Bab 11

Romance Completed 43498

"Aduhh.. Arkk aduh sakitnya," Intan Nabila mengerang sakit saat bangun. Kejadian yang menimpanya belaku bagaikan sekelip mata. Tahu-tahu saja dia sudah terbaring di atas rumput.

Intan Nabila mengagahkan diri untuk bangun. Dia hanya merasakan lutut di bahagian kanan teramat sakit kemungkinan terhentak ketika dia terpelanting tadi. Kepala yang masih tersarung helmet di angkat mencari-cari kelibat ikram
"Sampai hati kau ikram,"

"Woii Intan!!. Intan!," Seorang penungang motorsikal Foodpanda terburu-buru menongkat motorsikalnya

"Tahar.. Aduhh.,"

Motorsikal Intan Nabila terbaring di tepi jalan dengan kerosakan yang teruk. Pemiliknya pula sudah pun bangun sambil mengerang kesakitan

"Kau okay tak intan?," Tahar menanggal helmetnya. Wajahnya cemas melihat keadaan Intan Nabila. Kebetulan ketika dia membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat. Dia melihat sebuah motorsikal mengejar sebuah kereta Myvi berwarna kuning dan tidak menyangka jika yang mengejarnya itu Intan Nabila

"Aku okay je. Lutut aku je sakit," jawab intan Nabila dalam keadaan menahan kesakitan

"Biar aku call ambulan,"

"Jangan!, Lutut aku je yang sakit yang lain okay,"

"Mungkin boleh jadi patah atau pecah terpurung lutut kau tu,"

"Aku okay. Aku boleh berdiri,"

"Kau kejar sapa intan!?," Soal Tahar lagi sambil mengankat motorsikal intan Nabila "Habis jahanam motor kau intan. Sport rim depan dah patah. Cover tepi habis pecah,"

Intan Nabila berjalan terenjut-enjut nasib baik badannya terpelanting di tepi jalan yang berumput jika dia jatuh di atas jalan sudah tentu dia akan mengalami cedera yang lebih teruk

"Kau kejar sapa Intan?," tanya Tahar lagi masih tidak berpuas hati

"Takde sapa?,"

"Weii intan aku ada kat belakang kau tahu tak. Aku nampak dengan mata aku sendiri kau yang kejar kereta tu,"

"Alah takde sapalah," Intan Nabila tetap berdegil tidak mahu memberitahu Tahar apa yang telah belaku tadi

Tahar mengaru-garu rambutnya "Bukan masalah tu intan. Aku nampak kereta tu himpit motor kau. Kalau kau jatuh atas jalan tar nie kau boleh arwah tahu tak. Kau tunggu biar aku call Azlan,"

Intan Nabila yang masih mengenakan helmet menahan tangan Tahar dari membuat panggilan "Tunggu Tahar,"

"Kenapa?,"

"Tolong call Grab,"

"Grab?,"

"Aku kena gie IJN Tahar, abah aku masuk hospital,"

"Apa?, tunggu jap aku call Grab,"

Setelah Tahar menghubungi Grab. Beberapa Rider Foodpanda yang kebetulan melalui jalan itu memberhentikan motorsikal masing-masing untuk melihat keadaan Intan Nabila

"Kenapa Tahar?,"

"Nie Intan kena himpit dengan kereta myvi sampai terpelanting kat sini,"

Rider Foodpanda itu mengeleng bila melihat keadaan motorsikal intan Nabila
"Weii nasib baik jatuh kat sini. Kalau kat jalan masak kau intan,"

"Itulah aku cakap,"

"Kau nampak nombor plat kereta tu?,"

Tahar mengeleng "Macam mana aku nak nampak. Aku terkejut beruk tadi tu. Tiba-tiba je si intan nie terpelanting berderau darah aku, masalahnya intan yang kejar kereta tu,"

"Kau kejar sapa intan?,"

Dahi intan Nabila berkerut menahan sakit pada lutut kanannya sejujurnya dia tidak berani mengatakan pekara yang sebenar memandangkan Tahar dan Azlan memang dah lama tidak berpuas hati dengan ikram

"Takde sapa,"

Tahar mengeleng kepala dengan sikap keras kepala Intan Nabila

"Kau okay tak nie, macam sakit sangat je," Rider Foodpanda itu segera memandang Tahar "Weii Tahar, baik kau bawak intan nie gie klinik macam sakit sangat je aku tengok kaki Intan nie,"

"Dia kena pergi IJN, Ayahnya masuk hospital,"

"Aduhai, Baik kau duduk intan. Kalau kau berdiri lagi sakit,"

IJN kuala Lumpur. Dengan wajah yang cemas di sebalik pelitup muka Puan Safura duduk di dalam sebuah bilik sedang menunggu doktor yang memeriksa keadaan Suaminya. Hatinya berdebar-debar sambil berdoa supaya suaminya selamat

Beberapa detik kemudian pintu bilik di buka dari luar, seorang doktor berpakaian serba hijau berbangsa india melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa fail

"Puan Safura ya?,"

"Ya saya doktor,"

"Tak usah bangun puan. Duduk saja," Pinta doktor itu apabila puan Safura mahu berdiri

"Nama saya Ganeswaran. Saya yang merawat suaminya puan tadi. doktor Hong yang merawat suami puan sebelum nie bercuti beberapa hari,"

Puan Safura terangguk-angguk "Bagaimana dengan keadaan suami saya doktor,"

Doktor Ganeswaran mengeluh pelan sambil membelek-belek setiap helaian kertas di dalam fail

"Arteri salah satu saluran darah ke jantung suami puan tersumbat. Sebelum ini saluran darah itu memang ada masalah. Jadi bila belaku serangan macam tu boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, tapi saya dah periksa tadi, jantung suami puan dalam keadaan baik cuma sekarang nie suami puan perlu di bedah segera,"

"Risikonya bagaimana doktor?,"

"Puan jangan risau, Risiko untuk pembedahan ini tidak terlalu berisiko. Apa yang saya akan lakukan nanti sama saja dengan apa yang telah di terangkan Doktor Hong kepada puan sebelum nie,"

"Ya. ya saya ingat lagi. Tapi bagaimana dengan kos pembedahan tu doktor?,"

"Anggaran dalam 90 puluh ribu Ringgit,"

"Eh tapi sebelum nie doktor hong bagitahu saya kos rawatan tu 150 puluh ribu ringgit,"

Doktor Ganeswaran tersenyum saat mengelengkan kepala "Itu sekiranya suami puan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Hospital nie masih lagi kerajaan. Cuma masalahnya sekarang nie. Puan perlu membayar separuh dari jumlah tersebut dalam anggaran 60 ribu Ringgit bakinya selepas pembedahan,"

Puan Safura menarik nafas lega. Jika hanya 60 ribu ringgit anak gadisnya mempunyai simpanan lebih daripada itu dan selebihnya dia boleh membuat pinjaman pada bank

"Saya perlu bayar segera ke doktor duit pendahuluan tu?,"

"Benar puan. Bila kami dah terima bayaran tu barulah kami akan melakukan pembedahan,"

SEBAIK sahaja puan Safura keluar dari bilik Doktor Ganeswaran. Langkahnya segera di ayun menuju ke arah wad suaminya namun langkahnya terhenti di ruang lobi

Suasana di ruang lobi hospital ketika itu hiruk pikuk dengan kedatangan pesakit di temani keluarga masing-masing menunggu giliran untuk berurusan dengan kaunter perubatan

Puan Safura melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi di ruang lobi itu. Ibu jarinya pantas menekan pada skrin telefon pintarnya ingin menghubungi nombor anak gadisnya

Kedengaran sayup-sayup nada dering di hujung talian

"Hello Intan,"

"Hello mak, macam mana keadaan abah mak?,"

"Alhamdulilah. Buat masa sekarang keadaan abah intan stabil. Intan kat mana sekarang nie?,"

"Intan dalam Grab ni mak. Mungkin dua jam lebih baru sampai sana,"

"Oh yake. Nie intan tadi mak dah jumpa dengan doktor yang merawat abah. Doktor tu cakap abah perlu di bedah segera tapi kos rawatan takde semahal macam harga dulu 90 puluh ringgit je. Tapi sekarang nie kita perlu bayar duit pendahuluan,"

"Berapa mak?,"

"60 puluh ribu ringgit. Boleh tak intan transfer duit tu pada mak tapi intan jangan risau nanti bila mak dah buat pinjaman mak bayar balik pada intan,"

Intan Nabila terdiam di hujung talian agak lama

"Intan. Intan. Dengar tak mak cakap tadi," Puan Safura bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah pintu utama "Intan!,"

Kedengaran suara tangisan Intan Nabila di hujung talian membuatkan Puan Safura sedikit terkejut "Kenapa intan? kenapa menangis?,"

"Maafkan intan mak.. intan cuma ada 40 ribu je,"

"Eh! mana perginya lagi 30 ribu? intan buat apa dengan duit tu?,"

Intan Nabila tidak menjawab. Dia terus menangis teresak-esak di hujung talian

Puan Safura memicit-micit dahi. jantungnya berdegup laju. Air matanya mula berjatuhan "Mana perginya duit tu Intan. 30 puluh ribu tu bukannya sikit Intan, banyak. Intan buat apa dengan duit tu?,"

Intan Nabila tetap tidak menjawab pertanyaan ibunya hanya kedengaran tangisan yang semakin kuat di hujung talian

"Jangan cakap kat mak intan kalau duit tu, intan bagi pada Ikram," Kata puan Safura dengan nada kedengaran serak basah menahan sebak

"Maafkan intan mak,"

"Ya Allahhh. Intan. Kenapa intan bagi duit tu?,"
Hati Puan Safura remuk-redam. Antara pasrah dan tidak. mengapa begitu tega anak gadisnya memberikan wang sebanyak itu kepada Ikram memandang duit yang di simpan itu untuk kegunaan rawatan suaminya

Puan Safura menamatkan panggilan sambil melangkah keluar dari pintu utama kerana tidak mampu menahan tangisannya

DI dalam kereta di naiki intan Nabila. Gadis itu menangis teresak-esak sambil menekan peha kanannya kerana lututnya merasa teramat sakit.

"Cik okay ke?," Tanya pemandu Grab itu memandang intan Nabila melalui cermin atas

Intan Nabila mengangguk. Tangannya mengesat air mata yang sudah membanjiri pipi. Menahan esakan yang mula menghimpit rasa. perasaan bersalah dan bimbang bercampur baur menguasai hatinya

PUAN safura melangkah mundar-mandir di pekarangan luar hospital. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mendapatkan lebihan wang 30 ribu ringgit itu. Wang simpanannya pula tiada. Duit gaji bulanan yang dia dapat setiap bulan banyak di potong dengan hutang pinjaman ada anak lelaki pula tak boleh di harap

"Kalau aku pergi buat pinjaman sekarang belum tentu dapat terus. Nak kena tunggu sekurang-kurangnya seminggu. Ya Allah macam nie?,"

Puan Safura menekan dada tidak selesa bila jantungnya berdegup laju. Fikirannya pula semakin buntu.

"Kak Safura!," Kedengaran suara seorang lelaki memanggil

Alis Puan Safura bertaut memandang dua orang lelaki memakai pelitup muka sedang meluru ke arahnya

"Saiful, Arif?,"

"Kenapa kak berdiri kat sini. Bagaimana dengan keadaan abang Adlan?," Tanya Saiful Saad. Dia bersama Arif Safuan terus datang ke hospital IJN setelah mendapat mesej dari puan Safura

"Buat masa nie keadaan Abang Adlan baik-baik je,"

Arif Safuan memerhati wajah puan Safura yang berdiri di depannya diamatinya seketika terlihat seperti dalam keadaan cemas
"Berapa kos rawatan tu kak?," Tanya Arif Safuan cuba mengagak

Kening Puan Safura terangkat bila mendengar pertanyaan Arif Safuan "Pasal kos rawatan tu Arif jangan risau. Kak dah ada duit,"

"Kak Safura.. tolonglah jangan buat saya nie macam orang luar. Saya dengan pakcik dah lama kenal dengan abang Adlan. Kalau kak perlukan bantuan. Beritahu je saya,"

Puan Safura tidak mampu menahan sebak di dada bukannya dia tidak mahu memohon bantuan dari Arif Safuan akan tetapi dia sudah di peringatkan oleh suaminya supaya tidak meminta bantuan dari Arif Safuan

"Kakak bukannya tak nak Arif tolong abang Adlan tapi Arif pun tahu abang Adlan tak nak kakak minta bantuan dari Arif," Kata Puan Safura sambil menangis

"Dah.. Dah kak jangan menangis. Kak tak usah lah bagitahu pada abang Adlan kalau Arif yang tolong. Kak senyap je,"

"Betul tu kak. Saya tolong abang Adlan bukannya nak minta balasan. Memang dari dulu saya dah berniat nak bantu abang Adlan, ini jelah perluang saya," kata Arif Safuan

"Berapa kos rawatannya?," Tanya Saiful Saad

"Semuanya 90 ribu ringgit tapi perlu bayar duit pendahuluan dulu sebanyak 60 ribu ringgit,"

Bibir Arif Safuan melirik senyuman "Takpe kak, Biar saya yang bayar semua sekali kos rawatan tu,"

HOSPITAL kuala lumpur. Bahagian kecemasan

"Kenapa encik?," Tanya seorang pegawai perubatan pada seorang lelaki terburu-buru berjalan ke arah pintu kecemasan

"Dalam kereta saya ada perempuan tengah pingsan. Dari tadi terjerit-jerit katanya lututnya sakit,"

"Tunggu sini sekejap,"

Pegawai perubatan itu cepat-cepat masuk ke ruang kecemasan bercakap dengan salah seorang doktor wanita berbangsa Cina. Doktor wanita yang memakai pelitup muka itu memandang pemandu Grab sedang berdiri di luar pintu kemudian melangkah menuju ke arah pintu tersebut

"Mana pesakit tu?," Tanya Doktor Wanita berbangsa Cina itu

"Ada dalam kereta saya,"

"Muiz bawa satu katil ke sini?," Arah Doktor Wanita itu

Pegawai perubatan tadi segera menolak Katil Stretcher keluar dari wad kecemasan sambil di bantu dua orang lagi pegawai perubatan

Pintu kereta di bahagian tempat duduk belakang di buka. Intan Nabila terbaring di atas tempat duduk penumpang tidak sedarkan diri

"Awak cakap tadi dia sakit mana?," Tanya doktor wanita berbangsa Cina itu

"Lutut kanan dia doktor,"

Perlahan-lahan doktor wanita berbangsa Cina itu memegang lutut intan Nabila sebelah kanan

"Arghhhh!!! sakit!!," Intan Nabila meraung kesakitan

"Kenapa dengan lutut dia nie?,"

"Sebenarnya saya nie pemandu Grab doktor. Saya dari melaka. Perempuan nie memang dah terbabit dengan kemalangan kat sana,"

"So? why you bawa dia kat sini?,"

Pemandu Grab itu mengaru-garu rambutnya "Dia nak pergi IJN. katanya, ayah dia kena serangan jantung,"

Doktor Wanita berbangsa Cina yang memakai pelitup muka menghembuskan nafas

Setelah sejam berada di wad kecemasan. Intan Nabila terbaring tidak sedarkan diri selepas di berikan ubat jenis mofin untuk meredakan sakit pada lututnya. Tidak lama selepas itu seorang doktor pakar bahagian ortopedik datang menghampiri katil Intan Nabila

"Mana pesakit nie punya X-ray,"

"Ini doktor,"

Doktor pakar itu mengambil salinan X-ray dari doktor wanita berbangsa Cina tadi lalu memerhati keadaan lutut Intan Nabila

Doktor pakar itu mengelengkan kepalanya "Habis pecah terpurung lutut. Kalau betulkan balik semula pun, Emmm.. sampai ke hayat dia jalan dia tak akan normal lagi,"

"Maksud doktor?,"

"Dia akan jalan terenjut-enjut sampai ke tua,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience