Bab 29

Romance Completed 43498

Dalam setiap hubungan akan selalu ada perpisahan. Ya, itulah hidup. Biarkan takdir yang bekerja menyatukan sesebuah hubungan atau mungkin disatukan hanya sekadar menumpang lewat. Begitupun intan Nabila. Dia tidak pernah menyangka perkahwinannya bersama Arif Safuan hanya menjadikannya penetap sementara

Namun kisah perkahwinan itu bagaikan sebuah ucapan sebuah lirik lagu yang selalu ia alunkan

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau

Begitulah perasaan intan Nabila kala ini. Setelah di ceraikan Arif Safuan pintu hatinya bagaikan tertutup rapat di rantai dan di buang jauh ke dasar. Perasaan kecewa dan terluka bercampur baur dengan segala rasa sakit seolah-olah di permainkan.

Apakah selamanya ini Arif Safuan hanya berpura-pura mencintai semata-mata ingin meratah dan menikmati segala sudut anggota tubuhnya.

Tidak! tidak! Tidak!. Arif cintakan Aku!. Arif cintakan aku!! Intan Nabila menjerit-jerit cuba menyangkal segala tuduhan yang berbisik didalam hati. Dia masih pecayakan Arif Safuan

"Intan! Intan! buka pintu nie!,"

Kedengaran suara ibunya memanggil dari luar. Intan Nabila menekup kedua belah telinga. Kepalanya tergeleng-geleng meracau

"Dah. Dah be.berapa la.lama in.intan dalam bi.bilik makcik?," Tanya yusniza dengan raut wajah resah setelah hampir seminggu tidak bertemu adik angkatnya

"Sejak dia pulang dari mahkamah lagi. lepas tu dia terus berkurung dalam bilik,"

"In.intan tak.tak ma.makan ke mak.makcik?,"

"Makan. Makcik letak kat depan pintu nie. nanti kalau dia lapar dia ambil bawa masuk dalam bilik,"

Ramlan yang turut berada di situ mencekak pinggang dengan raut wajah berang. Zilla, Azlan, tahar dan Seha turut berada di situ

"Mak takde simpan ke kunci spare pintu bilik nie?,"

"Hiss manala ada. semua kunci bilik nie ada pada Intan,"

"Mak ke tepi," Pinta Ramlan

"Lan nak buat apa?," Tanya Puan Safura sambil melangkah sedikit menjauh dari pintu begitu juga dengan Yusniza

Ramlan tidak menjawab pertanyaan ibunya. Daun pintu bilik adiknya di ketuk kuat "Kalau adik tak nak buka pintu nie! Abang pecahkan pintu nie!. Abang kira sampai tiga!,"

"Satu!,"

"Dua!, bukak adik! kalau tak abang pecahkan pintu nie!," Jerit Ramlan nasib baik ayahnya sudah ke masjid

Belum pun sempat Ramlan mengira sampai tiga. Kedengaran kunci pintu di buka dan tanpa membuang masa Ramlan segera membuka pintu bilik adiknya

"Ya Allah! bau apa nie!," Ujar Ramlan sebaik sahaja memasuki bilik adiknya terhidu bau busuk yang menyenget hidung

"Intan!,"

Puan Safura tergesa-gesa masuk ke dalam bilik alangkah terkejutnya bila melihat keadaan bilik yang tak terurus dengan pinggan mangkuk, gelas. Sisa-sisa makanan yang sudah berulat bertaburan di atas lantai

Intan Nabila yang tidak bertudung terlihat sedang duduk menunduk di atas birai katil

Puan Safura terpaksa menarik sedikit kainnya ke atas ketika mahu menghampiri anak gadisnya

"Ya Allah.. intan! kenapa jadi macam nie," Ucap Puan Safura bila melihat wajah cengkung intan Nabila dengan keadaan mata yang mengalami sembab teruk

"Intan! dengar tak?,"

Intan Nabila seperti dalam keadaan mamai terhuyu-hayang kepalanya saat ibunya mengerak-gerakan tubuhnya

Yusniza masuk ke dalam bilik di susuli Zilla dan Seha. Azlan dan Tahar hanya menunggu di luar bilik

"Teruk dah intan nie mak. Baik kita bawa dia gie hospital," Kata Ramlan

Air mata Yusniza mengalir deras bila melihat keadaan intan Nabila lalu duduk di sebelah adik angkatnya itu

"Ke kenapa in intan ja jadi ma macam nie?," Yusniza memeluk erat tubuh intan Nabila dengan tangisan esak yang tak tertahan

"Abang," Tegur Zilla. Ramlan menoleh

"Kita kemas dulu bilik nie. takut pulak nanti kalau ayah abang nampak,"

"Kejap abang gie ambil penyapu dengan plastik sampah," Ramlan memandang Ibunya "Mak tolong bawa intan dalam bilik ramlan. Biar kitorang bersihkan bilik nie dulu,"

"Yala," Puan Safura menepuk lembut bahu Yusniza "Mari Yus tolong makcik bawa Intan ke bilik Ramlan nanti kita bersihkan badan intan kat sana,"

"Ba. baiklah mak makcik,"

Azlan dan tahar masing-masing meraup wajah. Mereka tidak menyangka keadaan intan Nabila begitu menyedihkan

"Hiss celaka betul punya jantan. Menyesal pulak aku tak tumbuk muka dia hari tu," Ucap Azlan dengan raut wajah geram

"Aku pun menyesal! patutnya kita belasah je hari tu. Dia ingat dia kaya dia boleh buat sesuka hati dia. Lahabau punya jantan,"

"Lan, Tahar tolong abang,"

DI DALAM bilik Ramlan. Puan Safura, Yusniza dan Seha menangis saat menanggalkan pakaian Intan Nabila. Entah bagaimana tubuh yang dulu terlihat sedikit berisi kini terlihat begitu kurus sehingga menampakan tulang-tulang yang menimbul

"Ke ke kena ba ba bawa in in intan per pergi hospital nie mak makcik," Kata Yusniza

Puan Safura mengangguk faham "Makcik tak sangka pulak intan boleh jadi macam nie. Hari tu waktu dia balik dari mahkamah. Dia tenang je,"

"Maafkan Seha makcik. Sebenarnya lepas Encik Arif lafazkan cerai pada Intan, Dia terus pingsan. Seha ingat dia bagitahu makcik,"

"Tak. Dia takde bagitahu,"

"Encik Arif cakap dia tak pernah cintakan Intan. Dia cuma gunakan intan untuk jaga anak dia je,"

"Ya Allah.. betul ke Seha?,"

"Intan yang bagitahu kitorang sendiri makcik. Teruk betul dia menangis dalam kereta waktu tu,"

"Abang cintakan intan..," Sayu suara Intan Nabila berbicara. Hujung matanya memandang Yusniza "Eh. Kak yus..,"

Mendengar sahaja namanya di sebut, Yusniza segera memeluk intan Nabila dengan tangis esak yang semakin kuat

SEBAIK SAHAJA pintu lif terbuka Saiful saad melangkah keluar dalam keadaan tergesa-gesa. Langkahnya di atur terus menuju ke bilik pejabat Arif Safuan

Daun pintu di ketuk sebelum pintu itu di buka. Di dalam bilik kala itu Arif Safuan sedang sibuk melakukan perkerjaannya namun semuanya terhenti apabila melihat pakciknya masuk ke dalam bilik

"Nie handphone Arif," Saiful saad menghulurkan telefon pintar kepada anak buahnya

"Eh mana pakcik dapat handphone Arif nie?,"

"Dari pembantu Xuan,"

"Xuan?,"

Saiful saad menghela nafas tenang sambil punggungnya di labuhkan diatas kerusi "Xuan ada kat KL sekarang nie. katanya dia dengan team pelabur dari china pergi ke pejabat Sprm,"

Arif Safuan bangkit serta-merta "Betul ke pakcik?," Wajah Arif Safuan tampak kerisauan

"Arif tak usah risau. Masalah berkenaan pertemuan Xuan dengan beberapa menteri kat sabah takde melibat wang ringgit, takde melibatkan penjanjian yang mengutungkan kedua belah pihak lagi pun Sprm takde bukti untuk menuduh Xuan mengunakan pengaruh wang bagi projek mega tu,"

"Siapa yang bagitahu pakcik maklumat tu?,"

Saiful saad tidak terus menjawab. Dahinya di urut resah

"Pakcik?,"

"Ayah kamu Arif,"

"Ayah?,"

Saiful saad mengangguk "Sebenarnya dari awal lagi Rasyid selalu ambil tahu tentang perkembangan mesyuarat antara Xuan dengan kerajaan negeri sabah. Diam-diam dia hantar orang untuk jaga kamu sebab dia tahu kamu tiada pengalaman. Dia sendiri yang call menteri-menteri yang bertemu dengan Xuan waktu tu,"

Arif Safuan terdiam sejenak. Kakinya melangkah ke arah jendela kaca

"Arif?,"

"Ya pakcik,"

"Baru-baru nie pakcik dengar Intan di masukan ke dalam hospital. Dia mengalami gangguan jiwa. Tapi mujurlah tak teruk,"

"Dia kan dah takde kena mengena dengan Arif pakcik,"

"Ya itu pakcik tahu. Tapi sekurang-kurangnya pergila melawat dia Arif. Pakcik dengar dari Abang Adlan ahad nie dia akan ke Australia,"

"Australia? buat apa dia kat sana?,"

"Dia ikut kakak angkat dia ke sana. Tapi bukannya seminggu dua tapi setahun,"

Arif Safuan menyenget bibirnya "Amboi setahun. Sanggup pulak dia duduk berjauhan dengan skandal dia,"

"Skandal apa ya Arif?,"

"Tak ada apa pakcik. Tengoklah jumaat nie Arif akan ke melaka. Arif bawa Ari sekali. Insya-Allah kalau Arif ada masa nanti Arif pergi melawat dia,"

"Elokla tu Arif. Pakcik pun dah malu sangat dengan abang Adlan. Selalunya bila pakcik ke sana pakcik akan pergi melawat dia tapi bila dah jadi macam nie pakcik nak tunjuk muka pun pakcik tak berani,"

"Itukan masalah Arif dengan intan. Tiada kena mengena pun hubungan pakcik dengan abang Adlan,"

"Masalahnya pakcik nie pakcik kamu Arif. Apa saja masalah Arif dengan Intan akan memlibatkan pakcik. Pakcik nak pergi melawat Intan pun pakcik jadi segan,"

"Masalahnya diorang tak tahu punca penyebab rumah tangga kami nie runtuh semua tu salah Intan pakcik,"

"Berat sangat ke Arif nak maafkan intan. Dia bukannya sengaja Arif tapi dia terpaksa,"

"Dahla pakcik. Arif malasla nak fikir semua tu. Arif dengan intan dah tiada apa-apa ikatan. Dia sakit ke, dia nak ke Australia ke. itu dia punya pasal. Takde sebab Arif nak ambil tahu,"

"Hiss kamu nie Arif.. kenapala ego sangat. jangan sampai menyesal kemudian hari,"

"INGAT intan jangan lupa ambil banyak-banyak magnesium baru tak gila,'

"Bengongla kau Lan. aku bukannya gila. tertekan je,"

"Sama jela tu.. Mula-mula memangla tertekan tapi kalau dah lama sangat boleh gila tahu. Kau dah lupa ke macam mana rupa kau waktu tu dah macam Zombie,"

"Kurang asamboy betulla kau nie Lan,"

Tahar sejak tadi sekadar mendengar tergelak terkekeh-kekeh

"Kau nak balik terus ke?,"

"Aku nak gie jumpa kak yus,"

"Ikut boleh? Rindu betul aku kat dia,"

"Aku pun rindu. Gagap tapi cun,"

"Aku bagitahu nanti pada kak yus, kau cakap macam tu tahar,"

"Hiss kau intan sensitif betul. Aku gurau jela,"

"Tahu takut," Intan Nabila memandang Azlan "Apa kata kita beli pizza dengan ayam goreng barula best bila lepak kat sana,"

"Aku okay je. Yang tak okay pasal duit,"

"Yala aku yang belanja,"

Azlan tersenyum lebar "Hah apa kita tunggu lagi. Jomla. Wife aku dah lama tunggu kat rumah tu,"

"Bengong,"

Bibir intan Nabila tersenyum mekar. Visor sengaja di angkat membiarkan deru angin menyapu wajahnya. Matanya melihat sekilas pada Matahari yang bersinar terang. Tidak lagi bersembunyi di balik awan yang berambal-ambalan di dada langit.

Sejak pulih dari tekanan yang melampau. Dia kembali berkerja sebagai Food delivery hanya untuk sementara sebelum mengikut Yusniza ke Australia

Namun sehingga kini Intan Nabila masih tidak mampu melupakan Arif Safuan. Dia terlalu mencintai lelaki itu miskipun dia tahu Arif Safuan hanya berpura-pura mencintainya

HAMPIR sejam lebih Intan Nabila, Azlan dan tahar melepak di rumah Yusniza. Mereka menghabiskan masa duduk di bawah pondok yang di bina di luar pekarangan rumah mewah milik suami Yusniza

Mereka berempat menghabiskan masa bercerita pelbagai kisah termasuk kisah hantu dan kisah lucu dari pengalaman masing-masing tetapi yang membuatkan Yusniza tergelak besar apabila Azlan dan Tahar menceritakan kisah pencintaan Intan dengan ikram ketika di sekolah

Jam 5 petang Azlan dan tahar kembali berkerja. Intan Nabila masih duduk di bawah pondok itu bersama yusniza. Mereka berdua hanya diam menikmati pizza yang masih berbaki

"Kenapa kak yus tinggal lagi kat rumah nie?,"

Sambil menguyah Yusniza memerhati rumah milik suaminya "En. Entahla in. intan. Se. Sebenarnya banyak ke kenangan da dalam ru rumah nie ya yang intan tak tak tahu,"

"Kenangan apanya, kak yus kawin pun cuma dua bulan je kan,"

"Yusniza mengangguk "Be Betul," bibirnya tersenyum memandang intan Nabila "Pe Perasaan ka kakak pada su suami kakak sa sama seperti perasaan in intan pa pada bekas su suami in intan. Wa Walaupun kakak ta tahu suami ka kakak tidak men mencintai ka kakak. Tapi cin cinta ka kakak pa padanya sa sangatla da dalam,"

"Dah Kena dera teruk macam tu, kak yus masih cintakan suami kak Yus.. Hiss biar betul kak yus,"

"Intan. in Intan dah dah lupa ke ki kisah hidup ka kakak,"

"Intan ingat kak. Tapi," Intan Nabila tidak menyambung kata-katanya hanya kedengaran keluhan pelan

"In intan ja janganla risau. Le Lepas kita ba balik da dari Australia nanti. Ka kakak akan min minta dia le lepaskan ka kakak," Yusniza mengosok-gosok perut Intan Nabila "Na.nasib baik in.intan tak ke keguguran,"

Intan Nabila mengangguk kesal kerana tidak memikirkan keselamatan anak yang di kandungnya mujurlah doktor mengesahkan anak di dalam perutnya tidak mengalami kesan dari tekanan yang di hadapinya tempoh hari

"Kenapala nasib kita jadi begini kak. Bila hati kita dah terbuka untuk mencintai. kita pula yang di sakiti,"

"In inilah na nasib ki kita sebagai pe perempuan in intan. Ki kita sa sanggup BER BERSUJUD MERAIH CINTA,"

JUMAAT pagi dalam jam 10, kereta di pandu Arif Safuan menyusur laju membelah laluan lebuh raya menghala ke selatan

Arianna yang sedang duduk di kerusi penumpang begitu asyik menonton kartun di pad Android

"Ari?,"

"Emm," Arianna menoleh memandang Ayahnya "Ya papa,"

"Ari suka tak dengan Auntie Mira?,"

"Tak,"

"Hahh.." Arif Safuan mengerling sekilas wajah anaknya itu "Laa kenapa Ari tak suka?,"

Arianna tidak terus menjawab "Ari kan dah ada mama,"

Dahi Arif Safuan berkerut hairan dengan jawapan anaknya "Siapa?,"

Arianna menjongketkan bahunya "Ari tak ingat,"

Arif Safuan terdiam sejenak. Dia dapat mengangak siapa yang di maksudkan anaknya itu. Hatinya mulai gelisah bimbang jika Arianna sudah mampu mengingati Intan Nabila. Itu akan mendatangkan masalah padanya nanti

"Ari memang ada Mama. Tapi Mama Ari tak sayangkan Ari,"

"Taklah. Mama sayang Ari,"

"Siapa Mama Ari tu?," Arif Safuan sedikit mendesak

"Ari tak ingat!," Jawab Arianna dengan wajah merajuk. Pad Android di taruh di atas riba sebelum memeluk tubuh

Selepas melewati tol ayer keroh. Keadaan jalan raya menghala ke bandar melaka kelihatan bergitu sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Arianna masih lagi memeluk tubuh sambil melontarkan pandangannya di luar jendela

Beberapa kali Arif Safuan terpaksa menekan break kerana kesesakan yang belaku sehinggakan Pad Android di atas peha Arianna terjatuh ke bawah

Arianna menolak tali pinggang keledar ke atas supaya dia dapat mengambil semula Pad Android di bawah kakinya. Arif Safuan menoleh sekilas tanpa sedar keretanya masih begerak

"Pak!," Kepala Arianna terhentuk pada Dashboard apabila Arif Safuan menekan break secara tiba-tiba

Mendengar sahaja hentakan begitu kuat Arif Safuan segera memusingkan stereng bagi memberhentikan keretanya di bahu jalan

"Maaf kan Papa Ari.. Sakit tak kepala tu?,"

Arianna mengosok-gosok atas kepalanya mujur dashboard itu di perbuat dari plastik jika besi pasti kepala Arianna akan lebih sakit

Selepas mengambil semula Pad Android yang jatuh tadi. Dia memandang ke luar jendela dengan kening bertaut kemudian memalingkan kepala sehingga tubuhnya turut terikut. Dia memerhati tempat duduk belakang seolah-olah mencari seseorang

"Kita kat mana nie Papa?,"

"Melaka,"

Arianna memalingkan semula kepalanya "Mama tak ikut kita ke Papa?,"

"Mama? Mama yang mana?,"

"Mama intanla Papa. Kenapa Mama tak ikut kita?,"

"Ah sudah," Arif Safuan meraup mukanya. Inilah pekara yang paling di bimbangkannya jika Arianna sudah mengingat semula Intan Nabila

"Mama tengah masak kat rumah sebab tu Mama Ari tak ikut," Arif Safuan terpaksa berbohong

"Kita nak pergi mana Papa?,"

"Hotel Papa,"

Arianna terdiam raut wajahnya tampak resah "Jangan lama-lama Papa. kesihan Mama sorang-sorang kat rumah,"

"Ya Papa tahu," Arif Safuan mengeleng pelan dengan raut wajah cemas sambil otaknya ligat memikirkan cara untuk menjelaskan pada Arianna tentang penceraiannya dengan intan Nabila

JAM 11.25 pagi Arif Safuan sudah pun berada di dalam pejabatnya bersama Arianna. Tangannya lincah membelek-belek setiap helaian kertas di dalam fail dengan hati tak tenteram

Retinanya asyik berkalih memandang Arianna sedang duduk memandang padanya

"Lambat lagi ke Papa?,"

"Sekejap je lagi Ari," Arif Safuan mengeluh berat namun keluhannya itu sengaja di perlahankan

"Tring. Tring..," Kedengaran nada dering telefon pintarnya berbunyi. Arif Safuan segera menjawab bila nama Mira Yusnizah tertera pada skrin

"Hello..,"

Kening Arianna bertaut tajam memandang ayahnya. Pelan-pelan punggungnya di angkat apabila Ayahnya memusingkan kerusi membelakangkannya

Langkah di atur sepelan yang mungkin. Sebaik sahaja berdiri di depan pintu. Arianna menoleh memandang ayahnya sambil tangannya menolak gagang pintu ke bawah

"HISS mengada betulla si Seha nie. time niela nak mengidam makan asam pedas," Ngomel Intan Nabila sebaik sahaja memarkirkan motorsikalnya

Langkah di atur laju memasuki ke dalam hotel tanpa membuka helmet. Visor di tolak ke atas selepas menghampiri kaunter receptionist

"Intan my friend," Panggil Seha apabila melihat Intan Nabila sedang berjalan ke kaunter

Intan Nabila tersenyum menyenget "Kau nie seha mengada betullah. Sampai hati kau suruh aku datang sini,"

"Laa kenapa pulak tak boleh. Bukannya aku selalu minta tolong kau,"

"Bukan itu maksud aku,"

"Oh ya. ya. Aku lupala pulak. Alaa intan.. kau buat tak tahu je, lagi pun takde staff kat sini yang ambil perduli pasal tu. Kau janganla risau,"

Intan Nabila mengeluh pelan sambil menaruh plastik beg di atas kaunter

"Kantin hotel dah kehabisan makanan ke?,"

"Boringla hari-hari makan lauk hotel. Hah.. Bila kau last buat kerja nie?,"

"Hari nie. Esok aku nak kemas barang lepas tu aku nak gie shopping cari pakaian sesuai bawak ke sana,"

"Apa kata malam nie kita lepak?,"

"Okay jugak,"

"Nanti kau ajakla kak yus sekali,"

Pada masa yang sama pintu Lif di Lobi terbuka. Beberapa penghuni hotel melangkah keluar dan Arianna adalah salah seorang dari mereka

Arianna memerhati sekeliling sambil melangkah pelan sehinggalah retinanya beralih memandang ke arah kelibat wanita mengenakan helmet berdiri di hadapan kaunter.

Bibirnya tersenyum lebar kerana sangat mengenali helmet yang di gunakan wanita itu

"Mama!!," jerit Arianna dengan wajah berseri-seri

Intan Nabila dan Seha serentak menoleh namun wajah Intan Nabila di balik helmet begitu terkejut bila melihat kelibat Arianna

"Eh kenapa kau tak cakap Arif ada kat sini Seha?,"

"Aku pun tak tahu Intan,"

"Aku bla dululah,"

"Tapi Arianna tu tengah panggil kau,"

"Aku tak boleh dekat dengan dia. Itu perintah mahkamah tak akan kau tak ingat. Kan aku dah bagitahu. Dahla nanti aku call," Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Intan Nabila dengan wajah cemas cepat-cepat berjalan menghala ke pintu lobi

"Mama! Mama!!," Jerit Arianna sambil berlari menuju ke pintu lobi mengejar intan Nabila "Mama!!,"

"Tunggu Arianna,"

Seha bergegas keluar dari kaunter mahu mengejar Arianna bimbang jika belaku apa-apa kepada anak majikannya itu

Arianna meraung sekuat hati hairan kenapa intan Nabila seperti sedang lari darinya

"Mama!!," panggilnya lagi sayu nadanya

Starter motorsikal pantas di tekan menghidupkan enjin motorsikal. Intan Nabila semakin cemas apabila melihat Arianna sudah pun keluar dari lobi

throttle (pindikit) motorsikal di pulas. Motorsikal di bonceng Intan Nabila bergerak laju melewati Arianna

"Mama!!," Arianna meraung sekuat hati terus mengajar intan Nabila tanpa memperdulikan kereta yang sedang bergerak di kawasan itu

"Hey Arianna!," Jerit Seha dengan wajah cemas

Larian Arianna semakin laju sambil menjerit memanggil nama intan Nabila. Tangannya pula melambai-lambai

Intan Nabila yang sedang membonceng motorsikal cuba menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya apabila melihat Arianna masih mengejar

Kerana terlalu mencemaskan Arianna. Intan Nabila cepat-cepat memarkirkan motorsikalnya lalu bergegas turun. Helmet yang tersarung di kepala di tanggal kemudian berlari mendapatkan Arianna

"Ari!!,"

"Mama!!,"

Intan Nabila memeluk erat tubuh Arianna. Bekas anak tirinya itu meraung esak

"Kenapa Mama tinggalkan Ari.. Mama dah tak sayangkan Ari ke?,"

"Tak. Tak Mama sayang Ari. Mama sayang sangat," jawab Intan Nabila lalu mencium-cium kepala Arianna penuh kasih dalam masa yang sama hatinya benar-benar bersyukur kerana Arianna sudah mengingat dirinya semula miskipun sudah terlewat

Seha bersama beberapa staff hotel berdiri berhampiran sekadar memerhati. Di ruangan lobi hotel pula Arif Safuan berlari ke arah pintu setelah di hubungi oleh staff receptionist

Wajahnya tampak cemas ketika melewati pintu lobi namun di saat kakinya menuruni anak tangga langkahnya terhenti apabila melihat Arianna sedang berpelukan dengan intan Nabila

Arif Safuan menjadi serba salah mahu meneruskan langkahnya kerana dia tahu Arianna sudah pun mengingati siapa intan Nabila jika dia menghalang anaknya itu akan menambahkan lagi masalah

"Mana Arianna Encik Arif?," Tanya mizi selepas keluar dari lobi, hairan bila melihat majikannya sekadar berdiri di tangga

Arif Safuan memalingkan badan "Ikut aku jap Mizi,"

Mizi menurut. Arif Safuan masuk semula ke dalam lobi hotel

"Kau pergi kat sana. Bagitahu kat intan suruh dia bawa Ari balik. Nanti esok aku ambil,"

Mizi mengangguk faham

DI BALIK VISOR yang tertutup wajah Arianna Berseri-seri ketika menaiki motorsikal di bonceng intan Nabila sambil memeluk tubuh bekas ibu tirinya itu dari belakang

Namun berbeda dengan raut wajah intan Nabila. Hatinya resah dan bimbang kerana Arianna tidak mengetahui jika dia bukan lagi ibu tirinya

Intan Nabila sangat menyanyangi Arianna namun apakan daya jodohnya dengan Arif Safuan begitu singkat tapi apa yang paling membimbangkannya. Apakah dia sanggup meninggalkan Arianna nanti

ARIF SAFUAN duduk dalam keadaan gelisah selepas pulang dari solat jumaat. Otaknya begitu runsing memikirkan Arianna.

Selepas Intan Nabila membawa Arianna pergi dia menghubungi Zilla menyuruh bekas adik iparnya itu datang ke melaka esok supaya mengambil Arianna nanti. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bersua muka dengan bekas isterinya itu kerana hatinya masih lagi di belenggu perasaan marah dan cemburu

"Tuk. Tuk. Tuk.," Kedengaran bunyi ketukan dari luar

"Masuk,"

Daun pintu di buka separuh "Encik Arif.. ada dua orang pegawai polis nak jumpa dengan Encik Arif,"

"Pegawai polis?.. Suruh diorang masuk,"

Arif Safuan bangun dari kerusi kemudian melangkah ke arah sofa. Pada masa yang sama dua orang lelaki masuk ke dalam pejabat

"Assalamualaikum Dato'," ucap salah seorang pegawai polis berkemeja warna biru

"Waalaikummusalam. Silakan duduk," Pelawa Arif Safuan

"Maafkan kami kalau menganggu Dato'," Kata salah seorang pegawai polis itu setelah duduk di sofa

"Tak mengapa. Tapi apa tujuan Encik berdua datang berjumpa dengan saya?,"

"Berkenaan dengan kes kemalangan yang membabitkan isteri dan anak Dato',"

"Belum selesai lagi ke?,"

"Maafkan kami dato'. Sebenarnya kes kemalangan tu bukannya kes kemalangan biasa. ia satu kemalangan yang telah di rancang yang membabitkan banyak pihak,"

"Saya tak faham apa maksud Encik,"

"Begini Dato'. Sebelum kemalangan tu belaku. Ada seorang saksi telah membuat laporan mengenai sebuah kereta yang mencurigakan selalu melalui laluan di hadapan rumah dato' dan pada hari kemalangan itu belaku sepatutnya isteri dato' mengunakan Kereta untuk mengambil anak Dato' tapi satu kejadian pelik telah belaku. Dari hasil siasatan kami, kedua belah tayar di bahagian belakang kereta isteri Dato' telah di tembuk mengunakan senjata tajam,"

Raut wajah Arif Safuan mula berubah cemas "Saya tak tahu pula pasal tu,"

Dua orang pegawai polis itu saling berpandangan "Bukan ke dato' ada terima mesej dari isteri dato',"

"Sebentar," Arif Safuan bangun dari duduknya kemudian melangkah ke meja mengambil beg yang di letak di bawah meja itu

Selepas menarik keluar telefon pintar yang sengaja di tinggalkan di sabah tempoh hari, dia kembali semula ke sofa sambil menghidupkan telefon pintar itu

Ibu jarinya lincah mentatal skrin. Sehinggalah dia melihat sebuah foto yang di hantar Intan Nabila menujukkan tayar belakang kereta pancit

Jantung Arif Safuan tiba-tiba berdengup kencang entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena

"Dato' ada tak terima mesej-mesej pelik seperti mesej berbau ugutan ke, video atau gambar yang di kirim melalui nombor yang tak di kenali. sebab itu penting bagi memudahkan siasatan kami,"

Tanpa membuang masa Arif Safuan segera menghulurkan telefon pintarnya dan kala itu skrin telefon masih menyala

Salah seorang pegawai polis itu mengambil telefon yang di hulurkan Arif Safuan. Mereka berdua melihat beberapa foto menunjukkan seorang lelaki sedang memasuki ke dalam rumah

"Semua gambar nie Dato' palsu. Bukannya betul,"

"Palsu!?,"

Pegawai polis itu mengangguk "Kalau orang biasa tengok gambar macam nie memang mereka akan fikir gambar nie betul tapi bagi kami yang dah lali dengan gambar-gambar palsu macam nie sekali pandang pun kami dah tahu. Lagi pun sekarang nie Dato' buat apalah nak tangkap gambar kan lebih baik rakam je,"

"Ya Allah!, apa yang aku dah buat," Arif Safuan menekup wajahnya

semua gambr nie palsu

Share this novel

Zainabzety
2024-07-17 19:12:06 

klu hg terima arif tu blk mmng hg bodoh la intan


NovelPlus Premium

The best ads free experience