Bab 2

Romance Completed 43498

Intan Nabila resah di biliknya. Beberapa kali dia cuba menghubungi buah hatinya Ikram tetapi panggilannya langsung tidak di jawab. Ini sudah hari ke sembilan dia dan ikram tidak bertemu.

Setiap kali intan Nabila pergi ke rumah buah hatinya ada saja alasan yang di berikan orang tua Ikram, yang membuatkannya hairan ibu bapa ikram tidak lagi mempelawanya masuk ke dalam rumah

Intan Nabila risau jika ada apa-apa pekara yang tidak diingini belaku antara dia dengan Ikram

Dia takut jika hubungan yang telah terjalin selama 10 tahun akan berakhir tanpa ada apa-apa alasan yang kukuh.

"Intan mari makan," Kedengaran suara wanita memanggil di luar pintu bilik intan Nabila yang berkunci

"Kejap ya mak," jawab intan Nabila ikutkan selera makannya dah lama hilang bila memikirkan masalahnya dengan Ikram.

Intan Nabila mengikat rambutnya terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik namun Telefon pintarnya berdering sebaik sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu

"Siapa pulak yang telefon nie?," bisik Intan Nabila sambil mengerling jam di dinding

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Nama pemanggil tidak pula tertera di skrin. Intan Nabila tidak berniat mahu menjawab panggilan dari orang yang tidak kenalinya itu namun Telefon pintarnya masih tidak berhenti berbunyi

"Ikram ke?," intan Nabila mula terpikir jika yang menelefonnya itu adalah buah hatinya dengan mengunakan Telefon orang lain

"Hello," Intan Nabila akhirnya menjawab

"Intan nie abang,"

Intan Nabila menjadi berang tiba-tiba
"Abang nak apa lagi?,"

"Hey intan. Boleh tak kau cakap baik-baik sikit dengan abang. Aku nie abang kau tahu tak,"

Intan Nabila mengeleng-gelengkan kepalanya "Ya abang nak apa?,"

"Abang tengah susah sekarang nie. handphone pun dah rosak. Nak call mak ngan abah pun tak boleh, bagi dulu abang pinjam 1000,"

Intan Nabila mengetap giginya kerana geram "Woi abang. minggu lepas abang baru je pinjam 500 dari Intan. Abang nak pinjam lagi,"

"Kau jangan nak woi-woi dengan aku. Kalau kau tak nak bagi. kau cakap je jangan nak kurang ajar dengan aku,"

"Intan takde duit bang. Yang ada pun semuanya untuk rawatan abah. abang tak tahu ke abah ada masalah jantung?,"

"Berapa banyak duit yang kau dah simpan untuk rawatan abah?,"

"Kenapa abang tanya?,"

"Bagi abang pakai dulu, nanti abang bayar balik,"

Panggilan terus di matikan. Intan Nabila bagaikan mahu menjerit sekuat hati. Geram sungguh dengan sikap abangnya dari dulu sampai sekarang hanya tahu menyusahkan ayah dan ibunya. Sudahlah ketika ayahnya berada di hospital sekali pun abangnya tidak pernah datang melawat

Telefon pintarnya berdering lagi namun kali itu Intan Nabila tidak mahu menjawab bahkan telefonnya itu di campak di atas katil.

Tombol pintu di pulas. Intan Nabila cepat-cepat keluar dari biliknya menuju ke ruang dapur

"Mak!,"

"Ya!,"
Panggilan secara tiba-tiba itu membuatkan Puan Safura terkejut beruk

"Mak tahu tak siapa yang call Intan tadi?,"

"Manalah mak tahu," jawab Puan Safura sambil mengusap-ngusap dadanya

"Abang Ramlan mak,"

"Abang kau nak apa?,"

"Apa lagi nak pinjam duitlah," jawab intan Nabila sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi

Puan Safura terdiam namun wajahnya terlihat jelas serba salah "Berapa dia nak pinjam?,"

"Mak.. minggu lepas abang Ramlan dah pinjam dengan intan 500. Tadi dia call dia nak pinjam lagi 1000. Bila intan kata takde duit. Abang suruh intan bagi duit yang intan simpan untuk rawatan abah,"

"Macam mana pulak dia tahu intan simpan duit tu,"

Intan Nabila mengaru-garu rambutnya "Hiss intanlah yang bagitahu. Intan Ingat abang ada perasaan bersalah ini tak, dia mintak pulak duit tu. teruk betul lah,"

Puan Safura mengeleng kepala di sekalikan dengan satu keluhan kecil
"Dahlah. Intan tak payah pikir pasal tu. Nanti lepas makan mak cuba call abang kamu,"

"Mak nak call abang buat apa. Mak nak bagi abang duit. Mak.... abang Ramlan tu dah ada kerja tetap. Gaji pun besar. Mak tak hairan ke, mana pergi semua duit gaji dia,"

"Adalah sebab tu,"

Kepala Intan Nabila tergeleng-geleng. Dia sendiri bingung dengan sikap ibunya dari dulu sehingga sekarang terlalu memanjakan abangnya

Intan Nabila menoleh ke kiri dan ke kanan bila perasan rumahnya kekurangan seorang lagi penghuni
"Abah mana mak?,"

"Dia ikut Borhan pergi mengurut. Katanya dia tak tahan tangan kirinya lenguh,"

"Aduh...," Intan Nabila mengurut-ngurut dahinya "Tangan kiri abah tu bukannya lenguh sebab masalah urat mak. Tapi masalah jantung. Kan doktor dah pesan jangan biarkan abah pergi mengurut,"

"Mak dah cakap. Tapi abah intan tu degil,"

Hari jumaat Intan nabila berjalan mundar Mandir di hadapan pagar SMK Tun Said Ali. Tangannya mengigil-gigil, matanya pula sembab akibat menangis

Jam 9 pagi saat dia mahu keluar dari rumah. Intan Nabila mendapat pesanan ringkas dari Ikram menyuruhnya supaya tidak menghubungi lagi.

Permintaan Ikram itu benar-benar membuatkan Intan Nabila hampir-hampir meraung di hadapan rumah. Nasib baik dia mampu menahan kerana tidak mahu mengejutkan ayahnya namun dia lepaskan semua tekanan itu ketika membonceng motorsikalnya

"Mana Tahar nie. lambatnya,"

Tidak beberapa lama kemudian sebuah motorsikal berwarna merah terdapat Box di bahagian belakang tertera perkataan food Panda berhenti di sebelah motorsikal Intan Nabila

Tahar cepat-cepat turun dari motorsikalnya bila Intan Nabila tergesa-gesa menghampirinya

"Kenapa nie Intan?,"

"Nanti jelah aku citer. Mana pesanan tu?," Jawab Intan Nabila

Tahar yang masih mengenakan helmet kebingungan dengan tingkah kawannya itu

"Perlu ke sampai nak hantar pesanan nie baru kau boleh jumpa dengan si ikram tu. Kenapa kau tak masuk je," Kata Tahar sambil menghulurkan beg plastik berisi makanan yang telah di pesan

Intan Nabila tidak menjawab. Selepas mengambil beg plastik dari Tahar, kakinya segera melangkah laju memasuki ke dalam pekarangan sekolah

Ikram berpakaian segak tersengih-sengih saat berjalan beriringan dengan seorang guru wanita menuju ke bilik guru.

Guru wanita itu pula asyik mencubit pinggang Ikram entah apa yang di bualkan mereka berdua sehingga wajah guru wanita itu kemerahan

"Sekali sekala apa salahnya Linda,"

"Hisy you nie Ikram. i tak sangka you nie gatal,"

"I gatal dengan you je. salah ke?," jawab Ikram dengan nada pelan.

Guru wanita itu tersipu-sipu malu

Tidak sampai beberapa hari semenjak teguran pertama cikgu linda pada Ikram ketika menawarkan bantuannya. Hubungan mereka sudah pun menjadi rapat. Kemana saja ikram berada pasti cikgu Linda turut berada di samping ikram begitu juga hal nya dengan Cikgu Linda. Kemana saja guru wanita itu pergi. Ikram pasti akan mengekorinya

Bilik Guru terletak di tingkat 2 berhampiran dengan tangga. Ikram yang masih tersengih-sengih tiba-tiba menghentikan langkahnya setelah melihat Intan Nabila yang masih mengenakan jaket Grab berdiri di hadapan pintu sambil memegang beg plastik

"Pesanan dari siapa nie?," Tanya Cikgu Linda saat berdiri di hadapan Intan Nabila

"Pesanan dari Cikgu Ikram," Jawab Intan Nabila

Alis Cikgu Linda bertaut memandang ikram "Hey you kata nak makan dengan i,"

Wajah Ikram berubah pucat. Tergerak-gerak bibirnya mahu menjawab namun tiada suara yang keluar

"Ikram.. kenapa dengan you nie?,"

Ikram tersenyum paksa "Itu bukan untuk I. tapi i belikan untuk murid i,"

"Murid you?,"

Ikram mengangguk "Semalam i buat satu games sapa yang menang i belanja makan," jawab Ikram terpaksa menipu padahal dia tidak memesan apa-apa makanan melalui talian

"Wow baiknya you,"

"You masuk dulu ya. I nak bagi makanan nie pada murid i,"

"Okay,"

Ikram melangkah pelan mendekati Intan Nabila sambil berpura-pura tersenyum saat melihat Cikgu Linda masuk ke dalam bilik Guru

"Ikut aku sekarang,"
Bisik Ikram pada intan Nabila kemudian melangkah menuju ke tangga

"Kau nie dah kenapa sampai datang ke sekolah cari aku. Kau tak baca ke mesej aku?," Soal ikram sambil menuruni anak tangga

Intan Nabila tidak menjawab. Air matanya mula berjatuhan setelah melihat kemesraan guru wanita tadi dengan buah hatinya

"Apa salah saya Ikram. Kita dah bercinta sepuluh tahun. hubungan kita tidak pernah ada masalah, tapi kenapa sekarang,"

"Kau kena faham Intan. sekarang nie aku cikgu. kau pulak cuma minah Grab. Kalau aku still suka kat kau. Masalahnya mak dengan ayah aku tak suka, diorang suruh aku cari jodoh sepadan. Masalahnya kau tak sepadan dengan aku," jawab Ikram dengan bersahaja tanpa memikirkan perasaan intan Nabila saat itu.

Intan Nabila terpaku sehingga langkahnya terhenti
"Sampai hati awak cakap macam tu pada saya. Selama nia sayalah yang banyak membantu awak. Awak..?,"

"Cukuplah intan," pantas Ikram memotong kata-kata Intan Nabila "Aku sedarlah weii kau banyak bantu aku. tak payahlah nak ungkit. Kau cakap je sekarang berapa kau nak. aku boleh bayar,"

Intan Nabila terdiam. Anak matanya merenung wajah lelaki yang sangat dia cintai selama sepuluh tahun namun sekarang lelaki itu sudah tidak lagi seperti lelaki yang dia kenal. Tiada lagi senyuman manis saat bersama dengannya malah memandang dirinya seperti sampah yang mahu di buang bila-bila masa

Beg plastik yang di pegang tadi di taruh di atas tangga. Pelan-pelan intan Nabila melangkah menuruni anak tangga. Ikram memerhati dengan senyuman sinis

"Mulai hari nie aku akan block nombor kau," Kata Ikram sebelum melangkah naik ke tingkat dua

Langkah yang di atur terasa sangat berat. Kepalanya pula seakan-akan sedang berpusing namun Intan Nabila tetap mengagahkan dirinya melangkah menuju ke pagar sekolah

"Hah Intan! apa cer?," Tanya Tahar selepas melihat Intan Nabila. Sebagai seorang kawan bila melihat kawannya seperti sedang di rundung masalah. dia setia menunggu di situ sehingga Intan Nabila keluar

Intan Nabila tidak menjawab pelan-pelan dia menghampiri Tahar lalu

"Arghhhh!!, Arghhhh!!," Intan Nabila meraung sekuat hati Sehingga mengejutkan Tahar

"Weii intan kenapa nie?," tanya Tahar dengan raut wajah cemas

"Arghhhh!!... ," Intan Nabila terus meraung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience