BERSUJUP MERAIH CINTA Bab 8

Romance Completed 43509

ARIF SAFUAN adalah insan yang paling sibuk ketika ini.. Dia ke sana ke mari bagi memastikan majlis pembukaan Galeri Ruby berjalan dengan lancar

Para tetamu yang hadir silih berganti memasuki ke dalam lobi hotel dengan mengenakan pakaian serba mewah. Mereka semua berjalan di atas karpet merah yang telah di sediakan

Saiful saad pula turut kelihatan sibuk memberi arahan kepada Staff-staff hotel

Di dalam galeri pula. Farah (Kakak farid husin LPB) kelihatan anggun berpakaian jubah moden berwarna biru begitu sibuk memastikan lukisan-lukisan yang tergantung di dinding galeri dalam keadaan yang baik lebih-lebih lagi lukisan dari pelukis terkenal Axevellina

Tepat jam 9 malam pintu galeri masih tertutup. Para tetamu melangkah dengan tertib. pelahan-lahan berkumpul di hadapan pintu galeri. Di bawah mini stage terdapat sebuah signboard berlampu tertera ucapan selamat datang kepada para tetamu dan terpampang sebuah nama pelukis terkenal Axevellina

"I betul-betul tak sangka hari nie i dapat lihat Axevellina,"

"Samalah dengan saya Puan seri. kalau puan seri nak tahu saya ada lukisan yang saya beli dulu sebelum Axevellina tu famous harga 300 ringgit je. Tapi sekarang ada peminat dari luar negara offer saya 50 ribu dollar untuk lukisan tu,"

"Seriously,"

"Ya puan seri..Puan seri ingat lagi tak cerita pasal lukisan prostrate for love,"

"Tentulah i ingat,"

"Itu sebenarnya lukisan Axevellina,"

"Wait. wait. yang i dengar lukisan tu di lukis oleh seorang birawati,"

"Tak puan seri.. itu lukisan Axevellina,"

"Are you sure Datin,"

"100% percent,"

"Cuba you tengok sana Datin?,"

Wanita yang bergelar Datin itu lantas menoleh "Tiada harapanlah kita Puan Seri kalau Puan seri Yeoh pun hadir,"

"Tengoklah kat sana pulak.. Hiss perlu ke Si Arif tu jemput foreigner sekali,"

"Kan.. Nampak semuanya macam orang kaya,"

"Tak kisahlah tu Datin.. i datang sini pun just nak tengok Axevellina. kalau nak beli lukisan dia memang i takde duit,"

Arif Safuan naik di atas mini stage di tempatkan di hadapan pintu galeri lalu meminta para tetamu untuk berkumpul di saat para tetamu sibuk membicarakan tentang Axevellina

Reaksi dari raut wajah Arif Safuan tidak terlihat gembira dengan kehadiran para tetamu yang ramai itu kerana ada dari segelitir tetamu yang datang bukanlah tetamu yang di jemput

"Come Mira. Mamat belagak tu dah panggil,"

Mira Yusnizah menepuk lembut bahu Jeffrey "You nie jeff..,"

"Why?,"

"Kalau you tak nak anggap dia ahli keluarga you it's okay, tapi you kena hormat dia sebagai client kita,"

Jeffrey menyegih seperti mengejek "family, client? dua-dua tu tak cukup nak buat i hormat lelaki macam dia,"

Mira Yusnizah mengeleng kesal "Kalau macam tu tak payah kita berlama kat sini.. i cuma nak tengok lukisan-lukisan Axevellina lepas tu kita balik,"

"You tak nak sapa dia dulu?,"

"No need..,"

Di atas pentas pula.. Arif Safuan kelihatan sedang berbicara dengan Farah. Raut wajah masing-masing tampak serius entah apa yang di bicarakan

Farah terangguk-angguk sebelum turun. Arif Safuan menghidupkan microphone kemudian melangkah ke depan sedikit memandang para tetamu

"Selamat datang para hadirin yang saya hormati sekelian.. Saya yakin semua yang hadir pada hari ini sudah mengenali siapa saya.. So terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir pada pembukaan Galeri Ruby. Untuk majlis pembukaan hari semua sedia maklum bahawa galeri ini akan mempamerkan lukisan-lukisan dari pelukis terkenal tanah air bukan itu saja galeri ini juga akan mempamerkan 12 lukisan dari pelukis terkenal Axevellina,"

Sebaik sahaja para tetamu mendengar nama Axevellina. Para tetamu mula berbicara antara satu sama lain sehingga bergemuruh ruangan itu

"Sila bertenang semua..," Arif Safuan terpaksa mengulangi kata-katanya beberapa kali kerana masih ada para tetamu yang masih berbicara

Setelah ruangan galeri kembali senyap barulah Arif Safuan menyambung ucapannya

"Untuk pengetahuan semua, Lukisan-lukisan Axevellina akan di pamerkan di sini selama sebulan. Sebelum enam dari lukisan tersebut memasuki acara lelong dan lukisan-lukisan tersebut adalah lukisan yang Sepatutnya di lelong ketika acara lelongan di France,"

"Dato' Arif!," Seorang wanita mengankat tangan

"Ya Puan seri?,"

"Betul ke lukisan prostrate for love sebenarnya lukisan yang di lukis Axevellina?,"

"Ya betul Puan seri,"

Sekali lagi ruangan itu menjadi gemuruh namun kali ini semakin kuat..Ada dari kalangan Para tetamu tampak terkejut dengan jawapan Arif Safuan tadi

"Dato' Arif!,"

"Ya saya..,"

"Bila acara lelongan tu.. macam mana kami nak tahu?,"

"Okay.. Sila bertenang semua..,"

Para tetamu kembali senyap

"Jika ada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara lelongan tu nanti sila berikan nama dengan email kepada Staff-staff yang berada di sini," Arif Safuan menunjuk ke arah tiga orang staff sedang berdiri di balik meja," Nanti kami akan kirimkan email tarikh, waktu dan tempat lelongan itu akan di adakan,"

"Dato'! lelongan tu nanti guna matawang Ringgit atau dollar?,"

"Guna Ringgit.. tapi ada berita baik untuk peminat lukisan Axevellina. Untuk acara lelongan tu nanti hanya peminat dalam Malaysia sahaja di benarkan membeli,"

Dan sekali lagi ruangan itu menjadi gemuruh, ada yang bersorak ada juga bertepuk tangan maklumlah rata-rata yang hadir adalah collector dari malaysia namun berbeza dengan reaksi collector dari luar negara kelihatan seperti sedang merungut pada assistant masing-masing

"Arif..," Farah naik di atas pentas. Arif Safuan menoleh sambil meng'off microphone

"Yusniza suruh cepat, dia tak boleh lama dia nak pergi lawat Haziq,"

Arif Safuan terangguk-angguk faham "Yalah," Microphone di on'kan kembali "Baiklah.. semua sila bertenang ya sebab saya nak jemput Axevellina naik ke atas pentas untuk mengucapkan sepatah dua kata dan merasmikan pembukaan galeri Ruby,"

Serentak itu juga para tetamu kembali senyap..

"Saya mempersilakan Miss Axevellina untuk naik ke pentas untuk mengucapkan sepatah dua kat.. silakan," Arif Safuan memalingkan badan memandang pintu galeri dan saat itu hampir ke semua tetamu turut memandang ke arah pintu itu

Farah membuka pintu Galeri sebaik sahaja pintu itu terkuak kelihatan kelibat Yusniza berpakaian jubah moden berwarna merah tempak begitu anggun dan menawan sedang melangkah keluar

Mata para tetamu terbeliak bila melihat Yusniza naik ke atas pentas bahkan Jeffrey yang sedang melihat tampak terkejut

"Eh!," Jeffrey menoleh memandang Mira Yusnizah yang sedang tergamam "Perempuan tu macam youlah Mira,"

Mira Yusnizah tidak menjawab bahkan memandang Jeffrey pun tidak. Matanya terbeliak dengan tatapan seakan tidak pecaya jika selama ini pelukis Axevellina itu sebenarnya adalah kakak kandungnya sendiri

"Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato' Arif Safuan kerana sudi mempamerkan lukisan-lukisan saya di dalam galeri yang megah ini dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang sudi hadir pada malam ini. Nama saya Yusniza dan saya juga adalah Axevellina,"

TIDAK di sangka malam itu hujan turun dengan lebat.. bunyi dentuman berserta kilauan putih di langit Kedengaran silih beganti

Yusniza memandu perlahan kerana air hujan menghentam jendela depan keretanya terlalu lebat

Hampir dua jam dia berada di dalam galeri tadi menerangkan setiap maksud dari lukisan-lukisannya kepada para tetamu dia terpaksa meninggalkan majlis itu kerana ingin bertemu dengan bekas suaminya memandangkan siang tadi dia tiada kesempatan untuk melawat kerana terlalu sibuk

Selepas setengah jam berlalu Kereta di pandu Yusniza memasuki kawasan perumahan mewah. Tapak kakinya terpaksa memijak padel minyak sedikit pelan oleh kerana ketika itu terdapat banyak kereta sedang memarkir di bahu jalan

Jantung Yusniza mula berdetak laju.. Berdebar-debar di saat retinanya melihat orang ramai kelihatan sedang berkumpul di pekarangan rumah Haziq

"Ya Allah!!!..., abang Haziq!," Yusniza menjerit sekuat hati apabila melihat sebuah van jenazah di parking di sebelah pagar rumah itu

Tanpa mempedulikan kereta yang sedang menunggu di belakang keretanya. Yusniza memberhentikan kereta di atas jalan kemudian keluar dari keretanya.

Yusniza berlari sekuat hati sehingga terlepas kedua kasutnya. Dia meraung sekuat hati sehingga mengejutkan para tetamu yang sedang berkumpul

"Ya Allah abang Haziq!!," jerit Yusniza penuh pilu sebaik sahaja melihat sekujur tubuh yang sudah siap di kapankan terbaring di ruang tamu

BAGAIKAN sebuah lagu berlirikan kebahagian berkumandang di dalam studio.. Intan Nabila tampak begitu riang menghabiskan masa bersama Arianna

Hari ini adalah hari terakhir dia bersama bekas anak tirinya itu sebelum Arif Safuan datang menjemput

Selepas puas berjalan-jalan di kota melaka di temani idham. Intan Nabila membawa Arianna dan Airil ke studio sebaik sahaja idham pulang kerana perlu berkerja

"Mama!," Arianna belari ke arah intan Nabila ketika itu sedang memanaskan botol susu Airil. Tubuh bekas ibu tirinya itu di rangkul dari belakang

"Kenapa nie Ari..?,"

"Ari tak nak balik..,"

"Ari..," Pelan-pelan intan Nabila memusingkan tubuh "Ari kan dah cuti lama.. nanti papa Ari marah,"

"Ari nak sekolah kat sini Mama,"

"Mama tak kisah Ari.. tapi?,"

Arianna memeluk erat tubuh intan Nabila dengan menyembamkan wajahnya

"Mama kawinlah dengan Papa?," Kedengaran suara halus meminta namun masih dapat di dengari dan di fahami intan Nabila

"Papa Ari dah tak suka Mama..,"

"Tapi kenapa?,"

Intan Nabila mengeluh kesal belakang Arianna di gosok-gosok penuh kasih "Kalau Papa Ari suka lagi dengan Mama sudah lama Papa Ari ajak Mama kahwin.. tapi tak?,"

Arianna menangis pelan kerana dia tahu bila-bila masa saja ayahnya akan sampai mengambilnya. Selama lima hari menghabiskan masa bersama intan Nabila dan Airil membuatkannya sangat gembira

Kedengaran loceng pintu di bunyikan

Intan Nabila membongkok sedikit tubuh. Dia mengucup dahi Arianna kemudian kedua belah pipi sebelum menegakan tubuhnya semula

"Ari pergi buka pintu ya,"

Arianna mengangguk. Intan Nabila mengankat botol susu di dalam bekas air yang hangat

Pintu studio di buka. Arif Safuan tersenyum melihat Arianna sedang berdiri di balik pintu

"Assalamualaikum sayang,"

"Waalaikummusalam,"

"Boleh Papa masuk,"

Arianna mengangguk "Masuklah papa,"

Arif Safuan melangkah masuk. Kala itu Intan Nabila berjalan keluar dari pantry

"Beg Ari ada dalam bilik," Kata Intan Nabila dengan raut wajah muram

"Jom Ari.. ambil beg Ari..,"

Arianna menurut. Arif Safuan perasan jika suasana hati anaknya itu tidak begitu baik mungkin kerana enggan berpisah dengan intan Nabila

Di dalam bilik, Intan Nabila duduk bersila di atas tilam menyusukan Airil. Arif Safuan menanggalkan kasutnya sebelum masuk

"Pukul berapa awak balik?,"

"Lepas susukan Airil,"

Arif Safuan duduk di atas kerusi "Tadi saya singgah rumah awak sekejap jumpa dengan mak, ayah awak,"

"Kenapa? kan saya dah bagitahu saya ada kat studio,"

"Ya saya tahu.. apa kata saya sediakan catering dari hotel saya untuk majlis tu nanti,"

"Awak serius ke?,"

Arif Safuan bersungguh-sungguh mengangguk "Ya saya serius,"

Lama intan Nabila merenung wajah Arif Safuan entah mengapa bekas suaminya itu beria-ria mahu membantu

"Saya tak boleh bagi keputusan sekarang, saya kena berbincang dulu dengan idham,"

"Ya saya faham.. nanti bila awak dengan idham dah buat keputusan, awak WhatsApp je saya,"

"Oh ya.. bagaimana dengan majlis tu semalam meriah tak,"

"Intan?,"

"Ya saya,"

"Bekas suami Yusniza baru je meninggal dunia malam semalam. Sejak malam tadi sampailah sekarang Yusniza tak keluar-keluar dari bilik dia,"

"Awak ada pergi tengok dia tak?," tanya intan Nabila dengan raut wajah cemas

"Ada.. tapi dia tak nak buka pintu,"

"Awak gendong Airil sekejap.. Saya nak kemas barang dia. nanti awak tepuk-tepuk belakang dia sampai sendawa,"

Arif Safuan segera bangun lalu mengambil Airil dari intan Nabila. Arianna membantu mengemas barang-barang Adiknya. Tilam yang terbentang itu di lipat berpetak-petak

"Awak nak balik dah ke?," Tanya Arif safuan sambil mengosok-gosok belakang Airil

Intan Nabila mengeleng "Saya nak pergi KL,"

"Apa kata awak hantar kereta awak dulu.. lepas tu naik dengan saya,"

Nak tak nak Intan Nabila terpaksa bersetuju memandangkan Idham berkerja. Dia cemaskan Yusniza waktu-waktu begini kakak angkatnya memerlukan seorang untuk menemaninya

SETELAH masuk waktu isyak barulah kereta di pandu Arif Safuan tiba di hotelnya di sebabkan kesesakan yang belaku di lebuh raya

"Papa... boleh Ari ikut Mama?," Tanya Arianna sebaik sahaja Kereta Arif Safuan berhenti di hadapan pintu lobi

"Tak boleh Ari.. Auntie intan nak jumpa dengan Auntie Yusniza,"

"Biar jelah dia ikut saya,"

"Esok dia nak sekolah. Lagi pun saya tak nak Ari tengok Yusniza tu menangis nanti,"

"Boleh Awak jaga Airil?,"

"Boleh!," Arianna pantas menjawab. Intan Nabila tersenyum "Botol susu ada dalam beg. nanti simpan dalam peti ais. Kalau nak bagi Airil minum susu, hangatkan dulu,"

"Awak jangan risau saya tahu jaga bayi.. waktu Ari lahir, saya yang jaga dia,"

"Ya saya tahu. awak pernah cerita pada. Ari jaga adik ya,"

"Mama jangan risau.. Ari akan jaga Adik baik-baik.. Ari tak akan biarkan adik menangis,"

"Hiss comelnya anak mama nie,"

Arianna ketawa geli saat pipinya di cubit-cubit intan Nabila

"Nanti awak ikut je staff saya kat luar tu. Dia akan bawa awak kat bilik Yusniza,"

"Baiklah..," Intan Nabila mengucup dahi Airil kemudian mengucup dahi Arianna pula sebelum keluar dari kereta "Kalau Airil menangis tak berhenti, call saya cepat-cepat,"

"Okay..,"

"Bye Ari,"

"Bye Mama..,"

Selepas Intan Nabila keluar dari kereta seorang staff wanita segera menyambutnya. Arif Safuan dan Arianna memerhati seketika sehinggalah Intan Nabila masuk ke dalam hotel barulah Arif Safuan memijak padel minyak meninggalkan tempat itu

PINTU lif terbuka di tingkat dua. Staff wanita itu menekan butang lif menunggu Intan Nabila keluar terlebih dahulu

"Sila ikut sini datin,"

"Datin lagi?," Intan Nabila agak terkejut dengan panggilan itu namun di biarkan sahaja. Dia mengekori belakang staff wanita itu melewati beberapa pintu

"Ini biliknya Datin," Kata Staff wanita itu sambil menghulurkan access card "Ini kad extra untuk bilik nie. Manalah tahu jika Cik Yusniza tertidur di dalam,"

"Baiklah," Intan Nabila mengambil kad yang di hulurkan itu

"Kalau begitu saya minta diri dulu ya Datin,"

"Terima kasih ya,"

"Sama-sama,"

Intan Nabila memerhati seketika staff wanita itu tadi "Staff hotel nie tak tahu ke kalau aku dah bercerai dengan Arif.. Asyik-asyik Datin," Kata intan Nabila pelan kemudian mengetuk pintu bilik

"Kak Yus.., Kak Yus.., Ini Intan. Buka pintu Kak Yus," Belum pun sempat Intan Nabila mengetuk lagi, Pintu bilik di buka dari dalam

"Kak Yus...,"

"Intan,"

Yusniza tanpa mengenakan tundung terus memeluk intan Nabila lalu menangis dengan esak

JIKA suasana sedih menyelubungi pertemuan antara Intan Nabila dan Yusniza.. Berbeza pula suasana di rumah Arif Safuan

Arianna kelihatan keluar masuk ada saja patung mainannya di bawa masuk ke dalam bilik ayahnya semata-mata mahu di tunjukan pada adiknya

Arif Safuan hanya mengeleng memerhati. Bibirnya tersenyum puas. Airil pula sejak sampai di rumahnya hanya menangis sekali itu pun kerana pampers yang sudah bertakung dengan air kencing sebaik sahaja Airil memandikan dengan air hangat barulah bayi kecil itu terdiam

"Papa.. Boleh Ari tidur bilik Papa malam nie,"

"Tapi Ari jangan tidur ganas-ganas tahu,"

"Ya.. Ari tahu,"

"Boleh.. Ari tolong jaga Airil sekejap.. pada nak panaskan botol susu dia,"

"Okay,"

Setelah hampir tiga jam berbual. Akhirnya Yusniza terlena di samping Intan Nabila. Pelan-pelan kain selimut di tarik sehingga menutupi bahu Yusniza

Intan Nabila turun dari katil. Retinanya memandang Jam di dinding

"Dah pukul 12..," intan Nabila melihat skrin telefon pintarnya ada beberapa panggilan masuk dari idham tidak jawab namun tiada satu pun panggilan dari Arif Safuan

Punggungnya di labuhkan di atas Sofa. Hatinya teragak-agak mahu menghubungi Arif safuan sekadar mahu bertanya tentang Airil

Telefon pintarnya bergegar. Skrin pada Telefon tertera nama Idham

"Assalamualaikum," Intan Nabila segera menjawab

"Awak kat mana intan?," Salam yang di ucap intan Nabila tidak di jawab. Idham terus sahaja bertanya dengan suara sedikit keras

"Saya kat KL sekarang nie, Kan saya ada kirim WhatsApp kat abang,"

"Awak naik dengan siapa?,"

"Saya tumpang Arif,"

"Habis tu sekarang nie awak tidur rumah dia?,"

Kening intan nabila bertaut "Buat apa saya tidur rumah dia. Saya dengan Kak Yus sekarang nie,"

"Manalah tahu dalam perjalanan tadi, hati awak terbuka semula untuk dia,"

"Apa yang awak merepek nie Idham.. Saya datang sini sebab risaukan kak Yus. Bukannya saya nak bermain cinta dengan bekas suami saya,"

"Tak akanlah awak tak boleh nak tunggu saya,"

"Saya dah call awak banyak kali tapi awak tak angkat, tapi saya faham awak tengah berkerja. Saya risaukan kak Yus dari malam semalam tak keluar-keluar dari bilik,"

"Saya bukan apa intan.. Awak keluar tanpa izin saya?,"

"Idham! kita belum kawin lagi,"

"Ya itu saya tahu.. saya cuma bimbang bila kita dah kawin nanti awak keluar rumah sesuka hati tanpa izin saya,"

"Ya Allah Idham..," Intan Nabila mengeleng kesal "Awak yakin ke saya akan bersikap macam tu bila saya dah jadi isteri awak,"

"Manalah saya tahu,"

"Tengok.. awak cakap awak tak tahu.. padahal baru je awak tuduh saya tadi,"

Idham senyap di hujung talian "Awak masih suka kan bekas suaminya awak ke,"

Intan Nabila mengeleng lagi hatinya makin bertambah kesal dengan sikap bakal suaminya itu "Idham.. apa kata kita tak payah kawin.. Nanti awak tengok sendiri berapa lama saya hidup berjanda.. Awak tunggulah sampai Arif tu nak kawin dengan saya semula,"

Kedengaran suara keluhan Idham di hujung talian "Saya minta maaf intan, saya cemburu bila awak bersama dengan Arif"

"Mengapa awak nak cemburu idham.. Kan saya dah cakap Arif tak pernah cintakan saya.. Daripada dia berkawin dengan saya lebih baik dia kawin dengan kak Yus,"

"Awak tak kisah ke?,"

"Mengapa pulak saya nak kisah.. saya kan dah ada awak.,"

"Saya minta maaf.. boleh saya ambil awak nanti,"

"Tak apa.. nanti saya balik dengan kak Yus,"

"Bila?,"

"insya-Allah esok,"

"Okaylah.. nanti kalau ada apa-apa hal jangan lupa call saya,"

"Ya Idham,"

"I love you,"

"I love you too," Intan Nabila mengeluh panjang. Dia tidak menyangka idham sanggup menuduhnya curang. Bila dia memikirkan semula dia teringat ketika dia bersama dengan Arif Safuan kala itu bekas suaminya itu turut merasa cemburu pada ikram

Intan Nabila mengeleng-geleng kepalanya "Anak Mama buat apa ya sekarang,"

SEBAIK SAHAJA selesai solat subuh. Arif Safuan tergesa-gesa ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi untuk Arianna

Dua keping roti di masukan ke dalam pembakar roti kemudian mengoreng sebiji telur.. Dua keping roti yang sudah siap di bakar di letakkan di atas pinggan lalu mengakat telur yang sudah siap di goreng di atas roti

Arif Safuan berniat mahu membuat sandwich untuk Arianna. Retinanya memandang jam di dinding

"Eh. dah pukul 6.30..," Arif Safuan bergegas ke biliknya semula "Hiss Ari nie tidur lagi..,"

"Ari.. Ari..,"

"Ari taknak gie sekolah," Jawab Arianna lalu memeluk Adiknya

"Tak boleh Ari.. Kan minggu lepas Ari dah cuti tiga hari,"

"Hari nie je Papa..," Rayu Arianna

"Okay.. tapi hari sabtu dengan ahad nanti. Duduk rumah,"

Serta-merta Arianna bangun dari katil sambil melontarkan tatapan tajam pada Ayahnya "Ari nak sekolah kat melaka," Ucapnya sebelum kakinya melangkah tergesa-gesa keluar dari bilik itu

"Sekolah kat melaka?," Arif Safuan mengeleng dengan kerenah anak gadisnya itu kemudian menoleh memandang Airil yang sudah terjaga "Jom anak Papa.. teman Papa hantar kakak Ari,"

Dalam pukul 9 pagi Arif Safuan tiba ke tempat kerja. Tangannya menolak stroller Airil keluar dari lif di Lobi hotel

Staff-staff hotel yang melihat majikan mereka sedang menolak stroller di ruangan lobi lantas mengambil kesempatan untuk melihat isi di dalam stroller itu

"Imutnya,"

"Comel betul bayi nie.. Anak siapa nie Dato'?,"

"Anak sayalah.. Anak siapa lagi,"

"Anak Dato' ke nie?,"

"Yaa..," jawab Arif Safuan sedikit bangga miskipun dia perasan wajah Staff-staff yang sedang melihat Airil seolah-olah tidak pecaya dengan jawapannya

Saat dia memarkirkan kereta di basement tadi. Dia sempat menghubungi Intan Nabila

Bekas isterinya itu sedang bersarapan pagi di restoran bersama Yusniza. Lega hatinya bila mengetahui keadaan Yusniza dari intan Nabila

Arif Safuan menolak stroller masuk ke dalam restoran. Retinanya meliar mencari intan Nabila kerana ruang restoran itu sangat luas dan kala itu juga terdapat ramai tetamu hotel yang sedang bersarapan

Intan Nabila mengankat tangan lalu melambai sebaik sahaja melihat Arif Safuan. Yusniza turut menoleh

Bibir Arif Safuan tersenyum.. "Itu Mama Airil..," Lantas Stroller itu di tolak menghala ke meja yang di duduki Intan Nabila dan Yusniza

"Dia menangis tak," Tanya Intan Nabila sebaik sahaja Arif Safuan sampai di mejanya

"Sekali je.. malam tadi pun dia cuma meregek.. bila dah bagi susu dia tidur semula..,"

"Kan saya dah bagitahu. Airil nie susah nak menangis,"

"Mungkin dia ikut perangai saya kot,"

"Tak.. dia ikut perangai saya,"

"Tapi awak selalu menangis,"

"Awaklah yang selalu buat saya menangis,"

Kala itu Yusniza diam-diam memerhati kemesraan Intan Nabila dengan Arif safuan

"Semalam saya sempat singgah kedai baby. Nie saya ada beli termos khas untuk hangatkan botol susu. Bila awak pergi ke mana-mana awak letak je botol susu dalam termos nie," Ujar Arif Safuan sambil menunjukan termos di dalam beg Airil

"Awak nak saya bayar balik ke?,"

"Hiss kenapa pulak nak bayar.. saya belikan untuk Airil,"

Intan Nabila ketawa. Yusniza tersenyum. Arif Safuan mengalih pandangannya memandang Yusniza

"Awak apa kabar Yusniza?,"

Yusniza mendongak "Alhamdullilah. saya okay je,"

"Muka tu nampak pucat.. kalau ada sakit apa-apa bagitahu saya,"

Intan Nabila berpura-pura tidak mendengar padahal terdetik juga hatinya rasa cemburu bila melihat bekas suaminya mengambil berat pada Yusniza

"Awak dah sarapan ke?," Tanya Yusniza pula

"Nanti je.. saya ada banyak kerja kat atas tu.. Bila balik melaka?,"

"Sekejap lagi," Jawab Yusniza miskipun pertanyaan itu sebenarnya mahu di jawab Intan Nabila

"Boleh tak awak jumpa saya dulu kat office. Saya ada hal nak bincang dengan awak..Tapi awak jangan risau saya tak akan ambil masa lama,"

Yusniza mengangguk "Baiklah,"

"Okaylah intan saya minta diri dulu ya.. oh ya awak jangan lupa pasal offer saya tu,"

"Ya saya tahu. Nanti bila saya dah berbincang dengan idham saya WhatsApp awak,"

Arif Safuan terangguk-angguk mengerti. Sebelum pergi dia sempat menghadiahkan satu kucupan di dahi Airil

"Offer apa?," Tanya Yusniza sebaik sahaja Arif Safuan meninggalkan mereka

"Catering,"

"Okaylah tu.. jimat belanja,"

"Intan okay je.. tapi kena bincang dengan idham dulu,"

"Kak Yus perasan kalau Arif selalu senyum dengan Intan,"

Intan Nabila menarik stroller Airil supaya dekat dengan tempat duduknya "Dengan saya dia cuma senyum tapi dengan kak Yus dia ambil berat,"

Yusniza mengeleng dengan bibir tersenyum "Maksud Intan, Arif ada perasaan pada Kakak ke?,"

"Mana intan tahu.. kak yus kenalah tanya dia sendiri,"

"Intan tak kisah ke kalau kak Yus betul-betul bercinta dengan dia?,"

Intan Nabila mengeluh pelan lalu memandang Yusniza "Tak. saya tak kisah," Ringkas sahaja jawapan di beri intan Nabila. Untuk apa dia mengambil kisah jika Arif Safuan tidak pernah mencintainya

BEBERAPA hari telah berlalu. Hari Khamis adalah hari yang agak sibuk bagi dua pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan

Intan Nabila bersama idham baru sahaja keluar dari sebuah kedai yang menyediakan pakej perkahwinan.

"Nasib baiklah sabtu tu takde tempahan.. kalau tak manalah kita nak cari," Ujar Idham

"Saya tak kisah pun wak.. kalau duduk kat kerusi biasa,"

"Mana boleh macam tu.. kita kan akan jadi raja dan ratu sehari.. mana boleh duduk kat kerusi biasa,"

"Awak jangan lupa.. melaka nie dah lama tiada raja,"

Idham tergelak "Lepas nie kita nak pergi mana?," Tanya idham sambil berjalan bersama Intan Nabila ke arah kereta

"Ini yang last.. dewan, Ayah saya dah tempah. Catering dah. rasanya semua dah settle,"

"Arif tak kisah kita tak terima offer dia?,"

"Dia okay je," jawab intan Nabila. Dia ada berbincang dengan idham tentang tawaran dari Arif Safuan ingin sponsor catering namun idham menolaknya "Keluarga awak dah tempah hotel?,"

"Dah,"

"Hotel kat mana?,"

"Seri Malaysia,"

"Oh dekat jelah,"

"Jomlah intan kita pergi makan,"

"Tapi jangan lama tahu.. risau pulak saya tinggalkan Airil lama-lama,"

"Kan lebih baik awak serahkan saja Airil pada Arif,"

Serta merta langkah Intan Nabila terhenti. Kata-kata Idham tadi benar-benar menyentak hatinya

"Apa awak cakap!,"

Raut wajah idham pantas berubah.. terpinga-pinga memandang intan Nabila sebaik sedar dia sudah terlepas cakap "Saya bergurau je intan,"

"Awak jangan bergurau pasal tu idham.. baik awak jujur dengan saya sekarang.. awak sanggup tak anggap Airil seperti anak awak sendiri?,"

"Tentulah saya sanggup intan,"

"Awak jangan cakap sekarang awak sanggup, nanti lepas kawin awak menyesal,"

"Saya minta maaf intan.. Saya bergurau je,"

Intan Nabila mengeleng-gelengkan kepala dengan perasaan kesal "Hantar saya kat studio.. saya dah takde mood nak teman awak makan,"

"Janganlah macam tu intan.. saya kan dah minta maaf,"

"Hantar saya kat studio sekarang," Intan Nabila tetap berkeras. Geram sungguh hatinya dengan gurauan idham tadi

Idham mengosok-gosok dahinya.. Rasa menyesal mula menyelubungi hatinya

MALAM menjelang dengan pantas. Intan Nabila membentangkan sejadah di kala jarum jam menunjukkan waktu ketika itu 1.45 pagi

Dia ingin menunaikan solat Istikharah memohon pertunjuk dari yang maha esa tentang perkahwinannya dengan idham

Kata-kata idham petang tadi betul-betul membuatkan hatinya di belenggu perasaan bimbang miskipun idham mengatakan itu hanya sekadar gurauan namun dia bimbang jika gurauan itu sebenarnya adalah niat yang tersimpan jauh di dalam lubuk hati bakal suaminya itu

Sebaik sahaja selesai memberi salam. Intan Nabila menadah kedua tangan. Dia berdoa dengan air mata berlinangan mencurahkan segala isi hati yang sedang di belenggu kebimbangan.

Dia memohon bersungguh-sungguh kepada Yang Maha Esa semoga di berikan petunjuk

"MANA INTAN?," Adlan hanif melangkah masuk ke dalam rumah

"Ada dalam bilik," Jawab Eton kala itu sedang duduk bersama anaknya yang baru berusia satu tahun

"Dah siap ke? Pengatin lelaki dah sampai kat masjid,"

Pada waktu itu, Seha, Zilla dan Yusniza keluar dari bilik dan di belakang mereka kelihatan Intan Nabila sudah siap berpakaian pengantin berwarna putih tampak anggun, Raut wajahnya pula berseri-seri sungguh cantik mata memandang

"Pakcik nak naik dengan kami sekali ke?," Tanya Seha

"Tak seha.. pakcik pergi sendiri.. Hah cepatlah semua orang dah berkumpul kat masjid,"

Mereka berlima menaiki satu kereta menuju ke masjid. Di pekarangan masjid kala itu terdapat banyak kenderaan sudah memenuhi tempat parking

Di dalam masjid pula, Idham sudah pun duduk bersila di hadapan imam masjid.

Sebaik sahaja intan Nabila keluar dari kereta. Retinanya terpandang kelibat bekas suaminya sedang berdiri bersama Saiful saad di tepi pintu masjid. Tersenyum manis memandangnya

"Inilah pertunjuk untuk ku.. Idham adalah suamiku bukan awak Arif," Bisik hati intan Nabila redha dengan pernikahannya dengan Idham

Akad nikah di lafazkan dengan sekali lafaz menandakan bahawa Idham dan intan Nabila kini sudah bergelar suami, isteri. Seluruh ahli keluarga kedua belah pihak mengucapkan syukur

Idham duduk berlutut di hadapan intan Nabila. Isterinya itu mengankat sedikit tangan kiri lalu sebentuk cincin emas bertahtah berlian di sarungkan pada jari isterinya itu

Air mata Arif Safuan berjatuhan bukan kerana cemburu.. Dia menumpang gembira dengan pernikahan bekas isterinya itu

Paluan Kompang berbunyi silih berganti.. Pasangan pengantin di arak bersama pengapit masing-masing Ahli keluarga lelaki pula berjalan di belakang mereka menuju ke pintu Dewan

Karpet merah sudah siap terbentang. Para tetamu yang hadir ada yang berdiri ingin melihat wajah pengantin

Intan Nabila kelihatan tampak sungguh gembira di saat berjalan bersama idham. Retinanya memandang Pentas pelamin yang indah. Hatinya tidak sabar mahu melabuhkan punggungnya di situ

WAKTU terus berlalu.. selepas selesai sahaja sesi bergambar bersama kedua belah keluarga dan sahabat handai. Intan Nabila mengambil kesempatan menyapa tetamu-tetamu yang hadir

Kala itu retinanya merliar mencari kelibat Arif Safuan namun tiada.

"Tahniah Intan," Intan Nabila tersentak sebaik mendengar suara yang datang dari arah belakangnya

"Ikram?," Ucap Intan Nabila selepas memalingkan badan. Ikram tersenyum

"Kau datang sorang je ke.. mana isteri dengan anak kau?,"

"Aku dah bercerai,"

"Hah.. bila?,"

Ikram menghela nafas panjang pada ketika itu jelas terlihat raut wajahnya seolah-olah dalam keadaan dilema

"Aku bukan setakat bercerai je intan, aku dah kehilangan kerja. Sekarang nie aku duduk kat johor kerja macam kau dulu. Grab,"

"Ya Allah Ikram.. kenapa jadi sampai macam tu.. kau buat salah apa?,"

"Keluarga kau tak cerita ke?,"

Intan Nabila mengeleng "Takde..,"

"Sebenarnya Intan. Punca kau bercerai dengan Arif semua di sebabkan aku. Aku sakit hati, aku cemburu bila kau kawin dengan Arif,"

Terbeliak mata intan Nabila memandang Ikram "Apa yang kau merepek nie ikram!,"

"Aku minta maaf Intan.. mungkin lebih baik kau tanya sendiri pada Arif..,"

"Tanya apa!!," Pekik Intan Nabila sehingga seluruh dewan menjadi senyap "Jawablah Ikram!! apa yang kau dah buat!!," intan Nabila menangis esak

Share this novel

Zai Zai
2024-08-14 20:18:36 

next

Zai Zai
2024-08-13 12:49:09 

next


NovelPlus Premium

The best ads free experience