Bab 1 fix

Romance Completed 43498

Arif Safuan termenung jauh dalam pejabatnya setelah pulang dari makamah syariah bagi menyelesaikan urusan penceraian. Rumah tangga yang di bina selama sepuluh tahun gagal di pertahankan bukan kerana dia tidak mencintai isterinya bukan kerana dia curang walaupun perkahwinan itu adalah perkahwinan yang di atur keluarganya akan tetapi penceraian itu atas permintaan isterinya sendiri

Apa salah aku, apa kekurangan aku. mengapa sehingga sekarang dia tidak pernah mencintai aku,"

Kata-kata itu berbicara dalam dirinya. Sebagai seorang ahli perniagaan yang memiliki beberapa buah hotel di Malaysia tidak akan lari daripada mengalami kerugian tidak kira besar atau pun kecil namun di sebabkan pandemik covid-19 yang melanda setiap negara di dunia sedikit sebanyak mendatangkan kerugian yang besar pada perniagaannya

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk Arif Safuan mengapai apa yang di milikinya sekarang dengan statusnya anak luar nikah dari hubungan tidak halal membuatkan hidupnya sengsara sejak kecil apabila di besarkan oleh Ibu tirinya

Siapa yang tidak kenal dengan ayahnya. Datuk Rasyid ishak. Nama yang tersenarai antara ahli korporat yang terkenal di Malaysia akan tetapi sejak kecil dia di besarkan bagaikan seorang hamba di perlakukan dengan kejam, di pukul, di caci maki dan di hina oleh seluruh ahli keluarga tirinya

Kerana tidak sanggup di perlakukan seperti anjing jalanan, dia mengambil keputusan melarikan diri ketika usianya 13 tahun untuk tinggal bersama pakciknya seorang perkerja hotel

Selama Arif Safuan meneruskan kehidupan barunya yang lebih tenang selama itu juga dia tidak pernah melupakan siapa dirinya oleh kerana kehidupan pakciknya terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan dia perlu meringankan tulangnya untuk mambantu pakciknya mencari rezeki

"Tuk. Tuk. Tuk,"

Tersentak Arif Safuan dari lamunan sebaik sahaja mendengar ketukan itu. Satu hembusan nafas di lepaskan sebelum membenarkan orang yang mengetuk itu masuk

"Masuk,"

Daun pintu di kuak dari luar. Seorang lelaki menjenguk kepalanya di balik pintu

"Arif sibuk ke?,"

"Tak. Masuklah pakcik,"

Saifu saad yang berusia 46 tahun satu-satunya pakcik Arif Safuan adik Arwah ibunya melangkah masuk ke dalam setelah menutup pintu

"Semua dah selesai ke?,"

"Alhamdullilah dah selesai pakcik,"

Saiful saad mengeluh pelan "Tak apalah Arif kalau dah jodoh kamu dengan Suhaila sampai setakat itu apa lagi yang kamu boleh buat. Terima jelah dengan redha,"

"Saya pun tak kisah pakcik, dia nak sangat kebebasan. buat apa lagi saya nak halang,"

Saiful saad menarik kerusi. Alisnya bertaut memandang anak buahnya "Dari dulu pakcik nak tanya Arif tapi pakcik tak berani,"

"Tanya je pakcik?,"

"Selama 10 tahun Arif berkahwin dengan Suhaila pernah tak Arif tidur sekali dengan dia?,"

Arif Safuan sedikit tersentak tidak menduga jika itu pertanyaan pakciknya. Satu keluhan berat dihembus pelan "Sekali pun tak pernah pakcik,"

Istighfar panjang Saiful Saad setelah mendengar jawapan dari anak buahnya itu "10 tahun Arif bukan tempoh yang singkat. Lama tu Arif tak akan sekali pun tak,"

"Sekali pun tak pernah pakcik. Sejak dulu lagi Suhaila tu tak habis-habis kata dirinya kotor. Tak akan saya nak paksa,"

"Lupakan jelah Arif. anggap saja itu sebuah pengalaman. mungkin esok atau lusa insya-Allah ada jodoh yang lebih baik menunggu Arif di kemudian hari," Saiful Saad mengeleng kepalanya "Arianna macam mana pula?,"

"Tentulah saya yang akan jaga. selama ini pun keluarga Suhaila tak pernah mengaku Arianna tu cucu mereka. Sampai sekarang pun saya tak tahu siapa bapa Arianna sebenarnya,"

"Bagaimana Kalau bapa Arianna tiba-tiba muncul?,"

"Saya tak takut pakcik sebab saya dah buat penjanjian dengan Suhaila. Dia nak kan kebebasan tapi saya suruh dia serahkan hak penjagaan Arianna pada saya. selama 10 tahun saya dah anggap Arianna tu darah daging saya sendiri, saya tak akan biarkan sesiapa mengambil Arianna dari saya," jawab Arif Safuan bersungguh-sungguh namun lembut nadanya

"Baguslah kalau macam tu. oh ya sebenarnya pakcik ada berita baik untuk Arif,"

"Berita apa pakcik?," alis Arif Safuan bertaut memandang pakciknya

"Tadi pagi Xuan ada call Arif tapi Arif tak jawab yelah Arif kan ada kat makamah so dia call pakcik. Katanya tentang masalah hotel dekat cherating dia akan bantu,"

Serta merta Arif Safuan terbangun dari duduknya "Betul ke pakcik,"

"Hisy.. betul lah buat apa pakcik nak tipu. Xuan pun tengah tunggu call dari Arif,"

Arif Safuan tersenyum girang tidak menyangka masalah yang di hadapinya boleh sampai ke telinga kawan baiknya di China juga merangkak sebagai bisnes partner

"Minggu depan Arif jadi tak pergi melaka?,"

Arif Safuan mengangguk. tangannya sudah pun memegang ganggang Telefon "Jadi. Saya akan bawa Arianna sekali,"

"Kalau Arif ada masa kat sana nanti. Boleh tak tolong lawat Abang Adlan. Lama dah kita tak dengar kabar dia,"

"Oh Abang Adlan.. insya-Allah pakcik,"

Melaka

Sebuah motorsikal Grab di bonceng pelahan di hadapan deretan bangunan dan juga restoran di kawasan melaka river cruise

Setelah berhenti di belakang sebuah restoran. pembonceng motorsikal itu menanggalkan hamlet yang tersarung di kepalanya

"Intan!," Panggil seorang wanita sambil berjalan ke pintu belakang restoran

"Ya Kak,"

"Intan boleh tunggu tak. Order banyak sangatlah tak cukup tangan,"

Dahi Intan Nadia berkerut "Berapa lama kak?,"

"Dalam 20 minit paling lewat pun setengah jam. Boleh tak?,"

"Umm.. Bolehlah," Jawab Intan Nabila sambil menongkat motorsikalnya dan di kala itu terdapat juga beberapa buah motorsikal dari riders Food Panda memarkir motorsikal di belakang restoran tersebut

"Huhh panasnya," Keluh Intan Nabila. Peluh yang mengalir dari celah-celah tudung rambutnya di sapu mengunakan tisu

"Woii Intan! marilah sini lepak lu,"

Intan Nabila memandang ke arah sekumpulan riders sedang duduk membasahi tekak. Yang memanggilnya tadi masih lagi melambai. Selepas turun dari motorsikalnya, jaket Grab di buka terlebih dahulu

Intan Nabila bertudung biasa melangkah pelan. Anak matanya sempat memerhati sekumpulan pelancong sedang menaiki bot menyusuri sungai Melaka

"Diorang tak panas ke duduk dalam bot tu dengan takde atap, hiss kalau aku baik aku berenang je,"
Bisik Intan Nabila sejak tadi asyik mengeluh dengan keadaan cuaca di kota melaka terik dengan sinar matahari

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam..,"
Jawab Riders food panda hampir serentak. Salah seorang dari mereka mengambil kerusi untuk di berikan kepada Intan Nabila

"Camne Intan masyuk tak?,"
Tanya Azlan berbadan tinggi dan kurus rakan sekolah Intan Nabila sejak tingkatan satu

Intan Nabila mengeluh panjang sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Azlan "Napalah kau suka tanya benda yang kau sendiri dah tahu Lan,"

"Weii.. Tanya pun dah sentap.. sensitive betul kau sekarang,"

"Korang tau tak semalam aku keluar awal dalam kul 9, last trip kul 1 pagi. 200 pun tak sampai weii, cubalah korang fikir sendiri," keluh Intan Nabila tergaru-garu tudung kepalanya.

"Kitaorang pun sama Intan ada yang last trip sampai ke subuh itupun okaylah dapat hampir-hampir 300,"

"Sampai ke subuh baru dapat hampir 300, zaman covid lu. tengahari camnie Comfirm 200 dalam tangan,"

"Betul sangat tu Tahar, itulah zaman kegemilangan kita menjadi kaya," balas Intan Nabila sependapat dengan kawannya Tahar yang memiliki badan yang agak gempal

"korang bedua nie tak habis-habis ungkit pasal zaman covid, sikit-sikit zaman covid, semua tu dah berlalu lah weeii,"

"Sebab zaman tu dah belalu Kita orang rindu. Manalah tahu ada yang second akan menyusul," Balas Intan Nabila dengan hujung bibir kiri menyenget ke atas

"Weii intan mulut tu jaga, memang kita yang happy kalau benda tu datang balik tapi orang lain sengsara weii..,"

"Aku gurau jelah Lan," Berkerut dahi Intan Nabila dengan pandangan kosong mengarah ke sungai melaka

"Apa cer dengan Ikram. kitaorang dengar dia dah kerja kerajaan,"

Intan Nabila mengeluh pelahan
"Ah.. ah cikgu sekolah menegah. Minggu lepas dia dah start mengajar, Dia tak bagitahu korang ke,"

Azlan, Tahar dengan rakan-rakannya yang lain masing-masing berpandangan

"Tak Intan. Dari minggu lepas kita orang tak pernah nampak batang hidung dia. whatAspp pun tak balas,"

"Dah jadi cikgu rupanya, Hisy manalah layak lepak ngan kita lagi,"

"Aku pun sama. dah empat hari aku tak jumpa dia. Bila aku call, dia marah kata aku menganggu. bila aku whatAspp sampai ke sudah tak balas," Ujar Intan Nabila

"Sekolah mana Intan?,"

"SMK Tun Said Ali,"

"Eh aku dah banyak kali hantar makanan kat sekolah tu. Cikgu-cikgu perempuan sekolah tu cun-cun weii,"

"Pergi mampuslah kalau cun apa kena mengena dengan aku," Intan Nabila serta merta tersentap dengan usikan di sebalik kata-kata Tahar itu

"Alaaa intan tak akan itu pun kau nak marah,"

"Dia bukan marah.. dia jealous. Kau pun satu Tahar jagalah sikit perasaan orang perempuan," Ucap Azlan diam-diam mengeyit mata pada Tahar

"Kau pun samalah Lan. macamlah aku nie buta tak nampak kau kenyit mata pada tahar,"

"Weii lex lah Intan," ucap Azlan sambil meramas-ramas rambutnya acah-acah kebingungan

Intan Nabila berdengus. Sakit sungguh hatinya bila Azlan dan Tahar seolah-olah sengaja menyakitkan hatinya. memang dia dah lama tahu jika sekolah buah hatinya banyak cikgu-cikgu perempuan yang masih lagi membujang sudah tentulah dia merasa cemburu

"Nah..," Tahar menghulurkan sekeping kertas kepada Intan Nabila

"Apa nie?," Intan Nabila mengankat kening sambil mengambil kertas yang di hulur itu

"Nombor Telefon Kak Santi kau kenal kan,"

"Ah.. Ah kenal,"

"Hari isnin sampai rabu hotel tempat dia kerja nak pakai budak part-time bahagian housekeeping, Sejam 45 ringgit,"

"Weii banyak tu. Tapi bukan ke Hotel tu dah tutup?,"

"Aku pun tak tahu Intan. kau call jelah dia cepat-cepat. Takut penuh,"

"Habis tu korang camne tak nak pergi ke?,"

"Sorrylah intan. Kau jelah gie. kitaorang dah biasa ride. Bab-bab ngemas nie kita orang tak pandai bagi chance jelah orang perempuan,"

Smk Tun Said Ali

"Tak balik lagi ke ikram?," tegur seorang Guru perempuan manis senyumannya

"Banyak kerja yang perlu saya siapkan Linda, kalau tak buat sekarang pisang saya nanti,"

"Nak i tolong ke?,"

"It's okay Linda. I boleh buat sendiri," Ikram tersengih-sengih ikutkan hatinya nak saja dia katakan ya tetapi memandangkan dia baru sahaja mula mengajar dia bimbang jika ada gosip yang tak sedap di dengar kemudian hari

Tiba-tiba Telefon pintar Ikram berbunyi

"Tak apalah saya balik dulu ya,"

Ikram mengangguk dengan senyuman manis. Setelah guru perempuan itu keluar dari bilik guru hilang terus senyumannya bila melihat nama yang tertera di skrin

"Intan?," lama dia memandang skrin Telefon seolah-olah sedang berlawan dengan perasaannya sendiri mahu di jawab atau pun tidak

Akhirnya ikram mempelahankan volume telefon pintarnya membiarkan saja panggilan dari Intan Nabila masuk beberapa kali

"Mana pulak ikram nie. Guard cakap di belum keluar lagi kenapa tak jawab call,"
Getus hati Intan Nabila sambil duduk di atas motorsikalnya di parking di tepi pagar sekolah

"Ikram. kenapa tak jawab call. saya kat pagar sekolah nie dah empat hari kita tak jumpa. saya ada buat salah ke pada awak?,"
Laju saja ibu jari intan Nabila menaip mesej untuk buah hatinya

Setelah menunggu 20 minit dalam keadaan cuaca panas terik. Ikram tetap tidak membalas mesejnya. Intan Nabila mengesat air mata yang membasahi kelopak mata sebelum dia menghidupkan enjin motorsikal kemudian berlalu pergi dengan hati yang sedih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience