BERSUJUD MERAIH CINTA Bab 2

Romance Completed 43498

INTAN NABILA memandang jam di dinding kemudian memalingkan wajahnya memandang Yusniza kala itu sedang menjaga Airil..

"Kak yus.. agak-agak mini mart kat bawah tu dah buka ke belum?,"

"Intan nak beli apa?,"

"Pampers Airil. Semalam Intan ada perasan mini mart tu ada jual tapi tak terpikir pulak nak beli,"

"Kak pun tak pasti intan..lagi pun sekarang nie dah jam 10 mesti dah bukakan. Intan cubalah turun biar kak jaga Airil,"

"Okay intan turun kejap ya,"

Yusniza mengangguk

SUASANA RUANGAN lobi tidak telalu sibuk hanya kelihatan beberapa tetamu hotel sedang berlegar-legar dan ada juga sedang berurusan di kaunter

Sebaik sahaja intan Nabila melangkah keluar dari Lif.. Langkahnya terus di susun ke arah sebuah mini mart yang terletak di sebelah restoran

"Nasib baik dah buka," Ucap Intan Nabila.. lega hatinya. bibirnya tersenyum bila melihat pintu Mini mart sudah terbuka untuk pelanggan

Intan Nabila tidak terlalu memilih.. Nasib baik mini mart itu ada menjual jenama pampers yang selalu di pakaikan untuk Airil. Sebaik selesai membeli 3 pack pampers, dia terus keluar dari mini mart tersebut tanpa membeli apa-apa keperluan yang lain

Kakinya melangkah cepat

"Eh?,"
Kening intan Nabila bertaut bila memandang Idham sedang berdiri di hadapan pintu lif

"Idham!," Panggil Intan Nabila dengan senyuman menguntum

Idham menoleh.. "Intan..,"

"Awak buat apa kat sini?,"

"Tentulah saya nak jumpa intan dengan Airil,"

"Awak tak mengantuk ke.. semalamkan awak kerja shift malam,"

Idham tersenyum memandang Intan Nabila senang sungguh hatinya bila intan Nabila mengambil berat tentang dirinya "Kan esok awak dah nak bertolak.. Kalau boleh saya nak habiskan masa hari nie bersama awak dengan Airil. boleh ke?,"

"Tentulah boleh..,"

Idham dan intan Nabila saling menatap mesra seolah-olah sepasang pasangan sedang meluahkan perasaan rindu dan cinta melalui tatapan mata

Mereka berdua saling berbual mesra sambil berdiri di hadapan pintu lif.. Intan Nabila tampak begitu riang setiap kali idham mengucapkan kata. Hatinya begitu bahagia sehingga tanpa sedar tangannya sudah pun merangkul lengan kiri lelaki itu

Miskipun intan Nabila sudah menyedari akan tindakannya itu namun dia tidak berniat untuk menarik kembali tangannya..Kerana saat itu dia sudah membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan idham

Beberapa detik kemudian Pintu lif terbuka.. kelihatan dua susuk tubuh lelaki dan wanita ingin melangkah keluar.

"excuse me," Ucap wanita bertubuh tinggi lampai berambut perang kerana intan Nabila dan idham tanpa sengaja menghalang laluan keluar

"Oh sorry," idham terus memeluk bahu intan Nabila untuk memberi laluan kepada wanita mat salleh itu keluar dari lif

"Abang...," Alangkah terkejutnya Intan Nabila saat memandang wajah lelaki yang dulunya amat dia cintai sedang berjalan melewatinya

Arif Safuan menoleh. bibirnya menghadiahkan sebuah senyuman namun hanya seketika, Wajahnya terus di alih kerana saat itu hatinya merasa kurang senang apabila melihat idham sedang memeluk bahu intan Nabila

Tanpa sedar kaki intan Nabila melangkah secara spontan mengekori belakang Arif Safuan. Entah mengapa air matanya tiba-tiba mengalir setelah sekian lama tidak melihat bekas suaminya itu

"Hey intan..," Idham menegur sambil menarik tangan intan Nabila

Langkah Intan Nabila terhenti "Abang Arif..," Namun dia tetap memanggil

Arif Safuan langsung tidak memaling miskipun dia mendengar suara sayu memanggil namanya

"Kenapa nie intan?," Idham kehairanan bila melihat intan Nabila tiba-tiba menangis

Intan Nabila tidak menjawab.. Matanya yang berair masih terpaku memandang Arif safuan

DI DALAM bilik Intan Nabila menjadi pendiam miskipun kala itu idham terlihat begitu rancak berbual dengan Yusniza

Intan Nabila mengusap-ngusap pipi Airil.. Fikirannya masih terbayang akan senyuman dari bekas suaminya begitu indah sekali senyuman yang sudah terlalu lama hilang dari ingatannya

Namun dia sedikit terkilan kerana Arif Safuan lansung tidak memerling saat dia memanggil

"Airil.. tadi Mama jumpa Papa," Bisik Intan Nabila pada telinga anaknya "Mama minta maaf Airil.. Mama masih takut nak bagitahu Papa tentang Airil,"

"Intan..," Tegur Yusniza tiba-tiba

"Ya kak yus," intan Nabila menyahut sambil mengankat wajahnya

"Idham bagitahu kakak, intan menangis kat bawah tadi..,"

Intan Nabila mengangguk tidak menafikan kebenaran dari kata-kata Idham

"Intan nampak Arif tadi kat bawah,"

"Dia ada cakap apa-apa ke yang menyakitkan intan?,"

"Tak kak.. dia cuma tersenyum je,"

"Siapa Arif?," Idham mencelah

"Intan tak bagitahu Idham?,"

Idham mengeleng "Tak pernah,"

Yusniza memandang Intan Nabila dengan kening bertaut namun tidak menanya

"Lelaki yang kita nampak kat bawah tadi.. itulah bekas suami saya.. Papa kepada Airil,"

"Lelaki dengan perempuan mat salleh tu?,"

Intan Nabila mengangguk

"Betul ke intan?," Tanya Idham lagi seakan tidak pecaya

"Ya idham..,"

"Wow.. saya tak sangka kalau itu bekas suami intan.. macam ahli perniagaan,"

"Dia tu pemilik hotel Ruby," ujar Yusniza pula

"Hah!.. bukan ke hotel nie pun nama Ruby,"

Yusniza mengangguk "Dia dengan pemilik hotel nie bisnes partner,"

Idham terpaku sejenak memandang Yusniza "Intan memang ada cerita pada saya punca dia bercerai tapi saya tak sangka pula kalau bekas suami intan seorang lelaki kaya,"

"Apa gunanya kaya kalau takde hati perut," Balas Yusniza seakan geram

"Malam tadi kak yus ada jumpa dengan Arifkan," Intan Nabila cuba mengagak kerana malam tadi Yusniza tiba-tiba menanyakan perasaannya pada Arif Safuan

Yusniza menghela nafas sebelum mengangguk "Ya intan.. Kak yus ada berbual dengan dia malam tadi.. tapi niat kak yus cuma nak tahu kenapa dia ada kat sini. Kak yus risau pasal Airil,"

Air mata intan Nabila mengalir sehingga membasahi pipinya "Dia tahu ke pasal Airil?,"

"Arif tahu intan.. tapi intan jangan risau. Dia ada bagitahu kakak, dia tak akan rampas Airil dari intan. Dia cakap dia gembira sangat bila tengok intan dengan idham bersama,"

Intan Nabila menangis esak bahkan di bawah tadi Arif Safuan ada melihat idham memeluk bahunya mungkin itulah sebab Arif Safuan tersenyum

"Kenapa intan menangis? Intan kan dah tiada perasaan dengan dia,"

"Tapi kak..,"

"Intan..," Yusniza bangun dari duduknya "Malam tadi kakak ada tanya dia.. kalau dia pernah mencintai intan.. Tapi dia bagitahu kakak.. sesaat pun dia tidak pernah mencintai intan,"

"Argh!!..," Intan Nabila menangis semakin kuat.. Entah mengapa hatinya merasa sakit miskipun dia sudah lama melupakan bekas suaminya itu

Idham berdiri lalu menghampiri intan Nabila.. Hatinya merasa sebak melihat Intan Nabila menangis

"Intan.. Saya bukannya seorang lelaki yang kaya..Tapi saya ikhlas cintakan intan," Idham duduk melutut di hadapan intan Nabila "Jika intan bagi saya perluang, saya sanggup bersumpah saya akan bahagiakan hidup intan dan saya berjanji saya tak akan sesekali membuat intan menangis lagi," ucap Idham sambil memegang tangan intan Nabila

HARI SABTU dalam jam 8.45 malam.. Intan Nabila bersama bayinya Airil dengan Yusniza akhirnya sampai ke melaka setelah di jemput Ramlan dan Zilla

Kepulangan mereka di sambut begitu meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat handai intan Nabila yang sudah menunggu di rumah orang tua intan Nabila

Puan Safura dan Adlan hanif adalah insan yang paling gembira bila dapat melihat satu-satunya cucu mereka oleh kerana tidak dapat pergi ke Australia untuk melawat Intan Nabila saat bersalin

"Alhamdullilah.. syukur sangat. Nenek dengan atok dapat juga dukung Airil," Ucap Puan Safura sehingga berlinang air matanya

Adlan hanif mengendong cucunya.. lalu di azan di telinga Airil di saksikan semua orang di dalam rumah

"Kesihan cucu nenek. sepatutnya waktu lahir ayah dia yang azankan..,"

"Dah.. Ari..," Zilla pantas menutup mulut bila sedar dia hampir telepas cakap namun

Intan Nabila memandang Zilla dengan tatapan tajam.. Puan Safura, Yusniza, seha, eton dan yang lain turut memandang Zilla

Ramlan mengeleng

"Apa yang dah kak zilla..," tanya Intan Nabila sambil menahan tangis. dia sedar akan maksud kata-kata Zilla tadi miskipun separuh

"Takde apa-apa..,"

"Tolonglah kak.. tolong jangan sembunyikan apa-apa pada Intan.. intan penat,"

"Hiss you nie zilla.. mulut tu..," Marah Ramlan

"Alaaa i tak sengajalah..,"

"Cakapla kak Zillaa..," Desak intan Nabila

"Ya.. Arif ada pergi ke sana waktu intan bersalin.. dia cakap pada Zilla dia dapat azankan Airil,"

"Ta.. ta.. tapi kenapa intan tak tahu!..,"

"Cuba intan ingat balik.. intan ada perasan tak, kalau ada Nurse bawa Airil keluar sekejap dari bilik sebab Arif yang ceritakan pada kakak macam tu,"

Intan Nabila terdiam.. Otaknya cuba mengingat "Intan tak ingat...,"

"Dahlah tu intan.. tak usah menangis.. kalau betul dia azan, itu dah memang kewajipan dia sebagai ayah tetapi bukan untuk intan," Ujar Yusniza

"Betul cakap Yusniza tu intan.. cukup-cukuplah menangis.. sekarang nie intan tumpukan saja kehidupan baru intan dengan Airil.. tak usah ingat lagi perkara yang dah lepas," Kata Adlan hanif pula

"Kahwin je dengan Doktor idham tu habis cerita," Ramlan mencelah dengan selamba

"Jangan asyik sibuk suruh orang kawin Lan.. kamu tu yang Sepatutnya kawin.. ke hulur ke hilir bawa anak dara orang," Marah Puan Safura

"Insya-Allah mak.. tak lama lagi.. Hah! mana tahu kalau betul-betul intan nak kawin dengan Doktor tu.. Lan boleh tumpang sekali jimat sikit belanja,"

"You nie buat i malu jelah,"

Zilla menepuk bahu Ramlan dengan kuat.. membuatkan suasana sedih berubah dengan gelak tawa

MALAM itu Intan Nabila sukar untuk memejamkan mata. Airil pula sudah pun terlena di sebelahnya

Intan Nabila duduk sambil memeluk lutut. Belakangnya bersandar pada hujung katil

Air matanya mengalir apabila teringatkan kata-kata zilla akan perubahan sikap Arianna.. Dia tidak menyangka Arianna membencinya kerana Airil

Dan dia juga tidak menyangka Arianna sanggup menyuruh Arif Safuan mencari ibu baru semata-mata mahu melupakannya

Intan Nabila mengesat air matanya kemudian tangannya mencapai telefon pintar di atas meja di sisi katil

Skrin telefon itu di nyalakan.. matanya sayu melihat wajah Arianna sedang tersenyum terpapar pada skrin telefonnya

Siang dan malam dia selalu melihat gambar-gambar bekas anak tirinya itu.. Cinta dan kasih sayang pada Arianna tidak pernah lengkang dari ingatannya

"Mama nak jumpa Ari.. Mama rindukan Ari..,"

Suasana jalan raya di Kuala Lumpur pada waktu tengahari terutama waktu rehat begitu padat. Intan Nabila juga tak lepas dari menghadapi perkara yang sama. Kereta yang dipandu seperti tidak bergerak di atas jalan raya. Kelihatan di persimpangan, terpacak berdiri di tengah-tengah jalan polis trafik berbaju putih menjaga lalu lintas agar teratur dan lancar. Sebagai seorang manusia yang telah dididik supaya bersabar dalam apa jua tindakan, Intan Nabila sentiasa bertenang sepanjang berada di dalam kereta yang dipandunya. Setelah hampir empat jam berada di dalam kereta, akhirnya intan Nabila sampai di hadapan sekolah rendah kebangsaan Tun Husin

Intan Nabila terpaksa memarkirkan keretanya agak jauh ke belakang kerana ketika itu sudah terdapat banyak kereta ahli keluarga para perlajar sedang menunggu

Nafas di hela panjang kemudian di lepaskan dengan pelan.. di lakukan beberapa kali bagi menenangkan dadanya yang berdebar-debar

Jam di android kereta sudah menunjukan waktu 1.45 tengahari bila-bila masa sahaja kelibat perlajar akan kelihatan di pagar sekolah

Intan Nabila mematikan enjin kereta.. selepas menanggalkan seatbelt.. dia segera keluar dari keretanya kemudian tergesa-gesa melangkah ke pintu penumpang untuk mengambil Airil

Dia tidak sabar ingin menemui puteri tersayang.. Dia begitu merindukan Arianna.. Dia mahu menunjuk Airil pada Arianna

Bunyi hon kereta silih berganti. Kelibat para perlajar sudah mula kelihatan melewati pagar sekolah. Intan Nabila segera menyusun langkah sambil mengendong anaknya nasib ketika itu cuaca agak redup

Dengan raut wajah yang cemas.. retinanya merliar mencari kelibat Arianna dalam kuruman para pelajar yang sedang berpusu-pusu keluar dari sekolah

Sementara itu di luar pekarangan sekolah kelihatan kelibat Arianna berjalan bersendirian.. Langkahnya terlihat pelan dengan tatapan yang kosong

Bibir Intan Nabila tersenyum lebar.. Wajahnya tampak sungguh gembira apabila melihat kelibat Arianna sedang berjalan ke arah pagar sekolah

Dengan Air mata yang membasahi kelopak matanya.. tangan kanannya di angkat tinggi lalu melambai

"Ari!!... Ari!!," Panggil Intan Nabila dengan kuat

Terangkat kening Arianna Terbeliak matanya memandang bekas ibu tirinya.. langkahnya terhenti terlihat jelas wajahnya mengigil

Tanpa banyak bicara, Arianna memalingkan tubuhnya lalu berlari semula ke arah bangunan sekolah

"Ari!!..," Intan Nabila tergamam bila melihat reaksi Arianna sebaik sahaja melihatnya. Air matanya mengalir namun di saka. Barulah dia sedar kebenaran dari kata-kata Zilla, Arianna sudah membencinya

Intan Nabila tetap tidak berganjak.. hampir setengah jam dia berdiri di tepi pagar sekolah masih berharap akan menemui Arianna..

"Intan!,"

Intan Nabila menoleh.. "Kak Zilla,"

"Ya Allah.. Intan. kenapa berdiri kat sini?.. panaskan.. hiss siap bawak Airil lagi.. intan nie dah kenapa?,"

"Intan nak jumpa Ari kak.. tapi Ari lari bila nampak Intan..," jawab Intan Nabila sebak

"Kalau ya pun janganlah bawa Airil..,"

"Intan nak tunjuk pada Ari..,"

Zilla mengeleng kesal, "Macam niela Intan. Intan pergi tunggu dalam kereta.. biar kakak pergi pujuk Arianna.. kalau dia degil jugak tak nak jumpa intan, nanti kakak call intan,"

Intan Nabila mengangguk faham "Nanti kak zilla tolong bagitahu Ari.. intan rindu sangat pada dia..,"

"Ya.. nanti kakak cakap kat dia.. Intan pergi masuk kereta.. kesihan kat Airil," Habis saja bicara Zilla bergegas masuk ke dalam sekolah untuk mencari Arianna

Langkah di susun laju.. Retinanya merliar mencari Arianna sehinggalah kakinya melangkah menghala ke kantin sekolah

"Arianna!," Panggil Zilla dengan kuat bila melihat Arianna duduk bersendirian di dalam kantin

Arianna hanya diam memerhati makciknya berjalan ke arahnya dengan raut wajah seakan berang..

"Ari.. kenapa tak jumpa dengan Auntie Intan.. jauh dia datang semata-mata nak jumpa Ari," Ujar Zilla sebaik sahaja berdiri di hadapan Arianna

"Kenapa Auntie nak jumpa dengan Ari.. Auntie kan dah ada anak.. dia tinggalkan Ari kerana anak tu," jawab Arianna sambil menyaka air mata yang mengalir

"Ari.., Auntie intan tak pernah tinggalkan Ari.. Auntie intan pergi sebab dia bukan lagi Mama Ari.. Dia tiada pilihan, hati dia terluka kerana Papa Ari, Tapi dia masih anggap Ari macam anak dia sendiri,"

"Ari dah tak anggap Auntie intan Mama Ari.. selama nie dia tak pernah ingat Ari,"

"Siapa kata?," Balas Zilla sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Arianna "Ari tahu tak siapa yang bagi Ari hadiah setiap bulan.. semua tu dari Auntie Intan.. hadiah hari jadi Ari yang berkotak-kotak tu semuanya dari dia.. Auntie terpaksa tipu Ari sebab Auntie bimbang kalau Ari tahu hadiah tu dari Auntie intan, Ari buang hadiah tu,"

"Auntie tipu..,"

"Auntie terpaksa Ari.. Ari selalu cakap Ari bencikan Auntie intan lepas Ari tahu pasal anak tu.. Ari dah lupa dengan hadiah pakaian yang Auntie intan kirim dulu, apa yang Ari buat dengan baju tu..,"

Muka Arianna berkerut menahan tangis.. Bagaimana dia boleh lupa dengan hadiah baju yang di kirim intan Nabila padanya.. habis pakaian itu di gunting sehingga menjadi cebisan

"Auntie intan tak pernah lupakan Ari.. Dia selalu call Auntie nak bercakap dengan Ari walaupun waktu tu Auntie jaga Ari tapi Auntie terpaksa tipu dia cakap Ari tiada..," jelas Zilla lagi

Arianna menangis esak sejujurnya di dalam hatinya begitu menyanyangi dan merindui intan Nabila

"Ari takut Auntie.. Papa cakap Auntie intan akan kawin dengan orang lain.. Papa suruh Ari lupakan Auntie intan,"

Zilla mengeleng dengan keluhan kesal "hiss abang Arif,"

"Bila Auntie intan dah kawin nanti.. Auntie intan mesti lupakan Ari,"

"Tak Ari.. Auntie intan tak pernah lupakan Ari.. dia sayang Ari,"

"Ari pun sayang Auntie intan," Ucap Arianna sebelum memeluk makciknya itu dengan tangisan esak

DI luar pagar sekolah kelihatan lengang, hampir ke semua para pelajar telah di jemput oleh keluarga masing-masing hanya beberapa pelajar sahaja yang masih menunggu

Intan nabila terlihat resah sambil di luar pintu penumpang yang terbuka namun enjin keretanya di hidupkan.. Kepalanya menoleh memandang ke arah pagar sekolah setelah itu dia akan melihat keadaan Aril di dalam kereta

Hatinya begitu mengharap Zilla dapat memujuk Arianna..

"Intan!,"

Intan Nabila pantas menoleh.. matanya mencerlang memandang susuk tubuh sedang berjalan laju ke arahnya. Dia tergamam.. mulutnya bagaikan mengeras

Arif Safuan dengan wajah berang tidak terus berbicara setelah menghampiri bekas isterinya.. Dia melihat terlebih dahulu Airil di dalam kereta

"Awak dah gila ke! bawa Airil ke sini..,"

Intan Nabila masih tidak mampu berbicara.. miskipun bibirnya terlihat tergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu

"Awak dengar tak?,"

"De.. De.. Dengar..,"

Arif Safuan mengeleng kesal.. tubuh Airil yang sedang duduk di dalam kerusi baby lantas di angkat. Di gendong-gendong penuh kasih

"Sa.. saya datang si.. sini nak jumpa Ari.. sa.. saya rindu kat dia,"

"Kalau ya pun awak nak jumpa dengan Ari bagitahulah saya.. saya boleh bawa dia kat sana,"

"Ta..tapi Ari tak nak jumpa saya," Intan Nabila menangis esak

"Mama!!,"

Intan Nabila tersentak apabila mendengar suara Arianna. dengan pantas dia memusingkan tubuhnya

"Ari!,"

Arianna belari sekuat hati untuk mendapatkan bekas Mama tirinya itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience