Bab 27

Romance Completed 43498

APA yang di fikirkan Intan Nabila miskipun Saiful saad berusaha memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta namun intan Nabila sering kali menolaknya

Berada di dalam wad hospital kerajaan dengan suasana yang agak sibuk dan bising sejujurnya dapat menghilangkan sedikit perasaan sedih dan kecewanya pada Arif Safuan.

Setiap kali malam menjelma ketika tiada sesiapa yang menjaga. Intan Nabila akan menangis pelan sehingga ke subuh miskipun tangisannya itu sering kali di salah erti oleh doktor atau nurse yang sedang bertugas.

Sehinggalah hari keempat di mana seorang pesakit wanita di tempatkan di sebelah katil Intan Nabila. Keadaan pesakit itu sangat mengerikan dengan kesan lecur di leher sehingga di belakang badan. Kulit mengelupas sehingga telihat jelas isi di dalam

Yang membuatkan Intan Nabila tidak lagi menangis kerana wanita di sebelahnya itu tidak pernah mengadu sakit bahkan sentiasa tersenyum ketika memandang sesiapa sahaja di dalam wad tersebut

Di hari kelima bengkak di belakang Intan Nabila telah baik sepenuhnya mujurlah kecederaan itu tidak membabitkan kerosakan pada saraf. Pagi itu seperti biasa ikram akan datang melawatnya namun tidak lama setelah dua jam bekas teman lelakinya itu akan kembali semula ke sekolah

"Kak?," panggil intan Nabila sambil menolak langsir menutupi katil di sebelahnya

Wanita yang sedang duduk bersila di atas katil pantas menoleh

"Ya. Ya in. intan," Jawab wanita itu tergagap-gagap, ayu wajahnya memandang Intan Nabila

Intan Nabila menaruh kipas angin yang di bawa ikram di atas meja beroda di halakan kipas angin itu ke arah wanita itu

"In. Intan?," Wanita itu sedikit terkejut

Intan Nabila tersenyum "Kipas kat atas nie tak kena belakang kak Yus. Intan selalu perasan bila kak yus berpeluh kak akan rasa pedihkan,"

Wanita yang di kenali sebagai Yusniza mengangguk-ngangguk kepalanya. Setelah intan Nabila menghidupkan kipas itu barulah dia merasa sedikit lega

"Te.. te.. rima ka. kasih intan,"

Intan Nabila mengangguk tersenyum kemudian mengambil dua botol air mineral besar masih lagi kelihatan sejuk di letak di dalam rak di sisi katil yusniza. Apa yang di lakukan Intan Nabila itu kerana perasan jika tiada sesiapa yang datang melawat atau menjaga wanita itu sejak semalam

"Kak Yus nak minum?,"

"Aah kak haus sangat,"

"Sekejap ya,"

Intan Nabila mengambil satu gelas di dalam rak kemudian menuangkan air mineral di dalam gelas itu. Yusniza tekun memerhati terdetik rasa terharu melihat kebaikan Intan Nabila sejak malam tadi mereka berdua sudah saling kenal mengenal

"Be. Belakang In. Intan sakit lagi?,"

Intan Nabila mengeleng sambil menghulurkan gelas kepada Yusniza

"Belakang kak sakit tak?," kali ini intan Nabila pula bertanya sambil memerhati belakang Yusniza

Yusniza menarik nafas lega setelah meneguk air yang di berikan intan Nabila tadi "Pedih bila berpeluh. Doktor cakap kena biarkan terbuka supaya cepat kering,"

Intan Nabila menarik kerusi lalu duduk di sisi katil Yusniza "Boleh intan bertanya?,"

"Ta. Tanya je intan,"

"Siapa yang buat belakang kak Yus sampai jadi macam nie?,"

"Su. suami kakak,"

"Hah!," Intan Nabila sedikit terkejut "Betul ke kak?,"

Yusniza mengangguk lemah

"Tapi kenapa suami kakak tergamak buat kakak sampai jadi macam nie?,"

Yusniza tersenyum melihat reaksi intan Nabila "Sebenarnya suami kakak tak pernah mencintai kakak,"

Intan Nabila bangkit dari duduknya kemudian duduk di birai katil "Sampai buat kakak jadi macam nie? kakak dah buat report polis?,"

Yusniza mengeleng

"Kenapa tak buat kak yus? kalau ya pun dia tak cintai kakak, dia tiada hak buat kakak macam nie,"

Yusniza mengangguk mengerti "Sebenarnya kakak dah minta dia lepaskan kakak tapi kalau dia taknak lepaskan, barula kakak akan buat report polis,"

Intan Nabila mengeluh berat wajah ayu Yusniza yang pucat itu di renung penuh simpati

"Dah berapa lama kak Yus kahwin?,"

"Tak. Tak sam. Sampai du. dua bulan Intan,"

"Kak Yus tiada keluarga ke? maaf ya kak kalau intan banyak bertanya,"

"Ta. tak mengapa," Yusniza tersenyum sambil menepuk-nepuk tangan Intan Nabila "Kak sebenarnya bukan orang melaka. Kakak tinggal di segamat lepas saja kakak kawin, suami kakak suruh tinggal kat sini. Dari kecil kakak di besarkan oleh makcik kakak,"

"Makcik kakak tahu tak apa yang belaku pada kakak?,"

Yusniza mengeleng "Kakak takut intan, kalau makcik kakak tahu dia tentu mengamuk,"

"Habis tu orang tua kakak tahu tak?,"

"Orang tua kak yus tak pernah ambil perduli pasal kakak intan,"

Intan Nabila mengeleng kesal. Dia hairan entah mengapa Yusniza tidak menangis. Teguh benar jiwa wanita ini bertahan miskipun di perlakukan seperti itu

"Kalau kakak dah tahu suami kakak tak mencintai kakak mengapa kakak kawin? kakak kena paksa ke?,"

"Ta. Tak ju.. juga. Se.. sebenarnya se.semua tu dari penjanjian dua buah ke.keluarga. Jika in.intan nak ta.tahu kak yus a.ada adik sama u.usia dengan kak yus. Wajah ka.kami berdua sa.sangat mirip,"

"Betul ke Kak Yus,"

Yusniza menganguk "Ka.. kakak lahir du.dulu bu.bulan dua. Adik kakak lahir bu.bulan 12. Se. sebenarnya su.suami kakak le.lebih menyukai a.adik ka.kakak,"

"Maksudnya suami kak yus sebenarnya mahu kawin dengan adik kak yus tapi terhalang kerana penjanjian dua buah keluarga. Begitu ke kak yus?," intan Nabila cuba menebak

Yusniza mengangguk pelan "Ka. kakak ta.tak macam a.adik ka.kakak, Dia Can.cantik, Ce.cerdik, pan. pandai ber.bergaya. ka.kakak da.dari kecil da.dah ada masalah percakapan se.sebab itu i.ibu ka.kakak se.serahkan kakak pada makcik ka.kak,"

"Dari usia kakak berapa tahun?,"

"7 tahun,"

Intan Nabila tidak sanggup lagi bertanya. Semakin dia bertanya semakin tidak sanggup dia mendengar kisah hidup Yusniza. Apalah dosa wanita itu miskipun mempunyai masalah percakapan namun bagi intan Nabila wajah Yusniza sungguh cantik dari pandangan matanya

"In.Intan?,"

"Ya kak,"

"Ke.kenapa in.intan menangis. In.Intan sa.sakit ke?,"

"Oh tak kak.. Cuma..," Intan Nabila mengeluh panjang

"Ka.kalau In.Intan tak ke.keberatan bo.boleh ce.rita pada kak,"

Intan Nabila tersenyum sebelum mengangguk kemudian menceritakan serba ringkas dari awal perkahwinannya dengan Arif Safuan sehingga tragedi yang menimpanya

"Ha.hanya a.alasan itu sa.saja suami in.intan ingin berpisah dengan in.intan?,"

Intan Nabila mengangguk. Yusniza memandang Intan Nabila dengan pandangan simpati sehingga tangannya mengelus lembut pipi gadis itu

"Sa. sabar ya In.intan. Ki.kita hanyala insan yang le.mah wa.walaupun ki.kita memiliki perasaan ya.yang kuat untuk mencintai seseorang namun untuk melembutkan hati seorang lelaki kita selalu harus mengalah. Semakin kita berkeras semakin teruk kita akan di benci,"

"Intan buntu kak. Sejujurnya intan mengaku kalau semua yang belaku itu adalah salah intan tapi keadaan yang membuat intan terpaksa,"

"In.intan ada cu.cuba call su.suami in.intan?,"

"Dah banyak kali kak. Tapi dia tak pernah jawab,"

"Nan.nanti bi.bila intan dah ke.keluar hospital a.apa ka.kata intan cuba pergi berjumpa de.dengan suami in.intan. Je.jelaskan pada dia se.semua tu bukan salah intan,"

"Insya-Allah kak. Memang itula intan ingin lakukan nanti. Intan tak sanggup kehilangan dia dengan Ari Intan sangat sayangkan mereka berdua,"

Yusniza terangguk-angguk "Ka.Kak yus a.akan selalu men.mendoakan se.semoga rumah tangga in.intan akan kembali ba.bahagia,"

"Terima kasih kak,"

DAN begitulah pertemanan antara Intan Nabila dan Yusniza terjalin. Selama beberapa hari intan Nabila sanggup menjaga Yusniza di hospital menjaga makan dan minum wanita itu miskipun Doktor telah membenarkan intan Nabila keluar dari hospital

Setelah sembilan hari di hospital Arif Safuan tidak pernah sekali pun datang melawatnya hubungi pun tidak seolah-olah suaminya itu telah melupakan dirinya buat selama-lamanya

Keesokan hari pada jam 8.45 pagi Saiful saad datang melawat Intan Nabila. Tanpa di sengajakan perbualan antara intan Nabila dengan Saiful saad di dengari Yusniza

Intan Nabila mengangguk dengan air mata berlinangan membasahi air matanya

"Pakcik dah cuba pujuk Arif intan. Pakcik sendiri pun tak faham padahal pakcik dah bagitahu pada dia yang kemalangan tu bukan salah intan tapi dia tetap tak mahu terima,"

"Intan tahu semua tu salah intan tapi intan ada hantar mesej pada Abang Arif sebelum intan keluar,"

"Itula masalahnya. Handphone Arif ada pada Xuan lee sebab arif tertinggal kat hotel tempoh hari," Saiful saad mengeluh berat "Intan sabar dulu ya apa pun pakcik akan cuba pujuk Arif. hiss malu betul pakcik nak tunjuk muka pakcik nie pada ayah intan,"

"Betul ke pakcik, Ari dah tak ingat pada Intan?,"

Saiful saad mengangguk "Doktor cakap itu kerana trauma di sebabkan kemalangan tu. Ari macam tak boleh dengar nama Intan kena sebut nanti dia akan meracau lepas tu menangis,"

Air mata intan Nabila semakin deras mengalir. Di kesat-kesat air mata itu yang membasahi pipinya

"Intan nak sangat jumpa dengan Ari pakcik. Intan rindukan dia,"

Saiful saad mengeleng kesal "Sabar ya intan. Pakcik sendiri pun buntu dengan keadaan sekarang nie tapi pakcik akan cuba bantu intan. pakcik seboleh-bolehnya taknak lihat rumah tangga kamu berdua runtuh,"

"Terima kasih pakcik.. maafkan intan kalau intan menyusahkan pakcik,"

"Tak. tak intan. jangan cakap macam tu. Ini pun tanggungjawab pakcik. pakcik tak nak kalau tindakan Arif sekarang nie membuatkan diri dia menyesal kemudian hari,"

Hampir dua jam Saiful saad berbicara dengan Intan nabila. Setelah lelaki itu pergi, Intan Nabila duduk termangu di atas katil memikirkan keadaan Arianna mungkin apa yang belaku pada Arianna adalah dosanya yang telah ingkar dengan perintah suaminya

Maafkan mama Ari. Mama yang besalah. Ucap intan Nabila di dalam lubuk hatinya yang sedang menahan perasaan bersalah

"In.Intan?,"

Intan Nabila tersentak kemudian menoleh "Ya kak," air mata yang membasahi pipinya cepat-cepat di saka sebelum turun dari katilnya

Langsir hijau yang menutupi katil Yusniza di tolak ke tepi

"Ya kak yus?,"

Yusniza tersenyum lembut memandang Intan Nabila "Duduk sini intan," Pinta Yusniza lembut

Intan Nabila melabuhkan punggungnya di birai katil dengan betis kiri di atas birai itu. Dia memandang Yusniza

"In. Intan ke.kena banyak bersabar. jangan cepat mengalah ya. situasi intan dengan ka.kakak berbeza. Cubala pertahankan rumah tangga yang di bina kerana cinta,"

Intan Nabila mengangguk dengan raut wajah berkerut menahan tangis "Intan akan cuba kak,"

"Berbanyakla berdoa intan. in.insya-Allah doa dari seorang isteri selalu di makbulkan. kita hanya perlu berserah saja semoga Allah S.W.T menunjukkan jalan pe.pe.penyelesaian untuk kebahagian intan,"

Wajah intan Nabila semakin berkerut teruk sedaya upaya cuba menahan tangis yang semakin tidak tertahan

"Kak.. intan nak pergi toilet sekejap ya,"

Yusniza mengangguk mengerti pipi intan Nabila di elus lembut "Pergila intan,"

Intan Nabila turun dari katil Yusniza dengan raut wajah yang berkerut kakinya segera melangkah menghala ke tandas untuk melepaskan tangisannya yang tak tertahan lagi sedang bergejolak di dalam hatinya

ARIF SAFUAN keluar dari lif dalam keadaan tergesa-gesa. Raut wajahnya terlihat serius menjawab panggilan dari seseorang

"Ya betul datuk memang saya kenalkan mereka dengan Mr Xuan tapi bukan saya yang aturkan pertemuan mereka malam tu," Langkah Arif Safuan terhenti sambil mengurut dahinya

"Kalau betul diorang bertemu datuk bukannya saya tahu apa diorang bincangkan sebab saya tak ikut. Mr Xuan pun langsung tak beritahu saya apa-apa,"

"Ya datuk saya faham," Arif Safuan mengangguk "Saya tak memsebelahi sesiapa datuk. Tapi kalau dah Sprm masuk campur terpulang kepada kerajaan sabah jika mahu menolak tawaran tu. kedua belah pihak tak akan rugi apa-apa pun,"

Arif Safuan tekun mendengar penjelasan dari hujung talian sambil kakinya melangkah menghala ke pejabatnya

"Maksud datuk kerajaan sabah tetap mahu menerima tawaran tu?,"

Arif Safuan mengeleng resah "Baiklah datuk saya faham nanti saya cuba hubungi Mr Xuan,"

Aku dah agak benda nie semua akan sampai ke pengetahuan Sprm. kenapala aku bodoh sangat. Bisik Arif Safuan selepas menamatkan panggilan

"Encik Arif," panggil setiausaha Arif Safuan

"Ya saya,"

"Dalam pejabat Encik Arif ada tetamu,"

"Siapa?,"

"Cik Mira Yusnizah dari Seri maju,"

Arif Safuan mengeluh panjang. Tanpa berbicara lagi kakinya terus melangkah ke arah pintu pejabatnya

Sebaik sahaja pintu bilik itu di buka seorang wanita bertubuh ramping berambut ikal dengan wajah yang sangat cantik kala itu sedang berdiri memerhati gambar-gambar yang tergantung di dinding terus menoleh apabila pintu bilik di buka

Arif Safuan tergamam memandang wajah wanita itu sehingga membuatkan jantungnya berdebar-debar

"Apa khabar Datuk. Saya Mira Yusnizah dari Seri maju," Ucap wanita itu sambil melangkah menghampiri pemilik hotel Ruby kemudian menghulurkan tangan untuk bersalam

Arif Safuan tidak beriaksi tampak terpesona dengan kecantikan wanita di hadapannya

"Encik Arif?,"

"Ya saya,"

Mira Yusnizah ketawa kecil "Ada something ke kat muka saya,"

"Oh tak. tak," Wajah Arif Safuan kemerahan menahan malu sambil menyambut salam wanita itu "So apa alasan Cik datang jumpa saya?,"

"Datuk.. tolongla jangan cik-cik dengan saya. Panggil saja saya Mira,"

"Okay sorry Mira.. silalah duduk,"

Bibir Mira Yusnizah tersenyum mekar dengan layanan Arif Safuan

"Datuk tahukan saya berkerja dengan siapa?," Soal Mira Yusnizah sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Ya saya tahu Mira,"

"Sebenarnya saya pengurus bahagian Project planning untuk Seri maju,"

Arif Safuan terangguk-angguk dengan senyuman tipis "Saya tak sangka Datuk Rasyid sampai hantar perempuan cantik berjumpa dengan saya. Awak ada apa-apa hubungan ke dengan salah seorang anak Datuk?,"

"Datuk Arif jangan salah faham. Ini sudah tugas saya, bukan sebab kerana saya ada hubungan dengan anak datuk," Raut wajah Mira Yusnizah terlihat sedikit terkilan

"kalau Mira datang sini kerana projek mega tu. Saya minta maaf banyak-banyak saya tak tahu menahu tentang perkembangan projek tu dan tolong bagitahu datuk Rasyid lain kali kalau nak jumpa dengan saya tak perlu nak hantar wakil,"

Mira Yusnizah terdiam seketika "Datuk marahkan saya ke?,"

"Tak... Saya tak marahkan awak Mira. So bagaimana hubungan Mira dengan Jeffrey?," Arif Safuan sengaja memancing

Kening Mira Yusnizah berkerut hairan "Hubungan saya dengan Jeffrey? saya tiada hubungan apa-apa dengan dia,"

"Kalau bukan dengan Jeffrey tak akan dengan Jazli?,"

"Pleasela Datuk. Saya dapat jawatan nie bukan kerana saya ada hubungan dengan anak-anak majikan saya. Saya ada kelulusan dan saya ada pengalaman di luar negara. saya tak perlu nak guna wajah saya nie nak meraih kejayaan dari orang lain," Jawab Mira Yusnizah sedikit meninggi nada suaranya kerana agak kesal dengan tuduhan Arif Safuan

"I'm so sorry ada sebab mengapa saya bertanya. Saya tak nak kemudian hari ada panggilan dari salah seorang dari abang-abang tiri saya menuduh saya buat hubungan dengan kekasih diorang,"

"It's okay Datuk," Pantas Mira Yusnizah bangun dari kerusi "Saya selalu tertanya-tanya kenapa orang lelaki bila melihat saya cepat betul buat kesimpulan yang tak masuk akal. Perempuan simpanan Datukla, menantu Datukla. Kadang-kadang saya terfikir nak gantung je PHD dengan resume pada leher saya nie supaya lelaki boleh nampak kelayakan saya bukan datang dari wajah saya," Habis saja berkata-kata Mira Yusnizah terus melangkah ke arah pintu

"Mira! sebentar," Pinta Arif Safuan sambil bangun. Mira Yusnizah memalingkan wajahnya

"Awak dah breakfast?,"

"Breakfast?," Mira Yusnizah melihat jam di tangan "Sekarang dah jam 12 Datuk,"

Arif Safuan tersenyum "Apa kata Mira lunch dengan saya,"

"Datuk belanja?,"

Arif Safuan mengangguk "Apa salahnya,"

DI DALAM sebuah restoran di ibu kota Arif Safuan dan Mira Yusnizah ketawa kecil saat menikmati hidangan masing-masing

"Datuk nie lucu jugak nak terkeluar makanan dalam mulut saya,"

"Mira jugak yang salah sapa suruh ajak saya berborak,"

Mira Yusnizah tersenyum lebar sambil mengankat keningnya menatap wajah Arif Safuan "Sebelum nie saya kerap dengar nama datuk tapi tak pernah ada kesempatan nak bertemu tak sangka datuk nie handsome orangnya,"

Tersedak Arif Safuan mendengar pujian dari Mira Yusnizah "Hey ikhlas ke tu?,"

"Of course'la kenapa pula saya nak tipu,"

Arif Safuan menyedut minumannya terlebih dahulu "Jeffrey dengan Jazli pun handsome juga,"

"Betul. tapi Datuk lagi handsome,"

Arif Safuan ketawa sambil mengeleng

"Maaf kalau saya bertanya ya Datuk. bila datuk dengan Datin nak bersanding?,"

Wajah Arif Safuan terus berubah dari ceria menjadi serius. Satu keluhan panjang di lepaskan pelan

"Kemungkinan tak jadi,"

"It's okay Datuk yang penting akad nikah bukannya bersanding,"

"No.. no.. bukan sebab tu,"

"Sebab apa Datuk?,"

Arif Safuan memandang Mira Yusnizah "Kalau Mira nak tahu Mira kena janji dulu please jangan bagitahu pada sesiapa,"

"Okay saya janji,"

"Sebenarnya saya dah buat kesilapan,"

"Kesilapan?,"

"Cepat sangat buat keputusan nak berkahwin,"

"Apa maksud Datuk?,"

"Saya tak sepatutnya terburu-buru berkahwin dengan isteri saya tu. Memangla pada mulanya saya ada perasaan sayang pada isteri saya tapi sekarang saya rasa menyesal sangat,"

Kening Mira Yusnizah bertaut sehingga memaksanya berhenti dari menikmati hidangannya

"Maafkan saya Datuk. Sebenarnya saya tak beberapa faham dengan maksud Datuk. Datin ada affair dengan lelaki lain ke?,"

Arif Safuan mengeleng "Tak.. Cuma perasaan sayang saya pada dia dah hilang semuanya kerana sikapnya susah nak mendengar kata saya sehingga menyebabkan anak saya cedera,"

"Anak Datuk cedera? apa yang belaku sebenarnya Datuk?,"

Arif Safuan lantas menceritakan panjang lebar apa yang belaku antara Intan Nabila dan Arianna kepada Mira Yusnizah.

Mira Yusnizah mengeleng kesal "Bukan saya nak jadi batu api Datuk tapi memang wajar datuk buat keputusan macam tu. Kesalahan yang Datin lakukan memang cukup besar kalau saya datuk saya tak akan sesekali biarkan anak saya atau anak tiri saya terluka,"

"Mira suka budak ke?,"

"Of coursela Datuk,"

"Boleh ke kita jumpa lagi lepas nie?,"

"Kalau sekarang nie Datuk saya rasa tak boleh. Saya takut nanti orang tuduh pulak saya perampas suami orang. Hiss takut saya datuk,"

"Mungkin selepas kes penceraian saya selesai dalam bulan nie,"

"Datuk dah mohon cerai?,"

"Yes. Buat apa nak tunggu lagi kalau hati dah tiada perasaan. mujurlah Arianna dah tak boleh ingat dengan isteri saya tu mudahla sikit untuk kami berdua bercerai,"

Mira Yusnizah tersenyum nipis dengan tatapan mengoda. Sejak dia bertentang mata dengan Arif Safuan di dalam pejabat lelaki itu tadi dia sudah mula jatuh cinta pandang pertama dengan Arif Safuan "Kalau datuk dah bercerai nanti.. jangankan berjumpa nak suruh saya tinggal dengan datuk pun saya sanggup,"

INTAN NABILA yang sedang terlena terpaksa membuka matanya perlahan-lahan apabila di kejutkan dengan suara tangisan pelan dari katil sebelah

"Kak Yus?," panggil Intan Nabila sambil turun dari katilnya "Kak yus?,"

Panggilan Intan Nabila itu tidak di sahut. Tangisan yang kedengaran pelan tadi secara tiba-tiba menyepi. Intan Nabila menarik langsir sedikit kemudian menghampiri katil Yusniza

"Laa.. kipas nie tak on ke patutla panas," Keluh Intan Nabila bila perasan kipas meja tidak di hidupkan

Dalam keadaan gelap waktu pula ketika itu sudah jam 01.45 pagi. Yusniza yang berbaring miring ke kanan perlahan-lahan bangun

"Pedih," adu Yusniza

"Mana Handphone kak Yus,"

Yusniza segera mengambil telefon pintarnya di selit di bawah bantal kemudian di berikan kepada Intan Nabila

"Intan pinjam sekejap ya kak. intan nak guna lampu handphone nie nak tengok belakang kakak,"

"Gu.guna je. jela. Ha. han.Handphone kakak tu tak guna pass.password,"

Sudah tujuh hari Yusniza berada di wad hospital kerajaan. Dalam tempoh tersebut doktor masih lagi membiarkan belakang Yusniza terbuka supaya luka melecur itu kering dengan sendiri

Intan Nabila menghidupkan telefon pintar milik Yusniza lalu mentatal ke bawah untuk menghidupkan lampu namun tanpa sengaja dia terbaca mesej-mesej whatAspp yang masuk di kirim dari nama yang sama

Kak yus nie langsung tak balas ke whatAspp makcik dia?. Bisik intan Nabila

"Kak yus duduk memiring ke tepi biar angin kipas kena belakang kak yus. belakang kak Yus nie dah berpeluh," Pinta Intan Nabila dan di turuti Yusniza

Intan Nabila menyelak rambut ikal Yusniza ke depan supaya angin kipas mengenai kawasan di belakang leher

"Siapa yang pergi tutup kipas nie kak?,"

"En.Entahla. kak kak yus pun tak. tak perasan ta.tahu-tahu je rasa panas sa.sangat. Kak se.segan nak panggil intan,"

"Lain kali kak panggil je ya,"

Yusniza mengangguk

"Kak yus duduk sekejap. nanti bila dah betul-betul kering baru baring,"

Yusniza mengangguk lagi

Intan Nabila menarik kerusi rapat pada sisi katil kemudian melabuhkan punggungnya sambil itu dia mengambil kesempatan membaca setiap mesej yang di kirim makcik Yusniza

Satu keluhan pelan di lepaskan intan Nabila. Sementara itu tubuh Yusniza sudah kelihatan seolah-olah mahu terbaring namun seperti di tahan

"Baring je kak Yus,"

"Boleh,"

"Intan tahu kak yus dah mengantuk,"

"Aah kak yus mengantuk sangat,"

"Baring je,"

Yusniza menurut lalu berbaring memiring ke kanan. Intan nabila menyelak rambut Yusniza ke atas. Lama juga dia merenung belakang Yusniza dan di saat itu dia menyedari jika Yusniza terus berada di hospital ini kemungkinan untuk kecederaan itu pulih mungkin akan mengambil tempoh yang agak lama

Maafkan intan kak yus. Bisik intan Nabila kemudian mematikan lampu pada telefon pintar Yusniza

Assalamualaikum. Makcik saya Intan kawan kepada kak Yus. Kak yus sekarang berada di hospital melaka tingkat 4 wad 4B katil nombor 32. Kak yus mengalami kecederaan melecur di belakang badan dan leher. Ada sebab kenapa kak yus tak pernah menjawab call atau membalas whatAspp makcik sebab dia takut. Saya merayu sangat pada makcik tolongla jangan marah kak yus bila makcik datang melawat nanti. Saya kirim mesej nie pun tanpa pengetahuan Kak yus.

Sebaik sahaja selesai menaip. Mesej itu terus di kirim kepada makcik Yusniza yang menetap di segamat

Telefon pintar milik Yusniza di selit di bawah bantal. Rambut wanita itu di elus lembut "Maafkan intan Kak yus. Intan kesihankan kak yus,"

KEESOKAN harinya ketika jam di dinding menunjukkan waktu 8.00 pagi. Suasana di dalam wad 4B terlihat begitu sibuk. Para jururawat sibuk menukar cadar pada tilam dan juga bantal di setiap katil

Jam 8.30 pagi Para Doktor pakar dan Doktor senior akan masuk memeriksa setiap pesakit

Intan Nabila sudah pun turun dari katil berdiri di samping Yusniza menunggu para jururawat yang sedang menukar cadar

"Yusniza!," Satu jeritan tiba-tiba kedengaran mengejutkan semua orang yang berada di dalam wad

Yusniza yang mendengar namanya di panggil terbeliak matanya kerana sangat mengenali suara itu

"Ya Allah yusniza!," Seorang wanita bertudung labuh dalam lingkungan usia hampir 50 an tergamam apabila melihat keadaan yusniza

"Makcik?,"

Tubuh Hamidah, makcik kepada Yusniza terhuyu-hayang seperti mahu terjatuh namun segera di bantu intan Nabila

"Tolong bertenang makcik,"

"Macam mana makcik nak tenang," Hamidah menangis memandang anak buahnya sambil berjalan pelan menghampiri Yusniza

Intan Nabila menoleh melihat dua orang lelaki menarik katil bergerak dan seorang wanita melayu sedang berdiri di depan kaunter seperti sedang menguruskan sesuatu

"Ya Allah... Kenapa boleh jadi macam nie Yus!," Alangkah terkejutnya Hamidah bila melihat belakang tubuh Yusniza dalam keadaan yang parah "Sial! punya jantan!,"

"Sa. Sa. Sabar makcik..,"

"Kau nak suruh makcik sabar Yus.. Makcik dah lama bersabar yus. kali nie kau jangan halang makcik ajar jantan tu.. Kau jangan berani halang makcik,"

"Ya. ya Yus tak. tak a.akan halang,"

Hamidah tak sanggup melihat lebih lama kecederaan Yusniza lantas dia memalingkan wajah memadang ke kaunter "Cepat sikit sarifah!,"

"Ya Datin,"

Intan Nabila yang melihat Yusniza sedang mengigil-gigil ketakutan cepat-cepat menghampiri lalu membantu yusniza duduk di atas kerusi

"Maafkan intan kak. Intan terpaksa. Intan tak sanggup nak tengok kak yus menderita kat sini," Ucap Intan Nabila pelan

"Kak. Kak fa. faham Intan. Kak. Kak tak sa. salahkan intan. Tapi," Yusniza memeluk lengan Intan Nabila "To.Tolong ja. jangan Lu.lupakan kakak ya. Ka.Kakak nak jumpa de.dengan intan lagi,"

Intan Nabila mengangguk "Kak jangan risau. Insya-Allah bila intan dah keluar hospital. Intan akan datang lawat kakak,"

"Awak nie ke nama Intan?," Tanya Hamidah

"Ya saya Datin,"

"Terima kasih ya intan sebab bagitahu saya tentang Yusniza,"

"Sama-sama Datin,"

Hamidah mengeluarkan sesuatu di dalam handbeg'nya "Ini kad saya. Kalau intan ada apa-apa masalah jangan takut hubungi saya ya,"

Intan Nabila mengangguk. Kad yang di hulurkan segera di ambil "Datin nak bawa Kak yus kat hospital mana?,"

"Kpj melaka,"

"Na.Nanti kak yus me.mesej in. intan bi.bila kak yus dah sampai kat sa.sana," Yusniza terus memeluk erat lengan intan Nabila

Setelah Yusniza di pindahkan ke hospital KPJ melaka. Intan Nabila lebih banyak termenung. Waktu tengahari Doktor yang bertugas telah membenarkannya pulang memandangkan kecederaan pada belakangnya sepenuhnya pulih.

Jam 3 petang Puan safura datang menjemput selepas membayar bil hospital akhirnya intan Nabila mengikut ibunya pulang

"Esok intan pergi KL mak,"

"Intan nak jumpa Arif ke?,"

Intan Nabila mengangguk "Kalau betul dia nak berpisah dengan intan biarla intan jumpa dia dengan Ari buat kali terakhir,"

"Intan?,"

"Ya mak,"

"Buka dashboard tu. Dalam tu ada surat untuk Intan,"

Intan Nabila segera membuka dashboard kereta. Kelihatan ada satu surat berwarna coklat

"Surat apa nie mak?,"

Puan Safura mengeluh berat namun wajahnya tetap tenang memandu keretanya

"Surat cerai intan,"

Intan Nabila termangu memandang surat di tangannya. Dia sudah letih ingin menangis rupa-rupanya Arif Safuan benar-benar ingin bercerai dengannya

"Tak apala mak. Intan redha dengan kehendak Allah,"

"Jadi jugak ke intan nak pergi KL,"

"Untuk kali terakhir je mak. Intan nak jumpa sangat dengan Ari. Intan rindu kat dia walaupun dia tak boleh ingat intan lagi,"

PAGI dalam jam sembilan Intan Nabila menaiki bas ke kuala Lumpur dengan di temani sahabat-sahabat baiknya Seha, Azlan dan Tahar. Eton sudah pun selamat melahirkan anak sulung

Dalam tempoh lebih kurang 3 jam bas yang di naiki mereka berhenti di bawah stesen monorail hang tuah

"Kita call Grab jelah intan lagi senang nak ke sanakan," cadang Seha

Intan Nabila mengangguk setuju

"Okay korang berdua pergi jela ya aku ngan Tahar nak pergi time square. Tapi jangan lupa call aku bila nak balik nanti,"

"Ya Lan.. Pergi jela,"

Azlan dan Tahar hanya berjalan kaki untuk ke time square. Intan Nabila bersama Seha duduk di perhentian bas menunggu Grab yang sudah di tempah

"Kau serius ke intan nak jumpa dengan Arif?,"

"Dapat jumpa sekejap pun takpe. Aku cuma nak minta maaf je,"

"Aku betul-betul tak sangkala intan Encik Arif tu sanggup nak ceraikan kau sebab kemalangan tu. Bukan salah kau pun. Arianna pun tak cedera,"

"Kalau boleh aku nak sangat jumpa dengan Ari. Aku rindu sangat kat dia,"

"Masalahnya dia dah tak ingat kau,"

Intan Nabila mengeluh pelan. Wajahnya terlihat begitu sembab kerana tidak mampu melelapkan mata sejak malam tadi. Dia hanya duduk di atas katil memikirkan keadaan Suami dan anak tirinya

"Kalau kau betul-betul bercerai dengan Arif. apalah kau nak buat nanti Intan?,"

"Kerja Grab atau apa-apa jela janji dapat duit halal,"

"Kau menyesal tak kawin dengan Encik Arif?,"

"Tak seha.. Aku tak menyesal langsung. Tapi lepas nie aku tak akan buka lagi hati aku pada mana-mana lelaki,"

"Sabar jela intan,"

"Pon!," sebuah kereta jenis proton saga membunyikan hon kemudian tingkap di sebelah penumpang menurun "Cik berdua ke call Grab!," tanya pemandu kereta itu

"Ya. ya betul,"

"ARI lapar tak?,"

"Laparla,"

Arif Safuan tersenyum memandang Arianna sedang berbaring di atas sofa sambil menonton kartun pada pad android miliknya

"Jomla turun. Kita makan kat bawah,"

Arianna segera menurut. Pad Android di taruh di atas meja sebelum belari anak mendapatkan Ayahnya

Arif Safuan mendukung Arianna kemudian mereka berdua keluar dari pejabat menghala ke lif

"Nanti papa nak kenalkan Ari dengan seseorang,"

"Siapa Papa?,"

"Adalah.. nanti Papa bawa Ari jumpa dengan dia ya,"

Arianna mengangguk "Cantik tak?,"

"Hiss tentula cantik,"

Kening Arianna bertaut memandang ayahnya "Mana lagi cantik Ari ke dia,"

Arif Safuan ketawa geli hati

"Papa?,"

"Ya sayang.. Tentulah anak papa nie lagi cantik," puji Arif Safuan membuatkan Arianna tersenyum riang

PINTU lif terbuka di bahagian lobi. Arif Safuan melangkah keluar bersama Arianna. Mereka berdua berjalan menuju ke restoran Hotel namun seorang staff kaunter tiba-tiba saja memanggil Arif Safuan

"Tunggu sekejap ya Ari. Papa nak ke sana sekejap,"

Arianna mengangguk mengerti. Kakinya pelan-pelan melangkah mengarah ke pintu lobi tanpa di sedari Arif Safuan

Pokok bunga perhiasan yang terletak di bawah tiang bangunan berhampiran dengan pintu lobi menjadi bahan mainannya. Sedang asyik dia bermain daun-daun yang terjuntai tiba-tiba bahu sebelah kirinya di sentuh seseorang

"Hai Ari..,"

Arianna sedikit terkejut sebelum memalingkan wajah memandang orang yang menegurnya itu

"PAPA!!!,"

"Ari?," Alangkah terkejutnya Intan Nabila bila melihat Arianna menjerit dengan kuat selepas memandang dirinya

Mendengar sahaja Arianna menjerit Arif Safuan yang sedang berbicara dengan seorang staff segera berlari mendapatkan anaknya itu

"Kenapa Ari?,"

"Abang,"

Arif Safuan sedikit terkejut bila melihat Intan Nabila kemudian mendukung Arianna

"Awak buat apa kat sini intan?,"

"Saya nak jumpa abang, nak jumpa dengan Ari,"

"Hey intan. Kau tak dapat ke surat dari mahkamah?," soal Arif Safuan dengan nada di teran

"Ya saya ada dapat. tapi saya tak nak bercerai bang. Saya cintakan abang. saya sayangkan Ari,"

"Dengar sini Intan," Arif Safuan memandang sekitarnya memastikan tiada orang mendengar "Terus terang aku cakap kat kau, aku dah tiada perasaan dengan kau. Di sebabkan kau Ari jadi macam nie tapi elok juga Ari dah tak kenal kau siapa. So pleasela kau pergi jela balik kita jumpa je nanti kat mahkamah,"

"Sampai hati abang buat saya macam nie. semua tu bukan salah saya bang. saya ada hantar mesej pada abang tayar kereta tu pancik saya tiada pilihan waktu tu saya terpaksa guna motor ambil Ari,"

"Kau ingat aku nak pecaya ke hah.. hey intan.. kau faham tak, Aku dah tiada perasaan dengan kau. So dah tiada alasan aku nak teruskan hubungan tak guna nie. Baik kau pergi je balik, tak usah kau nak merayu tiada gunanya,"

Intan Nabila terangguk-angguk dengan tangis esak dan dia sedar tiada gunanya lagi dia merayu pada Arif Safuan memandangkan suaminya itu tetap dengan keputusan mahu menceraikannya

"Tapi kau jangan risau Intan. rumah dengan kereta di melaka aku akan serahkan pada kau. lepas kita bercerai nanti aku akan bagi kau duit,"

"Saya tak nak semua tu bang,"

"Itu terpulang pada kau. kau nak jual ke, kau nak simpan ke aku tak perduli,"

Intan Nabila menghela nafas panjang cuba menenangkan hatinya

"Maafkan Mama ya Ari. Mama sayang sangat Ari,"

Dengan mata yang berair Intan Nabila memandang Arianna untuk kali terakhir sebelum mengatur langkahnya meninggalkan tempat itu buat selama-lamanya

INFORMATION

kisah Yusniza nanti akan di novelkan dalam kisah BERSUJUD MERAIH CINTA dan kisah itu akan sekalikan dengan watak enggan namun cinta

Share this novel

Zainabzety
2024-07-14 17:13:48 

biar intan dpt lelaki yg betul2 mencintai intan

Zainabzety
2024-07-14 17:12:47 

x guna pun jantan

revathirev
2024-07-14 10:17:04 

lama tak update author. tak sabar lagi satu chapter pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience