Bab 28

Romance Completed 43498

Suasana begitu sepi bagaikan tiada seri kebahagian seolah-olah ada sesuatu kesedihan dan kebencian yang di pendam begitu mendalam.

Selepas Arianna terlena di pangkuannya dengan perlahan-lahan Arif Safuan mengankat tubuh Arianna lalu di pindahkan di atas katil

Arif Safuan berjalan pelan tidak mahu mengejutkan anak gadisnya. Pintu sliding door di tolak sedikit namun angin malam yang dingin tetap mampu menyapu ruangan bilik

Air mata Arif Safuan mengalir deras pertemuannya dengan intan Nabila pagi tadi telah membuatkan hatinya di belenggu perasaan kecewa dan sedih. Dia tidak menyangka diam-diam intan Nabila masih menjalinkan hubungan dengan ikram ketika dia berada di sabah

Gambar-gambar yang di kirim oleh seseorang yang tidak di kenali memperlihatkan betapa kejamnya intan Nabila pada dirinya. Sampai hati seorang isteri yang amat di cintainya sanggup membenarkan bekas teman lelaki memasuki rumahnya ketika ketiadaannya kerana itulah dia sengaja meninggalkan telefon pintarnya di hotel

Arif Safuan terduduk melutut. Wajahnya di tekup lalu kedengaran suara esak tangisannya. Cintanya pada intan Nabila begitu kuat miskipun dia cuba membuka pintu hatinya pada wanita lain namun belum mampu menghilangkan perasaannya pada isterinya itu

Apa yang di lakukannya pada intan Nabila hanyalah semata-mata mahu melepaskan amarah dari sakitnya perasaan cemburu yang tak tertanggung dalam dirinya

"Mengapa intan... mengapa kau sanggup buat aku begini. tak cukup ke apa yang aku dah bagi. Tergamak kau khianati aku..,"

HARI silih berganti.. Sejak pertemuan dengan Arif Safuan seminggu lalu kehidupan Intan Nabila kembali seperti biasa. Lagi dua hari dia perlu bersedia untuk ke mahkamah bagi menyelesaikan proses penceraian dengan Arif Safuan.

"Selamat pagi Abah..,"

"Selamat pagi Intan,"

Intan Nabila tersenyum sambil melangkah memasuki dapur. Adlan Hanif sedang duduk di meja menikmati hidangan sarapan pagi di sediakan isterinya

"Awal intan nak keluar?,"

"Keluar awal boleh balik awal bah. Kalau boleh dapat 200 alhamdulilah cukupla tu,"

Adlan Hanif menghela nafas pelan "Intan tak nak cari kerja lain ke? abah risaula intan,"

Intan Nabila menarik kerusi lalu duduk di sebelah ayahnya "Kerja nie je abah intan boleh buat lagi pun intan dah terbiasa,"

"Dulu yala..waktu kaki intan tu okay,"

"Alaa abah nie.. lutut intan je. Intankan bawa motor Auto bukannya motor pakai clutch,"

Adlan Hanif mengeleng "Intan-intan. Oh ya bagaimana dengan keadaan kakak angkat intan,"

"Kak yus.. Alhamdulilah dah elok sikit Insya-Allah minggu depan dia boleh keluar hospital itu pun kalau dia tak nak buat rawatan susulan untuk betulkan kulit belakang badan dia,"

"Boleh betulkan ke?,"

"Kata doktor boleh. Nanti Intan pergi lawat dia dulu sebelum start kerja,"

"Kirim salam kat dia ya,"

"Insya-Allah,"

Diam-diam Adlan Hanif menjeling Intan Nabila tampak ceria di pagi hari namun hakikatnya dia tahu anak gadisnya itu masih di rundung perasaan sedih. Selama seminggu di saat dia bangun untuk mengerjakan solat malam dia selalu terdengar tangisan anak gadisnya itu

"Intan?,"

"Ya abah,"

"Tinggal lagi beberapa hari je intan,"

"Intan tahu abah," Intan Nabila sengaja menyegih "Intan dah letih nak memikirkan tu semua. Lepas je bercerai nanti intan cuma nak fokus cari duit. Intan tak nak lagi pikir pasal lelaki pasal kawin,"

"Tapi abah dengar ikram selalu jumpa intan?,"

"Entahla abah intan sendiri pun tak faham apa masalah si ikram tu. Dah ada isteri pun nak menggatal lagi,"

"Intan janganla layan,"

"Intan tak layan pun Bah. Kadang-kadang je intan kebetulan terserempak dengan dia. Cakap-cakap biasa lepas tu intan bla'la. Memang dia ada ajak intan makan ajak lepak tapi intan selalu tolak,"

"Sepatutnya intan kena duduk kat rumah tahu, sebab intan masih lagi isteri Arif. Keluar rumah tanpa persetujuan suami besar dosanya,"

Intan Nabila terdiam seribu bahasa. Raut wajahnya berubah muram selepas mendengar kata-kata ayahnya "Sebenarnya Intan ada minta izin dengan Arif abah. Dia kata dia tak perduli. Bagi dia intan dah takde kena mengena dalam hidup dia lagi,"

Adlan Hanif istighfar beberapa kali "Ucapan macam tu boleh jatuh talak sebenarnya. Arif-arif,"

"Tak apala Bah.. lagi dua hari je tinggal. Sekarang nie pun intan dah boleh terima kenyataan tak lama lagi intan akan jadi janda,"

"Apa kata intan bagitahu je Arif intan tengah mengandung,"

Intan Nabila mengeleng-geleng kepalanya "Tak nak abah.. Intan takut kalau lepas intan bersalin nanti Arif rampas anak nie dari intan. Dia sendiri cakap dia takde perasaan dengan intan. kalau intan bagitahu pada dia pun takde guna,"

"Yala abah faham Intan. Abah pun bersyukur sangat kandungan tu masih kuat terikat dalam perut intan walaupun bermacam-macam dugaan menimpa intan,"

YUSNIZA berjalan mundar-mandir di dalam bilik rawatannya sejak tadi retinanya mengerling pada jam di dinding tidak sabar menunggu adik angkatnya datang berkunjung

Setelah hampir seminggu mendapakan rawatan di hospital KPJ melaka barulah sedikit demi sedikit kecederaan di belakangnya semakin pulih

"Ma mana adik nie lam lambatnya," Keluh Yusniza dengan wajah seakan-akan merajuk

Tidak lama selepas itu. Daun pintu di tolak dari luar

"Assalamualaikum kak yus...,"

Yusniza memuncungkan bibir "Wa.Waa aa laikummusalam,"

Intan Nabila tersenyum mekar memandang wajah merajuk kakak angkatnya itu

"Alaa.. sorryla kak yus. Intan serapan dengan abah tadi. Abah kirim salam,"

"Wa. Wa aa aalaikummusalam," Barulah Yusniza mengukir senyuman

"Nie.. Intan ada bawa bubur ayam untuk kak yus tapi intan beli bukan intan yang masak,"

"Tak apa. Kak. kak yus nak. nak jumpa intan je,"

Intan Nabila menarik tangan Yusniza ke arah sofa yang di sediakan di dalam bilik itu. mereka berdua duduk sebelah menyebelah

"Belakang kak yus pun dah nampak okay. Dah boleh keluar ke?,"

Yusniza menghela nafas pelan "Ka.kakak ada sesuatu nak ba bagitahu pa.pada in.intan,"

"Apa dia?,"

"In.intan nak ke.kerja tak dengan kakak,"

"Kerja? kerja apa kak?,"

"Se.se sebenarnya kakak se.seorang perlukis. Ka.kakak ada ga.galeri sendiri,"

"Betul ke kak yus?," Intan Nabila sedikit terkejut

Yusniza mengangguk "In.intan ta.tahu tak ga.galeri Mah mahkota?,"

"Tahu,"

"Da Dalam tu a ada ju jual lu lukisan ka kakak. Ta tapi bu bukan ka kat situ je. de dekat Kl, put putrajaya, pu pulau pinang, jo johor pun a ada,"

Kening Intan Nabila berkerut memandang Yusniza

"Hey," Yusniza menepuk peha Intan Nabila "In. Intan tak. tak pe pecaya pa pada ka kakak ke?,"

Intan Nabila ketawa kecil "Ya ke kak yus pandai melukis,"

"Hiss geramnya,"

"Aduh.. sakit kak,.." Ngerang Intan Nabila apabila pinggangnya di cubit

"Tu. tunggu si.sini,"

"Kak yus nak pergi mana?,"

"Am. ambil hand.handphone,"

Cepat sahaja Yusniza melangkah ke arah rak di sisi katil. Telefon pintar yang berada di atas rak tersebut segera di ambil

"Nah. Cu Cuba in.intan tengok," Telefon pintar itu terus di hulur pada intan Nabila selepas gallery app di buka

Intan Nabila menyenget hujung bibir saat mengambil telefon pintar Yusniza "Eh?," Mata intan Nabila mencerlang melihat gambar-gambar lukisan yang ada pada gallery app telefon pintar itu

"Cantiknya lukisan!," Intan Nabila memandang Yusniza "Betul ke kak yus yang lukis lukisan nie,"

Yusniza tersenyum bangga "Ya yala. Ka kalau in intan nak ta tahu, lu lukisan ka kakak ter terkenal. Bu bukan da dalam Malaysia je ta tapi lu luar pu pun sama,"

"Luar negara?,"

"Aah,"

"Wah hebatnya kak yus. walaupun tergagap pun terkenal,"

"In intan! ja jahatla,"

Intan Nabila ketawa terkekeh-kekeh sambil membiarkan Yusniza memaut lengannya

Suasana di dalam bilik itu sepi seketika. Intan Nabila kusyuk melihat satu persatu lukisan yang di lukis yusniza

"In.intan?,"

"Ya kak,"

"Ke kemungkinan ka kakak a akan sam sambung ra rawatan,"

"Hah.. elokla tu kak,"

"Ta tapi bu bukan kat sini,"

"Kat mana? KL ke?,"

Yusniza mengeleng " Si sini ti tiada. ka kakak ke kena dapatkan ra rawatan kat kat Au Australia,"

"Amboi jauhnya,"

"I itula," Yusniza mengeluh berat "Kat kat sa sana nan nanti, ka kakak ti tiada te teman. Ka kakak nak nak aj ajak In intan,"

"Bila kak yus nak pergi?,"

"Le lepas ke.keluar hos hospital,"

intan Nabila tidak terus memberi jawapan. Dia berfikir sejenak dengan permintaan Yusniza

"Okay. Tapi intan takde passport, cakap english pun intan tak pandai," Intan Nabila sengaja tidak memberitahu Yusniza tentang kandungannya

"Tak a apa. Kat kat sa sana ada di di se sediakan orang yang yang bo boleh ban bantu ki kita nan nanti,"

Intan Nabila terangguk-angguk mengerti

"Ta tapi In intan,"

"Ya kak,"

"Ki kita kat kat sa sana nan nanti bu bukannya se sekejap ta tapi se setahun,"

"Setahun!,"

"In intan ja jangan ri risau. Ka kakak a akan ba bayar ga gaji in intan,"

"Hiss kak yus nie buat intan hairanla,"

"Ke kenapa?,"

"Yala.. kalau kak yus betul-betul banyak duit kenapa kak yus dapatkan rawatan kat hospital melaka kenapa tak terus je datang sini,"

"Se sebab ya yang han hantar ka kakak kat kat sa sana, su suami ka kakak. Di dia tak tak tahu ka kalau ka kakak a ada du duit. La lagi pun ya yang men menjaga du duit ka kakak, makcik,"

"Ooo okay," Intan Nabila terangguk-angguk mengerti

"Ma macam ma mana. In intan se setuju tak?,"

"Berapa gaji kakak nak bagi intan?,"

"In intan nak nak berapa?,"

Intan Nabila mengusap-ngusap dagunya seraya berfikir "6000!,"

"O okay,"

"Hah!?,"

SELEPAS menghantar pesanan terakhir dari pelanggan. Intan Nabila menyinggah sebentar di sebuah taman berdekatan sungai melaka

Taman di mana Arif Safuan menjumpainya ketika dia di rundung kecewa kerana ikram namun kali ini dia datang ke situ kerana telah di kecewakan Arif Safuan pula

Waktu petang yang nyaman, angin yang sepoi-sepoi bahasa beriup, cuaca pula sangat redup. Intan Nabila yang sedang berdiri memerhati Matahari yang semakin menghilang di ufuk barat

"Tertutup sudah pintu, pintu hatiku Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak, aku terdiam sepi,"

Intan nabila menyanyi dengan nada pelan. Air matanya berjatuhan saat mengalunkan lagu tersebut membayangkan wajah suaminya yang amat dia cintai

"Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih kar'na panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku, puisi tentang hidupku
Tentang ku yang tak mampu menaklukkan waktu,"

SUARA alunan bacaan Al Quran begitu merdu di alunkan Intan Nabila sebaik sahaja selesai solat subuh.

Puan Safura yang mendengar anak gadisnya itu mengaji merasa begitu sebak manakan tidak hari ini adalah hari anaknya akan di ceraikan Arif Safuan. Sebagai ibu sudah semestinya dia tahu bagaimana perasaan anaknya itu miskipun sejak kebelakangan ini intan Nabila sengaja berpura-pura ceria namun hakikatnya

Hari ini Puan Safura tidak ke sekolah kerana mengambil cuti ingin menemani intan Nabila ke mahkamah namun niatnya itu tidak di setujui suaminya. Adlan Hanif tidak mahu nanti Arif Safuan merasa kurang senang dengan kehadiran isterinya di sana

"Kita tunggu je kat sini. Sebagai orang tua kita jangan masuk campur biar intan sendiri yang selesaikan masalah rumah tangga dia," ujar Adlan Hanif sambil duduk bersama isterinya di dapur

"Habis tu bang tak akan nak biarkan intan pergi sendiri,"

"Dia tak pergi sendiri. semalam abang ada tanya intan. Katanya seha, Azlan dengan tahar nak temankan dia. Elok juga kawan-kawan dia temankan,"

Puan Safura mengangguk perlahan. Dalam lubuk hatinya dia yakin dengan intan Nabila namun pada masa yang sama dia kesihankan satu-satu anak gadisnya. malang sungguh dengan lelaki. Cuma harapannya supaya intan Nabila mampu menanggung beban yang di pikul, selamat dan bahagia dunia dan akhirat dengan anak yang sedang di kandung

Jam di dinding yang tergantung di ruang tamu sudah menunjukkan waktu 8.30 pagi. Jam 9 intan Nabila perlu berada di mahkamah

Pintu bilik di buka perlahan. Intan Nabila melangkah keluar berpakaian baju kurung nampak begitu ayu wajahnya. Adlan Hanif bersama isteri sudah menunggu di ruang tamu

Pada masa yang sama kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di luar pagar

"Mak, abah intan pergi dulunya," Ucap intan Nabila sambil menghulurkan tangan mahu menyalam kedua orang tuanya

"Sabar ya intan. banyak-banyak berdoa bila sampai kat sana nanti," Pesan Adlan Hanif

"Baiklah abah,"

Puan Safura memeluk tubuh anak gadisnya dengan erat dan pelukan itu di balas intan Nabila dengan berlinangan air mata

"Intan takut mak," intan Nabila menangis teresak-esak

TERPINGA-PINGA intan Nabila duduk bersendirian memandang sekitar ruang mahkamah. Jantungnya sejak tadi tidak berhenti berdengup kencang, manakala Arif Safuan pula berpakaian segak di temani dua orang peguam

Mereka berdua duduk terpisah. Intan Nabila duduk di sebelah kiri. Arif Safuan duduk di sebelah kanan. pembicaraan kes penceraian kedua belah pihak di lakukan secara tertutup

Salah seorang peguam Arif Safuan berdiri memandang hakim yang sedang duduk di depan

"Yang Arif seperti telah di persetujui antara Encik Arif Safuan dengan puan Intan Nabila mereka berdua telah bersetuju untuk bercerai dan Encik Arif safuan juga bersetuju menyerahkan Rumah di melaka, sebuah kereta dan juga wang ringgit sebagai wang ehsan kepada puan intan Nabila,"

"Boleh saya tahu berapa jumlahnya?,"

"Dua ratus ribu ringgit Malaysia yang Arif,"

Hakim itu mengalih pandangan memandang Intan Nabila

"Bagaimana puan. Puan setuju dengan jumlah tu?,"

Intan Nabila tidak terus menjawab. Dia memandang Hakim lalu memandang Arif Safuan pula. Silih berganti beberapa kali. Hatinya berbelah bahagi mahu mengatakan ya atau pun tidak sejujurnya dia tidak mahu bercerai dengan suaminya

"Puan intan? puan setuju ke tak?,"

"Saya tak nak bercerai,"

Dengan raut wajah yang berang Arif Safuan menoleh memandang intan Nabila

"Laa pulak.. tadi cakap dah di persetujui kedua belah pihak. mana satu yang betul nie,"

"Yang Arif saya ingin memohon kebenaran untuk bercakap," Pinta Arif Safuan

"Ya silakan,"

Arif Safuan bangun dari duduknya. Mempebetulkan terlebih dahulu suit yang di pakai sebelum bersuara

"Sebenarnya Yang Arif perkahwinan saya dengan isteri saya dari awal lagi adalah satu kesilapan dan kesilapan itu berpunca dari keputusan yang di buat oleh saya secara terburu-buru,"

"Apa maksud encik Arif terburu-buru tu?,"

"Saya seorang duda Yang Arif memiliki seorang anak perempuan berusia 10 tahun di sebabkan kerja saya yang begitu sibuk setiap hari masa untuk saya luangkan bersama anak perempuan saya jadi terbatas oleh sebab itu saya terfikir ingin mencari seseorang yang layak mampu menjaga anak saya. Secara kebetulan pula ketika saya berada di melaka saya bersama anak perempuan saya bertemu dengan isteri saya dan hubungan antara anak saya dengan isteri saya menjadi rapat,"

"Maksudnya Encik Arif berkahwin dengan puan intan Nabila semata-mata kerana anak Encik Arif?,"

"Ya benar Yang Arif. Sejujurnya saya tiada perasaan pada isteri saya dari awal perkahwinan sehinggalah sekarang,"

"Abang!!," Intan Nabila tiba-tiba mencelah

"Puan intan Nabila. puan tak boleh mencelah ketika suami puan bercakap,"

"Saya minta maaf Yang Arif.. tapi,"

"Jangan bimbang puan. Nanti saya bagi perluang pada puan untuk bercakap,"

Intan Nabila mengangguk faham

"Teruskan Encik Arif,"

"Yang Arif sedia maklum berkenaan punca sebenar saya ingin menceraikan isteri saya,"

"Ya saya tahu. Tapi Encik Arif bila saya baca laporan tu. Anak perempuan Encik Arif tidak mengalami kecederaan serius,"

"Ya Itu benar Yang Arif tapi di sebabkan kemalangan itu anak saya mengalami truma yang menyebabkan anak saya tidak boleh mendengar nama isteri saya bahkan melihat wajah isteri saya pun tak boleh So apa gunanya saya perlu kekalkan perkahwinan ini sedangkan Kemalangan itu pun berpunca dari kelalaian isteri saya sendiri,"

Hakim terangguk-angguk mengerti "Pertanyaan saya Encik Arif. Adakah Encik Arif mencintai Puan intan Nabila?,"

"Tidak. Saya tidak pernah mencintainya,"

"Abang... Sampai hati abang cakap macam tu. Intan cintakan abang,"

"Bertepuk sebelah tangan tak akan mengekalkan perkahwinan ini Intan. Tolonglah sedar saya tak pernah mencintai awak,"

Intan Nabila menangis esak sambil memandang suaminya bahkan ketika itu dia sudah kehilangan kata-kata. Jiwanya terluka. Hatinya benar-benar hancur berkeping-keping

Hakim menghela nafas panjang sambil memerhati ke arah Intan Nabila yang sedang menangis

"Encik Arif,"

"Ya Yang Arif,"

"Apakah Encik Arif tetap dengan keputusan Encik ingin melafazkan cerai pada puan Intan Nabila atau pun mungkin Encik Arif ingin berfikir terlebih dahulu?,"

"Tidak Yang Arif saya tetap dengan keputusan saya,"

"Puan intan Nabila sila berdiri,"

Perlahan-lahan intan Nabila bangun dari duduknya sambil mengesat-ngesat air matanya

"Apakah puan dengar dengan jelas alasan yang di berikan Encik Arif tadi?,"

"Ya saya dengar,"

"Apakah puan ada apa-apa yang ingin puan katakan?,"

Intan Nabila mengeleng

"Maksudnya puan bersetuju dengan keputusan Encik Arif,"

Intan Nabila mengangguk dengan tangisan esak. Apa lagi yang mampu dia katakan sedangkan ketika ini secara jelas Arif Safuan bersungguh-sungguh mahu menceraikannya

"Kalau begitu baiklah. Atas persetujuan kedua belah pihak saya sebagai hakim yang bertanggungjawab membenarkan Encik Arif safuan melafazkan cerai pada puan intan Nabila. Silakan Encik Arif,"

Arif Safuan menarik nafas panjang kemudian di lepaskan perlahan-lahan

"Saya Arif Safuan bin Rasyid ishak dengan ini melafazkan cerai talak satu kepada Intan Nabila binti Adlan Hanif,"

Setelah lafaz itu di suarakan, Intan Nabila merasakan sesuatu yang sangat berat menimpa dirinya menyebabkan pandangannya pada Arif Safuan semakin lama semakin kabur

"Abang.. intan cin...?,"

Reaksi Arif Safuan terlihat tenang di kala melihat bekas isterinya terjelupuk jatuh di lantai tidak sedarkan diri seolah-olah perasaan cintanya yang dahulu pernah mekar untuk bekas isterinya itu turut menghilang setelah dia melafazkan cerai

"Panggil keluarga dia masuk!,"

Salah seorang pegawai mahkamah bergegas membuka pintu lalu memanggil ahli keluarga Intan Nabila

Seha, Azlan dan Tahar bergegas masuk setelah di panggil pegawai tadi namun pada masa yang sama satu tatapan yang cukup tajam dan benci di lontarkan Arif Safuan ke arah salah seorang yang turut mahu membantu Intan Nabila

"Angkat dia Azlan. Bagi intan duduk," Arah Ikram pada Azlan

TINGGAL DUA BAB LAGI

Cerai di lafazkan

Share this novel

Zainabzety
2024-07-15 14:37:05 

elok la becerai jantan x guna


NovelPlus Premium

The best ads free experience