Bab 12

Romance Completed 43498

"ARIANNA siapa jaga?,"

"Makcik dia kak,"

"Makcik sebelah mana?,"

"Sebelah ibunya yang paling bongsu. Dia jelah yang rapat dengan Arianna kalau yang lain pandang pun tak nak,"

"Datuk dengan nenek dia pula macam mana?,"

Arif Safuan mengeleng, ada sedikit kekecewaan pada raut wajahnya "Mereka tak pernah anggap Arianna tu cucu mereka Kak dari Arianna lahir sampai sekarang,"

Puan Safura mengeluh pelan "Kesihan. Apalah dosa Arianna tu. Bukan salah dia pun,"

"Oh ya. Intan mana Kak?,"

"Eh," Puan Safura melihat jam tangannya lalu menoleh memerhati sekitar lobi hospital "Sepatutnya dah sampai,"

"Dia naik apa datang sini?,"

"Grab,"

"Cuba kak call dia,"

Puan Safura terus bangun dari duduknya. Sudah hampir tiga jam berlalu. Adlan hanif masih lagi menjalani pembedahan. Mereka bertiga bergilir-gilir menunggu di luar pintu bilik pembedahan kerana pihak hospital melarang ahli keluarga berkumpul di satu tempat

"Mana pula intan nie, tak akan merajuk," Bisik hati puan Safura mula merasa bimbang setelah tiga kali dia cuba menghubungi nombor anak gadisnya tetapi tidak di jawab

"Ya Allahhh.. Intan mak minta maaf. jawablah telefon," Hati puan Safura menjadi cemas. Entah mengapa dia merasa tidak sedap hati seolah-olah ada sesuatu yang menimpa anak gadisnya

Arif Safuan bangun dari duduknya. Dia merasa hairan dengan tingkah Puan Safura mundar-mandir dengan keadaan gelisah

"Hello?,"

"Hello intan!, mak minta maaf,"

"Maafkan saya puan. Saya pegawai perubatan hospital kuala lumpur,"

"Hospital kuala lumpur?,"

"Ya Puan,"

"Ya Allah, kenapa dengan anak saya cik," Puan Safura menekan dada. Jantungnya kembali berdengup laju

"Sekarang nie Cik Intan Nabila dalam bilik pembedahan kerana kecederaan pada lutut dia,"

"Allah,"

"Kak Safura!," Dengan pantas Arif Safuan menahan tubuh ibu Intan Nabila apabila wanita itu hampir-hampir terjelepok di lantai "Kenapa nie kak?,"

Puan Safura tidak menjawab. Lututnya bagaikan tiada tenaga untuk berdiri sementara orang yang berada di sekitar lobi sudah mula bangun memerhati ke arah Arif safuan dan puan Safura

Setelah puan Safura duduk di atas kerusi. Arif Safuan mengambil Telefon pintar dari tangan wanita itu

"Hello,"

"Hello Encik,"

"Minta maaf ya. Boleh saya tahu cik nie siapa?,"

"Saya pegawai perubatan hospital kuala lumpur. Cik intan Nabila masih menjalani pembedahan,"

Alis Arif Safuan bertaut "Pembedahan, sebab apa?,"

"Sebenarnya cik Intan Nabila terbabit kemalangan tapi bukan di sini, dia terbabit kemalangan di melaka. Pemandu Grab yang bawa dia ke sini di sebabkan dia pingsan dalam kereta,"

"Teruk sangat ke cik?,"

"Teruk juga. Tapi encik boleh datang ke sini barang-barang Cik Intan Nabila ada pada saya,"

"Baiklah Cik. Terima kasih ya,"

"Sama-sama,"

Arif Safuan mengaru-garu rambutnya. Puan Safura seakan tidak bermaya di atas kerusi. Tangannya menyeluk poket seluar lalu menarik keluar telefon pintarnya

Dia terus menghidupkan telefon pintar dan mendail nombor telefon pakciknya

"Hello,"

"Hello pakcik. Turun sekejap,"

"Kenapa?,"

"Anak puan Safura, Intan masuk hospital kuala lumpur,"

"Yalah.. pakcik turun sekarang,"

Setelah itu Arif Safuan duduk di sebelah Puan Safura kemudian menyerahkan semula telefon pintar kepada pemiliknya

"Arif!," Panggil Puan Safura tiba-tiba seperti baru tersedar dari lamunan

"Ya kak?,"

"Tolong Kak Arif? boleh tak Arif pergi sana tengok kan Intan," Pinta Puan Safura sambil mengesat-ngesat air matanya

"Boleh kak, nanti bila Pakcik Saiful turun saya akan pergi ke sana tengok kan dia,"

"Kesihannya Intan.. Kenapalah nasib anak makcik tu malang sungguh,"

"Jangan cakap macam tu kak. Pekara dah terjadi, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk dia,"

Puan Safura mengeleng-geleng kepalanya "Kalau Arif nak tahu intan tu sampai sekarang tergilakan seorang lelaki,"

"Eh kak" Arif Safuan terpinga-pinga bila suara puan Safura agak kuat sehingga turut di dengari orang yang berada di sekitar lobi "Jangan cerita Kak. Orang boleh dengar tu,"

Dalam masa itu kelihatan kelibat Saiful Saad keluar dari salah satu Lif terus sahaja meluru ke arah Arif safuan dan puan Safura

"Macam mana intan boleh masuk hospital?,"

Arif Safuan tidak terus menjawab, punggungnya di angkat terlebih dahulu "Dia terbabit kemalangan kat melaka, waktu dia nak datang ke sini dia pingsan dalam kereta sebab tu pemandu tu bawa dia ke hospital,"

Saiful Saad beristighfar "Teruk ke cederanya,"

"Katanya teruk, boleh tak pakcik temankan kak Safura. Arif nak pergi sana tengok dia,"

"Yalah,"

MELAKA

(Setelah Intan Nabila jatuh dari motorsikalnya) kereta di pandu Linda terburu-buru berhenti di tepi jalan. Kawasan yang agak lengang

Ikram keluar dari kereta dalam keadaan marah. Pintu kereta di hempas kuat

"Hey ikram!," Linda meneking

"You pergi himpit dia kenapa!,"

"Sebab i marah," Jawab Linda bersahaja. Kakinya melangkah ke arah bahagian kiri kereta

"Perlu ke you buat macam tu. kalau dia mati macam mana!," Ikram mengaru-garu rambutnya

"Yang you marah i kenapa? bukan i yang salah dia yang salah!,"

"Are you stupid Linda! kalau dia report polis bukan setakat you kena tapi dengan i sekali, baik you berdoa takde saksi yang nampak apa yang you dah buat tadi,"

"I don't care, Daddy i datuk buat apa apa i nak takut, Cuma masalah sekarang nie kenapa you beria-ria marah i. You kenal ke orang tu?," Balas Linda sambil memeluk tubuhnya

Ikram mencekak pinggang. Kepalanya mengeleng "Bukan masalah i kenal atau pun tak Linda. You boleh je tadi pijak padel minyak kereta you, tapi kenapa you pergi himpit motor dia,"

"So what!! I tak menyesal lah, memang padan dengan muka dia. Berani dia hempuk kereta i,"

"Okay," Ikram terangguk-angguk "Oleh kerana you anak Datuk. Kalau polis cari you jangan babitkan i. I baru sahaja kerja. I taknak apa yang you dah buat menjejaskan periuk nasi i,"

Bibir Linda tersengih senget "Wow? sampai hati you cakap macam tu pada i,"

"Linda. i nie bukannya anak datuk. I takde cable besar yang boleh tolong i, kalau i kena, i yang mampus bukan you,"

"Okay it's all right. Biar i saja yang tanggung you jangan bimbang okay," Linda menyenget kepalanya sambil tersengih senget

Berkerut dahi Ikram. Hatinya tiba-tiba di serang perasaan takut apabila memandang wajah Linda seolah-olah wanita itu tiada lansung perasaan bersalah setelah apa yang telah belaku tadi

HOSPITAL KUALA LUMPUR

Hampir satu jam Arif Safuan berpusing-pusing di sekitar kawasan bangunan Hospital Kuala Lumpur mencari parking. Waktu sebegini memang area itu agak sukar untuk mencari tempat parking bahkan semua tempat di penuhi dengan kenderaan tidak kira di benarkan atau tidak

Jam di tablet kereta sudah menunjukkan waktu 3.45 petang. Arif Safuan menghela nafas tenang. Pedal minyak di pijak pelan-pelan sambil retinanya mencari-cari tempat kosong

Hanya beberapa meter di hadapan kereta Arif Safuan kelihatan Sebuah kereta sedan keluar dari parking

"Alhamdullilah.. ada juga yang nak keluar,"

Arif Safuan memakai pelitup muka berjalan tergesa-gesa memasuki di dalam wad kecemasan

"Sebentar Encik," Seorang pegawai perubatan wanita menahan Arif Safuan "Encik cari siapa?,"

"Oh maafkan saya, Saya cari Pesakit bernama Intan Nabila,"

"Oh ya. encik yang bercakap dengan saya dalam phone tadi,"

"Ya saya,"

"Boleh saya tahu hubungan Encik dengan intan Nabila sebab hanya keluarga terdekat saja yang boleh lawat dia,"

"Saya suami dia," Laju saja jawapan itu meluncur keluar dari mulut Arif Safuan. Bahkan dia sendiri terpinga-pinga dengan jawapannya itu

Pegawai perubatan itu tersenyum "Dah setengah jam Isteri Encik keluar dari bilik pembedahan. Sekarang nie dia dah di masukan ke dalam wad. Encik sila ikut saya ambil barang-barang isteri encik,"

PINTU lif terbuka setelah sampai ke tingkat 5. Arif Safuan melangkah keluar lalu berjalan seorang diri sambil sebelah tangan menjinjing paper beg. Diayun ke depan dan ke belakang. Sesekali anak matanya mengerling ke arah beberapa orang doktor sedang menuruni anak tangga

"Wad 5B?,"

Ada dua pintu bertentangan. Di sebelah kanan dan di sebelah kiri di jaga seorang pengawal keselamatan. Ari Safuan berjalan ke arah pintu di sebelah kanan

"Ya. Ada urusan apa encik datang ke sini?," Tanya pengawal keselamatan wanita berbangsa India

"Isteri saya baru saja di masukan ke dalam wad nie,"

"Nama?,"

"Intan Nabila,"

"Nama Encik?,"

"Arif Safuan,"

"Sebentarnya," pengawal keselamatan itu memeriksa nama pesakit dan nombor katil, beberapa detik kemudian, dia bangun dari kerusi. Access card terus di sentuh pada tepi pintu "Masuk encik. Nanti Encik cari katil nombor 26 bahagian paling hujung sekali,"

"Baiklah terima kasih ya," Ucap Arif Safuan. Pengawal keselamatan itu sekadar mengangguk

Sebaik sahaja Arif Safuan masuk di dalam wad itu. Raut wajahnya sedikit terkejut. Ramai sungguh wanita tidak kira usia memenuhi katil di dalam wad itu. Ada yang sedang tidur. Ada juga yang sedang mengerang kesakitan.

Langkahnya di ayun sedikit cepat sehingga sampai di bahagian kaunter jururawat lalu langkahnya di perlahankan selepas melihat katil yang paling hujung berdekatan dengan tingkap, Intan Nabila sedang terbaring dengan lengan tangan menutup kedua mata

Saat itu beberapa pesakit wanita yang sedang terbaring di atas katil memandang Arif safuan berjalan menghampiri katil yang paling hujung

"Intan," panggil Arif Safuan dengan lembut

Intan Nabila mengankat lengannya. Wajahnya sedikit terkejut bila melihat Arif Safuan "Eh awak?,"

Arif Safuan tersenyum sambil berdiri di sisi katil. Retinanya memerhati lutut kanan yang sudah berbalut

"Awak buat apa kat sini?," Tanya intan Nabila. Pipinya di basahi air mata

"Tadi saya ada dengan mak awak kat IJN,"

"Abah saya?,"

"Intan jangan risau. Abah intan masih menjalani pembedahan,"

"Tapi kos rawatan?,"

Arif Safuan menghela nafas tenang "saya dah bayar semua tu,"

Wajah Intan Nabila berkerut teruk kemudian menangis teresak-esak "Terima kasih wak, semua tu salah saya,"

"Jangan menangis intan. Baik intan berdoa semoga Abah intan selamat menjalani pembedahan tu,"

Intan Nabila mengesat-ngesat air matanya "Awak?,"

"Ya,"

"Saya dah cacat wak,"

"Hah?,"

Intan Nabila memiring wajahnya ke kiri dengan tangis esak

"Encik nie siapa?,"

Pantas Arif Safuan menoleh "Saya suami dia,"
serentak itu juga Intan Nabila menoleh memandang Arif safuan semula seakan tidak pecaya apa yang baru saja dia dengar tadi

Doktor lelaki itu mengangguk

"Macam mana keadaan lutut isteri saya doktor?,"

"Lutut isteri encik mengalami keretakan yang teruk rawan di bahagian bawah tempurung lututnya (patela) pecah. Pembedahan membetulkan keretakan tu berjalan lancar tapi untuk isteri encik berjalan secara normal mungkin...?,"

Mendengar sahaja kata-kata doktor itu menambahkan lagi perit di hati Intan Nabila untuk menerima hakikat bahawa dia akan cacat seumur hidupnya

"Tiada rawatan lain ke doktor. Untuk pulihkan lutut dia semula?,"

"Buat masa nie tiada Encik, tapi Encik tak perlu risau. Puan bukannya lansung tak boleh berjalan. Masih boleh berjalan. Nanti lepas Puan Intan sembuh, Kami akan sambung dengan rawatan fisioterapi,"

"Tapi saya tetap tak boleh berjalan secara normal kan doktor," Intan Nabila mencelah

Doktor itu terangguk-angguk pelan sambil memandang Intan Nabila dan Arif Safuan

Arif Safuan menarik kerusi selepas doktor itu berlalu pergi. Intan Nabila menatap kosong bilah kipas di atas siling yang sedang berputar

"Nak handphone Intan,"

Intan Nabila menoleh cepat sungguh tangannya mengambil telefon pintarnya dari tangan Arif Safuan

"Intan nak call mak intan ke?,"

Intan Nabila mengeleng "Saya nak call Ikram,"

"Siapa tu?,"

"Kekasih saya,"

Jawapan Intan Nabila itu mengejutkan para pesakit yang berada berhampiran dengannya namun Arif Safuan kelihatan tenang sekadar memerhati tingkah Intan Nabila berkali-kali mendail nombor

"Mungkin dia sibuk, cuba hantar mesej,"

"Awak?,"

"Ya,"

"Kenapa awak mengaku awak suami saya?,"

"Kalau saya tak mengaku macam macam mana saya nak masuk dalam nie,"

Intan Nabila menatap wajah Arif Safuan agak lama "Sebenarnya saya dah ada kekasih. Saya sangat cintakan kekasih saya,"

Arif Safuan tersenyum "Ya saya faham. Kalau saya terserempak dengan kekasih awak nanti saya akan jelaskan pada dia supaya dia tak salah faham,"

Intan Nabila masih menatap wajah Arif Safuan "Saya takut, awak minta balasan pada ayah saya nanti. Saya tak nak kawin dengan orang lain selain ikram,"

Satu keluhan kecil terhembus dari nafas Arif Safuan "Kalau saya minta balasan pun mengapa pula saya nak minta berkahwin dengan awak?,"

"Sebab saya cacatkan?,"

"Ya Allah..," Arif Safuan mengeleng "Cuba call kekasih awak tu sekarang. Suruh dia datang sini jaga awak. Nanti saya minta maaf pada doktor tadi sebab saya mengaku suami awak,"

"Kenapa awak tak nak jaga saya. Sebab awak malukan ada isteri cacat!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience