Bab 23 fix

Romance Completed 43498

"Abang... Intan takut,"

"Kenapa? Kan abang ada,"

Intan Nabila menjatuhkan wajah "Nanti intan malukan abang," adunya resah

Dahi Arif Safuan berkerut hairan setelah seminggu menikahi intan Nabila. Dia membawa intan nabila untuk menemaninya menghadiri majlis penganugerahan pangkat Darjah kebesaran Sultan Ahmad Shah di balai istana negeri pahang

"Kenapa pula abang nak malu sayang. tiada sebab abang nak malu dengan isteri abang,"

Intan Nabila mengankat mukanya semula "Abangkan tahu intan berjalan tak berapa lancar. Intan risau kalau ada orang kat sana ketawakan abang sebab intan,"

Arif Safuan memeluk intan Nabila penuh kasih "Tiada siapa kat sana yang berani ketawakan abang ataupun intan. Lepas abang dapat pangkat tu, abang dapat gelaran Dato', intan dapat gelaran Datin. Intan tak suka?,"

Intan Nabila mendongak memandang wajah suaminya lalu mengeleng "Tak,"

"La kenapa pulak sayang tak suka," Arif Safuan menggoyang-goyang tubuh isterinya

"Intan nie orang biasa je bang. kalau ada orang panggil intan Datin pun tiada apa yang berubah. Intan tetap intan,"

"Hisy tentula ada,"

"Apa dia?,"

"Isteri kepada Dato',"

"Hiss abang nie," Intan Nabila menepuk lembut dada Arif Safuan dan di balas suaminya dengan satu kucupan kasih di dahinya

"Sayang?,"

Intan Nabila mengankat kening

"Kita berdua je dalam bilik nie,"

"Abang..," Membuntang mata intan dengan wajah kemerahan seolah-olah mengerti kehendak suaminya

"Abang belum mandi sayang,"

"Habis tu kenapa?,"

"Abang ada baca buku. Katanya isteri yang baik adalah isteri yang boleh menemani suaminya mandi?," Arif Safuan tersenyum nakal

Wajah intan Nabila semakin kemerahan "Hiss abang nie, Intan bukan tak nak teman. Intan risau kalau Ari tiba-tiba masuk,"

"Bukannya lama," Arif Safuan mengerut kening namun permintaannya itu hanya sekadar mahu mengusik isterinya

Intan Nabila mengangguk akhirnya akur "Jomla mandi. Intan teman,"

Arif Safuan ketawa riang dengan sikap polos isterinya membuatkan Intan Nabila terpinga-pinga dalam dakapan suaminya

"Abang bergurau je sayang,"

"Abang!," Intan Nabila menampar lembut dada suaminya. Arif Safuan masih lagi ketawa. Geram dengan usikan suaminya itu. Intan Nabila melepaskan tubuhnya dari pelukan Arif Safuan

"Sayang marah ke?,"

Intan Nabila mengeleng dengan bibir sengaja di muncungkan. Arif Safuan memandang isterinya, lama. Berkerut keningnya apabila melihat intan Nabila membuka satu persatu butang baju

"Kenapa sayang tanggalkan butang tu?,"

"Laa tadikan abang suruh intan temankan abang mandi,"

"Serius sayang," mencerlang mata Arif Safuan. Intan Nabila mengangguk

Arif Safuan tersenyum girang seraya mengucapkan terima kasih pada isterinya

Sebaik sahaja Intan Nabila ingin menanggal sepenuhnya baju tidurnya.

"Mama!," Kedengaran suara Arianna memanggil dari luar bilik

"Ya sayang!," Dalam keadaan kelam-kabut Intan Nabila membuntangkan semula butang bajunya, Sementara Arif Safuan sudah pun masuk ke dalam bilik air kerana sudah menanggalkan pakaian

Pintu bilik di buka. Belum pun separuh daun pintu di kuak dari luar Arianna terus meluru masuk ke dalam bilik

"Mama!,"

"Ari,"

Arianna segera memeluk intan Nabila yang masih lagi membutang bajunya

"Tak mandi lagi ke?," Tanya puan Safura sambil berdiri di muka pintu.

"Abang Arif mandi dulu," Jawab Intan Nabila sambil memeluk Arianna wajah putihnya terlihat pucat "Abah mana mak?,"

"Dia tunggu kat lobi. mak tadi dah ajak Arianna turun ke bawah tapi dia asyik merengek nak ke sini. Pukul berapa majlis tu start?,"

"Intan tak tahu. Kejap," Intan Nabila mengalih wajahnya memandang ke arah pintu bilik air "Abang! Majlis tu mula pukul berapa!,"

"12.30!,"

Puan Safura melihat jam tangannya selepas mendengar jawapan Arif Safuan "Mak turun bawah dululah ya,"

Intan Nabila mengangguk

"Arianna nak ikut nenek tak?,"

Arianna mengeleng pelan "Ari nak teman Mama,"

Puan Safura tersenyum "Yala. Mak turun dulu ya Intan,"

"Baik mak,"

Pintu bilik di tutup. Intan Nabila duduk di birai katil. Arianna masih memeluknya. Sejak dia menikah dengan Arif Safuan. Arianna begitu manja dengannya

"Kenapa malam tadi. Ari tak boleh tidur dengan Mama?,"

Pertanyaan Arianna itu membuatkan Intan Nabila tersentak "Mamakan dah ajak Ari. Tapi Ari yang tak nak. Ari cakap nak tidur dengan nenek,"

Kedengaran suara Arianna tergelak. Semakin kuat dia memeluk ibu tirinya "Ari lupa,"

"Hiss Ari ni memang segajakan. Mama sayang Ari tahu," Intan Nabila mengosok-gosok belakang Arianna

"Ari pun sayang Mama,"

JAM 9.00 pagi. Arif Safuan bersama intan Nabila dan Arianna turun ke lobi. Beberapa kakitangan hotel Ruby cherating kelihatan sudah menunggu di hadapan Lif. Arif Safuan melangkah keluar tampak begitu segak mengenakan pakaian istiadat berwarna putih. Intan Nabila pula tidak kurang hebatnya. Dia terlihat begitu anggun mengenakan jubah moden berwarna biru

Para kakitangan menyambut dengan menundukan sedikit kepala. Di balas dengan senyuman mewah dari Arif Safuan dan intan Nabila

"Ari?,"

Arianna mendongak "Ya Mama,"

"Mama dengan Papa pergi dulu ya,"

Arianna mengangguk mengerti. Puan Safura bersama suaminya sudah menunggu di pintu lobi. Dan ketika mereka berdua melihat Arif Safuan dan intan Nabila. Puan Safura dengan sengaja menyiku pinggang suaminya

"Aduh.. Sakitla,"

"Lepas nie awak kenala panggil anak awak tu, Datin,"

"Hiss merepek je awak nie," Adlan hanif tersenyum. Diam-diam hatinya mengucapkan syukur, senang sungguh hatinya melihat kebahagian anak bongsunya itu

"Mak tolong jaga Ari sekejap ya," Pinta Arif Safuan

"Ya. Arif jangan risau," puan Safura memandang Intan Nabila "Amboi cantik ya anak mak. Comfirm orang kat sana nanti terpukau bila tengok Intan,"

Intan Nabila tersengih-sengih malu dengan pujian ibunya "Alaa biasa je. Abah. intan cantik tak?," intan Nabila bertanya pula pendapat ayahnya

Adlan hanif sengaja menyenget bibir "Biasa je,"

"Abah!,"

Arif Safuan dan Puan Safura ketawa kecil

"Mama jangan lama-lama tau. Nanti Ari nangis,"

"Ya sayang Mama. Habis je majlis tu, Mama terus ajak Papa balik,"

Arianna mengangguk sempat juga dia memeluk intan Nabila sebelum ibu tirinya itu menaiki kereta

DALAM perjalanan ke Istana negeri pahang pekan. Arif Safuan dan intan Nabila sama-sama memerhati permadangan dari luar jendela. Ada masanya mereka berdua berbual dan ada masanya mereka bergurau senda.

Perjalanan mengambil masa satu jam. Apabila kereta yang mereka naiki hampir tiba ke destinasi. Arif Safuan dapat melihat perubahan wajah isterinya yang semakin gelisah

"Jangan risau intan. Abang selalu di sisi intan," Ucap Arif Safuan sambil menggengam erat tangan isterinya "Nanti balik melaka, abang ada surprise untuk Intan,"

"Apa dia bang?,"

"Adala, nanti sampai melaka barula abang bagitahu,"

"Alaa.. kenapa tak sekarang je?," Intan Nabila seakan merajuk

"Kan abang cakap surprise. kalau abang bagitahu sekarang, tak jadila surprise" Arif Safuan ketawa kecil "Rasa gugup lagi tak?,"

Intan Nabila mengangguk. Arif Safuan mengosok-gosok tangan isterinya

"Ramainya orang bang," Kata Intan Nabila selepas kereta yang mereka naiki di benarkan masuk ke dalam pekarangan istana

Kereta Mpv jenama lexus berhenti di hadapan pintu istana. Para perkerja istana sudah menunggu di luar pekarangan bagi menyambut para tetamu yang hadir

"Jom sayang," Arif Safuan menghulurkan tangan

Intan Nabila menarik nafas panjang kemudian di lepaskan pelan-pelan sebelum tangan suaminya di sambut

PANTAI Cherating sangat cantik dengan pasir putih kuning memberi mood yang santai di tambah lagi dengan tiupan angin yang segar dari laut china selatan. Permadangan lautan pula jauh berbeza dari laut selat melaka

Intan Nabila berlari-lari anak di tepian pantai di kejar Arianna. Mereka berdua bergelak ketawa sambil di perhatikan Arif Safuan. Terpancar jelas kebahagian pada raut wajahnya apabila melihat anak gadisnya begitu gembira bermain-main dengan isteri tercinta

Arif Safuan mendongak. Matanya menatap langit nan biru yang cerah sambil hatinya mengucapkan syukur keatas anugerah yang tidak ternilai itu lalu bangun dari duduknya. Langkah di susun laju untuk mendapatkan isteri dan anaknya

"Abang! janganla," jerit Intan Nabila apabila Arif Safuan sengaja menyimbah air lautan pada tubuhnya

SEMINGGU telah berlalu. Arif Safuan tiba di hotel bagi memulakan perkerjaan seperti biasa. Setelah pulang dari cherating, dia menghabiskan masa selama lima hari di melaka.

Sebuah rumah banglo dua tingkat menjadi sebuah hadiah perkahwinan untuk intan Nabila. Rumah itu terletak bersebelahan dengan taman perumahan ibu, bapa mertuanya. Arif Safuan tersenyum geli hati apabila teringatkan perbualannya dengan intan Nabila pagi tadi

"Assalamualaikum,"

Ucapan salam itu mengejutkan Arif Safuan sehingga terhinjut bahunya

"Waalaikummusalam," Arif Safuan menoleh "Laa pakcik,"

Saiful Saad ketawa kecil "Dari jauh pakcik boleh nampak Arif tersengih-sengih, sebab tu pakcik tegur,"

"Takde apalah pakcik,"

"Macam mana dengan sekolah Arianna?,"

"Minggu depan dia mula sekolah. Yang bagusnya sekolah tu dekat je dengan rumah,"

Saiful Saad mengangguk mengerti "Bagaimana dengan Intan, dia suka tak dengan rumah tu?,"

"Itula punca saya tersengih-sengih tadi pakcik. Bila saya tunjuk je rumah tu lama jugak intan tu terdiam.Dia tanya saya kenapa beli rumah besar sangat. Saya tanya kenapa, risau jugalahkan kalau dia tak suka, Pakcik tahu apa intan tu jawab. Dia takut kalau rumah tu berhantu?,"

Saiful Saad ketawa geli hati

"Lepas tu tadi dalam telefon, dia merungut kat saya pakcik sebab rumah tu banyak bilik, dia malas nak kemas,"

"Ada perabot tak?,"

"Ada. saya sengaja letak,"

Arif Safuan tergelak ketawa bersama pakciknya

Saiful Saad menepuk-nepuk lembut bahu anak buahnya sambil berjalan beriringan "Arif ada call Xuan?,"

Pertanyaan Saiful saad itu tidak terus di jawab kerana Arif Safuan menjawab terlebih dahulu sapaan dari setiausahanya

"Dia ada call saya minggu lepas sebab tu saya terpaksa pendekkan cuti. Ikutkan hati saya nie pakcik kalau boleh saya nak duduk lagi seminggu kat melaka," Jawab Arif Safuan sambil melangkah ke arah mejanya

"Pasal pelaburan tu'kan?,"

Arif Safuan mengangguk. Tangannya menarik kerusi. Beg yang di bawa di taruh di bawah meja sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Banyak syarikat besar dekat china dan mula tertarik dengan projek tu. cuma sekarang nie saya tak pasti kalau kita boleh bina hotel kita kat sana,"

"Kenapa pulak?,"

Arif Safuan mengeluh pelan "Kemungkinan Xuan akan bina hotelnya sendiri kat sana,"

Saiful Saad mengerut dahi dengan tatapan bingung "Tapi Hotel dia kat china pun guna nama Ruby,"

"Itu betul pakcik cuma hotel tu nanti akan di uruskan sepenuhnya oleh Xuan tanpa melibatkan kita,"

Saiful Saad mengangguk mengerti. Arif Safuan menyandar tubuhnya

"Elizabeth pun berminat nak bina hotel kat sana jugak pakcik,"

"Elizabeth pun sama?,"

Arif Safuan terangguk-angguk "Tapi dia tak akan guna nama Ruby. Just Elizabeth,"

"Pakcik rasa macam kita tak dapat apa-apa keuntungan je dengan projek tu,"

"Umm.. Nak buat macam mana pakcik. Xuan pun dah banyak tolong saya. Kali nie giliran saya pula bantu dia. So sekarang nie saya kena cari syarikat kontraktor untuk dia,"

"Bagaimana dengan Syarikat ayah Arif?,"

Arif Safuan tidak menjawab hanya memandang Saiful Saad. Raut wajahnya tampak jelas tidak berapa senang dengan cadangan itu

INTAN Nabila begitu lincah menyediakan sarapan pagi di dapur namun wajahnya asyik berkalih melihat jam di dinding.

Selepas menutup hidangan di atas meja mengunakan tudung saji. Dia tergesa-gesa menyusun langkah naik ke tingkat 2

Pintu bilik di buka. Kelihatan Arianna sudah siap mengenakan baju sekolah. Bibir intan Nabila tersenyum lalu melangkah ke arah katil.

"Sini sayang biar mama sikat dulu rambut tu baru pakai tudung,"

Arianna segera menurut lalu duduk di sebelah ibu tirinya. Intan Nabila tersenyum manis sambil menyikat rambut Arianna. Ini adalah hari kedua Arianna bersekolah sejak tinggal bersamanya di melaka. Sebelum ini Arif Safuan yang menguruskan Arianna sendirian.

Sambil menyikat, Intan Nabila suka sangat melihat wajah Arianna. Miskipun anak tirinya itu baru berusia 10 tahun namun wajah Arianna dan kemanjaannya seperti anak yang masih kecil

"Ingat Ari. Kalau ada sapa-sapa buat Ari, kacau Ari, usik Ari, ejek Ari bagitahu Mama ya. Jangan rahsiakan daripada Mama,"

Arianna sekadar mengangguk dengan wajah yang masih mengantuk

"Hiss geramnyaa.. MuarghX3,"

"Mama. Gelilaaa,"

"Mama geram,"

"MAKAN pelan-pelan sayang,"

"Sedapnya Mama masak,"

Intan Nabila tersenyum puas dengan pujian Arianna. "Mama kenala masak sedap-sedap untuk Ari,"

"Nanti Ari balik mama nak masak apa?,"

"Ari nak makan apa. Bagitahu Mama,"

"Maggie goreng,"

"Iss janganla asyik makan Maggie goreng je Ari, nanti Mama masak ayam masak kicap Ari nak tak,"

Arianna memuncungkan bibir namun tetap mengangguk "Ayam goreng?,"

"Nanti Mama masak sekali,"

Sebaik sahaja Arianna selesai bersarapan pagi. Intan Nabila sudah siap menghidupkan enjin motorsikalnya. Kepala Arianna yang bertudung di sarungkan helmet. Arianna duduk di hadapan. Sekolah Arianna hanya berjarak 2 kilometer sahaja dari rumah

Suasana pagi itu begitu sepi dan muram. Angin diam, seperti tertahan oleh suatu duka yang mendalam. Dibalut kabut dan awan kelabu yang berarak pelan. Bulir-bulir embun yang jatuh dari langit di atas daun-daun yang gugur

Intan nabila membonceng motorsikalnya jenis scooter. Arianna yang duduk di hadapan tenang memerhati laluan. Di luar pagar sekolah sudah kelihatan kelibat beberapa kenderaan menurunkan anak masing-masing. Intan Nabila memberhentikan motorsikal di hadapan pagar sekolah. Motorsikal itu di tongkat. Arianna turun terlebih dahulu

"Sayang. Ingatnya pesan Mama, kalau ada sapa-sapa buli Ari bagitahu Mama ya,"

Arianna mengangguk perlahan. "Ari sayang Mama,"

"Mama pun sayang Ari," Balas Intan Nabila sambil menanggalkan helmet dari kepala Arianna "Jom Mama teman,"

Intan Nabila memerhati dari jauh Arianna berjalan ke kelas. Entah mengapa setiap kali dia mahu meninggalkan Arianna hatinya merasa sungguh cemas dan bimbang namun apabila dia melihat beberapa pelajar belari dan menegur anak tirinya itu dengan mesra, hatinya sedikit tenang

Seperti biasa setelah menghantar Arianna ke sekolah. Intan Nabila akan pulang ke rumah melakukan perkerjaannya sebagai suri rumah. Setelah itu dia akan pergi ke rumah ibu-bapanya untuk melihat keadaan ayahnya itu pun setelah mendapat keizinan dari Arif Safuan

"Kenapa bawah motor Intan? keretakan ada," Soal Adlan hanif sambil memandang Intan Nabila mencuci pinggan

"Abah nie.. tak akanlah intan nak datang sini naik kereta. kalau intan naik basikal pun boleh sampai Bah. bukan jauh pun,"

"Bukan masalah dekat atau pun jauh. Arifkan dah pesan tak bagi Intan kerap sangat bawa motor. Apa guna dia beli kereta tu kalau intan tak guna,"

"Intan dah terbiasa naik motor Bah. lagi pun kalau intan keluar pun intan hantar Ari ke sekolah, lepas tu intan datang sini. Intan bukan pergi mana pun,"

Adlan hanif mengeluh perlahan "Intan kenala ingat intan tu sekarang Datin, isteri kepada pemilik hotel Ruby. Abah cakap nie bukan nak membanggakan diri cuma takut kalau dekat luar tu ada orang berniat jahat,"

Intan Nabila yang sedang membasuh pinggan di singki menoleh memandang ayahnya. "Abah nie buat intan takut je,"

"Abah bukannya nak takutkan intan, abah bagi nasihat. Intan kenalah hati-hati kat luar sana,"

Intan Nabila terangguk-angguk pelan mengerti maksud ayahnya "Yalah abah,"

Jam 11 pagi. Intan Nabila kembali semula ke rumahnya. Pintu pagar terbuka secara Automatik. Motorsikal di pakir di sebelah kereta Toyota jenis Suv berwarna putih hadiah dari Arif Safuan bagi kegunaannya seharian. Sebaik sahaja menanggalkan helmet. Bibirnya menyenget memandang kereta itu

Kenapalah tak beli kereta kecik sikit, myvi ke, axia ke. Mana aku geti bawa kereta besar macam nie. Bisik intan Nabila tergaru-garu tudung kepalanya

Dalam masa yang sama kelihatan sebuah kereta tiba-tiba saja memarkir di hadapan pagar rumah.

Siapa pulak tu? intan Nabila melangkah pelan menghampiri pagar rumah yang sudah tertutup. Di balik pagar itu, Dia menjenguk

"Hai intan,"

Mencerlang mata intan Nabila apabila melihat ikram berpakaian kemas berdiri di balik pagar rumahnya

"Awak buat apa kat sini ikram?,"

"Nak jumpa intan,"

"Nak jumpa saya, untuk apa?,"

"Saya rindu kat awak intan, rindu sangat,"

"Apa yang awak merepek nie Imran. Awak dah gila ke?,"

Di balik pagar itu. Ikram mengangguk "Ya memang saya dah gila. Gila sebab rindukan awak. saya menyesal Intan. Saya betul-betul menyesal,"

Intan Nabila tersentak diam apabila mendengar pengakuan Ikram. Wajahnya terus menoleh ke kiri kemudian ke kanan untuk memastikan tiada jiran yang mendengar

"Lebih baik awak pergi balik imran,"

"Intan.. tolongla pecayakan saya. saya masih cintakan awak intan. pecayalah,"

"Pecaya? awak dah lupa ke apa yang awak cakap kat saya sebelum awak kawin. Awak hina saya, awak kutuk saya. Sampai majlis kawin awak pun awak tak bagi saya datang. Sekarang nie awak menyesal. Imran? awak tahu tak, saya sangat bersyukur jodoh saya bukan dengan awak,"

"Kenapa? sebab saya tak sekaya macam suami awak,"

"Bukan masalah dia kaya atau pun tak, tapi dia lebih baik daripada awak. Dahla ikram. Pergila balik. cukupla 10 tahun saya di perbodohkan awak. Saya dah tak sanggup lagi,"

Ikram tersenyum menyenget "Awak jangan fikir saya mudah berputus asa intan. Saya tahu dalam diri awak tu masih mencintai saya lagi,"

Intan Nabila ketawa kecil "Sudahlah ikram. nak muntah saya dengar. pergila balik!,"

"Ohh berani awak halau saya intan. Awak dah lupa ke kita pernah pergi hotel bersama. Jangan sampai suami awak tahu,"

Intan Nabila mengeleng sambil ketawa seolah-olah mengejek "Semua tu saya dah bagitahu suami saya ikram. Tak perlula awak bimbang,"

Kening Ikram bertaut dengan gigi digetap geram. Matanya di tatap tajam ke arah Intan Nabila sedang membuka pagar pintu

Berani kau berlagak dengan aku Intan. Kau tunggu. Kau tunggu intan. aku bersumpah akan buat hidup kau sengsara.

Di hadapan pintu keluar international KLIA terminal Satu. Kelihatan seorang wanita cantik, berpakaian anggun berambut panjang ikal sehingga paras pinggang sedang berjalan membawa bagasi sambil menghubungi seseorang

"Hello,"

"Zilla, tolong ambil kakak sekarang,"

"Kakak dekat mana sekarang nie?,"

"Airport,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience