Bab 20

Romance Completed 43498

ARIF safuan melangkah masuk ke dalam hotelnya. Seorang demi seorang Staff-staff Hotel menunduk memberi hormat dan dia menyambut dengan senyuman mewah. Kakinya di ayun ke arah lif sambil memerhati sekeliling melihat-lihat keadaan Lobi

"Kenapa dengan Encik Arif hari nie. Tersenyum je memanjang. Tergoda pulak aku di buatnya,"

"Laa kau tak tau ke. Encik Arif nak kahwin,"

"Hah? nak kawin. weii biar betul,"

"Kau nie baru keluar dari gua ke? orang semua tengah kecoh encik Arif tu nak kahwin. Kau sorang je yang tak tahu,"

Ketika staff-staff receptionist itu sedang asyik berbual seorang wanita berpakaian seragam seperti baju kebaya berdiri di hadapan kaunter lalu mengetuk beberapa kali di atas kaunter itu

"Dah cukup berbual tu. Layan tetamu dulu,"

"Tetamu?,"

Dua orang staff itu menoleh ke kiri dan ke kanan "Mana ada tetamu Kak Dilla,"

"Hiss korang nie. Kalau takde tetamu buat-buatlah ada. Nanti Encik Hafiz nampak korang berdua beborak. Terasa pulak korang nanti bila kena tegur,"

"Ala kak Dilla nie. Kitaorang tengah syok membawang pasal Encik Arif,"

"Pasal kawin tu kan?,"

"Yala pasal apa lagi,"

"Kak Dilla tahu ke siapa perempuan tu?,"

"Kak dengar dari Amri. perempuan tu orang melaka,"

"Anak sultan melaka la tu. siapa lagi yang layak untuk abang Arif kita yang handsome tu,"

"Kau nie Shima. Melaka mana ada sultan. merepek jela,"

"Hey korang nie pagi-pagi dah Membawang," Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian kemas datang menyampuk namun ketiga-tiga staff wanita itu kelihatan tenang

"Pagi-pagi macam nie la lagi best membawang Encik Hafiz,"

"Membawang pasal Encik Arif la tu," kata lelaki itu dengan lagak yang lembut

"Siapa lagi,"

"Nie Hafiz. Kaukan kenal dengan manager kat melaka. Kau ada tanya ke siapa bakal pengantin encik Arif kita tu,"

"Hiss aku tak payah tanya pun aku dah tahu,"

"Siapa?,"

"Ah.. ah siapa encik Hafiz,"

Hafiz supervisor bahagian receptionist merapat pada kaunter "Korang ingat lagi tak bulan lepas Encik Arif ada jaga seorang pesakit dekat hospital depan hotel kita nie,"

Ketiga-tiga staff itu mengangguk

"Itula bakal pengantin dia. Aku dah tak pernah tengok. Cantik orangnya,"

"Bila?,"

"Ada sekali Encik Arif suruh aku hantar makanan kat dia. Sempat jugala aku borak-borak. Ramah betul. tak sombong pun,"

"Kau ada ambil gambar tak?,"

"Ada-ada. tunggu jap," Hafiz melihat sekeliling terlebih dahulu sebelum menarik keluar telefon pintarnya dari poket seluar "Nie orangnya. Cantik tak," telefon pintar itu segera di hulur kepada Dilla

"Eh boleh tahan cantik," Ucap Dilla sambil memerhati gambar pada skrin telefon pintar itu

"Tengok kak Dilla," pinta salah seorang staff receptionist pula

"Aah, Cantik,"

"Cuba korang tengok betul-betul muka dia. Ada sama tak dengan artis korea," Kata Hafiz

"Artis korea?,"

"Cuba kau pergi kat google taip nama yoona girl generation,"

Shima segera menurut apa yang di suruh Hafiz tadi. Ibu jarinya pantas menaip nama Yoona setelah menekan google app

"Eh betulla nak dekat sama," Kata Shima dengan raut wajah sedikit teruja

"Aah samalah,"

"Mana?,"

"Nie cuba kak Dilla tengok," Shima menghulurkan semula telefon pintar milik hafiz kepada Dilla

"Aah sama. Tapi Kak Dilla memang kenal pun pelakon nie,"

"Kami pun kenal,"

"Mula-mula aku nampak dia aku dah terbayang dah rupa pelakon korea tu,"

PAGI-pagi lagi Arif Safuan sudah sampai di pejabat. Dia menganggap hari itu adalah hari paling gembira, paling bahagia. kekosongan hatinya sudah pun terisi dan dia sudah mula merancang hari bahagia bersama intan Nabila

Saiful saad masuk ke bilik Arif Safuan, setelah salamnya di sambut. Dia meletak fail nipis yang di bawanya di atas meja. Dia bersandar santai memerhati kelincahan anak buahnya itu melakukan rutin harian sebaik sahaja menjejak kaki ke bilik itu

Arif Safuan tersenyum memandang pakciknya seimbas. Cahaya pagi menyimbah, menerangi kesuraman ruang bilik

Telefon pintar di dalam poket seluar di keluarkan, di buka untuk memeriksa sama ada terdapat mesej atau panggilan yang dia telepas pandang

"Assalamualaikum wak, Nanti dalam pukul 10 pagi saya pergi kursus. Bila dah dapat sijil saya terus buat test HIV. Yang lain saya uruskan esok je,"

Bibir Arif Safuan tersenyum lebar. setelah membaca whatAspp dari intan Nabila. Setelah dia membalas whatAspp itu. dia meletakkan telefon pintarnya di atas meja

Kerusi berpenyandar tinggi di tarik lalu duduk. Di tarik merapat ke meja agar benar-benar selesa. Dia beralih pula kepada komputer pejabat. Di buka suisnya begitu juga laptop yang sering di bawa ke sana ke mari. di keluarkan dari dalam beg, di letakan di atas meja dan di pasangkan juga

Mejanya yang terlihat kemas dan teratur di kemaskan lagi. Pen dakwat bacah yang terpacak di atas meja, di gores-goreskan pada sekeping kertas untuk memastikan dakwatnya terang dan masih elok. Pen yang selalu di gunakan untuk menurunkan tandatangan. Dan akhir sekali barulah dia menuntas pandangan kepada pakciknya yang sejak tadi tersenyum-senyum memerhati gelagatnya

"Pakcik dengar Arif cari rumah kat melaka. Betul ke?,"

"Betul pakcik. Sebab Intan nak duduk kat melaka lepas kami kawin nanti. itu yang saya suruh mizi carikan rumah dekat dengan kawasan rumah abang Adlan,"

"Arianna?,"

"Intan nak jaga,"

"Arif okay ke duduk berjauhan dengan mereka nanti,"

Arif Safuan menarik nafasnya lalu di lepaskan nafas itu pelan "Saya okay je Pakcik. Memang pada mulanya berat saya nak setuju. Tapi saya pecayakan Intan,"

"Bagusla tu Arif. Bagi pakcik Lagi elok duduk dekat melaka berbanding Kl,"

"Oh ya pakcik. Saya lupa bagitahu pakcik kalau saya dengan intan nak nikah ahad nie,"

"Eh cepatnya,"Saiful saad sedikit terkejut

Arif Safuan tersenyum malu "Intan yang ajak saya nikah ahad nie,"

"Intan yang nak nikah awal. Biar betul,"

"Betul pakcik. Saya sendiri pun terkejut,"

Tergeleng-geleng kepala Saiful saad dengan bibir tersenyum "Habis tu bersandingnya bila?,"

"Dalam hujung bulan nie,"

Saiful saad tersenyum lebar "Hiss bertuahnya kamu Arif,"

Arif Safuan tersenyum malu sehingga wajah putihnya berubah kemerahan seraya membuka fail. Satu demi satu helaian di dalam fail itu di selak. di baca serba ringkas dan pada masa yang sama kedengaran pintu bilik pejabatnya di ketuk dari luar

"Masuk,"

Pintu bilik pejabat di buka dari luar. Seorang wanita 30 an setiausaha Arif safuan masuk sambil membawa surat "Encik Arif, ada surat dari istana,"

"Surat dari istana?,"

"Dari istana negeri pahang," Kata setiausaha Arif safuan lalu surat itu di berikan kepada Bos'nya.

"Ada apa-apa masalah ke pakcik dengan hotel kita kat sana?,"

"Eh setahu pakcik takde. Semuanya okay,"

Arif Safuan mengeluh pelan. Cepat sahaja dia membuka surat itu. Raut wajahnya bimbang jika surat itu terkandung permasalahan hotelnya di cherating

"Apa isinya Arif?," Tanya Saiful saad turut merasa bimbang

Bibir Arif Safuan tersenyum lebar setelah membaca isi surat tersebut "Surat penerimaan Darjah Sultan Ahmad Shah pakcik,"

"Untuk pangkat dato'kan,"

Arif Safuan mengangguk

"Alhamdulilah,"

SEBAIK sahaja intan Nabila sampai di tempat parking motorsikalnya. Dia melihat tangan kanannya ada balutan putih tempat jururawat mengambil darahnya untuk ujian Hiv.

Keadaan cuaca di situ sudah mula terik setelah Matahari bagaikan terpacak di atas kepalanya menujukkan waktu ketika itu sudah melewati waktu pagi

Bibir intan Nabila memuncung selepas mengenakan helmet. Raut wajahnya seolah-olah merajuk. Dia sempat menghubungi Arif Safuan ketika menunggu gilirannya untuk mengambil darah tadi namun panggilannya tidak jawab

"Bila aku call taknak jawab. Mesej pun tak nak balas. Kot-kot aku je yang beria nak kawin dengan dia," ngomel Intan Nabila dengan nada kesal

Intan Nabila mendahului penguna jalas raya setelah lampu isyarat bertukar hijau. Laju saja dia membonceng motorsikalnya kerana masih kesal dengan sikap Arif Safuan

Sebaik sahaja Intan Nabila sampai di rumah. Dia melihat motorsikal ayahnya tiada di dalam garaj rumah. Pagar rumah di buka namun tiba-tiba dia temangu. Entah mengapa fikirannya teringatkan ikram. Agak lama di berdiri seperti patung sehinggalah sebuah kereta melewati hadapan rumahnya barulah dia tersedar semula

"Kenapa aku asyik teringat kat ikram nie?," bisik hatinya lalu mengeluh pelan

Intan Nabila meleraikan pakaian sebaik sahaja sampai di biliknya. Rasa lelah ketika mengambil kursus kawin kemudian bersambung pula dengan ujian Hiv masih terasa masih bebaki

Dia pantas melangkah ke bilik air. bersiram sepuasnya, sewanginya. kemudian tanpa berpakaian dan hanya bertuala, dia duduk di berai katil memeriksa telefon pintarnya

"Lantaklah,"

Intan Nabila menumbangkan badannya di atas katil. Terasa terbuai dan di manjakan angin kipas siling yang berputar sepoi-sepoi nyaman. Walaupun hatinya masih merasa kesal kerana tiada mesej dari Arif safuan

Sekali lagi Intan Nabila melihat skrin telefon pintarnya. Jari telujuk menekan gallery App. Beberapa keping gambar di dalam App tersebut di tatap satu persatu sehinggalah sebuah gambar antara dia dengan ikram ketika bercuti di gunung ledang sebelum covid melanda

Air matanya mengalir tanpa sedar bila melihat kemesraan antara dia dengan bekas kekasihnya itu dan bukanlah sesuatu yang mudah baginya untuk melupakan sebuah hubungan yang sudah terjalin selama 10 tahun di tambah lagi ikram adalah lelaki pertama yang berjaya menambat hatinya

Intan Nabila memejamkan mata. Wajah ikram terbayang-bayang di fikirannya malah suara, gelak ketawa. ungkapan cinta yang pernah di ucapkan lelaki itu tergiang-giang di dalam telinganya

"Hiss kenapa pulak dengan aku nie!," Intan Nabila lantas bangun. Kepalanya di geleng-geleng beberapa kali cuba menghilangkan ingatan pada ikram namun gagal.

Gegeran telefon pintarnya yang masih di tangan memeranjatkannya. tergesa-gesa dia melihat pada skrin dan mengharapkan itu dari Arif Safuan. Ada satu pesanan whatAspp masuk. Intan Nabila sedikit terkejut

"Ikram?,"

"Maafkan ikram intan kalau ikram menganggu. Sudi tak intan bertemu dengan ikram sekejap,"

"Nak jumpa?. Dia tak pergi bulan madu ke?,"

Intan Nabila tertanya-tanya. Hatinya menjadi serba salah namun ibu jarinya tetap menaip membalas mesej tersebut

"Kenapa ikram nak jumpa dengan intan. Ikram tak pergi bulan madu ke?,"

Agak lama intan Nabila menunggu balasan dari Ikram

"Macam mana ikram nak pergi bulan madu kalau hati ikram merasa menyesal memilih wanita lain. Tidur pun tak lena sebab ikram selalu teringatkan Intan. Setiap malam ikram menagis kerana intan. please intan tolongla jumpa dengan ikram walaupun untuk kali terakhir,"

Intan Nabila mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal. Hairan dengan permintaan ikram akan tetapi lain pula dia merasakan di dalam lubuk hatinya seolah-olah dia merasa gembira

"Tapi intan takut. Macam mana kalau isteri ikram dapat tahu kalau kita berjumpa,"

"Intan jangan takut. kita jumpa sekejap je. Intan ingat lagi tak hotel yang kita pergi dulu. Kita jumpa je kat sana ,"

"Hotel?," bisik hati Intan Nabila

"Kenapa nak jumpa kat sana?,"

"Supaya tiada orang nampak kita berjumpa. Intan janganlah risau. Niat ikram nak berjumpa dengan intan je. Ikram rasa macam gila sebab rindu sangat pada intan,"

Intan Nabila menghela nafas. Tanpa berfikir panjang. Dia membuat keputusan

"Okay. Nanti intan pergi ke sana,"

Intan Nabila bingkas bangun kemudian berlari masuk ke dalam bilik air. Kedengaran dia bersiram seketika sebelum keluar semula. Bibirnya tersenyum-senyum memilih pakaian di dalam almari

1.45
WEDNESDAY

itulah waktu dan hari tertera pada skrin Tab android kereta Arif Safuan. Dia memandu masuk memasuki tol ayer keroh melaka setelah hampir 3 jam memandu dari KL semata-mata mahu bertemu bakal isterinya

Wajahnya tenang namun berseri-seri. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman sementara hati tidak sabar menemui intan Nabila

Kereta di pandu memasuki bandar melaka. Kereta di belok ke kanan. Di hadapan terdapat simpang tiga berlampu isyarat. Jika dia membelok ke kanan, dia akan menuju ke laluan Hotel miliknya. Jika ke kiri, dia akan menuju ke arah rumah keluarga intan Nabila.

Arif Safuan memijak padel minyak mengikut laluan ke kiri. Selepas beberapa minit kereta di pandunya melalui di atas jalan raya yang agak sesak. Sekali lagi dia membelok ke kiri memasuki kawasan perumahan dan ketika itu retinanya terpandang kelibat motorsikal di bonceng intan Nabila melewati keretanya

Bibir Arif Safuan tersenyum lebar. Pantas tangannya menekan hon sambil memalingkan kepala melihat ke belakang namun Intan Nabila tidak menoleh atau memberhentikan motorsikal

Sedar akan situasi itu. Cepat-cepat Arif Safuan membuat pusingan U-turn berniat mengekori Intan Nabila

Share this novel

Zainabzety
2024-05-25 12:02:30 

bodoh punya betina gatal lagi nk berjumpa si jantan tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience