebab tak bagitahu kak yus,"

"Laa buat apa nak minta maaf.. itukan hal peribadi intan.., So bagaimana dengan orang tua idham.. okay tak?,"

"Okay sangat.. Ayah idham masih lagi berkerja sebagai doktor kat hospital johor.. mak dia pun doktor jugak ada klinik sendiri.. Diorang layan intan baik sangat kak.. siap tanya lagi kalau intan berkenan dengan idham,"

"Intan jawab apa?,"

"Macam intan bagitahu kakak.. intan belum bersedia.. intan takut,"

Yusniza menepuk-nepuk peha Intan Nabila "Intan fikirlah masak-masak.. jangan buat kesilapan yang sama,"

"Oh ya kak yus.. intan dah lama nak tanya kak yus pasal tempat tinggal intan.. sebenarnya siapa yang bayar, kak yus ke atau makcik?,"

"Tempat tinggal yang mana?,"

"Laa? tak kan kak yus tak tahu kalau intan tinggal kat Villa Elizabeth,"

"Oh ya.. kak yus lupa, sebenarnya Elizabeth tu ada galeri.. 80 peratus lukisan dalam galeri dia adalah lukisan kakak..,"

Intan Nabila terangguk-angguk faham "Tapi kak yus.. intan tinggal kat sana nak dekat setahun.. agak-agak berapa banyak duit kak yus habis bayar sewa villa tu?,"

"Kak yus tak bayar sesen pun,"

"Hah? kak yus tak bayar?,"

Yusniza mengangguk "Semuanya percuma,"

Intan Nabila terdiam

"intan tak payahlah pikir sangat pasal tu.. Intan dah kemas dah barang-barang intan?,"

"Dah,"

"Okay.. nanti semua barang-barang tu ada orang akan ambil, nanti diorang akan kirim ke Malaysia.. Dalam beberapa hari nie kita akan tinggal kat hotel sebab kak yus kena hadir satu majlis jamuan kat sana.. lepas tu kita akan balik ke Malaysia,"

"Hotel apa kak yus?,"

"Hotel Elizabeth Ruby,"

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Melbourne

"Ya Arif tahu pakcik.. lagi pun Arif kat sini tak lama.. Dalam dua tiga hari je..,"

Arif Safuan berjalan sambil menyorong bagasinya setelah melewati kaunter Imigresen

"Itu Arif belum pasti lagi pakcik terpulang pada Elizabeth. kalau dia berminat itu lagi bagus cuma sekarang nie Arif perlu berbincang dengan dia dari segi keuntungan kedua belah pihak sebab kita nak guna nama dia untuk bangunkan hotel kat sabah,"

"Baik pakcik..,"

"Okay nanti kalau ada apa-apa perkembangan Arif akan hubungi pakcik.. oh ya pakcik jangan lupa ya tengokkan Ari,"

Setelah menamatkan panggilan.. Arif safuan mengatur langkah lebih cepat. Sebaik sahaja dia melewati pintu masuk.. Retinanya melihat seorang lelaki kulit hitam memegang sebuah kertas besar tertera namanya

HOTEL Elizabeth Ruby..

Yusniza terlihat sedang berbicara dengan salah seorang perkerja Kaunter untuk mendapatkan kunci bilik yang sudah di tempah

Dan di saat dia sedang menunggu perkerja kaunter itu memeriksa tempahannya. Dia memalingkan wajah dengan menguntum senyum saat melihat kemesraan Intan Nabila bersama idham bergitu leka memerhati ruang lobi yang luas dan cantik

Tidak ubah seperti suami isteri yang sedang bercuti.. betul-betul nampak sepadan... bisik Yusniza dalam hatinya

Dalam masa yang sama ketika Yusniza begitu asyik memerhati ke arah intan Nabila.. Retinanya teralih melihat kelibat seorang lelaki sedang berjalan masuk sambil di iringi seorang lelaki kulit hitam

Jantungnya tiba-tiba berdengup kencang "Arif?..,"

Yusniza terkesima seolah-olah tidak pecaya apabila bibir Arif Safuan mengukir sebuah senyuman di saat melihat intan Nabila bersama idham bahkan lelaki itu turut menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya sambil meletakan jari telujuk di tengah bibir

"Kak yus!, Kak yus...,"

Yusniza tersentak. Raut wajahnya tampak pucat

"Kenapa nie kak yus? kak yus sakit ke?,"

Yusniza mengeleng "Tak.. kak yus okay je?,"

Intan Nabila memuncungkan bibir.. "Tapi kenapa muka kak yus tu pucat?,"

"Aah muka Cik Yusniza nampak pucat sangat," Kata idham pula

Yusniza menyentuh-yentuh wajahnya "Mungkin kak yus terkejut sangat bila tengok korang berdua dah macam suami isteri,"

"Mengada-ngadalah kak yus nie. Buat intan malu je,"

Yusniza ketawa bila melihat wajah intan Nabila kemerahan menahan malu miskipun pada masa yang sama hatinya masih di belenggu perasaan bimbang dengan kehadiran Arif Safuan tanpa pengetahuan intan Nabila

JAM 9.00 Malam.. Yusniza sudah pun bersiap berpakaian kebaya moden berwarna coklat.. dengan tudung mengikut bentuk kepalanya. Wajahnya tampak jelita

Intan Nabila yang sedang mengendong Airil terlihat teruja dengan penampilan Yusniza

"Inilah kali pertama intan tengok kak yus berpakaian cantik macam nie,"

"Cantik tak?,"

"Cantik sangat," jawab Intan Nabila sambil mengangguk

Yusniza melangkah menghampiri intan Nabila.. jari telujuknya bermain-main dengan pipi Airil

"Intan jangan keluar pergi mana-mana ya, tunggu je kat sini. kak yus mungkin tak lama. Kalau intan lapar pesan je apa-apa,"

"Kalau intan nak bawa Airil jalan-jalan kat lobi boleh tak kak yus,"

"Boleh, tapi jangan sampai ke luar hotel. Kak yus takut nanti intan sesat,"

"Ya intan tahu.. kak yus janganlah risau,"

"Kejap... Idham tak ajak ke intan makan malam?,"

"Tak... Hari nie dia kerja shift malam,"

"Intan tak rindu ke?,"

"Hiss kak yus nie.. kan siang tadi dia dah temankan kita,"

"Kalau kita dah balik ke Malaysia nanti macam mana?,"

Intan Nabila menggoyang-goyangkan kepalanya dengan bibir tersenyum mekar

"Idham cakap dia nak pindah ke Malaysia semula,"

"Betul ke?,"

"Entah... tapi kalau betul baguslah," Intan Nabila menyegih

"Intan-intan.. Kalau dah jatuh cinta tu mengaku jelah...,"

"Hampir-hampir je lagi kak yus,"

"Hiss mengada betul,"

SUASANA majlis makan malam yang di adakan di salah sebuah dewan serba guna hotel Elizabeth Ruby kelihatan begitu meriah

Para tetamu yang hadir kebanyakan dari kalangan Vvip dan juga Duta dari beberapa buah negara..

Yusniza tampak begitu anggun langsung tidak terlihat kekok ketika di kerumi oleh para pengemar lukisannya. Setiap pertanyaan dan pujian di balas dengan sikap professional bahkan bibirnya tidak lengkang dengan senyuman

Setelah hampir dua jam melayan para pengemarnya.. Yusniza cuba mencari kesempatan untuk meninggalkan majlis itu kerana kelelahan

Diam-diam Yusniza keluar dari dewan itu tanpa pengetahuan para tetamu. Kakinya terus melangkah menuju ke Lobi

Langkahnya terhenti ketika menghampiri pintu lif.. Retinanya dengan jelas terpandang Arif Safuan sedang duduk bersendirian di salah sebuah meja yang disediakan di ruangan lobi

Hatinya tergerak untuk menyapa namun teragak-agak

"Hiss aku kena tahu kenapa dia ada kat sini.. kalau kerana Airil, aku kena bagitahu intan," bisik hati Yusniza

Langkah di susun pelan.. Apabila semakin hampir.. Yusniza menarik nafas panjang sebelum di hembus pelahan-lahan bagi menenangkan hatinya

Arif Safuan kala itu sedang leka menaip pada skrin telefon pintar tanpa menyedari jika Yusniza sudah pun berdiri di balik meja

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," pantas sahaja Arif safuan menjawab "Cik Yusniza,"

"Ya saya.. Encik Arif kenal saya?,"

"Ya saya kenal.. duduklah,"

Yusniza mengangguk kemudian menarik kerusi di hadapan Arif Safuan

"Cik Yusniza sorang je ke?,"

"Ya.. Saya dari majlis tadi, Encik Arif pula buat apa kat sini?," tanya Yusniza sambil melabuhkan punggung di atas kerusi

"Saya ada urusan bisnes dengan pemilik hotel nie,"

"Elizabeth?,"

"Ya betul.. dia bisnes partner saya,"

Yusniza mengangguk pelan.. Raut wajahnya tampak seakan resah

"Cik Yusniza tak perlu risau.. saya datang sini bukan kerana intan.. saya sendiri pun tak sangka Cik Yusniza dengan intan ada kat sini,"

"Tapi kenapa Encik Arif tak tegur intan tadi,"

"Untuk apa?,"

Yusniza terdiam

"Kisah saya dengan intan dah lama berlalu cik Yusniza.. Saya gembira sangat nampak dia bahagia dengan lelaki tu.. takde sebab saya nak ganggu kebahagian dia,"

"Tapi?," Yusniza seakan Serba salah meneruskan bicara

"Pasal Airil?,"

"Encik Arif tahu ke?," Yusniza sedikit terkejut

"Ya saya tahu,"

"Encik Arif.. Tolonglah jangan rampas Airil dari Intan,"

"Kenapa pulak saya nak buat begitu?,"

"Tapi Airil?,"

"Ya saya tahu kalau Airil tu anak saya.. tapi saya tak akan rampas dia dari intan.. Sejujurnya saya tak sanggup lagi nak menambahkan kesulitan hidup intan. Lagi pun saya tak kisah jika intan mahu sembunyikan Airil dari saya sampai bila-bila,"

Yusniza terdiam begitu juga Arif Safuan masing-masing melayan fikiran yang sedang berputar

"Bagaimana dengan keadaan Ari?,"

"Dia dah jadi pendiam tak macam dulu lagi.. Andai kata Cik Yusniza jumpa dengan dia nanti jangan terkejut dengan sikap dia,"

"Kenapa dengan sikap Ari?,"

Arif Safuan mengeluh berat bila memikirkan anak gadisnya "Ari sekarang dah jarang tersenyum.. serius sepanjang masa.. Dia dah tak suka bercakap..,"

"Ari rindu intan ke?,"

"Tak.. sikap dia berubah lepas dia tahu intan mengandung.. Dia fikir intan tinggalkan dia kerana anak dalam kandungan tu.. Saya dah puas jelaskan keadaan sebenar tapi dia tak nak pecaya,"

"Ya Allah.. kesihannya Ari,"

"Saya ada ajak dia ikut saya ke sini.. tapi dia tak nak. Dia tak nak berjumpa dengan intan,"

Dahi Yusniza berkerut.. Kelopak matanya sudah di basahi air mata. Rasa sebak bila memikirkan Arianna

"Bila Cik Yusniza dengan intan balik ke Malaysia?,"

"Insya-Allah lusa. Encik Arif?,"

"Pagi esok.. Elizabeth ikut saya sekali.. Oh ya," Arif Safuan menghulurkan telefon pintarnya pada Yusniza "Boleh Cik Yusniza bagi nombor telefon,"

"Nombor telefon saya?,'

"Ya.. Sebab saya urusan bisnes dengan pelukis Axevellina,"

Yusniza tersentak "Encik Arif tahu dari Elizabeth ke?,"

Arif Safuan mengangguk "Saya sedang buat renovation dalam hotel saya.. mungkin dalam bulan depan saya akan buka satu galeri dalam hotel dan saya berminat sangat dengan lukisan Cik Yusniza,"

"Kalau encik Arif mahu berurusan dengan saya.. Encik Arif akan berurusan dengan intan juga, sebab saya dah lantik intan jadi pengurus saya,"

"Takde masalah.. Cik Yusniza akan berurusan dengan saya dulu jika Cik Yusniza bersetuju dengan tawaran saya. Saya akan pastikan selepas tu hanya Staff saya saja yang akan berurusan dengan Intan nanti,"

Yusniza mengangguk faham sebelum mengambil telefon pintar dari tangan Arif Safuan

"Boleh saya tanya satu soalan?,"

"Boleh.. tanya saja,"

"Pernah tak Encik Arif mencintai intan?,"

Arif Safuan tersenyum dengan pertanyaan itu "Sesaat pun tak pernah,"

SETELAH pintu lif terbuka.. Yusniza tampak tergesa-gesa keluar dari lif tersebut dengan langkah yang laju menuju ke bilik hotelnya

Perbualan singkat dengan Arif safuan tadi entah mengapa membuatkan hatinya tidak tenang bila memikirkan intan Nabila

"Intan!," Panggil Yusniza sebaik sahaja pintu bilik di buka

Intan Nabila terlihat keluar dari bilik tidur, terus memberi isyarat pada Yusniza "Shhh.. Airil baru je tidur,"

"Kak yus minta maaf," balas Yusniza sambil menanggalkan kasutnya

"Lewat jugak kak yus balik, kata sekejap je,"

Yusniza tidak menjawab. Tangan Intan Nabila terburu-buru di tarik menuju ke sofa kemudian menyuruh intan Nabila duduk

"Kenapa nie kak Yus?,"

"Intan... Kak yus nak intan berterus terang dengan Kak yus sekarang,"

"Berterus terang pasal apa kak yus?," Intan Nabila mula tidak sedap hati dengan raut wajah Yusniza

"Kak yus nak tahu kalau intan masih ada perasaan pada Arif,"

"Arif?,"

"Ya Arif,"

"Tapi kenapa kak yus nak tahu?,"

"Sebab kita akan balik ke Malaysia intan.. Kak yus bimbang kalau intan masih ada simpan perasaan pada dia,"

"Waktu mula-mula kita datang sini, Ya intan mengaku intan masih ada perasaan dengan dia, tapi sekarang dah takde,"

"Betul?,"

Intan Nabila mengangguk

"Ingat intan.. Arif tak pernah mencintai intan sampai bila-bila tak akan pernah... kak yus harap sangat pada intan, lupakan dia terus,"

"Ya intan tahu..," Dahi intan Nabila berkerut memandang Yusniza

ARIF SAFUAN berdiri di balkoni melihat keindahan malam. Kerdipan-kerdipan bintang di dada langit sungguh mempesonakan mata yang memandang

Bibirnya tersenyum riang apabila teringat raut wajah intan Nabila tampak bergitu bahagia bersama dengan seorang lelaki ketika di lobi pagi tadi

Tidak terdetik sedikit pun hatinya merasa cemburu pada lelaki itu malah dia bersyukur dengan kehadiran lelaki itu mampu membuatkan bekas isterinya itu dapat merasai lagi nikmat kebahagian yang telah ia runtuhkan kerana kebodohannya sendiri

Arif Safuan mendongak memandang langit "Maafkan Papa Airil.. insya-Allah satu hari nanti Papa akan berjumpa dengan Airil.. Papa harap Airil hidup sihat dengan Mama..,"

Share this novel

Fatimah Mutazali
2024-07-27 14:45:20 

terima kaseh update nampaknya lagi menarik kali ni Encik Arif pun macam dah redah saja pada zahir, hatinya hanya dia yg tahu, teruskan berkarya author...


NovelPlus Premium

The best ads free experience