Bab 9

Romance Completed 43498

KHAMIS adalah hari terakhir Intan Nabila berkerja sebagai perkerja part time di hotel Ruby. Dari semalam lagi dia masih belum dapat menerima kenyataan jika lelaki yang sering dia temui itu adalah pemilik hotel Ruby

Pagi semalam Intan Nabila merasa lega apabila Mizi pengurus hotel menemuinya dan menyerahkan Dompet duitnya yang di sangka hilang lalu Mizi memberitahunya dompet itu tertinggal di dalam bilik pemilik Hotel

Intan Nabila tersengih-sengih setelah keluar dari Hotel melalui pintu belakang bangunan itu. Dia sempat berdiri tegak kemudian mendongak kepalanya melihat bangunan itu untuk kali terakhir

"Sampai hati dia tak offer kerja kat aku. Sekurang-kurangnya offer kerja kat kaunter pun okay jugak kalau gaji okay. kalau gaji ciput, baik aku bawak Grab je sampai mati,"

Intan Nabila menghembus nafas pelan. Mukanya moyok sambil melangkah lemah menuju ke arah motorsikalnya. Skrin telefon beberapa kali di tatap mengharapkan ada pesanan masuk dari Ikram.Dari semalam lagi dia menunggu. Intan Nabila tahu jika Ikram tidak akan sesekali mem-block nombornya. Dia ingin sekali menemui lelaki itu setelah melakukan rawatan pada mukanya

"Tolonglah ikram.. jumpa dengan aku. sekali pun cukup," Bisik hati intan Nabila sebelum menyarungkan helmet ke atas kepala setelah itu dia mengundurkan motosikalnya.

Telefon pintar yang di letak pada Phone holder tiba-tiba berdering. Intan Nabila cepat-cepat menaikan visor. Jari telujuknya menyentuh skrin Telefon. Bibirnya tersenyum lebar

"Boleh jumpa,"
Pesanan ringkas dari Ikram

Intan Nabila mengambil Telefon pintarnya lalu membalas pesanan itu

"Nak jumpa kat mana?,"

"Tempat biasa,"

"Alim Bistro?,"

"Ya,"

"Sekarang ke?,"

"Lagi 20 minit. Aku kat sekolah lagi. Kalau intan sampai dulu tunggu je situ,"

"Okay,"

Intan Nabila terlonjak-lonjak gembira walaupun ketika itu dia berada diatas motorsikalnya

"Sempat lagi kalau balik nie," Kata Intan Nabila berniat mahu menyiapkan dirinya dulu sebelum menemui Ikram

JAM 2.45 tengahari. Ikram memarkir motorsikal di hadapan sebuah restoran mamak. Selepas menanggalkan helmet, Retinanya sempat memandang sekilas motorsikal Intan Nabila di parkir tidak jauh darinya

Dalam masa itu. Intan Nabila sudah pun duduk di salah satu meja di dalam restoran itu. Ada kelainan pada raut wajahnya. Putih bersih. Alis yang di potong sempurna. Bibir merah seperti delima. Memang mirip seperti pelakon dan penyanyi korea selatan Yuna versi wanita melayu

Sedang asyik Intan Nabila melayan perasaannya. Dia tidak sedar Ikram sedang berjalan menuju ke arahnya

Alis ikram bertaut setelah memandang wajah Intan Nabila.

"Cantik pulak si intan nie," getus hati ikram

Hatinya mula berdebar-debar. Tidak menyangka akan melihat wajah seperti itu lagi. Kali terakhir ketika usia mereka 18 tahun. Selepas itu Intan Nabila tidak lagi menjaga penampilannya kerana lebih mementingkan mencari wang sebagai food delivery

"Assalamualaikum," Bibir ikram tersenyum manis. Intan Nabila sedikit terkejut sehingga terangkat bahunya

"Waalaikummusalam ikram," Balas Intan Nabila tersipu-sipu malu

Ikram menarik kerusi kemudian melabuhkan punggungnya "Sorrylah intan. Aku cakap tadi 20 minit tapi lebih 20 minit,"

"Eh tak apa ikram. Intan pun baru sampai,"

Ikram diam. Anak matanya menatap muka Intan Nabila agak lama. Intan Nabila yang perasaan tatapan itu tertunduk malu

"Intan buat rawatan muka ke?,"

"Ah..ah," Intan Nabila mengangguk "dari hari isnin. tiga kali sesi,"

"Tiba-tiba je buat rawatan muka. Kenapa?,"

Intan Nabila mengeluh pelan. Keningnya terangkat memandang ikram "Untuk siapa lagi. Kalau bukan untuk Ikram,"

"Yes!," Ucap hati ikram. satu senyuman di ukir di balik niat yang tersembunyi "Betul ke untuk aku? atau Intan dah ada orang lain,"

"Itu ikram. Bukannya Intan. Dari dulu intan hanya setia pada ikram. Mungkin sebab Intan dah tak cantik. Tapi Intan sedar bukan itu saja alasan ikram tidak menyukai intan lagi. Yelah Intan tak kaya, tak berpendidikan tinggi,"

Ikram tertelan air liur. Otaknya ligat cuba mencari sebuah alasan yang boleh menyakinkan gadis di hadapannya itu

"Sebenarnya intan, Aku masih menyukai kau," Ikram berpura-pura mengeluh "Tapi itulah Kadang-kadang aku malu tengok muka kau. Makin lama makin jauh dari rupa asal kau yang dulu. Hitam. kening tebal sampai bulu kat bawah hidung tu pun dah nampak macam misai lelaki,"

Tergamam Intan Nabila apabila mendengar pengakuan dari ikram. Memang sudah sifat lelaki itu agak kertelaluan jika berterus terang tanpa mempedulikan perasaannya

"Intan jangan salah faham. Mana-mana lelaki pun akan berfikir macam aku,"

"Jika ikram berjagut, berjambang selekeh, tak berkerja. Intan tetap setia pada ikram,"

"Fck!," getus hati ikram "Aduh wrong reason," Dahi ikram berkerut

"Sebenarnya intan. Aku tak suka pun dengan perempuan tu tapi perempuan tu terhegeh-hegeh dengan aku. Aku memang tak nak sebab dari dulu lagi aku cuma ada satu impian,"

"Impian apa?,"

"Aku ingin mengecapi kebahagian dengan perempuan yang dah lama bersama dengan aku. Ketika susah senang perempuan tu selalu bantu aku. Aku nak sangat bawa perempuan tu berjalan-jalan, bercuti dengan aku tapi aku baru je kerja nak beli kereta pun tak mampu," cepat sahaja Ikram mengubah topik perbualan

"Walaupun ikram cakap tak nak. Tapi cara ikram layan perempuan tu macam bersungguh-sungguh nak,"

"Mula-mula je. Bila aku tahu perempuan tu mata duitan. memang tak lah aku nak layan,"

"Betul ke?,"

"Betul intan. Aku dengan perempuan bukan lama pun. lepas tu dia suruh aku beli kereta. Mana aku ada duit nak beli kereta. bila aku nak pinjam duit, dia tak nak bagi. Bila aku susah dia tak nak tolong. Bila senang baru nak terhegeh-hegeh. buat apa aku layan perempuan macam tu. Baik kalau aku ada kereta aku bawak kehulur kehilir perempuan yang banyak tolong aku,"

Bibir intan Nabila tersenyum-senyum "Habis tu sekarang nie ikram masih lagi dengan perempuan tu?,"

"Intan tak dengar ke apa aku cakap tadi,"

"Dengar. Cuma intan nak kepastian itu je,"

"Aku dah takde apa-apa lagi hubungan dengan perempuan tu,"

Kali ini Intan Nabila tersengih-sengih pula "Habis tu hubungan kita pula?,"

Ikram mengeluh berat. Berpura-pura memikirkan sesuatu yang berat. Tangannya mengurut-ngurut dahi

"Kenapa nie Ikram?," Intan Nabila terpinga-pinga hairan

"Macam aku cakap tadi, aku ada impian tapi masalahnya aku baru je kerja nak gapai impian aku tu bukannya boleh ambil masa singkat. Tambah lagi aku memang bengang bila perempuan tu merendahkan aku. Kalau boleh aku nak tunjuk, aku mampu beli kereta tapi bukan dia yang layak naik kereta tu tapi ada perempuan yang lebih cantik dan lebih layak dari dia,"

"Siapa?," terkebil-kebil mata Intan Nabila memandang ikram

"Intanlahhh sapa lagi,"

"Betul ke?,"

"Kalau ikutkan memang si intan nie lebih cantik dari Linda," bisik hati ikram lagi sebelum memberi jawapan

"Betul intan. terpulanglah kalau Intan nak pecaya atau tak,"

"Intan selalu pecaya dengan ikram,"

"Aku teringin nak bawak kau berjalan intan. Kita naik kereta berdua. Pergi genting highland, pergi langkawi, Cameron Highland tak akan nak naik motor, tak akan naik bas kan. 10 tahun kita bercinta kehulur kehilir naik motor. sekarang aku dah ada kerja tetap dah ada gaji. Tapi itulah..,"

"Ikram betul-betul nak beli kereta ke?,"

Ikram berpura-pura muram saat menganggukkan kepalanya "Tapi sekarang ikram takde duit. kena tunggu 3 atau 4 bulan baru mampu,"

Intan Nabila tertunduk dengan tatapan kosong pada permukaan meja

"Macam mana nie. Dalam simpanan aku ada 70 ribu. Tapi duit tu untuk rawatan abah. Aku tak boleh guna," Bisik hati Intan Nabila keresahan sehingga dahinya berkerut "Nanti dulu. Mak ada cakap nak buat pinjaman,"

"Ikram nak beli kereta apa?,"

Ikram tersenyum dalam hatinya namun masih terlalu awal untuk dia merasa gembira

"Apa kata kita sama-sama pergi tengok. Sebab nanti kita berdua juga akan selalu naik kereta tu,"

Intan Nabila terangguk-angguk. Raut wajahnya begitu teruja

KUALA LUMPUR. "Arif! please stop speaking English with me okay, i know how to speak malay,"

Arif Safuan mengankat tangan "Ya aku minta maaf Xuan,"

Lelaki cina berwajah kacak itu tersenyum sehingga matanya yang sapet menjadi semakin kecil

"I tak tahu why kita still main snooker nie. Kita sama-sama dah berjaya. mengapa kita tak main golf?," Kata Xuan dengan bahasa melayu Kedengaran pelat

"Itu untuk orang kaya,"

"Hey.. You dah kaya and you dah layak Arif,"

Arif Safuan tidak terus membalas retinanya memerhati Xuan sedang merebahkan badan atas meja billiard bersedia memukul bola putih

"Sebab i pernah kena pukul dengan kayu golf. that's why i benci dengan golf,"

Xuan yang mendengar jawapan Arif Safuan terus saja menegakan badannya semula "Hey.. I don't know about that. I'm sorry okay,"

"Ah it's okay Xuan. Semua tu cerita lama,"

"Dulu. I have always wondered pasal you Arif,"

"Me, why?,"

"Yaa.. I'm still remember you know waktu kita study sama-sama. I noticed that at that time there were many women who liked you because you handsome but i tak faham kenapa Suhaila still mahu divorce with you,"

Arif Safuan tersenyum dengan pertanyaan kawan baiknya itu "Sebab dia tak pernah mencintai I Xuan,"

"So.. why you married?,"

"7 million that's my reason. Aku kahwin dengan dia. Kalau tak aku tiada model nak berjaya sampai sekarang,"

Xuan mengerut seluruh wajahnya "Omg.. I'm not understand,"

"Abaikan saja. Semua tu dah belalu. i malas nak fikir. Now i have a new life with my daughter,"

"You ada minat tak dengan mana-mana perempuan. Yaa now you single right, carilah,"

Arif Safuan termangu. Tiba-tiba wajah seorang wanita bermain-main dalam fikirannya sejak kejadian-kejadian yang berlaku antara mereka ketika dia berada di Melaka "Intan,"

"Who?,"

"No.. no. Never mind," Arif Safuan tersenyum malu

MELAKA. Jalan munshi. Setelah puas melihat kereta Honda CR-V bersama-sama dengan Ikram. Intan Nabila membuat keputusan untuk mambantu membayar wang pendahuluan sebanyak 30 ribu ringgit apabila ikram berjanji akan membayarnya semula akan tetapi lain pula kemahuan Intan Nabila. Dia mahu lelaki itu mengahwininya setelah ikram mempunyai wang.

"So bila tauke i boleh dapat kereta nie?,"

"Jangan lisau loo.. ini hari tarak sempat. Esok i baru kasi submit sana bank.. maybe hali selasa atau rabu baru boleh tahu,"

"Cepat,"

"Tentu loo.. lu cikgu maaa.. kerja mayak bagus. itu olang bank nampak lu puya kerja telus kasi lulus loo,"

Intan Nabila ketawa kecil merasa lucu bila mendengar cara pemilik kedai itu bercakap

"Luu tengok.. Lu puya amoi mayak cantik Ooo.. macam kolea puya girl. jaga baik-baik looo nanti uncle rampas. Uncle manyak kaya Ooo,"

"I okay je Tauke?," Intan Nabila sengaja mengusik

"Aiyaaa wa gurau saja looo. Wa sulah tua. belakang selalu sakit. Nanti kalu lu kawin sama wa.. tiap-tiap ali you harap wa mati,'

Intan Nabila ketawa terkekeh-kekeh walaupun saat itu tanpa dia sedar diam-diam ikram membuat raut wajah menjengkelkan kerana wujud perasaan cemburu

Setelah mengisi beberapa borang dan mendengar beberapa maklumat penting dari pemilik kedai kereta. Intan Nabila dengan hati yang senang berjalan sambil berpegang tangan dengan ikram keluar dari kedai tersebut

"Apa kata kita pergi makan dulu ikram. tadi intan tak sempat makan,"

Ikram melepaskan tangannya dari genggaman tangan intan Nabila. Kepalanya tergerak-gerak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu

"Intan. Hari esok sampai jumaat depan aku ada kursus kat putrajaya. Jumaat baru aku balik," Ikram memalingkan badan "Maaf. Aku bukan sengaja tak nak bagitahu intan tadi,"

"Tak mengapa Ikram. Tapi untuk kali nie je tolonglah jangan putus lagi dengan Intan,"

Ikram mengankat tangan kemudian menaikan tiga jari di tengah "Aku berjanji dengan kau Intan. Mulai hari nie kau saja perempuan dalam hati aku tiada perempuan lain,"

"Betul Ikram?,"

Ikram mengangguk. Bibirnya di gigit saat memandang Intan Nabila
"10 tahun kita bercinta intan, sekarang nie kita dah ada kereta. Mungkin pada masa akan datang mana tahu kita akan berkahwin,"

Kata-kata ikram itu membuatkan muka Intan Nabila kemerahan kerana terlalu malu

"Apa kata kita pergi ke satu tempat hanya kita berdua saja,"

Terangkat wajah Intan Nabila apabila mendengar permintaan Ikram
"Ki.. ki.. ta berdua,"

Ikram mengangguk "Kita berdua je intan. Tiada siapa yang boleh nampak. Intan tahu kan maksud aku,"

"Ta.. ta.. hu. Ta.. tapi ikram,"

Ikram meletakan kedua tangannya di bahu Intan Nabila lalu merapatkan sedikit wajahnya
"10 tahun Intan. Mungkin lepas semua tu benang yang dah tersimpul tak akan terlerai lagi,"

Denyut jantung Intan Nabila berdengup pantas. Inilah satu-satunya permintaan paling dia takuti dari ikram namun pada masa yang sama dia tidak sanggup lagi kehilangan lelaki itu

Dengan berat hati Intan Nabila mengangguk. Untuk kali ini dia sudah nekad bersedia melepaskan kesuciannya untuk lelaki itu

"Kita nak kemana Ikram?,"

Ikram tersenyum. Pipi intan Nabila di elus lembut "Tentulah hotel ke mana lagi,"

(Kepada pembaca citer nie. saya akan stop dulu update sehingga hari raya. sebab nak fokus pada citer Suzanna. supaya saya boleh update sampai tamat sebelum raya)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience