Bab 8

Romance Completed 43498

Tergesa-gesa Arif sufian berjalan menuju ke biliknya. Pintu di buka. Arif Safuan masuk ke dalam bilik sementara Intan Nabila pula setelah mendengar ada orang di luar cepat sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik tidur.

"Awak. saya dah tukar baju Ari. bawah dia tu saya lap dengan kain basah je. tak elok kalau biarkan je nanti gatal,"

"Terima kasih banyak-banyak wak. Saya minta maaf kalau menyusahkan awak," Balas Arif Safuan sambil menanggal kasutnya

"Alah hal kecik je. Okaylah saya minta diri dulu.Eh Kejap," Intan Nabila berhenti di hadapan Arif Safuan "Boleh saya tahu siapa atuk mainan tu?,"

Arif Safuan ketawa kecil "Itu kenalan saya tinggal dekat sini. Setiap kali Ari jumpa dengan dia, dia selalu bagi mainan,"

"Oh kenalan awak ada kedai mainan ke?,"

"Ah.. Ah,"

"Oh Ya ke," Intan Nabila ketawa pelan" Abah saya pun ada gerai mainan tapi dululah,"

"Siapa nama ayah awak?,"

"Alah Awak bukan kenal pun. okaylah saya minta diri dulu ya,"

Arif Safuan terangguk-angguk "Terima kasih wak,"

"Sama-sama,"

Setelah Intan Nabila keluar dari bilik. Arif Safuan menghela nafas tenang. Pintu bilik di tutup. Pelan-pelan kakinya melangkah menuju ke bilik tidur

"Bertuah betul anak Papa nie," Kata Arif Safuan pelan sambil duduk di birai katil memerhati anak gadisnya sedang terlena

Satu-persatu butang kemeja di buka. Arif Safuan berdiri namun retinanya terpandang sesuatu tertindih di bawah lutut anaknya

"Eh? Dompet siapa pulak nie?," bisik Arif Safuan setelah mengalih kaki anaknya

Dompet itu di ambil akan tetapi Arif Safuan tidak membukanya sebab dia yakin jika dompet itu milik intan Nabila

"Esok je bagi, tapi kalau dia perasan. kejap lagi dia ketuk pintu tu," kata Arif Safuan sambil menaruh dompet itu di atas meja cermin kemudian masuk ke dalam bilik air

Jam 12. 25 malam. Intan Nabila berhenti di gerai Ramle burger milik rakan sekolahnya tiba-tiba mengidam nak makan burger daging special dah macam orang mengandung

"Weii intan baru balik ke?," tegur pemilik gerai burger apabila melihat Intan Nabila memarkir motorsikal di sebelah gerainya

"Ah.ah,"

"Masyuk lah. sampai jam 12 buat Grab?,"

"Tu siang tadi, nie aku baru balik buat kerja part time," Balas Intan Nabila sambil menolak visor ke atas

"Kat mana?,"

"Hotel Ruby,"

Pemilik gerai terangguk-angguk "Macam biasa?,"

"Macam biasalah fuad,"

Intan Nabila mengambil satu kerusi saat itu hanya dia dan pemilik gerai ada di situ. Gerai pula di buka di sebelah kedai 7-Eleven.

"Wei Intan,"

Intan Nabila menoleh "Ya saya,"

"Kau dengan ikram dah putuskan?,"

"Eh kau nie Fuad mengarut je bila masa pulak aku putus. Aku still lagi dengan dia,"

Fuad rakan sekolah Intan Nabila terpinga-pinga memandang Intan Nabila "Tapi Intan?,"

"Tak payah tapi-tapi lah. Kau nie mudah sangat pecaya kabar dusta. lain kali tanya aku dulu,"

"Aku bukan dengar dari kabar dusta intan masalahnya aku nampak depan mata. Bukan sekali tapi berkali-kali,"

"Nampak apa?,"

Fuad mengeluh pelan "Lupakan jelah,"

"Eh.. Eh?," Intan Nabila berdiri. Teraba-raba poket seluarnya

"Hah dah kenapa?,"

"Dompet aku,"

"Alah no hal lah tu. Burger nie aku belanja,"

"Hisy kau nie fuad," Intan Nabila terus meraba-raba ke semua poket seluarnya "mana pulak pergi dompet aku. Aduhai.. dalam tu dahla ada Ic, lesen bagai boleh pulak hilang,"

Fuad tersengih-sengih memerhati tingkah Intan Nabila "intan?,"

"Apa!,"

"Kalau aku tunjuk sesuatu, kau jangan marah tahu,"

"Hey Fuad dompet aku hilanglah,"

"Kau nie Intan over sangat. Bukan sekali dua dompet kau tu hilang. Nak tengok ke tak nak?,"

"kau jangan nak tunjuk aku benda tak senonoh,"

"Mengarut kau nie, nah ambik burger kau dulu,"

"Nah. simpan je baki tu," Kata Intan Nabila setelah mengambil beg plastik dari tangan Fuad dia terus memberi duit sejumlah sepuluh Ringgit

"Eh tak payah intan. Kan aku cakap aku belanja,"

"Ambil jelah,"

Fuad tersengih-sengih "Sebab tu aku sayang kau intan. kalau aku tak sayang, aku tak akan tunjuk benda tu kat kau,"

"Ada-ada je. mana? cepatlah,"

Cepat-cepat Fuad mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar kemudian menyalakan telefon pintarnya
"Kalau kau dah tengok Intan kau jangan baling handphone aku. Handphone nie aku bayar bulan-bulan,"

"Kenapa pulak aku nak baling handphone kau,"

"Nah tengoklah,"

Intan Nabila mengambil telefon pintar itu dari tangan fuad dan saat itu hatinya tersentak namun raut wajahnya kelihatan tenang hanya keningnya saja yang terangkat

"Sebab tu tadi aku cakap aku nampak berkali-kali. berkali-kali lah aku senyap-senyap tangkap gambar. Ikram bila dah jadi cikgu belagak nak mampos. Setiap kali aku tegur lansung tak balas. Lahabau betul,"

Intan Nabila tenang. ibu jarinya sibuk mentatal skrin telefon. Retinanya kusyuk melihat beberapa gambar ikram bersama dengan seorang perempuan masuk ke dalam 7-eleven begitu mesra

Setelah puas melihat. Intan Nabila menghela nafas tenang lalu menyerahkan kembali telefon pintar kepada pemiliknya

"Aku cau lu Fuad,"

Fuad terangguk-angguk sekadar memerhati Intan Nabila berjalan ke arah motorsikal "Kau okay tak intan?,"

Intan Nabila menunjuk isyarat okay melalui ibu jari di satukan dengan jari telujuk kemudian menghidupkan enjin motorsikalnya

Dalam perjalan pulang. Intan Nabila mengesat-ngesat air mata yang berjatuhan. Dia menangis teresak-esak. Nasib jalan raya menghala ke rumahnya ketika itu kelihatan lengang

KEESOKAN pagi dalam jam 9. Arif Safuan berjalan sambil mendukung Arianna manakala Mizi membantu membawa beg-beg pakaian bossnya itu

Dia harus kembali ke KL selepas menerima panggilan dari Xuan. Rakan bisnesnya itu sudah pun berada di KL untuk berjumpa dengannya

"Oh ya mizi. Nanti awak tolong serahkan dompet nie pada Intan Nabila," Pinta Arif Safuan setelah Arianna masuk ke dalam kereta

"Dompet intan, Mana Encik Arif dapat?,"

"Malam tadi saya terserempak dengan dia so saya minta tolong bawakan Arianna naik ke atas. Nie si comel nie boleh pulak terbuang air kecil dalam kereta,"
Arif Safuan memandang anak gadisnya sedang memuncungkan bibir sambil memeluk anak patung pemberian puan Safura. Matanya di alih semula memandang Mizi
"Dia tertinggal dompet tu dalam bilik,"

"Oh ya ke, okay. Encik Arif jangan risau nanti serahkan pada dia,"

"Nanti kalau ada apa-apa masalah hubungi saya segera. Insya-allah minggu depan saya datang,"

"Baik encik Arif,"

Arif Safuan masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Tali pinggang keledar tempat duduk Arianna di tarik di pakaikan pada anak gadisnya

"Kita pergi jumpa Atuk mainan dulu ya,"

Arianna mengangguk. Rambutnya di usap lembut ayahnya

Perjalanan menghala ke rumah Adlan Hanif hanya mengambil masa setengah jam. Di atas jalan raya pula tidak begitu sesak dengan kenderaan.

Kereta membelok ke kiri memasuki taman perumahan. Kebanyakan rumah di situ hanya rumah setingkat. Kereta di pandu Arif Safuan sekali lagi membelok ke kanan.

Break kereta di pijak tergesa-gesa sehingga mendorong tubuh Arif Safuan dan Arianna ke depan. Sebuah motorsikal berada di laluan bertentangan mujur masing-masing sempat menekan break

Intan Nabila menaikan Visor helmet ke atas lalu menekan padel minyak menghampiri pintu kereta bahagian pemandu sementara Arif Safuan sudah pun menurunkan tingkap kereta

"Eh Encik Arif!,"

"Intan?,"

"Awak buat apa kat sini?," tanya intan nabila membahasakan awak saja dengan Arif Safuan

"Saya nak pergi jumpa kenalan saya sekejap sebelum pulang ke KL,"

"Kenalan awak tu duduk kat taman nie ke?,"

"Ya betul,"

Intan Nabila tersenyum memandang Arianna sedang melambai padanya "Awak parking tepi jap,"

"Awak nak ke mana tergesa-gesa nie Intan,"

"Buat part time. ikutkan saya dah terlewat dah nie," Jawab Intan Nabila kemudian mengalih motorsikalnya di tepi jalan. Setelah itu dia turun dari motorsikalnya terus sahaja melangkah menuju ke arah pintu bahagian penumpang di hadapan

"Ari!..," Intan Nabila melambai di hadapan tingkap sebelum pintu itu buka

"Kak intan,"

"Aloo.. aloo comelnye," Intan Nabila mencium-cium pipi Arianna membuatkan Kanak-kanak itu ketawa kecil "Ari dah nak balik?,"

Arianna mengangguk dengan bibirnya di muncung

"Insya-allah. Kalau kak intan jumpa lagi dengan Ari, Kak belikan mainan untuk Ari ya,"

"Betul,"

Intan Nabila mengangguk "Ya..Ya cayanggg," retinanya melihat jam di tablet kereta "Hiss dah lewat. Kak intan pergi dulu Ari. Ari jangan nakal ya,"

Arianna mengangguk lagi membiarkan pipinya di cium beberapa kali

"Okay wak hati-hati drive keta,"

Belum pun sempat Arif Safuan membalas. Intan Nabila sudah pun menutup pintu kereta. Dia dan Arianna menoleh ke belakang sama-sama melihat Intan Nabila naik di atas motorsikal kemudian meninggalkan tempat itu

"Bye.. bye kak intan," Arianna melambai. Arif Safuan mengusap-ngusap rambut anaknya itu

Padel minyak di pijak semula selepas memasukan gear. Rumah Adlan Hanif hanya beberapa meter sahaja lagi

Adlan Hanif baru sahaja mahu masuk ke dalam rumah tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta berhenti di hadapan pagar rumahnya. Dia menoleh. bibirnya terus tersenyum apabila melihat Arif Safuan membawa Arianna keluar

"Assalamualaikum Bang?,"

"Waalaikummusalam, nak ke mana Arif," tanya Adlan Hanif

"Maafkan saya bang. Saya kena balik KL sekarang. Ada urusan kerja,"

Adlan Hanif menarik nafas pelan "Kalau Arif sampai awal sikit boleh jumpa dengan anak perempuan abang, dia baru je gerak tadi,"

Arif Safuan tersenyum kemudian alisnya bertaut. Dia memandang ke arah laluan ketika dia terserempak dengan intan

"Anak abang nama Intan Nabila ke?,"

Adlan Hanif terangguk-angguk "yelah. Arif kenal ke?,"

"Kenal. Kak intan," Arianna yang sedang di dukung ayahnya menjawab

"Ah ah kenal bang. Dah dua hari saya jumpa dia. Sekarang nie dia buat part time kat hotel saya,"

Raut wajah Adlan Hanif berubah ceria "Betul ke. Hah macam mana Arif berkenan tak?,"

"Eh abang nie ke situlah pulak,"

"Kalau berkenan bagitahu abang. Abang boleh bagitahu Intan. korang berdua kawin je," Balas Adlan Hanif tanpa segan silu meluahkan niatnya

"Jangan bang. Saya kenal dia baru dua hari. Perasaan pun takde. Tak boleh main kawin je nanti jadi macam perkahwinan saya yang petama,"

Adlan Hanif sedikit tersentak "Betul juga tu,"

"Saya minta maaf Bang. Kalau ada jodoh tak kemana pun kan,"

TAMAT saja sesi persekolahan. Ikram membonceng motorsikalnya untuk pergi ke sebuah kedai menjual kereta terpakai terletak di jalan Munshi

Sejak dia berada di sekolah tadi banyak tempat yang sudah di survey melalui online dan dia berkenan sebuah kereta Honda CR.V tahun 2017 berwarna biru

Ikram memarkir motorsikalnya di hadapan kedai. Seorang lelaki cina agak berusia sudah menunggunya di depan pintu

"You Encik Ikram ka?,"

"Ya. ya saya," jawab ikram sambil menanggal helmetnya

"Okay mari ikut saya tengok Keleta,"

"Mr Lim saya tiada payslip gaji. saya baru je kerja,"

"Aiyaa.. wa sulah cakap. itu talak perlu. janji you ada surat pengesahan you puya jawatan. itu sulah cukup loo. Tapi itu muka puya duit kena kencang looo,"

"Berapa Mr Lim?,"

"Mari tengok keleta dulu loo.. baru hati senang mau bincang,"

Ikram mengekori lelaki cina itu melewati beberapa kereta terpakai pelbagai jenis dan jenama.

"Ini you punya kereta,"

Kening ikram terangkat apabila melihat Honda CR.V berwarna biru di hadapannya

"Cantik,"

"Mesti cantik looo.. kalu buluk wa tarak letak sini looo sana luar tong sampah looo,"

Kepala Ikram terangguk-angguk sambil melihat di sekeliling kereta tersebut

Lelaki cina itu membuka ke semua pintu lalu menerangkan kepada Ikram keadaan luar dan di dalam kereta sebelum dia menerangkan keadaan enjin pula

"Harga berapa Mr Lim?,"

"90 ribu Ringgit sulah murah loo, kalu lu survey mana-mana tempat lu tak akan jumpa ini harga loo,"

Ikram mengurut-gurut dahi. Harga kereta terlalu mahal. tetapi hatinya sudah lama berkenan dengan kereta tersebut. Pernah sekali dia naik kereta pensyarahnya dengan model yang sama dan di ketika itulah dia begitu meminati kereta model itu

"I punya gaji boleh lepas ke buat loan?,"

"Boleh maa.. you cikgu basic besar banyak alaun confirm lepas puya loo,"

"Berapa banyak duit muka you mahu,"

"30 puluh ribu talak boleh kurang mesti ngam-ngam,"

"30 puluh ribu?,"

SELEPAS melihat kereta, ikram duduk termangu di dalam kedai mamak bersendirian. Kakinya tergoyang-goyang sambil memikirkan cara mencari wang sebanyak 30 ribu. Jika dia meminta pada ayah dan ibunya sudah tentu ayah dan ibunya tiada duit sebanyak itu.

"Tak akan aku nak pinjam dengan Along, gila ke apa. itu cari penyakit. Aduh macam mana nie,"

Ikram mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal. Skrin telefon di tatap seketika. Retinanya melihat sebuah pesan baru masuk di dalam whatAspp

"Siapa pulak nie," Ibu jarinya menekan tombol whatAspp "Intan?,"

Ikram menghembus nafas dengan kuat. Kakinya semakin kuat bergoyang-goyang

"Nasib kaulah intan. Aku dah putus dengan kau. tapi kau cari aku lagi. sekarang nie aku nak sangat pakai duit,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience