Bab 14

Romance Completed 43498

Selesai sahaja mengajar salah satu kelas di tingkatan 2. Ikram berjalan pelan menuju ke tangga. Langkahnya terhenti kemudian dia berdiri menyandarkan belakangnya pada tembok.

Sejak akhir-akhir ini hatinya tidak tenteram setiap kali memikirkan Intan Nabila. Hampir satu bulan dia tidak mendengar berita tentang gadis itu namun bukan bermaksud dia rindu akan tetapi lebih kepada bimbang jika intan Nabila tiba-tiba membuat laporan polis

Ikram mengeluh berat dengan tatapan kosong di lantai. Tinggal seminggu lagi majlis perkahwinannya dengan Linda akan berlansung setelah mendapat restu dari ayah bakal isterinya itu walaupun dia sedar keputusan bakal ayah mertuanya itu lebih kepada terpaksa akibat benih yang di tanamnya sedang membesar di dalam perut bakal isterinya itu

"Jauh betul kau termenung ikram?,"

Ikram pantas mengankat wajahnya sebaik sahaja mendengar suara menegur

"Cikgu Anma,"

Guru wanita itu tersenyum "Untunglah kau ikram dapat kawin dengan anak datuk. Sampai termenung jadinya,"

Ikram tersengih-sengih malu "Dah jodoh cikgu,"

"Majlis buat kat mana?,"

"Hotel Ruby,"

"Wow.. Kawin kat Hotel. Jangan lupa jemput tau,"

"Hiss tentulah saya jemput, semua cikgu saya jemput,"

"Sabtu depan kan?,"

"Ah.. ah," jawab Ikram sambil mengangguk

HOTEL Ruby Hq kuala Lumpur. Beberapa orang pengurus dari setiap bahagian terburu-buru berjalan menuju ke bilik meeting. Arif Safuan pula tenang berjalan bersama pakciknya Saiful saad sambil berbual kosong

"Bagaimana dengan perkahwinan anak datuk yusof tu?,"

"Kita yang akan tanggung. Anggap saja sebagai hadiah. Lagi pun Datuk yusof dah banyak bantu kita,"

"Itu bukan membantu namanya tapi lebih mengambil kesempatan,"

Arif Safuan ketawa kecil "Tak apalah pakcik. Syer yang kita bagi bukannya banyak sangat,"

"Oh ya, Bila intan keluar hospital?," Saiful saad mengubah topik perbualan

"Mungkin dua tiga hari lagi. Dia tengah buat Physiotherapy. Esok Kak Safura datang dengan abang Adlan,"

Saiful saad tersenyum. Atas bahu anak buahnya itu di tepuk "Pakcik dengar dari Zilla hubungan Arif dengan intan dah makin rapat. Bercinta ke?,"

"Eh tak pakcik," Jawab Arif Safuan dengan mengeleng kepala "Intan tu dah berpunya. Hubungan saya dengan dia sekadar kawan je,"

"Pakcik tanya je tak perlulah Arif gelabah,"

"Saya gelabah ke?,"

"Ketara sangat," Saiful saad ketawa kecil. Bahu anak buahnya itu di peluk

Raut wajah Arif Safuan terpinga-pinga saat melangkah. Sejujurnya, dia sedang melayan perasaan gundah di dalam hati. Sudah lama dia tidak merasakan debaran sehebat ini semenjak menjaga Intan Nabila. Siang dan malam dia merasakan seolah-olah ada sesuatu perasaan sedang berkobar-kobar dalam dirinya supaya selalu bersama dengan gadis itu

"Mungkin hari nie, hari terakhir saya menjaga Intan. Dia pun tak sabar nak pulang nak jumpa dengan buah hati dia kat sana,"

"Baguslah tu. Nampak sangat dia seorang yang setia, tak mudah tergoda dengan harta benda, ketampanan yang ada pada anak buah pakcik nie,"

Arif Safuan tersenyum nipis "Untungnya lah kalau ada perempuan macam tu dalam hidup saya pakcik,"

"Sabar je Arif. insya-Allah mungkin ada jodoh Arif sedang mencari Arif sekarang. Mungkin ada yang berdekatan atau sedang dalam perjalanan ke sini, Kita mana tahu kan,"

Kepala Arif Safuan terangguk-angguk mengerti maksud pakciknya

INTAN Nabila melangkah terenjut-enjut masuk ke dalam wad selepas selesai melakukan rawatan physiotherapy. Esok dia di benarkan pulang setelah sebulan menerima rawatan di hospital itu

Punggung di labuhkan di atas birai katil lalu di usap-usap lutut kanannya. Air matanya berjatuhan memikirkan masa depan dengan keadaan kakinya tidak mampu lagi berjalan seperti biasa

Semakin deras air matanya mengalir sehingga terhinjut-hinjut kedua bahunya. Jam di dinding di pandang. Selalunya waktu sebegini Arif Safuan sudah datang menjenguknya

Pintu bilik di buka dari luar. Arif Safuan melangkah masuk ke dalam sambil menjinjit beg plastik

"Kenapa Intan?," Tanya Arif Safuan agak terkejut apabila melihat Intan Nabila menangis. Cepat-cepat langkahnya di ayun menghampiri gadis itu

"Esok saya dah nak balik," Jawab Intan Nabila sebak

"Tak akan itu sebabnya," Dua helaian tisu di atas meja di tarik lalu dengan lembut Arif Safuan mengesat air mata yang membasahi pipi intan Nabila

Intan Nabila mendiam diri. Retinanya menatap lutut kanannya "Saya dah cacat wak,"

"Tak.. Intan tak cacat. Intankan masih boleh berjalan," Ucap Arif Safuan sambil melabuhkan punggungnya di sebelah intan Nabila

"Saya memang boleh berjalan tapi dah tempang. Saya malu,"

"Intan nak malu dengan siapa? dengan boyfriend Intan? kenapa. dia tidak boleh terima ke keadaan intan sekarang?,"

Intan Nabila mengeleng kepalanya "Bukan sebab dia,"

"Habis tu sebab apa?,"

"Awak... Tiada siapa yang inginkan perempuan macam saya,"

Dahi Arif Safuan berkerut bingung "Saya tak faham.intan kan dah ada boyfriend tapi kenapa cakap macam tu?,"

"Dia bukan lagi boyfriend saya wak! Dia tipu saya! Dia yang buat saya jadi macam nie!," Pekik Intan Nabila kemudian menangis teresak-esak

Arif Safuan tersentak. fikirannya semakin bingung "Bukan ke selama nie, Intan selalu hantar mesej pada dia?,"

"Tak," Intan Nabila mengeleng "Saya cuma taip je, tapi saya tak pernah hantar,"

Arif Safuan mengankat punggungnya. Entah mengapa tiba-tiba hatinya merasa geram

"Apa maksud intan tadi. Intan cakap dia yang buat intan jadi macam nie?,"

"Hari tu saya nampak dia dengan perempuan lain, saya kejar tapi kereta tu himpit motor saya,"

"Apa?," Arif Safuan mengetap gigi. Terketar-ketar tangannya menahan marah "Dia sanggup buat intan jadi macam nie lepas dia dapat 30 ribu ringgit. Duit yang sepatutnya intan guna untuk bayar kos rawatan ayah intan,"

"Awak?," Raut wajah Intan Nabila serta-merta berubah "Mana awak tahu?,"

"Itu tak penting cuma sekarang nie saya nak tanya intan? tolong jawab dengan jujur,"

Intan Nabila sekadar mengangguk. Matanya membulat memandang wajah serius di hadapannya

"Selepas intan jadi macam nie, Intan masih cintakan dia ke?,"

Intan Nabila tak terangak-agak menganggukan kepalanya "Ya. Saya masih cintakan dia,"

"Bagus. bagus sangat," Bibir Arif Safuan melirik senyuman kecewa. Kepalanya mengeleng kemudian mengeluh "Maafkan saya intan, mungkin lebih baik saya jauhkan diri saya pada intan,"

"Kenapa?,"

Arif Safuan mengeleng-geleng beberapa kali tanda tidak setuju dengan cara pemikiran gadis itu

"Sebab saya rasa saya tiada perluang. Perluang untuk mendapatkan cinta dari Intan. Tengoklah," Retina Arif Safuan menatap lutut kanan Intan Nabila "Dah jadi macam nie pun. Intan masih cintakan lelaki tu,"

Sebaik sahaja Arif Safuan habis berbicara kakinya terus di ayun ke arah pintu

"Awak tunggu," Intan Nabila cepat-cepat bangun dari duduknya "Betul ke awak sukakan saya walaupun saya dah tempang?,"

"Kalau saya jawab ya sekali pun, apakah intan boleh mencintai saya seperti mana intan mencintai lelaki tu?,"

Intan Nabila mendiamkan diri dengan kepala menunduk seolah-olah tidak mampu memberikan jawapan yang jujur kepada Arif Safuan memandangkan hatinya kala itu masih lagi mencintai Ikram

Pintu bilik di buka. Di saat Intan Nabila mengankat wajahnya semula.

"Tolong jangan call saya lagi intan,"
Pantas sahaja kaki Arif Safuan melangkah keluar dari bilik

"Arif tunggu?,"

Intan Nabila terduduk lalu termangu memikirkan kata-kata Arif Safuan tadi. Dia juga terkejut dengan pengakuan lelaki itu. Rasa menyesal terlanjur setelah memberitahu isi hatinya masih mencintai Ikram padahal selama sebulan ini, dia hanya memikirkan Arif Safuan. Dadanya di tekan

"Kenapa aku cakap macam tu tadi," Intan Nabila merasa kesal sunguh-sungguh lalu menangis teresak-esak

ARIF safuan berjalan laju mengikut irama detak jantungnya. Hatinya sungguh kesal setelah mendengar jawapan dari Intan Nabila kerana masih mencintai lelaki yang menyebabkan gadis itu tidak mampu lagi berjalan seperti biasa

Langkahnya terhenti. Pinggangnya di cekak. Dia mengeluh beberapa kali dengan gelengan kepala menunjukkan betapa kesalnya dirinya saat itu.

"Lelaki tu dah buat kau tempang macam tu, kau masih lagi cintakan lelaki tu. Bodoh ke apa?," getus hatinya geram. Geram yang teramat bercampur baur pula dengan perasaan cemburunya "Ah sudahlah. Aku dah bantu kau semampu aku. Aku harap sangat intan, lepas nie aku tak akan jumpa dengan kau lagi,"

JAM di dinding bilik wad intan Nabila menunjukkan waktu itu 9.45 malam. Wajah intan Nabila di basahi peluh walaupun suhu bilik agak dingin kerana di pasang Aircon

Kepalanya sekejap teralih ke kanan sekejap lagi ke kiri. Kedua tangannya terangkat bagaikan sedang melambai-lambai

"Tolong! selamat aku.. Tolong selamatkan aku,"

Intan Nabila cuba mengapungkan badannya setelah terjatuh ke dalam air terjun yang dalam dan deras. Terkapai-kapai dia cuba mengapungkan dirinya. Namun derasnya air terjun itu membuatkan tubuhnya semakin meletih

"Tolong!!.. Tolong!! aku tak nak mati!!," Intan Nabila menjerit sekuat hati bahkan itulah sisa-sisa terakhir dari tenaganya yang masih tersisa

Akhirnya tubuh gadis itu tenggelam

Intan Nabila membuka mata dengan nafas tercungap-cungap. Pelan-pelan dia menegakan badan lalu duduk termangu di atas katil

Dadanya berdebar-debar setelah memimpikan detik-detik cemas yang hampir meragut nyawanya apabila dia terjatuh ke dalam air terjun di saat mengambil air ketika mengikut kembori di ulu bendul negeri sembilan

Intan Nabila menekan dadanya yang semakin berdebar kencang. Tubuhnya gemetaran dan banyak berkeringat. Nafas menjadi lebih cepat, Kepalanya pula pening

"Arif!.. Arif!!," Intan Nabila berteriak. Dia merasakan seperti malaikat maut sedang berdiri di sisi katil hanya menunggu masa roh nya di rentap "Arif... tolong intan," panggilan semakin sayu

"Intan?,"

Intan Nabila tarsentak sehingga membulat matanya memandang kelibat lelaki sedang menghampiri katilnya

"Bila awak sampai?,"

"Dalam pukul 9 tadi. Intan dah tidur," Jawab Arif Safuan sambil melabuhkan punggungnya di birai katil "Lutut intan sakit ke?,"

"Kan awak cakap. saya tak boleh call awak lagi," Intan nabila menunduk dengan air mata berjatuhan walaupun hakikatnya dia merasa sangat gembira Arif Safuan ada di dalam biliknya

"Maafkan saya intan," Arif Safuan mengeluh pelan "Saya tak dapat nak kawal emosi saya. Saya geram sangat bila intan cakap Intan masih cintakan lelaki tu,"

"Kenapa geram?,"

"Saya cemburu,"

"Cemburu?,"

Arif Safuan mengangguk "Saya sukakan awak intan,"

"Berbaloi ke awak menyukai perempuan macam saya. Awak tu orang kaya, ada rupa. Sanggup ke awak berjalan dengan perempuan tempang depan orang,"

"Apakah perasaan saya nie di tentukan oleh orang kat luar sana. Apa hak mereka untuk menilai siapa yang saya suka dengan siapa saya perlu berjalan. Orang kat luar tu tiada kena mengena dengan hidup saya kecuali anak saya, pakcik saya,"

"Tapi saya takut. Satu hari nanti awak berpaling dari saya,"

"Itu mungkin intan, bukan saya. Tapi intan jangan risau saya faham perasaan intan sekarang. Bukan mudah nak lupakan cinta pertama,"

"Awak? Sebenarnya ada sebab saya masih mencintai lelaki itu,"

"Ya saya faham, Saya bukan na...?,"

"Tolonglah dengar dulu," Intan Nabila mencelah

Arif Safuan menghelakan nafas pelan lalu dengan berat kepalanya di angguk walaupun hakikatnya dia tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan dari intan Nabila kerana itu amat menyakitkan hatinya

"Sebenarnya saya tak pernah menyukai lelaki itu wak. Dari saya tingkatan satu sehingga saya tingkatan empat. Dialah lelaki yang paling saya benci. Tapi perasaan itu berubah bila dia selamatkan nyawa saya,"

"Dia selamatkan nyawa intan?,"

Intan Nabila mengangguk lemah "Waktu saya tingkatan empat, saya pernah ikut satu kem perkhemahan. Satu hari tu saya terjatuh dalam air terjun. Saya tak pandai beranang waktu tu pula tiada orang kat situ. Saya takut sangat. Saya menjerit-jerit minta tolong sampai saya tergelam. Waktu itu lah ikram selamatkan saya. Lepas kejadian tu saya selalu mengalami truma. Nak tidur pun susah. Rasa seperti nak mati. Tapi bila saya bersama dengan ikram. Saya jadi tenang. semakin lama saya bersama dengan dia, truma saya tu hilang dengan sendiri,"

"Itu sebabnya. Intan berhutang nyawa dengan dia?,"

Intan Nabila mengangguk "10 tahun saya bercinta dengan dia wak, bukan mudah untuk saya lupakan dia,"

Arif Safuan terangguk-angguk mengerti setelah mendengar cerita itu "Dia kerja apa?,"

"Cikgu,"

"Cikgu," Arif Safuan masih lagi terangguk-angguk "Eh nanti. Cikgu?, Ikram?," Ucap Arif Safuan seakan memikirkan sesuatu

"Kenapa?,"

Alis Arif Safuan bertaut memandang Intan Nabila "Apa nama penuh dia?,"

"Mohd Ikram bin Sobri,"

Bibir Arif Safuan tersengih senget sambil mengeleng kepala

Dahi Intan Nabila berkerut hairan dengan senyuman lelaki itu "Kenapa awak sengih macam tu?,"

"Biar saya tunjukan sesuatu pada intan,"

Arif Safuan terus bangun lalu melangkah ke arah meja di tengah sofa panjang. Telefon pintarnya berada di atas meja itu. Selepas mengambil telefon tersebut. Skrin telefon di nyalakan

"Cuba intan tengok nie. Surat jemputan perkahwinan,"

Cepat-cepat Intan Nabila mengambil telefon pintar itu dari tangan Arif Safuan

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya Datuk yusof bin Ali

Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Suami/Isteri sekeluarga ke majlis perkahwinan puteri kami
Mohd Ikram bin sobri & Linda anis binti Datuk yusof...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience