BERSUJUP MERAIH CINTA Bab 5

Romance Completed 43498

Yusniza tersentak dengan makian itu sehingga terbeliak matanya

"Kenapa kau bawa celaka nie datang rumah makcik Arif!,"

Arif Safuan terkesima.. Dia memalingkan badan memandang Yusniza kemudian berpaling semula memandang Datin Zubaidah

"Mak.. Makcik kenal ke dengan Cik Yusniza?,"

"Si.. siapa?," Mata Datin Zubaidah bertaut memandang Arif safuan

"Cik Yusniza,"

"Hah!," Mata Datin Zubaidah mencerlang memandang wajah Yusniza "Ya Allah Yus.. Mak ingat kamu Mira," Datin Zubaidah segera memeluk Yusniza "Mak minta Yus.. mak minta maafff sangat," Datin Zubaidah menangis teresak-esak sambil memeluk bekas menantunya itu

Arif Safuan tampak hairan.. Raut wajahnya jelas terpinga-pinga dengan adegan di depan matanya

"Mak bukan sengaja tak nak lawat Yus kat hospital tapi keadaan haziq makin teruk waktu tu.. mak jadi takut,"

Air mata Yusniza berlinang membasahi pipinya namun wajahnya tetap tenang

Datin Zubaidah meleraikan pelukannya "Makcik Yus ada datang rumah.. dia mengamuk-ngamuk pada mak.. mak sumpah mak tak tahu kalau Haziq pukul Yus.. Haziq waktu tu macam orang tak siuman.. bercakap sorang-sorang.. lepas tu dia mengamuk semua orang dia nak pukul,"

"Haziq pukul mak tak?,"

Datin Zubaidah mengangguk

"Kenapa makcik tak beritahu saya pasal tu?," Arif Safuan mencelah.. dengan tatapan yang serius memandang Datin Zubaidah

"Makcik takut Arif..,"

Arif Safuan mengeleng kesal "Apa kata kita masuk dalam dulu makcik..,"

Datin Zubaidah mengangguk "Mari Yus kita masuk dalam,"

Arif Safuan menepikan tubuh memberi ruang pada Datin Zubaidah dengan Yusniza masuk ke dalam rumah terlebih dahulu

"Duduk dulu ya Yus.. Mak buatkan air,"

"Tak payah mak.. mak duduk je,"

"Mana Haziq makcik?,"

"Ada dalam bilik,"

"Mak dengan Haziq sebenarnya baru semalam balik dari mekah.. Dah lima bulan kami berdua kat sana," Ujar Datin Zubaidah pada Yusniza

"Bagaimana dengan keadaan Haziq makcik?," tanya Arif Safuan memandangkan Yusniza sejak tadi tidak banyak bertanya

Datin Zubaidah mengeluh berat. raut wajahnya tampak sayu.. "Doktor cakap hidup Haziq dah tak lama. Banyak organ penting dalam badan dia dah rosak,"

"Argh!!.. Argh!!," Yusniza meraung sekuat hati akibat tidak dapat manahan lagi sakit yang tak tertanggung.. Barulah dia sedar kenapa sikap bekas suaminya tiba-tiba berubah "Siapa yang buat abang Haziq mak!!,"

"Yus..," Pantas Datin Zubaidah memeluk tubuh Yusniza "Mak bukan nak menfitnah, tapi ulama tu bagitahu mak kalau Haziq di buat oleh keluarga mertua,"

"Betul ke mak?,"

"Betul Yus.. Yus tak tahu ke.. mak yus tengah sakit sekarang. semua tu akibat perbuatan dia sendiri,"

"Tapi kenapa.. kenapa mak Yus sanggup hancukan kebahagian Yus.. apa salah Yus!,"

"Itu mak tak tahu Yus.. Yus kena tanya sendiri pada mak Yus,"

Arif Safuan hanya diam memerhati.. Sebak juga hatinya bila melihat Yusniza menangis bahkan dia tidak menyangka jika Yusniza sebenarnya adalah bekas isteri kepada Sahabatnya itu

Yusniza meleraikan pelukan Datin Zubaidah lalu menyaka air matanya

"Mana abang Haziq mak?,"

"Ada dalam bilik, Yus tahukan bilik tu?,"

Yusniza mengangguk kemudian bangun dari duduknya

"Saya ikut sekali,"

"Pergilah Arif.. nanti makcik bawakan air?,"

"Mana orang gaji makcik?,"

"Makcik terpaksa berhentikan diorang semua..,"

"Tak payahlah makcik buatkan kami air.. lagi pun kami berdua dah minum sebelum datang ke sini," Ujar Arif Safuan Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyusahkan Datin Zubaidah

"Eh takpe-takpe.. Arif dengan Yus pergi je naik,"

Yusniza menaiki tangga dengan tergesa-gesa kerana dia tahu arah ke bilik bekas suaminya.. Arif Safuan yang berada di belakang seakan sengaja membiarkan Yusniza naik terlebih dahulu

Sesampai saja ke tingkat dua Kedengaran sayup-sayup suara lelaki sedang membaca surah Al-quran. Air mata Yusniza mengalir lagi. Dia tahu suara itu adalah suara bekas suaminya

Pintu bilik di bahagian hujung di ketuk.. Yusniza memberi salam dengan suara yang bergetar dan Salamnya itu di jawab dari dalam

Pelan-pelan pintu bilik itu di buka dan sebaik di buka, Alangkah terkejutnya Yusniza apabila melihat bekas suaminya sedang terbaring di atas katil dengan wajah yang sangat cengkung tidak ubah seperti mayat hidup

"Ya Allah abang!!..,"

Wajah Haziq tampak terkejut "Yus?,"

Yusniza mengangguk dengan air mata berguguran "Ini Yus bang,"

Bibir haziq terketar-ketar saat mengukir senyuman. Pelan-pelan Yusniza melangkah sambil retinanya memerhati sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah

"Yus apa kabar?,"

"Yus baik saja bang..," Yusniza menangis esak "Kenapa abang tak bagitahu Yus kalau sebenarnya abang sakit," Soal Yusniza saat mahu duduk melutut di sisi katil

Haziq diam tidak menjawab. Wajah bekas isteri itu di tatap penuh kasih. Pada masa yang sama Arif Safuan melangkah masuk ke dalam bilik

"Hey Arif..,"

"Haziq," Jawab Arif Safuan dengan raut wajah agak terkejut bila melihat keadaan sahabatnya itu

"Kau datang dengan Yus ke?,"

Arif Safuan mengangguk "Aku sebenarnya tak tahu kalau Yusniza nie bekas isteri kau,"

Haziq tersenyum sambil memandang Yusniza kala itu masih lagi menangis

"Jaga dia Arif.. Yus nie baik orangnya. Kau bertuah sangat dapat pasangan macam dia,"

Yusniza mengeleng-geleng kepalanya "Tak.. tak bang.. Yus tiada apa-apa hubungan dengan dia,"

"Betul tu Haziq. Aku dengan dia tiada apa-apa hubungan,"

"Tak salah pun jika ada.. aku rasa senang kalau kau yang jaga Yus.. bagi aku..,"

"Tak... Yus tiada hubungan dengan dia,"

Arif Safuan mula merasa serba salah ingin terus berada di dalam bilik itu "Mungkin lebih baik aku biarkan kau dengan Yusniza berbual dulu,"

"Eh tak usah Arif.. duduk jelah berbual dengan aku. lagi pun aku dah lama tak jumpa kau,"

"Nanti saja kita berbual Haziq..," Habis saja bicara Arif Safuan segera melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Yusniza bersama Haziq

"Alhamdullilah.. Yus nampak cantik sangat,"

"Dari dulu kecantikan ini di ciptakan untuk abang,"

"Itu dulu Yus.. sekarang nie Yus bukan milik abang lagi,"

"Kenapa abang tak bagitahu Yus...,"

"Untuk apa Yus? Abang dah menyakiti Yus sangat teruk.. abang malu.. abang dah tak sanggup lagi nak berhadapan dengan Yus,"

"Tapi itu bukan kehendak abang,"

"Walaupun itu bukan kehendak abang tapi tangan abang inilah yang membuatkan Yus kesakitan yang membuatkan Yus menderita,"

"Itu bukan salah abang.. Yus tak pernah salahkan abang,"

"Yus...?,"

Yusniza mengankat wajahnya

"Yus suka tak bunga yang abang bagi,"

"Bunga?,"

"Yus'kan suka sangat dengan Rose putih,"

Kening Yusniza bertaut hairan sambil otaknya cuba mengingat saat bila bekas suaminya menghadiahkannya bunga

Bibir Haziq tersenyum nipis saat menatap seraut wajah yang sedang terpinga-pinga

"Setiap pagi sebelum Yus bangun.. abang selalu letak sejambak bunga Rose atas meja..,"

"Ta.. tapi.. setahu Yus.. Yus dapat bunga tu waktu...,"

"Saat Yus dengan intan sedang tidur abang selalu datang jeguk Yus.. tapi selalu juga abang kantoi dengan intan," Haziq ketawa namun terbatuk-batuk

"Abang ada kat sana ke?," Yusniza menangis esak

Haziq mengangguk lemah "Abang risau kalau tiada siapa yang jaga Yus kat sana sebab tu abang suruh mak bawa abang dapatkan rawatan kat situ,"

Air mata Yusniza semakin deras mengalir "Abang.. kita rujuk bang.. biar Yus jaga abang,"

Permintaan Yusniza itu benar-benar mengejutkan Haziq..

"Jangan Yus, Cukuplah sekali kita hidup bersama.. lagi pun hidup abang dah tak lama Yus,"

"Yus tak kisah bang.. Yus cuma nak jaga abang.. tolonglah bagi Yus perluang,"

"Maafkan abang yus, abang tak nak sia-siakan hidup Yus.. Abang nak tinggalkan dunia dalam keadaan tenang.. abang minta maaf Yus,"

"Tolonglah abang.. tolong terima Yus semula..,"

Haziq tidak lagi menjawab.. matanya hanya menatap kosong kipas siling yang sedang berputar

"Abang!..,"

"Ya Allah... Yus?,"

Yusniza bersujup "Yus sanggup bersujup untuk meraih cinta dari abang.. tolonglah terima Yus semula,"

Sedaya upaya Haziq cuba mengankat tubuhnya namun gagal kerana dek terlalu lemah.. "Yus.. Jangan Yus.. Kita hanya bersujup pada yang satu," Ucap Haziq sehingga terbatuk-batuk sangat kuat

"Abang!..,"

SEMENTARA di ruang tamu pula.. kelihatan Arif Safuan sedang rancak berbual dengan Datin Zubaidah

"Yusniza tu'Kan anak kandung dia makcik.. tak akan mak dia sanggup buat rumah tangga anaknya sendiri runtuh,"

Datin Zubaidah mengeluh kesal "Dari dulu lagi Datin Aisyah memang tak suka dengan Yusniza... sebab Yusniza tu tak sempurna,"

"Tak sempurna?,"

"Dulu waktu Yusniza kecil.. Dia tak boleh nak bertutur dengan betul. Datin Aisyah pulak dari dulu memang sangat mementingkan kesempurnaan. Bila dia sedar Yusniza tu tak sempurna dia jadi malu,"

"Tak akan itu je alasan dia makcik.. Sepatutnya dia gembira bila rumah tangga anak dia bahagia,"

"Apa yang makcik tahu saat umur Yusniza 10 tahun makcik dia, Datin Hamidah yang jaga dia. Selepas tu Yusniza tak pernah jumpa dengan mak dia lagi. Waktu penikahan Yusniza dengan Haziq tiada seorang pun ahli keluarga Yusniza yang hadir kecuali pakcik dengan makcik Yusniza,"

"Habis tu siapa yang jadi wali Yusniza?,"

"Guna wali hakim,"

Beristighfar Arif Safuan mendengar jawapan Datin Zubaidah

"Yang saya hairan makcik kalau dia dah buang Yusniza.. kenapa pula dia nak santau Haziq tu..?," Arif Safuan agak geram

"Ini semua kerana Mira?,"

"Mira?,"

"Ya Arif.. lepas Haziq kawin.. Mira ada jumpa Haziq. Bila haziq bagitahu pada Mira, dia hidup bahagia dengan Yus. Mira sakit hati.. padahal Haziq dah ajak dia kawin tapi dia tolak,"

"Betul ke makcik?,"

"Betul Arif makcik tak tipu.. Haziq yang bagitahu pada makcik. Lepas seminggu dia jumpa dengan Mira.. waktu itulah dia rasa ada sesuatu yang tak kena pada diri dia. Setiap kali dia jumpa Yus dia akan dengar bisikan menyuruh dia memukul Yus,"

Arif Safuan mengeleng-geleng kepalanya.. "Tak sangka pula saya Makcik kalau keluarga Yusniza macam tu..,"

"Entahlah Arif.. Cuma sekarang nie hati makcik rasa lega, apa yang Datin Aisyah buat pada Haziq dah terbalas. Sekarang nie dia tengah sakit.. padan dengan muka dia,"

"YUS?,"

"Ya abang,"

"Yus suka tak pada Arif?,"

Yusniza mengeleng "Tak..,"

Haziq tersenyum "Arif tu baik orangnya Yus,"

"Baik?.. abang. Abang tak tahu apa yang lelaki tu dah buat pada Intan?,"

"Abang tahu Yus,"

"Habis tu kenapa abang cakap dia baik?,"

"Sebenarnya apa yang belaku pada abang turut belaku pada Arif.. cuma berbeza cara ia di lakukan untuk memisahkan kami dengan isteri masing-masing,"

"Yus tak faham bang?,"

"Sebenarnya ada orang aniaya Intan.. Arif ada terima gambar intan sedang bawa masuk lelaki ketika dia dengan Arianna tiada di rumah..Arif pula pecaya bulat-bulat.. kerana telalu cemburu dia tak siasat dulu.. bila dia dah bercerai dengan intan barulah dia tahu yang gambar tu semua adalah palsu,"

Yusniza agak terkejut bila mendengar penjelasan dari Haziq "Habis tu kenapa Arif tak berterus terang saja pada intan?,"

"Dia malu Yus..,"

"Tapi macam mana abang tahu semua nie?,"

"Arif selalu datang lawat abang waktu abang kat hospital?,"

"Hospital Ramsay health care?,"

Haziq mengangguk "Dia yang menyewa rumah untuk intan kat Australia dan dia juga yang membayar rawatan untuk lutut intan," Haziq menunjuk lidahnya pada Yusniza

"Jangan cakap pada Yus, Arif yang bayar untuk rawatan tu,"

Haziq sekadar diam namun kepalanya di angguk sebagai tanda kebenaran tentang rawatan lidah Yusniza turut di bayar oleh Arif Safuan

Yusniza meraup wajahnya.. Patutlah doktor di sana begitu beria-ria memujuknya supaya mendapatkan rawatan lidah untuk memperbaiki pertuturannya

"Abang akan rasa tenang sangat andai kata Arif yang akan menjadi pengganti abang.. sebab abang tahu sifat Arif sama seperti abang,"

DALAM perjalanan pulang ke Hotel.. Yusniza hanya diam lansung tidak berbicara dengan Arif safuan.. Hatinya masih terkilan kerana Haziq tidak membenarkannya tinggal di rumah itu

Ikutkan hatinya yang sedang geram.. Mahu saya dia pergi menemui ibunya supaya dia dapat melepaskan segala kemarahan yang selama ini di pendam dalam dirinya

Mengapa ibunya terlalu kejam.. Apa dosanya sehingga ibunya sanggup menghancurkan kebahagiannya bahkan dia hanya mampu merasakan kebahagian itu hanya untuk sementara namun dia tidak pernah melupakan bagaimana Haziq melayaninya penuh kasih dan sayang

Yusniza menyaka air mata yang jatuh membasahi pipinya.. Arif Safuan mengerling sekilas

"Apa kata awak rujuk semula dengan Haziq?,"

"Dah.. tapi Haziq tak nak,"

"Kalau macam tu.. awak lawat jelah dia setiap hari.. saya rasa dia akan senang bila nampak awak setiap hari,"

Yusniza mengangguk tanpa memandang Arif safuan "Kenapa awak tak nak rujuk semula dengan intan. Padahal awak dah tahu semua tu bukan salah dia tapi awak masih seksa dia?,"

Arif Safuan sedikit terkejut dengan kata-kata Yusniza "Haziq bagitahu awak ke?,"

Yusniza mengangguk lagi "Awak tak kesihan ke pada dia?,"

"Bagi saya.. saya bukan lelaki yang sesuai untuk intan.. saya dah kecewakan dia kerana saya sendiri yang hancurkan kebahagian rumah tangga kami.. bagi saya idham adalah lelaki yang sesuai untuk intan,"

"Kalau begitu kenapa awak guna Ari untuk menyeksa Intan?,"

Arif Safuan mengeleng kesal dengan tuduhan Yusniza "Saya tak pernah ada niat nak seksa atau nak dera intan.. saya cuma tak nak Ari terus menempel pada intan.. sampai bila. lagi pun Intan tu bukannya ibu kandung dia,"

"Awak seorang lelaki yang ego Arif..," Yusniza memalingkan wajah memandang Arif safuan "Sebenarnya saya tahu.. awak masih cintakan intan,"

"Awak pernah tanya pada intan.. kalau dia masih cintakan saya,"

Yusniza terdiam seribu bahasa kerana dia pernah menanyakan soalan yang sama pada intan Nabila

"Dia tak cintakan awak lagi.. dia cintakan idham,"

"Maksudnya awak nak suruh saya hancurkan kebahagian dia dengan Idham,"

"Tak.. saya minta maaf.. saya tak bermaksud macam tu,"

ISNIN DALAM JAM 9.00 pagi Intan Nabila membawa Arianna dan Airil ke studio.. Arianna kelihatan sungguh gembira apabila dapat mengikut bekas ibu tirinya itu

Saat di dalam kereta.. Dia menyanyi-nyanyi sambil bermain dengan adiknya Airil

"Amboi.. seronok sangatkan tak pergi sekolah,"

Arianna tersengih-sengih memandang Intan Nabila "Papa yang tak nak ambil Ari.. ,"

"Kalau Papa ambil.. Ari nak ikut ke?,"

"Tak nak.. sebab Papa tampar Ari," Arianna memuncungkan bibirnya

"Mengada-ngada..,"

Arianna ketawa

Tiba-tiba Intan Nabila melepaskan keluhan resah "Tapi Ari...," lalu terdiam agak lama

Arianna memandang wajah Intan Nabila seakan tahu apa yang sedang bermain di fikiran bekas ibu tirinya itu

"Mama janganlah risau. kalau Papa datang nanti.. Ari akan ikut papa pulang,"

"Apa kata Ari sekolah kat sini.. Biar mama jaga Ari,"

"Kalau Papa bagi,"

Intan Nabila mengeluh lagi

"Betul ke Mama nak kawin dengan uncle idham?,"

"Kenapa.. Ari tak suka ke?,"

"Kalau Mama suka, Ari pun suka janji Mama bahagia. Mungkin lepas Mama kawin nanti.. Ari dah tak boleh jumpa mama selalu,"

Intan Nabila tidak sanggup lagi meneruskan bicara.. hatinya tiba-tiba merasa sebak takut jika hubungannya dengan Arianna akan menjadi rengang setelah dia berkahwin nanti

Sebaik tiba di studio.. Arianna membantu membawa beg Airil naik ke atas. sementara Intan Nabila pula menggendong Airil sambil membawa stroller

Saat intan Nabila sibuk berkerja, Arianna sangat rajin menjaga adiknya Airil langsung tidak pernah mengeluh miskipun ada masanya adiknya itu sering menangis

Jam 2 tengahari intan Nabila sudah siap mahu membawa Arianna dan Airil keluar untuk makan tengahari namun di saat mereka mahu keluar mereka kedatangan tetamu yang tak di undang

"Jom ikut Papa pulang Ari,"

Intan Nabila hanya mampu tercegat berdiri sambil melihat Arif Safuan sedang memujuk Arianna supaya mengikutnya pulang,"

Kala itu Arianna seolah-olah enggan mahu menuruti kemahuan ayahnya

"Arif.. boleh tak awak jangan pukul Ari.. dia tak bersalah dalam masalah hubungan kita,"

"Saya tak sengaja..,"

"Tak kisahlah awak sengaja atau tak.. tapi awak takde alasan untuk menampar pipi dia. Salah ke kalau Ari masih sayangkan saya dan saya juga masih sayangkan dia,"

"Sampai bila intan? mungkin tak lama lagi awak akan berkahwin dengan idham dan Kemungkinan saya juga akan berkahwin dan waktu itu, saya yakin kasih sayang antara awak dengan Ari, kasih sayang Ari pada awak akan memudar. tak akan kekal,"

"Tak papa.. Ari akan sayang Mama selamanya,"

"Baik," Arif Safuan terangguk-angguk "Bila Auntie intan kawin nanti.. papa juga akan kawin..papa nak tengok siapa yang Ari sayang,"

"Papa nak kawin dengan siapa?,"

"Dengan Auntie Yusniza,"

Terkesima terus Intan Nabila sebaik mendengar pengakuan Arif Safuan sehingga terbeliak matanya

"Be.. betul ke awak nak kawin dengan Kak Yus?,"

Arif Safuan mengangguk "Semalam kami dah berbincang.. dan dia setuju nak kawin dengan saya,"

Share this novel

Jue
2024-08-08 10:35:38 

hadehhhh peninnn tiberr pulak yus nak kahwin ngn arif. kite pn sentap wak bkn intan je tersentap...hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience