Bab 10

Romance Completed 43498

Intan Nabila membonceng motorsikalnya mengekori belakang motorsikal Ikram. Awal lagi dia sudah perasan ikram membawanya ke tempat yang agak jauh dari bandar melaka. Detak jantungnya sejak tadi berdegup laju. Hatinya tertanya-tanya jika keputusan yang di buat adalah keputusan yang tepat

Dia telalu mencintai Ikram bahkan dalam tempoh 10 tahun dia begitu setia dengan lelaki itu walaupun pernah putus beberapa kali namun kali ini intan Nabila begitu yakin jika dia menyerahkan kesuciannya pada ikram, dia akan menjadi milik lelaki itu sepenuhnya

IKRAM memberi isyarat tangan supaya intan Nabila memarkirkan motorsikal di hadapan sebuah kedai menjahit pakaian.

"Kita parking kat sini. Intan pergi tunggu kat depan pintu hotel tu. Aku nak pergi kedai 7-Eleven kejap,"

Intan Nabila sekadar mengangguk. Selepas mengunci motorsikalnya, dia cepat-cepat mengayun langkah menyeberang jalan. Anak matanya sempat melihat di atas bangunan di hadapannya terdapat signboard tertera Hotel Chin sebuah hotel bajet dua tingkat agak jauh dari bandar melaka

"Tak akan ikram nak beli benda tu," bisik hati Intan Nabila dengan cemas sambil menunggu di hadapan pintu hotel walaupun ini adalah petama kali baginya tapi dia tahu niat sebenar ikram pergi ke 7-Eleven

Benar tekaan Intan Nabila. Tanpa berselindung Ikram diam-diam menunjukkan sebuah kotak berwarna biru sebelum memasukan ke dalam poket seluar

"Jom Intan, Hotel nie murah je 50 ringgit satu malam,"

"Mana ikram tahu hotel nie murah. Ikram pernah tidur ke kat sini?,"

Diam-diam ikram menelan air liur bila mulutnya terlepas cakap bukan sekali dua dia pernah tidur di hotel itu tapi sudah acap kali dia membawa perempuan ke hotel itu termasuk Linda

"Sepupu aku pernah sewa bilik kat hotel nie sebab tu aku tahu,"

"Sepupu yang mana?,"

"Eh kau nie Intan! banyak pulak kau tanya. Kau nak masuk ke tak nak nie?,"

"Intan tanya je. Ikram janganlah marah,"

"Masalahnya mulut kau tu intan banyak sangat soalan. kalau kau susah sangat nak pecayakan aku. lebih baik kita balik je,"

Intan Nabila cepat-cepat merangkul lengan ikram apabila melihat raut wajah lelaki itu kemerahan kerana marah "Yalah2 intan minta maaf. Intan tak akan tanya dah,"

Ikram mengetap gigi memandang Intan Nabila dengan geram lalu tangannya menolak pintu hotel

"Ada bilik kosong Auntie?,"

Seorang wanita cina agak berusia sedang duduk di balik kaunter mengankat kening memandang ikram. Bibirnya tersenyum bila memandang Intan Nabila

"Ada,"

"Bagi satu bilik,"

"Kasi tulis lu punya nama. Lu punya nombor phone sini buku," Arah wanita cina itu. Sebatang pen di letakan di atas buku

Pantas sahaja Ikram menulis namanya dan ketika itu Intan Nabila perasan jika nombor telefon yang di tulis ikram tidak sama dengan nombor telefon kepuyaan lelaki itu

"Ini kunci. Kasi 50 ringgit,"

Ikram dengan wajah bersahaja menoleh memandang Intan Nabila "Bayar Intan. Aku mana dapat gaji lagi,"

Intan Nabila terpinga-pinga memandang ikram namun tangannya cepat mengeluarkan dompet kecil dari poket baju kurungnya

Setelah membayar duit hotel. Ikram terus membawa Intan Nabila naik ke tingkat dua

"Bilik nombor 10.. bilik nombor 10. emm.. ini dia," ikram berhenti di hadapan pintu bilik paling hujung. Kunci di masukan ke dalam lubang tombol "Intan mandi dulu tau,"

"Dalam nie ada bilik air ke?,"

"Ada. tapi bilik air je. Nak buang air besar kat tandas hujung sana,"

Intan Nabila memandang hujung sebelah kanan terdapat meja tersusun seperti ruang dapur

"Masuklah cepat, ikram dah tak sabar dah nie," ikram begitu berterus terang. menyenget bibirnya membuatkan bulu roma Intan Nabila meremang sejuk

Pintu bilik di tutup. Alis ikram bertaut memandang Intan Nabila
"Tanggal lah helmet tu,"

"Eh lupa,"
Intan Nabila cepat-cepat menanggalkan helmetnya. Ruang bilik di perhatikan dengan degup jantung yang berdebar. Bilik terlihat kecil tapi kemas. Katil pula bersaiz double

"Nah tuala. Pergi mandi. Eh nanti kejap," Ikram mengigit bibir. Anak matanya merenung tajam tubuh Intan Nabila "Nak mandi sekali,"

Intan Nabila tergeleng-geleng "jangan2 biar intan mandi dulu,"

"Ruginya," Ikram tersenyum nakal

Intan Nabila menarik nafas panjang. Helmetnya di taruh di atas katil kemudian masuk ke dalam bilik air. Selepas pintu di tutup. Tuala di sangkut di atas daun pintu.

"Betul ke apa yang aku buat nie?," Intan Nabila meraup mukanya beberapa kali. Hatinya mula bebelah bahagi ingin di teruskan atau tidak

Dalam masa itu kedengaran bunyi deringan telefon pintar milik Ikram. Intan Nabila cuba mencuri dengar dengan menempel telinganya pada daun pintu

"Sekarang ke?,"

"Petang sikitlah. I ada hal nie,"

"Okay2! you tunggu sana,"
Kedengaran ikram berdegus

"Intan!. Sorrylah aku ada hal, next time jelah. aku bla dulu,"

Kedengaran pintu bilik di buka kemudian di tutup. Intan Nabila terus melepaskan nafas leganya sehingga tersandar belakangnya di dinding bilik air

"Huhh... nasib.. nasib baik," dadanya di gosok-gosok

SEMENJAK hari itu Ikram jarang membalas setiap pesanan yang di kirim Intan Nabila. Hari jumaat, sabtu dan ahad berlalu pergi begitu sahaja. Sampai Intan Nabila boleh mengira berapa kerap pesanannya di balas ikram bahkan tiada satu pun pesanan yang di hantar lelaki itu untuknya.

Pagi isnin intan Nabila duduk terlebih dahulu di ruang tamu sambil memicit-micit dahinya kerana merasa pening di sebabkan kekurangan tidur

"Kenapa intan?," tegur Adlan Hanif apabila melihat anak gadisnya sedang duduk memicit dahi

"Oh Abah. Kepala intan nie pening sikit,"

"Makanlah penadol,"

"Dah. Sebab tu Intan duduk sekejap bagi reda sikit pening nie,"

Adlan Hanif menghela nafas pelan lalu duduk di sebelah anak gadisnya
"Rehat jelah hari nie intan, tak payah paksa sangat badan tu. Dia pun nak berehat jugak,"

"Semalamkan Intan dah rehat,"

"Abah balik dari solat isya sampai abah pergi solat subuh. Abah perasan kalau bilik intan berlampu. sebab tu pagi tadi abah tak kejutkan intan,"

Intan Nabila tersengih-sengih memandang ayahnya "Intan lupa tutup lampu," Intan Nabila berbohong padahal sejak mahgrid dia tak habis-habis memikirkan ikram sehinggalah ke subuh

"Abah sebenarnya ada hal nak cakap dengan intan,"

"Hal apa Bah?,"

"Intan kenal Arif Safuan?,"

"Arif Safuan?," Alis intan Nabila bertaut

"Owner Hotel Ruby,"

"Aaa.. kenal. Eh abah kenal ke dengan lelaki tu?,"

"Tentulah abah kenal, Intan dah lupa ke abah pernah ada perkerja yang jaga gerai abah kat KL,"

"Yang abah selalu cakap budak bertuah tu?,"

Adlan Hanif mengangguk dengan bibir tersenyum "Sekarang nie dia dah berjaya intan, kaya raya tapi dia tak pernah lupakan abah. Minggu lepas dia ada bawa Arianna makan malam kat sini,"

"Bila tu abah?,"

"Selesa minggu lepas,"

"Ohhhhh Ya. patutlah," Intan Nabila menepuk pehanya "Malam tu lepas dia balik dari rumah kita Arianna terbuang air kecil dalam kereta. Intanlah yang tolong bawakan Arianna naik ke bilik,"

"Betul ke?,"

Intan Nabila mengangguk "Arianna tu comel sangat Bah, geram betul intan,"

"Ayahnya pula macam mana, Intan tak geram ke?,"

"Apa nie Bah, ke situlah pulak,"

"Abah saja je tanya,"

"Alah. Arif tu memang handsome. segak. Tapi bukan untuk intan,"

"Kenapa pulak, tak cuba lagi. intan mana boleh tahu,"

"Abah?," Dahi Intan Nabila berkerut memandang ayahnya seolah-olah ada sesuatu niat yang tersembunyi di balik perbualan ini "Intan dengan ikram dah bersama semula abah. tapi kali nie ikram dah berjanji tak akan putus lagi dengan Intan mungkin pada masa akan datang ikram akan masuk meminang anak abah nie,"

Adlan Hanif sedikit terkejut "Intan yakin ke?,"

Intan Nabila mengangguk dengan bersungguh-sungguh dengan raut wajah penuh yakin

"Terpulang pada Intan. Intan sendiri dah buat keputusan. Abah tak akan halang. Abah cuma mampu berdoa semoga intan dengan ikram betul-betul berumah tangga nanti,"

"Terima kasih abah, Eh kepala Intan dah tak pening," Intan Nabila tersengih-sengih seperti kerang busuk namun setiap pergerakan jari jemarinya terlihat jelas sedang terketar-ketar

Entah kenapa Adlan Hanif merasa tidak sedap hati apabila melihat setiap raut wajah yang di buat intan Nabila seolah-olah ada sesuatu yang sedang di cemaskan anak gadisnya itu

CLUB FEDORA PJ sebuah club mewah yang menyediakan pelanggan sebuah bilik privasi bagi merehatkan minda, berseronok, meeting sambil menikmati minuman keras

"Sila ikut saya Encik Jeffrey,"

seorang lelaki berkot blazer berwarna biru berjalan sambil di iringi seorang pelayan menuju ke sebuah bilik

"Ini biliknya Encik. Encik fairuz ada di dalam,"

"Dia sorang je ke?,"

pelayan itu mengangguk

"Okay thank you," Ucap lelaki itu kemudian membuka pintu bilik tersebut

"Omg Fairuz. What wrong with you. Siang-siang macam nie you boleh minum," Tegur lelaki itu

"Suka hati akulah kalau aku nak minum yang kau sibuk kenapa bukan aku suruh kau bayar pun,"

"Hey.. relex lah tegur sikit pun dah tak boleh," Lelaki berkot blazer terus melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan lelaki bernama Fairuz anak sulung kepada Datuk Rasyid ishak abang tiri kepada Arif Safuan
"Kau tengah celebrate something ke atau kau ada masalah?,"

"Aku tengah celebrate,"

"Wow! Daddy kau dapat kontrak baru ke?,"

Fairuz yang dalam keadaan separuh mabuk mengeleng kepalanya "No,"

"So.. bagitahulah aku,"

Fairuz tersengih-sengih "Aku tengah celebrate sebab aku dengar salah satu hotel si sampah tu dah nak bankrupt,"

"Hotel yang mana?,"

"Manalah aku tahu, yang aku tahu salah satu hotel si sampah tu,"

Jeffrey anak kepada Datuk seri Ramlan yakub terpinga-pinga mendengar kata-kata dari Fairuz
"Tapi apa yang aku dengar. Takde satu pun hotel si Arif tu bankrupt,"

"Kau tu tahu apa. tak payah nak sibuk,"

Jeffrey tersenyum senget "Hello.. kau dah lupa ke Daddy aku tu pun pemilik Hotel,"

Gelas kaca yang masih bebaki minuman haram itu di taruh di atas meja. Fairuz menyandarkan belakangnya. Wajah Jeffrey di renung tajam

"Kau sebenarnya buat apa kat sini jeff?,"

Jeffrey mengeluh pelan sambil menyilang kakinya "Actually aku datang sini nak minta bantuan kau. Tapi itulah macam sia-sia je. Aku fikir kau dah bebaik dengan adik tiri kau tu,"

"Kenapa pulak aku nak berbaik dengan sampah tu?,"

"Manalah aku tahu. Mungkin sebab Arif tu dah kaya,"

"Woi Jeff.. pergi mampus kalau si sampah tu dah kaya. Apa kena mengena dengan aku. Daddy aku lebih kaya dari sampah tu tau tak,"

"Itu Daddy kau, bukannya kau,"

"Eh kau nie dah kenapa Jeff. Kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku ke,"

"Hey bawa bertenang Fairuz. sikit-sikit nak marah,"

"Kau yang mulakan dulu,"

"Okay2 I'm sorry," Jeffrey mengaru-garu rambutnya "Kepala aku tengah serabut nie. Daddy aku tak habis-habis desak aku suruh aku pergi jumpa dengan Arif,"

"Untuk apa?,"

"Kau kenal Xuan Lee?,"

Fairuz mengeleng kepalanya

"Anak kepada taikun Macau sekarang nie ada kat Malaysia,"

"Apa kena mengena sampah dengan orang cina tu?,"

"Kau nie lansung tak ambik tahu ke pasal adik tiri kau tu?,"

"For what?,"

"Kau nie fairuz. orang cina tu bisnes partner adik tiri kau tau tak. Kau jangan ingat Arif tu ada hotel kat Malaysia je. kat Macau ada satu, kat Beijing ada satu. Belum termasuk hotel kat Australia lain pulak bisnes partner dia. Ikutkan Arif tu kaya gila,"

"Mengarut jelah kau nie. Kau ingat aku nak pecaya,"

"Sudah lah kalau kau tak nak pecaya," Jeffrey bangun dari duduknya "Aku menyesal tahu tak fairuz sebab ikut kau dulu pergi buli si Arif tu, kalau aku tak ikut mesti senang kerja aku sekarang nie,"

"Ooo sekarang kau nak salah kan aku pulak,"

Jeffrey mengeleng-geleng kepalanya "Okaylah aku bla dulu,"

mengigil-gigil tangan Fairuz memegang gelas kaca itu semula. Hatinya panas membara di tambah lagi dengan air haram yang telah masuk melalui mulutnya itu bergaul pula dengan amarahnya sedang bergelojak di dalam badan

"Sial!," gelas kaca itu di baling ke dinding sehingga berderai. Fairuz mencengkam rambut. Setiap kali memikirkan adik tirinya dia akan merasa begitu marah bercampur baur dengan perasaan cemburu

DI bawah pohon dengan rimbunan dedaun yang lebat intan Nabila sedang duduk di bawah pohon itu merenung kosong sungai melaka. Dia lansung tiada mood untuk melakukan perkerjaannya seperti biasa.

Gadis itu tidak henti-henti melepaskan keluhan setiap kali melihat skrin telefon pintarnya. Berkali-kali dia mengirimkan pesanan kepada Ikram sehingga sekarang tiada satu pun pesanannya di balas

"Tak akan tak rehat lansung. Aduhh kenapa nie ikram. Kan ikram dah janji," Keluh Intan Nabila. Mukanya di gosok-gosok dengan kasar

Jam di skrin telefonnya menunjukkan pukul 2.45 tengahari. Di atas kiri skrin terdapat simbol whatAspp dan panggilan, Tetapi satu pun bukan dari ikram. Dia malas memeriksanya. Dua panggilan dari ibunya juga dia abaikan

Intan Nabila tersandar pada pohon itu. Fikirannya mula memikirkan yang bukan-bukan. Apakah ikram sengaja menipunya untuk mendapatkan wang darinya. Apakah Ikram marah kerana tidak dapat melepaskan hajat untuk menikmati tubuhnya semua pertanyaan itu sedang berlegar-legar dalam fikirannya sekarang

Telefon pintar yang sedang di genggam bergetar lagi. Intan Nabila mengeluh berat bila melihat nama ibunya tertera pada skrin.

Intan Nabila menarik nafas cuba mengawal diri "Hello mak,"

"Intan! kenapa tak jawab call mak?,"

"Intankan tengah kerja, Macam mana nak jawab kalau tengah bawa motor,"

"Mak dalam perjalanan ke IJN sekarang nie. Abah intan kena serangan jantung pagi tadi kat restoran Mamak,"

"Hah!!," Intan Nabila cepat-cepat bangun wajahnya berubah cemas "Tadi pagi abah sihat je,"

"Entah mak pun tak tahu. Kalau intan nak datang sini naik je Grab jangan bawa motor tau, bahaya,"

"Ya mak. Intan balik dulu hantar motor,"

Selepas bercakap dengan ibunya, Intan Nabila cepat-cepat memakai helmet. Padel minyak terus di pulas. Motorsikal yang di bonceng meluncur laju di atas jalan.

Dari jauh Intan Nabila dapat melihat lampu isyarat sudah pun bertukar merah. Ketika itu hanya ada sebuah kereta Perodua myvi berwarna kuning berhenti di lampu isyarat

Motorsikal di bonceng Intan Nabila berhenti di sebelah kiri kereta itu. Di balik visor yang tertutup. Anak matanya menjeling ke arah tingkap kereta. Seorang lelaki sedang mencium-cium tangan seseorang perempuan membuatkan Intan Nabila merasa meluat

Namun apabila intan Nabila menoleh sekilas. Lelaki di dalam kereta itu turut menoleh memandangnya. Alangkah terkejutnya Intan Nabila ketika melihat lelaki di dalam kereta itu adalah buah hatinya sendiri

"Ikram!," Intan Nabila terus menepuk cermin kereta itu sambil tangan kirinya menolak visor naik ke atas "Ikram!!,"

Di balik cermin kereta itu pula Ikram kelihatan begitu terkejut apabila melihat Intan Nabila. Linda yang berada di tempat duduk pemandu lantas menjenguk.

"Jalan cepat dah hijau tu," Arah Ikram pada Linda dengan cemas

"Siapa tu? berani betul di hempuk cermin kereta i,"

"Alah jangan layan. Orang tu gila. Cepatlah jalan,"

Intan Nabila terus menerus menepuk-nepuk cermin kereta akan tetapi kereta itu terus bergerak semakin lama semakin melaju. Intan Nabila memulas padel minyak cuba mengejar kereta di hadapannya. Mujurlah saat itu tidak banyak kenderaan mengunakan laluan itu

Dengan nekad intan Nabila masuk ke celah bahagian kiri walaupun ruang agak sempit. Dengan kelajuan agak tinggi apabila motorsikal di bonceng intan Nabila menghampiri cermin di sebelah kiri. Kereta di pandu Linda secara tiba-tiba menghimpit motorsikal Intan Nabila sehingga motorsikal itu hilang kawalan

Motorsikal Intan Nabila terbabas menyebabkan intan Nabila terpelanting ke sisi kiri jalan itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience