Bab 16

Romance Completed 43498

"Makkk. Jadi tak pakcik Apul ambik kita esok?,"

Puan Safura yang sedang memotong bawang di dapur tidak menghiraukan pertanyaan Intan Nabila, memandang anaknya itu pun tidak.

Intan Nabila melangkah terenjut-enjut menghampiri meja makan "Mak. Mak marahkan intan lagi?,"

Puan Safura berdengus "Kalau intan nak pergi, Pergi je. Mak dengan ayah tak nak pergi sebab Mak malu intan. Ada ke patut intan pergi bagitahu kawan-kawan intan. Ikram sanggup jadikan intan isteri kedua. Intan tau tak apa yang intan cakap tu dah sampai ke telinga keluarga ikram,"

"Itu kan kehendak ikram mak, lagi pun tak salah jadi isteri kedua. janji perkahwinan tu sah,"

"Intan!," Puan Safura menghempuk meja. Mengejutkan Intan Nabila sehingga terangkat bahu gadis itu

"Intan tak tau malu ke!. Intan tahu tak. Mak ikram call mak semalam marahkan intan. Dia suruh intan jangan datang ke majlis tu esok,"

"Apa masalah dengan mak ikram tu, dah itu kehendak ikram. Buat apa dia nak halang,"

Puan Safura mengeleng-geleng kepala sambil hatinya beristighfar, kesal sungguh dengan sikap degil anak gadisnya

"Suka hati kamulah intan. Mak tak nak masuk campur. Intan pergilah ke majlis tu. Mak dah letih layan perangai kamu. Muka tak tahu malu,"

Intan Nabila terdiam terkilan dengan sindiran ibunya dengan bibir terketar-ketar. Hatinya merajuk. Lantas pelahan-lahan kakinya di ayun keluar dari ruang dapur

"Maafkan mak intan," Ucap Puan Safura dengan perasaan kesal atas kata-katanya tadi "Ibu cuma bimbang Intan kena tipu lagi," ucapnya lagi dengan kelopak mata yang bertubir

Intan Nabila melangkah menuju ke pintu biliknya. Sebaik sahaja tangannya mahu memulas tombol pintu Kedengaran nada dering telefon pintarnya di dalam bilik

Dengan tergesa-gesa daun pintu di buka. Kakinya di ayun laju ke arah katil.

"Ikram," Bibir Intan Nabila melirik melebar apabila nama Sayang tertera di skrin

"Hello ikram,"

"Kau kat mana intan!,"

Intan Nabila tersentak dengan nada begitu tinggi di hujung talian

"Kat rumah,"

"Aku tak boleh nak ke sana jumpa kau. Aku nak kau datang sini,"

"Kenapa ikram marah-marah nie. Intan ada buat salah ke?,"

"Aku nak kau datang sini jumpa aku sekarang,"

"Jumpa kat mana?,"

"Hotel Ruby. Kau jumpa aku kat belakang bangunan. Sekarang jugak aku nak kau datang,"

Intan Nabila terpinga-pinga setelah ikram menamatkan panggilan. Kepalanya di geleng pelan. Ada garis kebimbangan di raut wajahnya.

"Tak akan ikram marah pasal aku bagitahu aku rela di jadikan isteri kedua," bisik hati intan Nabila yang mulai gelisah

Tiga hari yang lepas dia ada melepak dengan Azlan, tahar, Seha dan Eton di sebuah restoran mamak di berdekatan sungai melaka. Tahar dan Azlan suka mengusiknya tentang perkahwinan Ikram. Ketika itu dia tidak sengaja memberitahu pada kawan-kawannya tentang keinginan ikram mahu menjadikannya isteri kedua namun secara tiba-tiba kata-katanya itu tersebar sehingga sampai ke telinga ayah dan ibunya.

Intan Nabila mengeluh. Pelan-pelan dia bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi sebelum keluar berjumpa dengan ikram

JAM 3 petang Intan Nabila keluar dari rumahnya membonceng motorsikal yang sudah di baik pulih atas bantuan Azlan dan Tahar ketika dia masih berada di hospital

PADEL minyak di pulas. Motorsikal scooter jenis Honda PCX menyusur laju menuju ke arah pinggiran bandar melaka

Tidak sampai setengah jam Intan Nabila sudah pun sampai di hotel Ruby. Dia membonceng motorsikalnya masuk ke laluan belakang bangunan hotel

Setiba sahaja di belakang bangunan itu. Kelihatan kelibat ikram berbaju melayu sedang berdiri di tepi pintu sedang menunggunya membuatkan hati intan Nabila berdebar-debar

Intan Nabila memarkir motorsikal di sebelah ikram lalu menanggal helmetnya. Belum pun sempat dia berkata apa-apa, tangannya terus di tarik ikram masuk ke dalam bangunan.

Dalam keadaan terenjut-enjut. Intan Nabila membiarkan saja ikram terus menarik tangannya ke arah pintu kecemasan

Beberapa perkerja store ketika itu pula sedang leka melakukan perkerjaan masing-masing sehingga tidak perasan kelibat Ikram bersama dengan Intan Nabila di situ namun ada seorang lelaki secara kebetulan melihat kelibat mereka berdua di situ lalu diam-diam mengekori

"Tangan intan sakit ikram," Ucap Intan Nabila sejurus sahaja mereka berdua masuk ke ruangan tangga kecemasan itu

Ikram berdengus geram segera melepaskan tangan Intan Nabila kemudian berdiri berhadapan gadis itu

"Mengapa nie ikram?," tanya intan nabila dengan degup jantung yang laju

"Kau boleh pulak tanya aku mengapa, lepas kau sebarkan berita yang aku nak jadikan kau tu isteri kedua,"

"Tak.. bukan intan," pantas Intan Nabila menyangkal tuduhan itu

"Habis tu siapa yang sebarkan kalau bukan kau intan. Cuma kau dengan aku je yang tahu tentang tu,"

"Tak.. bukan intan, tolonglah pecaya,"

Ikram mengeleng dengan kedua tangan mencekak pinggang
"Kau dengar sini Intan. Kau tahu tak apa yang kau sebarkan tu dah sampai ke telinga keluarga aku tapi nasib baik tak sampai ke telinga bakal isteri aku. Esok aku nak, kau jangan datang ke majlis aku. kalau aku nampak batang hidung kau. Siap kau,"

Intan Nabila mengangguk-angguk mengerti walaupun hatinya terkilan ikram seperti mengugut "Pecayalah intan ikram, bukan intan yang sebarkan cerita tu,"

Ikram mengeluh geram dengan tatapan tajam "Biar aku berterus terang dengan kau intan. Aku sebenarnya takde niat langsung nak jadikan kau tu isteri aku. Jangankan jadi isteri nombor dua. Nombor tiga, nombor empat pun kau tak layak,"

"Tak.. tak. tolonglah jangan cakap macam tu ikram. Intan bersumpah. Bukan intan yang buat. tolonglah pecayakan pada intan," Sangkal Intan Nabila lagi bersungguh-sungguh sehingga terjenket jenket kakinya

"Cukup Intan.. aku dah tak perduli dengan semua tu. Mulai sekarang nie antara aku dengan kau dah takde apa-apa hubungan. So pleaselah, kau jangan ganggu aku lagi,"

Intan Nabila terdiam dengan keadaan tubuh terketar-ketar sambil menatap sayu wajah ikram. Mahu sahaja dia menangis, meraung, menjerit tetapi dia masih berfikiran waras kerana dia sedar ketika ini dia sedang berada di dalam hotel Ruby.

"Apa salah saya ikram, sampai awak buat saya macam nie. Selama 10 tahun saya mencintai awak. Setia pada awak, Saya berkerja siang dan malam semata-mata mahu membantu awak berjaya supaya satu hari nanti awak mampu mengahwini saya walaupun saya tahu awak berkali-kali menipu saya tetapi penipuan awak tu bagaikan kebenaran yang masuk ke dalam telinga saya sebab saya terlalu mencintai awak," Intan Nabila terdiam sejenak. Hatinya semakin bosan. Kian lelah meranduk perasaan yang asyik bergolak "Baru kali ini saya merasa letih asyik berkorban untuk awak. Tapi apa yang saya dapat,"

"Masalahnya kau tu yang terhegeh-hegeh dengan aku. Setiap kali kita putus kau selalu ganggu aku,"

Intan Nabila terangguk-angguk "Intan menganggu sebab intan terlalu cintakan ikram.Tapi setiap kali ikram cari Intan, ikram hanya mahukan duit dari Intan,"

Ikram tersenyum sinis "Habis tu sekarang nie kau nak mengunkit pasal duit 30 ribu ringgit tu. Pasal kau tolong aku sebelum nie. Hey intan, Lepas aku kawin dengan anak datuk. Jangankan 30 ribu lebih daripada tu pun aku mampulah bayar duit tu semula,"

Intan Nabila mengeleng-geleng kepala. Dia bukanlah jenis wanita yang suka mengunkit.
"Tak usah bayar. Anggap saja duit itu hadiah perkahwinan Irfan,"

Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya. Intan Nabila sempat menghadiahkan satu senyuman hambar jelas terpaksa sebelum kakinya melangkah terenjut-enjut ke arah pintu dengan hati yang pasrah

DI balik kotak yang tersusun meninggi. Arif Safuan bersembunyi. Retinanya memerhati intan Nabila melangkah terenjut-enjut ke arah pintu keluar. Dia sempat memasang telinga di balik pintu kecemasan tadi kemudian retinanya teralih melihat seorang lelaki keluar dari pintu kecemasan dengan senyuman mengejek sambil memandang Intan Nabila

Hati Arif Safuan tiba-tiba menjadi geram. ikutkan hatinya mahu saja dia meluru ke arah ikram dengan melepaskan satu tumbukan pada wajah yang sedang tersenyum mengejek itu namun sedaya upaya dia menahan amarahnya

Intan Nabila bernafas panjang dengan langkah terenjut-enjut. Air matanya sudah pun berjatuhan deras lantas di kesat rakus. Tidak mahu meninggalkan sebarang kesan sama ada di kelopaknya atau di pipi. Sepanjang dia melangkah tidak sepatah pun suara tangisan atau esak yang muntah dari mulutnya

"Penatnya," Ucap Intan Nabila sayu sambil merenung ke kaki langit yang ber-awan cerah tanpa menyedari sepasang mata sedang memerhatikan nya

Kelopak mata Arif Safuan bertubir sedih. Dia mengesat air mata. Berasa kesihan melihat pilunya wajah Intan Nabila memandang ke langit

PUAN hasimah ibu kepada ikram kelihatan melangkah mundar-mandir di hadapan pintu dewan dengan raut wajah resah. Sebaik sahaja dia melihat kelibat ikram. Cepat-cepat kakinya di ayun menghampiri anak lelakinya itu dan sempat menjenguk ke dalam dewan terlebih dahulu

"Hah macam mana? Ikram dah cakap ke pada Intan?,"

"Dah. Mak tak usahlah risau lagi. Saya dah bagi amaran kat intan supaya jangan datang esok,"

"Hiss," Puan hasimah menepuk bahu anaknya geram "Dari dulu mak dah pesan pada ikram supaya jangan layan intan tu lagi. Tapi ikram degil. Macam mana kalau Linda dengar pasal tu,"

Ikram mengeluh panjang "Biar jelah dia dengar mak. Lagi pun dia yang terhegeh-hegeh nak kawin dengan ikram,"

Mendengar sahaja ucapan itu. Puan hasimah menjadi geram lantas tangannya menepuk-nepuk mulut anaknya itu

"Apa nie mak,"

"Mulut kau tu jaga sikit ikram. tengok dulu kiri dan kanan kau bila nak bercakap, jangan sampai ahli keluarga Linda ada yang mendengar. Bakal isterinya kau tu datang dari keluarga yang terpengaruh bukan macam keluarga intan,"

"Ya mak... Ikram sedar siapa keluarga Linda tu,"

Puan hasimah tersenyum senget. Dia memandang kiri dan kanannya lalu mulutnya membisikan sesuatu ke telinga ikram

"Tadi bakal ayah mertua ikram bagi mak duit,"

"Duit. Untuk apa?,"

"Mak yang mintak. Mak bagi alasan nak buat kenduri kat rumah kita. Yelah bukan semua jiran kita, kita boleh jemputkan,"

"Mak betul-betul nak buat kenduri ke?,"

Puan hasimah menyenget pipi kirinya ke atas "Tentulah tak,"

Ikram ketawa kecil "Berapa dia bagi mak?,"

"5000 ribu ringgit,"

"Banyak jugak," Ucap Ikram lantas lengan ibunya di rangkul manja "Mak jangan lupa bagi Ikram sikit duit tu. 2000 pun jadilah. Ikram nak buat belanja untuk honeymoon,"

"Ya.. nanti mak bagi,"

ARIF safuan menoleh ke kanan dan ke kiri walaupun saat itu dia sedang membonceng motorsikal yang di pinjam dari salah seorang perkerja store kerana mahu mengekori Intan Nabila namun setelah mengekori agak lama tiba-tiba sahaja motorsikal di bonceng intan Nabila hilang dari pandangannya

"Mana intan nie, tadi ada depan aku. Mana pulak dia pergi," bisik Arif Safuan cemas. Dia mempelahankan kelajuan motorsikal menyusuri laluan tepi bagi memberi ruang kereta di belakang memintas

Setelah beberapa detik berlalu Motorsikal di bonceng Arif Safuan menyusuri laluan berhampiran taman berdekatan dengan sungai melaka tempat pengunjung selalu beriadah tanpa di sangka retinanya terpandang motorsikal intan nabila di parkir di kawasan itu tanpa kelihatan kelibat pemiliknya

Tanpa membuang masa Arif Safuan mempecepatkan kelajuan motorsikal mencari laluan masuk ke kawasan taman.

Di sisi lain pula. Intan nabila duduk di bangku di bawah pohon yang rendang. Dengan tatapan kosong ke arah sungai melaka dan ketika itu Kedengaran suara pilunya menyanyikan sebuah lagu dengan nada yang sebak

"Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan wak..?..,"

"Amboi.. berbual dengan matahari ke?,"

Intan Nabila terkejut teruk sehingga terangkat bahunya. Pantas dia menoleh melihat suara yang menegur

"Awak!,"

Arif Safuan tersenyum memandang Intan Nabila kemudian pandangannya di alih melihat ke arah matahari yang semakin jatuh ke ufuk barat

"Matahari ada jawab tak?," Tanya Arif Safuan sengaja bergurau

Intan Nabila tersenyum hambar memandang Arif safuan lalu mengangguk "Ada,"

Kening Arif Safuan berkerut. Punggungnya di labuhkan di sebelah Intan Nabila "Betul ke?,"

"Awaklah matahari tu,"

Arif Safuan ketawa kecil "Betul lah tu, saya nie cuma layak jadi matahari je berbanding bulan yang selalu di rindui,"

Intan Nabila tersentap namun dia mendiamkan diri sambil menatap wajah tampan di sebelahnya "Awak dari mana?,"

"Tadi saya dalam perjalanan nak balik ke hotel. Kebetulan saya nampak motorsikal intan parking kat depan tu," jawab Arif safuan sengaja berbohong

"Awak ingat lagi motorsikal saya?,"

"Bukan setakat saya ingat motorsikal intan, tuan motorsikal tu pun selalu saya ingat,"

Arif Safuan menoleh. renungan mereka berdua bertembung. Masing-masing melirik senyuman namun hambar

"Saya rasa penat sangat wak,"

Arif Safuan menghela nafas tenang. Dia mengerti maksud intan Nabila itu
"Kalau intan penat, intan berehat. Cukuplah mengejar sesuatu yang bukan milik intan lagi. Kadang-kadang dalam hidup kita nie intan, kita kena terima kenyataan. Bukannya semua yang kita usahakan akan memberi pulangan yang kita harapkan. Mungkin untuk sementara intan akan merasa sakit. Tapi lama-kelamaan intan pasti akan melupakan semua tu,"

"Siang dan malam saya berkerja wak, tidak kira panas ataupun hujan semata-mata mahu membantu lelaki yang telah menyelamatkan nyawa saya. lelaki yang saya cintai selama 10 tahun, tapi apa yang saya dapat," ucap Intan Nabila dengan nada sebak

Arif Safuan mengangguk. Sejujurnya dia mahu mengunkap betapa dia mencintai intan Nabila namun bimbang jika isi hatinya di tolak. Dia tidak mahu kelihatan seperti orang bodoh hidung tak mancung pipi pula tersorong sorong

"Itu terpulang pada diri intan mahu terima kenyataan atau pun tidak. lagi pun saya tiada hak untuk mencampuri urusan hati intan. Sebab saya pernah beri nasihat pada intan. Tapi saya sedar bertapa dalamnya cinta intan pada lelaki tu,"

"Apa yang saya perlu buat wak, saya tak sanggup kehilangan dia,"

Arif Safuan menatap wajah sayu di sebelahnya walaupun hatinya kala itu sedikit terusik dengan perasaan cemburu dan geram

"Kalau intan betul-betul tak sanggup kehilangan lelaki tu. Apa kata esok intan pergi ke majlis perkahwinan tu,"

"Untuk apa?,"

"Intan pergi jumpa dengan lelaki tu, suruh dia batalkan perkahwinan. Kalau dia tak nak. intan ugut dia. Intan akan buat laporan polis tentang kemalangan tu kemudian intan ugut dia, intan akan bagitahu pada keluarga pengantin tentang kereta yang di milikinya sekarang adalah hasil dari duit pemberian intan," Jawab Arif Safuan hanya berupa saranan dan sekadar mengemuka pendapat

Intan nabila mengeleng-geleng kepalanya "Saya tak berani wak,"

"Kalau intan tak berani. Lupakan je lelaki tu,"

Intan Nabila mendiamkan diri. terus berteleku bodoh. Mana mungkin dia berani menghalang majlis perkahwinan yang sedang berlansung. Itu akan membuatkan ikram semakin benci kepadanya

Arif Safuan berpaling. dia merenung intan Nabila lagi. "Keputusan di tangan intan. Saya bukannya memaksa atau menyuruh intan melakukan kejahatan. Tapi andai kata perkahwinan itu di teruskan. Intan perlu terima kenyataan. Lelaki itu bukan lagi milik intan," Arif Safuan melihat jam di tangannya "Maafkan saya intan, saya kena pergi sekarang. Saya nak balik kuala lumpur,"

"Esok awak datang tak?,"

Arif Safuan mengeleng lalu bangun dari duduknya "Beranikan diri awak intan. jangan sampai dia dah kawin esok, Intan baru nak menyesal. Bukan susah pun nak halang perkahwinan tu. Ikut je apa yang saya sarankan tadi,"

Intan Nabila bangun dari duduknya. Dia berdiri berhadapan Arif Safuan dengan raut wajah bersemangat

"Baiklah wak, saya akan cuba,"

Arif Safuan tersenyum hambar tanpa berkata sepatah pun setelah itu dia memalingkan badan lalu melangkah pergi meninggalkan Intan Nabila di situ

"Semoga berjaya intan,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience