BERSUJUP MERAIH CINTA Bab 4

Romance Completed 43498

IDHAM yang sedang memandu merasa serba salah ketika melihat keadaan intan Nabila masih lagi menangis sambil menggendong Airil duduk di kerusi penumpang sejak mereka keluar dari studio untuk pergi makan tengahari

Kedatangan Arif Safuan memang tidak di jangka.. perbualan antara mereka berempat pada mulanya tampak tenang.. Arif Safuan pula seperti tidak kisah dengan kehadirannya di situ

Namun ketenangan itu tidak bertahan lama, berubah serta merta setelah sebuah pertanyaan tiba-tiba sahaja di ajukan padanya

"Saya minta maaf ya intan.. saya bukannya pengecut sampai tak boleh mempertahankan awak.. tapi?,"

"Tak. tak.. itu bukan salah awak," Intan Nabila menyaka air matanya "Saya yang salah cepat sangat terasa,"

"Tentulah awak akan terasa kalau dia tanya macam tu.. Jujur saya cakap pada awak intan.. kalau kita kahwin nanti, saya akan anggap Airil anak saya sendiri. Saya akan jaga dia baik-baik,"

"Ya.. saya tahu. Saya pecayakan awak,"

Idham menghela nafas panjang "Intan.. apa kata kita kawin.. lagi pun kita dah saling kenal selama setahun.. bercinta lama-lama pun tak elok,"

"Awak serius ke idham?," Intan Nabila sedikit terkejut

"Ya saya serius intan.. saya cintakan awak.. kalau boleh saya tak nak kehilangan awak,"

"Kehilangan saya?,"

"Ya.. manalah tahu tiba-tiba awak bersama semula dengan bekas suami awak,"

"Mengarut je awak nie.. Dia tak pernah cintakan saya.. bahkan dia bencikan saya,"

Idham terangguk-angguk mengerti "Saya hairan.. macam mana awak boleh kawin dengan dia kalau dia tak cintakan awak?,"

"Awak nie idham.. kan semua tu saya dah ceritakan pada awak, tak akan saya nak cerita lagi,"

Idham mengangguk lagi

"Kita nak makan kat sana ke.. atau nak bungkus?,"

"Kita makan je kat sana.. nanti saya bungkuskan untuk Kak yus dengan Ari,"

"Oh ya intan, awak perasan tak kalau Ari macam tak suka dengan saya,"

"Entahlah Idham..," Intan Nabila melontarkan pandangannya di luar jendela.. Hatinya terkilan bila teringatkan Arianna enggan mengikutnya keluar untuk makan tengahari miskipun dia sudah mengajak beberapa kali

"Saya betul-betul sayangkan Ari.. saya takut andai satu hari nanti hubungan saya dengan Ari semakin menjauh,"

"Bagaimana kalau semua tu di sebabkan saya?,"

"Jangan cakap macam tu idham..," Intan Nabila menoleh memandang buah hatinya itu "Kalau ya pekara tu betul-betul belaku saya terpaksa terima semua tu.. Apa lagi yang saya boleh buat.. saya letih sangat,"

"Ya saya faham.. tapi bila kita kawin nanti.. kita fokus saja dengan rumah tangga kita.. kita besarkan Airil sama-sama,"

"Apa kata malam esok.. awak makan malam rumah keluarga saya. Saya memang dah lama nak kenalkan awak dengan orang tua saya,"

Bibir idham tersenyum lebar.. "Betul ke intan?,"

"Betulla tak akan saya nak tipu..,"

"Okay.. Hiss tak sabar pula saya..,"

SETELAH selesai makan tengahari di sebuah restoran terletak di pinggiran sungai melaka. mereka bertiga pulang semula ke studio

Idham membantu membawa stroller Airil masuk terlebih dahulu ke dalam studio kemudian menahan pintu untuk memudahkan Intan Nabila masuk sambil menggendong Airil

Kala itu hanya kelihatan Yusniza sahaja yang berada di dalam studio sedang menyiapkan lukisan

Sebaik sahaja kaki intan Nabila melangkah masuk. Matanya terus merliar mencari Arianna

"Ari mana kak yus?," Tanya intan Nabila sambil melangkah menghampiri Yusniza

"Dia ikut Arif balik,"

Raut Intan Nabila terus berubah, belum pun sempat dia menghampiri Yusniza, langkahnya di alih menuju ke bilik

Idham hanya diam memerhati.. Yusniza pula bangun dari kerusi lalu mengemas peralatan melukisnya..

"Nah kak yus..," Idham menghulurkan nasi bungkus yang di beli di restoran. Yusniza mengambilnya "Ada satu lagi untuk Ari. Tapi tak sangka pula dia dah balik," Katanya lagi

Yusniza mengambil bungkusan nasi milik Ari kemudian membawanya ke arah meja bulat. Matanya sempat mengerling memandang Intan Nabila di dalam bilik

Selepas membaringkan Airil yang sedang terlena. Intan Nabila keluar dari bilik. Idham berdiri di tepi pintu menunggu

"Kenapa awak berdiri kat sini.. duduk jelah dengan kak yus,"

"Saya risaukan awak,"

Intan Nabila berpura-pura tersenyum miskipun kala itu hatinya sungguh terkilan kerana Arianna pulang tanpa pengetahuannya

"Awak janganlah risau, saya okay je. Marilah kita teman Kak yus makan,"

Intan Nabila membawa Idham masuk ke dalam pantry.. Yusniza sudah pun duduk hanya tinggal untuk menikmati nasi bungkusnya

"Kak yus nak minum apa?,"

Yusniza tersenyum "Nescafé,"

"Abang nak minum apa?,"

Memekar terus bibir Idham bila mendengar Intan Nabila memanggilnya abang..

"Sama je macam kak yus," Jawab Idham tersenyum-senyum. Yusniza sekadar mengeleng bila melihat gelagat doktor muda itu

"Intan.. Petang esok kak yus kena pergi KL,"

"Buat apa?,"

"Sebenarnya tadi, Arif datang nak jumpa dengan kakak tapi dia tak sangka pula kalau intan dengan idham ada kat sini. Dia nak beritahu kakak galeri dalam hotel Ruby kat KL dah siap.. Dia suruh kakak tengok dulu,"

"Kenapa dia tak telefon je?," Tanya Intan Nabila sambil membawa dua gelas cawan yang sudah di bancuh kemudian di taruh di atas meja

"Katanya dia nak tengok studio nie.. oh ya dia ada pesan pada kakak tadi, dia minta maaf pada idham.. dia harap idham jangan ambil hati dengan pertanyaan dia tu.. dia cuma ambil berat pasal Airil,"

"Saya tak kisah pun kak yus," jawab idham ringkas

"Berapa lama kak yus kat sana?,"

"Mungkin sampai hari selesa, sebab hari sabtu katanya dia nak buat majlis pembukaan,"

"Kak yus kena hati-hati, jangan sampai jatuh cinta dengan datuk tu," ujar Idham segaja berseloroh

Berderau darah Intan Nabila mendengar kata-kata idham namun raut wajahnya tampak tenang. Yusniza hanya diam menikmati nasi bungkusnya

"Alaa intan tak kisah pun kalau kak yus jatuh cinta dengan Arif tu," Kata Intan Nabila dengan senyuman kepura-puraan

"Kan... Bila saya tengok Kak yus berdiri dengan Arif tadi macam pinang di belah dua. Sama-sama cantik sama-sama kacak," Idham sengaja menambah

Intan Nabila menggengam tangannya menahan perasaan cemburu tiba-tiba membuak-buak dalam hatinya

"Intan betul-betul tak kisah ke?," Tanya Yusniza.. berniat mahu menguji perasaan intan Nabila

Intan Nabila ketawa kecil "Kenapa pula intan nak kisah.. intan dah ada Idham. kalau betul kak yus memang ada hati dengan si Arif tu hati-hati jangan esok lusa tiba-tiba dia cakap dia tak pernah sukakan kak yus," Nada suara Intan Nabila sedikit menekan

"Insya-Allah intan.. Kak yus akan cuba elak dari ada perasaan dengan lelaki jenis macam tu.. intan jangan bimbang ya,"

Intan Nabila mengeluh kesal sambil mengankat kedua tangan kemudian di letak di atas meja.. Serentak itu juga Idham pantas mencapai tangan kanannya lalu di genggam erat

"Ari sebenarnya tadi tak nak balik.. Arif yang paksa dia supaya ikut.. melalak-lalak Ari tu menangis tadi.. kak Yus tak berani nak masuk campur,"

Serta merta Intan Nabila mengankat punggungnya sehingga genggaman tangan idham terlepas sebaik sahaja mendengar kata-kata Yusniza

"Arif nie memang dah melampau!!," Ucap Intan Nabila dengan wajah memerah kerana dek terlalu geram. Jelas terlihat tangannya terketar-ketar

"Bawa bersabar intan," Idham cuba menenangkan buah hatinya itu

"Kalau ya pun dia bencikan saya tak perlulah dia nak babitkan Ari sekali.. Sampai hati dia buat Ari menangis,"

"Kak pun ada salah juga intan.. kakak langsung tak tolong Ari padahal dia merayu-rayu pada kakak tadi,"

"Mana handphone kak yus?,"

"Ada atas meja sebelah lukisan kakak,"

Dengan hati yang geram intan Nabila bergegas menyusun langkah.. Sikap Arif Safuan semakin melampau.. Selama ini dia selalu mengalah namun kali ini dia dah tak tahan jika melibatkan Arianna

"Jangan idham..," pinta Yusniza apabila lelaki itu mahu bangun "Biarkan je intan tu bercakap dengan Arif..,"

"Tapi kak yus?,"

"Idham jangan risau.. dia call Arif bukan nak bermadu kasih tapi nak lepaskan amarah dia.., Dari dulu intan tu selalu je mengalah.. Padahal Arif tu dah tahu kalau Intan sayang sangat pada Ari,"

Idham mengangguk faham.. niatnya untuk bangun terus di matikan lalu berpaling memandang intan Nabila kala itu sedang menghubungi Arif Safuan

"Hello!.. Mana Ari!,"

"Awak nie dah kenapa? salam pun tak bagi..,"

"Tak perlu saya nak bagi salam lelaki macam awak.. Sampai hati awak buat Ari menangis,"

"Itu takde kena mengena dengan awak.. Ari tu anak saya,"

"Hey Arif!.. kalau awak bencikan saya sekalipun jangan pernah awak libatkan Ari.. Dia tak bersalah awak tahu tak.. kenapa awak buat dia menangis,"

"Setahu saya.. awak yang selalu buat dia menangis bukannya saya,"

"Saya.. awak salahkan saya.. hey!! dia menangis di sebabkan awak!.. Awak yang permainkan perasaan saya. awak ceraikan saya.. berani awak cakap semua tu salah saya,"

Yusniza segera bangun.. nasi yang berbaki di biarkan di atas meja.. Suara Intan Nabila terlalu kuat saat berbicara dengan Arif safuan bimbang jika menganggu Airil yang sedang tidur

"Awak tak payah nak masuk campur hal saya dengan Ari.. awak jaga je buah hati awak tu.. lagi pun awak dengan Ari dah tiada ikatan,"

"Baik," Intan Nabila terangguk-angguk "Lepas saya kawin dengan idham saya akan menetap di Australia.. sampai mati pun saya tak akan bagitahu Airil siapa papanya sebenar,"

"Cubalah.. Awak jangan ingat saya tak berani nak buat tuntutan mahkamah,"

"Buatlah.. awak ingat saya takut.. cubalah kalau awak berani!!,"

"Intan..," Yusniza memberi isyarat kepada intan Nabila supaya memperlahankan suara

Intan Nabila dan Arif Safuan masing-masing terdiam agak lama.. Nafas Intan Nabila turun naik. Kulit wajahnya yang putih benar-benar memerah

"Datanglah kat sini kalau awak nak ambil Ari..,"

Dengan pantas intan Nabila mengayunkan langkahnya.. Handbag yang berada di atas meja kerjanya segera di sambar

"Awak nak pergi mana intan?,"

"Abang tunggu sini sekejap.. saya nak pergi ambil Ari.. Abang jangan balik tahu.. tunggu saya,"

Idham terangguk-angguk miskipun hatinya agak berat membiarkan Intan Nabila pergi sendiri tanpa di temani

KERETA DI PANDU Intan nabila memarkir di hadapan pintu lobi hotel Ruby. Intan Nabila keluar tergesa-gesa tanpa mematikan enjin keretanya

Staff yang menjaga di luar pintu itu terpinga-pinga memandang Intan Nabila

"Abang Yakob.. saya parking sekejap je saya nak pergi ambil Ari,"

"Yalah..," Jawab staff lelaki itu seakan sudah mengenali intan Nabila

Intan Nabila terburu-buru masuk ke dalam Lobi.. Retinanya melihat Arianna sedang berdiri di depan Kaunter di temani Seha

"Ari!..," Intan Nabila memanggil

"Mama!," Melihat sahaja intan Nabila.. Arianna terus berlari mendapatkan bekas ibu tirinya sambil menangis

"Mama dah suruh Ari ikut Mama.. kan dah kena ambil dengan Papa," Ucap Intan Nabila sebaik sahaja Arianna memeluk tubuhnya

Arianna menangis teresak-esak "Ari bukan tak nak ikut.. Ari tak suka..,"

"Bukannya Mama nak paksa Ari suka dengan dia.. Mama cuma nak Ari ikut Mama,"

"Melalak-lalak dia tadi waktu Encik Arif paksa dia naik atas.. siap dia nak lari lagi..," Seha mencelah.. pelan-pelan dia merapat badannya pada Intan Nabila "Tadi encik Arif pukul Ari,"

"Apa!..," Intan Nabila mengetap gigi "Dia pukul kat mana?,"

"Kat mana lagi..," Seha menunjuk pipi Arianna

"Kurang ajar punya jantan.. berani dia tampar anak aku!!.. kau jaga Ari sekejap Seha.. Arif nie memang dah melampau.. memang nak kena dengan aku,"

"Dah.. dah intan.. tak payah gaduh dengan dia.. Nanti langsung dia tak bagi kau jumpa dengan Ari," Balas Seha cuba menenangkan intan Nabila

"Masalahnya dia dah melampau!,"

"Ya aku tahu.. sabar je.., pikir dulu pasal Arianna..,"

Intan Nabila mengusap-ngusap kedua belah pipi Arianna

"Sakit tak Papa pukul tadi,"

Arianna mengangguk

"Kau cakap dekat Arif.. Aku tak akan pulangkan Ari pada dia.. kalau dia nak cari pasal dengan aku.. cuba dia ambil Ari daripada aku, Dah jom Ari,"

Seha mengeleng dengan keluhan berat sambil memerhati intan Nabila membawa Arianna keluar.. itulah pertama kali dia melihat sahabat baiknya itu mengamuk

ARIF SAFUAN terangguk-angguk dengan bibir tersenyum di kala mendengar seha menyampaikan pesan padanya. Setelah ganggang telefon di letak semula.. Kedengaran keluhan keluar dari mulutnya

Mizi yang sedang duduk sekadar memerhati

"Kat mana kita tadi?,"

"Encik Arif tanya pasal siasatan tu,"

"Aah ya..," Arif Safuan mengeleng "Cepat betul saya lupa,"

Mizi tersenyum "Dato' banyak sangat berfikir,"

Arif Safuan turut tersenyum sambil menyandar belakangnya pada kerusi

"Saya ada tanya dengan pegawai yang menyiasat tu.. mereka cakap sampai sekarang diorang masih belum tahu kat mana puan suhaila menghilang walaupun diorang dah dapatkan bantuan dari Interpol untuk jejak puan Suhaila,"

"Yang saya hairan.. buat apa diorang datang kat sini kalau diorang dah tahu Suhaila tu dah lari ke luar negara,"

"Entahlah.. saya pun tak tahu Dato'.. Katanya diorang dapat tahu.. puan Suhaila ada di melaka ketika kejadian tu belaku.. dan dia ada buat satu panggilan ke luar negara mengunakan telefon hotel,"

"Hotel kita?,"

Mizi mengangguk

"Dia call kat mana?,"

"Paris,"

Arif Safuan tersenyum menyenget "Berani betul si Suhaila tu.. dahlah buat jahat.. siap tinggal lagi kat hotel nie. Oh ya mizi.. awak tahu pasal Ikram?,"

"Bekas menantu datuk yusof tu?,"

"Aah,"

"Dengar cerita dia bawak grab sekarang.. Tapi bukan area melaka. Dia dah pindah johor. Yalah kan mana dia berani lagi duduk sini lepas kena belasah dengan Dato'.. Datuk yusof pun dah jarang buat event kat hotel kita.. Malu kot,"

"Saya takde masalah dengan Datuk yusof..,"

"Tapi Dato'.." Mizi mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal seolah-olah berat hati ingin bertanya "kenapa Dato' pukul Arianna..?,"

"Sebab dia sayang sangat pada intan..kalau boleh saya nak jauhkan dia dari intan lagi pun intan tu bukan Mama dia lagi,"

"Mungkin Arianna nak intan tu jadi Mama dia lagi kot..,"

"Intan tu dah ada boyfriend mizi.. mungkin dalam masa terdekat nie diorang akan kahwin,"

Mizi terangguk-angguk faham "Dato' tak kisah ke?,"

Arif Safuan mengeleng namun jauh dalam lubuk hatinya terdetik juga perasaan cemburu bila melihat kemesraan Intan Nabila dengan Idham

"Nanti hari sabtu ada majlis pembukaan galeri dekat KL.. Bagitahu staff kita kalau ada yang berminat nak pergi,"

"Pukul berapa Dato',"

"Lepas isyak,"

AHAD PETANG.. Yusniza kelihatan anggun ketika melangkah keluar dari Lif. Retinanya merliar mencari kaunter receptionist

Ini pertama kali dia datang ke Hotel Ruby kuala lumpur..

"Cantik..," Ucap Yusniza dengan rasa kagum saat melihat-lihat di sekitar lobi yang sangat luas. lengkap dengan perlbagai jenis kafe yang terbuka tidak ubah seperti Airport

"Selamat datang ke hotel Ruby.. boleh saya bantu?," Ucap Salah seorang staff receptionist

"Nama saya Yusniza.. Say..?,"

"Cik Yusniza? sebentar ya," Staff receptionist itu segera mengankat gagang telefon

Yusniza mengangguk pelan dengan raut wajah terpinga-pinga

Beberapa detik kemudian.. Staff receptionist itu meletakkan semula gagang telefon dengan bibir tersenyum memandang Yusniza

"Cik Yusniza sila duduk kat sana dulu.. sekejap lagi Dato' Arif akan turun,"

Yusniza mengangguk mengerti kemudian melangkah menuju ke salah sebuah kerusi yang di khaskan untuk para tetamu hotel

Dia duduk di situ sambil menikmati suasana lobi yang nyaman.. Tidak sampai 15 minit menunggu, Yusniza dapat melihat Arif Safuan sedang berjalan ke arahnya

Saat itu entah mengapa hatinya tiba-tiba marasakan ada satu perasaan aneh bila memandang Arif safuan

Lelaki itu kelihatan sungguh tampan dan segak..

"Minta maaf Cik Yusniza buat awak menunggu,"

"Eh tak apa.. saya baru je duduk,"

"Cik Yusniza dah makan?,"

"Makan?.. dah tengahari tadi,"

Arif Safuan tersenyum "Okay kalau macam tu jom ikut saya.. kita pergi minum dulu,"

Yusniza terus bangun kemudian berjalan beriringan dengan Arif safuan. Tidak berapa lama kemudian mereka berdua melangkah masuk ke dalam sebuah restoran exclusive

Arif Safuan menarik kerusi mempesilakan Yusniza duduk.. Bibir Yusniza tersenyum dengan layanan Arif Safuan sungguh budiman

"Ari tak ikut awak datang sini ke?," Tanya Arif Safuan sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Sebelum saya datang sini, saya ada call Intan.. tapi intan tak benarkan Ari pulang, Dia suruh awak sendiri datang ambil Ari,"

Arif Safuan mengeleng namun bibirnya tersengih

"Kenapa awak tampar Ari?,"

"Saya tertampar dia tanpa saya sedar bukan saya sengaja,"

"Awakkan tahu Ari sayangkan Intan,"

"Ya saya tahu.. Tapi sekarang nie intan bukan Mama dia lagi.. sampai bila saya nak biarkan Ari tu terus bersama dengan intan,"

"Apa salahnya.. Awak pun rapat dengan keluarga intan kan..,"

"Awak nak minum apa?," Tanya Arif safuan sebaik sahaja seorang pelayan datang mengambil pesanan

"Apa saja.. saya tak kisah," jawab Yusniza sambi lewa sambil memeluk tubuhnya

Arif Safuan memesan dua minuman setelah pelayan itu pergi.. Yusniza berdegus

"Kenapa nie Cik Yusniza?,"

"Kalau ikutkan hati saya nie, saya tak nak berkerjasama dengan Awak.. tapi bila saya fikir kerjasama nie boleh bagi perluang Intan dapat bersama semula dengan Ari saya rela setuju,"

"masalah tu antara saya dengan Intan.. Tiada kena mengena dengan awak,"

"Ya itu saya tahu wak, tapi perlu ke sampai awak tampar Ari,"

"Kan saya kata tadi saya tak sengaja,"

"Awak tak sengaja ke.. Atau?...,"

"Weii Arif..,"

Kata-kata yang ingin di ucapkan Yusniza terhenti apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menyapa Arif safuan

"Weii Romy.. kau buat apa kat sini?," Balas Arif Safuan sambil menyalam dengan lelaki berpakaian segak

"Aku jumpa client tadi," Lelaki itu sedikit terkejut memandang Yusniza "Hai Mira.. lama tak jumpa?,"

Arif Safuan ketawa kecil "Dia bukan Mira'lah.. kenalkan ini Yusniza,"

"Eh.. muka sebiji sama.. kembar ke?,"

"Itu adik saya,"

"Ooo.. patutlah muka sama..," Lelaki itu tersenyum-senyum miang.. "Saya Romy.. nanti kalau cik Yusniza ada masa sudi tak kalau saya belanja minum,"

"Insya-Allah," Yusniza berpura-pura tersenyum.. Tampak dia merasakan kurang selesa bila lelaki itu masih lagi tersenyum merenung wajahnya

"Woii!," tegur Arif Safuan sambil menepuk bahu lelaki itu

Lelaki itu tersentak lalu ketawa "Nie Arif..kau jadi tak lawat Haziq?,"

"Insya-Allah aku rasa jadi.. nanti apa-apa hal aku call kau,"

"Okay.. Jangan lupa call tahu, kita boleh pergi sama-sama,"

"Insya-Allah,"

Lelaki itu berpaling memandang Yusniza "Jumpa lagi ya Cik Yusniza. Assalamualaikum..,"

"Waalaikummusalam,"

Selepas sahaja Yusniza menjawab salam itu.. Lelaki itu berlalu pergi dengan bibir tersengih-sengih

"Maaf ya cik Yusniza.. kawan saya tu memang nakal sikit.. jangan ambik hati,"

Dahi Yusniza berkerut "Tadi saya dengar awak ada sebut nama Haziq?,"

"Ya betul.. itu kenalan saya waktu di U. Kenapa? awak kenal ke?,"

"Kenal-kenal macam tu je.. Kenapa dengan dia?,"

"Sekarang nie dia tengah sakit.. tapi itulah sampai sekarang tak tahu dia sakit apa.. dah pergi banyak hospital sampai ke luar negara.. Tiada satu pun doktor pakar tahu dia sakit apa,"

"Teruk sangat ke?,"

"Teruklah jugak.. semua nie berpunca lepas dia kawin.. mula-mula bahagia, lepas tu saya dengar dia pukul isteri dia padahal si haziq tak pernah pukul perempuan.,"

"Mana awak tahu?,"

"Saya kenal dengan Haziq tu dari universiti lagi.. solat tak pernah tinggal.. tak pernah ber'couple dengan mana-mana perempuan. Dia kawin pun atas pilihan keluarga dia,"

"Awak kenal isteri dia?,"

Arif Safuan mengeleng "Keluarga dia buat majlis tertutup,"

Raut wajah Yusniza terlihat resah. baru sekarang dia tahu bekas suaminya itu menderita sakit.. Kali terakhir dia berjumpa dengan bekas suaminya itu ketika di mahkamah dan dia perasan wajah bekas suaminya pucat seperti mayat

"Tapi saya dengar cerita.. Dia kena perbuatan orang.. itu saya tak pastilah betul ke tak. Mungkin sekadar kabar angin,"

"Boleh tak saya ikut awak.. kalau awak pergi melawat dia,"

"Boleh..,"

DALAM JAM 5.30 petang setelah menunjukkan pada Yusniza galeri yang baru siap renovation.. Arif Safuan membawa Yusniza pergi melawat Haziq

Saat memandu Arif Safuan kerap mengerling sekilas memandang wajah Yusniza seolah-olah dalam keadaan dilema. Entah apa yang sedang di fikirkan wanita itu.. ketika dia menunjukkan galeri hotelnya tadi Yusniza langsung tidak menumpukan perhatian

"Awak okay ke?,"

"Hah?," Yusniza menoleh wajahnya terpinga-pinga dengan pertanyaan Arif Safuan

"Saya tanya, awak okay ke?,"

Yusniza mengangguk "Saya okay je.. kenapa?,"

"Sejak tadi awak nampak resah je.. awak kenal ke dengan Haziq?,"

"Kenal.. tapi takdela rapat sangat," Jawab Yusniza agak keberatan berterus terang kepada Arif Safuan bahawa dia adalah bekas isteri kepada Haziq

"Tapi adik awak ada hubungan rapat dengan awak,"

"Mana awak tahu?," Yusniza sedikit terkejut

"Haziq yang bagitahu saya. Dulu dia dengan Mira kawan rapat waktu kat sekolah,"

Menyenget bibir Yusniza mendengar jawapan Arif Safuan "Kot-kot Mira tu bekas isteri dia?,"

"Hiss taklah..," Arif Safuan tersengih memandang Yusniza "Tapi memang betul kalau dulu Haziq ada simpan perasaan dengan adik awak.. tapi adik awak anggap Haziq tu setakat kawan je,"

"Sebab adik saya sukakan awak kot?,"

Arif Safuan ketawa kecil

"Kenapa awak ketawa?,"

"Ya.. itu saya tak nafikan,"

Bertaup kening Yusniza memandang Arif safuan "Mungkin sebab itu awak ceraikan Intan,"

Arif Safuan terdiam agak lama .. "Saya ceraikan Intan bukan di sebab saya suka kan perempuan lain,"

"Oh maaf saya lupa.. awak ceraikan intan sebab awak tak cintakan dia," Yusniza berpura-pura tersenyum mengejek

Kali ini Arif Safuan tidak lagi berminat meneruskan bicara.. Mereka berdua diam melayan perasaan masing-masing

Setelah memandu hampir 45 minit, Arif Safuan memarkirkan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan sebuah rumah mewah

Arif Safuan terjenguk-jenguk luar jendela saat mematikan enjin kereta

"Romy tak sampai lagi ke..," Bisik Arif Safuan pelan. sementara Yusniza pula sudah pun membuka pintu untuk keluar terlebih dahulu

Rumah mewah tiga tingkat itu di renung agak lama. Yusniza masih ingat dia pernah datang ke rumah itu sebanyak dua kali dan setiap kali dia datang, keluarga mertuanya akan menyambutnya dengan mesra

Arif Safuan yang baru sahaja keluar dari kereta semakin hairan dengan raut wajah Yusniza. Sewaktu dalam kereta tadi wajah wanita itu terlihat resah dan sekarang pula seperti dalam keadaan kesedihan

"Jomlah wak,"

Yusniza mengangguk. Mereka berdua menyeberang jalan. Yusniza berdiri di depan pagar rumah itu menunggu Arif Safuan menekan loceng

Beberapa detik kemudian. Pagar rumah terbuka secara automatik namun tiada siapa yang keluar menyambut mereka berdua

Arif Safuan terus melangkah masuk sebaik pagar itu terbuka sambil di ekori Yusniza.. Di dalam garage rumah itu hanya kelihatan dua buah kenderaan di parking di situ

Pintu rumah di buka dari dalam. Seorang wanita dalam lingkungan usia 50 an berdiri di muka pintu sambil memperbetulkan tudung kepalanya dan di kala dia melihat Arif safuan bibirnya terus mengukir senyuman namun saat wanita itu melihat Yusniza pula serta merta raut wajahnya berubah berang

"Woi betina!! berani kau datang rumah aku.. kau tak tahu malu ke hah!!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience