Bab 18

Romance Completed 43498

Merah padam wajah Intan Nabila menahan malu apabila para tetamu yang hadir mula memberi perhatian padanya. Ada yang bangun dan ada juga yang sanggup datang ke depan semata-mata mahu melihatnya sementara Mizi pengurus hotel Ruby melaka yang sedang berdiri dengan sahabat baik Intan Nabila, Eton yang baru sahaja masuk ke dalam dewan turut terkejut dengan pengakuan Arif Safuan itu

"Itu Intan'kan?," tanya Mizi

Eton yang masih terkejut hanya mengangguk pelan

"Bertuahnya kawan kau Eton,"

Enton tersenyum. Tiada sedikit pun dia merasa cemburu malahan dia begitu gembira dengan berita tersebut.

"Dia memang layak dapat semua tu," jawab Eton wajahnya terharu

"HISS malunya aku. Biar betul Arif nie. Kenapa dia pilih aku," Bisik hati intan Nabila. Tangannya di ramas-ramas kerana tidak selesa di tambah lagi dengan keadaan bahunya masih di peluk Arif Safuan

"Congratulations,"

Kedengaran pelan ucapan masuk ke dalam gegendang telinga kiri Intan Nabila. Pantas dia menoleh "Thank you," Segera di Jawab dengan senyuman terketar-ketar. Xuan Lee membalas senyuman

Sebaik sahaja Arif Safuan menyerahkan kembali microphone kepada pengacara majlis. Tangannya menepuk bahu Intan Nabila.

Intan Nabila menoleh pula memandang Arif Safuan

"Intan dah makan?,"

Intan Nabila mengeleng. Arif Safuan memandang Saiful saad ketika itu sedang melihat ke arah meja Vip

"Ayah kau Arif," Kata Saiful saad. Jarinya menunjuk ke arah meja Vip

Raut wajah Arif Safuan tampak tenang namun tidak teralih wajahnya untuk memandang ke situ dan lain pula dengan Intan Nabila terus sahaja memandang ke arah meja Vip. Datuk Rasyid ishak sedang berdiri melambai padanya. Kakinya serba salah ingin melangkah takala tangan Arif Safuan masih di bahu

"Takde meja lain ke pakcik?," Tanya Ari Safuan sambil memerhati sekitar dewan

"Rasanya takde Arif. Ramai lagi tetamu kat luar sana tengah tunggu meja kosong,"

"Arif Why don't we just sit there?," Xuan Lee mencelah "I'm starving,"

Arif Safuan menghela nafas berat seboleh-bolehnya dia tidak ingin bersua muka dengan ayahnya namun sekarang dia tiada pilihan. Dalam masa yang sama tingkahnya itu di perhati Intan Nabila. Arif Safuan tersenyum memandang wajah polos bakal isterinya

"Okaylah. Kita duduk jelah kat sana. Oh ya. Intan. Ini kawan baik saya dari China Xuan Lee panggil je dia Xuan,"

Intan Nabila memaling badannya mengadap Xuan lee "Hai Xuan, saya intan Nabila,"

"Hai Intan nice to meet you,"

"Me too," Intan Nabila tersenyum

"Kenapa tunggu kat sini lagi. Silalah Encik Arif kami dah sediakan meja untuk tetamu Vip," Tiba-tiba Puan hasimah mencelah dengan senyuman di buat-buat

"Terima kasih makcik. Mari Xuan, pakcik," Arif Safuan menurunkan tangan dari bahu intan Nabila "Jom intan,"

Intan Nabila memandang Arif Safuan sebaik sahaja kakinya melangkah, entah mengapa secara spontan tangannya memegang tangan lelaki itu

Sementara di atas pentas pelamin Ikram diam-diam mengetap gigi. Retinanya tidak lepas memandang ke arah Intan Nabila. Hatinya mula terselit rasa cemburu yang mebuak-buak tanpa dia sedari Isterinya sedang memerhati gelagatnya

"Abang tengok siapa tu sampai muka dah macam tu?," Tanya Linda hairan

Ikram menyenget bibir. Retinanya menjeling "Tengok lelaki tulah," jawab ikram bersahaja kemudian melabuhkan punggungnya semula di atas pelamin dengan riak wajah tidak berpuas hati

"Abang marah ke?,"

"Kenapa pulak saya nak marah. kan dia bagi kita hadiah,"

"Dia bukan setakat bagi hadiah. Majlis nie pun dia yang sponsor. okaylah tu,"

"Habis tu awak nak suruh saya pergi sana. Salam tangan dia lepas tu cium," Nada suara Ikram sedikit meninggi hanya di dengari Linda yang sudah pun duduk di sampingnya

"Kenapa dengan abang nie. Tiba-tiba marah,"

Ikram melepaskan nafas geram. Retinanya menjeling ke arah Intan Nabila sedang memegang tangan Arif Safuan. Berderau darahnya menahan rasa cemburu semakin membuak-buak

"Tengoklah tu.. Kaya tapi nak kawin dengan perempuan tempang," Ucap Ikram sengaja mengejek bagi menyedapkan hatinya

"Tapi boleh tahan juga cantik," Balas Linda pula bersahaja menambahkan lagi perasaan cemburu suaminya

Sementara di meja Vip pula. Puan Hasimah beria-ria melayan Intan Nabila sehingga sanggup menarik kerusi untuk gadis itu. Intan Nabila hanya membiarkan sahaja tidak mahu menyombong walaupun hatinya masih bebekas dengan hinaan ibu ikram

Bibir Datuk Rasyid ishak tersenyum lebar melihat intan Nabila duduk di sebelah anaknya. Saiful saad duduk di sebelah kiri Xuan lee di pisahkan satu kerusi kosong seolah-olah ada dua kelompak duduk berasingan

"Pakcik tak tau pula kalau intan bakal menantu pakcik," Kata Datuk Rasyid ishak

Arif Safuan tersengih senget tanpa memandang ayahnya "Perlu ke Datuk tau,"

Intan Nabila mengerling Arif Safuan. Terkejut dengan jawapan lelaki itu

Ucapan yang ringkas itu cukup membuatkan Datuk Rasyid ishak sedikit terkilan. Datuk yusof, Tan seri Borhan hanya diam memerhati. Puan seri Sarbiah sejak tadi memandang Arif Safuan seperti ada sesuatu yang ingin di tanya

"Awak. Kenapa cakap macam tu?,"

Arif Safuan tersenyum memandang Intan Nabila sebelum menghela nafas panjang

"Intan. Kenalkan sebelah intan, Puan seri Sarbiah, Tan seri Borhan, Datuk yusof. Datuk Rasyid ishak,"

Intan Nabila memandang lalu menuduk setiap kali Arif Safuan mempekenalkan tetamu yang duduk di meja itu namun tiada balasan dari tetamu-tetamu itu kecuali Datuk Rasyid ishak membalasnya dengan senyuman lebar

"Do they have a relationship with you?," tanya Xuan Lee

"No," Jawab Arif Safuan bersahaja

"don't joke with me that's your father right?," Xuan Lee menunjuk ke arah Datuk Rasyid ishak

"That's right, but their relationship is not close," Bisik Saiful saad pelan di telinga kanan Xuan Lee

"Seriously?," Xuan Lee sedikit terkejut

Saiful saad mengangguk beberapa kali "So.. How much is the investment budget in Sabah?," Tanya Saiful saad sengaja mengubah topik perbualan

"Maybe almost 50 Billion,"

"Wow banyaknya. do you want to build a city there?,"

Xuan Lee ketawa kecil "Maybe,"

Datuk Rasyid ishak memasang telinga mendengar begitu juga Datuk yusof dan Tan seri Borhan turut berminat mendengar satu rahsia pelaburan dari perbualan Xuan Lee dan Saiful saad

Xuan lee menepuk bahu Arif Safuan "Tomorrow I will go back to China.I want you to manage the search for contractors here, just the name of the company and I will choose it later

"Hey.. tolonglah jangan suruh saya. I'm busy you know,"

Xuan Lee mengalih pandangannya ke arah Intan Nabila lalu ketawa kecil "I'm sorry. I'm forgot you want marry,"

"Mr Xuan Lee?," Tiba-tiba Datuk Rasyid ishak mencelah

"Yes,"

Arif Safuan mengerling sekilas ke arah Ayahnya namun tidak menghalang Xuan Lee berbual dengan ayahnya itu

"Awak?," Intan Nabila merapatkan tubuhnya pada tubuh Arif Safuan

"Ya saya,"

"Betul ke awak nak kawin dengan saya?," bisik intan Nabila pelan

Arif Safuan mengangguk sebelum menjawab "Ya betul,"

"Tapi kenapa wak?,"

Arif Safuan tersenyum manis kemudian mendekatkan wajahnya ke arah telinga kanan Intan Nabila "Sebab saya cintakan Intan,"

Merah padam terus wajah gadis itu apabila mendengar jawapan Arif Safuan. Intan Nabila hanya diam. Dia menoleh memandang Arif Safuan seketika. Tidak sanggup bertentang mata dengan mata yang sedang galak masih merenungnya cepat sahaja dia mengalihkan pandangan ke persekitaran

Xuan Lee dan Datuk Rasyid ishak sudah rancak berbual turut di sertai Datuk yusof bersama Tan seri Borhan. Pelayan datang menghidangkan juadah sambil di bantu Puan hasimah

"Nanti balik saya hantar ya,"

"Saya nak naik Grab," Intan Nabila menyenget bibirnya

"Janganlah Intan biarlah saya yang hantar,"

"Tak nak," Intan Nabila mengalih wajahnya. bibirnya mengorak senyuman sengaja mengusik

"Janganlah macam nie intan. Tak lama lagikan kita nak jadi suami isteri,"

Cepat saja intan Nabila menoleh semula memandang Arif Safuan "Saya tak cakap pun saya sudi jadi isteri awak,"

Arif Safuan tenang mendengar jawapan itu lalu mengeluh pelan namun saat dia mahu bangun Intan Nabila menarik tangannya

"Awak nak pergi mana?," berkerut kening Intan Nabila memandang Arif Safuan

"Saya nak bagitahu tetamu kita tak jadi kawin,"

"Aduh!," rintih Arif Safuan pelan bila pingangnya di cubit Intan Nabila

"Awak jangan nak mengada-ngada,"

Intan Nabila mengetap gigi dengan menjeling kemudian memeluk tubuh. Arif Safuan tersengih-sengih sambil menunduk. Jarinya sempat mencuit pinggang Intan Nabila

"Saya minta maaf sebab tak bagitahu," ucap Arif Safuan pelan

Intan Nabila senyap sengaja tidak mahu menjawab

"Maafkan saya," ulangnya

Intan Nabila memaling badan sehingga dia duduk mengadap Arif Safuan "Kenapa nak minta maaf?,"

Arif Safuan pula tidak menjawab tidak juga memandang Intan Nabila. Entah mengapa hatinya merasakan wajah Intan Nabila ketika ini begitu cantik dari penglihatannya

Intan Nabila mengeluh pelan. Wajah yang sedang menunduk itu di renung seketika "Awak, sebenarnya saya terharu. Tak sangka awak masih mahu menerima saya, walaupun keadaan saya macam nie," ucapnya pelan dan tersekat-sekat

Pantas Arif Safuan mengankat wajahnya semula ketika mendengar ucapan Intan Nabila

"Arianna siapa jaga Arif?," tiba-tiba Puan Seri Sarbiah bertanya

Arif Safuan mengalih pandangannya begitu juga intan Nabila sama-sama memandang Puan seri Sarbiah

"Zilla," Ringka jawapan Arif Safuan

Puan seri Sarbiah mengangguk sebelum mengeluh. Tiada lagi pertanyaan atau soalan hanya riak wajah kecewa yang terpapar di wajah wanita itu

Intan Nabila terpinga-pinga hairan masih memandang puan Seri Sarbiah. Hatinya tertanya-tanya mengapa wanita itu menayakan tentang Arianna

"Itu nenek Arianna,"

"Hah!," Pantas intan Nabila menoleh memandang Arif Safuan

Arif Safuan tersenyum mengangguk

"Itu nenek Ari?," Pelan Intan Nabila bertanya dengan mata terbeliak

Arif Safuan mengangguk lagi walaupun saat itu dia mahu ketawa bila melihat riak wajah intan Nabila

Intan Nabila terpaku diam. Bulu romanya terasa bangkit. Seluruh tubuhnya bagaikan mengigil kesejukan. Anak matanya diam-diam menjeling ke arah wajah sombong yang sedang duduk di sebelah puan seri Sarbiah

"Aku duduk dengan bekas mertua Arif. Biar betul," Bisik hati intan Nabila kemudian mencubit pinggang Arif Safuan

20 minit berlalu. Pintu Lif terbuka di tingkat 2. seorang wanita berpakaian seragam seperti baju kebaya melangkah keluar tergesa-gesa.

Seha memandang ke arah pintu dewan. Eton berdiri di luar apabila dia melihat Seha terus sahaja dia melambai. Riak wajah Seha ketika itu tampak cemas bila menerima whatAspp dari Eton mengatakan Intan Nabila akan berkahwin dengan pemilik hotel. Mulanya dia tidak pecaya akan tetapi berita itu menjadi heboh dari kalangan para perkerja hotel

"Mana Intan?," tanya Seha sambil menjenguk di dalam dewan

"Kau tak boleh nampak dari sini. Meja dia duduk kat depan tu," jawab Eton sambil menaip di skrin telefon pintarnya "Kita tunggu je kat sini. aku dah send whatAspp kat dia,"

"Nak ke dia jumpa kita?," wajah Seha tampak sedikit kecewa

"Tunggu je. Tak akan pasal tu dia nak lupa diri,"

Seha mengeluh pelan sambil melangkah ke dinding sebelah Eton "Bila masa pulak Intan berkenalan dengan bos kita?,"

"Aku pun tak tahu. Tapi Encik Mizi ada beritahu aku tau,"

"Beritahu apa?,"

"Encik Arif pernah bagi dompet Intan kat dia. Katanya dompet tu Encik Arif jumpa. Tapi alasan tu macam tak masuk akal?,"

"Apa maksud kau Eton?,"

Eton berdiri mengadap Seha sambil mencekak pinggang "Yelah cuba kau fikir. Mizi beritahu aku. Encik Arif serahkan dompet tu kat dia waktu pagi. Cuba kau fikir Hotel nie punya besar tapi macam mana Encik Arif boleh jumpa dompet tu?,"

"Hiss tak akanlah Intan buat benda tak senonoh,"

"Kau nie seha bukan itu maksud aku. Aku cuma agak kalau Encik Arif dengan Intan dah saling mengenal sebelum nie," balas Eton kemudian mengeleng

"SIKIT je Intan makan?,"

"Tak Selera," Ringkas jawapan intan Nabila. Dia masih kesal dengan Arif Safuan kerana tidak memberitahunya lebih awal tentang hubungan lelaki itu dengan tan seri Borhan dan Puan seri Sarbiah

"Kenapa?,"

Intan Nabila tidak menjawab pada masa yang sama telefon pintarnya berdering di dalam handbag. Arif Safuan kusyuk memerhati

"Wak saya keluar dulu ya," kata Intan Nabila setelah membaca pesanan whatAspp dari Eton

"Nak keluar. Kemana?,"

"Saya nak jumpa kawan saya,"

"Siapa?,"

"Eton dengan Seha,"

"Eton, Seha?," Arif Safuan mengusap-ngusap dagunya seakan kenal dengan nama yang di sebut intan Nabila tadi "Eton tu yang mengandungkan?,"

Intan Nabila mengangguk

"Kalau tak silap saya Seha yang muka cantik tu'kan,"

Kening intan Nabila berkerut memandang Arif Safuan "Awak ulang sekali lagi apa awak cakap tadi,"

Arif Safuan terpinga-pinga "Yang mana satu?,"

"Siapa yang awak cakap cantik tadi?," tekan Intan Nabila namun pelan

Arif Safuan tersengih-sengih memandang intan Nabila"Itukan kawan intan,"

"Kawan tak kawan. Hati-hati kalau awak nak memuji jangan nak melebih-lebih,"

"Intan cemburu ke?,"

"Perempuan bodoh je kalau tak cemburu. Ah sudahlah. Nanti saya whatAspp awak kalau saya dah selesai jumpa diorang,"

Arif Safuan tersenyum lebar mendengar jawapan Intan Nabila. Saat Intan Nabila mahu bangun dari kerusi, tangannya sempat memegang tangan gadis itu.

"Hiss awak nie lepaslah, Nanti dah kawin peganglah puas-puas,"

Wajah Arif Safuan kemerahan kerana malu "Jangan lama sangat tahu,"

"Ya,"

Setelah Arif Safuan melepaskan tangannya. Pelan sahaja intan Nabila bangun. Dia memandang seketika Puan seri Sarbiah, Tan seri Borhan, Datuk yusof dan Datuk Rasyid ishak berniat untuk mengucapkan selamat tinggal namun tiada siapa pun yang ambil kisah ketika dia berdiri

Intan Nabila menyenget bibir "Ah lantaklah," Bisik hatinya kemudian melangkah meninggal meja itu hanya di perhatikan Arif Safuan

Intan Nabila menyusun langkah dengan berhati-hati melewati beberapa meja yang di penuhi para tetamu takut pekara yang sama berulang lagi namun entah mengapa setiap kali dia melewati beberapa meja ada para tetamu yang menyapanya

Eton berdiri tegak di tepi pintu sambil mencekak pinggang memerhati intan Nabila berjalan ke arahnya.

"Kenapa weii?," Intan Nabila tersengih-sengih memandang Eton

"Sini," Eton mengetap gigi ketika Intan Nabila menghampirinya. Bahu kawan baiknya itu di tepuk geram

"Aduh!, kenapa?,"

"Weii Intan," Panggil Seha sambil meluru ke arah Intan Nabila

"Eh Seha,"

Cepat-cepat Seha menarik tangan intan Nabila supaya berdiri jauh sedikit dari pintu dewan di ekori Eton

"Weii Intan. Biar betul kau nie. Tiba-tiba je nak kawin dengan Encik Arif,"

Intan Nabila menghela nafas pelan. Retinanya mengalih memandang Eton kemudian memandang Seha semula "Aku sebenarnya pun tak tahu seha kalau Arif tiba-tiba je nak kawin dengan aku. Lagi pun niat aku datang sini nak ucapkan tahniah pada ikram. itu je,"

"Tapi bila masa pulak kau kenal dengan Encik Arif,"

"Korang ingat lagi tak hari pertama aku buat part time kat sini,"

Eton dan Seha mengangguk hampir serentak

"Waktu tulah aku kenal dia," Intan Nabila ketawa kecil bila teringatkan dia tertidur di dalam bilik hotel Arif Safuan ketika itu "Kalau korang nak tahu. Aku tertidur dalam bilik dia sebab belakang aku sakit sangat waktu tu,"

"Atas katil ke?,"

Intan Nabila mengeleng "Tak. aku tertidur atas Sofa. aku sedar pun sebab Arianna duk cucuk-cucuk muka aku,"

Seha mengeluh dengan kening bertaut "Tak akan cuma tu je sampai Encik Arif nak kawin dengan kau,"

"Arif dengan pakcik dia sebenarnya kawan baik ayah aku. Waktu aku duk hospital kat KL dialah yang jaga aku, Sorrylah aku tak beritahu korang sebab aku fikir semua tu tak penting,"

"Kenapa? sebab hati kau time tu masih kemaruk dengan ikram kan,"

Intan Nabila mengangguk mengiyakan kata-kata Eton

"Habis tu sekarang?,"

"Tentulah aku masih cintakan ikram,"

"Hey intan!," Seha meneking mengejutkan Intan Nabila sementara Eton melihat ke arah pintu dewan

"Jaga sikit mulut kau tu kalau ada orang dengar masalah kau nanti,"

"Aku gurau jelah," Jawab Intan Nabila sambil mengusap-ngusap dadanya

"Bab-bab macam tu jangan buat begurau intan. Ikram pun dah jadi laki orang. Kalau aku nak bandingkan ikram dengan Encik Arif macam langit dengan bumi. Bukan setakat kaya. Muka dia 10 kali ganda lebih handsome dari ikram," Kata Eton

"Ikram tu mulut dia je yang manis. Waktu first time dia putus dengan kau. Dia duk whatAspp aku, luah perasaan kecewa dia kat aku. Nak jumpa akulah. Hantar bunga. entah apa-apa perangai,"

"Kau tak pernah beritahu aku pun Seha,"

"Kalau aku beritahu, kau pecaya ke?," balas Seha

Intan Nabila terdiam. Wajah Seha di renung lama

"Kau kena ingat Intan, waktu tu takde sapa yang berani nak buruk'kan ikram depan kau. Walaupun kami nie kawan baik kau, belum tentu lagi kau akan pecaya kalau kami bagitahu apa yang ikram buat kat belakang kau," Kata Eton pula

"Dah lepas nie intan, kau lupakan je terus ikram, jangan sebut lagi nama dia. Kau patut bersyukur sebab jodoh kau dengan Encik Arif. Kat luar tu bersepah perempuan tergilakan dia.. tapi dia pilih kau,"

"Aku nak tanya last question. Kau suka tak dengan Encik Arif tu atau kau sekadar nak sakitkan hati ikram je?," Soal Eton pula

Intan Nabila memandang Eton kemudian mengangguk "Aku memang dah lama sukakan dia, sejak dia jaga aku kat hospital,"

Sementara di meja Vip pula. Arif Safuan hanya menatap skrin telefon pintarnya. Sejak Intan Nabila keluar dari dewan, dia malas mencampuri perbualan Xuan lee dengan ayahnya.

Lehernya di angkat beberapa kali memerhati pintu dewan. Fikirannya terganggu setelah hampir 45 minit intan Nabila masih tidak mengirimkan pesanan whatAspp padanya. Duduk pun serba tak kena

"Sorry Xuan," Arif Safuan menepuk bahu Kawan baiknya

Xuan Lee yang sedang asyik berbual terus saja menoleh "Yes,"

"I want to send Intan back home, you rest in your room first, in the evening we will return to KL,"

Xuan Lee mengangguk "okay,"

"Pakcik. nanti bawa Xuan ke bilik dia ya,"

"Yelah,"

Arif Safuan menepuk peha Xuan Lee dua kali "Aku pergi dulu,"

"Jangan pergi tempat lain,"

"Of course not," Arif Safuan tersenyum sambil bangun dari kerusi lalu melangkah meninggalkan meja itu tanpa mengucapkan apa-apa kepada ayah dan bekas keluarga mertuanya

Sayu wajah Datuk Rasyid ishak memerhati Arif Safuan. Jika boleh dia mahu berbual dengan anaknya itu walaupun sekejap namun dia sedar anaknya itu masih belum memaafkan perbuatannya dulu

ARIF safuan melangkah laju ke arah pintu dewan. Setelah kakinya melangkah keluar dari pintu segera dia menoleh sebelah kiri. Intan Nabila berdiri menyandar pada dinding dengan menundukkan kepalanya. Kelibat Eton dengan Seha tiada lagi di situ

"Intan,"

Intan Nabila mengankat wajahnya. Arif Safuan berjalan menghampirinya

"Intan kata tadi nak jumpa Eton dengan Seha,"

"Diorang dah masuk kerja,"

"Habis tu kenapa tak whatAspp saya?,"

"Saja nak tengok. Awak cari tak saya,"

Arif Safuan mengeleng "Tentulah saya cari. Mana boleh saya biarkan bakal isteri saya tinggalkan saya lama-lama,"

"Mengadanya,"

Arif Safuan tersengih "Jomlah saya hantar intan balik,"

Intan Nabila mengangguk

"Cepat intan,"

Kening Intan Nabila berkerut melihat Arif Safuan mendepakan sedikit tangan kiri "Kenapa?,"

"Laa rangkul'lah tangan saya nie,"

"Mengadanya awak nie," Kata Intan Nabila sambil menepuk belakang bahu Arif Safuan namun tetap menurut kehendak bakal suaminya itu

"Penatnya,"

"Nak saya dukung,"

Intan Nabila tersengih "Gatalnya awak nie,"

Arif Safuan menyenget bibir "Kan dah banyak kali saya dukung awak waktu kat hospital,"

"Itu kat hospital Arif, tak akanlah awak nak dukung saya kat sini,"

"Apa salahnya,"

"Hey awak!, janganlah," Jerit Intan Nabila apabila Arif Safuan seperti sengaja mahu mendukungnya

KERETA di pandu Arif Safuan keluar dari basement. Kereta sengaja di pandu perlahan memandangkan jarak Hotel Ruby ke rumah Intan Nabila tidak berapa jauh

Intan Nabila duduk menyandar sambil merenung wajah Arif Safuan yang sedang memandu

"Intan,"

"Ya,"

Arif Safuan mengerling sekilas memandang Intan Nabila "Boleh saya tanya?,"

"Boleh,"

"Tapi intan jangan marah ya,"

"Tak.. tanya jelah,"

Arif Safuan menghela nafas panjang sebelum bertanya "Selama intan bercinta dengan ikram, pernah tak intan tidur dengan dia,"

Riak wajah Intan Nabila tenang mendengar pertanyaan Arif Safuan "Sebelum saya kemalangan ikram pernah bawa saya ke hotel,"

Arif Safuan sedikit terkejut "Buat apa?,"

"Buat apa lagi,"

Serentak itu juga Arif Safuan memberi lampu isyarat ke sebelah kiri. Kereta yang di pandu pelan-pelan berhenti di bahu jalan

"Betul ke intan?,"

Intan Nabila mengangguk "Lepas kitaorang masuk dalam bilik, ikram suruh saya mandi, waktu tu dia nak mandi dengan saya tapi saya tak bagi,"

Mengigil-gigil tubuh Arif Safuan mendengar cerita dari Intan Nabila takala itu riak wajah gadis itu lansung tidak menujukan perasaan bersalah

"Lepas saya masuk dalam bilik air. saya sangkutkan tuala kat pintu,"

"Cukup Intan! Saya dah tahu apa belaku lepas tu. tak perlu intan nak cerita benda tak senonoh intan buat dengan Ikram," Terketar-ketar bibir Arif Safuan memandang intan Nabila

"Awak juga yang tanyakan?,"

"Menyesal saya tanya,"

Intan Nabila berpura-pura tenang "Tak akan awak tak pernah buat dengan bekas isteri awak,"

"Hey intan. Kalau saya buat dengan bekas isteri saya itu halal. sebab saya dengan dia ada ikatan sah. tapi Intan buat dengan ikram tanpa ada ikatan. Itu berzina!," tekan Arif Safuan dengan nada marah

Tersentak juga hati intan Nabila bila melihat wajah Arif Safuan kemerahan kerana marah. Itulah pertama kali dia melihat lelaki itu marah membuatkan dia mahu menangis

"Awak pernah tak tidur dengan bekas isteri awak. Sebab awak pernah beritahu saya. Awak dengan dia tak pernah bercinta?,"

Arif Safuan berdengus kuat kemudian menyandarkan badannya "Sekali pun tak pernah intan. Kami tidur dalam bilik berasingan. 10 tahun kami hidup macam tu. Dia tak pernah cintakan saya,"

"Awak pulak?,"

Arif Safuan menoleh memandang Intan Nabila dengan riak wajah berkerut marah "Kalau dia tak cintakan saya. Kenapa pulak saya nak terhegeh-hegeh cintakan dia,"

Wajah Intan Nabila berkerut menahan sebak "Memang betul saya masuk dalam hotel dengan ikram. Waktu saya dalam bilik air, saya tak sanggup nak buat. Nasib baik ikram dapat panggilan lepas tu dia keluar dari bilik tu,"

"Betul ke intan?,"

Intan Nabila mengangguk dengan air mata berjatuhan "Betul Wak, itulah pertama kali saya ikut ikram masuk dalam hotel,"

Arif Safuan melepaskan nafas lega "Lain kali intan cakap jelah tak buat. perlu ke cerita semua tu,"

Intan Nabila terus meraung "Sebab saya nak tengok awak cemburu ke tak!,"

"Eh intan.. Laa tak usahlah menangis,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience