Bab 25

Romance Completed 43498

"Ari. Minggu depan papa tak balik. Papa kena pergi sabah. Kalau Papa tak jawab call Ari. Ari jangan merajuk ya. Nanti Papa call balik Ari,"

Ari mengangguk mengerti "Lama tak Papa tinggal sana?,"

"Isnin sampai ahad. Isnin Papa dah balik. Tapi jumaat baru Papa balik sini,"

"Okay,"

"Ari janganla selalu merajuk. Kesihan kat Mama,"

"Ari tak merajuk dah,"

Arif Safuan tersenyum manis. Rambut anak gadisnya di elus lembut. Intan Nabila memerhati dengan raut tenang miskipun kala itu hatinya sedikit merajuk kerana perlu menunggu selama dua minggu baru ketemu suaminya semula

"Intan. Abang balik dulunya,"

"Abang hati-hati drive kereta tu. Nanti sampai jangan lupa call intan,"

"Insya-Allah. Nanti kirim salam abah dengan mak ya,"

Intan Nabila mengangguk. Arif Safuan memeluk isterinya lalu menghadiahkan satu kucupan kasih di dahi isterinya

"Abang cintakan intan," Ucap Arif Safuan pelan

"Intan cintakan abang juga,"

Arif Safuan tersenyum puas tubuh anak gadisnya di dukung. Intan Nabila mengankat beg suaminya. Mereka berdua melangkah keluar dari rumah.

Sebaik sahaja kereta yang di pandu Arif Safuan keluar dari garage Intan Nabila dan Arianna melambai lansung tiada kecerian pada raut wajah masing-masing

"Bye-bye Papa," Jerit Arianna

Ya Allah ya tuhan ku hamba mu yang lemah ini bermohon semoga dikau lindungi perjalanan suami hamba. jauhilah suami hamba dari kemalangan. Intan Nabila meraup wajahnya setelah berdoa dengan suara yang pelan

"Mari Arianna masuk,"

Arianna menurut langkahnya pelan memasuki ke dalam rumah. Intan Nabila memerhati sekitar garage rumah sebelum menutup pintu rumahnya

KERETA di pandu Arif Safuan melewati tol menghala ke Kuala Lumpur. Jam di android menunjukkan waktu 9.00 malam. Dia harus pulang ke KL kerana esok pagi dia harus bertolak ke sabah untuk menemui sahabatnya Xuan Lee

"Ya Allah," Arif Safuan mengeleng kesal "Aku lupa lagi. Aduh," Arif Safuan teringatkan tentang majlis bersanding. Perkahwinannya sudah hampir mencecah 1 bulan namun sehingga sekarang dia dan intan Nabila masih belum membuat majlis bersanding

Arif safuan mengambil earphones jenis Bluetooth lalu di letakan di telinga. Tangannya menekan skrin android kereta untuk menghubungi isterinya

"Assalamualaikum bang,"

"Waalaikummusalam,"

"Kenapa abang call?," Kedengaran getaran dari nada suara intan Nabila seakan bimbang

Arif Safuan tersenyum "Abang tiba-tiba teringatkan pasal majlis bersanding,"

"Ohh.. Intan tak kisah bang tak buat pun takpe yang penting intan dah jadi isteri abang. Intan bersyukur sangat,"

"Kenala buat sayang. Okay macam nie. Lepas abang balik dari sabah insyaallah abang akan uruskan sendiri majlis bersanding tu. Tapi kalau abang lupa intan tolongla ingatkan abang,"

"Intan takut ganggu abang kerja,"

"Buat apa nak takut dengan abang. Abangkan suami intan,"

"Yalah. Intan minta maaf,"

"Apa kata bila intan ada masa, intan senaraikan nama-nama tetamu yang intan nak jemput. Nanti senang sikit bila nak buat kad jemputan,"

"Baiklah bang. Nanti intan bagitahu abah dengan mak,"

KUALA LUMPUR. Suhaila duduk di ruang tamu sambil membelek-belek beberapa helai dokumen. Beberapa helai kertas di letak di atas meja kini di tangannya hanya ada sehelai kertas

Belakang tubuh disandarkan. Kakinya menyilang. Retinanya teralih-alih seakan sedang membaca isi kandungan kertas itu. Sebuah wasiat yang di tinggalkan bekas kekasihnya untuk Arianna

Bapa kandung kepada anak gadisnya warganegara prancis yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Suhaila sempat tinggal bersama bekas kekasihnya di sana selepas dia bercerai dengan Arif safuan

Satu keluhan berat di lepaskan. Kertas yang di pegang di letak di atas meja. Suhaila mengaru-garu kepalanya. Otaknya berserabut memikirkan Arianna

"You dah mati pun masih menyusahkan i Johnny, tapi i tak sangka you sanggup tinggalkan harta you untuk anak yang you tak pernah jumpa,"

Kedengaran nada dering dari Telefon pintar di atas meja. Suhaila melihat skrin yang bercahaya tertera nama penyiasat persendirian. Panggilan itu segera di jawab

"Hello,"

"Hello puan. Maafkan saya menganggu. Baiklah puan kami akan terima kerja tu tapi puan kena bayar 25 ribu ringgit sebagai wang pendahaluan,"

"Itu tiada masalah. Bila awak akan mulakan?,"

"Bukan dalam masa terdekat sebab kami perlu merancang dengan teliti,"

"Saya bagi tempoh dua minggu. Kalau awak tak lakukan. pulangkan semula duit saya,"

"Puan tak perlu risau. kami tak akan bawa lari duit puan,"

"Ingat. hanya cederakan sahaja jangan sampai mati,"

"Baiklah puan, puan tunggu saja berita baik dari kami,"

Berita baik? Suhaila menyengis

"BOS. betul ke bos nak ambil job tu. kita tak pernah buat kerja jenayah bos?,"

"Bukan kita yang buat tapi orang lain kita cuma ambil untung atas angin,"

"Siapa bos?,"

"Aku pun tak kenal. dia akan mesej kalau dia setuju. bayaran 10 ribu so kita dapat 40 ribu tak perlu buat apa-apa,"

Lelaki bertubuh besar itu mengeluh dengan dahi berkerut bimbang "Kalau orang tu tipu kita macam mana bos,"

"Kita sendirila uruskan. lagi pun kerja kita bukannya bunuh orang cuma cederakan je. Dia tak cakap pun pada kita cedera yang macam mana?,"

"Betul jugak bos,"

"Tapi yang aku hairan kenapa dia nak cederakan anak dia sendiri,"

SUDAH masuk hari ketiga Arif Safuan berada di sabah bagi membantu Sahabatnya xuan lee berurusan dengan kerajaan negeri sabah untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan projek mega yang telah di sepakatkan hanya tinggal beberapa mesyuarat yang perlu mereka hadiri sebelum projek mega itu mendapat kelulusan penuh dari kebinet kerajaan negeri sabah

Pintu bilik berkembar terbuka dari luar. Xuan lee berjalan keluar bersama kakitangan berserta beberapa pelabur dari negaranya yang ikut bermesyuarat. Arif Safuan pula berjalan beriringan dengan salah seorang menteri dari kerajaan negeri sabah telihat serius wajahnya ketika berbual dengan menteri itu

"Begini bah Arif. jika ada kebaikan kepada kerajaan sabah dan perluang perkerjaan kepada rakyat kami mengapa aku harus tolak. Cuma yang aku hairan kenapa hanya 5% peratus pelaburan di benarkan untuk orang sabah yang selebihnya di kuasai orang luar. Dan paling aku tidak suka bila mereka menyuruh kami membenarkan kemasukan rakyat China ke sabah untuk berkerja. padahal Rakyat kami sendiri banyak memerlukan perkerjaan,"

Arif Safuan terangguk-angguk mengerti "Agak-agak datuk berapa menteri yang tidak bersetuju dengan projek ini?,"

"Bukan kami tidak setuju bah Arif. Sudah aku katakan penjanjian itu berat sebelah bagi kami. Aku tidak nafikan memang ada keuntungan bagi kami sebagai kerajaan tetapi tiada keuntungan untuk rakyat sabah,"

"Saya faham datuk," Arif Safuan mengeluh pelahan sudah dua kali mesyuarat dengan kerajaan negeri sabah tidak mendatangkan hasil "Nanti saya cuba berbincang dengan Xuan Lee,"

"Arif! come with me," Panggil Xuan lee setelah mereka semua keluar dari sebuah bangunan kerajaan negeri

Arif Safuan bergegas melangkah. Xuan lee berdiri di balik pintu kereta yang sudah terbuka membiarkan Arif Safuan masuk terlebih dahulu

"So bagaimana Arif?," Tanya Xuan Lee sebaik sahaja kereta di naiki mereka berdua bergerak meninggalkan tempat itu

"I wonder why you still haven't changed the conditions of the investment and I told you not to put conditions that are detrimental to them," Jawab Arif Safuan dengan serius

"why do I have to agree to their conditions. I am the one who brought the investors in and all the conditions that we present are the result of the wishes of the investors,"

All offers with conditions, are clearly biased. if you continue with an offer like that I'm sure they will reject it,"

Xuan lee mengeluh sambil mengosok-gosok dagunya seraya berfikir "You ada tanya how much i need to pay?,"

Arif Safuan sedikit terkejut "Pay for what?,"

Xuan lee memandang Arif safuan "Duit tepi,"

"What!,"

"Jangan terkejut my friend this is a business everyone wants personal profit just need to ask how much they want,"

"Xuan. I ikut you ke sini bukan untuk mengotorkan tangan i. i tak nak terbabit dengan kerja kotor,"

"Okay. okay i faham. Cuma bantu i sekali sahaja,"

"What you need?,"

"Perkenalkan i dengan menteri yang paling berpegaruh di negeri ini,"

"For what?,"

"Itu you tak perlu tahu,"

Arif Safuan mengeleng resah dengan melontarkan pandangan di luar jendela. Rasa menyesal mula membelenggu dirinya tak sepatutnya dia terbabit dengan bisnes besar itu. Niatnya datang ke sabah hanya semata-mata mahu membantu Sahabatnya namun sekarang dia tidak menyangka Xuan lee sanggup menyuruhnya membuat perkerjaan kotor

Setiba sahaja tiba di hotel. Arif Safuan terus melangkah menuju ke Lif setelah menolak ajakan Xuan lee untuk makan tengahari bahkan panggilan dari kaunter receptionist lansung tidak diperdulikan

Pintu Lif terbuka di tingkat 3. Arif Safuan melangkah keluar sambil melonggarkan tali lehernya. Sesampai sahaja di hadapan pintu bernombor 46. Pintu bilik di buka

"Hai Arif,"

Arif Safuan tersentak teruk ketika ingin masuk ke dalam bilik. Matanya mencerlang melihat susuk tubuh wanita sedang berdiri di ruang tamu sedang tersenyum memandangnya

"Suhaila!,"

"Yes this is me your x wife. Tak perlula nak terkejut,"

"You buat apa kat sini? macam mana you boleh masuk bilik i?,"

"I cakap i isteri you dan you rindukan i,"

Bibir Arif Safuan menyenget rasa jijik mendengar jawapan dari bekas isterinya itu "Baik you keluar sekarang," Pinta Arif Safuan sambil melangkah masuk ke ruang tamu

Suhaila tidak menurut malah duduk di salah satu sofa di situ

"You tak dengar ke i suruh you keluar!," Tindakan Suhaila itu membuatkan Arif Safuan semakin berang di tambah pula dengan masalahnya dengan Xuan lee tadi

"Tak perlu nak tengking i Arif. I bukannya pekak,"

"Kalau you tak pekak please get out!,"

"Serahkan Ari pada i,"

"Jangan harap. Baik you keluar sekarang sebelum i seret you keluar,"

Suhaila lansung tidak menampakan raut wajah takut mahu pun gentar dengan ugutan Arif Safuan. wajahnya tetap bersahaja

Melihat sahaja Suhaila masih tidak menurut. Arif Safuan terus memaut lengan Suhaila memaksa wanita itu bangun namun suhaila meronta-ronta sedaya upaya cuba melepaskan lengannya

"Benci sangat ke you pada i Arif, sampai layan i macam nie,"

"I tak benci you Suhaila. I cuma nak you keluar dari bilik nie. Kita dah tiada apa-apa hubungan,"

"Tolong serahkan Ari pada i Arif,"

"For what! you dah serahkan hak penjagaan Ari pada I. You dah lupa ke?,"

"You dah kahwin. satu hari nanti you akan ada anak sendiri. I cuma bimbang bila you dah anak, you akan abaikan Ari,"

"No! itu tak akan belaku Suhaila. I bukannya macam you, seorang ibu yang tegar mengabaikan anak kandung sendiri selama 10 tahun. Baru sekarang you nak jaga Ari,"

"I tahu selama nie i yang salah. Tapi tolonglah Arif bagi i perluang jaga Ari,"

Arif Safuan mengeleng dengan raut wajah menyampah memandang Suhaila "Sampai mati pun i tak akan serah Ari pada you bahkan selama nie Ari tak pernah bertanya tentang you Suhaila. baik you keluar sekarang dan kuburkan sahaja niat you tu,"

Suhaila terangguk-angguk dengan raut wajah yang berang "Okay. tapi you kena ingat Arif tentang penjanjian hak penjagaan. jika belaku apa-apa pada Ari di bawah jagaan you i akan rampas Ari dari you,"

"Itu tak akan belaku Suhaila,"

"Kita lihat saja nanti," Habis sahaja bicara Suhaila terus melangkah ke pintu. you tunggu je Arif. i dah minta cara baik tapi you degil so i dah tiada pilihan

"Tunggu suhaila,"

Suhaila yang sedang menyarung kasut segera menoleh

"Takziah i ucapkan atas kematian boyfriend you. I tak sangka cepat betul boyfriend you mati," Ucap Arif Safuan seraya menyindir

Suhaila berdengus kuat dengan gigi di getap geram tanpa membalas ucapan Arif Safuan lalu keluar dari bilik itu

Setelah beberapa detik berlalu. Arif Safuan duduk termangu di sofa dengan dahi berkerut. Entah mengapa kehadiran suhaila membuatkan hatinya di belenggu perasaan bimbang. Sebelum ini Suhaila tidak pernah mengambil perduli tentang Arianna malah ketika dia meminta hak penjagaan Arianna, bekas isterinya itu langsung bersetuju

Ada yang tak kena nie. Arif Safuan mengeluh resah. kenapa sekarang padahal ayah kandung Ari dah mati untuk apa lagi dia nak jaga Ari. Nanti?

Arif Safuan bingkas bangkit dari duduknya. Kenapa dia cakap pasal hak penjanjian tadi? Arif Safuan semakin tidak sedap hati. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang mencurigakan

Telefon di dalam poket seluar segera di tarik dengan keadaan tergesa-gesa dia menghubungi nombor Intan Nabila

"Assalamualaikum abang," Pantas sahaja panggilan itu di jawab intan Nabila

"Waalaikummusalam. Intan buat apa?,"

"Tengah memasak, Kenapa bang?,"

"Takde apa-apa. Saja abang call rindu kat intan,"

"Intan pun rindu sangat kat abang, abang sihat?,"

"Alhamdullilah abang sihat. Ari okay tak sayang,"

"Aah okay je. Macam biasalah makin manja," Intan Nabila ketawa riang

Arif Safuan tersenyum "Intan?,"

"Ya bang,"

"Mulai hari nie jangan pergi mana-mana naik motorsikal. Abang nak intan guna kereta tak kisahlah dekat ke jauh,"

"Baiklah bang," pantas intan Nabila menjawab tanpa mempersoalkan permintaan suaminya itu

Arif Safuan menarik nafas lega "Kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat hubungi abang ya,"

"Baiklah bang,"

"Insya-Allah lepas selesai je urusan abang kat sini abang ingat nak ambil cuti seminggu. Abang nak habiskan masa dengan intan dan Ari. So bolehla kita sama-sama uruskan majlis bersanding nanti,"

"Betul ke bang?,"

"Insya-Allah abang tak berani nak janji,"

"Ya Intan faham. Harap-harapla jadi,"

"Abang pun sama, hati-hati bawa kereta. abang cintakan intan,"

"Intan pun cintakan abang,"

Arif safuan melepaskan nafas lega sambil melabuhkan punggungnya semula di atas sofa namun hatinya masih lagi di belenggu perasaan bimbang ikutkan hatinya, sekarang juga dia mahu pulang ke KL

SEJAK tiga hari kebelakangan ini ketika Ikram diam-diam memerhati Intan Nabila. Lelaki itu perasan jika ada sesuatu yang mencurigakan setelah melihat sebuah kereta jenis proton wira selalu memandu perlahan di hadapan rumah intan Nabila. Pada mulanya dia berfikir jika itu adalah kereta yang mengirim barangan online namun kelibat kereta itu semakin kerap terlihat melewati rumah bekas kekasihnya itu

Ikram cuba menghubungi intan Nabila beberapa kali sekadar berniat untuk memberitahu bekas kekasihnya tentang kelibat kereta yang mencurigakan itu akan tetapi tiada satu pun panggilannya di jawab

Keesokan harinya pada hari khamis Ikram memberanikan diri untuk menemui intan Nabila. Jam 2.00 tengahari. Kereta yang di pandunya di pakir di hadapan rumah bekas kekasihnya. Selepas keluar dari kereta. Ikram memberi salam dengan di selang seli memanggil nama intan Nabila

"Mama. Mama," Ari yang masih berpakaian sekolah berlari anak dari ruang tamu ke dapur

Intan Nabila yang sedang membasuh pinggan di singki menoleh. "Ari. kenapa tak tukar baju sekolah tu lagi,"

"Mama.. ada orang kat luar,"

"Ada orang?," Kening intan nabila berkerut. tangan yang masih basah cepat-cepat di lap pada kain

Intan Nabila memegang tangan Arianna ketika berjalan ke ruang tamu. Langsir yang menutup jendela depan di selak untuk melihat di luar

Ikram? hiss apa lagi yang dia nak? Bisik intan Nabila. Hatinya serba salah. Aduh macam mana nie

"Siapa tu mama?,"

"Penghantar barang,"

Arianna mengangguk "Keluarla Mama,"

Intan Nabila mengeluh berat ikram masih lagi memberi salam dan memanggil namanya "Yala Ari tunggu sini kejap ya. Biar Mama pergi tengok,"

Arianna mengangguk mengerti

Intan Nabila merapikan tudung kepalanya terlebih dahulu kemudian membuka pintu rumah. Selepas memakai selipar dia terus menjawab salam ikram

"Awak nak apa lagi?," Soal Intan Nabila dengan suara di tekan pelan. wajahnya mencuka memandang ikram berdiri di balik pagar depan rumahnya

"Intan jangan salah faham. Saya datang nie bukan nak ganggu intan,"

"Habis tu awak nak apa?,"

"Intan tolong hati-hati bila keluar rumah sebab saya ada nampak kereta yang mencurigakan sering lalu depan rumah intan,"

Kening intan Nabila bertaut hairan "Macam mana awak boleh nampak. Awak selalu datang ke sini ke?,"

Ikram sedikit tersentak "Itu intan tak perlula tahu yang penting intan hati-hati. Tengok dulu kat luar sebelum nak buka pagar. Kalau intan nampak kereta wira warna kelabu cepat-cepat hubungi polis,"

"Awak sengaja nak takutkan sayakan. Padahal awak boleh je hubungi polis," Sukar Intan Nabila mahu mempecayai kata-kata Ikram malah dia mencurigai niat lelaki itu

Ikram memandang intan Nabila dengan raut wajah yang sungguh terkilan "Semalam saya dah hubungi polis tadi pun saya ada nampak kereta polis buat rondaan cuma niat saya datang nie nak bagitahu intan supaya hati-hati bila keluar rumah. itu saja Assalamualaikum,"

Intan Nabila menjawab salam itu dengan perlahan sambil melihat Ikram masuk ke dalam kereta

"Siapa tu Mama?," Arianna berlari ke arah ibu tirinya

Intan Nabila memalingkan badan selepas kereta ikram berlalu pergi "Salah rumah. Jom masuk mandi,"

Malam itu Intan Nabila tidak mampu memejamkan mata. Arianna yang terbaring di sebelah sudah pun terlena. Peringatan ikram siang tadi masih lagi bermain di dalam minda. Petang sebelum mahgrid dia memberanikan diri mengajak Arianna bermain di luar pekarangan rumahnya.

Memang benar kata-kata Ikram. Intan Nabila ada terperasan sebuah kereta wira berwarna kelabu memandu perlahan di hadapan rumah.

Kenapa Arif tak jawab call? Intan Nabila mengeluh pelan. Dua tiga kali dia cuba menghubungi suaminya, satu panggilan pun tidak di jawab. Mesej di WhatsApp masih belum di balas

Intan Nabila memiringkan badan ke kanan. bahu Arianna di tepuk lembut

DI DALAM bilik, intan Nabila meluruskan tangan dan meregangkan beberapa bahagian tubuhnya. Arianna pula masih diulit mimpi di dalam selimut.

Telefon pintar di atas almari kecil di hujung sisi katil lantas di ambil.

"Dah pukul 5.30," Intan Nabila memeriksa telefonnya jika ada panggilan masuk dari suaminya namun tiada. WhatsApp juga tidak di balas. "Mungkin sibuk sangat,"

Selepas mengikat rambut ikalnya, Intan Nabila keluar dari bilik menuju ke dapur. Bahan-bahan masakan untuk sarapan di keluarkan satu persatu di dalam peti ais

Azan berkumandang menandakan masuknya waktu Subuh. Nasi goreng yang baru sahaja di masak di masukkan ke dalam mangkuk kemudian dia bergegas naik ke atas untuk solat

"MAMA sayang sangat pada Ari," Ucap intan Nabila sebelum mencium kedua pipi anak tirinya

"Ari sayang Mama. Sayang sangat," Balas Arianna kemudian mencium pipi ibu tirinya

"Ari! cepatla," Panggil beberapa pelajar perempuan yang setia menunggu Arianna di balik pagar sekolah

"Ari pergi dulu ya Mama,"

"Yala. jangan nakal-nakal tahu nanti pukul 12 Mama jemput,"

"Okay. Bye Mama," Arianna melambai di saat berjalan ke arah teman-temannya

Intan Nabila membalas lambaian itu dengan mengukir senyuman kasih namun senyuman itu memudar setelah Arianna tidak lagi kelihatan. Selepas solat subuh entah mengapa jantungnya berdengup laju. Darahnya pula seolah-olah berderau sehingga naik ke kepala. Bulu romanya selalu meremang

Kenapa nie. Intan nabila menekan dadanya

Seperti biasa selepas menghantar Arianna ke sekolah. Intan Nabila akan singgah ke rumah orang tuanya untuk melihat keadaan Adlan hanif

"Assalamualaikum abah," intan Nabila memberi salam selepas keluar dari kereta

"Waalaikummusalam," Adlan hanif tersenyum memandang anak gadisnya

"Abah dah sarapan?,"

"Belum. Abah tunggu Intan,"

"Mak ada masak?,"

"Tentula tak. Dia tahu Intan datang"

Intan Nabila tersengih "Intan ada buat nasi goreng dengan sup ayam jomla bah makan. Intan pun belum sarapan lagi,"

"Elokla tu selalunya abah je yang makan sorang-sorang,"

"INTAN. intan,"

Intan Nabila yang sedang tidur di atas sofa serta merta terjaga. Dalam keadaan separuh sedar intan Nabila melihat ayahnya

"Dah pukul berapa sekarang nie abah?,"

"Pukul 11,"

"Hah! alamak," Intan Nabila bergegas bangun. Niatnya tadi selepas bersarapan dengan ayahnya dia mahu tidur sebentar tak sangka pula boleh terlena sampai pukul 11

"Abah tak sampai nak kejut intan. Intan tidur lena sangat,"

"Eh tak mengapa Bah. Intan memang mengantuk sangat tadi. Intan balik dulu ya Abah. Nak masak untuk Ari. Insya-Allah petang nanti Intan bawa Ari datang ke sini,"

"Yalah. Hati-hati bawa kereta tu,"

Intan Nabila mengangguk. Tangan ayahnya di cium sebelum bergegas menaiki keretanya.

Jarak antara rumah Intan Nabila dengan rumah orang tuanya tidaklah jauh hanya mengambil masa 10 minit

Sesampai sahaja di rumahnya. Intan Nabila pergi ke dapur terlebih dahulu untuk memasak nasi. Bahan-bahan mentah yang sudah siap di potong di keluarkan dari peti ais

JAM di dinding dapur sudah menunjukkan waktu 11.50 minit tengahari. Semua hidangan yang sudah di masak di taruh di atas meja kemudian di tutup dengan tudung saji

Intan Nabila mengambil kunci kereta di atas meja lalu bergegas keluar dari rumah

Miskipun dalam keadaan tergesa-gesa intan Nabila perasan jika keretanya kelihatan rendah di bahagian belakang

"Eh macam mana tayar kat belakang nie boleh pancit?," kata Intan Nabila sambil melihat tayar di bahagian belakang bahagian kanan pancit teruk "Aduh! aku langgar apa tadi,"

Intan Nabila mengaru-garu tudung kepala. Raut wajahnya berkerut resah kemudian masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci motorsikal sambil itu dia cuba menghubungi suaminya

Panggilan petama tidak jawab. Intan Nabila cuba menghubungi kali kedua

"Hello intan,"

"Hello bang,"

"Intan. abang tengah meeting nie," Kedengaran suara Arif Safuan seperti berbisik

"Abang. Intan kena bawa motor. Nie ta?..," Belum pun sempat Intan Nabila habis berbicara suaminya pantas memotong

"Kan abang dah cakap guna kereta. kenapa degil sangat,"

"Bukan. ab..?,"

Panggilan di tamatkan. Intan Nabila terpinga-pinga melihat skrin telefon dengan hati sedikit terkilan

"Alamak dah pukul 12," Intan Nabila mengambil gambar tayar keretanya yang pancit lalu gambar itu di kirim kepada suaminya

Motorsikal jenis skuter Honda pcx di pandu Intan Nabila meluncur laju selepas keluar dari simpang taman perumahannya menghala ke sekolah Arianna

"Mama!!," Arianna segera berlari mendapatkan intan Nabila

"Ari!,"

"Kenapa Mama lambat.. Ari takut?," Ucap Arianna dengan wajah berkerut ingin menangis

Intan Nabila memeluk erat tubuh anak tirinya "Mama minta maaf sangat. Tayar kereta pancit,"

"Tayar kereta pancit?,"

Intan Nabila meleraikan pelukannya "Aah. Mama minta maaf ya,"

Arianna mengangguk. Wajahnya kembali ceria "Boleh Ari duduk belakang?,"

"Tak boleh. Kalau Ari duduk belakang Mama tak boleh peluk Ari,"

"Mama nie..,"

Intan Nabila ketawa kecil melihat wajah comel itu merajuk "Lain kali ya. Sini Mama pakaikan helmet,"

Intan Nabila melihat ke kanan dan ke kiri apabila jalan ke dua belah betul-betul selamat barulah dia memulas padel minyaknya untuk ke seberang jalan menghala ke rumahnya semula

Arianna mendepakan tangan. Tampak gembira maklumlah Sudah tiga hari dia tidak menaiki motorsikal dengan ibu tirinya

"Wooo... Best ya!,"

Di balik visor yang tertutup. Bibir Intan Nabila tersenyum mekar melihat gelagat Arianna begitu gembira. Tangan kirinya memaut tubuh anak tirinya itu

Namun "ALLAH!,"

"Mama.. Mama..,"

"Kurang ajar punya kereta. Dah langgar orang lepas tu lari,"

"Macam sengaja,"

"Call ambulan!,"

"Nasib baik anak dia tak apa-apa,"

"Eh jangan sentuh. Takut ada yang patah,"

Share this novel

Zahra haniffa
2024-06-25 22:53:16 

intan nabila bi devil Sgt....cam x de cara lain...padan muka kena langgar...


NovelPlus Premium

The best ads free experience