Bab 17

Romance Completed 43498

Arif Safuan memandu keretanya untuk pulang semula ke kuala Lumpur. Wajahnya tenang namun bibirnya sejak tadi tersenyum senget seolah-olah ada sesuatu sedang bermain difikirannya. Arianna yang duduk di tempat duduk penumpang sudah pun terlena dalam keadaan terduduk

Satu keluhan di lepaskan pelan sebelum kepalanya mengeleng. Apa yang di sarankannya kepada Intan Nabila adalah satu penipuan padahal ikram dan Linda sudah pun menjadi suami isteri yang sah setelah di ijab kabul selepas solat jumaat tadi

Dia menyarankan semua itu hanya semata-mata mahu Intan Nabila pergi ke majlis itu dan di pemalukan lagi oleh ikram supaya perasaan cinta yang menebal di dalam hati gadis itu bertukar benci walaupun ia tampak berlebihan namun itu saja satu-satunya cara menunjukkan pada intan nabila bahawa lelaki itu tidak lagi mencintainya

"Dah sampai ke Papa?,"

Arif Safuan tersentak. Pertanyaan Arianna itu menyedarkannya dari lamunan yang panjang

"Belum sayang. Kejap lagi kita sampai,"

"Ari rindu kat Auntie,"

Arif Safuan tersenyum. Dia mengerling sekilas ke wajah anaknya yang sedang mengosok mata

"Ari suka tak kak Intan?,"

"Suka,"

"Mana Ari suka, kak intan ke atau Auntie?,"

Arianna tidak terus menjawab. Kanak-kanak itu seakan termangu dengan pertanyaan ayahnya

"Ari suka dua-dua Papa,"

"Kalau begitu. Mana satu yang Ari nak jadikan Mama Ari?,"

"Kak intan," Jawab Arianna kemudian menutup mukanya lalu ketawa begitu juga dengan Arif Safuan turut ketawa selepas mendengar jawapan anaknya

PUAN Safura mengeluh pelahan. sudah berkali-kali dia mengucap panjang sebaik sahaja melihat anak gadisnya membeli pakaian untuk majlis perkahwinan ikram esok

"Intan!. intan tak ingat ke apa mak cakap siang tadi. Mak ikram tak bagi intan datang ke majlis ikram tu esok,"

"Esok Intan pergi dengan pakcik Apul lah mak, tak akan itu pun tak boleh,"

"Intan-intan kenapalah kamu nie degil sangat," Puan Safura mengeleng kesal

Intan Nabila memandang ibunya "Esok Intan pergi awal sikit. Nak tengok Ikram akad nikah,"

Puan Safura mengeleng lagi dengan senyuman senget "Buat apa ikram tu nak akad nikah esok. Intan tak baca ke kad jemputan tu. Ikram dah jadi suami orang tau tak,"

"Eh mana ada. Ar..?," Intan Nabila terdiam. Retinanya tergerak-gerak mencari kad jemputan

"Suka hati kamulah Intan, Kepala mak nie pun dah berserabut, mikir pasal kamu je" Sebaik sahaja Puan Safura menghabiskan kata-katanya. kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik dengan perasaan kesal

Intan Nabila memerhati seketika ibunya. Selepas ibunya menutup pintu bilik. Cepat-cepat dia mencari semula kad jemputan ikram di ruang tamu

"Mana pulak kad jemputan tu?,"
Terbongkok-bongkok badan Intan Nabila menyelongkar di bawah rak Tv. Semua laci di buka namun masih tidak menemui kad jemputan itu. Dia berdiri menegak. Retinanya meliar memerhati ruang tamu

"Puk," Intan Nabila menepuk dahinya "Bodoh betullah. Kad jemputan tu kan ada dalam bilik aku," Ucapnya pelan

Paper bag yang berisi pakaian yang baru di beli petang tadi segera di angkat dengan pantas kakinya di ayun menuju ke bilik walaupun langkahnya tidak sesempurna dahulu

pintu bilik di buka. Retinanya terus memandang ke arah meja solek. Terdapat kad jemputan di atasnya. Paper bag yang sedang di jinjit di campak di atas katil. Kad jemputan di buka tergesa-gesa

"Majlis akad nikah akan berlangsung pada hari jumaat selepas solat jumaat,"

Intan Nabila terduduk di birai katil terus termangu dengan tatapan kosong "Buat apa aku pergi esok kalau ikram dah menikah,"

satu keluhan berat di lepaskan dengan geram sebelum tubuhnya di rebah di atas katil. Keningnya berkerut menatap kipas yang tidak berpusing. Lama dia berfikir dan ketika itu baru dia sedar jika hatinya tidak merasa sedih atau pun kesal walaupun mengetahui ikram sudah bernikah malah hatinya merasa lega seolah-olah baru sahaja terlepas dari sebuah belengu ikatan yang sudah lama mengikat hatinya hingga kini

Intan Nabila tersenyum riang sambil membangunkan badannya. Jarinya mentatal skrin telefon ingin mencari sebuah nama

"Matahariku," Bisik intan Nabila dengan bibir tersenyum. Ibu jarinya terus menyentuh paparan tanda panggilan lalu menekap muka telefon di telinga

"Hello,"

"Assalamualaikum," Ucap intan Nabila

"Waalaikummusalam,"

"Awak dengan Ari dah sampai,"

"Alhamdulilah, dalam jam 6 tadi kami dah sampai,"

"Buat apa sekarang?,"

"Tengah makan,"

"Berdua je,"

"Tak. Zilla ada sekali,"

Intan Nabila terdiam. menyesal pula dia bertanya. Entah Mengapa setiap kali mendengar nama gadis itu hatinya terusik rasa cemburu

"Kenapa Intan?,"

Intan Nabila mengeluh lemah. Tiada lagi senyuman di bibir seakan semangatnya sudah pergi meninggalkannya

"Awak tipu saya kan,"

"Tipu?,"

"Awak sebenarnya dah tahu ikram dah akad nikah siang tadi,"

Arif Safuan terdiam lama "Ya memang saya dah tahu dan saya memang sengaja tipu intan,"

"Kenapa?,"

"Bukan ke intan tak sanggup nak lepaskan lelaki tu, walaupun saya dah bagi bermacam nasihat intan tetap berdegil. Apa lagi yang mampu saya buat nak memujuk hati seorang yang tak boleh menerima kenyataan,"

"Awak tak faham perasaan saya. Saya bukannya degil. Kan saya dah bagitahu. 10 tahun saya mencintai lelaki tu. Bukan mudah saya nak lupa. Lain'lah awak walaupun dah bercerai tapi masih ada perempuan yang setia menunggu untuk di nikahi,"

"Siapa?,"

"Kenapa awak tanya saya. Kan awak tengah makan dengan dia," Bergetar senyuman intan Nabila saat menjawab. Terselit rasa cemburu namun di simpan ketat di dalam hati

"Hah, Zilla ke?,"

"Ah sudahlah.. saya dah nak tidur. Saya call awak sabab saya nak bagitahu esok saya akan pergi ke majlis tu. Tapi bukan untuk menghalang perkahwinan tu. Saya cuma datang nak ucapkan tahniah pada ikram. Itu je,"

"Intan awak sal...?,"

Intan Nabila terus menamatkan panggilan. Bukan itu saja. Dia dengan sengaja meng'offkan telefon pintarnya supaya panggilan dari Arif Safuan tak masuk

"Cakap senanglah. Bagi nasihat konon. Makan pun dengan perempuan lain. Kata suka kat aku," Intan Nabila berdengus "Perangai sama je macam Ikram," hatinya merintih geram

SEMENTARA itu di kuala Lumpur Arif Safuan tersengih-sengih sendiri selepas intan Nabila menamatkan panggilan. Dia cuba menghubungi kembali namun hanya suara dari voice mail sahaja yang menjawab

"Biar betul? Intan cemburu ke?," Bisik Arif Safuan kemudian ketawa kecil

"Kenapa bang?," Tanya Zilla kehairanan

Arif Safuan mengeleng masih lagi ketawa "Takde apa-apa," dia menjawab sambil membelai rambut Arianna yang sedang menguyah Maggi goreng

Zilla mengankat kening menatap wajah bekas abang iparnya "Bukan ke tadi Intan yang call?,"

"Ah.. Ah,"

"Zilla dengar abang ada sebut nama zilla tadi,"

Arif Safuan ketawa lagi dengan mengelengkan kepala. Entah mengapa hatinya begitu senang
"Dia macam marah bila tahu abang makan dengan Zilla,"

"Apa?," Zilla turut ketawa kecil "Itu bukan marah. Itu cemburu,"

"Itu'lah abang pun perasan,"

Zilla mengeleng sambil memerhati Arianna sedang makan "Oh ya, esok abang pergi tak ke melaka?,"

"Tak. sebab esok abang kena jemput Xuan kat Airport. Zilla senang tak esok,"

Zilla mengangguk "Abang nak Zilla jaga Arianna ke esok,"

"Ah.. ah tapi sampai ke petang boleh ke?,"

"Boleh. Zilla lagi suka,"

Arif Safuan diam sejenak. wajah adik iparnya di renung lama "Sejak kebelakangan nie abang perasan Zilla dah jarang keluar dengan Ramlan,"

Mendengar sahaja pertanyaan itu. Lusuh wajahnya dibayangi rasa sedih yang bertimpa. Zilla mengeluh kesal "Entahlah bang. Zilla sendiri pun tak faham dengan sikap Ramlan tu. Padahal dah banyak kali Zilla bagitahu, Zilla tak kisah dengan status keluarga dia. Bila awal bulan je beria-ria keluar dengan zilla, tapi bila nak dekat hujung bulan je sibuk,"

Arif Safuan mengangguk mengerti. Dia juga mengenali kekasih hati bekas adik iparnya itu seorang pengurus bank namun tidak pernah bersua muka

"Kadang-kadang perangai dia tu buat zilla geram. Kalau dah tahu gaji tu tak besar tak payahlah bawak zilla makan kat tempat mewah-mewah, lepas tu setiap bulan ada je hadiah yang dia bagi. mahal-mahal pulak tu. Kan bagus dia simpan duit tu untuk kawin," Rintih Zilla lagi dengan nada kesal

"Dia orang melaka kan?,"

Zilla mengangguk lesu

"Zilla pernah tak jumpa dengan keluarga dia?,"

"Sekali pun tak pernah Bang. Katanya takut Zilla tak selesa. Entah apa-apa,"

"Mestilah dia fikir macam tu Zilla kalau dah Bercinta dengan anak tan seri tentulah dia malu,"

Zilla tersenyum menyenget "Cubalah abang tengok siapa Linda tu kawin. Dengan cikgu. Keluarga pun orang biasa,"

"Zilla kenal ke dengan Linda?,"

"Of course'lah Zilla kenal. Sama Universiti cuma lain kos je,"

"Habis tu zilla tak pergi majlis perkahwinan dia esok,"

"Papa dengan Mama pergi esok sebab tu Zilla malas nak pergi. Menyampah,"

"Hey.. tak baik Zilla cakap macam tu,"

"Ah Lantak. Selagi Papa dengan Mama tak terima Arianna sebagai cucu, selagi tu Zilla tak akan jumpa dengan mereka,"

Arif Safuan menghela nafas pelan sambil merenung wajah adik iparnya ketika itu sedang membersihkan mulut anaknya. Sejak adik iparnya habis kuliah, sehingga ke hari ini adik iparnya langsung tidak pernah pulang ke rumah bekas keluarga mertuanya dan tinggal di rumah bekas isterinya.

Arif Safuan terdiam terus. Serba salah mahu melanjutkan perbualan lagi memandangkan dia juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga mertuanya walaupun selama 10 tahun menjadi menantu. sekali pun dia tidak pernah di jemput untuk menghadiri majlis keluarga bahkan selama 10 tahun dia tidak pernah menyambut perayaan dengan keluarga mertuanya

LANGIT kian gelap meskipun belum sampai masanya malam menutup layar matahari. Intan Nabila berdiri di garaj rumah berpakaian cantik dengan wajah putih berseri-seri menunggu Saiful saad datang menjemput

Sudah lebih lima belas minit dia berdiri di situ sengaja tidak mahu menunggu di dalam rumah. Tak sanggup memandang wajah ibunya bengis seperti harimau. Sementara ayahnya pula sudah pun pergi ke masjid untuk solat Zohor

Hujan mulai berguguran seperti tangis seseorang insan yang sedang di sakiti namun Intan Nabila tenang memerhati. Dia mahu menjadi tabah, setabah lautan. Meskipun hujan lebat mencurah berterusan dia tetap mahu menghadiri majlis perkahwinan ikram untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin lelaki untuk kali yang terakhir

Intan Nabila mengeluh perlahan. Sudah berkali-kali dia mengeluh begitu. Sudah berkali-kali juga telefon pintarnya berdering sengaja tidak mahu di layan kerana dia tahu yang menghubunginya itu Arif Safuan

Sejak malam tadi dia berasa sungguh marah mungkin lebih kepada cemburu apabila Arif Safuan tidak segan-segan mengatakan sedang makan bersama Zilla walaupun dia sudah tahu seperti apa hubungan gadis itu dengan Arif Safuan

"Adik dengan abang konon.. bukan adik betul pun. Ah lelaki semuanya sama je. Mulut je manis tapi buaya," Intan Nabila mengomel sendiri dengan kepala tergerak-gerak seperti Auntie india sedang berbicara "Abang dah makan, abang apa kabar, hiss sakitnya hati aku,"

"Kamu dah kenapa Intan?,"

Terangkat bahu Intan Nabila bila mendengar suara kasar ibunya di belakang

"Tak ada apa-apa," Jawab Intan Nabila tanpa memalingkan badan memandang ibunya

Puan Safura mengeleng dengan hati yang masih kesal "Kenapalah kamu nie degil sangat intan. Mak risau tahu tak kalau keluarga ikram halau kamu nanti,"

"Intan'kan pergi dengan Pakcik Apul mak, Berani ke keluarga ikram tu nak halau intan," bersahaja pertanyaan ibunya di jawab

"Tapi mak risau intan, kalau mak ikram tu hina kamu kat sana. Intan sendiri pun tahu'kan macam mana perangai mak ikram tu,"

Keluhan di lepaskan pelan meskipun tanpa rela. Intan Nabila berasa kesal memuntahkan keluhan serupa itu atas kerisauan ibunya. Senyuman manis di ukir. Pelan-pelan intan Nabila memalingkan badan.

"Mak jangan'lah risau. Niat intan pergi ke sana bukannya nak menangis, bukannya nak meraung. Intan dah tak kisah mak. Niat intan cuma nak ucapkan tahniah je pada ikram. Intan akan lepaskan dia pergi dan intan berjanji pada mak selepas nie intan tak akan termakan lagi dengan pujuk rayu lelaki tu. Itu janji intan pada mak,"

"Betul?,"

Intan Nabila bersungguh-sungguh mengangguk

Puan Safura segera memeluk tubuh anak gadisnya dengan hati yang sedikit tenang "Ingat intan kalau sapa-sapa hina kamu kat sana. Balik je terus tak usah tunggu ya,"

"Baiklah mak,"

JAM 1.45 tengahari Saiful saad datang menjemput Intan Nabila. Saat di dalam kereta, Intan Nabila terpesona dengan kecantikan dan kekemasan dalam kereta Mercedes jenis A180 AMG nampak sporty. Tingkah Intan Nabila itu mencuit hati Saiful saad yang sedang memandu

"Intan suka dengan kereta nie?,"

"Takdelah suka. Cuma kereta nie nampak cantik. Luar pun cantik dalam pun cantik. Berapalah harga kereta nie pakcik?,"

"Hampir 500 ribu,"

"Hah?," Intan Nabila tergamam sehingga melopong mulutnya "Dah macam harga sebiji rumah,"

"Bukan beli cash. Bayar bulan-bulan kat bank. Belum jadi milik pakcik lagi. Intan tak teringin ke pakai kereta?,"

Intan Nabila mengeleng. "Kerja intan sesuai guna motor je pakcik. Lagi pun kereta mak dah ada. Kalau intan rasa nak bawak kereta, Intan bawak jelah kereta mak Intan,"

"Intan ada lasen kereta?,"

"Ada," Intan Nabila mengangguk

"Apa kata pakcik hadiahkan kereta nie pada Intan,"

"Eh! kenapa pakcik nak hadiahkan kereta nie pada intan," Intan Nabila sedikit terkejut

"Alaa hadiah perkahwinan,"

"Hadiah perkahwinan?," Berkerut kening Intan Nabila memandang Saiful saad

"Ah..ah kalau Intan kawin dengan Arif,"

"Pakcik Apul!," Intan Nabila memeluk tubuh. Terus sahaja pandangannya di lontar di luar tingkap. Wajahnya yang putih mulus sedikit kemerahan menahan malu

"Kalau Arif ajak intan kawin. Intan sudi tak?,"

"Tak," ringkas sahaja jawapan intan Nabila walaupun itu bukan jawapan dari lubuk hatinya yang sudah mula menyukai Arif Safuan

Saiful saad sekadar tersenyum mendengar jawapan yang ringkas itu

KERETA di pandu Saiful saad masuk ke bawah basement Hotel Ruby memarkir keretanya di tempat yang sudah di khaskan untuknya. Ketika itu hampir keseluruhan tempat letak kereta di basement itu sudah di penuhi dengan kenderaan Para tetamu yang ingin hadir ke majlis perkahwinan ikram dan Linda

Intan Nabila keluar dari kereta. Beberapa orang tetamu yang sedang berjalan ke arah lif memandang ke arahnya membuatkan Intan Nabila menjadi segan mahu melangkah

"Intan?,"

"Ya pakcik," Intan Nabila menyahut

Saiful Saad melangkah ke arah tempat duduk pemandu. Hairan memandang Intan Nabila masih lagi tercegat berdiri

"Jomlah Intan,"

Mulanya Intan Nabila seperti teragak-agak mahu melangkah berasa segan jika para tetamu melihat langkahnya yang tidak sempurna akan tetapi dia cuba mengagahkan diri

"Tak usah malu Intan. Diorang bukannya tengok intan berjalan tapi diorang tengok muka intan," Kata Saiful saad sambil memerhati Intan Nabila berjalan terenjut-enjut di sebelahnya

"Kenapa dengan muka intan pakcik," Tanya Intan Nabila pelan

"Cantik,"

Intan Nabila menyenget bibir sambil menjeling Saiful saad namun pujian itu mencetuskan sedikit semangat dalam dirinya

PINTU lif terbuka setelah berhenti di tingkat dua. Para tetamu yang berpakaian cantik dan segak melangkah keluar dari lif. Intan Nabila melangkah keluar bersama Saiful saad dan ketika itu kedengaran suara seorang pengacara majlis di selang seli bunyi alunan muzik. Walaupun masih berada di luar dewan namun kemeriahan majlis itu dapat di rasai sehingga di luar.

Majlis perkahwinan Ikram dan Linda berlangsung begitu meriah. Beberapa para tetamu yang terdiri daripada sahabat handai, kenalan rapat dan juga sanak saudara kedua belah pihak mengambil kesempatan bergambar dengan pasangan pengantin

Intan Nabila melangkah masuk ke dalam dewan bersama Saiful saad. Raut wajahnya terus berubah sayu apabila melihat Ikram di atas pelamin berpakaian pengantin begitu segak

"Intan,"

"Ya pakcik,"

"Ambil kad nie," Saiful saad menghulurkan kad jemputan namun ia kelihatan berbeza dengan kad kawin biasa "Intan bawa kad nie. Pergi duduk kat meja depan sana. Nanti intan nampak tengah meja tertulis Vip,"

"Pakcik tak ikut sekali?," Tanya Intan Nabila tangannya mengambil kad yang di hulur itu. Hatinya mulai bimbang memandangkan meja Vip berada berdekatan dengan pentas pelamin. Ikutkan hati, dia sekadar mahu duduk di meja belakang

"Pakcik nak jumpa dengan pengurus hotel kejap," Saiful saad menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang menguruskan para tetamu yang hadir "Pakcik pergi dulu ya,"

Dengan berat hati Intan Nabila mengangguk. Dia memerhati seketika Saiful saad berjalan menuju ke arah Mizi kemudian dia memerhati pula keadaan dewan yang riuh rendah hampir kesemua meja sudah dipenuhi dengan para tetamu yang hadir

Intan Nabila menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sebelum kakinya melangkah melewati beberapa meja. Dengan langkah yang terenjut-enjut. Kepala sedikit menunduk. Keningnya terangkat memandang laluan namun secara tiba-tiba seorang tetamu bangun secara mengejut. kerusi yang di tolak ke belakang telah mengenai kaki kanan intan Nabila.

"Aduh," Intan Nabila merintih dan hampir terjatuh akan tetapi ada seorang lelaki pantas memegang bahunya

"Eh saya minta maaf cik," Ucap tetamu itu bila sedar kerusi di tolaknya mengenai Intan Nabila

"Lain kali Encik kalau nak bangun tengoklah orang kat belakang dulu. jangan main bangun je cuba tengok, cik nie dah sakit kerana perbuatan Encik," Ucap lelaki berbaju batik tinggi dan tegap

"Saya betul-betul minta maaf pakcik, cik saya tak sengaja,"

"Tak apa, saya okay je," Balas intan Nabila dengan senyuman yang jelas-jelas terpaksa

"Cik nak pergi mana nie," Tanya lelaki yang membantu tadi

Intan Nabila mendongak sedikit memandang wajah lelaki itu namun dia sedikit terkejut apabila melihat wajah seorang lelaki yang agak berusia mempunyai wajah yang mirip dengan seorang lelaki yang di kenalinya "Saya nak pergi ke meja depan tu,"

Datuk Rasyid ishak mengangguk. Tangannya masih memegang bahu intan Nabila, retinanya teralih memandang kad jemputan yang sedang di pegang gadis itu

"Nak pergi ke meja Vip ke?,"

Intan Nabila mengangguk

"Saya pun nak ke sana jugak. Apakata kita pergi sekali,"

Intan Nabila mengangguk lagi

"Nama siapa?," Tanya Datuk Rasyid ishak lembut sambil melangkah pelan mengekori belakang Intan Nabila

"Nama saya intan Nabila pakcik,"

Datuk Rasyid ishak mengangguk "Kenapa dengan kaki intan?,"

Intan Nabila memaling kepalanya "Kemalangan, cedera kat Lutut kanan,"

Datuk Rasyid ishak mengangguk mengerti. Tidak lagi bertanya selepas mereka berdua tiba di meja vip.

"Assalamualaikum Rasyid,"

"Waalaikummusalam Borhan," Jawab Datuk Rasyid Ishak sambil menarik kerusi untuk intan Nabila "Duduk Intan,"

"Terima kasih pakcik," Ucap Intan Nabila. Kad yang di pegang di letak atas meja sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu

"Siapa tu Rasyid?,"

"Oh ini Intan. Aku terserempak waktu nak ke sini tadi," Jawab Datuk Rasyid ishak masih lagi berdiri

"Memang meja dia kat sini ke?," Tanya Tan seri Borhan dengan lagak bersahaja

"Apa kau nie Borhan. Tengoklah kad jemputan dia atas meja tu,"

Intan Nabila menunduk malu. Mulai merasa gelisah duduk di meja itu

"Intan jangan ambil hati. Kawan pakcik nie memang perangai macam tu," jelas Datuk Rasyid ishak

Intan Nabila mengankat sedikit wajah "Tak apa-apa pakcik. Intan faham,"

"Intan datang sorang je,"

"Oh tak. Intan datang berdua dengan Pakcik saiful,"

"Saiful saad,"

Intan Nabila mengangguk. Wajah Datuk Rasyid ishak terlihat sedikit terkejut begitu juga dengan Tan seri Borhan manakala isterinya Puan seri Sarbiah hanya memerhati

"Apa hubungan Intan dengan Saiful saad?,"

"Pakcik Saiful kawan baik ayah Intan,"

Datuk Rasyid ishak mengangguk namun ketika dia ingin bertanya lagi. Datuk yusof ayah kepada pengantin perempuan datang menegur

Sementara itu di atas pentas pelamin. Kening Puan Hasimah bertaut apabila perasan kelibat Intan Nabila sedang duduk di meja Vip. Dia yang sedang berdiri di sebelah pengantin lelaki segera membongkokkan badan membisik sesuatu di telinga anak lelakinya

Ikram sedikit terkejut setelah mendengar bisikan ibunya "Ikram dah cakap kat dia semalam jangan datang," Bisik ikram pada ibunya semula

"Habis tu kenapa dia datang. Siap duduk kat meja Vip lagi. Cuba ikram tengok kat sana. Ayah mertua ikram ada kat situ,"

"Mana?,"

"Tuu.. kat meja depan tu,"

Retina Ikram pantas teralih memandang meja di depan sebelah kanan. Keningnya terangkat bila melihat Intan nabila sedang memandang ke arahnya

"Cuba mak pergi sana suruh dia duduk kat meja lain. Ikram takut kalau dia bagitahu pasal cerita cerita tu pada ayah mertua ikram. Kalau boleh mak halau je dia. Semak betul,"

Puan Hasimah menegakan badannya semula dengan gigi di getap geram "Hiss tak sedar diri betul si Intan nie. aku dah pesan kat mak dia jangan datang, dia datang juga. Muka memang tak tau malu,"

Cepat sungguh Puan Hasimah mengayunkan kakinya turun dari pantas. Bibirnya berpura-pura tersenyum dengan raut wajah yang ceria setelah menghampiri meja Vip

"Apa kabar Tan seri, Puan seri. Datuk Terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang,"

Puan Seri Sarbiah hanya mengangguk. Tan seri Borhan langsung tidak memandang di kala itu sedang asyik berbual dengan Datuk Yusof bersama Datuk Rasyid ishak. Puan Hasimah menjeling ke arah Intan Nabila

"Eh Intan, Kenapa intan duduk kat sini?," Puan Hasimah berpura-pura bertanya "Ini tempat vip Intan, mari makcik bawa intan duduk kat meja lain," Puan Hasimah segaja menarik kasar lengan Intan Nabila

Intan Nabila segera menurut. Dia tidak mahu membuat kecoh di situ. Awal lagi dia sudah tahu niat puan Hasimah datang ke mejanya

"Sebentar puan," Datuk Rasyid ishak tiba-tiba menahan apabila Intan Nabila ingin bangun "Cik intan nie datang dengan Saiful Saad bos nombor dua hotel Ruby nie,"

"Oh yeke," Puan Hasimah berpura-pura terkejut. Cepat-cepat dia melepaskan lengan intan Nabila "Intan nie pun.. bagitahu'lah kat makcik dengan siapa intan datang,"

"Tak apa makcik. Intan boleh duduk kat meja lain," Intan Nabila tetap bangun. Tingkahnya itu di perhati Datuk Rasyid ishak, Datuk Yusof dan Tan seri Borhan

"Mari Intan duduk kat meja makcik. Senang sikit kita nak berborak nanti," Puan Hasimah tersenyum-senyum penuh kepura-puraan lalu memandang Datuk Rasyid ishak "Datuk jangan salah faham ya, Intan nie kawan baik anak saya. satu sekolah. Saya pun memang baik dengan keluarga dia,"

Datuk Rasyid ishak sekadar mengangguk

Sebaik sahaja Intan Nabila bangun. Puan Hasimah terus memaut lengan intan Nabila berpura-pura mesra

"Kau nie memang tak tau malu kan intan. Aku dah pesan kat mak kau. Suruh kau jangan datang. kau datang juga," Bisik Puan Hasimah sambil berjalan rapat di sisi intan Nabila "Sampai sanggup jual diri kau kat orang Vip semata-mata nak duduk kat meja tu sebab nak tunjuk kat ikram'kan,"

"Makcik jangan sedap mulut je tuduh saya. Pakcik Saiful tu kawan baik ayah saya,"

"Habis tu kenapa. Kau nak mengadu kat dia. Hey intan dengar sini. ini majlis perkahwinan anak aku. Memang aku ada jemput kau dengan keluarga kau tapi di sebab mulut kau tu nyaris-nyaris ikram tak jadi kahwin tau tak,"

"Bukan saya makcik yang sebarkan cerita tu,"

"Alahh kau jangan nak menipu aku intan. Memang dari dulu lagi kau tergilakan ikram. Sampai sanggup nak rosak perkahwinan dia. Eh Tak boleh ke kau guna otak kau tu sikit. Kalau ikram tu dah tak nak kat kau. terima jelah. Susah sangat ke?,"

Intan Nabila menahan air matanya dari mengalir "Saya datang ke sini makcik cuma nak ucapkan tahniah pada ikram. itu je niat saya. lepas nie saya tak akan ganggu dia lagi,"

"Tak payah nak ucap tahniah. Ikram tak nak jumpa kau, tak nak tengok muka kau. Lebih baik kau pergi je balik,"

Intan Nabila mengeleng lemah. Akhirnya dia terpaksa mengalah "Baiklah makcik. Tapi tolong bagitahu Ikram saya akan sentiasa doakan kebahagian dia,"

"Ya kalau aku ingat. Dah pergilah balik,"

Assalamualaikum semua. Minta maaf ya jika saya menganggu," Kedengaran suara lelaki menggunakan Microphone

Puan Hasimah dan Intan Nabila sama-sama menoleh. Seorang lelaki berpakaian segak sedang berdiri di bawah pentas bersama dengan seorang lelaki cina dan juga Saiful Saad.

"Saya Arif Safuan pemilik hotel Ruby, ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pengantin kita hari ini, Encik ikram dan isteri beliau puan Linda. Sebagai tanda perhargaan dari saya. Saya ingin menghadiahkan satu package honeymoon untuk pengantin kita. Flight tempat duduk first class pergi balik ke Australia dan juga penginapan selama seminggu di hotel lima bintang Elizabeth Ruby. Bilik vip di tanggung sepenuhnya oleh pihak hotel di sana,"

Mendengar sahaja hadiah package honeymoon itu tadi, Linda terus berdiri dengan wajah riang sambil menepuk tangannya begitu juga dengan para tetamu yang hadir turut menepuk tangan

Arif Safuan tersenyum melihat gelagat pengantin perempuan begitu gembira dengan hadiahnya

"Saya doakan semoga perkahwinan Encik ikram dan puan Linda kekal bahagia sehingga ke jannah. insya-Allah pada bulan akan datang kemungkinan saya juga akan melangsungkan perkahwinan saya di sini. Alhamdullilah dapat juga orang melaka. Itu saja terima kasih," Selesai sahaja Arif Safuan memberi ucapan, Microphone di serahkan kembali kepada pengacara majlis di atas pentas

"Tunggu sebentar Encik Arif," Pinta pengacara majlis

Arif safuan mendongak

"Boleh kami tahu siapa pengantinnya nanti. Ada ke dalam dewan nie,"

Arif Safuan mengangguk

"Siapa namanya," Pengacara majlis itu menghulur microphone sedikit rapat pada mulut Arif Safuan

"Intan Nabila,"

Mendengar sahaja nama Intan Nabila di sebut. Puan Hasimah pantas menoleh memandang Intan Nabila dengan raut wajah terkejut bahkan ketika itu Intan Nabila turut terkejut mendengar namanya di sebut Arif safuan

Ikram yang sedang duduk tiba-tiba sahaja berdiri namun berpura-pura menepuk tangan apabila isterinya memandang. Datuk Rasyid ishak, Datuk Yusof dan Tan seri Borhan turut berasa terkejut berbeda dengan reaksi isterinya Puan seri Sarbiah tenang sahaja memandang ke arah Arif safuan

Arif Safuan meminta semula microphone dari pengacara majlis lalu dia memandang ke arah intan Nabila

"Mari ke sini Intan,"

Wajah Intan Nabila yang putih berubah pucat. Teragak-agak mahu melangkah. Bimbang jika Arif Safuan ingin mempermainkannya namun setelah melihat senyuman lelaki itu penuh keiklasan. Pelan-pelan kakinya di ayun ke arah Arif Safuan sambil menahan air matanya dari berjatuhan

Tubuhnya bergetar. Darahnya pula berderau ketika Arif Safuan memeluk bahunya

"Pekenalkan. Ini bakal isteri saya Intan Nabila,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience