Bab 22

Romance Completed 43498

"Maafkan saya Intan. sebenarnya saya terlalu cemburu sebab itu saya tak boleh nak terima perbuatan intan,"

Intan Nabila mengesat-ngesat air mata yang masih tersisa "Saya faham perasaan awak. Rasa cemburu memang menyakitkan. Tapi pecayalah, saya tak akan ulanginya lagi. Saya tak sanggup kehilangan awak,"

"Saya pecayakan intan. tapi please intan jangan khianati saya,"

Intan Nabila mengangguk "Saya janji saya tak akan khianati awak,"

Perbualan itu masih tergiang-ngiang di telinga Arif Safuan. Dia tidak terus balik ke kuala lumpur. Selepas memarkirkan kereta di basement hotel, Dia mengambil masa menenangkan fikirannya di dalam kereta.

Entah mengapa hatinya masih terasa sakit meskipun intan Nabila sudah mengakui kesalahan. Hatinya masih tetap menjerit-jerit cemburu yang tidak mampu di ikat supaya dapat di benamkan jauh di lubuk hatinya namun Situasi itu mengingatkan dia kepada bekas isterinya. Selama 10 tahun dia melayari bahtera perkahwinan. Bekas isterinya tidak mampu melupakan cinta pertama meskipun selama 10 tahun dia berusaha menambat hati isterinya namun usahanya sia-sia sehingga perkahwinannya berakhir dengan penceraian

Arif Safuan mengatur nafas supaya kembali tenang. Pintu kereta di buka. Setelah turun kepalanya berdeyut sakit dan jantungnya tiba-tiba berdengup kencang. Giginya di getap geram, pintu kereta di hempas kuat

"Kenapa aku selalu jadi yang kedua. Kenapa, kenapa, kenapa?,"

MIZI membelek-belek setiap helaian kertas di dalam Fail terkandung maklumat tempahan bilik hotel dari pelanggan sehingga hujung bulan namun dahinya berkerut teruk

Dia segera bangun. Kakinya terburu-buru melangkah keluar dari bilik pejabat sambil membawa fail yang di periksa tadi

"Hey! Siapa yang pergi terima tempahan dewan. Kan saya dah cakap jangan terima apa-apa tempahan dewan sehingga hujung bulan nie!,"

Semua Staff merasa terkejut sehinggakan ada yang terbangun dari kerusi. Berpandangan satu sama lain

"Encik mizi kena tanya bahagian marketing mereka yang uruskan semua tu, bukannya kami," jawab Eton dengan raut wajah masih terkejut

"Diorang nie memang sengaja ke nak cari masalah," Mizi segera keluar dari pejabat. Pejabat Department marketing hanya berada di sebelah department management

Pintu pejabat department marketing di buka dengan kasar mengejutkan Staff-staff yang sedang berkerja. Mizi mengayun langkah laju dengan raut wajah berkerut geram ke arah meja pengurus bahagian marketing

"Hey Sue! kenapa you pergi terima tempahan dewan dari pelanggan?,"

Seorang wanita 40 an berbangsa cina terus bangun dari kerusinya. terpinga-pinga memandang Mizi "Mengapa i tak boleh terima?,"

Mizi mengeleng geram "I rasa i dah inform kat you supaya jangan terima mana-mana tempahan dewan dari pelanggan sehingga hujung bulan nie sebab itu arahan dari Encik Arif. Dia nak guna dewan tu untuk perkahwinan dia. You tak ingat ke?,"

"OMG! I lupa. But it's okay. I boleh cancel'kan semua tempahan tu,"

"You nak cancelkan tempahan tu!, you baca nie," Dengan nada marah Mizi menghulur fail yang di bawa tadi

Madam Sue membelek-belek setiap helaian kertas di dalam fail tersebut sehinggalah dia berhenti setelah sampai ke bahagian maklumat tempahan Dewan

"OMG?," Madam Sue memegang dahi. Wajahnya yang putih berubah pucat.

"Sepatutnya staff you just terima deposit dulu tapi sekarang Staff you pergi terima full payment. Mana boleh kita cancel,"

Tangan yang memegang fail jelas terketar-ketar. Madam Sue memandang satu persatu Staff-staff yang sudah pun berdiri. Mulutnya tidak mampu mengucapkan kata

"Kenapa bising-bising nie. Sampai kat luar saya boleh dengar. Ada masalah ke?,"

Terhinjut bahu Mizi mendengar suara dari arah belakang lalu memusingkan tubuhnya dengan segera

"Encik Arif?,"

"Ya saya. Kenapa awak marah-marah nie. Kuat betul suara awak sampai kat luar saya boleh dengar. Ada masalah besar ke?," Soal Arif Safuan sambil mencekak pinggang

"Berkenaan dengan dewan Encik Arif,"

"Kenapa dengan dewan?,"

Madam Sue dengan raut wajah cemas memberanikan diri melangkah mendekati Arif Safuan

"I'm sorry Mr Arif. I tak sengaja terima tempahan untuk dewan sehingga hujung bulan nie,"

"Dua-dua,"

Madam Sue mengangguk lemah

"That's okay. Cancel jela salah satu tempahan,"

"Tak boleh Encik Arif. semua pelanggan yang buat tempahan dah bayar full payment,"

"Apa? Kan saya dah cakap dengan awak Mizi. jangan terima apa-apa tempahan. awak tak inform ke pada mereka,"

"Dah Encik Arif. Dalam laman website hotel pun saya dah inform,"

Hati Arif Safuan semakin membahang. Belum pun hilang rasa marahnya pada Intan Nabila, di tambah pula dengan masalah lain

Fail yang sedang di pegang Madam Sue terus direntap kasar, tanpa mempedulikan perasaan wanita itu. Setiap helaian kertas di balek dengan raut wajah bengang

"Mana Hong dengan Aliza!," pekik Arif Safuan

Seorang staff lelaki dan seorang staff wanita yang sedang berdiri masing-masing mengankat tangan

Arif safuan berdengus kuat "I nak tanya you Madam Sue, siapa pemilik hotel nie,"

"You Mr Arif,"

"So kenapa you buat semua nie. You tak dengar ke arahan i dari Mizi!. You ingat i nie siapa!,"

"I'm sorry Mr Arif," Madam Sue menunduk sambil mengesat air mata

"You ingat...?," Arif Safuan terdiam. Gayanya seolah-olah tersedar akan sesuatu. Dahinya berkerut kesal. Kepalanya di geleng melihat Madam Sue menangis. Tiada sebab dia perlu memarahi pengurusnya itu hanya semata-mata kerana berjaya memenuhi tempahan dewan hotel

"I'm sorry Madam Sue. Good job," Puji Arif Safuan lalu memandang pula staff-staff marketing "Good job you all. Nanti i akan berikan sesuatu untuk you all semua,"

Wajah Para staff yang tadi jelas kelihatan cemas dan takut serta-merta berubah. Saling berpandangan lalu tersenyum ada juga yang menepuk tangan

"Encik Arif nak bagi apa?," Kedengaran pertanyaan dari salah seorang staff marketing

Arif Safuan tidak terus menjawab. Dia memandang madam sue terlebih dahulu sebelum mengalih pandangannya semula memandang Staff-staff marketing

"Bagaimana dengan bonus 2000 Ringgit untuk setiap seorang setuju tak?,"

"Setuju! tapi bonus tu masuk bulan nie ke Encik Arif?,"

"Ya betul,"

"Terima kasih encik Arif!!," Bersorak gembira Staff-staff marketing mendengar jumlah bonus yang akan mereka terima

ARIF safuan berpuas hati setelah memeriksa isi kandungan di dalam fail jumlah income pada bulan ini. Tempahan bilik hotel pula hampir penuh sehingga penghujung cuti sekolah bulan enam walaupun untuk hari biasa. Tempahan dewan untuk perkahwinan, majlis makan malam turut memberi pulangan yang cukup memberansangkan

Dia menutup Fail itu lalu menyandarkan belakangnya. Bibirnya tersenyum puas dengan prestasi Department marketing. Nasib baik dia cepat sedar ketika mahu melepaskan amarahnya tadi

"Tuk. Tuk. Tuk,"

"Masuk Eton,"

Pintu bilik di buka. Eton yang sarat mengandung melangkah masuk ke dalam pejabat

"Duduk Eton,"

"Terima kasih,"

Bibir Arif Safuan tidak lekang dengan senyuman memerhati sahabat baik Intan Nabila melabuhkan punggung di atas kerusi

"Kenapa Encik Arif panggil saya?," Eton memberanikan diri bertanya. Bimbang juga jika dia ada membuat kesalahan

"Saya panggil Eton sebab Eton sahabat baik intan'kan,"

"Ya betul. Encik Arif ada masalah ke dengan intan?,"

"Sebab tu saya panggil Eton,"

Arif safuan meluahkan satu persatu apa yang telah belaku antara dia dengan Intan Nabila kepada Eton. Bagi Arif Safuan berkongsi masalah dengan orang yang sangat mengenali bakal isterinya itu mungkin lebih di pecayai

Eton terangguk-angguk mengerti selepas mendengar luahan dari Arif Safuan

"Patutlah kami dengar suara Encik Arif marah-marah tadi. Rupanya pasal intan,"

"Saya nie cuma insan biasa je Eton bukannya sempurna sangat. Ada masanya mod saya baik ada masanya tak. tengok keadaan,"

"Saya kenal dengan intan dari sekolah rendah lagi. Kalau Encik Arif nak tahu waktu kat sekolah menengah dulu intan famous sangat. Kami tak panggil dia intan kami panggil dia yoona," Eton ketawa kecil

"Yoona.. Apa tu?,"

"Intan tak pernah bagitahu ke pada Encik Arif,"

Arif Safuan mengeleng

"Yoona tu nama penyanyi korea. Muka intan sebiji macam muka penyanyi tu, sebab tu dia famous,"

"Eton ada gambar penyanyi tu?,"

"Maafkan saya encik Arif saya tak bawa handphone tapi Encik Arif boleh google nama penyanyi tu,"

Pantas Arif Safuan menyalakan telefon pintar. Ibu jarinya laju menaip seakan tidak sabar mahu melihat wajah penyanyi korea itu. Matanya membulat dengan senyuman lebar

"Yalah hampir mirip,"

Eton ketawa lagi "Walaupun rupa dia macam tu tapi dia tak sombong, tak belagak. Intan tu baik sangat. lagi-lagi dengan kawan-kawan dia. Kalau ada kawan yang susah, cepat je dia tolong. Lepas tu pandai berdikari. Kalau intan tu nak sesuatu, dia tak akan mintak duit kat mak, ayah dia. Dia cari duit sendiri,"

"Intan ramai kawan ke Eton,"

"Ramai Encik Arif. tapi kalau yang paling rapat cuma saya, seha, tahar dengan Azlan je,"

Arif Safuan mengeluh pelan raut wajahnya muram masih menatap skrin telefon pintarnya "Sebelum nie intan dah pernah bagitahu saya, bukan mudah untuk dia lupakan ikram. Mungkin salah saya juga cepat sangat ajak dia kawin,"

"Tak Encik Arif. Sebenarnya intan dah lupakan ikram,"

"Kalau betul dia dah lupa, kenapa dia masih nak berjumpa dengan ikram,"

"Dia pergi jumpa dengan ikram bukannya datang dari hati dia encik Arif tapi ingatan dia tu masih ada kenangan dengan ikram. Kalau betul dia masih sukakan ikram. Dah lama dia pergi jumpa dengan ikram tu. Tapi tak. sebab dia rasa bersalah. Sebab tu di sanggup pergi ke KL nak jumpa dengan Encik Arif,"

"Tapi bagi saya rasa bersalah intan tu macam dia kesihankan saya bukan cintakan saya,"

"Encik Arif. Perasaan yang datang daripada hati berbeza dari perasaan yang datang dari ingatan. Intan pergi jumpa dengan ikram kerana dia masih ingat ikram. tapi hati dia tak, Hati dia pada Encik Arif. Sebab tu waktu dia jumpa encik Arif dia berani berterus terang, mengaku dia dah buat silap. Macam Encik Arif cakap pada saya tadi. Encik Arif cuma insan biasa tak sempurna, begitu juga dengan Intan Encik Arif,"

Arif Safuan memandang Eton. Kata-kata itu tadi sedikit sebanyak menyedarkannya. Rasa curiga akan perasaan Intan Nabila pada dirinya seakan menghilang dari lubuk hati

"Dari dulu lagi saya, seha, tahar dengan Azlan berharap sangat jodoh intan dengan ikram tak kekal. Sebab kami kesihankan dia. Kalau Encik Arif nak tahu. Di sebabkan ikram, intan sanggup ke hulur ke hilir berkerja tak kira siang dan malam. Panas ke, hujan ke dia sanggup bersusah payah cari duit semata-mata nak tanggung si jahanam tu belajar. Tapi sekarang nie kami rasa lega sangat sebab jodoh dia dengan encik Arif bukannya dengan ikram. Tolonglah Encik Arif jangan kecewakan dia. Intan tu setia orangnya. Sanggup buat apa saja untuk lelaki yang dia suka,"

Air mata Arif Safuan hampir berjatuhan. Rasa menyesal mula menyelubungi hati

LANGIT malam hitam pekat. Tiada langsung cahaya rembulan yang menerangi. Gugusan bintang pula seakan malap cahayanya. Mungkin petanda malam ini hujan akan turun. Intan Nabila berjalan perlahan mengelilingi halaman rumahnya. Di tangan memegang telefon pintar. Perlahan-lahan dia membuka lembaran peristiwa yang berlaku siang tadi. Peristiwa yang menghadirkan gundah di dalam hati. Semuanya berlaku kerana kesilapan bodohnya

"Kenapa Arif tak call aku lagi. Dia dah sampai ke belum," hati intan Nabila tertanya-tanya. Dia tidak berani menghubungi Arif Safuan bimbang jika bakal suaminya itu sedang memandu

Pada masa yang sama sebuah kereta memarkir di hadapan pagar rumah mengejutkan Intan Nabila

Seorang lelaki muda berpakaian kemeja membuka pintu pagar. Intan Nabila yang sedang berdiri di tepi rumah segera pergi menjenguk

"Laa anak derhaka rupanya ingatkan siapa tadi,"

"Mulut kau tu jaga sikit intan,"

"Ah sudahlah," Intan Nabila cepat-cepat melangkah masuk ke dalam rumah

"Siapa tu intan?," Tanya Puan Safura sedang duduk di sofa

"Siapa lagi anak derhaka mak'lah," jawab intan Nabila sebelum melabuhkan punggung di sebelah ayahnya

"Ramlan ke?," Adlan Hanif melihat ke arah pintu

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," jawab Adlan Hanif dengan isterinya hampir serentak

"Eh Lan," Tersenyum bibir Puan Safura segera bangun lalu menghampiri anak sulungnya

"Apa kabar mak,"

"Alhamdulilah mak baik je," Puan Safura telihat gembira. Tangannya mengosok-gosok belakang anak sulungnya saat tangannya di salam dan di cium

"Apa kabar abah,"

"Alhamdulilah. Abah sihat Lan. Lan dari mana nie,"

"Dari KL," jawab Ramlan sambil memeluk ayahnya

"Tiba-tiba je balik takde duit ke?," Intan Nabila mencelah

"Intan! kenapa cakap macam tu kat abang,"

Intan Nabila mengoyang-goyangkan kepala seraya mengejek dengan tangan memeluk tubuh

"Dahla tak pernah lawat abah kat hospital,"

"Hey intan. Abang banyak kali tahu tak lawat abah kat hospital,"

"Ah penipu,"

"Betul tu Intan. Banyak kali abang kamu lawat abah kat hospital,"

Intan Nabila kebingungan tidak langsung memahami kata-kata ayahnya "Betul ke Bah?,"

Adlan Hanif mengangguk

"Tak akan aku nak melawat ayah aku sendiri aku kena bagitahu kau,"

"Habis tu abang tak pernah pun lawat intan kat hospital,"

"Hey! Abang ada lawatla. setiap kali abang datang, Kau tidur mampus abang malasla nak kejut,"

"Intan nak pecayala,"

"Setiap kali abang datang, abang belikan buah pai. abang letak atas rak. abang ada letak duit 300 Ringgit kat tangan intan,"

Intan Nabila tersentak "Abang ke yang bagi duit tu?,"

"Habis tu siapa lagi,"

"Laa.. intan ingatkan Arif yang bagi,"

"Dah. Dah. cukupla tu. Nie. Lan dah makan ke?," Puan Safura mencelah

"Belum lagi mak. ada lauk ke?,"

"Ada. pergilah makan,"

"Mak dengan abah dah makan,"

"Kitaorang baru je lepas makan. Lan pergila makan," jawab Adlan Hanif

"Teman abang makan intan," Pinta Ramlan. Intan Nabila menurut lalu bangun mengekori abangnya ke dapur.

Puan Safura dan Adlan hanif tersenyum senang hati melihat gelagat anak-anak mereka.

Masuk saja ke dalam dapur Intan Nabila segera mengambil pinggan di rak dan satu gelas cawan untuk abangnya sebelum dia mengeluarkan satu bekas minuman air teh di dalam peti ais.

"Letak Nasi lebih sikit. Lapar gila,"

"Takde duit ke nak makan?," perli Intan Nabila sambil menyendok nasi

"Bukan abang takde duit. Abang busy. kerja banyak. Bila intan nak kawin?," Tanya Ramlan pula sambil mengambil pinggan berisi nasi dari adiknya

"Ahad nie intan nikah, kalau jadi,"

"Ahad nie kau nikah. Cepatnya,"

"Buat apa tunggu lama-lama. Abang kenal ke bakal suaminya intan?,"

Ramlan tersengih nipis "Tentulah abang kenal dah banyak kali abang jumpa dia,"

"Penipu,"

"Kenapa pulak abang nak tipu. Dulukan abah selalu bawa abang pergi gerai abah kat KL. Arif waktu tu kerja kat gerai abah,"

"Dia okay tak layan abang?,"

"Okay sesangat. eloklah intan kawin dengan dia,"

Intan Nabila tersengih-sengih seperti kerang busuk

"Nie intan. Abang ada nak mintak tolong dengan kau,"

"Nak pinjam duit?,"

"Bukanlah..,"

"Habis tu,"

"Kenapa kau gie burukkan abang pada Zilla,"

Berkerut kening Intan Nabila memandang abangnya "Burukkan abang pada zil? abang kenal ke zilla?,"

"Zilla tu girlfriend abang,"

"Hah!," Intan Nabila terkejut beruk "Biar betul,"

"Betulla,"

"Bila masa pulak abang bercinta dengan Zilla?,"

"Dari U lagi,"

Intan Nabila menyenget bibir "Patutla abang selalu takde duit bercinta dengan anak tan sri rupanya,"

Ramlan sekadar mengangguk mengiyakan kata-kata intan Nabila

"Manala intan tahu kalau zilla tu girlfriend abang. Waktu dia dengar intan bercerita pasal abang dia tak tanya pulak nama abang,"

"Tak kisahla tu. Abang cuma nak minta tolong intan. tolong call Zilla bagitahu kat dia. Abang ada lawat abah dengan intan,"

Intan Nabila mengeluh pelan sambil mengeleng "Yalah sekarang juga intan call,"

Ramlan tersenyum dengan mulut menguyah. Intan Nabila mengankat telefon pintarnya di atas meja namun belum pun sempat dia mendail nombor yang tertera nama Zilla. Telefonnya berdering. Di skrin tertera nama Arif Safuan

Pantas intan Nabila menjawab panggilan itu "Hello wak,"

"Intan. boleh jumpa saya sekejap kat luar,"

Tanpa membuang masa intan nabila segera bangun dari kerusi. Kakinya di ayun laju. Tingkahnya itu membuatkan abangnya terkejut bahkan Adlan hanif bersama isterinya sedang duduk di ruang tamu turut merasa terkejut apabila melihat anak gadis mereka terburu-buru keluar dari rumah

Pintu pagar luar di buka. Intan Nabila melangkah laju sambil retinanya tercari-cari kereta Arif Safuan

"Sini intan," Arif Safuan melambai di sebarang jalan

"Awak tak balik KL?," Tanya intan nabila sambil melangkah ke arah Arif safuan

"Maafkan saya intan," Arif Safuan terus memeluk tubuh Intan Nabila dengan erat "Saya betul-betul cintakan intan. Saya minta maaf buat intan menangis,"

Intan Nabila tergamam namun dia membalas pelukan Arif safuan "Saya pun cintakan awak. Saya betul-betul cintakan awak Arif," ucap intan Nabila dengan tangis esak

ARIF SAFUAN BIN RASYID ISHAK AKU NIKAHKAN AKAN DIKAU DENGAN ANAKKU INTAN NABILA BINTI ADLAN HANIF DENGAN MAS KAHWINNYA 100 RINGGIT TUNAI

AKU TERIMA NIKAHNYA INTAN NABILA BINTI ADLAN HANIF DENGAN MAS KAHWINNYA 100 RINGGIT TUNAI

Share this novel

revathirev
2024-06-10 13:19:50 

tada update lagi ke

Zai Zai
2024-06-03 20:56:50 

up lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience