Bab 15

Romance Completed 43498

Linda berjalan laju bersama dua orang rakannya menuju ke arah dewan terletak di tingkat dua di dalam Hotel Ruby yang akan berlangsung majlis perkahwinannya nanti. Raut wajahnya yang putih tambah berseri-seri saat berjalan setelah mendengar kabar gembira dari ayahnya, Majlis perkahwinannya itu nanti akan di sponsor sepenuhnya oleh pihak hotel. Sudah tentulah dia tidak mahu melepaskan perluang untuk membuat sebuah majlis yang gilang-gemilang

"Cik Linda,"

Linda menoleh ketika melangkah masuk ke dalam dewan. Mizi berjalan menghampirinya

"Saya Mizi pengurus hotel nie,"

"Okay,"

"Kami dah kumpulkan beberapa wending planner terkenal di melaka. Mereka ada sediakan pakej yang terbaik untuk majlis perkahwinan cik linda nanti. Begitu juga untuk pengacara majlis. Cik Linda boleh pilih sendiri,"

"Umm.. bagaimana dengan juadah dan kek?,"

"Itu Cik Linda jangan risau. semuanya di uruskan chef-chef hotel. Untuk kek pula cik Linda boleh pilih jenis kek apa yang cik Linda nak,"

"Semuanya hotel nie sponsorkan?,"

Mizi mengangguk dengan senang hati "Betul Cik Linda,"

Bibir Linda melirik lebar. Hatinya begitu riang. Di tengah dewan pula kelihatan wending planner sudah pun menunggu, masing-masing mengharap pakej mereka di pilih untuk majlis itu nanti

"BIAR intan buat mak,"

"Tak usah. Intan pergi duduk dengan abah. Biar mak yang buat,"

Intan nabila serba salah memerhati ibunya mengemas barang dan pakaiannya di dalam almari di masukan ke dalam beg

"Mari sini Intan," Panggil Adlan Hanif dengan lembut

Lantas Intan Nabila melangkah terenjut-enjut ke arah ayahnya kala itu sedang duduk di sofa. Anak mata Puan Safura diam-diam menjeling. Bertubir kelopak matanya melihat cara anak gadisnya berjalan

"Lutut intan sakit lagi tak?," Tanya Adlan Hanif lembut

Intan Nabila mengeleng "Tak sakit dah Abah bila jalan jelah dah tak macam biasa,"

"Sabar ya Intan,"

Intan Nabila mengangguk tenang sambil melabuhkan punggung di sebelah ayahnya

"Jantung abah macam mana. Masih sakit lagi?,"

"Alhamdulilah. Lepas pembedahan tu. Kesihatan abah dah semakin membaik. Bernafas pun dah tak sakit," Adlan Hanif menggengam-genggam tangan kirinya "Tangan kiri abah nie pun dah tak lenguh,"

"Alhamdulilah. Intan bersyukur sangat abah dah sihat," sayu nada suara intan Nabila sambil memegang tangan ayahnya

Adlan Hanif hanya mendiamkan diri walaupun dalam hatinya ingin menanyakan punca kemalangan yang menimpa anak gadisnya kerana dia sudah mendengar dari rakan-rakan anaknya itu ketika mereka datang melawatnya di rumah menceritakan bagaimana intan Nabila terbabit dengan kemalangan

"Oh ya, Arif tak datang ke?," Tanya Puan Safura

Intan Nabila mengankat wajah memandang jam di dinding "Mungkin sekejap lagi mak,"

Bibir Adlan Hanif tersenyum bila mendengar nama Arif Safuan. hilang terus niat menanyakan tentang kemalangan itu
"Bagaimanalah hubungan Intan dengan Arif sekarang, Okay tak?,"

"Okay je Bah. Arif pun baik sangat dengan Intan. Setiap hari dia jaga Intan,"

Senyuman Adlan Hanif semakin melebar penuh makna "Arif tu memang baik Intan. Sesuai sangat jadi penjaga tetap intan,"

"Penjaga tetap?,"

Adlan Hanif mengangguk "Jadi suami Intan,"

"Hiss Abah nie," Wajah Intan Nabila kemerahan menahan malu "Abah jangan cakap macam tu tau kalau Arif sampai nanti. Intan malu,"

"Apa nak di malukan Intan. Kalau dah jodoh depan mata terima je,"

"Ah.. ah betul abah intan tu cakap. Jodoh yang intan tunggu-tunggu selama nie minggu depan dah nak kawin. Siap jemput kita lagi," Puan Safura mencelah dengan nada geram

Cepat saja kepala Intan Nabila menoleh dengan raut wajah sedikit terkejut "Betul ke mak?,"

"Ya intan. Kad kawin tu ada kat rumah. Intan tengoklah puas-puas nanti,"

"Safura?,"

Puan Safura berdengus dengan jelingan tajam ke arah anak gadisnya itu. Intan Nabila menunduk tidak berani membuka mulut kerana sedar ibunya masih belum dapat memaafkan perbuatannya

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"

Adlan Hanif terus bangun dari sofa setelah melihat Arif Safuan bersama Arianna dengan Saiful saad masuk ke dalam bilik

"Nenek," Arianna dengan wajah ceria meluru ke arah Puan Safura sebaik sahaja masuk ke dalam

"Arianna,"

"Apa kabar bang?,"

"Alhamdulilah. Abang sihat je Apul,"

Saiful saad tersenyum sambil bersalaman dengan ayah intan Nabila begitu juga dengan Arif Safuan

Intan Nabila bertentang mata dengan Arif Safuan namun tiada kesenangan dari tatapan mereka berdua. Arif Safuan masih terkilan dengan sikap intan Nabila malam tadi secara tiba-tiba memaksanya supaya membatalkan majlis perkahwinan Ikram dan linda di hotel miliknya di melaka

Mereka berdua bertengkar hampir satu jam sehingga memaksa Arif Safuan keluar dari bilik kerana sakit hati dengan sikap degil intan Nabila

"Insya-Allah bang, Hari jumaat saya ke sana sebab saya kena hadir majlis perkahwinan anak Datuk yusof,"

"Arif ikut sekali ke?,"

Arif Safuan mengeleng "Insya-Allah kalau sempat, sebab hari sabtu saya ada urusan penting,"

"Amboi sabtu pun kerja,"

"Dia kena jemput bisnes partner kami dari China," Kata Saiful saad

"Kami pun kena jemput juga," Celah Puan Safura sambil mendukung Arianna dengan jelingan ke arah intan Nabila

"Jemput ke mana kak?,"

"Perkahwinan anak datuk tulah,"

"Eh. Kak Safura kenal ke dengan keluarga pengantin?," Tanya Saiful saad hairan

"Kenal sangat Apul, Abang kau nie dengan ayah pengantin lelaki dah lama kenal. Intan pun dulu satu sekolah dengan pengantin tu,"

Arif Safuan memandang Intan Nabila dengan senyuman hambar. Intan Nabila hanya diam. Dia seakan mati perasaan. Hanya menatap kosong pada pasu bunga di tengah meja

Saiful saad terangguk-angguk "Kalau macam tu apa kata hari sabtu tu nanti saya datang jemput. Boleh kita pergi sekali,"

"Insya-Allah. Nanti Apul jangan lupa singgah rumah abang kalau dah sampai melaka,"

BANGUNAN Seri Maju Sdn Bhd.

"Tuk. Tuk. Tuk.,"

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka. Seorang lelaki berusia 40 an masuk ke dalam pejabat sambil membawa sebuah fail

Datuk Rasyid ishak bersama anak lelakinya Fairuz kala itu sedang duduk di sofa memerhati pengurus projek menghampiri mereka berdua

"Ya Saifudin,"

"Maafkan saya datuk kalau saya menganggu,"

"It's okay. Duduklah,"

Saifudin mengangguk dengan tubuh sedikit membongkok sebagai tanda hormat pada pengerusi syarikat Seri maju sdn bhd lalu melabuhkan punggung di sebelah Fairuz

"Begini datuk. Semalam Saya dapat tahu seorang jutawan dari china mahu membangunkan sebuah hotel di sabah. Berita baiknya, jutawan tu akan mengunakan sepenuhnya kepakaran dari Malaysia untuk membangunkan hotel tu,"

Datuk Rasyid ishak menegakan badannya. Sedikit teruja dengan kabar itu "Betul ke Saifudin?,"

"Betul datuk. Saya dapat tahu dari salah seorang staff pejabat tanah di kota Kinabalu yang selalu berurusan dengan kita,"

"Masalahnya sekarang berita tu sahih ke?," Fairuz mencelah dengan bibir menyenget

Saifudin tidak terus menjawab. Raut wajahnya serba salah saat memandang Datuk Rasyid ishak dan Fairuz

"Begini datuk. Nama jutawan tu Xuan Lee. Dia adalah bisnes partner Arif Safuan. Hotel yang mahu di bangunkan di sabah nanti adalah salah satu hotel Ruby bertaraf lima bintang,"

"What?,"

"Are you sure Saifudin?," Tanya Datuk Rasyid ishak dengan raut wajah terkejut

Saifudin mengangguk "Saya juga di beritahu ada perjanjian dua hala telah di sepakati antara kerajaan negeri sabah dengan jutawan tu. Cuma buat masa sekarang nie, tiada siapa yang tahu isi kandungan perjanjian tu,"

Datuk Rasyid ishak terus bangun dari duduknya. Dalam keadaan resah kakinya melangkah mundar-mandir di belakang Sofa

"Kita tak perlu ambil tahu tentang perjanjian tu. Kita cuma perlu tahu di mana lokasi tapak hotel itu akan di bina,"

"Itu datuk jangan risau," Saifudin bangun dari duduknya lalu menghulurkan fail yang di bawanya tadi "Ini dia datuk lokasi tapak hotel itu akan di bangunkan,"

Dengan segera Datuk Rasyid ishak mengambil fail yang di hulurkan orang bawahannya itu. Sehelai demi sehelai isi fail itu di selak. Bibirnya tersenyum

"Ini lokasi baru. Bukan setakat hotel saja akan di bina di sini,"

"Benar tu Datuk. Sejak semalam saya selidik tentang lokasi tu dan saya hairan mengapa kerajaan sabah menyediakan tapak seluas 300 ekar hanya untuk membangunkan sebuah hotel bila saya selidik lagi baru saya sedar. Tapak yang di sediakan bukan hanya setakat pembinaan hotel tapi sebuah projek mega kemungkinan akan di bangunkan di tapak itu sama seperti projek forest city di johor,"

"Tapi kita tak kenal siapa Xuan lee tu,"

"Dia Anak taikun Macau Papa, salah seorang jutawan muda di China,"

"Fairuz kenal ke?,"

Fairuz mengeleng kepalanya "Kan Saifudin dah cakap tadi. Lelaki cina tu rakan kongsi Arif. Ah! tak payahlah Papa ambil perduli dengan projek tu. Kita pun dah ada banyak projek kat luar sana,"

"Ini projek berskala beras Fairuz. Andai kata tender projek nie di buka nanti. Seluruh syarikat yang ada di Malaysia akan berebut,"

"Bukan ke kita memang dah ada kelebihan datuk sebab kita kenal Arif Safuan,"

"Siapa cakap kita kenal!?," Soal Fairuz dengan nada sedikit meninggi pada pengurus projek

"Maafkan saya Encik Fairuz,"

"Papa. Papa kena ingat bagaimana hubungan kita dengan Arif. Selama nie tiada satu pun projek hotel dia, dia berikan pada kita. Lagi pun dia dah tak anggap kita nie keluarga dia,"

"Projek kita memang banyak Fairuz. Tapi Fairuz sedar tak, kesemua projek tu jika kita gabungkan keuntungannya tak sampai 50 juta,"

"Habis tu papa nak pergi mengemis dengan anak luar nikah Papa tu,"

Raut wajah Datuk Rasyid ishak terus berubah "Kau cakap baik-baik sikit Fairuz, Aku nie Papa kau bukannya kawan kau!. Selama kau kerja dengan Papa satu projek pun kau tak dapat. kau cuma tahu menghabiskan duit je,"

"Papa!," Serentak itu juga Fairuz bangun dari sofa

"Ah sudah. Kau pergi keluar sekarang!,"

"Papa!,"

"Keluar!,"

Fairuz dengan wajah kemerahan menahan marah, Kakinya di ayun laju ke arah pintu akan tetapi dia sempat memalingkan badannya semula memandang ayahnya namun Datuk Rasyid ishak langsung tidak mempedulikannya

Saifudin serba salah memerhati Fairuz keluar dari pejabat sementara Datuk Rasyid ishak sudah pun duduk di atas kerusi empuknya

"Kemari Saifudin,"

"Ya datuk,"

"Nanti awak cuba selidik berapa banyak pelaburan yang akan di laburkan jutawan tu pada projek tu nanti,"

"Baik datuk,"

Datuk Rasyid ishak meraup wajahnya sebelum menghela nafas pelan "awak pun tahu tentang hubungan saya dengan Arif memang tak begitu baik. Nak jumpa dengan dia pun susah,"

"Ummm.. Datuk kenal kan dengan Datuk yusof,"

"Datuk Yusof?,"

Saifudin mengangguk "Bekas menteri pelancongan negeri melaka,"

"Oh Ya memang saya kenal. Sabtu depan ada majlis perkahwinan anak perempuan dia,"

"Bukan ke majlis tu nanti akan berlangsung di hotel Ruby. Setahu saya hubungan Arif dengan Datuk yusof tu baik,"

Datuk Rasyid ishak temangu sejenak seakan faham dengan maksud kata-kata pengurus projeknya tadi

"Apa kata datuk jumpa Arif kat sana,"

JAM 4 petang tadi Intan Nabila sampai ke rumahnya di melaka. Selama itu dia hanya berbaring di atas katil sambil menaip mesej lalu di kirim pada Ikram merayu Lelaki itu supaya berjumpa dengannya

Intan Nabila mengeluh. Telefon pintarnya di taruh di atas perut manakala lengan tangan kanannya di letak di atas dahi. Retinanya menatap kipas siling yang sedang berpusing

Kelopak matanya asyik terjatuh seakan mahu terlelap. Setelah beberapa detik berlalu telefon pintarnya berdering. Terangkat terus kelopak matanya apabila melihat nama sayang tertera pada skrin

Segera Intan Nabila memjawab "Hello,"

"Hello intan,"

"Ya saya," Bertubir kelopak matanya saat mendengar suara ikram

"Intan kat mana sekarang?,"

"Kat rumah,"

"Ada sesiapa kat rumah intan?,"

"Mak dengan abah pergi beli barang dapur,"

"Okay. Kejap lagi aku datang. Kita pergi makan kat luar ya,"

"Betul ke?,"

"Ya intan. Dalam 15 minit aku sampai. Tapi ingat kalau mak dengan abah intan sampai dulu cepat-cepat call aku,"

"Okay,"

Tanpa membuang masa Intan Nabila dengan raut wajah yang ceria bangun dari katil. Dalam keadaan terenjut-enjut kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air sambil menanggal semua pakaiannya

SEBUAH kereta Honda jenis Suv berwarna biru memarkir di hadapan pagar rumah. Ikram memerhati dari luar tingkap kereta. Pintu dan grill rumah itu masih tertutup rapat. Telefon pintarnya terus di angkat namun Intan Nabila membuka pintu rumah tersebut dari dalam

Berkerut kening Lelaki itu apabila melihat Intan Nabila berjalan terenjut-enjut. Dengan perasaan bersalah ikram bergegas keluar dari keretanya meluru ke arah Intan Nabila

"Kenapa kau berjalan macam nie Intan?,"

"Kenapa ikram tanya. Bukan ke ikram dah tahu penyebab kaki saya jadi macam nie,"

Raut wajah ikram sedikit terkejut. Terdetik penyesalan di lubuk hatinya "Bukan aku yang buat intan,"

"Sudahlah. Baik kita pergi sekarang takut nanti Mak dengan abah intan sampai,"

Ikram mengangguk lalu membuka pintu untuk intan Nabila

"Cantiknya," Ucap Intan Nabila sebaik sahaja masuk ke dalam kereta itu tahkala Ikram berjalan di hadapan kereta untuk ke pintu pemandu

Pintu bahagian pemandu di buka. Ikram masuk ke dalam. "Pakai tali pinggang keledar tu intan,"

"Kita nak pergi makan kat mana?," tanya intan Nabila sambil menarik tali pinggang keledar menyilang pada tubuhnya

"Apa kata kita pergi Muar,"

"Muar, Jauhnya,"

"Intan tak nak ke duduk dalam kereta nie lama-lama?,"

"Tentulah nak,"

KERETA di pandu ikram bergerak menuju ke telok mas untuk memasuki laluan lebuh raya Melaka-Muar.

Intan Nabila tersenyum, sejak tadi asyik menoleh memandang wajah ikram seakan tidak pecaya lelaki yang di rinduinya sejak sebulan lalu berada di sebelahnya namun dalam hatinya pula merasa sakit dan berantakan membuatkannya gelisah dan tidak tenteram manakan tidaknya buah hati yang amat di cintainya itu tidak lama lagi akan menjadi milik orang

Masih terbayang bagaimana hampa perasaannya selepas terbabit dengan kemalangan, Ikram langsung tidak menghubungi atau mengirimkan pesanan menanyakan kabar tentang dirinya akan tetapi dia tidak pernah menyimpan dendam dan selalu menjadi pemaaf, mengalah seperti sering dia lakukan

Ikram bernafas panjang. Anak matanya mengerling sekilas wajah Intan Nabila

"Maafkan aku intan. Waktu tu bukan aku yang bawa kereta tu,"

"Kenapa ikram tak berhenti?,"

"Aku dah suruh Linda berhenti tapi dia tak nak," Ikram segaja mereka cerita

"Oh namanya Linda. Bakal isteri ikram kan,"

Ikram diam tidak menjawab

"Ikram. Sebenarnya saya nie siapa di hati ikram. Kenapa setiap kali, saya yang jadi mangsa. Selama sepuluh tahun kita bercinta. Apa saja yang ikram nak saya berusaha tunaikan. Saya tak pernah ungkit,"

"Jujur. Aku masih mencintai kau intan. Tapi aku dah terlanjur dengan perempuan tu. Dia mengandungkan anak aku,"

"Apa?," Berkerut kening Intan Nabila memandang ikram

"Aku perlu bertanggungjawab apa yang aku dah buat. Tak akan aku nak suruh perempuan tu gugurkan kandungan tu,"

"Habis tu bagaimana dengan intan?," Intan Nabila menangis teresak-esak luluh hatinya mendengar pengakuan ikram tadi

Ikram mempelahankan kereta kemudian menekan butang signal ke kiri. Kereta berhenti di tepi jalan

Ikram mengeluh berat dengan tatapan bersalah pada Intan Nabila. Sejujurnya di dalam hatinya memang tiada niat untuk menemui gadis itu lagi namun dirinya tertekan dengan dua sebab. Bimbang jika Intan Nabila menuntut kembali wang 30 ribu ringgit bayaran deposit untuk keretanya. Andai kata dia tidak mampu memulangkan semula duit itu kemungkinan Intan Nabila akan membuat laporan polis tentang kemalangan itu

"Intan..," Ikram memegang tangan intan Nabila "Kita berdua kan beragama islam,"

Dengan tangis esak Intan Nabila mengangguk walaupun tidak mengerti dengan maksud lelaki itu

"Intan sanggup tak jadi isteri kedua aku?,"

"Ikram?," Intan Nabila tersentak dengan permintaan tersebut

"Aku tahu intan, kau sangat mencintai aku, begitu juga dengan aku, tapi itu saja pilihan yang aku ada,"

"Tapi bila?,"

"Itu aku belum pasti Intan, mungkin selepas sebulan aku kawin. Lagi pun aku ada kenal seseorang yang boleh bawa kita ke Thailand. Kita kawin saja kat sana,"

"Ikram sanggup ke menduakan isteri ikram?,"

"Untuk kau, aku sanggup Intan,"

"Intan pun sanggup,"

Bibir Ikram tersenyum sinis di kala Intan Nabila sedang mengesat air mata. Pandangannya yang sejak tadi penuh rasa prihatin berubah menyampah. Memang tiada niat langsung dalam hatinya untuk memperistirikan gadis yang sudah tempang itu. Niatnya hanya untuk melepaskan diri dari intan Nabila

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience