BERSUJUP MERAIH CINTA Bab Akhir

Romance Completed 43498

INTAN NABILA meraung sekuat hati. Dia menjerit-jerit pada Ikram supaya berterus terang padanya

Namun raut wajah ikram tampak seperti patung langsung tidak menunjukkan reaksi padanya. Sedikit pun tidak bergerak

Intan Nabila melihat di sekitar dewan, Meja-meja makan sebelum ini di penuhi para tetamu tiba-tiba menghilang. Bahkan ayah, ibu, dan abangnya turut menghilang.. begitu juga dengan sahabat-sahabatnya tidak lagi kelihatan

Intan Nabila menjadi cemas.. Retinanya merliar mencari suaminya..

"Abang!! Abang!!," Intan Nabila semakin tidak keruan. Dia belari ke sana sini. hatinya mula di belenggu perasaan takut

"Mama!!,"

"Ari!!," Intan Nabila memusing-musingkan tubuhnya mencari arah suara Arianna "Ari!!,"

"Mama!!,"

"Ari!!," Intan Nabila menjerit sambil menangis, Pada masa itu juga retinanya yang di basahi air mata melihat Arif Safuan sedang menggendong Airil manakala Arianna pula melambai-lambai padanya

"Ari!! Abang!!, Airil!!," Jerit Intan Nabila kakinya ingin melangkah namun tangannya tiba-tiba di pegang seseorang. Intan Nabila menoleh

"Jangan pergi intan.. intan dah jadi isterinya abang. Biarkan saja mereka,"

"Tapi bang.. Intan nak ambil Airil,"

"Airil bukan darah daging abang intan, abang tak nak Airil!.. abang tak nak sesiapa menganggu rumah tangga kita,"

"Tidak!!,"

Intan Nabila tercungap-cungap. Wajah dan tubuhnya terlihat di basahi peluh dan ketika itu Kedengaran kuat suara tangisan Airil menangis

"Ya allah Airil..," Intan Nabila segera mengankat anaknya

"Tuk. Tuk. Tuk. Intan.. kenapa Airil tu menangis?," Kedengaran suara ibunya di balik pintu bertanya

Intan Nabila bergegas turun dari katil untuk membuka pintu bilik. Puan Safura sedikit terkejut sebaik pintu di buka. Wajah intan Nabila terlihat pucat dah basah

"Kenapa dengan muka kamu tu intan?,"

"Mengingau. Mak gendong Airil kejap. Intan nak panaskan susu,"

Puan Safura dengan bibir tersenyum manis segera mengambil Airil. Di gendong-gendong cucunya itu ke ruang tamu

"Cian-ciannya cucu nenek nie nangis ya," Kala itu Adlan hanif terlihat keluar dari bilik

"Kenapa dengan Airil.. tak pernah-pernah saya dengar dia menangis lama macam tu,"

"Intan mengingau,"

"Ooo.. patutlah," Adlan hanif duduk di sebelah Puan safura. Hujung jarinya meng'usap lembut ubun-ubun rambut cucunya

Intan Nabila melangkah keluar dari dapur terus ke ruang tamu. Botol susu yang baru di hangatkan di hulur kepada ibunya

"Nah mak,"

Sebaik botol susu di ambil ibunya Intan Nabila pelan-pelan melabuhkan punggungnya di sofa sambil memandang ibu dan ayahnya

"Mak.. abah,"

Puan Safura yang sedang menyusukan Airil memandang begitu juga Adlan hanif

"Kenapa dengan muka kamu tu intan?," Adlan hanif bertanya

"Abah," Intan Nabila tidak menjawab pertanyaan itu..

"Ya intan,"

"Tolong bagitahu intan pasal ikram?,"

Adlan hanif sedikit terkejut dengan permintaan intan Nabila. Hatinya agak keberatan lalu menoleh memandang isterinya

"Kenapa pulak kamu tiba-tiba tanya pasal ikram nie?,"

"Intan nak tahu mak, apa sebenarnya ikram dah buat pada rumah tangga intan,"

"Mana intan tahu?," Puan Safura pula jadi terkejut

"Intan tahu kalau penyebab Arif ceraikan Intan di sebabkan perbuatan ikram.. Tapi intan tak tahu apa yang ikram buat," Jawab intan Nabila serba salah mahu berterus terang pada ibunya berkaitan dengan mimpinya

"Kamu kan dah nak kawin intan.. lupakan jelah semua tu. Kalau kamu tahu pun. Kamu nak buat apa?,"

"Mak.. Intan ada hak untuk tahu.. mak tahu tak, bertapa seksanya hidup intan lepas Arif ceraikan intan,"

"Bagitahu jelah intan Safura, sampai bila kita nak simpan rahsia tu, sekurang-kurangnya dia tahu bukan dia penyebab rumah tangganya runtuh,"

"Abang jelah bagitahu.. sayakan tengah susukan Airil nie..,"

"Awak nie..," Adlan hanif mengeleng sebelum memandang intan Nabila tampak tidak sabar mengetahui perbuatan ikram "Sebenarnya intan waktu Arif berada kat sabah ikram ada kirim gambar yang kamu sedang bawa ikram masuk ke dalam rumah,"

"Tak abah.. intan tak buat pun macam tu,"

"Ya abah tahu intan tak buat.. masalahnya Arif pecaya.. sebab dah terlalu cemburu, dia taknak siasat dulu.. terus saja ambil keputusan terburu-buru ceraikan intan,"

"Betul abah?," Berlingan air mata Intan Nabila

"Betul intan. Lepas Arif ceraikan kamu. Barulah dia dapat tahu kalau gambar yang ikram kirim tu semuanya palsu. Kalau intan nak tahu punca intan kemalangan semua tu perbuatan dari bekas isteri Arif,"

Mengigil-gigil tangan intan Nabila saat menekup mulutnya "Tapi kenapa Arif tak nak bagitahu intan.. sampai hati dia biarkan intan terseksa,"

"Intan.. sebenarnya waktu intan kat Australia. Arif ada pergi ke sana lawat intan. Banyak kali juga. Lutut intan tu Arif yang keluarkan duit untuk rawatan intan kat sana,"

Intan Nabila memandang lutut kanan.. Dia masih ingat ketika dia sibuk menjaga Yusniza. Idham ada berjumpa dengannya dan menawarkan rawatan pecuma untuk merawat kecederaan lama pada lututnya. Barulah dia tahu sekarang rawatan itu sebenarnya bukanlah pecuma tetapi telah di bayar Arif Safuan

"Abah, mak.. Arif cintakan intan lagi ke?,"

Adlan hanif mengeleng pelan "Memang Arif tu cintakan kamu intan. Tapi di sebabkan perbuatan dia tu.. dia jadi malu, menyesal.. sampaikan dia merayu pada abah, pada mak. Pada kawan-kawan intan supaya rahsiakan hal tu dari Intan,"

"Mak minta maaf intan. Bukannya mak tak nak bagitahu kamu. Mak lebih senang kalau Arif sendiri yang bagitahu,"

"Tapi sampai sekarang Arif tak nak bagitahu intan mak," Sayu suara intan Nabila menjawab

"Bukannya Arif tak nak bagitahu.. Tapi dia nampak intan dengan Idham kat Australia,"

"Aah Intan, Sepatutnya dia pergi ke sana nak berterus terang dengan kamu. Itu pun mak, abah, Ramlan, dengan zilla desak dia,"

"Bila mak?,"

"Rasanya minggu yang sama waktu intan dengan Yusniza balik ke sini. Kan bang," Puan Safura Memandang suaminya

"Aah betullah tu,"

Intan Nabila menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri. tangannya mengesat-ngesat air mata yang membasahi pipinya kemudian melihat jam yang tergantung di dinding

"Bagi pendapat Abah.. Mungkin lebih baik intan lupakan Arif. tinggal berapa hari je lagi Intan nak kawin dengan Idham,"

"Betul tu intan,"

"Apa yang belaku pada ikram, lepas Arif dapat tahu perbuatan dia," intan Nabila bertanya lagi

"Dia kena belasah dengan Arif kat sekolah. Teruk ikram tu kena. Sampai jadi kes polis. Bapak mertua dia sampai jadi malu dengan Arif. Lepas kes tu. Ikram kena pecat. Bapak mertua dia paksa dia ceraikan isteri dia,"

"Dia dah bercerai ke mak?,"

Puan Safura mengeleng "Pada mulanya memang dia nak cerai.. tapi isteri dia tak nak.. sanggup ikut ikram pindah ke Johor,"

"Maksudnya selama nie.. Arif memang cintakan intanlah,"

Terangkat kening puan Safura memandang suaminya. Adlan hanif sekadar membalas dengan mengelengkan kepala

SUASANA di dalam studio seperti hari-hari sebelum ini. Kelihatan tenang. Yusniza sibuk menyiapkan lukisannya. Intan Nabila pula sibuk memeriksa email dari pemilik galeri seluruh Malaysia bahkan ada juga email dari luar negara

"Kak Yus?,"

Yusniza berpaling "Ya intan?,"

"Kenapa banyak sangat email dari luar negara nie. Semuanya bertanya pasal lukisan kak yus yang nak kena lelong tu. Mana diorang tahu email kita?,"

"Banyak sangat ke?,"

"Cuba Kak Yus tengok,"

Yusniza meletakan berus di atas bekas warna lalu menaruh di atas meja. Kakinya pelan melangkah ke meja intan Nabila

"Aahlah banyaknya email," Ucap Yusniza sambil melihat skrin monitor laptop "Siapa pulak yang bocorkan email kita?," katanya lagi kerana selama ini setiap email yang masuk sebenarnya di kirimkan oleh makciknya berkaitan dengan permintaan dari pelanggan

"Macam mana kak Yus. Nak intan balas ke?,"

"Eh tak payah.. nanti intan call makcik. Cakap pada makcik lepas nie jangan lagi send apa-apa email melalui akaun nie guna akaun lain,"

Intan Nabila mengangguk mengerti

"Bukan ke intan cakap tadi, intan nak pergi jumpa dengan Idham,"

"Oh ya," Intan Nabila cepat-cepat melihat jam di tangannya "Kak Yus boleh jaga Airil sekejap tak?,"

"Boleh,"

"Intan pergi tak lama pun. Ada hal penting intan nak tanya dengan dia,"

"Kenapa tak call je?,"

"Diakan doktor sibuk je memanjang. Lepas solat jumaat nanti dia terus balik johor. Kak Yus nak apa-apa tak?,"

Yusniza mengeleng "Tak lah.. kak Yus kenyang lagi,"

"Kalau begitu intan pergi dulu ya,"

"Okay. Hati-hati drive," jawab Yusniza

Jam 11 pagi Intan Nabila terpaksa memarkirkan kereta di kawasan deretan bangunan kedai oleh kerana tiada tempat parking yang kosong berdekatan dengan hospital

Dia berjalan melewati beberapa kedai sebelum sampai ke pagar hospital. Sewaktu kakinya ingin melangkah masuk ke dalam hospital. Intan Nabila cuba menghubungi bakal suaminya itu namun gagal

Namun tiada masalah bagi intan Nabila kerana sebelum ini idham pernah membawanya sekali untuk melihat tempat kerja bakal suaminya itu di dalam hospital

Intan Nabila menaiki anak tangga untuk ke tingkat dua kemudian dia membelok ke kanan. Di atas kepalanya ada tertera bahagian Ortopedik.

Di saat intan Nabila sedang berjalan. Retinanya melihat Kelibat Idham ber'coat putih keluar dari satu bilik dengan seorang doktor perempuan kemudian masuk ke dalam bilik yang bertentangan

Intan Nabila mempecepatkan langkah seakan tidak sabar ingin menemui bakal suaminya itu. Ketika dia mahu mengetuk pintu tanpa sengaja dia mendengar perbualan dari dalam

"Zip seluar you tu still open," Kedengaran suara wanita berbicara kemudian suara idham pula ketawa.

Bertaut kening Intan Nabila bila mendengar bicara dari dalam seolah-olah ada sesuatu yang tak kena. Dia memandang ke kiri kemudian menoleh ke kanan memastikan tiada sesiapa. setelah itu barulah dia menempelkan telinga pada daun pintu berniat mahu mencuri dengar

"Kalau i tahu dari awal niat you pindah ke sini kerana perempuan tu jangan harap i recommend you jadi doktor di sini,"

"Hey.. kenapa you asyik ungkit benda yang sama je. You tak bosan ke,"

"Yes idham memang i tak bosan sebab i menyesal,"

"Buat apa you nak menyesal. You nak i hidup bujang selama-lamanya. Dulu bila i ajak you kawin you tak sanggup nak bercerai,"

"So lepas you kawin nanti.. macam mana dengan hubungan kita?,"

"Macam biasa,"

"Apa maksud you macam biasa tu?,"

"Kita kan kerja sekali sayang.. setiap hari boleh berjumpa.. selama nie pun you mana pernah kantoi dengan suami youkan,"

"Maksud you... kita teruskan hubungan macam biasa,"

"Of course my dear,"

Nafas intan Nabila kala itu jelas kelihatan turun naik menahan marah namun di tahan perasaan marahnya itu kerana ingin mendengar lebih lanjut perbualan idham dengan wanita itu

"I hairanlah dengan you idham,"

"Apa lagi sara?,"

"Yalah.. Setahu i, idham yang i kenal dulu tak suka dengan budak.. tapi sekarang you dah mula suka kan baby,"

"Siapa cakap i suka.. I terpaksa Sara. I terpaksa berpura-pura sebab i memang dah jatuh cinta dengan janda tu tapi bukan dengan baby dia. Maybe sekarang i tak mampu nak pujuk dia.. tapi i yakin lepas seminggu dua i kawin dengan janda tu. Dia mesti dengar cakap i,"

Serentak itu juga intan Nabila membuka pintu. Raut wajahnya berkerut menahan marah. Idham kala itu sedang duduk dan Doktor wanita itu pula berdiri di hadapan Idham. Masing-masing terkejut beruk apabila intan Nabila masuk secara tiba-tiba

"Ohhh..," Mengigil-gigil wajah intan Nabila menahan amarahnya "Aku bersyukur.. bersyukur sangat-sangat sebab Allah beri pertunjuk pada aku supaya datang ke sini jumpa kau,"

"Intan..," Idham bergegas bangun dengan wajah cemas

Intan Nabila mengankat tangan memberi isyarat kepada idham supaya tidak mendekatinya

"Aku tak akan kawin dengan kau idham.. aku tak akan sesekali kawin!! lelaki tak guna macam kau!!,"

"Please Intan.. Bagi i perluang jelaskan salah faham nie,"

"Salah faham kepala hotak kau.. aku dah dengar semuanya.. kau nak jelaskan apa lagi!," Marah sungguh intan Nabila habis sahaja bicara, dia bergegas meninggalkan tempat itu dengan hati yang terluka

Idham terduduk kelihatan tiada niat mahu mengejar malah doktor wanita itu boleh pula ketawa saat melihat keadaannya

Langkah intan Nabila semakin lama semakin cepat.. sebaik sahaja kakinya melangkah melewati pagar hospital. Dia terus belari sekuat hati bukan kerana marah telah dikhianati namun bibirnya saat itu terlihat sedang mengukir senyuman

Bahkan saat itu hatinya mengucapkan syukur berkali-kali jika doanya malam tadi di makbulkan yang Maha Esa

ARIF SAFUAN berjalan melewati kaunter receptionist setelah selesai solat jumaat namun dia tidak terus menuju ke lif tetapi masuk ke dalam restoran kerana ada pertemuan dengan Mira Yusnizah

Sebaik sahaja dia memasuki ke dalam restoran. Dia melihat Mira Yusnizah sedang melambai dan di sebelah wanita itu ada seorang lelaki

Bibir Arif Safuan menyenget bila sedar lelaki yang sedang duduk di sebelah Mira Yusnizah itu adalah abang tirinya

"Wow.. saya tak sangka pula kalau pertemuan kali nie awak bawa sekali lelaki nie,"

"Kenapa? tak boleh ke?," Jeffrey pantas menjawab dengan lagak sombong

"Hey jeff," Mira Yusnizah pantas menegur

"It's okay Mira. Dah memang begitu perangai dia.. tak sedar diri,"

"Apa kau cakap.. Woi. Kau ingat aku suka sangat ke jumpa kau.. kalau Daddy tak paksa aku sampai mati pun aku tak teringin jumpa kaulah,"

"Jeffrey!," Mira Yusnizah menjadi cemas dengan kelakuan bos'nya itu

"Okay fine.. So cik Mira tolong pesan pada Datuk.. Saya rasa.. saya tak berminat nak teruskan kerjasama nie. Tapi kalau datuk berkeras. Saya ada satu syarat,"

"Apa syaratnya Dato'?,"

Arif Safuan menunjuk pada Jeffrey "Suruh datuk pecat lelaki nie,"

"Apa kau cakap!," Jeffrey Serta-merta bangun dari duduknya

"Sabarlah jeff,"

"Kau diam Mira. Kau dengar sini anak haram," Jeffrey menunding jarinya pada Arif Safuan "Kau jangan nak belagak dengan aku hanya kerana kau ada hotel.. Tanpa projek kau tu tak akan bawa kesan pada syarikat daddy aku,"

"Aku rasa kau salah faham jeff.. pertama sekali jeff untuk pengetahuan kau. aku adalah pemilik hotel.. dan kau pulak cuma perkerja bawahan.. Dan yang kedua. aku seorang Dato' dan aku lebih kaya dari kau. Jauh bezanya,"

"Pergi mampus dengan pangkat kau tu..,"

"Sekurang-kurangnya taraf aku sama dengan ayah kau.. tapi bukan kau. bagi aku kau tu macam hama je,"

"Hey!," Jeffrey cuba menyerang Arif Safuan namun tindakannya itu pantas di halang Mira Yusnizah

Arif Safuan mengeleng sambil tersengih "Jeffrey-jeffrey.. Kau ingat aku nie lelaki 15 tahun yang lepas yang kau boleh injak-injak sesuka hati kau,"

"Sekarang nie pun aku mampulah bodoh,"

"Kau tahu tak jeff.. bila kita ada duit kita boleh lakukan apa-apa saja. sebagai Contoh," Arif Safuan sengaja mengosok-gosok dagu sambil menatap tajam abang tirinya "Apa kata aku patahkan tangan kau,"

"Cubalah anak haram kalau kau berani,"

Dan di kala itu Jeffrey tidak menyedari jika di dalam restoran tiada satu pun tetamu hotel yang sedang duduk. Semuanya telah di minta keluar oleh para perkerja restoran

"Pegang dia,"

Jeffrey pantas menoleh ke belakang. Wajahnya berubah cemas apabila beberapa orang lelaki berpakaian putih merangkul kedua tangannya dengan kasar

"Woi lepaskan akulah!," Jeffrey meronta-ronta namun semakin kuat dia meronta semakin kuat pula tangannya di rangkul sehingga dia menjerit kesakitan

"Dato'! tolong maafkan dia Dato'.. Saya janji saya akan sampaikan pesan Dato' pada Datuk Rasyid," Rayu Mira Yusnizah dengan wajah cemas bila melihat kekasihnya di pelakukan begitu

"Cik mira jangan risau. lepas saya patahkan tangan dia baru saya lepas dia,"

"Tolong Dato' maafkan dia Dato' saya merayu..,"

Rayuan Mira Yusnizah langsung tidak di hiraukan Arif Safuan malah dia meminta Chef restoran memberinya tukul besi

"Arif!.. aku minta maaf Arif.. aku janji aku tak akan hina kau lagi,"

"Ya baiklah jeff aku akan maafkan kau tapi lepas aku patahkan tangan kau,"

"Arif! Arif! tolong Arif jangan patahkan tangan aku.. Maafkan aku Arif,"

"Tolong Dato' maaf kan dia,"

"Arif!," Panggil Saiful saad sambil melangkah tergesa-gesa menghampiri Arif Safuan "Apa kau buat nie Arif?,"

"Saya nak patahkan tangan si jeff nie. Kurang hajar sangat,"

"Kau nie biar betul Arif.. kalau ya pun kau nak hajar si jeff nie janganlah kau buat terang-terang dalam hotel.. kau seretlah dia masuk dalam dapur lepas tu kau tutup mulut dia,"

"Aduh pakcik.. kenapalah Arif tak terfikir semua tu,"

"Tolong lepaskan aku Arif.. Mira call polis cepat.. call cepat!," Semakin kuat Jeffrey meronta-ronta bahkan raut wajahnya kala itu benar-benar terlihat sangat ketakutan

Mira Yusnizah sudah kelihatan tidak keruan. Bebelah bahagi untuk memilih pihak mana yang perlu dia turuti

"Dahlah cukup.. lepaskan dia,"

Dua orang Staff restoran itu segera menurut. Jeffrey termegah-megah saat bernafas.. peluh dingin membasahi seluruh wajahnya

"Bawa dia pulang Mira dan jangan lupa sampaikan pesan saya tadi pada Datuk,"

Mira Yusnizah terangguk-angguk faham lalu segera membawa Jeffrey yang masih termegah-megah keluar dari restoran

"Kau nie Arif..," Saiful saad mengeleng-geleng memandang Arif safuan

"Dah lama Arif nak ajar Si Jeffrey tu pakcik.. kalau ikutkan dendam yang dah lama Arif pendam selama nie.. memang Arif nak ketuk je tukul nie kat kepala dia,"

"Yang Arif pergi lepaskan dia buat apa.. ketuk jelah kepala dia,"

Arif Safuan tergelak "Sekadar niat je pakcik..,"

"HARI TU papa cakap nak belikan handphone untuk Ari.. tapi tak beli-beli pun," Adu Arianna pada makciknya

"Betul ke?,"

"Betul Auntie.. Papa cakap bila Ari ada handphone.. nanti senang Mama call Ari,"

"Kalau betul Papa Ari cakap cam tu.. Sekarang nie pun Auntie boleh belikan handphone untuk Ari,"

"Betul ke Auntie," kemain gembira lagi Arianna mendengar tawaran Makciknya itu

"Jomlah keluar.. kita pergi cari handphone,"

"Kejap.. Ari pergi tukar pakaian,"

Zilla bangun dari duduknya. Dua gelas cawan dan satu pinggan di atas meja di angkat lalu di bawa ke singki. Saat dia membasuh Kedengaran loceng pintu berbunyi

"Siapa pulak yang datang tu?," Bisik zilla sambil menutup air paip. Selepas mengelap tangan, dia melangkah ke ruang tamu

Daun pintu di buka sedikit. Zilla mengendap untuk melihat "Eh Intan?," Terkejut zilla sebaik melihat Intan Nabila sedang menggendong Airil tercegat di luar

Zilla bergegas mengambil kunci pintu grill "Hiss kau nie intan. Berani betul bawa Airil,"

Intan Nabila sekadar tersenyum. Sebaik pintu grill di buka zilla terus mengambil Airil darinya

"Intan buat apa kat KL.. bukan ke esok intan nak kawin?,"

"Intan sebenarnya datang ke sini nak bawa Ari ke melaka," jawab Intan Nabila. pintu grill di tutup semula lalu di kunci

"Laa.. esokkan kitaorang pergi sana,"

"Intan tahu.. cuma kalau boleh intan nak Ari ada,"

"Kenapa intan tak tinggalkan je Airil kat sana. Bahaya tau. Intan dahlah drive.. takde siapa yang jaga Airil,"

"Intan dah biasalah kak. Dalam keretakan dah ada tempat baring dia,"

"Mama!, Mama," Gembira sungguh Arianna bila melihat intan Nabila cepat sahaja dia menepa bekas ibu tirinya itu

"Ari..," Intan Nabila memeluk erat Arianna "Cantik-cantik nie Ari nak pergi mana?,"

"Nak pergi beli handphone," Arianna mendongak "Mama datang sini nak ambil Ari ke?,"

"Aah.. Mama nak bawa Ari ke melaka. Ari nak tak,"

"Tentulah Ari nak,"

"Kalau macam tu.. jom Mama tolong kemaskan pakaian Ari,"

"Jom Mama,"

Intan Nabila mengerling sekilas memandang Zilla kala itu sedang leka bermain dengan Airil. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Intan Nabila terus menarik tangan Arianna ke katil

"Duduk Ari,"

Arianna terpinga-pinga. Intan Nabila melabuhkan punggung di sebelahnya

"Ari nak ikut Mama tak?,"

Arianna mengangguk

"Tapi kita bukan pergi melaka,"

"Kita nak pergi Mama?,"

Intan Nabila merapat wajahnya mendekat pada telinga Arianna lalu membisikan sesuatu. Arianna tampak terkejut

"Mama nak duduk kat sana lama tahu mungkin seminggu.. mungkin sebulan. Ari sanggup tak. Kalau Ari tak sanggup Mama pergi dengan Airil je,"

"Ari nak ikut Mama,"

"Betul,"

Arianna bersungguh-sungguh mengangguk

Intan Nabila dan Arianna keluar dari bilik. Zilla terlihat hairan sebaik memandang beg pakaian beroda di sorong intan Nabila

"Amboi besarnya beg. Intan nak bawa Ari pindah terus ke sana ke?,"

"Takdelah kak.. dalam nie banyak patung Ari berbanding pakaian,"

"Hiss Ari nie.. duduk sehari dua pun nak bawa patung,"

Arianna tersengih-sengih namun raut wajahnya terlihat resah

"Intan nak pergi dah ke?,"

"Aah Kak,"

Zilla mengigit-gigit bibir seakan ada sesuatu yang mengusarkan fikirannya "Bagaimana kalau Arif tanya nanti?,"

"Kak Zilla cakap je terus terang.. Intan datang sini ambil Ari,"

"Intan tak takut ke kalau Arif marah?,"

"Nak takut apa.. cubalah kalau dia berani. Dia ingat dia tu siapa nak marah-marah intan,"

Zilla sedikit terkejut memandang wajah intan Nabila begitu serius saat menjawab

JEFFREY tercegat berdiri sambil menundukan kepala sementara Mira Yusnizah pula sedang bediri di sebelahnya kelihatan resah

Datuk Rasyid ishak duduk dengan tatapan tajam menatap anak sulungnya itu.

"Daddy suruh kamu ikut Mira bukan suruh kamu cari gaduh dengan Arif.. kamu tahu tak jeff berapa nilai projek tu.. cuba kau bagitahu ayah sekarang?,"

"Setakat projek kecik macam tu.. apalah yang untung sangat,"

Serentak itu juga Datuk Rasyid ishak membaling fail ke arah anaknya hampir-hampir sahaja mengenai Mira Yusnizah

"Kurang ajar punya anak.. Kau nie bodoh ke apa hah!," Datuk Rasyid ishak memandang Mira Yusnizah "Mira you tolong bagitahu si idiot tu berapa nilai projek tu,"

Mengigil-gigil wajah Mira Yusnizah saat mengangguk "Nilai projek tu bang.. Ma. maaf.. Encik Jeffrey. Nilai projek tu Rm 350 juta,"

"Kau dengar tak Jeffrey!," pekik Datuk Rasyid ishak

Jeffrey langsung tidak beriaksi masih terus menunduk. pada masa yang sama Mira Yusnizah mengutip Fail yang di baling tadi di taruh semula di atas meja Datuk Rasyid ishak

"Kau tahu tak Jeffrey berapa banyak syarikat kita akan dapat untung lepas projek tu siap.. Tentulah kau tak tahu kan.. hidup kau tu cuma tahu berfoya-foya kat luar sana. Selama nie kau ingat Papa tak tahu kalau semua projek kita kat luar sana si Mira nie yang uruskan,"

Jeffrey masih senyap..

"Berani betul kau cakap projek tu kecik.. yang kecik tu otak dalam kepala kau. Daddy dah pesan kat kau bila jumpa si Arif anggap saja dua tu client kita bukan ahli keluarga kita,"

"Tapi Daddy.. dia yang dulu cari pasal dengan Jeff," Akhirnya Jeffrey berani menjawab

"Kau nie pekak ke jeff!! kau tak dengar ke apa yang Mira cakap tadi,"

Jeffrey mengankat wajah memandang Mira Yusnizah baru dia teringat kekasihnya itu telah menceritakan apa yang sebenarnya belaku ketika pertemuannya dengan Arif

Datuk Rasyid ishak mengosok-gosok wajahnya. Dia dah cukup lama bersabar dengan sikap Jeffrey miskipun dia sedar sejak dulu lagi Jeffrey memang tidak menyukai Arif Safuan

"Beginilah Jeff.. Daddy memang tiada pilihan.. kalau betul Arif berniat mahu menamatkan kerjasama dengan kita. Kita akan rugi.. kita dah belanjakan dua juta bayar Arkitek. Itu bukan jumlah yang sikit,"

"Habis tu Daddy nak buat apa?,"

"Buat apa lagi.. pecat kaulah. kan itu syarat dari Arif,"

"Daddy!,"

"Dengar sini Jeff, biar Daddy beritahu kau berapa banyak keuntungan syarikat kita akan dapat sebaik sahaja bangunan tu siap.. 120 juta ringgit Jeffrey. Itu bukan jumlah yang sikit. Dengan duit tu kita boleh guna untuk bayar gaji kakitangan, kita boleh guna untuk projek-projek yang lain, kita boleh bayar hutang yang tertunggak. Tapi kau pulak berani cakap projek tu kecik,"

"Daddy serius ke nak pecat jeff,"

"Habis tu kau ingat Daddy main-main.. lebih baik Daddy pecat kau daripada kehilangan projek tu..,"

Jeffrey semakin tidak keruan. Berdiri pun tidak tenang. Rambutnya di tarik-tarik kerana bimbang di pecat. Mira Yusnizah pula sejak tadi tidak berani bersuara untuk mempertahankan bos'nya itu

"Jeff nie anak kandung Daddy.. Arif tu cuma anak luar nikah,"

"PUK!!,"

Terjongket bahu Mira Yusnizah apabila Datuk Rasyid ishak menghempuk meja

"Kurang ajar punya anak!!," Datuk Rasyid ishak bangun dari duduknya. Wajahnya berkerut berang "Walaupun dia anak luar nikah.. dia tak pernah harapkan duit aku untuk jadikan dia kaya.. tapi kau satu sen pun tiada nilai sama je dengan adik-adik kau. Cuma tahu berjoli habiskan duit sana sini,"

Jeffrey ketakutan sehingga tidak berani mengankat wajah di saat ayahnya datang mendekat

"Mulai hari esok kau jangan datang kerja.. jawatan kau tu Daddy akan serahkan pada Mira,"

"Daddy. Daddy.. tolong Daddy jangan pecat jeff.. Jeff minta maaf Daddy,"

"Untuk apa kau nak minta dengan Daddy," balas Datuk Rasyid ishak sambil menarik lengannya dengan kasar saat Jeffrey memegang lengannya

Jeffrey duduk berlutut. Dia sedar saat ini tiada guna dia mempertahankan harga dirinya.. jika ayahnya benar-benar serius mahu memecatnya hidupnya akan menjadi seperti kakak sulungnya hidup terumbang ambing setelah berhenti kerja semata-mata mahu mengejar impian

"Jeff akan pergi jumpa dengan Arif Daddy.. jeff sanggup berlutut sampai bila-bila selagi dia tak maafkan Jeff.. Jeff tak nak jadi macam kak long,"

"Apa yang dah jadi dengan kak long kamu?," Datuk Rasyid ishak agak terkejut

Jeffrey mengankat wajah.. "Tak akan Daddy tak tahu.. lepas Daddy pecat kak long hidup dia tak tentu arah,"

"Tak tentu arah.. hey! bukan ke selama nie kak long kau dah jadi pengurus besar hotel Ruby kat cherating.. Bila masa pulak hidup dia tak tentu arah,"

"Hah!! pengurus besar?,"

"Ya jeff. Di sebabkan kak long kau tulah.. Arif tu dapat gelaran Dato'. Hidup dia dah senang lenang kat sana,"

Pelahan-lahan Jeffrey berdiri dengan raut masih terpinga-pinga "Tapi mommy'lah yang cakap macam tu pada Jeff,"

"Mak kau tu dari dulu sampai sekarang masih tak boleh nak terima kak long kau tu kerja bawah Arif.. sebab dia sakit hati,"

"Tapi Daddy, macam mana kak long boleh kerja dengan Arif,"

"Itu kau tanyalah sendiri kak long kau.. dia yang beria-ria nak berhenti sebab nak kerja kat hotel,"

Jeffrey terdiam. Sudah lama dia tahu kalau kak longnya tak pernah gembira ketika berkerja di syarikat ayahnya. Selepas kak longnya berhenti jawatan itu di berikan kepadanya

"Okay daddy.. biar jeff pergi jumpa dengan Arif. jeff akan minta maaf dengan dia walaupun jeff terpaksa berlutut,"

"Tak payah.. sekejap lagi dia datang,"

INTAN NABILA melihat cermin atas untuk memastikan keadaan Arianna dan Airil di tempat duduk belakang

Selepas keretanya memasuki laluan lebuh raya. Jatungnya terus berdetak laju namun dia tetap menggagah diri membawa Arianna dan Airil melarikan diri

Dia mahu pergi sejauh mungkin.. hatinya benar-benar terluka terhadap idham begitu juga Arif safuan. Entah mengapa perasaannya sering di permainkan oleh lelaki. Padahal dirinya begitu ikhlas mencintai mereka

"Ari?,"

"Ya Mama..,"

"Kalau Ari berubah fikiran bagitahu Mama ya.. nanti Mama hantar Ari pulang,"

"Tak nak.. Ari nak ikut Mama,"

"Tapi Mama kalau boleh Mama tak nak balik lagi kat sana,"

"Ari tak kisah.. Ari nak teman Mama sampai bila-bila. Ari tak suka sekolah kat sana.. Ari bukan ada kawan pun.. kawan Ari ramai kat melaka,"

Intan Nabila tersenyum dengan air Mata berlinangan "Ari tak takut?,"

"Tak... Mama dengan Airil'kan ada,"

DI DALAM pejabat Datuk Rasyid ishak. Arif Safuan ketawa terbahak-bahak ketika berbual dengan ayahnya. Dia mula berbaik dengan ayahnya pada pertengahan tahun yang lepas selepas merenung kembali hidupnya sering kali gagal dalam perkahwinan

Setelah mendapatkan nasihat dari beberapa orang ustaz dan semua nasihat itu pula mempunyai banyak kesamaan iaitu menyuruh dirinya mengeratkan kembali siratulrahim dengan Ayahnya semula

Mungkin pada mulanya agak berat untuk Arif Safuan melakukan apa yang di suruh kerana selama ini dia tidak terlalu membenci ayahnya. Dia hanya membenci keluarga Ayahnya yang selalu menghina dan membuli dirinya sehingga dia terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan di perlakukan seperti binatang

Tapi sekarang dia sudah berjaya seperti ayahnya.. bahkan lebih berjaya dari adik-beradik tirinya

"Puas tak dapat ajar abang kamu?,"

"Kenapa ayah cakap macam tu. Jeff tu'kan anak ayah,"

"Ayah tak kisah kalau Arif nak ajar dia.. Memang dah lama ayah tak suka dengan sikap dia tu. Setiap kali bila ayah tegur, ayah marah. Mak tiri kamu selalu masuk campur.. itulah jadinya belagak tak bertempat.. hiss mujurlah Mira tu ada Arif kalau tak lingkup syarikat ayah nie,"

"Mira tu memang bagus ayah.. cara dia bercakap, cara dia menjelaskan sesuatu tu memang senang kita nak faham. sama macam kak long,"

"Betul tu Arif.. ikutkan hati ayah.. ayah memang nak serahkan jawatan Jeff tu pada dia. Tapi masalahnya nanti takde pulak penganti ayah bila ayah nak besara,"

"Ayah kawin'kan je Jeffrey tu dengan Mira,"

"Hiss ayah tak sanggup Arif,"

"Laa Kenapa pulak?,"

Datuk Rasyid ishak memanjangkan leher "Ayah dengar mak Mira tu pandai guna ilmu hitam,"

"Mana ayah tahu?," Arif Safuan sedikit terkejut

"Bukan ayah je yang tahu tapi ramai. sebab tu Mira susah dapat kerja bila orang tahu siapa ibu dia.. tapi bagi ayah itu masalah mak dia bukan anak diakan,"

"Kalau ayah dah cakap macam tu kawinkan jelah diorang,"

"Maksud ayah bab kerja bukan bab kawin. Oh ya ayah dengar kakak si Mira tu pelukis terkenal,"

"Aah.. muka kakak dia memang mirip dengan dia.. kalau ayah tengok pun ayah tak akan pecaya,"

Datuk Rasyid ishak tersengih-sengih memandang anaknya itu "Ayah ada dengar juga kalau Arif rapat dengan dia,"

"Rapat macam tu je ayah takdelah rapat sampai ada hubungan special,"

"Kanapa? Arif masih tak boleh lupakan intan.. bukan ke esok dia nak kawin,"

Raut wajah Arif Safuan terus berubah. Terlihat muram dengan tatapan kosong. Tanpa dirinya sedar kelopak matanya mula berair

"Arif...,"

Arif Safuan mengeluh berat.. di kesat-kesat kelopak matanya "Arif memang cintakan intan ayah.. Arif tak nak kehilangan dia lagi.. tapi apa lagi Arif boleh buat, semua tu salah Arif,"

SELEPAS pertemuan dengan Ayahnya. Arif Safuan terus pulang ke rumah.

Dia sempat membeli juadah makan malam kesukaan Arianna. Sebaik sahaja di membuka pintu. Dia terkejut bila rumahnya dalam keadaan gelap gelita seakan tiada sesiapa didalam rumah

"Zilla!.. Ari!," Panggil Arif Safuan sambil menghidup suis lampu "Mana pulak diorang nie.. keluar ke?,"

Arif Safuan bergegas ke kamar Arianna namun kamar anaknya itu kosong. Cepat-cepat dia menarik keluar Telefon pintar dari poket seluar ingin menghubungi bekas adik iparnya

"Hello bang,"

"Zilla kat mana nie?,"

"Kat luar dengan Ramlan. kenapa bang?,"

"Zilla bawa Ari sekali ke?,"

"Eh tak,"

"Hah! habis tu mana Ari?," Arif Safuan menjadi cemas

"Intan ambil dia siang tadi,"

"Intan? dia bawa Ari kemana?,"

"Laa abang nie.. kat melakalah kat mana lagi,"

"Kenapa zilla tak bagitahu abang?,"

Zilla terdiam sekejap di hujung talian "Sorrylah bang.. Zilla lupa,"

Arif Safuan mengeleng kesal "Takpe nanti abang call dia. Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam,"

Sebaik menamatkan panggilan. Arif Safuan segera mendail nombor Intan Nabila.

Dahi Arif Safuan berkerut bila panggilannya tidak dapat di sambung

"Mana intan nie.. dia off'kan handphone ke," sekali lagi Arif Safuan cuba mendail namun tetap gagal. Arif Safuan mentatal skrin telefon mahu menghubungi Adlan hanif namun belum pun sempat dia mendail. Zilla terlebih dahulu menghubunginya

"Hah Hello Zilla?,"

"Abang!,"

"Ya abang dengar,"

"Tadi makcik safura call abang Ramlan tanya pasal intan,"

"Kenapa?,"

"Sampai sekarang intan tak balik lagi,"

"Allah," Arif Safuan mengaru-garu rambutnya dengan kasar "Tadi abang dah try call dia tapi langsung tak dapat sambung,"

"Abang tunggu kat rumah dalam setengah jam kami sampai. Ada sesuatu zilla nak bagitahu abang,"

"Yalah suruh Ramlan tu hati-hati drive kereta,"

"Okay,"

Arif Safuan melangkah mundar mandir sambil mengosok-gosok dahinya sambil itu juga dia cuba menghubungi intan Nabila namun tetap gagal

"Kau nie pergi mana intan.. Ya Allah tolonglah jangan belaku apa-apa pada mereka,"

Setelah hampir setengah jam berlalu. Barulah Ramlan dan Zilla tiba di rumah Arif Safuan

mereka berdua tergesa-gesa masuk ke dalam rumah

"Abang Arif!,"

"Ya zilla abang kat sini je,"

"Abang Arif mesti tak akan pecaya lepas dengar apa zilla cakap,"

"Apa dia?,"

"Intan tak jadi kahwin,"

Alangkah terkejutnya Arif Safuan kala itu sebaik mendengar kata-kata zilla

"Eh kenapa pulak tak jadi?,"

"Itu zilla tak tahu.. tapi Yusniza bagitahu pada makcik Safura,"

"Masalah sekarangnya nie Arif. Intan dah tahu pasal perbuatan ikram,"

"Macam mana intan dapat tahu. Siapa yang beritahu dia?,"

"Entah.. Mak aku bagitahu malam tadi intan tiba-tiba tanya pasal ikram. Nak tak nak ayah dengan mak aku terpaksa berterus terang,"

"Kalau ya pun dia dah tahu.. kenapa dia tak jumpa aku.. mana pulak dia bawa airil dengan Ari pergi?,"

Zilla dengan Ramlan saling memandang tiada jawapan dengan pertanyaan Arif Safuan itu

"Abang nak pergi balai polis.. mungkin lebih baik abang buat report,"

"Jangan abang Arif!,"

"Kenapa? zilla tahu tak bila abang call nombor intan tadi langsung tak dapat sambung.. abang takut kalau belaku apa-apa pada diorang,"

"Kali nie abang kena pecayakan intan,"

"Ya Allah kau nie Zilla.. Kau tak faham ke..?,"

"Ya zilla faham abang Arif.. tapi kali nie abang kena pecayakan intan.. dia bukannya bodoh sampai nak bahayakan nyawa Ari dengan Airil. tapi kalau abang buat report polis. maksudnya abang tak pecayakan intan,"

"Ini bukan masalah pecaya atau tak zilla.. ini masalah keselamatan diorang,"

Zilla tergeleng-geleng tetap berdegil "Zilla bagi nasihat pada abang.. jangan lakukan kesilapan yang sama. Sila bagi masa pada intan,"

"Berapa lama?,"

"Sehari.. dua hari.. mungkin seminggu,"

"Kau jangan merepeklah zilla.. Ke tepi abang tak perduli.. abang cuma risau dengan keselamatan diorang,"

"Abang Arif jangan menyesal.. sebab lepas nie zilla tak nak dengar lagi luahan kekecewaan abang tu,"

Langkah Arif Safuan serta merta terhenti..Hatinya berbelah bahagi antara pergi membuat laporan polis atau mempecayai intan Nabila

HARI DEMI HARI telah berlalu.. Dan hari ini telah masuk hari kelima intan Nabila bersama anak-anaknya masih lagi tidak dapat di kesan

Pembatalan perkahwinan di antara intan Nabila dan idham di saat-saat akhir di selesaikan secara aman antara kedua belah keluarga. Idham dengan rela menjelaskan penyebab sebenar perkahwinannya dengan intan Nabila di batalkan

Setelah lima hari berlalu kehidupan Arif Safuan mangkin tidak terurus. Dia jarang makan.. Datang ke tempat kerja Kadang-kala hanya memakai pakaian biasa

Dengan keadaan lesu seakan tidak bermaya. Dia duduk bersandar sambil memejamkan mata namun belum pun sempat dia terlena. Kedengaran ketukan pintu pejabatnya dari luar

Arif Safuan menarik nafas panjang sebelum membuka matanya semula

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka. Kelihatan kelibat Jeffrey berbaju melayu dengan bersongkok hitam tersarung di kepala

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," Arif Safuan agak terkejut dengan kehadiran Jeffrey "Kau dari mana Jeff?,"

Jeffrey tidak terus menjawab.. "Boleh duduk,"

"Tentulah boleh,"

"Aku dari rumah Mira tadi," Barulah Jeffrey menjawab pertanyaan itu sebaik sahaja dia duduk

"Kau pergi merisik dia ke?,"

"Mak dia dah meninggallah,"

"Hah! bila?,"

"Tengahari semalam.. hari nie baru kebumikan,"

"Eh Lama jugak nak tanam,"

Jeffrey mengeliat bahunya.. "Kau tak tahu Arif bertapa seksanya nak angkat keranda mak dia. Hari nie baru dapat angkat. Rasa nak patah tulang belikat aku,"

"Habis tu, waktu tanam okay tak,"

"Tentula tak.. aku tak sanggup nak tengok sebab tu aku datang sini. Oh ya Yusniza pun ada kat sana tadi,"

"Dia tak bagitahu pulak aku.. kalau tak aku boleh temankan dia,"

"Kau dah jumpa intan?,"

Arif Safuan mengeleng

Termenung Yusniza saat melihat orang ramai berusaha mengebumikan arwah ibunya. Sampai sekarang masih tidak berjaya..

Mira Yusnizah langsung tidak kelihatan bahkan abang-abangnya juga tidak mahu membantu hanya ayah dengan pakcik-pakciknya saja yang sedang bertungku lumus mengebumikan ibunya

Mungkin dari pandangan matanya dia merasa gembira dengan azab yang menimpa ibunya namun berbeza pula dengan hatinya. Dia merasa teramat sedih

Yusniza mendongak ke langit.. cuaca kala itu sangat cerah miskipun waktu masih muda.. matahari masih lagi di kaki langit sedang berusaha untuk bangkit

Yusniza menadah kedua belah tangan lalu bermohon kepada Pencipta langit dan bumi semoga di permudahkan pengebumian arwah ibunya

"ARIF!," panggil Saiful saad sebaik membuka pintu

"kenapa pakcik?,"

"Intan ada kat cherating,"

Serentak itu juga Arif safuan bangun dari duduknya "Mana pakcik tahu?,"

"Tadi pakcik call Johana. saja je pakcik nak tanya keadaan kat sana. lepas tu dia tanya pakcik, bila kamu nak pergi sana. Itu pakcik hairan.. bila pakcik tanya dia semula. johana cakap kalau Intan, Ari dengan Airil dah menetap lima hari kat sana. Baik kamu pergi sana cepat,"

"Okay pakcik," Tersenyum lebar bibir Arif Safuan saat mengambil barang-barangnya di atas meja. Tanpa membuang masa. kakinya bergegas di ayun keluar dari pejabat

Sebaik sahaja melewati tol bentong. Arif Safuan memecut laju keretanya membelah angin laluan lebuh raya karak.. Retinanya melihat jam di tab Android menunjukkan waktu itu 3.45 petang

SUASANA petang di pantai cherating begitu redup.. Intan Nabila duduk beralaskan tikar berlindung di bawah payung sambil menggendong Airil

Arianna berlari ke sana kemari bermain dengan kanak-kanak seusianya

Dengan lemah lembut Intan Nabila menepuk-nepuk bahu Airil miskipun anaknya itu masih terjaga

"insya-Allah nanti bila Airil dah besar sikit Airil boleh ikut Kakak Ari main dekat pantai ya sekarang nie tak boleh,"

Bibir Airil mengukir senyum seakan mengerti kata-kata ibunya

"Kalau ya pun awak nak datang sini bagitahulah.. boleh kita datang sama-sama,"

Terkejut beruk intan Nabila bila mendengar suara Arif Safuan

Arif Safuan mengeleng ketika duduk di sebelah intan Nabila. Retinanya memandang Arianna bermain

"Tengoklah.. awak duduk kat sini sampai Ari tu ada kawan,"

Intan Nabila tergelak geli hati "Saya saja je nak suruh awak cari saya.. tapi saya tak sangka pulak baru sekarang awak jumpa saya,"

"Saya saja je beri awak masa.. sebenarnya saya dah lama tahu," jawab Arif Safuan bersahaja

"Penipu..,"

Arif Safuan ketawa terkekeh-kekeh kemudian dia mendongak melihat langit "Eh hari macam nak hujanlah,"

"Tak hujan,"

"Eh awak nie.. cubalah tengok kat atas.. Awan dah gelap,"

"Gelap tak semestinya hujan,"

Arif Safuan menyegih "Awak nak bertaruh dengan saya ke?,"

"Okay.. kalau saya betul macam mana?,"

"Awak minta je apa-apa. Saya akan tunaikan,"

Intan Nabila terangguk-angguk setuju

"Tapi kalau saya betul?,"

"Jangan minta apa-apa dengan saya. saya tak akan tunaikan,"

"Laa itu macam tak fair,"

Intan Nabila menatap wajah Arif Safuan agak lama.. "Cuba awak tengok balik kat atas tu awan gelap tu ada lagi ke tak?,"

Arif Safuan mendongak lagi namun kali ini retinanya dapat melihat awan-awan gelap tadi seolah-olah berarak menjauhi pantai cherating

"Awan gelap tak semestinya hujan... mungkin selalunya hujan.. tapi awak tak bolehlah beranggapan terlalu cepat. tak salah kalau tunggu sekejap,"

"Kalau hujan nanti takut tak sempat lari nanti basah,"

"Siapa yang duduk kat sini lama. awak ke saya?,"

"Tentulah awak,"

"macam itulah waktu saya duduk bersama Ari di melaka.. Saya tahu mana satu yang baik mana satu yang buruk.. Sebagai seorang isteri saya tak akan sesekali melakukan perkara terkutuk ketika ketiadaan suami di rumah.. Tapi awak cuma lihat ke arah sisi gelap..awak terus buat keputusan terburu-buru tanpa menayakan pada saya terlebih dahulu.. ," Intan Nabila mengeluh sayu "Apa gunanya kalau saling mengucapkan cinta mencintai tapi dalam hati sedikit pun tiada kepecayaan.. Apakah awak beranggapan saya nie perempuan murahan,"

"Tak intan.. saya sebenarnya sangat mencintai awak.. bila saya lihat gambar tu saya betul-betul cemburu sampai saya tak boleh berfikir secara waras. Ya saya mengaku saya salah.. tapi saya janji dengan awak.. saya sanggup bersumpah saya tak akan ulang lagi kesilapan yang sama,"

"Saya tak pecayakan awak lagi Arif.. setiap kata-kata yang keluar dari mulut awak tu semuanya dusta,"

Arif Safuan mengangguk faham. retinanya terus memerhati Arianna sedang bermain. mungkin lebih baik dia diam daripada berbicara kerana setiap ucapan yang keluar dari mulut intan Nabila saat itu benar-benar memilukan hatinya

"Tolong gendong Airil wak.. kaki saya dah kebas,"

Arif Safuan cepat-cepat mengambil Airil dari intan Nabila..

"Kaki awak okay tak," Tanya Arif safuan saat membantu Intan Nabila berdiri

Raut wajah Intan Nabila berkerut sambil berdiri tercegat lansung tidak begerak kerana waktu itu kakinya mengalami kebas

Setelah beberapa detik barulah Intan Nabila melepaskan nafas lega

"Jom kita jalan-jalan kat pantai,"

Arif Safuan mengangguk

"Oh ya.. tadi'kan awak betul.. Awak nak apa-apa tak?,"

"Tentulah nak," Jawab Intan Nabila saat berjalan beriringan dengan bekas suaminya

"Apa yang awak nak?,"

Belum pun sempat Intan Nabila mahu menjawab. Arianna tiba-tiba datang menerpa tubuhnya

"Bila Papa sampai?,"

Arif Safuan menyenget bibir sambil mengalih pandangan

"Mama.. Papa dah merajuk,"

"Biarkan dia merajuk.. Dah beso-beso pun nak merajuk,"

Arianna tergelak sambil memeluk intan Nabila

"Cepatlah cakap apa yang awak nak?,"

Intan Nabila mendongak ke langit sambil kedua tangannya menyilang ke belakang kemudian tersengih-sengih memandang Arif safuan

"APA KATA AWAK JADIKAN SAYA ISTERI AWAK SEMULA,"

Arianna terus Melompat-lompat dengan sungguh gembira di saat ayah dan ibunya akan menyatu semula

TAMAT.........

tamat sayonara..

Share this novel

Zainabzety
2024-09-11 18:16:21 

best

Zahra haniffa
2024-08-16 22:11:03 

adooy..nak rujuk ..tergantung..tamat pulak...

siti
2024-08-16 07:54:01 

dah habis ke. cepat sangatlah habisnya. tapi best ceritanya. karya author sentiasa buat tertunggu2 tahniah


NovelPlus Premium

The best ads free experience