BERSUJUP MERAIH CINTA Bab ,7

Romance Completed 43498

"Tuk. Tuk. Tuk,"

"Masuk,"

Pintu bilik di buka dari luar "Dato'.. Cik Mira dah sampai,"

"Suruh dia masuk," Pinta Arif Safuan sambil meletakan pen di atas fail kemudian bangun dari kerusinya

"Hai good afternoon Dato',"

"Good afternoon Mira.. Dah launch?,"

"Dah..,"

"Silalah duduk,"

Mira Yusnizah dengan wajah berseri-seri segera melabuhkan punggungnya

"Dato' apa kabar?,"

"Alhamdullilah.. Setakat nie sihat walafiat.. Mira pula?,"

"Same,"

"So macam mana?,"

Mira Yusnizah segera mengeluarkan Tab android dari beg kerjanya lalu menyalakan Tab tersebut. jari telujuknya lincah mentatal pada skrin

"Ini dia Dato'. Tapi ini cuma lakaran kasar saja. nanti bila sepenuhnya siap Dato' boleh datang ke syarikat kami untuk menilai sendiri," Ujar Mira Yusnizah sambil menghulurkan tab android kepada Arif Safuan

"Emm.. bagus," Ucap Arif Safuan sebaik sahaja melihat sebuah lakaran bentuk sebuah bangunan "Tapi saya tak boleh buat keputusan sekarang sebab saya kena bincang dulu dengan bisnes partner saya. Boleh Mira sendkan lakaran nie kepada saya,"

"Boleh Dato',"

Diam-diam Arif Safuan menatap wajah Mira Yusnizah saat wanita itu mengambil Tab android yang sedang di hulur

"Saya dengar Ibu Mira sakit betul ke?,"

"Eh.. mana Dato' tahu?,"

Arif Safuan tersenyum "Sebenarnya sabtu nanti saya akan buat majlis pembukaan galeri Ruby.. Saya berniat nak jemput Datin Aisyah tapi saya dengar dari salah seorang tetamu yang saya jemput katanya Datin Aisyah tengah sakit," Jawab Arif Safuan sengaja mereka cerita

Mira Yusnizah mengangguk lemah "Ya betul tu Dato' Mommy saya memang tengah sakit,"

"Dah lama ke sakit?,"

"Lama juga, dari dua bulan lepas.. sampai sekarang masih sakit,"

"Lamanya.. Sakit apa?,"

Mira Yusnizah menjonket bahu "Saya pun tak tahu,"

Arif Safuan berpura-pura mengelengkan kepala padahal sudah tahu penyakit apa yang sedang dideritai ibu Mira Yusnizah

"Boleh saya datang melawat?,"

Cepat sahaja Mira Yusnizah mengeleng "I'm sorry Dato'. Mommy saya larang orang luar melawat dia,"

"Baiklah saya faham.. Apa kata kita teruskan pembicangan kita,"

"Baik Dato',"

Hampir 1 jam Arif Safuan mendengar penjelasan dari Mira Yusnizah berkaitan dengan reka bentuk bangunan Hotel yang akan di bangunkan di sabah kelak setelah Arif Safuan memilih syarikat contraction ayahnya

"So bagaimana Dato'?,"

"Not bad.. lepas saya dengar penerangan dari Mira tadi serba sedikit saya dapat bayangkan bagaimana megahnya hotel tu bila dah siap nanti,"

"Of courselah Dato' tengoklah nama arkitek yang kami upah tu,"

"Ya saya tahu.. So agak-agak bilalah lakaran tu sepenuhnya siap?,"

"Dalam minggu depan. siap dengan dia punya model bangunan sekali,"

"Okay nanti kalau dah siap bagitahu saya cepat sebab saya nak ajak sekali bisnes partner saya dari Australia untuk tengok,"

"Tiada masalah Dato'," Jawab Mira Yusnizah sambil mengemas barang-barangnya di atas

"Taknak pergi minum dulu ke?,"

"I'm sorry Dato' saya terpaksa menolak saya ada banyak kerja,"

"It's okay.. mungkin lain kali saja,"

"Thank you so much Dato'," Mira Yusnizah segera bangkit "Kalau begitu saya minta diri dulu ya Dato' nanti saya akan update pada Dato' bila semua tu dah siap,"

"Baiklah," Arif Safuan sudah pun berdiri. Retinanya memerhati Mira Yusnizah melangkah ke pintu

"Bagus juga Mira nie kalau bab berkerja.. cakap pun clear tak meleret.. hiss sayang sungguh," Arif Safuan mengeleng

Mira Yusnizah berjalan menuju ke lif dengan bibir tersenyum riang.. Kala itu dia sempat berbalas mesej dengan bos nya Jeffrey abang tiri kepada Arif Safuan

"Jumpa tempat biasa ya sayang?,"

Mira Yusnizah tersenyum membaca mesej dari Jeffrey. Jarinya menekan terlebih dahulu butang lif sebelum membalas mesej itu

"Okay.. Bi tunggu ya. Kalau lewat jangan marah," Yusniza menghela nafas panjang saat berdiri di depan pintu lif

Pintu Lif terbuka namun di saat Kaki kanan Mira Yusnizah mahu melangkah masuk. Matanya terbeliak luas memandang raut wajah sepertinya

"Yusniza?,"

"Oh kau Mira.. kau buat apa kat sini?,"

Mira Yusnizah semakin terkejut sebaik mendengar pertuturan Kakaknya tidak lagi gagap

"Wow... macam mana you boleh bertutur dengan baik,"

"Salah ke? Dah ke tepi aku nak keluar," Yusniza menolak tubuh Mira Yusnizah yang menghalang laluan keluar

"You buat apa kat sini?,"

Yusniza memalingkan badan nya "aku nak Jumpa bakal suami aku..,"

"What!,"

"Kenapa.. tak pecaya ke?,"

"Mengarut je," Mira Yusnizah menyengih

"Lantak kaulah nak pecaya atau tak. ada aku kisah.. Oh ya.. orang tua tu hidup lagi ke tak.. aku dengar dah lama dia sakit,"

"Cakap tu baik-baik sikit.. orang tua tu mommy you jugak,"

Bibir Yusniza menyenget memandang adiknya "Mommy?.. Dengar sini.. bila kau balik nanti, kau sampaikan salam aku pada orang tua tu.. bagitahu pada dia macam mana rasa sakit bila perbuatan dia tu dah kena pada diri sendiri,"

Mira Yusnizah terdiam seribu bahasa bahkan kala itu dia turut menyedari maksud dari kata-kata kakaknya itu

Yusniza memalingkan badannya semula "Entah apa salah aku dengan orang tua tu.. sampai rumah tangga anak sendiri pun sanggup nak runtuhkan, Dasar hati busuk.. kau pun sama Mira," Habis saja berbicara Yusniza menyambung langkahnya menuju ke bilik pejabat Arif Safuan meninggalkan adiknya dalam keadaan terpinga-pinga

Arif Safuan baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi tiba-tiba pintu biliknya di buka

"Arif!,"

"Yusniza?,"

Selepas pintu di tutup semula Yusniza segera melangkah ke meja Arif Safuan

"Lebih baik awak lupakan intan.. Dia memang tiada perasaan dengan awak,"

"Awak dah tanya dia ke?,"

"Dah.. bila saya nak explain apa yang belaku sebenarnya dia tak nak dengar.. Dia cintakan idham. insya-Allah minggu depan mereka berdua nak berkahwin,"

Terduduk Arif Safuan bila mendengar jawapan Yusniza

"Maksudnya saya memang dah takde perluang,"

"Semua tu salah awak Arif.. Sepatutnya dari dulu awak berterus terang dengan dia..Awak tahu tak macam mana seksanya intan waktu dihospital melaka.. setiap malam dia menangis Arif.. bukan setakat sakit pada belakang dia tapi perasaan dia turut terluka sebab awak, Tapi bila awak dah tahu semua tu fitnah.. awak lebih rela biarkan dia pergi,"

Arif Safuan terangguk-angguk mengerti "Ya saya mengaku semua tu salah saya,"

"Dah cukup... tak usah lagi ganggu dia.. dia dah buat pilihan, dia pilih Idham bukannya awak.. Tolonglah biarkan dia bahagia,"

"Baiklah.. saya faham, saya tak akan ganggu dia lagi,"

"Satu lagi Arif.. tolong benarkan Ari jumpa dengan intan.. Intan tu sayang sangat pada Ari,"

Arif Safuan tersenyum paksa miskipun kala itu hatinya benar-benar rasa menyesal "Awak jangan risau. Saya akan benarkan Ari jumpa dengan dia,"

Yusniza merasa kesal saat menatap wajah Arif Safuan kala itu dia perasan senyuman yang ukir lelaki itu jelas seperti terpaksa raut wajah Arif Safuan pula terlihat seperti dalam keadaan dilema

"Saya minta maaf tinggikan suara tadi,"

"It's okay.. saya faham," Arif Safuan mengeluh panjang "So memang betullah Intan akan berkahwin minggu depan,"

"Aah. katanya bergitu. ibu-bapa idham ada datang jumpa dengan keluarga intan malam tadi.. dua-dua belah keluarga pun dah setuju,"

"Alhamdullilah.. Saya tumpang gembira, saya doakan kali nie rumah tangga Intan kekal selamanya," Arif Safuan bangun dari duduknya "Macam mana dengan lukisan awak?

"Oh ya.. nanti petang ada courier akan hantar lukisan saya. tapi saya tak sure dalam pukul berapa courier tu sampai,"

"Ada berapa banyak?,"

"Semua sekali ada 12. Bingkai different saiz. nanti boleh tak awak upah pakar tolong gantungkan lukisan saya tu,"

"Tentulah boleh,"

Yusniza mengeluar sesuatu dari dalam handbag'nya "Nah. Ini nombor telefon courier tu. Nombor awak pun saya dah bagi pada driver tu,"

Arif Safuan mengambil kad yang di hulur Yusniza "Awak nak pergi lawat Haziq,"

Yusniza mengangguk

"Okay. Nanti saya nak call Farah nak minta bantuan dia..,"

"Baguslah tu,"

"Apa-apa hal nanti saya WhatsApp awak. Tolong sampaikan salam pada haziq,"

"insya-Allah,"

intan Nabila sibuk mengemas ruangan studio sebelum pulang ke rumah tiba-tiba di kejutkan dengan bunyi ketukan pintu agak perlahan. Hatinya mula merasa bimbang kerana di luar pintu sudah di sediakan butang loceng

Selalunya jika Idham atau sahabat-sahabatnya datang akan menekan loceng di luar

Intan Nabila berbelah bahagi mahu melangkah..

"Intan..," Kedengaran suara lelaki memanggil dari luar pintu

"Laa idham..," ucap Intan Nabila sambil mengosok dadanya kemudian bergegas kakinya di ayun ke pintu

Pintu di buka "Kenapa tak tekan loceng?,"

"Dah.. saya tekan banyak kali," Jawab idham terjengul di muka pintu

"Eh. tak akan dah rosak?,"

"Habis bateri kot?," Kata Idham kakinya melangkah masuk ke dalam

Intan Nabila menghela nafas tenang "Esok jelah saya tukar. Abang dari mana nie?,"

"Dari tempat kerja.. saya rehat sejam nanti saya kena masuk kerja semula,"

"Abang dah makan?,"

"Sebab tu abang datang sini nak ajak intan pergi makan,"

Intan Nabila melirik senyuman manis.. "Boleh. Tapi abang tunggu sekejap saya nak mengemas,"

"Airil tidur ke?,"

"Dah bangun,"

"Kalau gitu saya tolong kemaskan barang dia,"

"Eloklah tu,"

Intan Nabila menyambung mengemas. Tangannya lincah memasukan lebihan-lebihan kertas yang di gunakan untuk membungkus lukisan di dalam plastik sampah

Kala itu Idham yang berada di dalam bilik kerap mencuri-curi pandang. Dari dulu dia selalu terpesona dengan kecantikan Intan Nabila miskipun sedang berkerja wajah bakal isterinya itu tetap kelihatan manis bahkan sewaktu kali petama dia bertemu dengan intan Nabila dia sempat berfikir jika intan Nabila mualaf dari negara korea selatan

"Plastik sampah tu biar saya bawa turun," Ucap Idham ketika melihat intan Nabila menyusun beberapa plastik sampah hitam di hadapan pintu

Jam 5.40 petang Intan Nabila mengajak Idham menjamu selera disebuah restoran berdekatan dengan sungai melaka restoran yang pernah mereka kunjungi

"Tadi abang datang naik apa?," Tanya intan Nabila sambil menggendong Airil. Idham memandu keretanya

"Abang tumpang rakan sekerja,"

"Perempuan ke lelaki?," Intan Nabila sengaja bergurau

"Tentulah lelaki sayang,"

Intan Nabila ketawa kecil. Idham mengerling sekilas. Hatinya memuji kecantikan intan Nabila

Sebaik sahaja memarkirkan kereta. mereka berdua duduk di meja berdekatan dengan permadangan aliran sungai melaka. Airil diam di dalam stroller yang mempunyai bumbung mujur cuaca waktu itu redup dan berangin

Mereka berdua memesan hidangan masing-masing.

"Esok abang balik johor,"

"Bila abang balik sini?

"Hari khamis.. Abang dah buat test Hiv,"

"Cepatnya,"

Idham ketawa "Yala.. abangkan kerja kat hospital. Hiss nasib baik tahu abang terfikir nak buat sijil kahwin sebelum abang kerja di Australia,"

"Abang tak pernah bercinta ke dengan perempuan mat salleh kat sana,"

Idham mengeleng-geleng kepala "Abang nie bukan handsome pun sampai perempuan mat salleh kat sana nak tergoda,"

"Abang handsome'lah,"

"Tapi takdelah se'handsome Arif,"

Intan Nabila terkedu. Wajah idham di renung. Memang tidak di nafikan jika wajah idham tidak sekacak Arif Safuan bahkan ikram sekali pun namun dia menyukai idham bukan di sebabkan wajah lelaki itu

"Apa guna kalau handsome kalau tiada hati perut. Lelaki yang saya cintai selama 10 tahun sanggup membiarkan saya dilanggar sampai lutut saya kekal macam nie. Lelaki petama yang saya kawini pula sanggup ceraikan saya selepas saya keluar dari hospital. Masing-masing ada rupa tapi kejam,"

"Intan?,"

Intan Nabila mengankat kening

"Intan betul-betul setuju ke nak kawin dengan saya,"

"Tak akanlah saya main-main bang,"

Idham ketawa kecil "Intan tak menyesal,"

"Kenapa pula saya nak menyesal. entah-entah abang yang tak serius nak kawin dengan saya,"

"Eh apa pulak.. abang seriuslah,"

"Habis tu.. tak payahlah tanya semua tu.. intankan dah setuju nak kawin dengan abang,"

"Abang minta maaf.. Oh ya apa kata lepas abang pulang dari johor kita pergi cari rumah sewa sama-sama. rumah yang abang sewa sekarang nie tak besar,"

"Kenapa nak sewa rumah?,"

"Yalah, tak akan kita nak tinggal rumah keluarga intan,"

"Intan ada rumahlah," Intan Nabila ketawa geli hati

"Intan ada rumah?,"

"Aah rumah banglo,"

"Siapa yang bagi intan?,"

"Siapa lagi," Intan Nabila menunjuk ke arah keretanya "Kereta tu dengan rumah banglo pemberian dari Arif lepas dia ceraikan saya,"

"Tak akanlah kita nak tinggal rumah pemberian bekas suami intan,"

"Kenapa tak boleh.. Bukannya saya yang mintak dia yang bagi. Tak salahkan,"

"Memanglah tak salah.. tapi," Idham tidak menghabiskan kata-katanya. Intan Nabila seakan dapat membaca apa yang di fikirkan bakal suaminya itu

"Abang.. antara saya dengan Arif dah tiada apa-apa hubungan. Dalam otak saya nie, dalam hati saya tiada tersimpan apa-apa kenangan manis antara saya dengan dia. So tolonglah jangan mempetikaikan perasaan saya nie.. saya letih sangat. Saya tak tahu macam mana lagi saya nak membuktikan yang saya memang dah tiada perasaan dengan dia,"

Idham sedikit tersentak dengan kata-kata Intan Nabila.. "Abang minta maaf Intan,"

ARIF SAFUAN duduk termangu di atas katilnya. Jam yang tergantung didinding bilik samar-samar menunjukkan waktu 12.30 malam. Sukar untuknya melelapkan mata kerana terlalu memikirkan Intan Nabila

Hatinya di belenggu perasaan menyesal yang begitu mendalam setelah mengetahui bekas isterinya akan berkahwin dan kala itu fikirannya membayangkan jika mempunyai satu kuasa yang mampu mengudurkan masa.

Namun semua itu hanyalah sebuah angan-angan mustahil untuk di gapai. Arif Safuan mengeluh berat. Retinanya menatap gambar intan Nabila bersama Arianna bermandi manda ketika mereka bercuti di cherating. Saat itu dia benar-benar merasa sangat bahagia

"Kenapalah aku nie bodoh sangat.. kenapalah aku nie bodoh sangat!.. kenapalah aku nie bodoh, bodoh, bodoh..," Ucap Arif Safuan berulang-ulang sehingga mengalir air matanya

Setelah berfikir semalam sehingga ke subuh. Arif Safuan telah membuat keputusan untuk memohon cuti selama tiga hari untuk Arianna

Dia ingin membiarkan Arianna menghabiskan masa bersama Intan Nabila sehingga hunjung minggu memandangkan minggu hadapan Kemungkinan bekas isterinya itu akan sibuk menguruskan perkahwinan

Sebaik selesai solat subuh. Arif Safuan tidak sengaja terlena kerana dek terlalu mengantuk.

Jam 6.15 pagi Arianna sudah pun bersiap untuk ke sekolah. Gadis kecil itu melangkah masuk ke dalam dapur. Selepas lampu di nyalakan keningnya bertaut sebaik melihat di atas meja kelihatan kosong, tiada sarapan pagi di sediakan untuknya

Arianna bergegas melangkah menuju ke bilik ayahnya. Sesampai sahaja retinanya melihat pintu bilik ayahnya terkuak sedikit

Dia mengintai di balik daun pintu yang terkuak itu. Arif Safuan terlihat sedang terbaring di atas katil. Arianna menolak daun pintu itu pelahan-lahan kemudian melangkah masuk ke dalam bilik namun setelah melihat ayahnya begitu lena, dia agak keberatan mahu mengejutkan ayahnya itu

Setelah hampir sejam berlalu. Arif Safuan tersedar. Pandangannya sedikit kabur. Tangannya pula meraba-raba mencari Telefon pintarnya di atas tilam namun

"Eh!..," Arif Safuan tersentak terkejut bila tangannya menyentuh tubuh seseorang lalu segera bangkit "Laa.. Ari," Kepalanya di geleng bila melihat Arianna lengkap berpakaian sekolah terlena di sebelahnya

"Ari.. Ari.. ," Lembut suara Arif Safuan mengejutkan Arianna

Pelan-pelan Arianna tersedar lalu menoleh Kepalanya "Papa..,"

"Papa minta maaf.. Papa tertidur,"

"Ari dah terlewat Papa," Balas Arianna masih berbaring

Bibir Arif Safuan tersenyum "Nanti papa call sekolah Ari.. Papa ingat nak mohon cuti untuk Ari selama tiga hari,"

Pelan-pelan Arianna bangun dari baringannya "Kenapa Papa?,"

Sebelum menjawab pertanyaan itu Arif Safuan menghadiahkan dahulu sebuah kucupan kasih pada dahi Arianna

"Papa nak Ari habiskan masa dengan Auntie Intan sampai hujung minggu nie,"

Terbeliak biji mata Arianna memandang ayahnya "Betul ke papa?,"

Arif Safuan mengangguk "Ari tak nak ke?,"

"Ari nak!..,"

"Kalau nak pergilah kemas pakaian Ari cepat.. takut nanti Papa ubah fikiran,"

"Hiss Papa nie..," Dengan pantas Arianna turun dari katil kemudian tergesa-gesa mengayun kakinya ke pintu

"Pukul sembilan kita bertolak,"

"Okay Papa,"

DALAM perjalanan ke melaka. Raut wajah Arianna kelihatan sangat gembira.. bibirnya tersenyum riang dan ada kalanya dia mengikut menyanyi ketika lagu kegemarannya berkumandang di radio

"Papa ingat papa nak belikan Ari handphone,"

"Betul ke papa?," Arianna sedikit tersentak

Arif Safuan mengangguk "Nanti Ari boleh call Auntie intan.. Auntie intan boleh call Ari,"

Arianna menepuk-nepuk tangannya kerana dek terlalu gembira. Sudah lama dia inginkan sebuah telefon pintar namun setiap kali dia meminta, ayahnya enggan membelikannya kerana dia masih terlalu muda

"Terima kasih Papa!,"

"Tertutup sudah pintu pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau,"

Arif Safuan tersentak sebaik mendengar alunan lagu matahari berkumandang di radio keretanya

"Kenapa Papa?,"

"Takde apa Ari.. Lagu nie Auntie intan selalu nyanyi,"

Arianna mengangguk mengerti. Arif Safuan kusyuk mendengar setiap baris lirik di ucapkan sehingga tidak menyedari air matanya berlinangan

Jam di tab Android kereta menunjukkan waktu 12.15 tengahari. Kereta di pandu Arif Safuan memasuki bandar melaka.

Setelah 25 minit berlalu barulah mereka tiba di hadapan deretan bangunan dua tingkat. Arif Safuan memarkirkan keretanya sedikit jauh dari studio Yusniza

Arianna bergegas menanggalkan seatbelt

"Tunggu Papa sayang,"

"Ya Papa,"

Arif Safuan dan Arianna sama-sama keluar dari kereta. Arif Safuan membawa beg pakaian anaknya. mereka berdua menyeberang jalan kemudian berjalan melewati deretan kedai dan pejabat

Arianna mempecepatkan langkah. Arif Safuan hanya mengeleng melihat gelagat anak gadisnya itu

"Ari naik dulu ya Papa..,"

Arif Safuan mengangguk membiarkan Arianna naik terlebih dahulu

Sementara itu di dalam ruangan Studio. Intan Nabila sedang duduk di mejanya kusyuk memeriksa email yang di kirim oleh pelanggan

Tidak beberapa lama kemudian. Retinanya menjeling ke arah pintu studio seakan mendengar suara seseorang

Intan Nabila bangun dari duduknya kemudian melangkah ke pintu

"Mama!!,"

"Ari!!," Mendengar sahaja suara Arianna memanggil, intan Nabila bergegas mengayunkan langkahnya

Pintu studio di buka luas

"Mama," Arianna terus memeluk Bekas ibu tirinya. Bibir intan Nabila tersenyum riang, pelukan Arianna itu di balas dengan erat

"Assalamualaikum..,"

"Waalaikummusalam," Intan Nabila tersentak.. matanya mencerlang memandang Arif safuan sedang tersenyum

"Awak buat apa kat sini?,"

"Saya hantar Ari.. dia cuti tiga hari so saya fikir mungkin lebih baik dia habiskan masa dengan awak sampai hujung minggu nie.. sebab minggu depankan awak dah sibuk,"

Arianna mendongak "Boleh ke Mama?,"

"Tentulah boleh.. Mama gembira sangat Ari datang," Intan Nabila memandang Arif safuan "Masuklah,"

Arif Safuan melangkah masuk ke dalam studio namun dia tersentak apabila intan Nabila mengambil beg Arianna dari tangannya kala itu kulit tangan mereka berdua bersentuhan

"Biar saya simpan beg Ari dalam bilik," Intan Nabila tertunduk malu. Arif Safuan melepaskan tangannya

"Adik tidur ke Mama?,"

"Aah.. jomlah tengok..,"

Intan Nabila dan Arianna sama-sama melangkah menuju ke bilik Airil sementara Arif Safuan masuk ke dalam pantry

Dia duduk di situ bersendirian beberapa detik kemudian Intan Nabila datang.

"Awak nak minum?,"

Arif Safuan mengeleng "Saya tak haus.. Mana Ari?,"

"Dia main dengan Airil,"

"Tadi awak kata dia tidur,"

Intan Nabila ketawa geli hati.. "Airil tu ada perangai pelik sikit.. Dia susah nak menangis kecuali bila pampers dia basah. kalau tak dia diam je,"

Arif Safuan tersenyum mendengarnya "Awak apa kabar?,"

"Alhamdullilah baik je," Jawab Intan Nabila sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Arif Safuan

"Idham tak datang?,"

"Dia balik johor,"

Arif Safuan dan intan Nabila terdiam masing-masing memandang ke arah bilik Airil

"Tahniah intan," ucap Arif Safuan pelan

Seakan nak tak nak Intan Nabila memandang wajah Arif safuan "Terima kasih,"

"Apa kata majlis perkahwinan awak nanti buat dekat hotel saya.. saya sponsor sepenuhnya,"

"Eh tak apa wak.. sebenarnya keluarga saya dah plan nak buat dekat dewan taman saya. Senang nanti tetamu datang,"

Arif Safuan mengangguk faham "Okay jugak tu.. dewan taman tu pun besar. Jangan lupa tau jemput saya," Arif Safuan cuba berseloroh

Intan Nabila tidak menjawab.. retinanya menatap bibir yang sedang terukir senyuman itu..

"Awak memang betul ke suka dengan Kak Yus,"

Arif Safuan tergelak lalu mengeleng "Tak.. saya main-main je,"

"Kenapa nak main-main kalau betul apa salahnya.. tak perlu nak uji perasaan saya,"

Wajah Arif Safuan serta merta berubah.. terpinga-pinga sambil mengelihkan pandangan

"Sekarang nie Yusniza sibuk jaga Bekas suami dia,"

"Jaga bekas suami dia?,"

"Aah. Bekas suaminya sedang sakit sekarang nie. Dia baru je dapat tahu selama nie apa yang belaku pada rumah tangga dia bukan salah suami dia tapi semua tu dari perbuatan orang,"

"Saya tak faham?," Kening intan nabila bertaut

"Mungkin lebih baik awak dengar dari mulut dia sendiri.. saya tak berani nak cerita.. tapi awak jangan salahkan dia. Saya dengan dia memang tiada apa-apa hubungan,"

Intan Nabila mengeluh kesal "Saya tak fahamlah dengan awak nie.. Tiba-tiba nak uji perasaan saya.. Sepatutnya awak yang uji perasaan awak tu bukan saya,"

"Ya.. saya minta maaf,"

"Jujur dengan saya kenapa awak nak uji perasaan saya?,"

Kala itu Arif Safuan hanya mendiamkan diri miskipun hatinya menjerit-jerit ingin berterus terang kepada intan Nabila namun dia tak sanggup memandangkan bekas isterinya itu sudah memiliki insan lain

"Saya dah lewat nie," Arif Safuan bangun dari duduknya sambil melihat jam di tangan "Saya kena balik semula ke KL,"

Intan Nabila mengeleng lagi. kesal sungguh bila Arif Safuan tidak memberikannya jawapan

"Boleh saya tengok Airil sekejap?,"

Intan Nabila mengangguk pelan kemudian mengekori belakang Arif safuan menuju ke bilik Airil

Di dalam bilik itu terbentang tilam tebal. Arianna berbaring di sebelah Airil asyik bermain-main dengan adiknya

Tangan kecil Airil terangkat-angkat memegang tangan kakaknya.. bibir imutnya itu tersenyum manis

"Hai Airil.. Papa datang?," Arif Safuan duduk melutut lalu mengucapkan bismillah dan selawat sebelum tubuh Airil di angkat. Di gendong-gendong tubuh anaknya itu.

Intan Nabila duduk di sebelah kiri sementara Arianna duduk di sebelah kanan.. masing-masing mengukir senyuman bahagia saat melihat Arif Safuan bermain-main dengan Airil

Permadangan itu bagaikan seperti sebuah keluarga yang sedang menikmati kehidupan bahagia.. Namun semua itu hanyalah sementara

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience